The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ABSTRAK INOVASI SEKOLAH MENENGAH K-SEMANIS '23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Kashfi, 2023-08-04 00:10:02

ABSTRAK INOVASI SEKOLAH MENENGAH

ABSTRAK INOVASI SEKOLAH MENENGAH K-SEMANIS '23

Keywords: K-SEMANIS '23

PERTUKARAN TENAGA DAN MASA MUHAMMAD ASYAHARI BIN AMRIN MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ASRI MOHD SYARUDIN BIN MOHD NAZIR NIK AMIRUL MUSTAKIM BIN MAT ASRI SMK Batu Unjur Rekaan produk yang terhasil iaitu jam yang menggunakan tenaga boleh baharu untuk berfungsi iaitu tenaga suria atau solar merupakan satu idea inovasi yang menyahut seruan pihak terlibat untuk menjadikan sumber alternatif ini keperluan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada. Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang berterusan dan tidak akan berkurangan yang sentiasa diperoleh sepanjang masa. Walaupun sekadar menggerakkan jarum jam namun penjimatan tenaga yang digunakan amatlah besar maknanya kepada persekitaran dan kesedaran serta pembelajaran murid-murid. Idea yang tercetus bermula dengan hasrat mahu melahirkan generasi yang melestarikan alam dan kualiti hidup. Ilmu tentang pertukaran tenaga ini sering didengari tanpa kadang kala dipraktikkan. Maka ini lah peluang untuk murid-murid melibatkan diri dalam penghasilan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar agar mereka jelas dengan pertukaran tenaga yang terlibat sekali gus perubahan masa minit-jam. Putaran jam pula haruslah sentiasa bergerak tanpa henti. Bagi memastikan jam sentiasa berfungsi walau dalam apa jua keadaan cuaca, bateri yang dicas melalui panel solar akan digunakan. Melalui tugasan ini, murid-murid mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan penggunaan sumber semula jadi menggantikan sumber tidak boleh dibaharui dan kesedaran tentang penjimatan sumber asli serta menghargai masa. Murid-murid juga berpeluang mencurahkan idea untuk membina reka bentuk menara jam yang akan dibina di laman sekolah. MAGIC TUDO MUHD NAUFAL ASYRAF B.MOHD ZAIRI MUHD ALIF B.ZAILAN LAILI BT RAHAIRUDDIN SAM Nurul Iman Penggunaan Magic TUDO yang bersandarkan permasaalahan sebenar kehidupan dapat mengupayakan murid memformulasikan situasi secara matematik. Alat intervernsi ini bertujuan menilai tahap kemahiran murid menentukan sudut tunduk dan sudut dongak yang dijalankan ke atas 10 orang murid yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 6 orang murid lelaki daripada kelas 1 Al Maliki yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pencapaian kognitif dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Idea membangunkan Magic TUDO bermula daripada catatan refleksi melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah. Antara masalah yang dikenal pasti, murid keliru untuk melabel sudut tunduk atau sudut dongak berdasarkan situasi yang diberi. Murid juga tidak dapat mewakilkan sudut dengan betul dan tepat. Alatan yang dibina sangat praktikal, mudah dibawa,disimpan dan ekonomik. Mempunyai dua fungsi iaitu mengukur sudut tundut dan sudut dongak. Kajian ini memberi implikasi positif kepada PdP yang lebih berkesan , interaktif dan menyeronokkan diluar bilik darjah Alatan ini juga dapat menguapayakan kemahiran kognitif PK daripada konsep konkrit kepada abstrak seterusnya dapat merasai kuasa dan kebergunaan konsep asas tersebut secara konseptual. .Akhirnya PK berkeupayaan untuk mengaplikasi pengatahuan, kemahiran dan membuat penaakulan bagi menyelesaikan masalah selari dengan corak pembelajaran abad ke-21 agar pendidikan negara mampu bersaing di persada dunia. Seterusnya menjelang 2025, Malaysia mampu mencapai 1/3 kedudukan teratas dalam pentaksiran dan kajian melalui Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA). Kata kunci: Sudut tunduk, sudut dongak, Magic TUDO, TIMSS dan PISA


