The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABSTRAK PEMBENTANGAN LISAN K-SEMANIS 23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Kashfi, 2023-08-03 23:32:13

ABSTRAK PEMBENTANGAN LISAN

ABSTRAK PEMBENTANGAN LISAN K-SEMANIS 23

Keywords: K-SEMANIS 23

PEMBENTANGAN LISAN ABSTRAK / SINOPSIS TEKNIK LIHAT DAN TULIS MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 1 ARIF AMIRAH WAHIDAH BINTI ADNAN, NORASYIKIN BINTI OSMAN (PHD) SK KOMPLEKS RANTAU ABANG, TERENGGANU, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN MUDAHNYA PADANAN HURUF UNTUK MEMBACA JAWI DENGAN KAEDAH "PinJaw" ROSLINA BINTI MOHAMAD@AWANG SK DURIAN BURONG,KUALA TERENGGANU Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Pelajaran Jawi kerana terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran menulis dan membaca jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan sehingga murid menjejakkan kaki ke sekolah menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan lemah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid yang dikesan menghadapi masalah dalam mengenali dan mengecam huruf jawi dan padanan huruf rumi. Kebolehan mengecam dan membaca dalam tulisan jawi akan memungkinkan murid lebih menguasai pembelajaran Pendidikan Islam.Pelajar didapati masih lemah untuk menulis sukukata terbuka dan tertutup di dalam pembelajaran Jawi.Mereka masih lemah menguasai cara-cara untuk menulis perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup terutamanya penggunaan vokal (a) dalam menulis perkataan.Guru kadang kala perlu menggunakan pendekatan pengajaran secara eksplisit bagi mencapai matlamat ini. Kajian ini melihat akan strategi pengajaran yang membantu pelajar memahami konsep dan cara bagaimana padanan huruf (a) digunakan dalam padanan huruf jawi rumi dan sukukata terbuka .Gabungan pengajaran secara maujud dan penggunaan aplikasi digital ini mengubah para pelajar terhadap pembelajaran yang diaggap sukar dipelajari. Kata kunci: Jawi,Pdpcej,PinJaw,Padanan Huruf


'CATCH ME IF YOU CAN' DEBORAH SAIBUN SK PELABUHAN KELANG This study is conducted to overcome the problem of achievement under TP3 in the English subject faced by Amethyst 3 students in reading skills. A total of 18 pupils are involved in this study. The initial survey is carried out through interviews, data comparison and observation. The results of the survey show that a total of 18 students of 3 Amethyst achieved TP2 in the English subject and encounter letter recognition difficulty. The action planning is then developed and focused on the 'Catch Me If You Can' technique to improve mastery of letter recognition skills and completed within 6 months in range. Collaborative learning and independent learning were instiled within pupils to improve learning achievement, as well as promoting fun and meaningful learning in the classroom. The results of the semi-structured test have shown an improvement in pupils’ performance in letter recognition skills. Findings from instrument of data analysis show that pupils are more motivated and respond to teaching techniques. Keywords : Reading skills, Letter Recognition Skills, Collaborative vs Independent Learning INKLUSIVITI + CABALLUS RAFVI: : MENINGKATKAN PRESTASI PECAPAIAN LARIAN ATLIT PENDIDIKAN KHAS OKU PENGLIHATAN (B1) WAN MU’ADZAM BIN WAN ABIDIN SEKOLAH KEBANGSAAN KLANG Kajian tindakan ini berfokuskan membantu murid Orang Kurang Upaya (OKU) berkategori buta penuh (B1) di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Klang bagi meningkatkan pencapaian prestasi dalam acara larian. Kajian ini bermula apabila pencapaian dan kemenjadian murid pada sesi latihan sukan yang dilaksanakan oleh guru dan keputusan adalah sangat kurang memuaskan. Di dalam latihan ini murid kelihatan semakin pasif, kurang keyakinan diri, berasa takut, dan tidak berminat melaksanakan aktiviti yang dirancang. Jika dibiarkan berlarutan, dibimbangi murid akan mengalami defisit prestasi dan tidak akan berpeluang lagi dalam menyertai kejohanan akan datang. Didapati melalui temubual terdapat jurang antara inklusiviti murid Pendidikan khas dan murid perdana adalah sangat kurang memuaskan. Oleh kerana itu kaedah alternatif telah dilaksanakan adalah dengan mengaplikasikan alat inovasi Caballus Rafvi melalui penglibatan murid perdana sebagai teman pelari dalam 4 Program Intervensi bagi mengawal beberapa tingkah laku negatif murid. Berdasarkan analisis pemerhatian, data diperolehi sangat konsisten dan murid lebih berkeyakinan berbanding guru sebagai teman pelari. Dapatan maklumbalas kaedah temubual berkaitan tentang tingkah laku negatif murid telah menunjukkan perubahan secara total kepada lebih positif. Manakala program intervensi yang dirancang memberi kesan ke arah suasana yang lebih kondusif dengan iklim pembelajaran turut menyeronokkan. Perubahan jarak larian murid melalui program intervensi beransur maju memberi peratus peningkatan yang sangat baik. Kesimpulan yang diperolehi adalah kaedah alternatif dan melibatkan inklusiviti yang digunakan ini dapat membantu guru memaksimumkan peningkatan prestasi larian bagi 3 atlit OKU penglihatan melebihi 50%. Kata kunci: Pendidikan Khas, Teknik Asas Larian, Murid berkeperluan Khas Masalah Penglihatan, Inklusif, Pendidikan Inklusif, Teman pelari, Pendidikan Jasmani Suaian, Caballus Rafvi


THE USE OF ‘TWO WAYS’ TO IMPROVE THE READING SKILLS AMONG YEAR 1 ESL LEARNERS UMAIRAH BINTI JAMALUDDIN SK PELABUHAN KELANG The impact from Covid-19 pandemic further widen the learners’ gap, especially in reading due to limited exposure to learning English. Reading is one of the most crucial skills needed to enhance one’s knowledge and boost the vocabulary to communicate well. Despite an early start in formal education, past studies have shown that ESL learners struggle to blend and read words. Using phonics can improve the learners’ alphabetic knowledge and word reading skills gradually. Therefore, this study aims to improve the reading skills among Year 1 pupils with a ‘Two Ways’ approach. A research was conducted on 18 Year 1 pupils studying in a primary school in Selangor. A pre-test and post-test were conducted to identify pupils’ reading skills before and after the intervention using the ‘Two Ways’ approach. The findings showed a significant improvement in pupils’ reading afterward. Pupils also responded positively towards the implementation of ‘Two Ways’ and continually using it will help the pupils to read steadily. This innovation has been shared with another English Language teacher who teaches Year 1 classes to use, with the anticipation that the future of teaching and learning practices can be developed in a variety of ways. EFFECTIVENESS OF CLASSCRAFT IN ENCHANCING VOCABULARY RECALL AND RETENTION IN SMK TAMAN KLANG UTAMA MYTHILE VINGGADAYASAN SMK TAMAN KLANG UTAMA This research was carried out to question the efficacy of gamification in enhancing the vocabulary recall and retention abilities of language-proficient pupils. This study aims to identify the effectiveness of Classcraft in enhancing vocabulary recall and retention in SMK Taman Klang Utama among Form 2 Arif students with proficient mastery of language. Thirty research participants were required to take a pretest before learning thirty vocabularies through Classcraft, consisting of out-of-class and in-class activities. Following the completion of the treatment, they sat for a post-test. Research participants’ pretest and post-test scores were compared to determine if the employment of Classcraft enhances the researcher’s students’ vocabulary knowledge. A paired sample t-test was employed to detect the difference between the two groups. The results of the English vocabulary achievements of the students in the post-test were higher than those in the protest, with statistically significant differences. The findings of this research suggest that Classcraft has enhanced vocabulary recall and retention in SMK Taman Klang Utama among Form 2 Arif students with proficient mastery of language. Keywords: Classcraft, gamification, vocabulary recall and retention


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI), SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING, SHAH ALAM, SELANGOR. MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN ASAS OPERASI TAMBAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “SLIMY COUNT BOX” DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN. FATIN NABILAH HISHAM BALQIS HISHAM SK KOTA KEMUNING Dalam menghadapi kemajuan sektor pendidikan pada hari ini, PPKI SK Kota Kemuning mengambil inisiatif mencipta satu teknik untuk memperkasakan kemahiran asas operasi tambah dalam subjek Matematik bagi murid bermasalah pembelajaran. Tinjauan masalah menunjukkan murid tidak menguasai kemahiran asas operasi tambah dalam lingkungan 5 dan murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas. Bagi mengatasi masalah ini, alat bantu mengajar “Slimy Count Box” diperkenalkan dan digunakan untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan konsep asas operasi tambah. Objektif kajian ini ialah mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas sekaligus meningkatkan kemahiran Matematik murid. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian pra dan pemerhatian. Sampel kajian dilakukan kepada 3 orang murid dari kelas Efisien iaitu kelas yang terdiri daripada murid berkefungsian rendah dengan pelbagai masalah seperti autisme,down sindrom, ADHD, dan murid bermasalah spesifik non-verbal. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid telah dapat memahami sekurang-kurangnya 10% penguasaan konsep tambah dalam lingkungan 5 berdasarkan ujian pos. Murid juga telah menunjukkan tingkah laku yang positif semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selepas melakukan intervensi “Slimy Count Box”. Pendekatan ini telah membantu murid menguasai kemahiran asas operasi tambah dalam bentuk yang termudah dan membantu membina iklim pembelajaran yang menyeronokkan. Kata kunci: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Slimy Count Box, murid bermasalah pembelajaran. TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN MODULE”LOVE R.O.S.Y” DAN PENDEKATAN HOLD TOGETHER KAMINI A/P S.SELVAINDRAN SK PELABUHAN KELANG) Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid 6 Zircon yang tidak menguasai kemahiran asas membaca. Seramai 19 orang murid daripada tahun 6 Zircon terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua kategori murid yang terlibat dalam kajian ini, iaitu murid yang boleh membaca dengan bimbingan guru dan murid yang tidak boleh langsung membaca, manakala murid yang lancar membaca diberikan latihan pengayaan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan ujian pos. Hasil tinjauan awal menunjukkan hanya 10 (30%) orang murid yang boleh membaca dengan bimbingan guru manakala 9 (27%) tidak boleh membaca langsung. Manakala hasil daripada pemerhatian awal didapati bahawa terdapat 3 isu utama yang dihadapi oleh murid: (i) Murid tidak dapat membaca text yang panjang dalam buku teks Academy of Stars (ii) Murid tidak dapat membatang perkataan baru / yang panjang (iii) Berdasarkan maklum bals yang diterima dari guru Bahasa Inggeris Tahun 5 Zircon, didapati bahawa sebahagian besar daripada murid-murid ini tidak mengikuti PdPr. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka dengan menggunakan module”Love R.O.S.Y” dan pendekatan HoLD Together. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh masa 6 bulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid Hasil tinjauan akhir menunjukkan hanya 2 orang murid yang boleh membaca dengan bimbingan guru manakala 1 tidak boleh membaca langsung, Seramai 27 murid 6 Zircon lancar membaca pada akhir bulan Disember 2022. Kesimpulannya, data ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara dan terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid dengan penggunaan modul, Love R.O.S.Y dan pendekatan HoLD Together.


