KEBAIKAN
BERSUKAN
AHMAD KAZIM BIN ANIS AHMAD
3 INOVATIF
SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT
Membantu Mengisi masa lapang
mengekalkan
kesihatan fizikal dan
mental
Mengeratkan Memberi ruang untuk
hubungan menambahkan
perpaduan dan pendapatan secara
integrasi masyarakat individu dan
kumpulan
Membantu mengekalkan kesihatan fizikal
dan mental
• Golongan profesional dalam membangunkan negara sering kali
terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan
waktu untuk tujuan tersebut.
• Kesibukan semua lapisan masyarakat
ini membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan mental.
• Penglibatan golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa
dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan.
• Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti,
penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit
jantung
Mengisi masa lapang
• Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga
adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.
• Masa itu emas, walaupun hanya ada beberapa minit sahaja
masa itu sangat berharga. Masa lapang ini sangat bermanfaat
jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan
melegakan ketegangan.
• Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral, vandalisme, dan membuang masa sia-sia
seperti melepak, merokok, dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik
masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik.
• Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah
gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia
persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan
masa dengan lebih bermakna
Mengeratkan hubungan perpaduan dan
integrasi masyarakat
• Kegiatan sukan dapat melahirkan
semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan.
• Sifat bersatu padu juga dapat
dipupuk melalui penglibatan dalam
kegiatan sukan kerana bulat air
kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.
• Hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat. Para
penyokong juga dapat
menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di samping berkongsi
minat dalam sukan yang sama.
• Dengan ini, nilai-nilai perpaduan
seperti bekerjasama, bertoleransi dan
meletakkan kepentingan negara dan
pasukan melebihi kepentingan diri
dapat dilahirkan melalui penglibatan
diri dalam bidang sukan.
Memberi ruang untuk menambahkan
pendapatan secara individu dan kumpulan
• Atlet yang mencapai tahap
kemahiran profesional boleh
menjadikan sukan sebagai
kerjaya yang lumayan.
• Penganjuran dan pengusaha
peralatan serta prasarana sukan
juga mampu menjana
pendapatan yang besar.
• Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global
mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing.
• Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang
diceburi.
• Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan
mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa
depan mereka.