MAGIC RULER MUHD LUTFIL HADI B.MISRANI SYAZRIN B. NOR AZIZI SITI NOREHAN BI NTI MOHD YUSOF SAM Nurul Iman Kertas Kajian ini bertujuan menentukan peningkatan tahap penguasaan dan kefahaman peserta kajian mengenai konsep asas kecerunan dengan menggunakan Magic Ruler. Terdapat ramai murid yang tidak dapat menguasai konsep asas kecerunan di mana masalah dikenal pasti apabila soalan mudah dalam menentukan kecerunan suatu garis lurus tidak dapat diselesaikan . Kajian ini menggunakan 10 sampel yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan daripada kelas 2Maju. Data awal dipungut melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Hasil daripada dapatan awal menunjukkan bahawa penguasaan konsep bagi peserta kajian dalam menentukan kecerunan garis lurus MN mengambil masa yang agak panjang. Peserta kajian masih keliru dalam menentukan kecerunan bagi sesuatu garis lurus. Apatah lagi objek sebenar seperti kecerunan tangga di premis sekolah. Ujian pre test menunjukkan murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun Keputusan daripada ujian post menunjukkan peningkatan penguasaan peserta kajian. Berdasarkan maklum balas peserta kajian daripada soal selidik juga menunjukkan penggunaan Magic Ruler. ini lebih mudah dan cepat dalam menentukan kecerunan suatu objek serta meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam menguasai konsep asas kecerunan, seterusnya peserta kajian dapat mengaplikasikan pengatahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran Matematik dalam kehidupan seharian. Sebelum ini peserta kajian hanya dapat menentukan kecerunan kecerunan garis lurus MN contohnya dan kini peserta juga dapat menentukan kecerunan objek maujud. Aktiviti luar bilik darjah seterusnya dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Matematik. Dapatan ini memberi implikasi kepada perlunya pembelajaran yang lebih terbuka kepada inovasi alat bantu mengajar seperti Magic Ruler dalam pembelajaran PAK 21 yang lebih efektif . Menambah baik corak pembelajaran dan pengajaran (PdPc) dalam bilik darjah supaya setanding dan mampu menyaingi negara maju. Pendidikan kita mampu meningkatkan keputusan dalam pentaksiran dan kajian melalui Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA). Kata kunci : kecerunan, pembaris Magic Ruler, PAK 21, TIMSS dan PISA ACTION-P ADRIANA SOFEA BINTI MOHAMED AZLAN SITI NURATIKAH BINTI MOHD FAIZAL MOHAMAD IZWAN BIN MOHAMAD SMK Tengku Ampuan Jemaah Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam dalam kalangan murid 4GS melalui templat pembentangan ACTIONP. Templat pembentangan ACTION-P digunakan untuk meningkatkan kemahiran artikulasi idea utama dan minat murid bagi setiap subtopik dalam Bab 4 di dalam bilik darjah. Responden yang terlibat adalah seramai 35 orang dengan tahap prestasi akademik yang baik dalam mata pelajaran Sains. Murid diberi templat pembentangan yang sama bagi setiap subtopik dalam Bab 4. Murid kemudian perlu berbincang dalam kumpulan bagi menterjemahkan maklumat dalam subtopik berkenaan kepada bentuk lukisan. Maklumat yang berbentuk lukisan itu tadi akan dilukis pada kedudukan tertentu dalam templat ACTION-P bagi menjelaskan idea utama dalam subtopik berkenaan. Idea utama ini kemudian diartikulasi semasa pembentangan kumpulan agar kualiti pembentangan bertambah baik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah secara triangulasi iaitu melalui soal selidik, rubrik penilaian rakan sebaya dan rubrik pembentangan.Data dianalisis secara manual. Hasil kajian menunjukkan ACTION-P dapat meningkatkan kemahiran artikulasi idea pembentangan dan minat murid dalam Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam.


