OBJEKTIF PEMBELAJARAN MENERUSI GOOGLE SITES
Peserta dapat mempelajari menggunakan ICT dalam
menguruskan fail dengan cekap dan mudah.
Peserta dapat membiasakan diri dengan penggunaan teknologi
pada masa kini.
Peserta dapat meningkatkan prestasi mereka dengan budaya
kerja yang cekap
PERMBERITAHUAN AWAL KEPADA PESERTA
Peserta akan dimaklumkan menerusi surat rasmi berkaitan
dengaan maklumat berikut :
Lokasi kursus - bilik mesyuarat sjkt ldg menteri
Tarikh - 8 -9 julai 2020
Kursus online – modul dalam google sites
Sijil penyertaan - auto generate
SEBELUM MENGHADIRI KURSUS
Perlaksanaan Modul 1 dan Modul 2 (5 submodul) dalam
Google Sites & Padlet boleh di pantau oleh penceramah dan
pengurus kursus dari masa ke semasa.
Tempoh perlaksanaan kursus pra syarat menerusi Google
Sites adalah dalam tempoh masa 2 minggu sebelum kursus
di SJKT Ladang Menteri
Di akhir pembelajaran, peserta dikehendaki menjalani ujian
pra iaitu penilaian formatif yang disediakan di setiap akhir
submodul.
Empat sub modul bermakna peserta perlu menjawab 4 ujian
pra penilaian formatif yang disediakan.
Peserta akan menerima sijil auto generate setelah tamat sesi
ujian pasca, soal selidik
SEMASA MENGHADIRI KURSUS
PENILAIAN SECARA FORMATIF MELALUI:
Senarai semak pemerhatian cara menggunakan ICT
dalam pengurusan fail
43
Senarai semak pemerhatian maklumbalas peserta
semasa kursus dijalankan
SELEPAS MENGHADIRI KURSUS
Setiap peserta perlu menjawab soalan sumatif kursus
bagi menilai pencapaian dan kefahaman mereka bagi
kedua-dua modul yang telah dipelajari.
Peserta kursus juga perlu memberikan maklum balas
berkaitan kursus yang diadakah secara keseluruhannya
melalui borang soal selidik yang akan dibekalkan
dihujung kursus nanti.
Setiap peserta kurus akan dipantau oleh Guru Besar
masing-masing untuk melihat tahap percapaian kerja
yang mereka laksanakan telah diaplikasikan dengan
pengetahuan yang telah dipelajari menerusi kursus yang
telah diadakan ini.
Tempoh penilaian oleh majikan/penyelia adalah dalam
masa empat minggu selepas kursus tamat
44
4.2.2 JADUAL KURSUS
Jadual kursus berikut telah dirancang berdasarkan kriteria-kriteria kandungan kursus yang
telah dibangunkan mengikut keperluan penceramah dan keperluan peserta kursus. Jadual
kursus adalah merangkumi 4 submodul akan dilaksanakan pada hari kedua. Keseluruhan
empat sub modul kemahiran yang wajib dan perlu dikuasai semua staf dan guru Jadual untuk
perlaksanaan kursus bagi hari pertama dan kedua ditunjukkan dalam Jadual 4.2.2 di bawah.
HARI /TARIKH / MASA TENTATIF
MODUL 7.30 pagi Pendaftaran penceramah dan peserta kursus
HARI PERTAMA 8.00 pagi SUBMODUL 1 MENGHASILKAN AUTOFILL
8 JULAI 2020 Tayangan video
SESI 1 9.00 pagi Tunjuk cara
9.15 pagi Rehat
Amali dan praktikal
9.45 pagi Sesi soal jawab
10.00 pagi Tamat
10.00 pagi Pendaftaran penceramah dan peserta kursus
HARI PERTAMA 10.15 pagi SUBMODUL 2 MENGHASILKAN ANYFLIP
8 JULAI 2020 11.00 pagi Tayangan video
SESI 2 Tunjuk cara
Rehat
11.15 pagi
Amali dan praktikal
11.45 pagi Sesi soal jawab
12.00 pagi Tamat
45
HARI /TARIKH / MASA TENTATIF
MODUL 7.30 pagi Pendaftaran penceramah dan peserta kursus
HARI KEDUA 8.00 pagi SUBMODUL 1 : GOOGLE FORM
9 JULAI 2020 9.00 pagi
Tayangan video
SESI 1
Tunjuk cara
Rehat
9.15 pagi Amali dan praktikal
9.45 pagi Sesi soal jawab
10.00 pagi Tamat
10.00 pagi Pendaftaran penceramah dan peserta kursus
HARI KEDUA 10.15 pagi SUBMODUL 4: QR KOD
9 JULAI 2020 11.00 pagi Tayangan video
Tunjuk cara
SESI 2 Rehat
11.15 pagi Amali dan praktikal
11.45 pagi Sesi soal jawab
12.00 pagi Tamat
46
ANALISIS REKA BENTUK PEMBANGUNAN IMPLEMENTASI PENILAIAN
5.0 FASA PENILAIAN
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif
seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang
memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia
melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya
berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.