KEBERKESANAN KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MENGATASI MASALAH PENGUASAAN SIFIR NORHAZLINA BINTI NORBIT SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN KELANG Kajian tindakan ini memfokuskan permasalahan murid tahun 5 Zircon dalam penguasaan sifir. Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas dalam subjek Matematik yang sangat penting. Sekiranya tidak di atasi di peringkat sekolah rendah, kelak akan menimbulkan masalah pada peringkat yang lebih tinggi. Sifir merupakan tunjang bagi operasi pendaraban. Data dikumpulkan dengan 4 kaedah iaitu melalui pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran ialah murid tidak menghafal sifir. Pada awalnya, murid dibantu dengan kaedah petak sifir yang juga dikenali dengan Magic Box. Namun masih terdapat 9 orang murid yang tidak menguasai dan 6 orang murid yang mengambil masa terlalu lama untuk melengkapkan petak sifir. Justeru, kaedah baru dihasilkan bagi membantu murid menguasai sifir. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan kerana memberi impak yang positif. Bilangan murid yang menguasai sifir semakin meningkat. Bilangan yang tidak menguasai sifir berkurang menjadi 4 manakala murid yang ambil masa terlalu lama untuk melengkapkan petak sifir dapat diatasi. Murid berasa lebih seronok dan yakin untuk menjawab soalan. Ini membuktikan kaedah baru mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban. Dirumuskan kajian Tindakan bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kretiviti dan inovasi guru. Sebagai bukti, saya telah menjadi juara dalam Program 5-minutes PDP Pitching diperingkat sekolah dan mendapat anugerah perak 5 Minit Bicara Inovasi dalam Seminar Menjana Aspirasi Naratif STEM 2022 (K-Semanis) di peringkat Negeri pada tahun 2022. Kata kunci : kajian tindakan, pendaraban, penguasaan sifir D’WARNA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCIRIKAN PEMILIKAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4AK DI SMK TINGGI KLANG NURLIENA BINTI MOHAMAD SMK TINGGI KLANG Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mencirikan pemilikan perniagaan dalam kalangan murid. Sample diambil daripada murid-murid tingkatan 4AK di SMK Tinggi Klang. Tinjauan awal telah dilaksanakan bedasarkan latihan dalam kelas. Hasil daripada tinjauan menunjukkan bahawa murid Tingkatan 4AK menghadapi kesukaran untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta dan terminologi dalam tajuk Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Sebanyak 48% orang murid berada dalam kategori Sangat Lemah ( VW ) 28% berada dalam kategori Sederhana Lemah ( MW ) dan selebihnya 24% berada dalam kategori Lemah ( W ). Kesukaran mengingati fakta dan terminologi yang menyebabkan murid mengambil masa yang lama dan panjang untuk menulis jawapan atau membiarkan kosong sahaja. Rentetan daripada isu tersebut, Permainan D’WARNA diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Murid lebih seronok dan lebih berdaya saing apabila mereka bermain Permainan D’WARNA ini dan secara tidak langsung membantu mereka untuk mengingati fakta dan terminologi dalam tajuk Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa, Permainan D’WARNA sangat membantu murid untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta dan terminologi dalam tajuk Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Secara umumnya kajian ini juga dapat membantu proses pdp guru-guru disamping mampu menimbulkan keseronkkan murid-murid mempelajari mata pelajaran perakaunan.


PENGGUNAAN TEKNIK ‘MULAWWAN’ DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGATI MA’ANIL KALIMAH DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 DI SAM NURUL IMAN MUHAMAD SYAHIR BIN MD HALIM SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN Kajian Tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid untuk menguasai kosa kata (ma’anil kalimah) bagi matapelajaran Usul al-Din. Bilangan kosa kata yang pelbagai dalam silibus Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) bagi subjek Usul al-Din memberi cabaran kepada murid untuk menguasainya. Sampel kajian ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 5 As-Syafie (lelaki dan perempuan). Hasil kepada ujian awal menunjukkan hampir separuh dan 50 peratus murid kelas berkenaan tidak berjaya mengingat ma’anil kalimah yang diberikan (markah bawah 10 daripada 20 markah). Justeru satu solusi yang berkesan perlu dilaksanakan agar murid-murid dapat mengingati kosakata ini. Cara menggunakan bentuk peta i-think (SmartArt Graphic) yang berwarna selaras dengan kelebihan murid-murid pada masa kini yang arif dengan teknologi boleh dimanfaatkan dengan penggunaan “SmartArt Graphic” dalam Microsoft Word & Powerpoint. Kajian juga jelas menyatakan penggunaan warna dan bentuk yang pelbagai mampu membantu murid-murid mengingati perkara dengan lebih baik. Hasilnya kita dapat lihat peningkatan murid mengingati ma’anil kalimah dengan baik. PROGRAM NILAM SPRINTER YATIE FENDI Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah data bacaan NILAM yang rendah dalam kalangan murid Tahun 4 Pintar. Seramai 15 orang murid daripada kelas 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca. Oleh itu, pengkaji menjalankan Program NILAM Sprinter untuk mengatasi masalah ini. Kajianini telah diselesaikan dalam tempoh 1 bulan. Dapatan hasil kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu mengatasi masalah data bacaan NILAM yang rendah. Hasil daripada semakan borang telah menunjukkan peningkatan data bacaan NILAM. Dapatan dari pemerhatian pula menunjukkan murid semakin minat dan bersemangat untuk menjalankan aktiviti membaca. Kesimpulannya, Program NILAM Sprinter berjaya menbantu meningkatkan data bacaan NILAM.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN ARTIKULASI IDEA PEMBENTANGAN BAB 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM DALAM KALANGAN MURID 4GS MOHAMAD IZWAN MOHAMAD NOOR SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, PELABUHAN KLANG. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam dalam kalangan murid 4GS melalui templat pembentangan ACTION-P. Templat pembentangan ACTION-P digunakan untuk meningkatkan kemahiran artikulasi idea utama dan minat murid bagi setiap subtopik dalam Bab 4 di dalam bilik darjah. Responden yang terlibat adalah seramai 35 orang dengan tahap prestasi akademik yang baik dalam mata pelajaran Sains. Murid diberi templat pembentangan yang sama bagi setiap subtopik dalam Bab 4. Murid kemudian perlu berbincang dalam kumpulan bagi menterjemahkan maklumat dalam subtopik berkenaan kepada bentuk lukisan. Maklumat yang berbentuk lukisan itu tadi akan dilukis pada kedudukan tertentu dalam templat ACTIONP bagi menjelaskan idea utama dalam subtopik berkenaan. Idea utama ini kemudian diartikulasi semasa pembentangan kumpulan agar kualiti pembentangan bertambah baik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah secara triangulasi iaitu melalui soal selidik, rubrik penilaian rakan sebaya dan rubrik pembentangan.Data dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan ACTION-P dapat meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan dan minat murid dalam Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam . MENINGKATKAN KEMAHIRAN ARTIKULASI IDEA PEMBENTANGAN BAB 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM DALAM KALANGAN MURID 4GS MOHAMAD IZWAN MOHAMAD NOOR, FIZMADIANA AHMAD FAHAMY, SUHAIDAH ABU BAKAR SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, SMK TELOK GADONG SMK TENGKU IDRIS SHAH Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam dalam kalangan murid 4GS melalui templat pembentangan ACTION-P. Templat pembentangan ACTION-P digunakan untuk meningkatkan kemahiran artikulasi idea utama dan minat murid bagi setiap subtopik dalam Bab 4 di dalam bilik darjah. Responden yang terlibat adalah seramai 35 orang dengan tahap prestasi akademik yang baik dalam mata pelajaran Sains. Murid diberi templat pembentangan yang sama bagi setiap subtopik dalam Bab 4. Murid kemudian perlu berbincang dalam kumpulan bagi menterjemahkan maklumat dalam subtopik berkenaan kepada bentuk lukisan. Maklumat yang berbentuk lukisan itu tadi akan dilukis pada kedudukan tertentu dalam templat ACTIONP bagi menjelaskan idea utama dalam subtopik berkenaan. Idea utama ini kemudian diartikulasi semasa pembentangan kumpulan agar kualiti pembentangan bertambah baik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah secara triangulasi iaitu melalui soal selidik, rubrik penilaian rakan sebaya dan rubrik pembentangan.Data dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan ACTION-P dapat meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan dan minat murid dalam Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam .


MURUGA A/L KRISHNAN (PhD) SMK TANJONG PUTERI,, KEDAH. TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI MURID TERHADAP PDPR EKONOMI DALAM APLIKASI ‘GOOGLE MEET’ SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (KAJIAN KES) Pada penghujung tahun 2019, seluruh dunia telah dilanda wabak COVID-19 di mana wabak ini bermula di Wuhan, China. Wabak pandemik COVID-19 telah mengubah pola pendidikan terutamanya dalam pdpr di sekolah rendah dan sekolah menengah serta sekolah-sekolah swasta. Pembelajaran secara bersemuka terpaksa bertukar kepada pdpr dalam aplikasi iaitu ‘Google Meet’, ‘Zoom Class’ dan ‘Webax’ disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, muncul kaedah pendidikan maya, e-learning dan rumah telah bertukar menjadi bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji tingkah laku dan motivasi murid terhadap pdpr ekonomi dalam aplikasi ‘google Meet’ sepanjang tempoh (PKP). Dalam kajian ini, sampel adalah murid tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Daerah Baling iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah Dalam kajian ini, responden menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan dan menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 5 item. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu tingkah laku dan motivasi. Statistik deskritiptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis soalan selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid tingkatan 5 mempunyai tingkah laku yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap pdpr ekonomi secara dalam aplikasi ‘Google Meet’ semasa tempoh PKP. Impak kajian ini dapat membantu murid ekonomi dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Kesimpulannya, tingkah laku dan motivasi merupakan salah satu kayu ukur dalam sesuatu mata pelajaran. Kata Kunci: Tingkah Laku dan Motivasi (PKP) Google Meet MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI ASAS MENAMBAH TANPA MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PA-NO-PU. MUHD AIDIL FIRDAUS BIN MOHD ABDULLAH SK BUKIT NAGA Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPC saya dalam subjek Asas 3M (Komponen Matematik) Masalah Pembelajaran Tahun 2 yang melibatkan topik operasi penambahan tanpa mengumpul semula dengan menggunakan inovasi Pa- No-Pu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 9 orang murid Pendidikan Khas Integrasi di SK Bukit Naga dari Kelas 2 Cerdik. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah ujian pra, temu bual dan pemerhatian yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Dapatan kajian mendapati inovasi yang dilaksanakan telah berjaya menarik minat dan membantu murid untuk menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. Kajian ini juga membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhan. Kata Kunci: Menambah Tanpa Mengumpul Semula, Matematik, Murid Pendidikan Khas


