PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
IBU ZAIN
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua
yang membaca buku skrap ini. Saya sangat bersyukur kerana
dapat menyiapkan sebuah buku skrap mengenai seorang tokoh
pendidik dan politik wanita yang terkenal.
Buku skrap yang dihasilkan ini telah memberikan saya
pengetahuan baharu mengenai tokoh kemerdekaan yang saya
tidak pernah kenal sebelum ini.
Selain itu, saya dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dalam mencari maklumat dan seterusnya menyiapkan buku skrap
ini secara digital.
Saya berharap buku skrap yang saya hasilkan ini memberikan
serba sedikit ilmu kepada semua pembaca terutamanya generasi
muda seperti saya.
BIODATA PELAJAR
NAMA MURID : NUR QISTINA DANIA BINTI MUHAMAD FARID
KELAS : 4 DINAMIK
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SIALANG
DAERAH : TANGKAK
BIODATA TOKOH YANG DIPILIH
Nama Penuh : Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman
Tarikh Lahir : 22 Januari 1903
Tempat Lahir : Nyalas, Melaka
Meninggal Dunia : 2 April 1989 (umur 86) di Johor Bahru, Johor
Pekerjaan : Pendidik dan Bekas Ahli Parlimen
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Saya memilih Ibu Zain kerana beliau adalah seorang wanita yang gigih dalam perjuangannya
memartabatkan kedudukan dan maruah wanita di Tanah Melayu.
KELEBIHAN TOKOH
Berani
Berpendidikan
Membela nasib kaum wanita dalam bidang pendidikan
Mendaulatkan Bahasa Melayu
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Penglibatan beliau di dalam pelajaran dan pendidikan wanita mendorong beliau menganjurkan satu tabung
derma Pelajaran Tinggi untuk Anak-Anak Perempuan Melayu Semenanjung dengan tujuan supaya kolej bagi
Perempuan Melayu dapat ditubuhkan. AKhirnya beliau berjaya menubuhkan Kolej Puteri Tunku Ampuan
Mariam dalam tahun 1948 yang beliau sendiri menjadi pengetuanya.
Beliau mula melibatkan diri di dalam politik setelah menerima undangan tahun 1945 daripada Datuk Onn bin
Jaafar untuk menyatu-padukan kaum wanita di Johor Bahru yang akhirnya membawa kepada Pertubuhan
Pergerakan Kaum Ibu Semenanjung. Dalam tahun 1948 beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan
Negeri Johor. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Kaum Ibu Malaya dalam tahun 1950 di Perhimpunan Agong
UMNO di Kuala Kangsar.
Beliau juga turut bergiat dalam bidang persuratan dalam menulis rencana-rencana untuk Majalah “Guru” dan
“Bulan Melayu”. Oleh itu pada November, 1954, Ibu Zain telah menghadiri Kongres Persuratan Bahasa
Melayu dan Indonesia yang diadakan di Medan, Sumatera. Dalam tahun 1956, beliau telah dipilih sebagai
Naib Ketua Kaum Ibu bagi Malaya Bahagian Selatan di samping menjadi Ketua Kaum Ibu bagi Negeri Johor.
Beliau juga menjadi anggota Jawatankuasa Tertinggi, Pingat Kaum Ibu UMNO Malaya dalam tahun 1957.
Dalam pertubuhan-pertubuhan sukarela juga Ibu Zain turut melibatkan diri. Beliau antaranya aktif dalam
Pertubuhan Pandu Puteri dan telah mewakili Malaya ke Jaboris masa Malaysia menghadapi konfrontasi
dengan Indonesia pada tahun 1963, Ibu Zain telah mendaftarkan nama sebagai tentera sukarela.
Manakala pada tahun 1979, Ibu Zain telah dianugerahkan Darjah Kebangsaan Panglima Sri Mahkota yang
membawa gelaran Tan Sri dari SPB Yang di Pertua Agong ke VI, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni
Almarhum Sultan Ismail. Dalam tahun 1980 beliau telah menerima anugerah Suluh Budiman dan pada tahun
1982, beliau menerima pula gelaran Tokoh Sastera seterusnya sebagai Tokoh Pendidikan pada tahun 1983.
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
PENDIDIKAN
- pelopor dalam kebangkitan masyarakat Melayu di dalam bidang pendidikan.
- menubuhkan Sekolah Didikan Kanak-kanak di Pasoh Jaya Waras, Negeri Sembilan.
- menubuhkan Koleh Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
- sekolah perempuan dan sekolah agaa petang didirikan di seluruh Johor.
- mengasaskan Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor.
MASYARAKAT
- wanita pertama menyertai Gerakan Pandu Puteri.
- pernah menjadi setiausaha dan turut mewakili Malaya ke Jambori Pandu Puteri di Sri Lanka.
- pernah mendaftar sebagai tentera sukarela semasa negara terlibat dengan konfrontasi.
PENULISAN DAN KEBUDAYAAN
- menyumbangkan aktikel-artikel di dalam majalah Guru, al-Ikhwan, Bulan Melayu, Utusan
Melayu, Warta dan lain-lain.
- memainkan peranan penting dalam kongres-kongres Persuratan dan Kebudayaan Malaysia,
Indonesia dan Singapura.
- terlibat dalam bidang Persuratan dan Kebudayaan Melayu hinggalah kepada penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
POLITIK
- aktif dalam pergerakan wanita UMNO.
- menjadi ahli dewan undangan Negeri Johor pada 1948.
- pernah dilantik menjadi ketua kaum ibu UMNO Malaysia.
- menyatukan kaum ibu menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan.
TERIMA KASIH
IBU ZAIN