The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Kashfi, 2020-06-16 02:11:52

Buku Program Sambutan Hari Guru Selangor 2020

Sambutan Hari Guru Selangor 2020

Keywords: hari guru selangor

Sambutan

Hari Guru

2020

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

23 Jun 2020 | Selasa | 9.00 pagi
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP)

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Dirasmikan oleh:

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA

Timbalan Menteri Pendidikan II

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

SENARAI KANDUNGAN

Atur Cara Majlis…………………………………………………………………………… 2
3
Kata Alu-Aluan Timbalan Menteri Pendidikan II…………………………
YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA

Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia…………………… 4
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

Kata Alu-Aluan Pengarah Pendidikan, JPN Selangor……………………. 5
TUAN HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL A.M.P , P.J.K

Kata Alu-Aluan Pengawai PPD Klang……………………………………………… 6
PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA

Reka Bentuk Logo Hari Guru…………………………………………………………… 7
Ikrar Hari Guru………………………………………………………………………………… 8
Lagu Guru Malaysia………………………………………………………………………… 9
Senarai Tema Hari Guru…………………………………………………………………… 10

Anugerah Tokoh Guru Negeri Selangor……………………………………… …… 11
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Selangor …………… 12

Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru 2020………………………... 13-16
Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru 2020…………………. 17-19

Anugerah Khas Inovasi Pendidikan Negeri Selangor………………………… 20
Anugerah Khas Pendidikan………………………………………………………………… 21
Anugerah Guru Cemerlang………………………………………………………………… 22
Anugerah Guru Inovatif……………………………………………………………………… 23-24
Anugerah-anugerah Ikon Guru…………………………………………………………… 25-26

Iklan…………………………………………………………………………………………………… 27-37
Penghargaan……………………………………………………………………………………… 38

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 1

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ATUR CARA MAJLIS

9.00 pagi : Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Ucapan Pengerusi Majlis.
Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan
TUAN HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL A.M.P , P.J.K
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Ucapan Perasmian
YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Pendidikan II

Gimik Perasmian
Ikrar Hari Guru
Nyanyian Lagu Guru Malaysia
Persembahan Multimedia

Anugerah Tokoh Kepimpinan Negeri Selangor
Anugerah Tokoh Guru Negeri Selangor

Anugerah Khas Pendidikan
Anugerah Guru Cemerlang
Anugerah Guru Inovatif
Anugerah Guru Ikon
Anugerah Khas Inovasi Pendidikan Negeri Selangor

1.00 petang Majlis Bersurai

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 2

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Selamat Sejahtera, Salam Hormat dan Selamat Hari Guru

Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tahun 2020. Khasnya
Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang diberi sepenuh kepercayaan bagi merealisasikan sambutan pada kali ini
menjadi lebih bermakna dan cakna terhadap pasca norma baharu. Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu, te-
ma Hari Guru yang amat bertepatan dengan pendekatan penganjurannya.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada MPSM, MGB, KPIBKS, Badan swasta, syarikat korporat, badan
bukan kerajaan ( NGO ), orang perseorangan yang menjadi pelengkap kesepakatan, kesatuan padu serta jitu kepa-
da jawatankuasa dan urus setia. Kerjasama dan muafakat yang erat semua pihak amat dituntut bagi menjamin
kelangsungan membina generasi baharu. Sewajarnya semua pihak diberi penghargaan bertaraf TERBILANG atas
komitmen yang memberi impak berguna dan bermakna kepada seluruh warga guru.

Bagaikan irama dan lagu. Begitulah guru dan ilmu tidak boleh
dipisahkan. Guru adalah perantara menyampaikan ilmu. Ilmu disampaikan
kepada generasi baharu. Generasi baharu inilah nanti yang bakal men-
corakkan masa depan negara. Apatah lagi dalam tempoh pasca perintah
kawalan yang menuntut didikan norma baharu, wajah baharu, pemikiran
baharu, budaya baharu yang pasti menjadi kelaziman. Pendekatan dan
pedagogi pengajaran pembelajaran tidak terhad pada method konvension-
al malahan perlu disesuaikan dengan kepelbagaian medium.

