The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM SMART STUDENT 2022 PERINGKAT SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norjulianimohamad76, 2022-03-20 12:19:47

BUKU PROGRAM SMART STUDENT 2022 PERINGKAT SEKOLAH

BUKU PROGRAM SMART STUDENT 2022 PERINGKAT SEKOLAH

SK SERI LANANG
42700 BANTING SELANGOR

03-3120 1340

LIS PELANCAR
AN

S
MAJ

TS
M PROGRAM

ART STUDEN

ANJURAN :

21 UNIT
2M0A2C2 KOKURIKULUM
SK SERI LANANG
7.30 - 8.30 PAGI
UNIT UNIT
HAL EHWAL MURID
KURIKULUM
(PANITIA PENDIDIKAN

(UBK , DISIPLIN
ISLAM)
& 3K) SK SERI LANANG

SK SERI LANANG

DIRASMIKAN OLEH :
PUAN HAJAH NOR RIZA BINTI HAJI MOHD SHARIF

PK PENTADBIRAN

PENDAHULUAN

Nama atau perkataan Program Smart Students adalah merupakan penjenamaan nama program

yang mewakili 4 program di dalamnya. 4 program tersebut ialah Program Jom ke Sekolah,

Program Amalan Guru Penyayang, Program Ziarah Cakna serta Program Uncang Pahala.

Keempat-empat program tersebut berfokus kepada matlamat yang sama iaitu membentuk disiplin

dan sahsiah murid yang baik, seterusnya mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang

sejahtera dan menyeronokkan

PROGRAM JOM SEKOLAH

PENDAHULUAN

Program Jom ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan

disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui


Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.



RASIONAL

Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan

keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah


salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat

memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep

sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom ke Sekolah

pada awal tahun persekolahan ini diharapkan akan dapat menjadi medan kearah membentuk


sahsiah diri murid yang lebih positif.




OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah


dan pihak PPS

2. ·Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan


jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada


di dalam atau di luar sekolah.

AMALAN
GURU PENYAYANG

PENDAHULUAN

Program Amalan Guru Penyayang dirangka oleh KPM adalah bertujuan agar guru mengamal

dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.



KONSEP

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang


adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara


yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,


bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,


prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka
merupakan aset penting yang perlu diberi


perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupaka
n sifat profesional guru dalam perhubungannya


dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.







OBJEKTIF

1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

PROGRAM'
ZIARAH CAKNA

PENDAHULUAN

Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai

kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga


masyarakat luar.





RASIONAL

Pelaksanaan konsep ziarah cakna ini sebenarnya untuk memperkukuhkan konsep


sekolah penyayang yang sedia ada bagi menangani situasi saling tidak percaya


sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan


hubungan antara sekolah dengan ibubapa dan penjaga.

Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepa
da aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk


bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan


menyeluruh pelajar.







OBJEKTIF

1. Membina hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa pelajar.
2. ·Guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid.
3. Memberikan lebih motivasi kepada ibu bapa dan pelajar dalam menangani masalah sosial dan


prestasi akademik.

PROGRAM'

UNCANG PAHALA

PENDAHULUAN

Program “Uncang Pahala” merupakan hasil cetusan idea Unit Hal Ehwal Murid dan Panitia Pendidikan

Islam untuk kemenjadian murid. Penekanan lebih kepada pembentukan sahsiah murid, disiplin


murid serta kerohanian bermula seawal prasekolah hingga tahun enam. Program ini berkonsepkan

pemberian ganjaran dalam amalan baik yang dilakukan oleh murid-murid.





RAS
IONAL

Menggalakkan murid-murid dan warga sekolah mengamalkan budaya “Cakna Pahala” berfokus

kepada perkara berikut:



·Uncang Pahala Amalan Baik
·Uncang Pahala Kehadiran

·Uncang Pahala Kelas
·Pembudayaan Al-Quran







OBJEKTIF

1. Murid dapat membudayakan amalan sahsiah baik dan terpuji dalam kehidupan seharian.
2. ·Murid dapat meningkatkan tahap disiplin baik.

3. Meningkatkan KPI peratus kehadiran murid kesekolah.
4. Murid dapat mengamalkan budaya cakna keceriaan dan kebersihan di dalam kelas.

ATURCARA

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM "SMART STUDENTS"
SK SERI LANANG 2022

7.20 pagi Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah
7.30 pagi
Perhimpunan Rasmi
8.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
Ikrar
Bacaan Doa
Ucapan Guru Bertugas
Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah
'Sarjan Sahfriza binti Mohamed Zakaria' (IPD Kuala Langat )
Ucapan Pelancaran Program " Smart Students'
'Puan Hajah Nor Riza Binti Haji Mohd Sharif' (PK Pentadbiran)

Bersurai

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Hajah Lafisah binti Mohd Nor

( Guru Besar SKSL )

Timbalan Pengerusi : Puan Azizah binti Ja'afar

( PK Hal Ehwal Murid SKSL )

Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Nor Riza binti Hj. Mohd Sharif

( PK Pentadb
iran SKSL )

Naib Pengerusi 2 : Encik Mohamad Amizi bin Abdullah

( PK Kokurikulum SKSL )

Penyelaras : Pn. Maria binti Tusirin

( Guru Bimbingan Dan Kaunseling )

Setiausaha : Pn. Norjuliani binti Mohamad

Naib Setiausaha 1 : ( Setiausaha Hal Ehwal Murid )
Pn. Hamidatul Adawiah binti Abas

( KP Pendidikan Islam )

Naib Setiausaha 2 : Pn. Azilla binti Mohd Adzni
( Setiausaha Kokurikulum)

Bendahari : En. Mohd Hafiz bin Ali
( Bendahari PIBG )

SEKALUNG APRESIASI




Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa
Majlis " Pelancaran Program Smart Students "

merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan

Kepada



Sarjan Sahfriza Binti Mohamed Zakaria
(IPD Kuala Langat)

Semua Guru ,AKP & Pekerja Swasta SK Seri Lanang



Semua Murid SK Seri Lanang
serta

Semua yang terlibat membantu dan menjayakan
program ini

sama ada secara langsung atau tidak secara langsung


Click to View FlipBook Version