SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
KOD KURSUS : MPU21032
NAMA PENSYARAH :
PUAN ASMAH BINTI MOHD SUBARI@ SARMAN
NAMA : MUAZZAM BIN MARZUKI
NO. MATRIKS : 16DKA21F1037
NAMA : MUHAMMAD LUTFI HAKIM BIN ISHAK
NO. MATRIKS : 16DKA21F1039
1 |Page
PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka memang jelas mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam
sejarah Malaysia dan Asia Tenggara . Kemunculannya pada penghujung kurun keempat belas /awal
kelima belas dahulu telah banyak membawa perubahan terhadap Semenanjung Tanah Melayu dan
juga rantau Asia Tenggara ini. Kemunculannya itu sendiri merupakan suatu peristiwa berlakunya
perubahan/perpindahan kuasa daripada Srivijaya dan Palembang ke Melaka. Atau dengan kata lain
ia adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dan dalam konteks
tempoh tersebut, merupakan yang termuda. Ahli Sejarawan seperti D.W. Wolters misalnya
mengatakan bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah sambungan daripada empayar
Srivijaya itu juga, iaitu yang telah runtuh pada lewat kurun keempat belas Masihi. Melaka telah
mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja Srivijaya yang diamalkannya sekurang-
kurangnya pada tahap awal
perkembangannya.' Kemudian mulai awal dekad kedua kurun kelima belas itu Melaka telah menjadi
negara "Islam" setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota Iskandar Syah memelok agama Islam pada
kira-kira tahun 1414.' Penerimaan Islam ini adalah suatu titik permulaan bagi perkembangan Melaka
menjadi sebuah empayar kelautan Melayu yang pesat pada kurun kelima belas dan awal keenam
belas dahulu.
Walau bagaimanapun seeara kelaziman dan realitinya, sejarah perkembangan Melaka menuju
kepuncak keagungannya itu bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia telah menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan dan dari pelbagai segi telah melakukan pelbagai perubahan, anjakan
"paradigma" dan penyesuaian. Pemimpin dan rakyat telah berusaha menyumbang sebaiknya untuk
menwujudkan suatu tamadun yang kemudiannya menjadi warisan negeri-negeri Melayu yang lain.
Pensejarahan Tentang Melaka
Memanglah benar jika dikatakan bahawa apa yang berlaku dalam proses pergerakan dan
perkembangan di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu adalah gambaran yang dapat disedut
daripada pelbagai pensejarahan tentangnya iaitu sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya
Melayu) mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.)' Namun tidaklah semua pensejarahan
itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan sikap yang objektif lagi seimbang
dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapati pensejarahan yang awal yang dihasilkan oleh
sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, juga penulisan orang-orang Portugis dan kemudiannya
Belanda, secara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang
Kesultanan Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran. Ahli sejarawan British dan
seorang dua penulis atau sejarawan tempatan mutakhir yang menulis atau menyentuh tentang
Melaka itu.
2 |Page
PEMBUKAAN MELAKA
- Kesultanan tertua dalam sejarah Melayu
- Mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15
- Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Timur
Sumatera
- Melaka diwarisi oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
- Melaka dibuka oleh seorang putera raja yang berasal dari Palembang iaitu Parameswara.