MUDAHNYA PENGGUNAAN TEKNIK "EASY PULPA" DALAM MEMBANTU MURID MENUKAR NOMBOR PERPULUHAN KE NOMBOR PERLAPANAN BAGI MATAPELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2 ZAWIAH HASNAH BINTI YUSOFF SMK CHUNG HWA WEI SIN, TERENGGANU Mata pelajaran Asas Sains Komputer mula diperkenalkan kepada murid sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3 sejak tahun 2017. Bagi sukatan subjek ini untuk murid tingkatan 2 di dalam tajuk Perwakilan Data di bawah sub tajuk menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan, saya mendapati pelajar masih lemah untuk membuat penukaran nombor tersebut dengan kaedah yang betul dan sukar memahami melalui langkah-langkah yang diterangkan melalui buku teks. Seramai 15 orang daripada kelas 2 Alamanda dan 2 Bakawali tidak dapat menjawab soalan di bawah tajuk ini kerana ia bertukar dengan kaedah penukaran nombor yang lain seperti nombor perduaan dan perenambelasan. Pelajar yang tidak hadir juga sukar untuk mempelajari kaedah yang betul apabila mereka belajar secara kendiri melalui langkah-langkah yang ditunjukkan melalui buku teks. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan murid tidak mampu menjawab soalan ini dengan tepat dan mengikut langkah-langkah yang betul. Penggunaan Teknik “Easy Pulpa” didapati berupaya membantu mengatasi masalah murid untuk membuat penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan. Murid lebih mudah faham, berasa guru berada bersama mereka semasa belajar, dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan serta murid dapat mengulangkaji tajuk itu secara berulang-ulang di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa. Keupayaan murid menjawab soalan ini juga meningkat dan murid menjadi semakin mahir tentang tajuk ini. Kata kunci :nombor perpuluhan, nombor perduaan, penukaran nombor, kajian Tindakan, kendiri, refleksi KAEDAH MENANGANI ISU MURID ENGGAN KE SEKOLAH MELALUI INTERVENSI TERAPI BERMAIN DALAM KALANGAN MURID TAHUN SATU DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA NADZIROH MD ZUBIR SK BUKIT NAGA Kajian ini bertujuan menangani isu murid enggan dan tidak mahu ke sekolah. Fenomena enggan datang ke sekolah menjadi isu yang kritikal dan statistik menunjukkan setiap sekolah mengalami isu ini. Isu ini semakin sukar dibendung selepas negara di landa wabak Covid-19. Murid dan kanak-kanak secara terang- terang menunjukkan hilang minat datang ke sekolah. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dilaksanakan melalui program Guru Penyanyang mendapati purata setiap hari seorang murid mengalami isu enggan datang ke sekolah dengan menunjukkan tingkah laku menangis berpanjangan, memberontak, tantarum, lari dari kawasan sekolah dan tidak hadir secara berturut-turut dalam tempoh tiga hingga lima bulan. Kajian tindakan ini memperkenalkan prosedur standard operasi ataupun kaedah yang boleh membantu menangani isu ini. Kajian ini fokus terhadap murid tahun satu. 2 orang murid terlibat dalam kajian ini. Empat kaedah intervensi yang telah dijalankan selama 5 bulan. Hasil kajian menunjukkan 2 orang murid berjaya dan sejahtera datang ke sekolah . Data ini menunjukkan prosedur standard operasi ataupun kaedah ini releven digunakan bagi membanteran isu murid enggan datang ke sekolah.


PENDEKATAN Q+STEM=ABC WADAH PEMBENTUKAN TEKNOKRAT PEMBINA NEGARA MASA HADAPAN HAJAH MARIATI BINTI ABDULLAH SMK BANDAR SULTAN SULAIMAN Pendidikan dalam arus dunia tanpa sempadan kini menuntut suatu transformasi yang meliputi pelbagai aspek. Pemimpin organisasi Pendidikan mesti proaktif mendepani cabaran yang pelbagai dengan pelbagai pula pendekatan. Falsafah Karamah Insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebenarnya adalah satu kunci utama yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan dan kecemerlangan organisasi Pendidikan. Penulisan ini menerangkan bagaimana pengetua menggunakan pendekatan Karamah Insaniah dalam membangkitkan semangat belajar ilmu Sains. Murid adalah umpama kain putih yang sentiasa menadah tangan untuk menanti bagaimanakah corak yang ingin diterapkan kepada mereka. Menggunakan latar sekolah yang mempunyai 99% murid Islam, pengetua memperkenalkan pendekatan gabung jalin isi kandungan al Quran dengan STEM sebagai satu wahana pembentukan Anak Baik Lagi Cerdik. Ajaran al Quran adalah universal dan tidak ditelan zaman. Sebagai pengetua yang proaktif dalam mencari solusi terhadap permasalahan zaman VUCA ini, maka seharusnya pengetua meneroka apa sahaja jalan untuk menjanjikan generasi Anak Baik Lagi Cerdik dapat direalisasikan. Mengambil sampel dari murid-murid aliran Sains Tulen, pendekatan gabung jalin ayat-ayat suci al Quran dengan kurikulum mata pelajaran STEM melahirkan murid yang lebih bersemangat mempelajari subjek Sains. Bukan itu sahaja, pembelajaran Sains yang dikukuhkan oleh penerangan menerusi ayat-ayat al Quran berupaya membentuk sikap tunduk kepada Yang Maha Pencipta di samping meningkatkan motivasi untuk membangunkan semangat teknokrat demi memberi manfaat kepada umat sejagat. Pendekatan yang diperkenalkan oleh pengetua ini sebagai serampang dua mata yang bukan sahaja menarik minat murid terhadap STEM malahan juga menjadi pendorong untuk lebih memahami ayat-ayat al Quran. Diharapkan usaha kecil ini berupaya membentuk murid generasi Anak Baik Lagi Cerdik yang Berjaya menjadi teknokrat Pembina negara pada masa hadapan. MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN SENSORI DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT MTT’ DI KALANGAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KEFUNGSIAN RENDAH .KALAIVALLI A/P KALIAPPAN AZHARIZAH BINTI SAIMI SMK BAT U UNJUR Kemahiran sensori amat ditekankan dalam pengurusan kehidupan manusia khasnya kepada murid berkeperluan khas. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran sensori di kalangan murid berkeperluan pendidikan khas, kefungsian rendah. Ianya terkandung dalam matapelajaran pengurusan kehidupan komponen kemahiran manipulatif dibawah tajuk sensori. Penekanan diberikan kepada integrasi sensori penglihatan dengan persekitaran. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah di Daerah Klang yang mempunyai masalah mengelaskan objek mengikut warna, saiz dan bentuk. Satu inovasi dalam pdpc dicipta sebagai bahan maujud untuk digunakan semasa proses pembelajaran yang dikenali sebagai kit MTT. Penggunaan kit ini dapat menarik minat serta merangsang sensori penglihatan murid untuk melakukan aktiviti di dalam kelas.. Pengumpulan data dibuat melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis data menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran sensori penglihatan dimana subjek kajian dapat mengelaskan objek mengikut warna, saiz dan bentuk dengan lebih yakin melebihi 50%. Kit MTT juga menekankan konsep belajar melalui bermain (BMB), hasil pemerhatian menunjukkan perubahan tingkahlaku pada murid berasa teruja dan menunjukkan minat untuk mencuba benda baru yang merangsang pembelajaran secara tidak langsung. Kata kunci : murid berkeperluan pendidikan khas, kefungsian rendah, sensori, kit MTT, kemahiran manipulatif


MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR MELALUI KAEDAH ‘COS BIDAL’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 SARAVANAN A/L MUNUSAMY SK ST. ANNE’S CONVENT, PELABUHAN KLANG Perkembangan sistem pendidikan ke arah yang lebih maju mempengaruhi tingkah laku murid dalam aspek pembelajaran. Maka, pendidik bertanggungjawab dalam pengubahsuaian dan pengamalan kaedah baharu yang sesuai bagi tahap pembelajaran murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik amalan dalam pengajaran sifir bagi murid tahun 3. Seramai 37 murid telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan lembaran kerja murid, temu bual dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid menambahkan dua digit yang sepatutnya perlu didarabkan, murid menulis jawapan yang tidak berkaitan, mereka mudah lupa sifir yang dihafal serta penglibatan pasif dalam pembelajaran Matematik. Justeru, kaedah ‘CoS BiDaL’ diperkenalkan bagi membantu murid untuk menguasai sifir. Kaedah ‘CoS BiDaL’ merupakan akronim bagi Congkak, ‘Simple multipication facts’, Bingo, ‘Doubling’, ‘Arts’ dan ‘Ludosnake game’. Kaedah ‘CoS BiDaL’ mengandungi 5 peringkat yang berkonsep didik hibur dengan menggunakan bahan maujud serta menitikberatkan pendekatan ‘concrete-representational-abstract’ (CRA) dalam pengajaran sifir. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu semasa matapelajaran Matematik dengan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Hasil penganalisisan lembaran kerja murid dan pemerhatian menunjukkan murid dapat menguasai sifir serta mereka sangat gembira semasa melakukan aktiviti-aktiviti dalam setiap peringkat. Murid melibatkan diri secara lebih aktif bersama ahli kumpulan sehingga murid yang tidak pernah menjawab soalan secara lisan sebelum ini pula dapat berbincang jawapan serta memberi justifikasinya apabila menjalankan kajian ini. Hasil dapatan kajian disarankan agar pendidik boleh menggunakan kaedah ini untuk mengajar sifir kerana murid lebih berminat dan seronok sepanjang pelaksanaan kajian. Kata Kunci : Kaedah ‘CoS BiDaL’, Model Kemmis dan McTaggart (1988), Konsep didik hibur MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT KITAR NITROGEN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK NYANYIAN LAGU NITROEMON DALAM KALANGAN MURID 5 MULIA DI SMK (P) KAPAR SHAH RIZUL AYUNI BINTI ZULKIPLY SMK (P) KAPAR Kitar nitrogen adalah proses semulajadi yang melibatkan unsur nitrogen. Kitaran ini mengandungi empat proses utama. Hasil daripada tinjauan awal mendapati tahap penguasaan mengingat kitar nitrogen adalah sangat lemah. Murid tidak dapat mengingat nama proses, nama bahan dan nama bakteria yang terlibat dalam kitar nitrogen. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan mengingat kitar nitrogen. Peserta terdiri murid - murid perempuan yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sederhana iaitu daripada kelas 5 Mulia SMK (P) Kapar. Seramai 20 orang murid telah dipilih daripada pelbagai bangsa. Nyanyian merupakan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu (Kamus Pelajar, 1995). Wagner dan Zeigler (1982) menyebut bahawa lagu merupakan penyampaian informasi serta pernyataan perasaan dalam bentuk berirama. Oleh yang demikian, teknik nyanyian lagu Nitroemon diperkenalkan sebagai intervensi. Analisis pra ujian dan pasca ujian serta temu bual dilaksanakan sebagai kaedah kajian. Keputusan pasca ujian mendapati teknik nyanyian lagu Nitroemon membantu 95 % murid meningkatkan penguasaan mengingat kitar nitrogen. Ini menunjukkan bahawa perubahan positif yang signifikan terhadap prestasi murid dapat diperoleh. Kata kunci : kitar nitrogen, nyanyian, ciptaan muzik.


MENGURANGKAN MASALAH BULI LISAN DALAM KALANGAN SEPULUH ORANG MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) PPKI SMK SHAHBANDARAYA MELALUI KAEDAH ‘ABAD’ SENTHAMARAI A/P KOTHANDAN NORSHAHILA BINTI ABDUL KADIR SMK SHAHBANDARAYA Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah buli lisan . Di mana terdapat segelintir murid di program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang melakukan buli lisan secara mengejek rakan sekelas mahupun rakan kelas lain dengan perkataan yang kurang sopan. Masalah buli lisan berlaku dalam kalangan sepuluh orang murid PPKI yang terdiri daripada kategori Kurang Upaya Pembelajaran, ADHD dan kurang upaya intelektual. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan aduan daripada murid. Pengkaji mendapati 10 orang murid ini sering melakukan masalah buli lisan kepada rakan sekelas sehingga boleh mencetuskan pergaduhan. Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan kaedah ‘ABAD’ singkatan Anda Buat Anda Dapat. Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan serta mengatasi masalah buli lisan dalam kalangan murid ini. MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ISYARAT BAGI KATA KERJA DALAM KALANGAN GURU DAN MURID KURANG UPAYA PENDENGARAN MENGGUNAKAN KAMUS DIGITAL (KamDi) DASHWINI A/P SELVAM WAN ATIQAH BINTI WAN HUSSIN SK TENGKU BENDAHARA AZMAN (1) Medium komunikasi utama Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Masalah Pendengaran di Malaysia adalah Bahasa Isyarat terutamanya Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Buku KTBM ini merupakan mengandungi dua jilid yang mengandungi lebih daripada 100 muka surat dan 1000 hinggan 2000 kod. Ini menyebabkan guru-guru pendidikan khas atau MBPK Masalah Pendengaran mengambil masa yang lama untuk rujuk sesuatu kod. Maka dengan Itu, penyelidik memperkenalkan satu Kamus Digital Bahasa Isyarat yang bernama KamDi yang mengandungi kod-kod KTBM kata kerja. KamDi ini mengandungi kod-kod KTBM kata kerja yang dipersembahkan dalam bentuk video demi mudahkan proses pencarian dan proses latihan berbanding dengan menggunakan buku KTBM. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan terhadap enam orang guru pendidikan khas dan enam orang MBPK ketidakupayaan pendengaran di salah sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di daerah Klang. Penyelidik telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca terhadap peserta-peserta kajian dan berjaya membuktikan bahawa KamDi ini berjaya meningkatkan penguasaan bahasa isyarat serta menggunakan bahasa isyarat yang betul dan tepat.