Zaman berubah, sosio budaya semakin mencabar, cara berfikir
perlu terarah, medium informasi pelbagai arah. Justeru bersempena sam-
butan hari guru yang bersejarah pada tahun ini, saya menyeru kepada se-
luruh warga pendidik untuk menggunakan ruang dan peluang ini untuk
tegar serta cekal menimba ilmu dalam membina generasi baharu. Pasca
perintah kawalan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan amat menuntut go-
longan guru mengaplikasi ilmu kepada anak didik dalam era norma ba-
haru. Prinsip ini merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara ke arah me-
lahirkan generasi yang harmonis dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelek ( JERI ).

Akhir kata, saya yakin dan percaya berkat doa warga pendidik di
seluruh negara dan negeri Selangor khasnya, jiwa dan roh guru berterusan
menggamit potensi anak bangsa, ibu bapa, kelompok masyarakat dalam
membina generasi baharu yang lebih bertamadun. Semoga inisiatif dan
usaha murni yang amat komited Jawatankuasa dan urus setia sambutan
Hari Guru pada tahun ini menggapai sinar kegemilangan bintang – bintang
dalam kalangan guru.

Sekian, terima kasih.
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Pendidikan II

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 3

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2020. Ucapan penghargaan dan terima kasih jua atas kesempatan yang diberi
kepada saya bagi mencoretkan sepatah dua kata dalam buku program ini.

Pendidikan adalah asas dalam membina generasi baharu. Guru ialah pemudahcara bagi menitip segala ilmu
pengetahuan berguna kepada anak didik. Tanpa ilmu yang secukupnya, tidak mungkin seseorang guru dapat
berperanan dan berkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang hebat ialah mereka yang
sentiasa meningkatkan ilmu tanpa jemu, selain memberi tunjuk ajar dan bimbingan tidak mengira waktu. Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Justeru dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kesan
daripada penularan jangkitan Covid-19 di seluruh negara, bahkan pelusuk
dunia, saya yakin dan percaya bukan satu penghalang kepada guru untuk
terus menabur bakti serta memberi khidmat. ilmu dituntut wajar disebar
luas kepada anak didik dan masyarakat merujuk FPK serta pesanan
Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkongsian ringkas daripada saya
berdasarkan akronim JERIS iaitu; berterusan mengekalkan jarak Jasmani,
1 meter dalam kelompok sosial, Emosi yang stabil cakna berEmpati dan
ambil Endah terhadap barisan hadapan@wira negara dan pesakit, segera
putuskan rantaian dan usah putus-putus berdoa serta teruskan hubungan
keRohanian kepada Allah, gaya lntelek dan berIntegriti wajar diberi
perhatian dengan tindakan serius dalam melayari media sosial,
Stay@home sayangi seisi keluarga, komuniti dan negara dengan sentiasa
memberi Semangat juang, Sokongan dan dorongan Spiritual secara
berterusan.

Era pendidikan negara silih berganti, dengan rasa rendah hati saya
ingin menyeru kepada warga guru untuk terus cekal menyahut cabaran
globalisasi dan menjadi agen transformasi KPM. lbu bapa dan masyarakat
memberi sepenuh kepercayaan serta harapan terhadap peranan dan
potensi cikgu membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Saya doakan semoga
usaha murni seluruh guru di Negeri Selangor diberkati dan dirahmati Allah.

"Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu"

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 4

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Setinta ungkapan permata kasih, buatmu cikgu

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh .
Salam sejahtera, salam ceria warga pendidik

Syukur Alhamdulillah lafaz suci kehadrat Ilahi, diberi ruang dan kesempatan bermakna serta berguna
kepada seluruh warga pendidik di Negeri Selangor, Darul Ehsan bagi menyantuni wadah berinformasi dalam
buku program Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor, tahun 2020.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk dan Pelaksana atas komitmen padu
bagi menzahirkan suatu program yang amat bermakna dan teruja dalam situasi penuh mencabar. Ternyata
konsep dan pendekatan penganjuran pada tahun ini, terserlah kepakaran dan professionalisme setiap ahli
jawatankuasa yang terlibat. Apatah lagi dalam situasi Norma Baharu
yang mana semua pengurusan dan pelaksanaan dilakukan di alam
maya. Wajar dan bertepatan dengan tema sambutan pada kali ini,

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Kena pada masa
dan ketika JPN Selangor Terbilang dengan kerjasama mantap Pe-
jabat Pendidikan Daerah Klang. Klang Cemerlang, Klang Terbilang
selaku tuan rumah mengaplikasi ilmu yang dituntut bagi menggapai
ketamadunan norma baharu.

