NAMA PESERTA :
Muhammad Fakhri Imani Bin Mohd Fauzi
KELAS :
6 Arif 1
ALAMAT E-MAIL :
[email protected]
NAMA SEKOLAH :
SK Seri Kota Puteri
ALAMAT SEKOLAH :
Jalan Bayan, Bandar Baru Kota Puteri, 81750
Masai, Johor.
Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang
yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba
membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun
Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk
Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Bakat politik Tun
Hussein jelas diwarisi daripada Dato' Onn Jaafar yang merupakan bekas Menteri Besar dan Yang Dipertua
UMNO yang pertama. Malah sejak kecil lagi, Dato Onn mendidik anaknya secara tegas dan berdisplin.
Beliau berkahwin dengan Tun Suhailah Noah pada tahun 1948 dan dikurniakan lapan orang cahaya mata
termasuk Hishammuddin Hussein yang telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri
Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga 2018.
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary
School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor
Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun
1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas
ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah
sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat
Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi..
Setelah lulus dengan cemerlang dan ditauliahkan sebagai tentera terlatih, Tun Hussein Onn telah dihantar bertugas ke Timur Tengah untuk menyertai tentera British
semasa Perang Dunia Kedua. Selepas tamat perang, Tun Hussein Onn dilantik oleh kerajaan British sebagai tenaga pengajar di Pusat Perekrutan dan Latihan Polis
Malaya di Rawalpindi. Segala pengalaman ketenteraan dan kepolisan telah membina perwatakan Tun Hussein Onn yang amat tebal dengan displin diri serta
pentadbiran yang dipimpinnya. Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Pentadbir di Segamat, Johor dan kemudian dipindahkan sebagai
Pegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor. Bidang politiknya bersinar apabila dilantik sebagai ketua pemuda UMNO yang pertama(1949) ketika berusia 27 tahun.
Seterusnya pada tahun 1950, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung UMNO. Penyertaan beliau dalam kabinet Malaysia bermula pada september 1970 apabila
dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Seterusnya, Tun Hussein telah dipilih menyandang jawatan Timbalan
Perdana Menteri pada tahun 1973. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Bin Dato' Onn
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak
kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika
itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari
segi ekonomi dan sosial. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau juga telah mengikuti
jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang
diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan
beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih
aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya.
Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di
Malaysia.
Ketegasan dan sifat kepimpinan semulajadi yang dimiliki, membuka ruang kepada Tun Hussein menerajui pucuk pimpinan negara
dengan menerapkan nilai murni yang diperlukan untuk membina sebuah negara yang teguh dan tidak terdedah kepada sebarang
anasir yang boleh menggugat kedudukannya. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan
kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang
negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan
sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan antara
berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah
disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh
dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang
stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.
Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai Perdana Menteri yang ke-3, Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas
sebab-sebab kesihatan pada 17 Julai 1981. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat
semasa menjalani rawatan di sana. Beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Atas usaha
dan kesungguhan beliau menjayakan agenda perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn di beri gelaran
"Bapa Perpaduan Malaysia".
RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
https://umno-online.my/presiden/tunhussein/