The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- isu isu teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by patriciajoanne03, 2021-12-27 03:33:12

TMK sebagai platform Pengukuhan Kesepaduan Nasional

- isu isu teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK)

TMK
SEBAGAI
PLATFORM
PENGUKUHAN
KESEPADUAN
NASIONAL

MPU21032- PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH :ENCIK MOHD
NORFAEEZWAN BIN BUANG

DISEDIAKAN OLEH :

PATRICIA JOANNE ALBERT
20DKA21F1034
DKA1C

DEVRA MENTI ANAK DENIS WALKER
20DKA21F1046
DKA1C

ANNY SIA ROBERT MADANG
20DKA21F1077
DKA1C

ABSTRAK

Buku ini ditulis adalah untuk menerangkan tentang

projek yang akan di jalankan sepanjang semester 1

iaitu semester pertama bagi pelajar jurusan Diploma

Kejuruteraan Awam. Projek semester 1 tahun 2021 ini

bertajuk TMK sebagai Platform Pengukuhan

Kesepaduan Nasional. Tajuk ini dipilih kerana

teknologi pada masa kini telah menjadi salah satu

keperluan dalam menjalani dunia yang serba moden

ini. Namun begitu, teknologi juga memainkan peranan

penting dalam menyatupadukan serta mengukuhkan

perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Pada

semester satu ini, semua pelajar diwajibkan untuk

membuat satu buku atau lebih dikenali sebagai EBook

untuk meluaskan lagi pengetahuan tentang teknologi

maklumat dan komunikasi dalam mengharungi dunia

yang moden.

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan syukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya dan izinNya dapatlah kami sekumpulan
menyiapkan tugasan projek yang telah diusahakan selama ini
yang bertajuk TMK sebagai Pengukuhan Kesepaduan Nasional
bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan DIPLOMA
KEJURUTERAAN AWAM subjek MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN. Politeknik Mukah Sarawak.

Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada Encik Mohd Norfaeezwan Bin Buang, pendidik subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban yang telah banyak
memberikan bimbingan serta nasihat sehingga tugasan ini
dapat disiapkan dengan jayanya. Jasa beliau akan kami kenang
sehingga ke akhir hayat. Seterusnya, penghargaan dan terima
kasih ini juga kami ucapkan kepada rakan rakan seperjuangan
yang telah berhempas pulas dalam menyempurnakan projek
masing masing serta tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang
banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan
tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih juga kami ucapkan kepada semua
pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak
langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga Tuhan
memberikan balasan yang baik jua. Amin

01

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and
Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan
untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh
berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara
tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,
dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum,
teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon
mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia
digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej
dan sebagai pengesan gerakkan.

02

Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula
imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada semua
teknologi yang digunakan untuk mengendalikan telekomunikasi, media
penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar, sistem pemprosesan
dan penghantaran audiovisual, dan fungsi kawalan dan pemantauan
berasaskan rangkaian.

Walaupun ICT sering dianggap sebagai sinonim lanjutan untuk
teknologi maklumat (IT), skopnya lebih luas. ICT baru-baru ini
digunakan untuk menggambarkan penumpuan beberapa teknologi
dan penggunaan talian penghantaran biasa yang membawa
pelbagai jenis dan jenis data dan komunikasi.

KOMPUTER RIBA FAX

TELEVISYEN 03

SEJARAH TMK

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada
abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam
membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga
bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak
penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer
komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J.
Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.
Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh
penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat
generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang
semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu,
generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-
generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor
dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini,
menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan
skal sangat besar (VLSI).

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat bermula oada tahun
1983 apabila jurutera dan ahli akademik Malaysia iaitu Dr. Mohamed
Awang Lah memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan
dunia menerusi Internet di makmal Universiti Malaya. Beliau telah
membuat hubungan internet yang sama di akhir tahun 1984 ketika
beliau ditempatkan diMIMOS ( Malaysian Institute of Microelectronic
System). Penubuhan MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang
kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk menghasilkan hubungan
internet yang lebih baik.

Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan
kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan oleh Dr.
Mohamed Awang Lah. Universiti universiti tempatan merupakan
pengguna RangKoM pada peringkat awal.

04

Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak
swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan
forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan
perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi
pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga
mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi
penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu isu pengurusan
yang berkaitan dengannya. Berdasarkan kepada pengalaman ini,
Program JARING (Joint Advanced Intergrated Networking) telah
dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan
untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu
dan lebih menyeluruh. Secara praktikalnya, segala kegiatan dan
pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek
JARING.

05

EVOLUSI DAN PERUBAHAN
TEKNOLOGI

Evolusi dan perubahan teknologi akan terus
meningkat dan berkembang dari satu masa ke satu
masa yang lain. Manusia perlu bersikap terbuka
dan mengikut arus kemajuan teknologi perlu dititik
beratkan dan dikuasai bagi meningkatkan
kompetensi dan kemahiran bagi mengikut arus
penggubalan teknologi.

