JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NUR HANNAN BINTI KAMARUL HAZIM No. K/P : 030603-03-0020 Angka Giliran : 2021202340384 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.04 Nama Pensyarah : DR. ROSNINAH Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : Hannan Tarikh : 5 Mac 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
PENGHARGAAN Syukur, Alhamdulillah dan setinggi – tingi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kursus ini dengan jayanya. Dengan kesempatan ini, saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada saya iaitu Dr Rosnonah binti Abdul Ghani kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus asa dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan beliau. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan Kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka berikan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, mungkin tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.
2 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Bilangan Muka Surat Penghargaan Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1.1 Stratifikasi sosial 1 1.2 Budaya sekolah 2 2.0 Impak Stratifikasi kepada Budaya Sekolah 2.1 Budaya Diskriminasi antara Murid terhadap Murid lain 2-3 2.2 Budaya Diskriminasi antara Guru terhadap Murid 3-4 3.0 Budaya Positif di Sekolah 3.1 Sistem Rumah 4-5 3.2 Pemerkasaan PIBG Sekolah 5-6 4.0 Penutup 6 Rujukan
1 1.0 Pengenalan 1.1 Stratifikasi sosial Stratifikasi sosial merupakan perkara yang tidak asing dalam Masyarakat kita. Stratifikasi itu sendiri merujuk kepada fahaman mengenai kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial (Chew, 1979). Stratifikasi juga merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Stratifikasi ini terjadi sejak dahulu lagi sama ada terjadi dari aspek perbezaam jurang ekonomi, perbezaan kaum mahupun berdasarkan kekuasaan seseorang dalam politik. Engon (1962) turut mentafsirkan bahawa stratifikasi sosial merujuk kepada sistem yang mengukur kedudukan dalam lapisan Masyarakat yang membentuknya ketaksamaan sosial dalam kalangan mereka. Gambar 1 (Klasifikasi kelas pendapatan isi rumah) Di Malaysia, Kerajaan telah mengklasifikasikan kelas pendapatan isi rumah kepada 3 kumpulan iaitu isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40), Isi rumah yang berpendapatan 41 peratus kepada 80 (M40), dan Isi rumah yang berpendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah pendapatan rakyat Malaysia (T20) (Siwar et al., 2019). Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan(Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Maka tidak dinafikan lagi bahawa stratifikasi sosial di Malaysia
2 tidak dapat dielakkan lagi oleh masyarakat di Malaysia. Ianya berlaku secara langsung mahupun tidak langsung dalam kehidupan kita. 1.2 Budaya sekolah Budaya merupakan tamadun, kelaziman mahupun sesuatu yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Jadi budaya sekolah merupakan sesuatu kelaziman atau perkara yang diwarisi atau diamalkan oleh komuniti di dalam sekolah tersebut. Budaya sekolah yang positif akan menghasilkan kesan positif kepada pencapaian sekolah manakala budaya sekolah yang negatif akan memberi kesan imej negatif terhadap pencapaian sekolah (Daud & Don, 2012). Budaya sekolah ini merupakan perkara yang sangat luas dan terkadang budaya tersebut terbentuk tanpa kita sedari. Terdapat banyak aspek yang terkandung di dalam budaya sekolah antaranya budaya ilmu, budaya sosial serta budaya yang menunjukkan nilai – nilai murni. 2.0 Impak Stratifikasi kepada Budaya Sekolah Stratifikasi sosial ini boleh membawa kemudaratan sekiranya disalah ertikan oleh golongan yang berfikiran cetek. Kemudaratan ini mendorong masyarakat menunjukkan contoh yang tidak baik kepada golongan muda sekaligus memberikan kesan terhadap budaya di sekolah. 2.1 Budaya Diskriminasi antara Murid terhadap Murid lain Diskriminasi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017) merujuk kepada perlakuan membeza – bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat. Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, dimana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan (Sears,Freedman & Peplau, 1999). Kebiasaannya diskriminasi ini berlaku ke atas golongan yang lemah sama ada lemah dari aspek sosial mahupun fizikal mereka. Antara budaya diskriminasi yang semakin berleluasa dalam kalangan murid adalah buli. Lumrahnya pembuli adalah mereka yang mempunyai sifat sebagai orang lebih kuat, berkuasa dan lebih bermampuan untuk melakukan tingkah laku buli (Yung, 2019). Pembuli ini akan merasa puas apabila mangsanya menderita atas kelakuannya kepada mangsa. Kebiasaannya, mangsa pembuli ini merupakan seorang yang lemah sama ada daripada aspek fizikal mahupun pengaruhnya terhadap orang lain. Selain itu, terdapat juga kes buli yang dilakukan atas dasar mencemari sensitiviti perkauman yang mana kebiasaanya kaum minoriti di dalam sesebuah sekolah akan menjadi mangsa buli ke atas kaum majoriti di sekolah tersebut. Perkara ini amat membimbangkan kerana akan mewujudkan spekulasi negatif ke atas sesuatu kaum tersebut walaupun kegiatan buli tersebut tidak dilakukan oleh semua kaum yang majoriti tersebut. Sekiranya budaya buli ini tidak dibendung oleh mana –
3 mana pihak, maka ia akan membawa kepada kemudaratan yang lebih dahsyat sebagaimana yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kematian mangsa akibat 90 tekapan seterika wap pada badan mangsa (Bernama, 2021). Gambar 2 (Gambaran kes kematian mangsa buli UPNM) 2.2 Budaya Diskriminasi antara Guru terhadap Murid Diskriminasi ini juga bukan hanya terjadi dalam kalangan murid sahaja, namun ia juga terjadi antara guru dan murid. Diskriminasi ini berlaku secara langsung mahupun tidak langsung terhadap guru dan juga murid. Wujud amalan mendahulukan anak guru walaupun terdapat murid lain berkelayakan (Hasim, 2023). Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa budaya mengutamakan anak guru dalam segala aktiviti sekolah semakin berleluasa sehingga ke hari ini. Sebahagian budaya ini dilaksanakan atas dasar bagi memudahkan pengurusan aktiviti namun perkara ini hakikatnya telah menutup peluang kepada murid lain untuk menonjolkan bakat mereka.
4 Gambar 3 (Akhbar berkaitan isu saman guru) Selain itu, pengaruh ibu bapa murid turut memberikan kesan terhadap layanan guru kepada anak didiknya. Hal ini kerana, sesetengah guru telah mendapat ugutan sekiranya anak mereka tidak dilayan dengan baik. Sebagai tamsilnya, Kes saman guru oleh ibu bapa kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak (Bernama, 2016). Kebanyakan daripada kes saman tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa mereka dilihat terlalu overprotective terhadap anaknya. Secara logiknya dapat kita simpulkan bahawa tidak semua ibu bapa yang mampu mengupah peguam atas perkara yang remeh. Maka dengan itu, guru hanya akan lebih berwaspada dengan murid yang mempunyai ibu bapa yang berpengaruh berbanding murid lain. 3.0 Budaya Positif di Sekolah Bagi membendung budaya negatif tersebar atas dasar stratifikasi sosial, semua pihak mestilah mencari inisiatif bagi mewujudkan budaya sekolah kearah yang positif. Perkara ini harus dipandang serius agar semua pihak mendapat hak yang sama dalam menjalani kehidupan mereka. 3.1 Sistem Rumah Sistem Rumah ini merupakan salah satu sistem yang diamalkan oleh semua Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2004 (Norisah, 2016). Pelaksanaan sistem ini bukan sahaja dari aspek sukan sahaja, namun ianya mengambil kira keseluruhan aspek iaitu daripada aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta 3K (Keselamatan, Kebersihan, dan Keceriaan). Sistem ini mampu untuk mengubah sterotaip murid bahawa kekuatan seseorang bukan berdasarkan penindasan kepada golongan yang lemah namun kekuatan itu hadir atas kebersamaan dalam menjaga Kebajikan sesama mereka. Hal ini kerana, sistem ini
5 mewujudkan persaingan kebersamaan yang sihat iaitu pemilihan ahli rumah adalah tidak mengira kaum atau pendapatan ibu bapa mereka. Gambar 4 (Carta markah pencapaian rumah dalam pelbagai aspek- KESUMA) Di dalam sistem ini, setiap ahli yang melakukan kesalahan salah laku akan memberi kesan terhadap prestasi rumah mereka iaitu demerit. Prestasi cemerlang setiap ahli akan menyumbang markah merit kepada rumah masing – masing. Di akhir sesi persekolahan, rumah yang mempunyai merit tertinggi akan memperolehi Anugerah Rumah Terbaik. Pada pandangan saya, sistem ini haruslah disebarluaskan kepada semua sekolah kerana ia merupakan budaya positif yang sistematik bagi memberikan kesedaran serta hak sama rata kepada seluruh warga sekolah. Sistem ini telah melatih murid agar perlunya menjaga kebajikan diri serta orang di sekeliling mereka agar hak mereka terus terjaga. Budaya sekolah positif yang berterusan ini,akan