Program ini sewajarnya menjadi bahan rujukan sejarah dan
nostalgia kepada seluruh warga pendidik di Negeri Selangor dalam
menyelusuri segala aktiviti yang penuh mencabar. Soladariti dan
kesepaduan semua pihak amat bermakna dalam era Naratif Baharu.

Akhir kata, terima kasih atas usaha murni setulus hati dan
sekalung budi kepada semua pihak yang berganding bahu dalam
penganjuran program. Khasnya barisan jawatankuasa induk dan
pelaksana. Semoga buku program ini menjadi medan berinformasi
yang berguna dan bermakna kepada semua pihak khususnya warga
pendidik dalam mengangkat martabat pendidikan dalam membina
modal insan yang seimbang.

Sekian, terima kasih.
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 5

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Selamat Hari Guru

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Syukur Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selan-
gor bagi tahun 2020 menerusi penganjuran yang amat berbeza berbanding tahun terdahulu. Bagi pihak tuan ru-
mah dan jawatankuasa pelaksana, Pejabat Pendidikan Daerah Klang amat berbesar dan berbangga atas ke-
percayaan yang diberi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi menjayakan majlis yang bersejarah ini. Buat
julung julung kali sambutan hari guru diadakan dalam talian tanpa disaksikan sidang jemputan yang ramai secara
terus di dewan ataupun hotel. Namun begitu atas komitmen dan kerjasama erat semua jawatankuasa pelaksana,
program yang bersejarah dan bermakna ini dapat dianjurkan dengan jayanya.

Hari Guru disambut pada setiap tahun adalah bagi meraikan dan menghargai pengorbanan serta perjuangan
warga pendidik sepanjang menabur bakti kepada anak didik dalam bidang pen-
didikan. Tanpa guru, siapalah kita yang pernah melalui zaman persekolahan
pada zaman lampau. Guru umpama lilin membakar diri menerangi orang lain.
Ungkapan ini amat sinonim dan mempunyai maksud tersirat yang amat sukar
difahami serta dihayati. Bagi sesetengah pihak ungkapan tersebut semakin tid-
ak relevan pada situasi era naratif baharu. Murid digalakkan mengikuit sesi
pembelajaran secara dalam kumpulan ataupun kendiri. Guru lebih berperanan
sebagai pemudahcara dan pembimbing. Walaupun begitu, masih terdapat
dikalangan murid murid yang agak ketinggalan dan tidak begitu selesa mengi-
kuti sesi pembelajaran tanpa tunjuk ajar secara terus daripada seorang guru.

Guru dan Ilmu ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Saling
perlu memerlukan, lengkap melengkapi. Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Ba-
haru ialah tema Hari Guru yang kena pada masa dan ketika era globalisasi. Guru
yang tidak berilmu mahupun menuntut ilmu amat sukar untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan dan mengajar dengan baik. Maknanya ilmu pengetahuan dan
kemahiran seseorang guru tiada garis sempadan, malahan perlu melangkaui
kotak pemikiran biasa atau berfikir di luar kotak. Bersempena Sambutan Hari
Guru pada kali ini, akan menjadi pemangkin kepada semangat juang semua
guru untuk terus menimba ilmu dalam apa jua bidang kepakaran dan kema-
hiran.

Akhir kata, saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana dan Urusetia sam-
butan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berhormat Tuan Muslimin bin Yahaya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor, MPSM, MGB dan semua pihak yang menjayakan program pada kali ini.

Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu, Ilmu Cikgu Dicemburui

PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA 6
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Klang
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

REKA BENTUK LOGO HARI GURU

: Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
: Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan
bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
: Menunjukkan keteguhan dan semangat.
: Menunjukkan perpaduan muhibbah.

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 7

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 8

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 9

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

SENARAI TEMA HARI GURU

2020 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

10

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH TOKOH GURU NEGERI SELANGOR

BIODATA
TUAN HAJI KAMARUZZAMAN BIN YAHYA P.P.C.

• Dilahirkan pada 18 Mac 1960 di Selangor.
• Kini menetap di Taman Ehsan, Kampung Delek Kanan, Klang.
PENDIDIKAN
• SRK Sultan Abdul Aziz, Kg Kuantan, Kuala Selangor,1967 -1972.
• Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Cheras, KL, 1973 -1977.
• Diploma Sains dan Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 1982.
• Sijil Pengaturcaraan Komputer, ITM, 1987.
• Certificate In Educational Computing Module Development Workshop, University Of Georgia,

USA, 1992.
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian dari Universiti Terbuka Malaysia,

2006.
• Sarjana Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, 2011.

SEJARAH PERKHIDMATAN
• SMK. Telok Panglima Garang, Kuala Langat, 1982.
• SMK Tengku Idris Shah, Klang.
• SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor.
• SRK Methodist (MBS), Pelabuhan Kang.
• Penyelia di Pejabat Pendidikan Daerah Klang,1993.
• Penyelia Kanan di Jabatan Pendidikan Selangor.
• Guru Besar di SK. Taman Gembira, Klang, 2003-2004.
• Guru Besar di SK. Dato’ Onn Jaafar, Petaling, 2004 – 2010
• Guru Besar SK. Raja Muda SBT.
• Bersara pada tahun 2016.

SUMBANGAN
• Pensyarah Bersekutu IAB. (Bidang Pemprograman Komputer) 1991 – 2005.
• Jurulatih Utama dan Penceramah dalam bidang Komputer, Kajian Tindakan dan Pekeliling
Perkhidmatan Awam.

ANUGERAH/ PENGHARGAAN/ PINGAT
• Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) pada tahun 2001.
• Guru Besar Cemerlang pada tahun 2005.
• Anugerah Pemimpin ICT Negeri Selangor, 2007.
• Anugerah Kualiti Kepimpinan Guru Besar pada tahun 2013.
• Tokoh Kepimpinan Pendidikan PPD Petaling Perdana pada tahun 2016.
• Tokoh Guru Daerah Petaling Perdana, 2019.

11

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

BIODATA
YANG BERBAHAGIA DATO’ FOZIAH BINTI BUANG

• Dilahirkan pada 3 Julai 1957 di Batu Pahat, Johor.
• Kini menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam.
PENDIDIKAN
• Ijazah Pendidikan Teknologi Rumahtangga, Universiti Pertanian Malaysia, 1981.
• Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya, 2000.
SEJARAH PERKHIDMATAN
• Guru di SMK Teluk Panglima Garang, Kuala Langat.
• Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Teknik dan Vokasional.
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).
• Pengetua.
• Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Petaling Perdana.
• Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
• Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
• Bersara pada Julai 2017.
SUMBANGAN
• Setiausaha Persatuan ERT Selangor.
• Jawatankuasa Kerja Asia Regional Association Home Economics Conference.
• Setiausaha Majlis PPD Kebangsaan.
• Jawatankuasa MPSM Daerah Petaling Perdana.
• Korean-Malaysia Teacher Exchange Program.
SUMBANGAN KEMASYARAKATAN
• Penasihat Persatuan Sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
• Ketua Blok Zon 9, Persatuan Penduduk Kubah Bukit Jelutung.
• Ahli kariah Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutung.
ANUGERAH/ PENGHARGAAN/ PINGAT
• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2003 dan 2011.
• Anugerah Kualiti Kepimpinan Pengetua Daerah pada tahun 2007.
• Anugerah Pegawai Cemerlang DG54 pada tahun 2010.
• Memperolehi Anugerah Jusa C pada tahun 2016.
• Anugerah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa Gelaran

Dato’ pada tahun 2016.