- Berketurunan Dinasti Sailendra
- Tidak mahu tunduk kepada kuasa Majapahit
- Timbul kemarahan lalu menyerang Palembang
- Tetapi gagal dalam peperangan itu, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik yang pada
masa itu berada di bawah Siam
- Membunuh wakil Siam iaitu Temangi> diserang oleh Kerajaan Ayuthya di Siam lalu melarikan diri di
Muar dan menetap selama enam tahun
- Namun tidak kekal lama lalu berpindah ke sebuah perkampungan nelayan yang diberi nama Melaka
- Parameswara telah memilih nama Melaka sempena nama jenis pokok yang menjadi tempat
berehat Parameswara dan pengikutnya
- Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Melaka menggunakan gelaran Raja Iskandar
- Berkembang menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan para pedagang di sana
3 |Page
Sistem pemerintahan Kesultanan Melaka
PEMBENTUKAN Pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di Nusantara,
bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan Syariah, sehingga akhirnya
mewujudkan sebuah Kerajaan dan Pemerintahan Islam. Berbanding dengan Samudera-
Pasai yang menjadi pusat perkembangan dakwah Islam, kemunculan Melaka dengan
Sistem Pemerintahan Islam adalah lebih menonjol. Walaupun secara relatif, kewujudan
Melaka adalah sezaman dengan Samudera-Pasai, tetapi kerana Samudera-Pasai mewarisi
Perlak yang wujud sejak 840M, maka perkembangan Sistem Pemerintahan Islam di Melaka
lebih mendapat perhatian. Latar belakang Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera itu
lebih dipengaruhi oleh tradisi Arab-Parsi-India, kerana Raja-raja mereka dikaitkan dengan
negara-negara tersebut, sedangkan Melaka benar-benar mewarisi dan mewakili peradaban
Melayu Islam. Kewujudan Melaka yang merupakan lanjutan Kerajaan Sriwijaya, telah
memperlihatkan percantuman Sistem Pemerintahan Islam dengan tradisi Kekerajaanan
Melayu di Nusantara. Menurut Auni Abdullah, Kerajaan Islam di Melaka telah menyambung
tradisi sebelumnya (Perlak dan Samudera-Pasai) dengan mewujudkan kesinambungan
Pemerintahan Islam dan pelaksanaan Syariat. Pemerintahan Islam di Melaka lebih
bertenaga, perkasa dan berwibawa berbanding Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera,
di mana Melaka bukan sahaja menjadi pusat peradaban Islam, tetapi sebuah kuasa politik
yang mampu membentuk empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia.
Hakikat kemajuan yang dicapai oleh Melaka ini adalah berpunca daripada Sistem
Pentadbiran dan Pemerintahan Islam yang dipraktiskan. Dengan Sistem Pemerintahan
Islam yang dicantumkan dengan Sistem Pemerintahan Melayu Tradisional telah dapat
membina kekuatan baru sehingga mengangkat kedudukan Melaka dalam bidang politik dan
juga ekonomi. Tradisi Pemerintahan Islam yang diterap daripada model kepemimpinan
Rasulullah S.A.W dan para Khulafa’ ar-Rashidin telah melahirkan suasana baru dalam
kehidupan bernegara bagi orang Melayu yang sebelum ini sangat mendewa dan
mensucikan Raja-raja melalui konsep “devaraja”, kepada menjadikan Sultan sebagai
bayangan Allah di atas muka bumi yang ditaati selagi baginda semua mentaati Allah dan
Rasul-Nya.
4 |Page
Sebelum penubuhan Melaka, belum ada Kerajaan-kerajaan Tanah Melayu menggunakan istilah
“Sultan” untuk merujuk kepada Rajanya, kecuali Raja Kedah, Sultan Muzaffar Shah yang memeluk
Islam pada 1136M. Penggunaan gelaran Sultan telah menjadi tradisi di Utara Sumatera sejak 840M,
kemudian dikembangkan oleh Melaka sejak peng-Islaman Parameswara sekitar 1267M. Dalam sejarah
Islam, istilah Sultan hanya muncul selepas zaman Dinasti Saljuk (1037-1194M), sedangkan sebelumnya
hanya wujud Khalifah. Nizam al-Mulk (m. 1085M), pemimpin dan pemikir Saljuk yang terkenal, melalui
karyanya, Siyasat al-Muluk mengatakan Sultan adalah institusi yang sah dalam Islam, di mana ia
bertindak sebagai pemerintah yang memegang kekuasaan, manakala Khalifah kekal sebagai ketua
negara. Pendapat ini turut didukung oleh ulamak besar, Imam al-Juwaini (m. 1092M) dan Imam al-
Ghazali (m. 1111M). Pandangan mereka menjadi landasan terhadap kewujudan sistem kesultanan
dalam Pemerintahan Islam di Nusantara.Oleh kerana Sultan-sultan di Alam Melayu yang wujud sejak
840M, termasuk Kesultanan Melaka menjadi pemimpin umat dan negara, maka ia memenuhi maksud
al-Ghazali apabila mereka memerintah berpandukan Islam. Menurut al-Ghazali, Kesultanan adalah
suatu keperluan yang menjadi jambatan antara agama dan urusan dunia, iaitu bertanggungjawab
menguatkuasakan Syariat dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara keseluruhannya. Pada
zaman Melaka, disebabkan peranan ini, Sultan-sultan memakai gelaran “Khalifatullah fil Ardh”
(Pengganti Allah di muka bumi) dan “Zilalullah fil Ardh” (Bayangan Allah di muka bumi) untuk
menggambarkan peranan Sultan terhadap pelaksanaan Hukum Allah dan penyebaran agama-Nya.