Globalisasi merupakan zaman yang penuh dengan

cabaran kerana semua maklumat diperolehi

dengan cepat dan tanpa ada sekatan geografi.

Pada hari ini ramai manusia mempersoalan tentang

globalisasi mereka memberi pelbagai tafsiran

tentangnya dalam dua sisi yang berbeza iaitu

positif dan negatif. Oleh itu, manusia perlu

menggunakan akal yang rasional dan waras yang

berpaksikan ajaran agama bagi menilai sesuatu

maklumat dan bahan yang diperolehi melalui

teknologi. Pada hakikatnya, pengglobalan

teknologi sangat memberi manfaat kepada semua

khususnya masyarakat kini bagi memudahkan

sesuatu urusan dan pekerjaan. Contohnya, dalam

bidang pertanian dan makanan, pembinaan,

pengangkutan , teknologi maklumat , kewangan,

peridustrian, perhotelan, komunikasi dan

sebagainya.

06

TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI
(TMK) SEBAGAI

PLATFORM
PENGUKUHAN
KESEPADUAN

NASIONAL

07

TMK SEBAGAI PLATOFORM PENGUKUHAN
KESEPADUAN NASIONAL

TMK berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat
dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat.
Media cetak, media elektronik atau media digital serta media dalam talian
banyak menyumbang serta memberi kesan positif dalam menjaga hubungan
dan perpaduan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan
dunia teknologi seperti Whatapps, Instagram, Twitter, Facebook, Telegram

dan sebagainya. Teknologi maya ini telah menjadi salah satu keperluan
masyarakat pada masa kini. Perkembangan teknologi maya ini dapat

mengeratkan hubungan terutama mereka yang berada di luar negara.
Mereka dapat bertanya khabar melalui jaringan sosial yang cepat, murah dan

mudah.

Interaksi sosial memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pentingnya sesebuah organisasi adalah sebagai peyalur dan perkongsian
maklumat antara manusia yang menjadi wadah kepada proses sosialisasi.

Namun kesan penggunaan TMK yang tidak terkawal akan memberi kesan yang
negatif terhadap komunikasi dan hubungan sosial serta menghalang
kecergasan interpersonal, iaitu hubungan manusia dan menyebabkan

kurangnya komunikasi dengan orang sekeliling. Sebagai contohnya, remaja
masa kini telah kurang berkomunikasi dengan ibu bapa dan orang yang lebih
dewasa kerana adanya teknologi menyebabkan mereka asyik dalam melayar
Internet dan bermain gajet. Mereka lebih suka berinteraksi dengan ibu bapa
mereka melalui medium teknologi moden. Hal ini amat bertentangan dengan
nilai nilai kekeluargaan dalam masyarakat kerana interaktiviti teknologi sama

sekali tidak boleh menggantikan interaksi sesama manusia . : )

contoh medium yang
digunakan oleh

masyarakat kini :

08

ISU ISU
TEKNOLOGI
MAKLUMAT

DAN
KOMUNIKASI

(TMK)

09

I Terdapat 4 isu isu TMK yang sering berlaku
S pada masa kini :
U

1. JENAYAH SIBER
I
S 2. KERUNTUHAN AKHLAK
U 3. LAMBAKAN BERITA PALSU

4. WUJUDNYA BUDAYA
PLAGIARISM ( PLAGIAT )

JENAYAH SIBER

-Jenayah siber atau lebih dikenali sebagai

penipuan atas talian sering berlaku pada masa

kini. Jenayah siber seperti berlaku transaksi palsu,

buli siber dan sebagainya. Kelicikan penjenayah

siber ini adakalanya mampu menggodam sistem

pertahanan negara dan rahsia rahsia kerajaan

yang boleh mendedahkan sesebuah negara

kepada ancaman anasir luar.

-Contohnya, penipuan kerosakan atau

penguubahsuaian ke atas program ata u data

komputer, berlakunya kecurian maklumat, capaian

tidak sah ke atas sistem, pengintipan, penyebaran

virus dan skim cepat kaya.

T

M

K

10

KERUNTUHAN LAMBAKAN

AKHLAK BERITA PALSU

-keruntuhan akhlak seseorang -Berita palsu atau maklumat
palsu tersebar dengan mudah
berpunca daripada kurangya didikan, pada masa kini dengan adanya
internet dan penggunaan media
bimbingan serta kawalan oleh ibu sosial oleh masyarakat moden.
-Masyarakat khususnya golongan
bapa atau penjaga. belia perlu sedar bahawa
penyebaran berita palsu dalam
-pada masa kini, remaja mudah media sosial boleh menimbulkan
pelbagai impak negatif
terpengaruh oleh budaya Barat khususnya kepada perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara
sehinggakan mereka menjadikan ini.
-Golongan belia seharusnya
trend masyarakat barat sebagai cara bijak dalam menggunakan
aplikasi teknologi maklumat
hidup. media sosial untuk mengetahui
tentang isu isu semasa sama ada
-Selain itu, tekanan hidup dalam di dalam atau di luar negara.
-Penyebaran maklumat palsu
mengejar kemewahan dunia juga akan dikenakan tindakan
oleh pihak berkuasa. Oleh itu,
menyebabkan ibu bapa dan anak kita haruslah berhati hati ketika
menggunakan menyebarkan
tidak mempunyai masa bersama dan maklumat di media sosial .