Kit GENIOS (GEOMETRY IN INNOVATION ONLINE SEJARAH) JAYALETCHUMI VADIVELOO SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH Kit GENIOS (Geometry In Innovation Online Sejarah) adalah merupakan satu inovasi yang dibangunkan dengan tujuan menjalankan proses penyampaian PdPR yang lebih efektif. Kit Genios merupakan satu instrumen yang dicipta secara kreatif untuk menyakinkan para murid dalam talian terus mempelajari sesuatu yang baharu (hasil kerja tangan sendiri), malahan memperlihatkan kredibiliti dan pelibatan murid yang begitu memberangsangkan. Kit GENIOS adalah hasil alat pemudahcara yang boleh membimbing murid untuk lebih Mengetahui, Memahami dan Mengaplikasi - 3M dari segi fakta dan plot kronologi sejarah dengan baik. Kit Genios juga telah mengaplikasikan konsep pembelajaran berpusatkan pelibatan murid sepenuhnya dengan menghasilkan satu alat inovasi iaitu pemudahcara dalam mempelajari sesuatu topik atau konsep. Konsep “Learning by Doing” merupakan satu aktiviti pembelajaran yang membabitkan setiap individu (murid) berinteraksi, berkomunikasi, berkolabaratif serta berfikiran kritis dalam menghasilkan satu perubahan dari segi pemahaman, ketrampilan dan pengukuhan nilai sikap yang utuh. Pendekatan “learning by doing” merupakan satu pendekatan melatih individu untuk melakukan, melihat, mendengar dan merasakan secara langsung terhadap alat inovasi (bahan maujud) yang dihasilkan. Dengan pendekatan konsep ini, maka isu pembelajaran terbeza turut dapat ditangani dengan baik. Inovasi Kit Genios telah direka cipta dengan bahan yang murah dan mudah diperolehi. Antara bahan yang digunakan adalah kertas kadbod @ sugar paper, kertas warna A4, gam, gunting, 1 set magic colour dan set peralatan geometri (tidak wajib), masih boleh menggunakan bentuk objek bulatan, bujur, hexagon, segi empat sama, segi tiga dan segi empat tepat untuk mendapatkan bentuk yang diperlukan. Seterusnya Kit GENIOS turut diasmilasikan dengan pendekatan konsep ICHCI (Isi, Ciri Plot @ Kronologi, Huraian Fakta, Contoh dan Inferens) untuk memudahkan pemahaman kendiri di kalangan murid-murid. Bahan ini juga boleh disediakan dengan senang oleh ibu bapa ataupun guru di sekolah kerana bahan untuk membinanya adalah mudah didapati dan murah. Konsep ini amat sesuai dengan keperluan pembelajaran bagi golongan ibu bapa yang tergolong dalam isirumah B40. MENINGKATKAN PENGUASAAN PERIBAHASA DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT SuDan 3.0’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 INOVATIF DI SK RASA NORASHIKIN BT MOHD YUSOF SEKOLAH KEBANGSAAN RASA Kajian ini dijalankan untuk membantu murid menjawab soalan peribahasa dan mendapat markah lebih daripada 6 daripada markah keseluruhan 10. Ia memfokuskan untuk membantu murid menguasai maksud peribahasa dengan menggunakan Kit SuDan. Kajian ini terdiri daripada 6 orang pelajar tahun 5 Inovatif dengan dibantu oleh seorang orang guru dari SK Rasa, Hulu Selangor. Melalui analisis pra ujian, didapati bahawa murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengingati maksud peribahasa dengan baik. KIT SuDan digunakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam seni bahasa (peribahasa) dalam masa tempoh 3 bulan. Daripada analisis penilaian keputusan pasca ujian, murid didapati kurang melakukan kesilapan terutamanya untuk mencari maksud peribahasa. Keputusan Pentafsiran Bilik Darjah juga telah menunjukkan peningkatan purata sebanyak 80% berbanding semasa pelaksanaan . Dapatan daripada pemerhatian pula menunjukkan murid menyukai dan seronok menggunakan KIT SuDan. Ini terbukti apabila dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman disamping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan . Kata kunci : KIT SuDan , meningkatkan penguasaan peribahasa, Tahun 5 Inovatif , Bahasa Melayu, didik hibur


‘MYSCORE’: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT MURID PENDIDIKAN KHAS KEFUNGSIAN RENDAH DALAM MATA PELAJARAN PENGURUSAN DIRI ASZURAH BINTI SAAT SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN Dalam konteks gelombang ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah berinisiatif untuk mendorong setiap sekolah membangunkan model pendidikan berinovasi. Transformasi ini dipercepatkan oleh kesan pandemik Covid-19 yang telah membawa perubahan dramatik dalam sistem pendidikan, terutamanya dalam bidang Pendidikan Khas. Sebagai respons terhadap perubahan ini, pembangunan inovasi 'MyScore' telah direka bentuk dan dibangunkan. Melalui inovasi ini, dapat meningkatkan kemahiran mengingat dalam kalangan murid Pendidikan khas terutama murid kefungsian rendah sekaligus dapat membantu murid menguasai topik yang telah dipelajari dengan cara menjawab soalan yang terdapat dalam ‘Kit Myscore’ dan juga mobile ‘Myscore: Urus Diri’ yang dapat diakses melalui Google Play. Soalan kuiz yang dibina adalah berdasarkan topik yang terdapat dalam buku teks Pengurusan Diri KSSMPK Tingkatan 1. Ianya juga telah diubah suai dan di tambah baik supaya inovasi ‘Myscore’ ini bukan hanya dapat digunakan oleh murid bekeperluan khas (MBK) kefungsian sederhana malah murid bekeperluan khas (MBK) kefungsian rendah juga dapat digunakan. Inovasi ‘Myscore’ ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui permainan serta memafaatkan pendekatan heutagogi, suatu metodologi yang mendorong murid-murid untuk belajar secara mandiri, berdasarkan arahan yang disediakan. Selain itu, inovasi dalam aplikasi ‘Myscore’ ini juga menggabungkan elemen gamifikasi untuk menambahkan unsur kegembiraan dan interaktiviti dalam proses pembelajaran. Penggunaan ‘Myscore’ dan aplikasi ‘Myscore: Urus Diri' di kelas Pendidikan Khas SMK Bandar Baru Sultan Suleiman telah mendapat respons yang positif, dengan 9 responden yang dikaji memberikan ulasan positif terhadap penggunaan aplikasi ini. Hasil menunjukkan potensi inovasi ‘Myscore’ ini sebagai alat bantu mengajar yang efektif, berpusatkan murid, dan mesra pengguna, dalam mencapai matlamat transformasi pendidikan yang disasar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID BAGI PEMBELAJARAN SAINS MELALUI PEMBELAJARAN AKTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 SARAVANAN A/L MUNUSAMY SK ST. ANNE’S CONVENT Perubahan dalam sistem pendidikan menjadi ujian kepada keupayaan guru dan murid dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan sibergogi. Maka, pendidik bertanggungjawab dalam pengubahsuaian dan pengamalan kaedah baharu yang sesuai bagi tahap pembelajaran murid pada zaman kini. Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaik amalan dalam pengajaran serta meningkatkan penglibatan murid bagi pembelajaran Sains melalui pendekatan pembelajaran aktif dalam kalangan murid tahun 5. Pendekatan pembelajaran aktif menitikberatkan penglibatan kognitif, sikap dan afektif. Pendekatan pembelajaran aktif dijalankan melalui pembelajaran koperatif, pembelajaran berkonsep didik hibur, aktiviti ‘hands-on’, pembelajaran dan pentaksiran digital serta kaedah penyoalan dengan pengintegrasian enam topi pemikiran. Seramai 36 murid telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui memeriksa lembaran kerja dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid sukar memberi respon ketika guru menyoal, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, sukar menghubungkaitkan pembelajaran Sains dengan dunia sebenar. Justeru, pendekatan pembelajaran aktif digunakan bagi membantu murid melibatkan diri dengan lebih aktif yang menjurus kepada pembelajaran bermakna. Kajian ini dijalankan selama dua minggu dengan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Tajuk yang digunakan dalam kajian ini adalah sistem rangka manusia dan sistem peredaran darah. Hasil penganalisisan lembaran kerja murid dan pemerhatian menunjukkan murid dapat melibatkan diri dalam pembelajaran serta mereka menguasai tajuk pembelajarannya. Hasil dapatan kajian disarankan agar pendidik boleh menggunakan pendekatan ini untuk mengajar Sains kerana murid lebih seronok sepanjang pelaksanaan kajian serta mewujudkan peluang dalam pencapaian 6 aspirasi murid. Kata Kunci : Pembelajaran aktif, Model Kemmis dan McTaggart (1988), 6 aspirasi murid


MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT FORMAT AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI (APUR) DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “7 PIT STOP” DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 KARISMA DAN 5 PROAKTIF DI SMK (P) KAPAR. SURIA BINTI SAIBON SMK (P) KAPAR Berdasarkan analisis masalah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), pengkaji mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Karisma dan 5 Proaktif di SMK (P) Kapar adalah sukar untuk ingat format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (APUR). Hasil analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2022, mendapati bahawa 81% murid gagal menjawab soalan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (APUR) dengan lengkap. Topik ini juga merupakan soalan wajib jawab dalam Kertas 2 Prinsip Perakaunan SPM. Melalui tinjauan awal saya mendapati bahawa murid sukar untuk ingat format APUR kerana mereka sering keliru dengan kedudukan item/komponen dalam APUR. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Teknik “7 Pit Stop” (dalam bentuk route map) untuk membantu murid mengingat setiap item/komponen dalam format APUR mengikut turutannya. Melalui teknik ini, pengkaji akan keluarkan tujuh item yang wajib ditunjukkan semasa menyediakan APUR sebagai “7 Pit Stop” (7 titik berhenti sementara) dalam bentuk “route map”. Kajian ini dikendalikan oleh 2 orang guru serta melibatkan 10 orang murid dari kelas 5 Karisma dan 5 Proaktif, SMK (P) Kapar. Dapatan kajian menunjukkan teknik ini sangat membantu murid mengingat format APUR dengan mudah kerana setiap item dalam format APUR berpandukan pada “pit stop” yang dilabelkan sebagai P1 hingga P7. Permainan “Magic Dice” yang diaplikasikan semasa kajian mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Teknik ini juga boleh diaplikasi dalam proses PdPc sebagai set induksi. Kajian ini akan diteruskan lagi dengan penambahan item pelarasan dalam penyediaan APUR. Kata Kunci: Format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (APUR) PEMBANGUNAN DAN KEBERKESANAN KIT ABQARI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TASMIK AL QURAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MENEGON KLANG HANA ABDUL SHUKUR SK TELOK MENEGON Pembangunan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) adalah untuk menggalakkan Guru Pendidikan Islam menggunakan Kit Abqari dalam proses pengajaran dan pembelajaran tasmik Al Quran . Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji keberkesanan Kit Abqari dalam PdPc di SK Telok Menegon Klang. Pembangunan Kit Abqari adalah berdasarkan Model William Horton dan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang murid tahun 6 Zuhal daripada SK Telok Menegon. Instrumen kajian merangkumi kajian lepas, pemerhatian, buku rekod tasmik murid, soal selidik dan temubual secara bertulis. Data soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan secara manual. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan Kit Abqari dapat berfungsi dengan baik dan penggunaan Kit Abqari ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid yang khatam al-Quran. Berdasarkan dapatan hasil kajian dengan penggunaan Kit Abqari menunjukkan peningkatan sebanyak 71.4% berbanding jumlah murid sedia ada yang telah khatam al-quran dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu 28.6%. Secara kesimpulan menunjukkan Kit Abqari ini dapat menarik perhatian murid untuk lebih motivasi membaca al Quran. Kata kunci: khatam al-quran, tasmik, al-quran, sekolah rendah, pendidikan Islam, kit.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMILIH ION UNTUK DINYAHCAS SEMASA ELEKTROLISIS DALAM KALANGAN MURID SAINS 5 INTELEK MENGGUNAKAN PERMAINAN ‘PiKUNyah’ VANITHA A/P VELOO @ THIRUNAVAKARSU SURAIDAH BINTI MUSA SMK SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR. Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk memilih ion yang dinyahcas semasa elektrolisis larutan akueus berdasarkan 3 faktor iaitu Faktor 1: Kedudukan ion dalam siri elektrokimia, Faktor 2: Kepekatan elektrolit dan Faktor 3: Jenis elektrod menggunakan permainan PiKUNyah. 25 orang murid telah dipilih sebagai responden kajian ini. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian guru, instrumen soal selidik dan ujian pra. Hasilnya menunjukkan murid-murid lemah dalam memilih ion yang dinyahcas semasa elektrolisis larutan akueus. Faktor guru dan murid menjadi penyumbang utama bagi masalah ini. Satu kaedah berasakan permainan iaitu PiKUNyah telah diperkenalkan kepada murid-murid bagi mengatasi isu kajian ini. Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan sebelum dan selepas inovasi diperkenalkan. Soal selidik digunakan untuk mengetahui penilaian murid terhadap permainan PiKUNyah dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka. Perbandingan skor bagi ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan dalam peratus murid yang dapat menguasai kemahiran yang dikaji iaitu bagi Faktor 1 ialah dari 48% kepada 96%, bagi Faktor 2 ialah 28% kepada 84% dan bagi Faktor 3 ialah 20% kepada 80%. Dapatan soal selidik menunjukkan murid-murid bersetuju bahawa permainan PiKUNyah telah membantu menerak menangani isu kajian ini. Murid-murid menunjukkan perubahan positif dan lebih yakin untuk menjawab soalan selepas inovasi diperkenalkan. Kata kunci: Meningkatkan kemahiran, pilih ion dinyahcas semasa elektrolisis, permainan PiKUNyah QR PRO BOBA RFID’. ‘QR PRO BOBA RFID’ MELIBATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN KAEDAH VISUAL, AUDITORI, KINESTETIK DAN TAKTIL (VAKT) CHIA LEE SHAN SJKC PANDAMARAN A Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran menulis suku kata KV dengan menggunakan ‘QR PRo BoBa RFID’. ‘QR PRo BoBa RFID’ melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan kaedah visual, auditori, kinestetik dan taktil (VAKT). Seramai tiga orang murid pemulihan di sebuah sekolah di sekitar Klang, Selangor yang terlibat dalam kajian ini. Masalah murid dikenal pasti hasil daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan dan juga daripada pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan dengan berpandukan Model Kajian LaidLaw (1992). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada pemerhatian dengan senarai semak dan ujian pencapaian. Keputusan yang diperolehi hasil daripada analisis data kedua-dua instrumen ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Hal ini bermakna ‘QR PRo BoBa RFID’ telah berjaya membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran menulis suku kata KV. Saya berharap agar kajian ini dapat disebar secara meluas dalam kalangan para pendidik untuk membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran menulis suku kata KV. Kata kunci: suku kata KV, Pemulihan Khas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kaedah visual, auditori, kinestetik dan taktil (VAKT)


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA TERBUKA KVKV DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAHA SITI SARAH BINTI ABDUL WAHAB SHAARI @ SHAARANI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2 Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka kvkv murid 2 PKB Teratai, Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pulau Indah 2.Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang mempunyai masalah dalam membaca suku kata terbuka kvkv. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak dan kaedah analisis dokumen menggunakan instrumen lembaran kerja. Hasil analisis data mendapati bahawa kelima-lima responden menunjukkan peningkatan secara berperingkat dalam kemahiran yang difokuskan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah MaHa berpotensi dalam membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka kvkv bagi murid 2 PKB Teratai PPKI SK Pulau Indah 2. PENGGUNAAN SIMPULAN BAHASA TUNG LAI KHENG SJKC PUI YING Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa murid Tahun Empat SJKC Pui Ying. Murid menghadapi kesulitan semasa mempelajari simpulan bahasa yang membawa maksud kiasan. Kajian ini menggunakan pendekatan lembaran kerja untuk membantu murid menggunakan simpulan bahasa dengan betul dan seterusnya dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu. Kaedah kajian ini adalah menjalani pra-ujian dan pos-ujian menggunakan lembaran kerja kepada 25 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki Tahun 4 SJKC Pui Ying yang telah mahir membaca. Dalam kajian ini, saya mengenal pasti kepentingan pemahaman terhadap kata tunggal yang membawa kepada penggunaan simpulan bahasa dengan betul. Jika penguasaan terhadap simpulan bahasa tidak ditingkatkan, pastinya masalah ini akan membawa kesan negatif kepada penggunaan bahasa indah dalam penulisan Bahasa Melayu. Selepas kajian, saya dapat membuktikan penguasaan maksud kata tunggal berkesan untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa murid. Kaedah ini mungkin boleh dipraktikkan untuk membantu murid menguasai bidang lain dalam peribahasa seperti perumpamaan dan bandingan semacam.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT ELEMEN DAN PRINSIP BAGI LAKARAN IDEA DALAM KALANGAN MURID 2 BESTARI DENGAN MENGGUNAKAN WINDOW EP FLIP JAMIMA BINTI MOHD ESOOP NORHAZIRAH BINTI ALWI SMKTENGKU IDRIS SHAH Kajian Tindakan ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan kemahiran mengingat elemen dan prinsip bagi lakaran idea dalam kalangan murid 2 Bestari dengan menggunakan window EP Flip di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah. Kumpulan sasaran melibatkan 16 orang murid dari kelas 2 Bestari bagi tahun 2023. Fokus Kajian Tindakan ialah kemahiran mengingat elemen dan prinsip reka bentuk mengaplikasikan dalam lakaran idea murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian di dalam kelas dan pengumpulan data kaji selidik bagi topik Teknologi Pembuatan yang dijalakan pada Jun 2023. Berdasarkan data yang diperolehi, murid-murid 2 Bestari memerlukan kemahiran mengingat elemen dan prinsip untuk diterapkan dalam lakaran idea. Murid-murid juga boleh mempelbagaikan elemen dan prinsip mengikut kesesuaian lakaran idea. Oleh itu, 10 orang responden telah dipilih untuk pelaksanaan Window EP Flip untuk murid menghasilkan lakaran idea yang lebih lengkap. 1. MENINGKATKAN TEKNIK MEMBUAT NOTA VISUAL UNTUK PROSES PEMBELAJARAN YANG SERONOK MELALUI COFFEE WITH CREATIVE LEARNING DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA BESTARI DI SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAMARAN JAYA DURGA DEVI A/P SASHEDHARAN SANTHANI A/P CHANDRASAIGARAN SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAMARAN JAYA Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan teknik membuat nota visual untuk proses pembelajaran yang seronok melalui coffee with creative learning dalam kalangan murid tahun lima Bestari di Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya. Seramai 25 orang murid tahun lima Bestari Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, semakan dokumen, ujian pra dan soal selidik. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat mengingat maklumat penting dalam buku teks, menulis nota, dan mengeluarkan BIG IDEA. Maka murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan Sains dan Bahasa Inggeris. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik menulis nota untuk meningkatkan tahap penguasaan murid supaya dapat menjawab soalan. Pengkaji melaksanakan teknik nota visual selama 30 minit setiap minggu dalam PdPc dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh sepuluh minggu. Selepas sepuluh minggu, pengkaji akan memastikan murid tahun lima dapat melihat perkaitan antara cebisan maklumat dan membantu mereka mengingati maklumat tersebut dengan lebih berkesan. Pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dari segi tahap penguasaan dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH SECARA MENGUMPUL SEMULA DALAM LINGKUNGAN 100 MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN OPTAKUS TING SZE CHING SJKC PANDAMARAN A Kemahiran operasi tambah merupakan antara kemahiran asas yang paling penting dalam mata pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid masalah pembelajaran tidak menguasai kemahiran menambah secara mengumpul semula. Kajian tindakan ini dijalankan bagi menguji keberkesanan OPTAKUS untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula lingkungan 100 dalam kalangan murid masalah pembelajaran. Peserta kajian yang dipilih adalah seramai dua orang murid masalah pembelajaran Tahun 1 di sebuah sekolah rendah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian mempunyai masalah untuk menambah secara mengumpul semula. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji memperkenalkan satu inovasi OPTAKUS kepada peserta kajian untuk menguasai kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula. Pengumpulan data diperoleh melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian serta analisis dokumen. Hasil kajian mendapati peserta kajian menunjukkan peningkatan skor semasa ujian pasca dijalankan, iaitu sebanyak 20% dan ke atas. Hasil pemerhatian dan analisis dokumen turut menunjukkan pola kesalahan dan tingkah laku negatif berkurangan. Dapatan kajian membuktikan bahawa OPTAKUS dapat membantu peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah secara mengumpul semula dengan berkesan. Implikasinya, guru perlu kreatif dalam menghasilkan bahan sokongan pengajaran khususnya kepada murid masalah pembelajaran. Kata kunci: OPTAKUS, murid masalah pembelajaran, operasi tambah dengan mengumpul semula MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID 4 PERNIAGAAN 1 DALAM TOPIK MILIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN “JADUAL 5 BERADIK” DAN “STORYBOARD ”NOOR AZLINA BINTI YUSOF SMK TAMAN KLANG UTAMA Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang kurang menguasai topik Bentuk Milikan Perniagaan bagi matapelajaran Perniagaan. Peserta kajian ini melibatkan sebuah kelas sahaja iaitu kelas 4 Perniagaan 1 seramai 26 orang kesemuanya. Saya memfokuskan kepada keseluruhan murid di dalam kelas tersebut. Tinjauan awal sebelum ini telah dibuat menunjukkan 96 peratus murid kelas tersebut tidak berjaya mendapat markah sekurang-kurangnya 25/40 dalam Praujian yang dijalankan. Oleh disebabkan itu, saya cuba perkenalkan kaedah dan teknik yang lebih memudahkan murid serta membantu mereka menguasai topik ini. Kajian juga telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, Pascaujian serta kaji selidik disamping itu dibandingkan dengan dapatan sebelumnya dalam kalangan murid. Analisis data dalam kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Teknik menggunakan Jadual 5 Beradik dan “Storyboard” dalam kalangan murid kelas tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam usaha menguasai ciri-ciri Bentuk Milikan Perniagaan. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan dalam purata peratus sebanyak 26% bagi pencapaian murid semasa Pascaujian jika dibandingkan dengan Praujian. Kata Kunci: Menguasai, Bentuk Milikan Perniagaan, Jadual 5 Beradik, Storyboard


