The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kataklompat345, 2021-12-14 02:54:36

PEP SLIDE FLIPBOOK intan,elya

PEP SLIDE FLIPBOOK intan,elya

PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
-MPU21032

TAJUK PEMBENTANGAN:
TRAGEDI 13 MEI 1969

NAMA AHLI KUMPULAN :
ELYA NABILLA BINTI KUDUS

16DKA21F1042
INTAN NUR IRDINNA BT MOHD RIZAL

16DKA21F1043

NAMA PENSYARAH :
PUAN ASMAH BINTI MOHD

SUBARI@SARMAN

PENDAHULUAN

Tugasan yang kami sediakan berkisarkan tentang insiden
13 Mei yang pernah berlaku di Malaysia lebih kurang 4
dekad yang lalu dan bertajuk, “13 MEI 1969: SEJARAH
HITAM CINA-MELAYU DI MALAYSIA”. Kami sangat
berminat untuk menyiasat perkara yang telah terjadi di
sebalik insiden yang sudah menjadi topik terlarang dalam
kalangan kaum memandangkan terlalu banyak generasi
masa yang tidak tahu menahu mengenai peristiwa hitam
ini.

Kajian kami bermula dengan gambaran masyarakat
Malaysia sebelum 13 Mei 1969. Gambaran masyarakat
diberikan melalui tiga perspektif: politik, ekonomi dan
sosial. Diberikan unsur-unsur negatif yang sedia ada
sebelum terjadinya insiden 13 Mei ini. Kami merumuskan
kehidupan masyarakat Malaysia selepas itu. Peristiwa 13
Mei dibahagikan kepada tiga fasa: Fasa Sebelum Pilihan
Raya, Fasa Semasa Pilihan Raya dan Fasa Selepas Pilihan
Raya. Dalam bab yang ke-empat, disertakan analisis
kejadian tersebut yang juga dilihat dari aspek politik,
ekonomi dan juga sosial. Analisa kejadian berdasarkan
sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong.

Akhir sekali, kami menyertakan beberapa usaha yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan perkara
ataupun situasi 13 Mei ini berlaku lagi.

LATAR BELAKANG MASALAH

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan
Raya Umum pada 1969 dan merupakan satu titik hitam
dalam sejarah negara Malaysia. Isu-isu perkauman yang
menyentuh emosi dan sentimen perkauman menjadi tema
utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan
semangat prasangka dalam kalangan kaum-kaum di
Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

GAMBARAN MASYARAKAT
MELALUI

TIGA ASPEK: POLITIK,
EKONOMI DAN SOSIAL

➢ Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan
sosial masyarakat di Malaysia. Peristiwa hitam ini
bukanlah suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada peristiwa
yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan
Jepun di Tanah Melayu serta kesan peninggalan
penjajahan British merupakan faktor yang menyumbang

kepada peristiwa 13 Mei.

PERSPEKTIF POLITIK

• Masyarakat Tanah Melayu yang asalnya sangat taat dan

hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah
mengalami satu perubahan yang drastic dimana raja dan
sultan Melayu pada masa itu hanya dijadikan lambang
kepada sesebuah negeri sahaja.

• Sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta

sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu pula diterapkan oleh penjajah British.

• Fungsi residen dan penasihat British telah mengambil alih

peranan pembesar-pembesar Melayu terutamanya
dalam soal menasihati sultan dan mendapatkan hasil
untuk negeri melalui cukai

• Struktur masyarakat di Tanah Melayu yang terdiri

daripada pelbagai kaum telah mewujudkan banyak
persatuan politik sosial yang berasaskan kaum masing-
masing.

• Perasaan tidak puas hati yang ketara di antara kaum telah

wujud disebabkan oleh parti politik berbentuk
perkauman yang seringkali mengeksploitasi perbezaan
yang wujud dalam kalangan kaum-kaum ini

Perspektif ekonomi

• Sistem ekonomi tradisional seperti sistem yang
berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan
ikan, dan penternakan ladang, di Tanah Melayu turut
mengalami perubahan disebabkan oleh pemerintahan
British.

• Penjajah British telah menjalankan dasar ekonomi
kolonialisme dengan menjadikan sistem ekonomi yang
wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

• Penjajah British telah mengasingkan kaumkaum di
Tanah Melayu secara langsung dan tidak langsung
mengikut kegiatan ekonomi masing-masing.

• Perbezaan jurang ekonomi amat ketara akibat daripada
dasar pecah dan perintah penjajah British, Masyarakat
telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan
penempatan

• Masyarakat Melayu kebanyakannya terdiri daripada
petani dan nelayan yang tinggal di kawasan kampung,
masyarakat Cina pula kebanyakannya bekerja sebagai
peniaga dan tinggal di kawasan bandar manakala
masyarakat India bekerja sebagai peladang di estet dan
tinggal di kawasan estet.

Perspektif sosial

• Sejak dari zaman pemerintahan British lagi kaum Cina
tidak bersefahaman dengan kaum Melayu kerana
layanan yang diberikan amat berbeza begitu juga pada
zaman pemerintahan Jepun di mana kaum Cina ditindas
dengan begitu kejam daripada kaum Melayu.

• Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan
nasional. Hanya ada empat aliran pendidikan yang
berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India.
Silibus yang digunakan telah diambil dari Negara masing-
masing,Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari
segi fahaman kerana setiap kaum mengamalkan fahaman
yang berlainan

• Budaya dan agama masyarakat di Tanah melayu
berbeza-beza mengikut kaum. Kaum Melayu
seumpamanya, menganuti agama Islam, kaum Cina pula
menganuti agama samada Buddha, Lao-Tze dan
Confusius manakala kaum India menganuti agama Hindu.
Terdapat juga kaum yang beragama Kristian pda masa
itu.

Unsur negative yang

sedia ada
sebelum 13 MEI 1969

Dasar pecah Sistem
dan pendidikan

perintah yang
British berasingan

Perbezaan
agama dan
kebudayaan

Persatuan Layanan
etnik berat
sebelah

Dasar pecah dan perintah
British

• British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik
berdasarkan kegiatan ekonomi untuk menjaga
kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan
perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi
semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.

• Justeru mereka telah menetapkan status dan peranan yang
berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan
tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar
manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet.

• Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya
interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di
pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah
perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang
lain.

Sistem pendidikan yang
berasingan

● Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem
pendidikan nasional.

● Empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran
Inggeris, Melayu, Cina dan India.

● Keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana
Negara China contohnya mengamalkan fahaman
komunisme dan silibus yang diambil dari Negara
China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain
pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman
yang lain.

● Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang
seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu
bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja

Perbezaan agama dan
budaya

• Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum
Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme,
Confucius manakala kaum India beragama Hindu.

• Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan dan kefahaman
yang berlainan.

• Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan
agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama
lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-
agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara
tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama
lain.

Layanan berat sebelah
oleh tentera jepun

●Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu
telah dilayan secara berbeza-beza

●Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang
Melayu.

●Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan
China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami
antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.

● Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang Melayu dan Cina..

Kehidupan Masyarakat Melayu
Sebelum 13Mei

Kehidupan masyarakat Tanah Melayu sebelum 13Mei penuh
dengan syak wasangka dalam kalangan
dalam kalangan kaum yang menetap di sana. Kaum Melayu
dan kaum Cina terutamanyamempunyai sifat curiga akan
satu sama lain dan tidak percaya dengan kaum
yangbertentangan. Masyarakatpada masa itu tinggal
dengan satu kemarahan yang terpendamdan rasa tidak pas
hati. Situasi ini dibaratkan seperti bom jangka yang boleh
meletus bila-bila masa sahaja. Seperti yang dijangkakan oleh
British yang tidak mungkin satu kerajaanyang disertai oleh
pelbagai kaum yang berbeza, untuk mencapai satu
kesepaduan sosialbukanlah tugas yang sebegitu mudah. Dek
kerana sifat benci dan prejudis yang sudah sediaada dan
dimarakkan lag dengan sentimen perkauman, memang tidak
hairanlah kejadianberdarah 13 Mei berlaku dengan begitu
ganas dan kejam.

PERISTIWA BERDARAH 13
MEI 1969:PENCERITAAN

SEMULA

12 tahun selepas kemerdekaan dicapai dengan
kepayahan, satu kejadian berdarah
telah berlaku

pada 13 Mei 1969 . Dua kaum terbesar di Pe
rsekutuan Tanah Melayu, Cina danMelayu,

pada masa itu berusaha membunuh dan
mengambil nyawa masing-masing

dansebagai akibat daripada kejadian
tersebut, Singapura mengambil keputusan

untuk keluardaripada pentadbiran
Malaysia. Ramai generasi baru mendapat

tahu mengenai isu inimelalui buku-buku
Sejarah dalam sekolah menengah. Akan

tetapi sejauh manakah pengetahuan
generasi masa kini mengenai kejadian ini

yang telah
menyebabkan kehilangan banyak nyawa

dalam masa beberapa hari? Sejauh
manakah pengetahuan

mereka mengenai punca tercetusnya
pergaduhan dan keganasan antara kaum

pada waktu itu

Analisa Kejadian
Semasa Keseluruhan

Penyataan Dr. Kua Kia Soong bahawa kejadian 13
Mei ini bukanlah berlaku secaraspontan tapi

merupakan satu komplot yang telah dirancang
terlebih dahulu kelihatanmemegang kebenaran
di satu sisi yang lain. Jikalau tidak, tidak mungkin

kesemua kejadianini berlaku di tempat yang
berbeza dan juga hanya disertai oleh sesetengah
pihak yangsudah sedia ada di kawasan terbabit

dengan kejadian berdarah ini. Semestinya
merekasudah bersedia dengan segala senjata dan

alibi yang kukuh untuk memulakan
pergaduhanyang ganas dan kejam ini. Terdapat
kemungkinan yang ada anasir subversif lain yang
berkomplot untuk memusnahkan keharmonian

rapuh masyarakat Malaysia dan sudah
pastiinsiden 13 Mei telah memberikan impak

yang hebat terhadap perkembangan
Malaysiatidak kiralah dari segi ekonomi, politik

dan sosial.


Click to View FlipBook Version