kesempatan untuk bercakap,

meluangkan masa, berbincang

antara satu sama lain. Malah ada

juga yang jarang bersua muka . Hal

ini menjadikan, masyarakat pada

masa kini lebih lebih lagi remaja

membawa cara hidup sendiri tanpa

panduan dan pengawasan ibu bapa.

-Antara punca lain yang

menyebabkan keruntuhan akhlak

ialah kesan pergaulan bebas ,

pengaruh rakan sebaya, hubungan

kekeluargaan yang tidak teratur

seperti perpisahan ibu bapa,

pertengkaran antara keluarga,

suasana rumah tangga yang tidak

harmoni dan keadaan sosio-ekonomi

yang sempit.

11

WUJUDNYA BUDAYA
PLAGIARISM ( PLAGIAT )

- Plagiarism atau lebih dikenali sebagai ciplak atau plagiat
merupakan perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau
keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai
usahanya sendiri.
-Plagiarism merupakan perbuatan yang tidak sihat dalam sesuatu
perkara. Plagiarism membawa kepada penjejasan amalan kesantunan
malah juga akan mengakibatkan individu yang terlibat tidak
melakukan tugas dengan hasil kerjanya sendiri.
-Plagiarism juga akan memberikan kesan kepada sekeliling
terutamanya kepada pelajar universiti yang menyalahgunakan gejala
plagiat. Pelajar universiti yang melakukan plagiat akan diberhentikan
kursus atau penggantungan pembelajaran dari pusat akademik.

12

RUMUSAN:

TMK memainkan peranan yang signifikan dalam
dalam usaha mewujudkan hubugan yang erat
dan baik dalam kalangan masyarakat. Teknologi
Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam
pendidikan yang semakin maju saban hari, di
mana pelajar lebih berminat untuk melihat
benda benda yang bergerak gerak dan
berwarna warni. Tidak dapat dinafikan lagi,
bahawa TMK jelas mampu menarik minat
seseorang di samping menyampaikan maklumat
dengan jelas dan mudah untuk difahami. Selain
itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga
membenarkan pelajar untuk menambah ilmu
pengetahuan tanpa sempadan kerana pada
masa kini terdapat platform atau kelas yang
diadakan di alam maya. Sebagai contohnya,
kelas tuition online seperti MCPLUS+ . Dengan
melayari laman yang berfaedah ini, masyarakat
terutamanya golongan belia dapat mengelakkan
diri daripada mencuba perkara yang terpesong
dengan ajaran agama dan masa lapang mereka
juga akan terisi dengan perkara perkara yang
mendatangkan kebaikan. Akhir sekali, TMK masih
tidak dapat mengubah semuanya . Manusia
masih perlu menjalankan aktiviti tertentu yang
tidak dapat dijalankan oleh Teknologi Maklumat
misalnya seperti makan, rehat , berekreasi,
bersukan dan sebagainya. Perubahan hanyalah
sekadar dari segi cara aktiviti tersebut
dijalankan dan lantas apakah batasan dan
halangan yang wujud akibat gelombang
maklumat yang menguasainya?

13

UR JUKAN
:
Mahd Asri Bin Mahmood - Laporan Projek Abstrak
http://anyflip.com/gtcmf/vlqy/basic

TheAstrologypage - Apakah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi https://ms.theastrologypage.com/information-
communications-technology

Universiti Malaysia Sabah- Haliza Binti Sainan, Nenly Marudi,
Aidah Binti Sulaiman - Teknologi Maklumat ICT
http://kumpulan1kawan.blogspot.com/p/test.html

Sharifah Nur Topik 7 Penggerak Kesepaduan Nasional
https://fliphtml5.com/kaqrx/hcyh/basic

Isu Teknologi Maklumat- HI, Februari 28, 2020
https://gpm1083.blogspot.com/2020/

Jenis jenis jenayah Siber- RulCoolUMK
https://nrulcool.weebly.com/jenis-jenis-jenayah.html

Punca dan keruntuhan akhlak - Norsyamimie Alia Bt
Abdullah - 25 Februari 2017
http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-
dan-kesan-keruntuhan-akhlak.html?m=1

Isu Semasa Teknologi Maklumat - Cikyussalina @ JusOren
14 April 2012 https://www.slideshare.net/cikyussalina/isu-
semasa-teknologi-maklumat

14

SEKIAN
TERIMA
KASIH

15


Click to View FlipBook Version