STEM TUMBUH-TUMBUHAN : KEMAHIRAN MEMERHATI KANAK-KANAK PRASEKOLAH NURIDAH BINTI MOHAMMAD ISA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Abstrak : Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) di peringkat prasekolah pada masa kini belum dapat dilihat dengan jelas. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu modul STEM tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan pembelajaran berasaskan inkuiri untuk kanak-kanak prasekolah. Pelaksanaan aktiviti pembelajaran ini meneroka salah satu kemahiran proses sains iaitu kemahiran memerhati dalam penanaman tumbuh-tumbuhan menggunakan kaedah hidroponik. Hal ini dipercayai boleh meningkatkan kemahiran memerhati kanak-kanak di peringkat prasekolah dan menarik minat kanak-kanak terhadap STEM kerana aktiviti bertemakan tumbuh-tumbuhan sangat sesuai dengan kanak-kanak. Fasa pertama merupakan pemerhatian menggunakan deria penglihatan dan pendengaran melibatkan aktiviti pengenalan melalui video tentang kaedah penanaman tumbuhtumbuhan secara hidroponik. Fasa kedua pula melibatkan pelaksanaan aktiviti menggunakan deria sentuhan, rasa dan bau melalui penyiasatan, penyoalan dan perbincangan bersama guru untuk mengumpul maklumat. Manakala pada fasa ketiga, kanak-kanak menceritakan semula aktiviti pemerhatian yang telah mereka laksanakan. Idea-idea yang disampaikan oleh kanak-kanak berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui bertepatan dengan usaha menjadikan mereka saintis kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu contoh STEM melalui pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri untuk meningkatkan kemahiran memerhati kanak-kanak. Kata Kunci : STEM, kanak-kanak prasekolah, pembelajaran berasaskan inkuiri, kemahiran memerhati, kaedah hidroponik MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENAMAKAN KOMPONEN SEL MELALUI TEKNIK VTS (VISUALISE THE SYMBOL) DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4SA1 DAN 4SA 2AINON BINTI OTHMAN, SITI NORYUSDINA BINTI MAT YUSOFF SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid mengenal dan menamakan komponenkomponen sel. Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 20 orang murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Biologi. Fokus kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan Teknik VTS (Visualise The Symbol) dalam membantu meningkatkan kemahiran murid mengenal dan menamakan komponenkomponen sel. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak mengenal komponen-komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan. Pelaksanaan kajian adalah secara kuantitatif dengan menganalisa markah pencapaian ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran kumpulan sasaran adalah lebih baik dalam ujian pasca setelah menggunakan Teknik VTS. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan Teknik VTS dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dalam mengenal dan menamakan komponen-komponen sel. Oleh itu, dicadangkan supaya Teknik VTS ini diteruskan pada masa akan datang sebagai satu kaedah pdp guru untuk subtajuk berkaitan bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN IQRA’ DENGAN MENGGUNAKAN “GH PHONE” BAGI MURID TAHUN 2 EFEKTIF, 2 POSITIF DAN 2 PROGRESIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, KLANG WAN HANIM NAJIAH BINTI HJ WAN MUDA SK SUNGAI UDANG Kajian ini memfokuskan tentang meningkatkan kemahiran bacaan Iqra’ menggunakan “GH Phone”. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid menyebut bunyi huruf hijaiyah dan bacaan kalimah dengan betul bagi murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengajar murid membunyikan huruf hijaiyah dengan betul menggunakan GH Phone yang sesuai dan relevan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut bunyi huruf hijaiyah dan bacaan kalimah dengan betul. Responden kajian ini terdiri daripada 40 orang murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan Ujian Tasmik (Ujian Pra) sebagai instrumen kajian di samping Permainan Kotak, temu bual dan pemerhatian. Penyelidik menggunakan jadual dan graf untuk mendapat peratus dan nilai markah murid yang membuat Ujian Pra. Dapatan analisis mendapati bahawa penguasaan murid dalam menyebut bunyi huruf hijaiyah dan kalimah berada pada tahap lemah dan perlu dipertingkatkan lagi. Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan itu. Oleh yang demikian, penyelidik telah mencadangkan penggunaan GH Phone bagi meningkatkan penguasaan sebutan dan bacaan murid dalam pembelajaran Iqra’, seterusnya dapat membantu hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melahirkan murid yang dapat mengkhatamkan al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah. Kata Kunci: Bacaan, GH Phone, Iqra’. THE EFFECTIVENESS OF PHONIC PRO LITTLE TEACHERS IN INCREASING THE READING LEVEL OF CVC WORDS AMONG YEAR 2 PUPILS COREEN THEVI ANN SK PULAU INDAH 2 This research was aimed to investigate the effectiveness of Phonic Pro Little Teachers in increasing the ability of reading CVC words among Year 2 pupils in Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2. The participants of the research were 10 pupils from Year 2 pupils of the school. The research instruments consisted of test scores, interview and journal jotting. The reading level of CVC words were tested before and after the use of the Phonic Pro Little Teachers intervention. The controlled factor of this research was type of words and list of words taught. The test results of the pupils showed an increase in reading ability among the pupils. The interview results revealed that the participants found the Phonic Pro Little Teachers method of learning to read interesting and effective to better master the basic phonic reading technique. Hence, this research was successful in enhancing the reading ability of the pupils.


MICROSOFT IMMERSIVE READER TOOL: DECREASING CONSONANT CLUSTER ERRORS AMONG SMK (P) BUKIT KUDA STUDENTS FARAH BINTI RAMLI SMK (P) BUKIT KUDA Acquiring pronunciation accuracy in the English language by ESL learners are vital. Mispronouncing words can cause the negative impact of misunderstanding in understanding the meaning. Thus, this action research was conducted to investigate whether the utilisation of Microsoft Immersive Reader as a tool in teaching could assist to improve students’ accuracy in the pronunciation of English consonant clusters. The participants of this action research were 12 Malay girls with an age range between 14 to 15 from SMK (P) Bukit Kuda, Klang. These students were selected due to their low level of proficiency in English language based on their PBD assessment ranking which was either in Band 2 or Band 3. The data of this action research were gathered from the audio recording of pre- and post- pronunciation tests, transcribed into IPA symbols, and analysed quantitatively. The findings revealed tremendous improvement on students’ pronunciation of English consonant clusters after the implementation of Microsoft Immersive Reader in teaching. Keywords: consonant clusters, pronunciation, L2 phonology, Microsoft Immersive Reader IMPAK PENGGUNAAN PETA MINDA SAINS TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID DALAM SAINS FATIN AZHANA BINTI ABD AZIZ SMK BUKIT TINGGI Kelemahan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid sekolah merupakan masalah yang telah lama wujud dalam pendidikan Sains. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Peta Minda Sains dalam meningkatkan KBAT murid sekolah menengah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian eksperimen kuasi yang melibatkan 90 orang murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi. Pembolehubah yang dimanipulasikan dalam kajian ini adalah kaedah pengajaran menggunakan Peta Minda Sains Standard (PMSS), Peta Minda Sains (PMS) dan pengajaran konvensional (PK). Sementara itu, pembolehubah bersandar adalah penguasaan KBAT dalam Sains. Data telah diperolehi melalui ujian diagnostik KBAT dan dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan KBAT murid-murid dalam kumpulan PMS adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan PMSS dan PK. Kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan PMS adalah efektif dalam meningkatkan KBAT dalam sains dalam kalangan murid sekolah menengah dan perlu diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah menengah. Kata kunci: Peta Minda Sains; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PSEUDOKOD DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ‘IPO-SOP’ DALAM KALANGAN 12 ORANG MURID 2KAA DAN 18 ORANG MURID 2 BERDIKARI JUNAINAH BINTI MOHAMAD SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menulis pseudokod dengan betul. Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 12 orang murid 2KAA dan 18 orang murid 2 Berdikari, SMK (P) Raja Zarina. Focus kajian saya adalah melihat sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar iaitu Teknik ‘IPO-SOP’ dapat membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran menulis pseudokod dengan betul. Tinjauan awal mendapati bahawa bahawa murid membuat kesilapan ketika menulis pseudokod. Kesilapan ini berlaku kerana murid tidak tahu hendak bermula dari mana untuk menulis pseudokod apabila satu situasi diberikan. Instrumen kajian ini menggunakan semakan dokumen iaitu semakan tugasan murid dan ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan sasaran dalam ujian pos adalah lebih baik. Impilkasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan Teknik ‘IPO-SOP’ dapat membantu meningkatkan kemahiran murid menulis pseudokod dengan betul. Oleh itu, disarankan supaya penggunaan Teknik ‘IPO-SOP’ diteruskan pada masa akan datang sebagai kaedah khususnya untuk subtajuk penulisan pseudokod dalam algoritma. MD. NIZAM NASIR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEMBINAAN DAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK KAJIAN RINTIS KEPERLUAN NILAI TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBINAAN MODEL KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BIDANG PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA MELALUI PENDEKATAN PENYELIDIKAN REKABENTUK PEMBANGUNAN (PRP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), turut memberi perhatian terhadap usaha memberi kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar kepada pelajar melalui modul alam sekitar yang diterbitkan oleh KPM sebelum ini. Sehubungan dengan itu, pembinaan model kurikulum ini merupakan model yang berasaskan nilai terhadap kelestarian alam sekitar yang dibina dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional Penyejukan dan Penyamanan Udara (KSKV_PPU). Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi membina instrumen soal selidik bagi keperluan dalam membina model kurikulum ini dan hanya dapatan kajian rintis sahaja dibincangkan dalam artikel ini. Dapatan kajian rintis dalam membina instrumen dibincangkan dalam artikel ini. Pembinaan elemen soal selidik dibuat dengan meneliti penyelidikan lepas yang berkaitan untuk mengenalpasti elemen-elemen soal selidik yang akan dibina. Sebanyak 25 elemen soal selidik yang terdiri daripada konstruk kandungan model dan pembinaan model menunjukkan semua elemen mempunyai nilai pekali Cronbach’s Alpha 0.958 dan melebihi 0.8 ke atas. Semua elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh dijadikan asas dalam membina instrumen soal selidik dalam pembinaan model kurikulum ini. Kata kunci : kajian rintis, keperluan nilai , Kolej Vokasional, Kurikulum Standard Kolej Vokasional, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Penyelidikan Rekabentuk Pembangunan


MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHAGI MENGGUNAKAN TEKNIK ‘E-DIVI’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 SANGETHA A/P KUPPUSAMY SK TELOK GONG Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan bahagi dalam kalangan murid tahun 5. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid Tahun 5 Bijak, SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Responden adalah murid-murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan lemah dalam ujian pra. Satu tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah soal selidik, pra ujian dan permerhatian pembelajaran murid-murid. Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan berasaskan kepada rekabentuk Model Kemmis dan McTaggart (1988). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Perancangan dan penyusunan tindakan telah dibina dengan harapan murid-murid dapat menyelesaikan pembahagian nombor bulat dengan cara yang mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik E-Divi’ membantu murid dalam menyelesaikan masalah bahagi nombor bulat. Dapatan kajian mendapati bahawa 100% murid berjaya mencapai tahap minimum dalam Ujian Pasca 2. Tahap minat murid terhadap teknik E-Divi juga meningkat lebih daripada 90% terhadap pembelajaran Matematik. Kata Kunci : Teknik E-Divi, Nombor Bulat, Bahagi, Pencapaian rendah KAJIAN BEBANAN GURU PEMULIHAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN:SATU KAJIAN KES GAN CHIA PENG SJKC PIN HWA 2 Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bebanan seorang guru pemulihan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mempunyai jumlah murid melebihi 2300 orang murid. Dalam kajian turut membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pemulihan sepanjang tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Selain itu, kajian ini turut menyatakan peranan dan kepentingan-kepentingan guru pemulihan di sebuah Sekolah. Akhir sekali, kajian ini akan mencadangkan beberapa langkahlangkah intervensi di menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh guru Pemulihan. MENINGKATKAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID TAHUN SATU MELALUI KAEDAH PERMAINAN AYUNI BINTI MAD SAAD SK BUKIT NAGA Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan Bahasa Inggeris melalui aplikasi pendekatan belajar sambil bermain dalam kalangan murid Tahun Satu. Pemilihan murid untuk berada di dalam set ditentukan dengan ujian diagnostik secara bertulis. Oleh itu, kemampuan bertutur secara lisan tidak dapat ditentukan dengan lebih awal lagi. Beberapa cara telah digunakan untuk membolehkan murid-murid ini berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Inggeris tetapi yang pastinya sebahagian besar daripada mereka masih malu dan tidak mempunyai keyakinan diri dalam kemahiran lisan Bahasa Inggeris. Beberapa orang murid didapati berada dalam satu tahap langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran lisan. Disebabkan mereka tidak berminat untuk berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Inggeris adalah sukar untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. “Permainan adalah sesuatu yang sangat bermotivasi, kerana ia adalah sesuatu yang menghiburkan dan menarik”. Kajian ini dijangka mempunyai beberapa sumbangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris Oleh itu, ia akan dijadikan sebagai alternatif dalam strategi P&P bagi meningkatkan kemahiran lisan pelajar.Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya sendiri, penggunaan permainan untuk meningkatkan kemahiran lisan tidak kerap dilakukan. Ini mungkin disebabkan guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris tidak mengetahui tentang kelebihan penggunaan permainan untuk meningkatkan kemahiran lisan. Oleh itu, kajian ini akan melihat penggunaan permainan sebagai media untuk meningkatkan kemahiran lisan pelajar.


MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KIHCI BAGI MURID TINGKATAN 4 SK1 KHATIJAH BINTI MOHD SIDEK SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah penguasaan teknik menjawab soalan KBAT dalam mata pelajaran Sejarah. Murid perlu diberi pendedahan terhadap inisiatif bagi bagi menyelesaikan permasalahan dalam proses pdp. 10 orang responden telah dijadikan subjek kajian. Fokus kajian ini adalah penggunaan teknik KIHCI dalam meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan kBAT bagi mata pelajaran Sejarah. Tinjauan awal mendapati bahawa responden mempunyai masalah untuk menjawab soalan beraras tinggi . Keputusan menunjukkan kaedah ini jelas berjaya membantu meningkatkan penguasaan KBAT subjek kajian. Cadangan kajian seterusnya pula ialah menggunakan kaedah intervensi ini terhadap mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, menjalankan kajian terhadap murid kelas belakang, menggabungkan dengan teknik pembelajaran komperatif yang lain, mempelbagaikan jenis bahan, dan menampilkan ciri-ciri tambahan pada model seperti penanda buku. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENULIS ESEI YANG MELIBATKAN SOALAN LANGKAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KAD ‘UNKEP’ DALAM KALANGAN MURID 5SK2 NOORAISHAH BINTI AHMAD SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan esei Bahagian C matapelajaran Geografi yang memfokuskan soalan langkah mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam isu alam sekitar contohnya kemarau, pencemaran air, pencemaran sisa domestik dan lain-lain. Kajian ini melibatkan 10 orang murid 5SK2 dan 2 orang guru. Tinjauan awal kami mendapati murid lemah untuk menulis esei yang melibatkan soalan langkah mengatasi isu alam sekitar dengan baik. Murid seringkali gagal untuk mengingat fakta, huraian dan contoh dengan betul. Oleh itu kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran murid untuk menulis esei sekaligus membantu murid untuk mendapat markah yang baik dalam soalan Bahagian C Peperiksaan Geografi. Kami memilih menggunakan satu teknik mudah untuk membantu murid iaitu Teknik Kad “UnKeP’. Penggunaan teknik ini di dalam kelas telah memberi pendedahan kepada murid untuk menguasai cara mudah menjawab esei bagi soalan langkah dalam isu alam sekitar. Teknik ini juga telah menaikkan pemahaman murid sekaligus meningkatkan minat dan semangat murid untuk berusaha menulis esei dengan baik.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PROSES JAHITAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KUNCI “BaGaSi” MDALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4SK5 NOR AZLIN BINTI MD YUSOF, SURIA BINTI SAYUTI SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini adalah tentang penggunaan teknik Kunci “BaGaSi” dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Rumah Tangga tingkatan empat. Kunci ‘BaGaSi” adalah kad berbentuk kunci yang telah ditulis kata kunci/istilah dalam proses jahitan. Penggunaan kata kunci diikuti Teknik “BaGaSi” iaitu Baca Garis Isi dalam menjawab soalan proses jahitan. Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan proses jahitan dengan menggunakan kata kunci / istilah yang tepat dalam proses jahitan mengikut urutan yang betul dan juga memperbaiki amalan pembelajaran dan pemudahcara murid dan guru. Seramai 35 orang murid Tingkatan 4SK5 serta dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Melalui tinjauan awal, didapati murid sukar menjawab soalan proses jahitan dengan menggunakan kata kunci/istilah yang tepat dan tindakan segera diambil bagi membantu murid-murid ini menguasai teknik menjawab yang betul. Perancangan tindakan difokuskan terhadap kata kunci / istilah jahitan dan penggunaan kata kunci / istilah yang sesuai dalam proses jahitan. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN PERSAMAAN LINEAR BAGI SATU ATAU DUA PEMBOLEH UBAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 5 KEMBOJA SMK (P) BUKIT KUDA NURUL FAIZA BINTI MOHD NORDIN SMK (P) BUKIT KUDA Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti corak operasi yang perlu digunakan dalam menyelesaikan persamaan linear bagi satu atau dua pemboleh ubah. Topik ini merupakan tajuk awal Matematik Tingkatan 5 iaitu Bab 1 : Ubahan. Kajian ini dijalankan kepada murid seramai 22 orang dari kelas 5 Kemboja. Tinjauan awal sewaktu murid-murid menjalani Pentaksiran Sumatif 1 pada akhir bulan Mei yang lalu mendapati sebahagian besar murid-murid tidak memberi jawapan dengan tepat yang menyebabkan murid hilang markah yang banyak kerana jawapan ini kemudiannya dijadikan asas dalam menjawab soalan aplikasi. Kaedah warna telah dipilih sebagai satu alat kajian memandangkan murid 5 Kemboja mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran elektif dan warna dikategorikan sebagai alat pendidikan yang membolehkan individu memberi tumpuan dan fokus jika diberi penegasan. Kemahiran mengenal pasti warna ini telah diberi kepada murid setiap kali membuat latihan pemulihan iaitu 5 minit sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Keputusan diperoleh dari semasa ke semasa secara lisan dan didapati murid semakin mudah mengenali warna dan tahu operasi yang harus digunakan apabila warna-warna berubah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Ujian Pos akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti untuk mengetahui keberkesanan kemahiran ini. Kata Kunci: Kemahiran mengenal pasti corak operasi, persamaan linear, kaedah warna


MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MENGGUNAKAN KAEDAH S.M.A.R.T BACA DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG NAJIHAH BINTI ZAKARIA, ZAINAH BINTI ASMAWI SK SUNGAI UDANG Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca menggunakan Kaedah S.M.A.R.T Baca dalam kalangan murid prasekolah. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang murid prasekolah di SK Sungai Udang. Pemerhatian awal guru mendapati murid sukar untuk membunyikan suku kata dengan kaedah mengeja. Murid menghadapi kesukaran mengeja perkataan kerana belum menguasai huruf dan tetapi tidak dapat membunyikan suku kata dan perkataan dengan betul walaupun menguasai huruf dan menyebabkan guru menghadapi masalah untuk mengajar kemahiran membaca. Justeru itu, Kaedah S.M.A.R.T Baca telah direka sebagai satu kaedah pengajaran Kemahiran Membaca bagi mengatasi permasalahan ini. Kaedah S.M.A.R.T Baca adalah menggunakan kaedah pengecaman suku kata dengan mengaplikasikan kaedah pandang sebut dimana murid mempelajari suku kata terbuka dengan membunyikan terus suku kata tanpa perlu menyebut huruf dan bunyi huruf. Kaedah S.M.A.R.T Baca juga direka bagi memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dengan memberi penekanan kepada kaedah Aksi, Rentak dan Tulis semula sebagai pengukuhan. Berdasarkan dapatan kajian, Kaedah S.M.A.R.T Baca dapat membantu murid membaca suku kata dengan lebih santai dan mudah seterusnya memudahkan murid menguasai kemahiran membaca perkataan, frasa dan ayat yang berkaitan dengan suku kata terbuka. Hal ini juga dapat memberi keyakinan kepada murid untuk membaca bahan bacaan. Kaedah ini juga membantu guru mengajar kemahiran membaca dengan lebih efisien dan optimum. Kata Kunci : Kaedah, S.M.A.R.T Baca, kemahiran membaca, prasekolah. THE INFLUENCE OF MIDDLE LEADERS IN DIGITAL LEADERSHIP ON TEACHERS’S DIGITAL TEACHING AND EFFICACY IN SCHOOLS DEEBAMALAR A_P PANDI SMK PULAU KETAM The primary goal of this study is to examine how teachers in Malaysia are affected by digital leadership when it comes to digital teaching. Technology has the ability to significantly enhance teachers' lives. For administrative tasks including taking roll, grading electronically submitted work, and corresponding with school administration, teachers are given access to student information. Teachers are expected to produce a wide range of written items in their capacity as professionals, including lesson plans, announcements, and other administrative paperwork. The potential of technology in teaching is examined in this study. Teachers can access lesson plans and other educational resources using a variety of devices, including tablets, laptops, and desktop PCs. These tools can make complex subjects easier to understand when used in conjunction with clever, approachable software. By examining the results of tests and surveys, instructors can learn important information about how well their students understand a particular subject. The acquired data can then be applied to aid teachers in better preparing classes for students (Harrell & Bynum, 2018). Because it enables them to use their own reading abilities to comprehend the course material more thoroughly, teachers profit from students' high levels of technology use in the classroom. The process makes it easier for teachers to perform their tasks. Studies have shown that a variety of factors can have an impact on a teacher's ability to successfully integrate technology (Khatoony & Nezhadmehr, 2020). It is essential to have access to a suitable support system, be knowledgeable about online teaching and learning, be comfortable with relevant technology, and be aware of pertinent pedagogical practises (Tamah, Triwidayati, & Utami, 2020). According to Hakim's (2020) research, pupils' limited access to technology, bad internet connections, boredom, and attention deficits were the most frequent causes of issues.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KEDUDUKAN RUJUKAN GRID 6 ANGKA DENGAN TEPAT MELALUI TEKNIK CEKAP RG DALAM KALANGAN 10 ORANG MURID 3 HORMAT RASHIDAH BINTI HASHIM NUR SABIHA BINTI ABDUL RAZAK SMK (P) RAJA ZARINA Kajian ini telah dijalankan bagi membantu murid menyelesaikan masalah menentukan Rujukan Grid 6 angka dengan tepat. Seramai 10 orang responden dalam kalangan murid 3 Hormat telah dipilih sebagai subjek kajian. Fokus kajian ini ialah penggunaan tool intervensi kertas graf bagi membantu murid mencari kedudukan Rujukan Grid 6 angka yang tepat pada peta topografi dalam mata Pelajaran Geografi sukatan KSSM tingkatan 2 dan 4. Kaedah penggunaan tool ini dikenali sebagai Teknik Cekap RG. Tinjauan awal mendapati responden sukar menjawab soalan berkaitan kedudukan Rujukan Grid dengan tepat sehingga menyebabkan mereka beranggapan soalan kemahiran peta topografi merupakan soalan yang sukar difahami. Hasil kajian telah membuktikan Teknik Cekap RG jelas berkesan dan berjaya membantu responden meningkatkan kefahaman dan kemahiran menentukan Rujukan Grid 6 angka dengan tepat. Cadangan kajian seterusnya ialah kaedah intervensi mengira bearing dengan tepat kerana titik utama sesuatu kedudukan lokasi bearing berdasarkan rujukan grid 6 angka yang dibaca secara tepat. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 DENGAN KAEDAH NYANYIAN SANTHIRA MALAR A/P SANGARA MURTHI SMK (P) BUKIT KUDA . Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan Esei Pendidikan Moral Pelajar Tingkatan 5 mengikut format yang betul. Seramai 25 orang pelajar dari tingkatan 5 Sekolah Menengah (P) Bukit Kuda Klang telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Dalam kajian ini pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan esei dengan kaedah nyanyian menguasai penanda wacana selama 80 minit untuk menjawab soalan esai dengan teratur dan betul. Untuk mengumpul data awal saya telah menjalankan ujian menjawab soalan esai yang sama. Manakala ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah nanyian yang telah didedahkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah nyanyian menghafal penanda wacana yang dilaksanakan telah dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Pendidikan Moral dengan format betul dan teratur. Ujian pasca menunjukkan seramai 20 pelajar yang lulus berbanding dengan ujian pra seramai 7 pelajar sahaja lulus. Ini menunjukkan bahawa kaedah nanyian yang didedahkan kepada pelajar telah membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Pendidikan Moral. Kaedah dapatan kajian ini dapat menyenorokan suasana pembelajaran dan seterusnya meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Pendidikan Moral SPM. Kata Kunci: Kemahiran menjawab esei, Pendidikan Moral Tingkatan 5, Kaedah nyanyian


