17 September 2022 | 8.00 malam
Dewan Seri Budiman
Pengenalan
Majlis Makan Malam Amal “Jubli Emas “ yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk meraikan sambutan ulang
tahun Sekolah Menengah Teknik Alor Setar yang Ke-50 di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara
warga sekolah, PIBG dan alumni serta mengimbau kembali nostalgia zaman persekolahan suatu masa dahulu.
Objektif Utama program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi pembangunan insfrastruktur sekolah
terutama membaik pulih dan menaik taraf fasiliti yang sedia ada.
Atur Cara Majlis
7.45 mlm : Ketibaan tetamu dan pendaftaran
8.00 mlm : Ketibaan VVIP
8.30 mlm : Majlis bermula
-Ucapan Alu-aluan Juruacara Majlis
-Bacaan Doa oleh al-Fadhil Ustaz Shaharudin bin Saad
-Ucapan Alu-aluan Tuan Pengetua : Puan Salmi binti Rafie
-Ucapan Alu-aluan Pengerusi Alumni Tahun 2022
-Ucapan Yang Berusaha En. Mohd Nazri Bin Ab Aziz, Ketua Penolong Pengarah
Kanan Sektor Pengurusan Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional (BPLTV), Mewakili Pengarah BPLTV
-Ucap utama Alumni Astech: Dato’ Ir. Hashim bin Osman
-Persembahan deklamasi sajak oleh Pn Zaheera binti Ibrahim batch 97/98
-Penyampaian Cenderamata Mantan Guru/ Mantan Pengetua
-Persembahan Murid Astech
-Penyampaian Anugerah Tokoh Warisan Budi
-Sesi bergambar
-Bersurai
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS), Kedah Darul Aman telah ditubuhkan
pada tanggal 16 April 1972. Tarikh bersejarah ini merupakan titik permulaan sistem pembelajaran
teknikal di negeri Kedah. Pengetua pertama sekolah ini iaitu Tuan Haji Abdul Razak Bin Mohd. Sharif,
(AMN) telah menerajui SMTAS sehingga tahun 1979. Pada peringkat awalnyamurid tingkatan empat han-
ya berjumlah 127 orang dengan 7 orang guru telah menumpang sementara di Sekolah Menengah Keat
Hwa, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar. Pada ketika itu, terdapat empat kelas sahaja iaitu dua kelas jurusan
Mekanikal dan dua kelas jurusan Binaan. Pada Oktober 1972, murid dan guru SMTAS mula berpindah ke
bangunan sendiri yang terletak di Batu 2, Jalan Sungai Korok dan kini dikenali sebagai Lebuhraya Sultan
Abdul Halim.
Pada tahun 1973, dua lagi kelas jurusan Pertanian mula dibuka kerana sekolah telah mendapat
pertambahan tujuh kelas tingkatan empat dan tujuh kelas tingkatan lima. Bilangan guru turut bertambah
tahun demi tahun seiring dengan pertambahan murid yang kebanyakannya berasal dari luar bandar. Hal
ini dapat dilihat apabila sejumlah 24 orang guru pada tahun 1974 meningkat kepada 31 orang pada tahun
1977 dan seterusnya pada tahun 1979, bilangan guru adalah seramai 37 orang. Pada tahun 1980,
enrolmen murid berjumlah 664 orang terus meningkat kepada 669 orang pada tahun1981.
Pada tahun 1985, SMTAS mula mengalami pembangunan pesat dari segi struktur fizikal iaitu
pembinaan makmal, bilik sumber, bilik gerakan, gelanggang takraw, bola tampar, tenis dan bola keranjang
serta bangunan dewan makan telah dapat.didirikan dalam tempoh dua tahun. Sejak tahun 1992 sehingga
1998, sekolah ini berkembang dengan pesatnya dari segi fizikal dan sumber manusia. Pada tahun 1992,
empat jawatan Guru Ketua Bidang diwujudkan dan pertambahan tenaga pengajar seramai 48 orang guru.
