The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaqasdina10, 2022-03-12 12:26:48

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ‘ISRAK DAN MIKRAJ’

NAMA: NUR ALYA QASDINA BINTI KHAIRUL ANUAR
KELAS: 6 EXCELLENT

BILA PERISTIWA INI BERLAKU;

• Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan
peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan
622 Masihi iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun,setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun
ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti
Khuwailid meninggal dunia.

• Nabi dan anak angkatnya Zaid Ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga
berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1.) Surah An-
Najm (Al-quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

• “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem),yang Kami berkati sekelilingnya,untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah
jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Quran, Surah Al Israk : 1)

• Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Nabi kembali semula ke
Makkah sebelum terbit fajar.

KEISTIMEWAAN HARI ISRAK DAN MIKRAJ;

• Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah
daripada Allah swt.Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaran-Nya.

• Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

1. Israk-Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.
> Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil-Haram, Mekah ke Masjidil-Aqsa di
palestine.

2. Mikraj-Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah.
>Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul
Muntaha dan ke Mustawa.

KRONOLOGI PERISTIWA;

Dipetik dari bahagian Dakwah,JAKIM berikut adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj.

1. Israk

• Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibrail a.s. dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dengan
menunggang Buraq. Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh
Malaikat Jibrail a.s. dengan air suci Zam Zam. Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat
yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

• Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

v Negeri Thaibah (Madinah),tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
v Bukit Tursina,iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
v Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan)

• Semasa dalam perjalanan,baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.Apabila dituai,hasi (buah) yang
baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

• Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.

• Diringkaskan kisah ini setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.Kemudian masuk
ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin
menjadi makmum.

• Rasulullah S.A.W. terasa dahaga,lalu dibawa Jibrail dua benjana yang berisi arak dan susu.Rasulullah
S.A.W. memilih susu lalu diminumnya.

• Kata Jibrail:Baginda membuat pilihan yang betul. jika arak itu dipilih,nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.

2. Mikraj

• Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan
menaiki tangga daripada syurga.Rasulullah S.A.W. bersama Malaikat Jibrail A.S naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).Baginda menaiki daripada langit pertama
hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai
peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,termasuk 70 ribu orang
yang masuk syurga tanpa hisab.

• Di langit ke sepuluh (tanpa ditemani Malaikat Jibrail) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT
dengan matanya sendiri ,lalu baginda sujud.dari pertemuan itu,baginda menerima wahyu dan perintah
dari Allah SWT iaitu penerimaan ibadah solat.(Yang mana ketika itu,baginda diperintahkan solat
sebanyak 50 waktu.) Kemudian dikurangkan mejadi 10 waktu.

• Akhirnya,dikurangkan sebanyak 5 waktu.5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu
Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak.

3. Selepas Mikraj

• Setelah itu,baginda pulang ke Masjidil-Haram.

• Kemudian,baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di
Mekah.Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.

• Tetapi,sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa
ini,beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari
perstiwa Isra’ dan Mikraj ini.

• Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq yang memberi maksud ‘yang membenarkan’.

6 PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ;

• Pada asasnya,peristiwa Israk dan Mikraj diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.Peristiwa ini
bukan sahaja berlaku dengan roh Nabi SAW semata-mata seperti mana yang didakwa oleh
sebahagian pihak,namun ia juga berlaku pada roh dan jasad.

Berikut adalah pengajaran tentang Peristiwa Israk dan Mikraj:

1. BAITULMAQDIS ADALAH HARTA UMAT ISLAM

• Bumi palestin adalah bumi barakah yang menjadi tempat pilihan Allah untuk berlakunya peristiwa
penting dalam sejarah iaitu Israk Mikraj. Ini membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah dan wajib
dipertahankan oleh semua umat Islam.

2. MENGAKUI KEBESARAN ALLAH DAN KEHEBATAN KERAJAANNYA

• Allah telah memperlihatkan kepada Rasulullah SAW keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas.
Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah SWT dan mengakui hakikat
diri sebagai hamba Allah.

3. KEPENTINGAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU

• Rasulullah SAW telah menerima perintah solat Fardu secara langsung daripada Allah tanpa melalui
perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.

4. MENJAUHI PERKARA MUNGKAR DAN YANG DILARANG

• Semasa Israk Mikraj , Rasulullah SAW dibawa meninjau suasana di neraka dengan pelbagai bentuk
balasan dan penyiksaan ke atas orang-orang yang ingkar kepada Allah. Ini memberi iktibar kepada kita
supaya menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah.

5. GALAKAN UNTUK SENTIASA MEMINTA KEPADA ALLAH SWT

• Peristiwa Nabi berulang alik berjumpa Allah SWT untuk meminta keringanan waktu solat memberi
gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa
dalam meminta Allah untuk mengabulkan doa dan permintaan kita.

6. KESEDIHAN TERHADAP DUNIA, PENGUBAT RINDUNYA ADALAH ALLAH SWT

Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah untuk mengubati hati dan kesedihan Nabi Muhammad
saw setelah melalui ujian besar dengan kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda ,
Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah SWT sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.

Firman Allah ‫ىلاحتو هناحبس‬:

ُ‫﴿ َِتنس لْل نْ ِتسَلجل نل نَسَ ىلبَسن ُسْحلرسْح ۚ لن َِ تلرنْلُسسن سُ ََتسسن ِسْح سن َكرسْح ِتَ لّا َِصسََ سْو َِتسج َسلم لَ ىلتسو َِتسا سِْل َِتسج َسلم لَ نّ سِ تسَلْلَ ِلسا َن لَلِ ٰس َه سْ أَ ِتَ لّا نه َنساح س‬١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram
ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Israk dan Mikraj adalah satu-satunya mukjizat ma’nawi yang agung pernah dikurniakan oleh Allah
SWT kepada Rasul pilihan-Nya,iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW.Mukjizat agung seperti ini
belum pernah dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi dan rasul selain baginda.

KESIMPULANNYA;

• Membaca kisah Israk dan Mikraj bukan seperti membaca cerita-cerita fiktif,tetapi ia
adalah suatu perjalanan rohaniyah agung,yang perlu dibaca dengan penuh keyajinan
yang diiringi dengan suatu niat suci untuk mengambil pelajaran dan hikmah
daripadanya.

• Kisah Israk dan Mikraj ini,menghidangkan beberapa rahsia,hikmah,latar belakang dan
falsafah yang terdapat dalam peristiwa israk dan Mikraj,yang boleh diterapkan dalam
kehidupan serta masyarakat muslim hari-hari.

• Membaca Peristiwa Israk dan Mikraj ini dengan penuh keimanan, akan meningkatkan
ketakwaan kita kepada Allah SWT.

SUMBER RUJUKAN;

v https://ms.wikipedia.org/wiki/Israk_dan_Mikraj

v https://ecentral,my/cuti-umum/isra-dan-mikraj

v https://ismaweb.net/2021/03/14/6-pengajaran-peristiwa-israk-
mikraj/

SEKIAN TERIMA KASIH;

-NUR ALYA QASDINA


Click to View FlipBook Version