KERELEVANAN KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL BIDANG TEKNOLOGI KIMPALAN DENGAN KEHENDAK SEKTOR INDUSTRI - SATU KAJIAN RINTIS MD. NIZAM NASIR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Perkembangan sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) kelolaan Bahagian Pembangunan Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPLTV, KPM) yang melibatkan Kolej Vokasional (KV) semakin meningkat di Malaysia. Namun begitu, kerelevanan dalam pembangunan kurikulum sesuatu bidang haruslah berkesan dan memenuhi kehendak sektor industri. Satu panduan dirangka khususnya untuk sektor BPLTV, KPM dalam mengenal pasti aspek yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan kurikulum setiap bidang yang ditawarkan oleh KV dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian mengenai kajian rintis dalam membina instrumen kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dibincangkan dalam artikel ini. Pembinaan elemen soal selidik dibuat dengan meneliti penyelidikan lepas yang berkaitan untuk mengenalpasti elemen-elemen soal selidik yang sesuai dan relevan untuk membina instrumen kerelevanan KSKV bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri. Hasil ujian kebolehpercayaan terhadap 37 elemen soal selidik yang terdiri daripada konstruk pengetahuan, kemahiran dan sikap menunjukkan semua elemen kerelevanan kurikulum mempunyai nilai pekali Cronbach’s Alpha 0.8 ke atas. Semua elemen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh dijadikan asas dalam membina instrumen kerelevanan KSKV bidang Teknologi Kimpalan dalam memenuhi kehendak sektor industri. Kata kunci: kajian rintis, kerelevanan kurikulum, Kolej Vokasional, KSKV Teknologi Kimpalan, Industri MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL ATAU MAJMUK DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “SBaM” SYAFIQ YAP CHEE HOE ABDULLAH SJKC WU TECK Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan penggunaan “SBaM” dalam PdP untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat murid. Kajian ini melibatkan 12 orang murid tahun enam yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di SJKC Wu Teck. Kaedah mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. ujian pra dan pos. Dapatan kajian menunjukkan “SBaM” dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Kajian ini boleh juga dijalankan dalam membentuk sebuah penulisan seperti rumusan dan juga karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mahupun mata pelajaran lain seperti Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris. NORSHAWALDILA BINTI MOHD SHAMSUDDIN SK PULAU INDAH 2 TEKNIK SI TUPAI PULAU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DIFTONG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 CEMERLANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH 2 Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca diftong dalam kalangan murid Tahun 2 Cemerlang. Seramai 10 orang murid daripada kelas 2 Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 terlibat dalam kajian. Hal ini Tinjauan awal telah dilaksanakan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan beberapa orang murid tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi diftong. Oleh itu, pengkaji menjalankan kaedah “Si Tupai Pulau” untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 1 bulan. Dapatan hasil kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu mengatasi masalah murid yang tidak boleh membaca perkataan yang mengandungi diftong. Hasil daripada ujian saringan membaca telah menunjukkan murid berjaya menguasai kemahiran membaca diftong. Dapatan dari pemerhatian pula menunjukkan murid semakin minat dan bersemangat untuk menjalankan aktiviti membaca. Kesimpulannya, teknik “ Si Tupai Pulau” diftong.berjaya membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi


THE RELATIONSHIP BETWEEN TEACHERS’ TRAINING AND DEVELOPMENT AND TEACHER'S WELFARE MUHAMMAD SYAKIRAN BIN ABDUL HALIM SK TAMAN SRI ANDALAS This research study explores the relationship between teacher training and development and teacher welfare in the context of SK Taman Sri Andalas (SKTSA) in Klang, Selangor. The study aims to identify the level of training and development opportunities provided to teachers, assess the level of teacher welfare, and examine the relationship between training and development programs and teacher welfare. The research adopts a mixed-methods approach, utilizing both quantitative and qualitative data collection methods. A questionnaire with a five-point Likert scale is used to gather quantitative data on teachers' perceptions of training and development and welfare. Additionally, in-depth interviews are conducted with the principal of SKTSA to obtain qualitative insights into training practices and their impact on teacher well-being. The findings indicate a high level of agreement among teachers regarding the effectiveness and relevance of training programs in enhancing their teaching skills and pedagogical knowledge. Furthermore, teachers perceive a positive correlation between their participation in training and development initiatives and their overall well-being and job satisfaction. The study contributes to the existing literature on the importance of teacher training and development for promoting teacher welfare and offers recommendations for educational institutions to design effective programs that enhance teacher well-being. Keywords: teacher training and development, teacher welfare, training programs, well-being, job satisfaction MENINGKATKAN KEBERKESANAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 DENGAN KAEDAH MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU ZARIAH BINTI JAAFAR SMK (P) BUKIT KUDA Kajian tindakan ini dihasilkan untuk membentangkan hasil kajian berkenaan kekerapan pelaksanaan kemahiran berfikir oleh guru terhadap murid-murid dan sikap murid-murid terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu di SMK (P) Bukit Kuda. Kajian lebih berfokus kepada menjawab soalan ringkasan Kertas 2 Bahasa Melayu Menengah Rendah. Kajian dilakukan kepada 21 orang murid kelas Aliran Agama dan 30 orang murid tingkatan 2 Dedikasi. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan temu bual. Dalam kajian ini, saya mengumpul data awal dengan mengadakan latihan menjawab soalan ringkasan tanpa sebarang kaedah daripada guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah kemahiran berfikir yang dilaksanakan telah dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan ringkasan dengan kaedah yang betul. Isi-isi penting dapat ditulis dengan tepat. Dapatan kajian kaedah pengajaran ini dapat membantu murid-murid mendapat markah penuh dalam penulisan ringkasan mereka. Kata Kunci: Kemahiran berfikir, ringkasan, Bahasa Melayu


PENGLIBATAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN STEM DARI PERSPEKTIF GEOGRAFI SAIFUL ADLI BIN SUHADAK ROSMADI BIN FAUZI UNIVERSITI MALAYA Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan salah satu agenda utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menanam minat dan membantu anak-anak terhadap pendidikan STEM. Ibu bapa perlu memberikan komitmen dan sokongan yang tinggi kepada anak seperti membantu pembelajaran anak di rumah dan menghadiri program anjuran pihak sekolah. Bagaimanapun, ibu bapa mempunyai perbezaan latar belakang dari segi demografi dan geografi. Kajian ini bertujuan menentukan perbezaan penglibatan ibu bapa dengan lapan faktor geografi iaitu saiz rumah, saiz populasi, saiz mukim, lokasi rumah, lokasi sekolah, lokasi mukim, guna tanah dan jarak rumah ke sekolah. Kajian melibatkan 300 orang ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah di daerah Kuala Langat. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 26. Ujian Kruskal Wallis dilaksanakan bagi menentukan perbezaan penglibatan ibu bapa dengan faktor geografi. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa dengan saiz rumah, saiz populasi, saiz mukim, lokasi rumah, lokasi sekolah, guna tanah dan jarak rumah ke sekolah. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan pihak sekolah untuk membantu pendidikan anak terhadap pendidikan STEM berdasarkan faktor geografi. Kata kunci: Penglibatan ibu bapa, pendidikan anak, STEM, faktor geografi MEMBENTUK PDP BERFOKUS MELALUI ‘TEMA10’ DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PELABUHAN UTARA NOR SYAKIRA BINTI MOHD SAAD SK PELABUHAN UTARA Program Tema10 ini dilaksanakan bagi membantu guru-guru SK Pelabuhan Utara dalam menyusun atur PdP berfokus kepada murid di dalam atau luar bilik darjah. Pelaksanaan program ini melibatkan seramai 66 orang Guru Akademik Biasa SK Pelabuhan Utara, Klang yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam subjek masing-masing. Keberkesanan program ini dilihat dengan menggunakan instrumen perekodan temu bual, semakan dokumen, senarai semak dan soal selidik dalam mewujudkan PdP yang berfokus pada Tema10 yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan Tema10 ini sangat signifikan dan meningkatkan fokus guru dalam pengajaran serta sekaligus meningkatkan minat murid untuk belajar. Ini sekaligus membuatkan PdP di dalam bilik darjah menjadi terancang, menyeronokkan dan memberi impak yang positif. Tema10 dibentuk dengan menyusun atur tema pembelajaran yang berbeza secara bulanan. Guru perlu melaksanakan PdP subjek masing-masing dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti masing-masing untuk mencapai objektif akhir pembentukan tema tersebut. Pembelajaran secara bertema yang dialami oleh murid ini sekaligus membawa mereka untuk memahami dunia sebenar pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar mereka.


USING QUIZZIZ TO IMPROVE USE OF SUBJECT-VERB AGREEMENT AMONG YEAR 4 CERDAS PUPILS OF SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA NURUL NADIAHTUL HUDA BINTI MOHD SHUKRI SK BUKIT NAGA This is an action research using Quizziz to improve writing skills among Year 4 pupils in Sekolah Kebangsaan Bukit Naga, Shah Alam. The research is aimed to deploy Quizziz Paper Mode quiz in assisting Year 4 pupils to write sentences with correct subject-verb agreement and to improve their writing using correct subject-verb agreement. I am the researcher with 10 participants. To conduct a quiz in Paper Mode, I projected the quiz questions related to subject-verb agreement for the class to view. They attempted these questions by holding up personalized QR Codes. Then, I scanned these codes using the Quizizz mobile application on my phone to record their answers. I used three data sources: pre and post-tests, observation checklist and interview. Findings showed that pupils were able to write sentences with correct subject-verb agreement after they participated in Quizziz Paper Mode quiz with increase in test results by 30%. Observation checklist analysis indicated that the majority gained knowledge of subject-verb agreement while the interview analysis claimed enjoyment in using Quizziz Paper Mode. Through Quizziz, they acquired grammar rules and motivation. Key words: writing, subject-verb agreement, Quizziz Paper Mode NOR SHAHIDA BINTI SARONI SK MERU


Click to View FlipBook Version