mewujudkan jati diri murid yang cemerlang dalam perlbagai aspek malah lebih cakna terhadap kebajikan rakan – rakannya yang lain. 3.2 Pemerkasaan PIBG Sekolah Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkansemua sekolah hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (Haiza, 2011). Persatuan ini dianggotai oleh guru – guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak -anak di sekolah tersebut. Maka dengan itu, sekiranya persatuan ini diperkasakan, maka isu berkaitan antara ibu bapa dan guru seharusnya tidak berlaku. Hal ini kerana Perlembagaan PIBG dijadikan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh PIBG sekolah (Haiza, 2011). Pihak sekolah dan ibu bapa perlulah bijak dalam mengambil peluang dalam pertubuhan ini bagi mengelakkan budaya sekolah yang negatif berlaku antara guru dan murid berdasarkan
6 pengaruh ibu bapa. Sebagai contohnya, apabila terdapat isu berkaitan hanya anak guru yang mendapat peluang yang banyak bagi menyertai aktiviti – aktiviti di sekolah, pihak PIBG berhak menyuarakan perkara tersebut di dalam mesyuarat PIBG. Maka, pihak sekolah akan mengambil tindakan dengan melaksanakan pemilihan sebelum memilih murid untuk menyertai aktiviti – aktiviti di sekolah. Dengan itu, semua murid mempunyai hak mereka dalam menonjolkan potensi cemerlang tanpa adanya diskriminasi untuk mereka terus cemerlang. Pemerkasaan yang selanjutnya adalah dari aspek pemahaman ibu bapa berkaitan peranan mereka terhadap sekolah. Menurut Yahya Don (2005), ibubapa turut mempunyai peranan ke arah melaksanakan Wawasan Pendidikan iaitu membantu anak-anak mereka dari segi pembinaan sikap, tingkah laku, nilai dan akhlak. Hal ini kerana sekiranya ibu bapa memahami peranan ini, meraka tidak akan mudah melenting sekiranya guru mengambil Tindakan disiplin terhadap anak mereka bagi memberi pengajaran terhadap salah laku anak mereka. Peranan ini sekaligus memberi ruang kepada guru untuk memberikan pengajaran yang adil terhadap murid mereka tanpa perlu menjaga mana – mana pihak sekiranya murid tersebut melakukan masalah disiplin. 4.0 Penutup Secara konklusinya, dapat simpulkan bahawa stratifikasi sosial merupakan satu cabaran dalam membentuk budaya sekolah yang positif. Namun, jika diwujudkan budaya sekolah yang dapat memanipulasi stratifikasi sosial dengan bijak, cabaran itu dapat ditukarkan kepada satu peluang kepada seluruh warga sekolah. Dalam menjayakan budaya yang positif ini juga, semua pihak mestilah memainkan peranan Bagai aur dengan tebing demi menjaga kemaslahatan semua pihak.
7 RUJUKAN Bernama. (2016). Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-saman-gurukebanyakan-berlaku-di-kawasan-bandar-besar-nutp-124878 Bernama. (2021). Kes kematian Zulfarhan: 90 tekapan seterika wap sebabkan kematian, tetapi bukan niat membunuh - Hakim. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kematian-zulfarhan-90-tekapanseterika-wap-sebabkan-kematian-tetapi-bukan-niat-membunuh-hakim-328806? Daud, Y., & Don, Y. (2012). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9(111- 139). Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017a). Carian Umum. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=stratifikasi+sosial Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017b). Carian Umum. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=budaya&d=94740&#LIHATSINI Haiza, N. (2011). Sejauh Manakah Peranan Dan Fungsi Pibg Untuk Meningkatkan Kebajikan Pelajar Di Sekolah | PDF. Scribd. https://www.scribd.com/doc/65726873/SEJAUHMANAKAH-PERANAN-DAN-FUNGSI-PIBG-UNTUK-MENINGKATKAN-KEBAJIKANPELAJAR-DISEKOLAH#:~:text=PIBG%20merupakan%20sebuah%20organisasi%20yang Hasim, Z. (2023). Diskriminasi pendidikan sekat pengembangan potensi pelajar. Berita Harian. Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). MyGOV - The Government of Malaysia’s Official Portal. Www.malaysia.gov.my. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30114?language=my Norisah. (2016). Pemerkasaan Sistem Rumah ke arah Membentuk Iklim yang Positif. Siwar, C., Ismail, K., Ashikin, N., & Zalikha, S. (2019). KUMPULAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN 40 PERATUS TERENDAH (B40) DI MALAYSIA: MENGENAL PASTI TREND, CIRI, ISU DAN CABARAN. Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Yung, N. Y. (2019). Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(1), 65–75. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0201.24