NATURAL HERBAL HAIR DYE MISHALENE A/P BASKAR THEVAYANAI A/L TIYAGARAAJAN JASMEETA A/P THAYALAN NOORHANA BT ADNAN SMK(P) Methodist Hair color is one of the oldest and most well -known cosmetics that have been used by many ancient cultures in different parts of the world for not only women but also for men. Synthetic oxidative hair dyes available in the market contain combination of peroxide and ammonia which damage hair and causes allergic reactions. There are high chances that people will be exposed to major health issues for instance breast cancer and non-Hodgkin's lymphoma over the years. From food to cosmetics, consumers prefer healthy and organic lifestyle in every aspects. Plant-based hair dyes give a positive impact amongst people. In this research, natural herbals namely Henna, Pure Coconut Oil, Aloe Vera extracts, Eclipta Alba, Fenugreek seed, Black Cumin seed and Curry leaves are used to make a healthy herbal hair-dye. The developed oil from the hair dye mixture provides multifunctional effects such as hair softening conditioning, promotion of hair growth and increase the density of hair. This innovation designed to deliver an excellent solution in creating natural hair dye which leads to permanent hair colouring. Indeed, this trigger our interest as there is huge needs and people are rapidly changing towards healthier lifestyle. Keywords: Hair dye, hair color, natural hair dye, herbal hair dye, healthy lifestyle BANDAR TEKNOLOGI HIJAU ROS ERA AZZARIMA BINTI RUSLI SUBRAMANIYA JOTHI A/L ILANGOVAN NOOR WAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN SMK Batu Unjur Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran dan sumber yang terhad adalah isu yang membimbangkan. Melihat kepada keadaan bandar sekarang sangat panas dan kadar pencemaran yang tinggi, perlu ada usaha untuk memaksimumkan penggunaan teknologi hijau yang kita ketahui mesra alam dan seterusnya boleh menurunkan suhu bandar, mengurangkan pelepasan bahan-bahan pencemar serta menjimatkan penggunaan tenaga. Malaysia mempunyai sumber tenaga hijau yang sangat banyak dan perlu dibangunkan serta diperluaskan penggunaannya. Menyedari hakikat ini, kami membuat kajian dan mereka model bandar terancang berkonsepkan teknologi hijau dengan mengambil kira dalam pelbagai sektor seperti tenaga, pengurusan sisa dan air sisa, pertanian dan perhutanan, bangunan, pengangkutan dan industri. Semua aspek diambil kira daripada arah binaan hinggalah kepada bahan yang digunakan untuk pembinaan. Semua binaan sama ada menghadap utara ataupun selatan . Sumber tenaga di Bandar ini adalah daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu tenaga solar, penggunaan kincir angin, tenaga biojisim, tenaga ombak dan juga tenaga hidroelektrik. Dari segi pengangkutan pula, kendaraan yang mesra alam dimestikan. Penduduk Bandar ini juga akan dididik dengan amalan kitar semua dan menitikberatkan amalan hijau. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan reka bentuk sebuah bandar yang mengaplikasikan teknologi hijau dari pelbagai sektor seperti bangunan, pengangkutan, sumber tenaga, pertanian dan perhutanan, pengurusan sisa dan air sisa serta ICT. Dengan mengaplikasi sepenuhnya teknologi hijau ini, kami merancang sebuah bandar yang tidak lagi mencemarkan alam. Seterusnya memberikan kehidupan yang lebih lestari kepada penduduknya pada masa kini dan juga masa hadapan. Diharapkan model Bandar ini dapat direalisasikan pada masa hadapan untuk kelestarian alam.