12

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI GURU

Pengerusi : Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail.
Timbalan Pengerusi Pengarah Pendidikan Selangor
Naib Pengerusi
: En. Muhamad Radzi bin Abdullah,
Setiausaha Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Pen.Setiausaha 1
Pen.Setiausaha 2 : Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Jalil,
Bendahari Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
Pen. Bendahari
: YBhg. Datin Hajah Nor Faridah binti A. Bakar
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran

: En. Azmi bin Misron
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

: Dr. Rashidah Begum binti Gelamdin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pra sekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Mohd Zainudin bin Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pra Sekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Mohd Nur Hakim bin Mohd Shalihim
Penolong Pengarah
Unit Menengah dan Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Azhar bin Minai
Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas

: En. Rosli bin Badron
Akauntan Kanan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

13

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Ahli-Ahli

Cik Goh Suzie : Timb. Ketua Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Selangor

Tn.Hj. Abd Najeh bin Asmuin : KPPK Sektor Pendidikan Islam

En. Mohd Khaidir bin Abdullah : KPPK Sektor Pendidikan Khas

Tn. Hj. Yaakob bin Mat Sahri : KPPK Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

Pn. Ruzana binti Jajuri : KPPK Sektor Sumber Manusia

En. Muhammad Hanafi bin Ahmad : KPPK Sektor Infranstruktur dan Perolehan

En. Raja a/l Chinaya @ Sinniah : KPPK Sektor Pengurusan

En. Fatzlee bin Hashim : Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri

Pn. Fauziah binti Che Mustafa : KPP Sektor Pengurusan Maklumat

En. Mohammad Nuri bin Hussin : KPP Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan

Pn. Siti Rohani binti Mohd Mustakim : KPP Sektor Integriti

Pn. Hjh Maimunah binti Mustafa : Pegawai Pendidikan Daerah Klang

En. Arbain bin Pinni : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

En. Azhar bin A. Kadir : Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

Pn. Rozlina binti Abdul Ghani : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

En. Abu Mansor bin Sathri : Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Tn. Hj. Mohd Jajuli bin Haji Yahya : Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Tn. Hj. Mohd Azuan bin Mohd Nawawi : Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Pn. Hjh. Marpuaton binti Sastero : Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama

En. Ishak bin Abdullah : Pegawai Pendidikan Daerah Sepang

Tn. Hj. Sajoli bin Masdor : Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Pn. Rashidah binti Mohamad Yusof : KPPK Sektor Pembelajaran

En. Mohamad Yusri bin Dahrumi : KPPK Sektor Pembelajaran

En. Azmi bin Mohamed : KPPK Sektor Pembelajaran

En. Khairul Anuar bin Haji Awang : KPP Sektor Pembangunan Murid

En. Azahar bin Ariffin : KPP Sektor Pengurusan Sekolah

Pn. Azilawati binti Abu Bakar : KPP Sektor Pembelajaran

14

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

En Noor Azli bin Abd. Rahman : KPP Sektor Pembangunan Murid

Pn. Kholishah binti Hassan : KPP Sektor Pengurusan Sekolah

Pn. Hjh. Shamsul Bahriah bt. Bahardin : KPP Sektor Pengurusan Sekolah

Tn. Hj. Shopuan Anuar bin Ahmad : KPP Sektor Pendidikan Islam

En. Saiful Kahar bin Ahmad : Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

En. Kamarul Rizal Sahrin b. Abd Karim : Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran

Pn. Anita binti Parlan : Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran

Pn. Rubiaton binti Ibrahim : Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran

En. Norazman bin Ahmad : Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran

Pn. Zulimah binti Mukid : Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran

En. Hazli bin Hassan : Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

En. Ahmad Kamil bin Jamaluddin : Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