Pembinaan bangunan tambahan telah dijalankan, yang meliputi kantin, dewan sekolah, satu blok
bangunan tiga tingkat yang menempatkan 6 buah bilik darjah, perpustakaan, klinik gigi, bilik SPBT,
koperasi, bilik pengawas dan bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling. Ini diikuti dengan pembinaan satu blok
bangunan tiga tingkat asrama puteri, dua blok bangunan asrama putera, sebuah surau dan padang per-
mainan. Dengan pertambahan dari segi infrastruktur, bilangan murid serta jurusan yang ditawarkan juga
turut meningkat. Ketika itu, SMTAS mempunyai 8 buah kelas Tingkatan Empat dan 8 buah kelas Tingkatan
5 dengan muridnya seramai 611 orang dan tenaga pengajar seramai 50 orang guru. Kursus yang
ditawarkan ialah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sains Pertanian dan Perdagangan. Manakala, kelas Tingkatan Enam
yang dibuka pada tahun 1976 telah dimansuhkan pada tahun 1996.
Pada tahun 2008, kelas tingkatan enam dibuka semula, dua kelas tingkatan enam atas dan dua
kelas tingkatan enam rendah. Subjek yang ditawarkan ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah,
Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Sains Sukan. Kejayaan dan pencapaian cemerlang dari segi
akademik dan kokurikulum telah melayakkan SMTAS mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan pada tahun 2009 dengan kebitaraan bidang Sains Pertanian, Matematik Tambahan,
Robotik dan Sofbol. Namun begitu kebitaraan Matematik Tambahan dan sofbol telah digugurkan pada
akhir tahun 2014. Tahun demi tahun, SMTAS berjaya meningkatkan prestasi dalam kurikulum dan koku-
rikulum dan mula disegani sebagai salah satu sekolah menengah teknik yang cemerlang. Kini SMTAS
sedang berusaha ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi seperti yang termaktub dalam Visi SMTAS.
ASTECH ERA 70-an ASTECH ERA 80-an
ASTECH KINI ASTECH KINI
Pengetua SMTAS
TUAN HAJI ABDUL RAZAK EN. MOHAMMAD YASIN TUAN HAJI MEGAT RAMLI TUAN HAJI OMAR BIN HAJI ABBAS
BIN MOHD SHARIF (AMN) BIN MYDIN BIN MEGAT ADNAN 1 FEB 1988 - FEB 1995
1 MAC 1972 - 31 DIS 1979
1 JAN 1980 - 31 DIS 1984 1 JAN 1985 - 1 JAN 1987
TUAN HAJI MOHD AKHIR BIN TUAN HAJI AZAMAN BIN CHE NORDIN BIN CHE WAN ZANAL BIN DIRIN
SHAFIE HASSAN 3 MAC 2002 - 16 NOV 2006 16 NOV 2006 - 16 OGOS 2008
16 JUL 1995 - 28 FEB 1998 1 MAC 1998 - 18 FEB 2002
TUAN HAJI MIZAL AZMAN BIN SHARIF TUAN HJ. SULAIMAN BIN MD ZAIN TUAN HJ. MOHAMAD REFAEE PUAN NORESAH BINTI
15 MEI 2009 - 2010 TAHUN 2011 -2013 BIN ISMAIL MOHD SHARIFF
TAHUN 2014 -2015 TAHUN 2015 - 2018
TUAN HAJI SARIMEN BIN SAPIEI PUAN SALMI BINTI RAFIE
TAHUN 2018 - 2019 TAHUN 2019 - KINI
Di Sini Segalanya Bermula Sajak
karya Zaheera Ibrahim
Mari kita imbau sejenak,
Setelah sekian lama pulun tak tidur siapkan tugasan
kita berkumpul semula yang penting bila bersama rakan-rakan
rindu menjalar mesra kerja yang payah menjadi mudah
jendela kenangan luas ternganga hebatnya setiakawan
indahnya musim muda zaman sekolah
manghafal formula dan fakta Sebenarnya, jika hendak diceritakan pengalaman
mengenal ilmu dunia dan makna sepanjang di sini, tidak cukup sekadar sebuah sajak
tekun belajar tanpa prasangka biarlah selebihnya kisah suka duka di sini disimpan
gurau senda bersulam ketawa menjadi lipatan kenangan yang kekal di sanubari.