Atas sebab itu, walaupun Melaka adalah sebuah empayar yang merdeka, ia tetap mempunyai
hubungan dan ketundukan kepada Khalifah-khalifah Islam di Kaherah (Daulah Abbasiyah) dan Istanbul
(Daulah Othmaniyah). Melaka tetap menerima bahawa Khalifah adalah ketua bagi orang-orang
beriman (Amir al-Mukminin).
5 |Page
Struktur pentadbiran Melaka
Dengan berasaskan Sistem Kesultanan, Pemerintahan Melaka mengekalkan
tradisi pentadbiran Melayu, di mana para pembesar menjadi pentadbir atau
Wazir-wazir dengan portfolio khusus. Pada asasnya, sistem ini berasaskan
pentadbiran Kerajaan Melayu di Palembang dan Singapura, sebelum Sistem
Islam diterapkan. Dalam sistem pentadbiran yang bermula pada zaman Sultan
Muhammad Shah, pembesar utama Melaka ada empat tingkat iaitu Orang Besar
Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Pentadbir
utama ialah Orang Besar Empat yang terdiri dari Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara yang menjadi Menteri
Utama Melaka adalah ketua pentadbir (seperti Perdana Menteri), dengan tokoh
yang paling terkenal ialah Tun Perak. Di samping itu juga, wujud jawatan-jawatan
lain yang merupakan pengukuh pentadbiran di Melaka, yang biasa bergelar
Datuk, Penghulu, Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini menggambarkan
ketersusunan sistem pentadbiran Kerajaan Melaka.
Selaku ketua pentadbir, Bendahara adalah penasihat utama Sultan dalam soal
pentadbiran dan hubungan luar negara, memberi arahan-arahan atas
kepentingan negara dan menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan
Sultan, selain sebagai Ketua Hakim dan Ketua Pentadbiran. Selalunya
Bendahara terlebih dahulu memegang jawatan Temenggung dan Penghulu
Bendahari, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi itu, dan memakai gelaran Seri
Nara Diraja. Pada awalnya Bendahara dibantu oleh dua Wazir, Temenggung dan
6 |Page
Seri Bija Diraja yang masing-masing bertanggungjawab terhadap keamanan dan
perdagangan serta ketumbukan hulubalang di Melaka. Selain bertanggungjawab
terhadap keselamatan dalam negeri, Temenggung yang bergelar Seri Maharaja
juga adalah ketua protokol dan bertanggungjawab terhadap Hulubalang Besar
dan Laksamana. Penghulu Bendahari yang diwujudkan kemudian adalah
Setiausaha Kerajaan dan penjaga khazanah negara, manakala Syahbandar pula
menjadi penyelia pelabuhan dan pemungut cukai. Pada zaman Sultan Mansor
Shah, jawatan Laksamana diwujudkan secara rasmi sebagai ketua angkatan
laut, yang setara dengan Seri Bija Diraja yang bertanggungjawab terhadap
pertahanan darat. Dengan struktur pentadbiran dan bidang tugas para pembesar
yang tersusun ini, Melaka telah bangkit sebagai kuasa politik Islam di Nusantara.
Pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan
Pemerintahan Kesultanan Islam yang berasaskan struktur pentadbiran Melayu di Melaka
telah memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat apabila Sultan Muzaffar Shah
menjadikan Islam sebagai agama rasmi Melaka, sekali gus meletakkan Islam sebagai
Dasar Pemerintahan Negara. Semua urusan negara ditadbir menurut peraturan Syariat
dan hubungan dengan Negara-negara Islam, khususnya Khalifah di Kaherah
diperkukuhkan. Sultan Muzaffar Shah kemudiannya memperkenalkan Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sebagai penguatkuasaan Undang-undang
Syariat, di mana jawatan Qadhi diwujudkan untuk mengendalikan urusan kehakiman
negara di bawah Bendahara. Elemen-elemen pentadbiran tradisional Melayu dikekalkan
dalam pentadbiran Melaka, tetapi unsur-unsur Islam diterapkan sehingga elemen
Melayu tradisional tidak bercanggah dengan Syariat. Keterbukaan Islam menerima
sistem-sistem pentadbiran yang sedia ada, kemudian diterapkan dengan prinsip-prinsip
Islam seperti persamaan, keadilan, Syura dan sebagainya, telah membolehkan Islam
berperanan besar terhadap Kerajaan Melayu di Melaka. Pengaruh Islam yang lebih
ketara dalam pemerintahan di Melaka ialah dengan berlakunya penglibatan para ulamak
dalam pentadbiran kerajaan dan peranan kerajaan sendiri yang mendukung gerakan
dakwah Islamiyah di Nusantara. Semenjak Makhdum Syed Abdul Aziz menjadi guru
agama dan penasihat kepada Parameswara dan Raja Kechil Besar, para ulamak seperti
7 |Page
Qadhi Yusof, Qadhi Munawar Shah, Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan telah
berperanan sebagai penasihat Sultan, Qadhi dan juga penggubal undang-undang yang
berasaskan Syariat sebagai Undang-undang Melaka. Kerajaan Melaka juga
menggalakkan kehadiran ulamak luar untuk mengembangkan ilmu dan berdakwah di
Melaka. Kemudian, melalui aktiviti pendidikan, penterjemahan dan penulisan yang
berlaku di istana-istana dan masjid, telah melahirkan pula para pendakwah seperti
Sunan Gunung Jati dan Sunan Kalijaga, yang kemudiannya dengan dukungan Kerajaan
Melaka, telah mengembangkan dakwah ke seluruh pelusuk Nusantara. Tidak dapat
ditolak, bahawa peranan Pemerintahan Islam di Melaka sangat membantu proses
dakwah ini, sehingga para sarjana merumuskan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
pada abad ke-15M.
8 |Page
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan
pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
menpunyai rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau
juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia yang
masih muda.
Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera
dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia Tenggara. Orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20
anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam
percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.
9 |Page
PENUTUP
Menjelang kurun ke-16, Melaka masih merupakan sebuah empayar yang gagah, makmur dan
masyhur. Kegemilangan dan keunggulan Kerajaan Melaka berada di kemuncak semasa negeri itu
berada di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak. Walau bagaimanapun kegemilangan itu tidak
kekal lama apabila kerajaan Melaka menghadapi kemerosotan dan kejatuhan selepas kematian
Bendahara Tun Perak. Kejatuhan empayar Melaka disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran.
Secara kesimpulannya, perkembangan zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak bergantung kepada
kebijaksanaan pemerintahnya yang gigih merangka dan menyusun struktur serta strategi
pentadbiran kerajaannya. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun
Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun perkembangandan pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang mempelopori kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
10| P a g e