Tn. Hj. Ahmad bin Ismail : Yang Dipertua MPSM Cawangan Selangor

Pn.Hjh. Haznah binti Hamzah : Yang Dipertua MPCK Cawangan Selangor

Pn. Sarimah binti Yaakob : Pengerusi Majlis Guru Cemerlang

En. Sukimin bin Juki : Pengerusi MGB Selangor

En. Chin Ah Soon : Pengerusi MGB SJK(C) Selangor

En. John Posco a/l Anthony : Pengerusi MGB SJK(T) Selangor

En. Abu Bakar bin Semaat : Pengerusi KPPK Cawangan Selangor

En. Zulkifli bin Ahmad : Pengerusi PENGELOLA Selangor

YBhg Dato’ Hj Mat Yassir bin Ihsan : Yang Dipertua PBPPPM Cawangan Selangor

En. Megat Pauzi Bin Ibrahim : Pengerusi KGMMB Selangor

En. Mustafa Kamal bin Husin : Pengerusi KKGLMSM Selangor

En. S. Mani Segar a/l Seerangan : Pengerusi KKGGST Selangor

En. Hor Jun Hin : Pengerusi KKGGBM Selangor

Ustaz Mohd Dun bin Raban : Pengerusi KKGGAMB Cawangan Selangor

Ustaz Muhammad Ali bin Manjok : Pengerusi PEGUAM Selangor

Pn. Chang Keng Ling : Pengerusi Majlis Sekolah Menengah Conforming Selangor

En. Mohmad Nazer bin Hashim : Setiausaha KESUBA

15

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Bil Kategori Anugerah Pegawai Pengurus/penyelaras

1 Pemilihan Tokoh Guru En.Khairul Anuar bin Awang

2 Pemilihan Tokoh Kepimpinan Pendidikan En.Khairul Anuar bin Awang

Pemilihan Anugerah Khas Pendidikan

Kebajikan & Kemasyarakatan En. Hazli bin Hassan

3 Inovasi KPM Pn. Fauziah binti Che Mustafa
Penulisan Pn. Rashidah binti Mohamad Yusof

Kepimpinan (Rendah) Pn. Kholishah binti Hassan

Kepimpinan (Menengah) Pn. Hjh. Shamsul Bahriah binti Bahardin

Anugerah Guru Cemerlang

OKU En. Azhar bin Minai

4 Pendidikan Khas En. Azhar bin Minai

Sekolah Swasta En. Azahar bin Ariffin

Orang Asli/Pribumi En. Saiful Kahar bin Ahmad

Anugerah Guru Inovatif

Individu Pra Sekolah Pn. Zulimah binti Mukid

Individu Sekolah Rendah Pn. Azilawati binti Abu Bakar
5 Individu Sekolah Menengah Pn. Azilawati binti Abu Bakar

Individu Lepas Menengah En. Ahmad Kamil bin Jamaluddin

Kumpulan Inovatif (Pra Sekolah – Men) Pn. Azilawati binti Abu Bakar

Anugerah Guru Ikon

Guru Inovatif PdP En. Kamarul Rizal Sahrin bin Abdul Karim

Guru TMK En. Mohamad Yusri bin Dahrumi

6 Guru Kokurikulum & Sukan En. Noor Azli bin Abd. Rahman
Guru Sains Sosial & Kemanusiaan En. Norazman bin Ahmad

Guru Bahasa dan Seni Budaya Pn. Rubiaton binti Ibrahim

STEM Pn. Anita binti Parlan

TVET En. Azmi bin Mohamed

7 Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Sektor Pendidikan Islam

8 Ziarah Cakna Pengurusan Tertinggi Jabatan Sektor Psikologi dan Kaunseling

11 Majlis Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 23 Jun 2020
2020. Tempat : SSTP, Seksyen 19, Shah Alam.
Kaedah : youtube live.