PLASBOC ELFERA LAUREN JOITOL BALPREET KAUR A/P MANJIT SINGH KARTHIGHA A/P SIVA SUNTHAR SAHIDAWATI BINTI ITHNIN SMK (P) Raja Zarina ‘Plasboc’ adalah ringkasan bagi ‘Plastic Bottle Cap’. Ia adalah satu produk inovasi yang dibangunkan untuk membantu mengurangkan lambakan sisa plastik yang semakin banyak pada setiap hari. Inovasi ringkas daripada penutup botol plastik ini direka bagi memenuhi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar untuk mengaplikasikan proses pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran berasaskan projek (PBL) sedikit sebanyak membantu murid berfikir dengan lebih kreatif dan kritis bagi membantu menyelesaikan masalah persekitaran dengan lebih bermakna. Ia merupakan satu inovasi yang mesra pengguna, mudah dibawa, ringan dan tahan lasak, sesuai untuk kegunaan semua. Hanya sedikit kreativiti diperlukan untuk mengolah dan menyusun atur warna dan saiznya bagi menjadikan ia lebih menarik, sesuai dengan kehendak pengguna. GENIOS 2.0M TEE HONG XUAN DANIAL HAKIMI BIN AHMAD DASHA MUHAMMED ADAM BIN MAZLI SMK Tengku Ampuan Jemaah Geometry in Innovation Other Subjects (GENIOS 2.0m) merupakan satu kaedah alternatif bagi murid untuk memahami setiap topik mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kami mendapati bahawa ramai murid menghadapi kekangan untuk memahami topik yang dipelajari secara mendalam. Inovasi ini bertujuan untuk bukan sahaja meningkatkan kefahaman mereka tetapi juga penguasaan yang lebih mendalam serta meningkatkan prestasi murid dalam setiap penilaian dan peperiksaan. Inovasi ini sesuai untuk semua murid yang terdiri daripada pelbagai tahap pembelajaran terbeza kerana mudah dijana dan sangat memanfaatkan. Bahan yang diperlukan hanyalah kertas, gam dan gunting. Kesimpulannya, inovasi GENIOS 2.0m ini dapat memudahkan murid untuk mengulangkaji dan meningkatkan kefahaman murid dalam pelbagai mata pelajaran. Malahan, prestasi murid dalam akademik turut dapat ditingkatkan secara efektif. BROOMOP DAMIA AQEELA BINTI ABDUL RAZIB NUR AULIA BINTI AB HALIM NUR IRDIANA FARISHA BINTI MOHD FAUZIE SITI FAHNEEM BINTI YAHAYA SMK Kampong Jawa The product we make is Broomop which is a combination of a broom and a mop. This product was made because we saw school cleaners carrying too many things when cleaning building blocks. We felt sympathy and started discussing to lighten their burden. Then we came up with the idea to create Broomop. We use environmentally friendly materials. It is true that the cleaning equipment can be bought easily nowadays but the cost might be too costly. Our product is made from recycle materials and the cost was not too high so everyone can have it. Our products are easy to store and save space. Finally, our product is user friendly and can be recycled. We hope our product will reduce the workload of sweeping and mopping because its features are lighter, easy to use and flexible.


APLIKASI E-HIKMAH ZAKI AL-MAHDI MOHD ZAHWAN MUHAMMAD SYAMIL HAIKAL BIN MOHD SAMAN AHMAD NAUFAL BIN AZLAN ROHAYU BINTI RUSLI SAMT Hishamuddin Aplikasi E-Hikmah ini dibina hasil cetusan idea pelajar untuk membantu pengurusan dan pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah. Satu kaji selidik telah dijalankan terhadap pengunjung Pusat Sumber, maka hasilnya para pelajar merasakan perlu ada sebuah aplikasi mobile untuk memudahkan guru dan pelajar mencari bahan rujukan yang terdapat di Pusat Sumber. Oleh hal demikian Aplikasi E-Hikmah telah direka dan dibina khas untuk kemudahan pelajar, kakitangan dan guru-guru SAMTSH. E-Hikmah membantu memudahkan urusan pencarian buku-buku dan bahan rujukan di Pusat Sumber Syed Naquib Al-Attas. E-Hikmah mengandungi informasi mengenai buku rujukan terkini, nota-nota dan kuiz mata pelajaran serta data pengisian nilam bagi setiap pelajar , tempahan penggunaan bilik dan ruangan di dalam Pusat Sumber Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Aplikasi E-Hikmah ini dibina menggunakan aplikasi Thunkable, grafik direka menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan Canva. Pembinaan aplikasi ini juga telah memupuk pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap bidang teknologi maklumat secara lebih mendalam.


Click to View FlipBook Version