berbagi cerita berkongsi rasa sekolah ini menjadi saksi
sekeping Sijil Pelajaran Malaysia dalam genggaman
Di sini tempatnya bermula
erti persahabatan kukenal Terima kasih
juga usik-usik nakal cinta monyet wahai guru pendeta mulia
kebanyakan antara kita jauh dari keluarga jasamu terlalu luas untuk dibalas
tercinta cahaya dan hujan ilmu yang kaucurahkan
sahabat umpama keluarga yang bahagia telah menyuburkan bijaksana di minda
sama senang dan susah telah memekarkan susila di sukma
dan sedih kecewa yang menjelma anak-anak didikmu
menggetarkan seluruh jiwa sehingga mampu tumbuh dengan kerjaya ampuh
segalanya menjadi azimat berharga menjadi jentera utama kemakmuran negara
untukku lebih bersedia menempuh alam uni-
versiti setelah dewasa. Duhai sekolah yang kutinggalkan
kau tak pernah terpadam dalam ingatan
Masihkah kau ingat, menyimpan sejuta rahsia anak remaja
saat kita bancuh maggi dalam baldi di sinilah segalanya bermula
bukan tak cukup makan akan kuabadikan menjadi puisi cinta.
tapi duduk di asrama memang perut sentiasa
meminta diisi
ada juga senyap-senyap keluar pagar tengah
malam
pagi-pagi buat biasa di kelas
adakala kantoi jugak dengan warden
biasalah itu yang nakal saja namun saya
yakin mereka itu juga antara yang berjaya.
Anugerah Tokoh Warisan Budi
Nama : Romli Bin Abu Seman
Tarikh Lahir : 2 Ogos 1955
Kelulusan Akademik : - Sekolah Kebangsaan Utan Aji, Kangar,Perlis (Darjah 1- Darjah 6)
Sejarah Perkhidmatan : - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang, Perlis (Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
- Sekolah Menengah Teknik Alor Setar,Alor Setar,Kedah (Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
- Technical Teachers Training College
- North East London Polytechnic, UK
- Tottenham College Of Technology, UK
Kerjaya selama 37 tahun dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai:
Guru Binaan Bangunan/Lukisan Kejuruteraan di SMT Bukit Piatu, Melaka (1978-1984)
Guru Binaan Bangunan/Lukisan Kejuruteraan di SMT Alor Setar, Kedah (1984-2015)
Sekalung Penghargaan
YG BERBAHAGIA DATO’ IR. HASHIM BIN OSMAN
YG BERUSAHA EN. MOHD NAZRI BIN AB AZIZ
YG BERUSAHA PN.SITI KAMZIAH BINTI KAMARUDDIN
YG BERUSAHA EN.MD TAJUDIN BIN MORAD
YG BERUSAHA TN. HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI
PENGETUA SMT ALOR SETAR
MANTAN-MANTAN PENGETUA SMTAS
AHLI JAWATANKUASA ALUMNI 2021/2022
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023
GURU-GURU, AKP & PELAJAR SMTAS
BEKAS PELAJAR BATCH 1972 HINGGA 1999
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan
MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SMTAS
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
JALAN LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM, 05400, ALOR SETAR,
KEDAH MALAYSIA
04—7721548 04—7721105 [email protected]
https://smtalorsetar.moe.edu.my Alor Setar Technical School
@smtalorsetar