The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwanishani, 2021-10-28 00:44:44

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI TELUK CHENGAI, KM 5, JALAN KUALA KEDAH, ALOR SETAR, KEDAH

OLEH : NOOR ALLIYA SYAHIRA BINTI MAHAMAD SHARIF (1 MAWADDAH)

Keywords: KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI TELUK
CHENGAI, KM 5, 06600,
JALAN KUALA KEDAH, ALOR

SETAR, KEDAH

NAMA : NOOR ALLIYA SYAHIRA BINTI MAHAMAD SHARIF

TINGKATAN : 1 MAWADDAH

GURU PENILAI : CIKGU ASIAH ASMUNI

PERANCANGAN KERJA

Bil Tarikh Aktiviti

1. 1-2 September Menerima tajuk tugasan daripada Cikgu Asiah Asmuni
2021 serta mendengar taklimat tentang kerja lapangan .

2. 30 September Perbincangan bersama guru tentang :
2021 a. Penghargaan
b. Pendahuluan
c. Objektif

3. 3 Oktober 2021 Mengumpul maklumat dari Internet, buku teks dan temu bual.

4. 8 Oktober 2021 Memproses maklumat.

5. 12 Oktober 2021 Mula menulis Penghargaan, Pendahuluan dan Objektif kajian.

6. 18 Oktober 2021 Menulis laporan hasil kajian

7. 22 Oktober 2021 Melengkapkan rumusan kajian

8. 29 Oktober 2021 Menyerahkan tugasan kepada guru

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang
telah membantu sepanjang proses menghasilkan kajian tentang sisa domestik ini
terutama kepada pihak pentadbiran sekolah, Guru Geografi Cikgu Asiah Asmuni , ibu
saya Noor Jahan Binti Hussain dan juga tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak
membantu memberikan tips dan info yang berguna dalam penyediaan laporan ini.
Semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberikan.

Terima kasih.

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi. Tajuk kerja lapangan saya ialah tentang
Sisa Domestik. Saya telah memilih Teluk Chengai, Km 5 Jalan Kuala Kedah, kerana
saya merupakan penduduk di kawasan ini semenjak tahu 2017. Saya berharap kajian
ini mampu memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada saya dari segi aspek
kesan dan cara mengendalikan sisa domestik di kawasan penempatan say

OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyatakaan jenis dan contoh sisa domestik di Teluk Chengai, KM 5 Jalan
Kuala Kedah.
2. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik.
3. Menghuraikan tiga langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Teluk Chengai, KM 5 Jalan Kuala Kedah. Lokasi

terletak di daerah Kota Setar, Negeri Kedah. Jarak lokasi dari Pusat Bandaraya Kuala
Lumpur ialah 438 km. Peruntukan masa dari lokasi ke Pusat Bandaraya sekitar 6 jam.
Pandang darat fizikal yang terdapat di lokasi termasuk : teluk.

Pandang darat budaya yang terdapat di lokasi termasuk : sawah padi, jalan raya, tali air,
masjid, pejabat dan penempatan

PETA BERKAITAN KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI SEKITAR KAWASAN TELOK
CHENGAI, KM 5

KAEDAH KAJIAN

PEMERHATIAN:
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 3 Oktober 2021 jam 5.00
hingga
6.00 petang untuk mendapatkan maklumat.

RUJUKAN :
Saya melayari internet dan merujuk buku teks untuk mendapatkan maklumat tentang sisa
domestik.

TEMUBUAL :
Saya menemubual ibu dan beberapa orang penduduk di kawasan ini.

HASIL KAJIAN :
Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikatogerikan sebagai
organik dan bukan organik.
Sisa Buangan Organik

Sisa Buangan Bukan Organik

JENIS-JENIS SISA DOMESTIK DI TELUK CHENGAI, KM 5 JALAN KUALA KEDAH:

Terdiri daripada bahan organik seperti sisa makanan dan kertas. Sisa domestik bukan organik
pula terdiri daripada tin, plastik dan kaca. Sisa domestik pepejal di kawasan ini ialah seperti sisa
makanan, plastic, kertas, lampin pakai buang dan logam seperti perabot. Manakala contoh sisa
cecair di sini ialah kumbahan dan minyak masak.
Pembuangan Sisa Organik

Rajah 1 Pembuangan Kotak dan perabot kayu terpakai di kawasan perumahan

Rajah 2 Pembuangan sisa sayuran di pasar tani

Pembuangan Sisa Bukan Organik
Rajah 3 Pembuangan sisa lebihan minyak masak di sekitar rumah kedai dan kedai makan
Rajah 4 Pembuangan botol plastik dan tin air minuman

KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK:

Pembuangan sisa domestik yang berlaku di Teluk Chengai KM 5, Jalan Kuala Kedah
telah menyebabkan pencemaran air, pencemaran bau serta pencemaran udara.
Pencemaran sumber air berlaku akibat pembuangan sampah ke dalam teluk.
Sisa sampah yang dibuang secara langsung juga mampu menyebabkan wabak
penyakit yang disebarkan oleh nyamuk, lalat, lipas atau tikus. Antara wabak penyakit
yang sering berlaku ialah wabak malaria, taun dan demam denggi.
Banjir kilat berlaku kerana sistem peparitan yang kurang sempurna dan sikap tidak
bertanggung jawab masyarakat yang membuang sampah ke dalam longkang, parit dan
teluk. Apabila hujan lebat, longkang serta parit yang tersumbat menyebabkan
berlakunya banjir kilat.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK:

Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik:

AMALAN 3 R:
Bermaksud Kurangkan (Reduce), Guna Semula( Reuse), Kitar Semula (Recycle).

GOTONG-ROYONG:
Merupakan amalan yang perlu diterapkan dalam setiap komuniti di luar
sana.Kebaikannya bukan sahaja mampu membersihkan alam, tetapi mengeratkan
hubungan silaturrahim jiran tetangga.

KEMPEN DAN PENDIDIKAN:
Amatlah penting untuk membina warga penempatan yang menghargai alam sekitar.

RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan ini di Teluk Chengai KM 5 Jalan Kuala Kedah,
saya telah menemui sisa domestik iaitu sisa organik dan sisa bukan organik. Saya juga
mengetahui kesan pembuangan sisa domestik yang tidak terkawal mampu
menyebabkan pencemaran, wabak penyakit dan banjir kilat. Langkah-langkah untuk
mengawal pembuangan sisa domestik yang tidak terkawal ialah dengan cara
mengamalkan 3R, gotong-royong , berkempen serta memberi pendidikan .Sehubungan
itu saya berharap pembuangan sisa domestik dapat dikawal di Teluk Chengai, KM 5
Jalan Kuala Kedah.

RUJUKAN

Buku teks (Hisham Azman Bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri Bin Ahmad,
2017,Geografi Tingkatan 1,Selangor Darul Ehsan, Era Visi Sdn. Bhd)

Wikipedia.


Click to View FlipBook Version