5.1 RUMUSAN MATLAMAT YANG DITETAPKAN
Kesimpulannya berdasarkan matlamat program, kursus kompetensi guru dan penggunaan
ICT dalam pengurusan fail dapat memberi latihan serta panduan bagi melaksanakan tugas
mengurus fail atau bahan dokumentasi dengan mudah, bijak dan berprofesional. Kemahiran
ini juga dapat meningkatkan prestasi dan kualiti guru demi mewujudkan generasi pendidik
yang celik digital ke arah web industri 4.0. Selain daripada itu, kursus ini dapat menjimatkan
masa, kos dan tenaga kerja guru bagi menguruskan bahan dokumentasi dengan cara
berprofesional. Biasanya, guru berasa tertekan bagi mengendalikan sesuatu program atau
mengkemaskini bahan dokumentasi. Oleh itu, sebagai ilmu yang bermakna kursus ini dapat
mencakupi keperluan dan kehendak para guru SJKT Ladang Menteri. Dengan adanya ilmu
kemahiran dan pengetahuan ICT, mereka dapat melahirkan generasi akan datang yang
berpengetahuan ICT.
5.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Bahagian ini akan memperincikan kaedah pengumpulan data penilaian bagi setiap peringkat
penilaian serta instrumen penilaian yang digunakan bagi setiap peringkat penilaian. Penilaian
yang dilaksanakan adalah penilaian pra, penilaian semasa kursus dan penilaian pasca.
Bahagian ini akan menerangkan bagaimana kaedah pengumpulan data bagi setiap peringkat
dirancang dan dilaksanakan.
47
5.2.1 JENIS PENILAIAN
i. PENILAIAN PRA
Penilaian pra merupakan penilaian yang wajib dilaksanakaan kepada setiap peserta sebelum
menghadiri kursus. Penilaian ini akan mentafsirkan kemahiran atau pengetahuan sedia ada
oleh seseorang peserta. Penilaian pra ini dilaksanakan dalam bentuk penilaian formatif.
ii. PENILAIAN SEMASA
Penilaian semasa dilaksanakan sepanjang masa aktiviti-aktivti dijalankan. Setiap modul
adalah terdiri daripada dua aktiviti yang melibatkan aktiviti pengukuhan dan aktiviti penilaian.
Aktiviti pengukuhan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman pengetahuan
tentang setiap modul yang telah dipelajari. Manakala aktiviti kedua adalah aktiviti penilaian
yang melibatkan penilaian terhadap para peserta oleh fasilitator-fasilitator yang terpilih.
iii. PENILAIAN PASCA
Penilaian pasca merupakan penilaian akhir yang dilakukan di akhir sesi pengajaran atau
setelah kursus selesai dilaksanakan. Penilaian pasca kursus membahagikan kepada tiga
tahap iaitu tahap penilaian persepsi peserta terhadap kursus, penilaian kandungan dan
kefahaman peserta mengenai kursus serta penilaian prestasi peserta oleh majikan semasa
setelah peserta kembali ke tempat kerja masing-masing.