16

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN HARI GURU

Pengerusi : Puan Maimunah binti Mustaffa
Timbalan Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah
Naib Pengerusi 1 : Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Naib Pengerusi 2 : Haji Badrul Hisham bin Mokhtar
Naib Pengerusi 3 : Timbalan Pendidikan Daerah
Setiausaha : Sektor Perancangan dan Pengurusan Dasar
En Zulkifli bin Ismail
Pen. Setiausaha : Timbalan Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Bendahari : Puan Sa’adah binti Kasiran
Timbalan Pendidikan Daerah
Pen. Bendahari : Sektor Pembelajaran
En Ahmad Lufti bin Mohd Yazid
Ahli-Ahli Timbalan Pendidikan Daerah
1. Puan Hajah Haznah binti Hamzah Sektor Pembangunan Murid
2. Haji Nor Azmi bin Rahmat En. Johannallah bin Junait
3. Cik Chai Lai Chin Penolong PPD
4. En. Thamilarasu A/L Subramaniam Unit Prasekolah & Rendah
5. Puan Rohana Binti Hamid Sektor Pengurusan Sekolah
6. Tuan Hj Ajidan Bin Hashim Puan Azila binti Aman
Penolong PPD Unit Prasekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
En Mohammad Shahrezal bin Burhanudin
Penolong PPD Unit Prasekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
En. Mohd Najib bin Masad
Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah

: Pengerusi MPSM/Pengetua
: Pengerusi MGB/Guru Besar
: Pengerusi MGB Sekolah-Sekolah Cina
: Pengerusi MGB Sekolah-sekolah Tamil
: KPIBK
: PPPPPM DC Klang

17

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

JAWATAN NAMA PEGAWAI

SUMBER KEWANGAN Pn Hjh Haznah binti Hamzah, Pengerusi MPSM Klang
Tn Hj Nor Azmi bin Rahmat, Pengerusi MGB Klang
Cik Chan Lai Chin, Pengerusi MGB SJKC Klang
En Thamilarasu A/L Subramaniam, Pengerusi SJKT Klang
Puan Rohana binti Hamid, KPIBK
Tuan Hj Ajidan bin Hashim, PPPPPPM DC Klang

PENGURUS MAJLIS En. Zaharuddin bin Haji Zainal Abidin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pendidikan Swasta
Sektor Pengurusan Sekolah

PENDAFTARAN En Mohd Najib bin Masad
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Menengah dan Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah

JEMPUTAN En Mohd Asri bin Ayob
En Hafizuddin bin Muzaiyin

SIJIL, HADIAH, Puan Norhafizah binti Ishak
CENDERAHATI Puan Rohaila binti Jaafar

PERSIAPAN PENTAS DAN BACK- En Khalifi bin Ahmad
DROP Cik Suraiya binti Aziz
Puan Ramlah binti Sulaiman

JAMUAN Puan Hjh Nor Afsah binti Ishak
Cik Siti Zuhaidah binti Md. Zubir
Emy Haslinda binti Mahamood

PENGIRING DAN USHERE VIP / YBrs. Dr. Nor Hayati binti Hj Ramlan
TOKOH Puan Rohana binti Abdul Rahman
Puan Nurulhusna binti Yem

18

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

JAWATAN NAMA PEGAWAI

PENGACARA MAJLIS Mohd Nazwan b. Ismail – SMK Tengku Ampuan Rahimah
Puan Fazilah bt Ab Manaf – SMK Tengku Idris Shah.
BACAAN DOA En Mahzir bin Ibrahim
BUKU PROGRAM
TEKS UCAPAN/ Haji Mohd, Haidir bin Alias
KATA ALU-ALUAN En Mohd Shayuty bin Muhamad Ali
DOKUMENTASI En Mohd Kashfi bin Md. Zain

Haji Azhar bin Kassim

En Ruzaimy bin Ismail

TEKNIK DAN SIARAYA SSTP
UNIT ICT PPD KLANG

PUBLISITI DAN SERANTA En Rizal bin M.E Abdul Salam
En Suhaimi bin Samsuddin

TAJAAN PPD Klang, MPSM, MGB, PIBK.

GIMIK DAN Unit ICT PPD Klang
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Cik Latifah bt Noerfajar
En. Nor Sairi bin Ahmad Shahabudin
ANUGERAH TOKOH GURU En Mohd Fauzi bin Al Akmal
VIDEO TOKOH GURU Mohammad Shahrezal bin Mohd Burhanudin

JPN SELANGOR

BACAAN IKRAR En Zuhairi bin Auzai

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL Unit Pendidikan Islam
DAN SOLAT HAJAT
Tarikh : 18 JUN 2020
GOOGLE MEET

PENERIMA ANUGERAH NEGERI JPN Selangor

19

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH KHAS INOVASI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

CIKGU ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH
SMK JENJAROM, KUALA LANGAT
PPD KUALA LANGAT

CIKGU MAGESPARI A/P SUBRAMANIAM
SJKT BATU ARANG
PPD GOMBAK

20

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN

PENULISAN
CIKGU SRI RAHAYU BINTI MOHD YUSOP
SMK PANDAN JAYA, AMPANG
PPD HULU LANGAT

KEPIMPINAN (RENDAH)
CIKGU SUKIMIN BIN JUKI
SK DESA PINGGIRAN PUTRA, KAJANG
PPD SEPANG

KEPIMPINAN (MENENGAH)
CIKGU HJH HAZNAH BINTI HAMZAH
SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
PPD KLANG

21

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH GURU CEMERLANG

OKU
CIKGU MOHD NIZAM BIN ABD SAMAD
SK PARIT 6, SUNGAI BESAR
PPD SABAK BERNAM

PENDIDIKAN KHAS
CIKGU MOHD RINO BIN MOHD KASSIM
SK ANTARA GAPI
PPD HULU SELANGOR

ORANG ASLI/PRIBUMI
CIKGU MAISITA BINTI UDANG
SK SG JUDAH, PULAU CAREY
PPD KUALA LANGAT

22

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH GURU INOVATIF

INDIVIDU PRA SEKOLAH
CIKGU KARTIGESAN A/L M.VELOO
SK OLAK LEMPIT, BANTING
PPD KUALA LANGAT

INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
CIKGU MAT ARIFFIN BIN ISMAIL
SJKC BATANG KALI
PPD HULU SELANGOR

INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
CIKGU MOHAMAD JALIL BIN MOHAMAD YUNUS
SMK JALAN EMPAT
PPD HULU LANGAT

23

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH GURU INOVATIF

INDIVIDU LEPAS MENENGAH
CIKGU SARANJIT KAUR A/P JASWANT SINGH
KTE SHAH ALAM
PPD PETALING PERDANA

KUMPULAN INOVATIF (PRA SEKOLAH-MENENGAH)
CIKGU MASLIHAH BINTI HASHIM &
CIKGU DESSEY BINTI MAJALIS
SMK BUKIT KAPAR
PPD KLANG

24

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH GURU IKON

GURU TMK
CIKGU MAWAR ‘AZZA BINTI MOHAMAD
SK SAUJANA UTAMA
PPD KUALA SELANGOR

GURU KO KURIKULUM & SUKAN
CIKGU KEOH LAY KHUAN
SJKC BATU 9, CHERAS
PPD HULU LANGAT

GURU SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
CIKGU ZAINAL BIN SUDIN
SMK KUALA KUBU BHARU
PPD HULU SELANGOR

25

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

ANUGERAH GURU IKON

GURU SENI BUDAYA (BAHASA)
CIKGU MOHD RIZA FEELAQIZ BIN SHAURI
SK DENGKIL
PPD SEPANG

STEM
CIKGU SITI MASLINDA BINTI SYED MUSA
SMK SAUJANA UTAMA
PPD KUALA SELANGOR

TVET
CIKGU MOHD FAIZAL BIN MOHD MOZLAN
SMK TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR
PPD KLANG

26

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Iklhlas...

27

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

28

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

29

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

30

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

31

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

32

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

33

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

34

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

35

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

36

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

37

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Selangor 2020

PENGHARGAAN

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2020

merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada;

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA

Timbalan Menteri Pendidikan II
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Klang

Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Selangor

Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Selangor
Majlis Guru Besar Negeri Selangor (SK, SJKC dan SJKT)
Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Selangor

Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Selangor

Kesatuan Kebangsaaan Guru-Guru Lepasan Maktab (KKGLM)
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB)
Bank Simpanan Nasional
Bank Islam Berhad
RHB Bank
Bank Rakyat
Semua Penaja dan Penyumbang
Serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2020

38

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”


Click to View FlipBook Version