JENIS PENILAIAN INSTRUMEN PENILAIAN KAEDAH
PENGUMPULAN DATA
1. Penilaian Pra Pengetahuan yang sedia ada
2. Penilaian Semasa dalam penggunaan ICT Soal selidik
(Google Form)
a. Penggunaan autofill & auto Borang senarai semak
calender pemerhatian
b. Penghasilan buku AnyFlip
c. Pembinaan Google Form
d. Penjanaan Kod imbas QR
3. Penilaian Akhir
48
a.) Penilaian Pembinaan bahan kandungan Hasil kerja dalam padlet
Kandungan yang dipelajari
b.) Penilaian Peserta Borang soal selidik
Kursus terhadap Soal Selidik perjalanan kursus (google form)
Kandungan dan
Perlaksanaan Kursus Borang Penilaian Prestasi Soal selidik
c.) Penilaian Penyelia Prestasi Guru SJKTLM (Hantar link pada akhir
terhadap Peserta kursus bagi penilaian
Kursus setelah Tamat ➢ Tugasan kerja
Kursus sebenar (Real Work) majikan terhadap
kursus)
➢ Penilaian majikan
5.3 TEMPOH DAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN YANG BERTANGGUNGJAWAB PADA
SETIAP PERINGKAT PENILAIAN
Jenis Penilaian Instrumen Individu yang Rasional
Pengukuran & bertanggungjawab
1. Penilaian Pra Tempoh penilaian ❖ Menilai kemahiran dan
(formatif) ➢ Soal Selidik Pengurus Kursus pengetahuan sedia
➢ Seminggu awal ada oleh peserta
Penceramah dan dalam penggunaan
sebelum kursus fasilitator ICT.
2. Penilaian ➢ Pemerhatian ❖ Dapat menilai dengan
Semasa (Borang senarai lebih terperinci, jelas,
(formatif) semak) tepat serta boleh
dipercayai.
➢ Sepanjang
pelaksanaan ❖ Dapat memperbaiki
kursus kelemahan peserta
pada masa yang sama.
3. Penilaian Pasca / Akhir
a.) Tahap ➢ Soal Selidik Penceramah dan ❖ Dapat memenuhi
Persepsi ➢ Selepas tamat pengurus kursus keperluan peserta
serta memberi manfaat
kursus dalam penggunaan
ICT.
49
b.) Tahap ➢ Soal selidik Penceramah dan ❖ Menilai keupayaan
Pembelajaran ➢ Selepas tamat fasilitator pelajar melaksanakan
tugasan penggunaan
c.) Tahap kursus Peserta / Penyelia autofill, penghasilan
Prestasi dan Pengurus buku AnyFlip,
➢ Borang Kursus penghasilan Google
Penilaian Form serta Penjanaan
Prestasi Kod Imbas QR.
➢ Tempoh ❖ Menilai pengetahuan
sebulan dan kemahiran yang
dapat diaplikasi dalam
bidang tugas
pengurusan fail.
5.4 SATU SET KRITERIA PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif merupakan penilaian yang menguji kefahaman tentang pengetahuan yang
telah dipelajari oleh peserta sepanjang kursus. Penilaian sumatif ini dilaksanakan pada akhir
kursus bagi menilai keberkesanan kursus kepada peserta. Kriteria penilaian sumatif ini
berdasarkan beberapa aspek berikut:
• Persepsi peserta • Hasil pembelajaran
terhadap latihan yang diperolehi bagi
kursus yang dipelajari meningkatkan
selama 2 hari. pengetahuan dan
kemahiran peserta.
REAKSI PESERTA PEMBELAJARAN
• Sejauh mana tingkah TINGKAHLAKU HASIL
laku dan keupayaan
kursus meningkatkan • Kesan terhadap
pengetahuan kejayaan sjktlm dalam
peserta. pengurusan fail
menggunakan
kemahiran dan
pengetahuan ICT.
50
5.4.1 Mengenal Pasti Kriteria Penilaian Sumatif
Peringkat Siapa Apa Bila Di mana
Peringkat 1 : Ditadbir oleh Mengukur Sesi akhir Bilik ❖
Persepsi Penceramah persepsi kusus Gerakan ❖
dan peserta SJKTLM ❖
Peringkat 2 : Pengurus terhadap Tamat
Kandungan Kursus kursus kursus Bilik ❖
Pembelajaran Ditadbir oleh Mengukur Gerakan
Penceramah pengetahuan Selepas SJKTLM
Peringkat 3 : dan dan kemahiran kursus
Prestasi Pengurus 4 sub modul latihan. SJKTLM
Kursus (Tempoh
Ditadbir oleh Mengukur sebulan)
Majikan atau prestasi
Penyelia pekerjaan
selepas
menghadiri
kursus
(aplikasi)
Setiap peringkat penilaian pasca adalah dirancang berdasarkan keselu
sumatif di atas (Jadual 5.4.1). Perancangan kriteria penilaian sumatif ada
apa, tarikh perlaksanaan, lokasi perlaksanaan, tujuan perlaksanaan d
pandangan keseluruhan latihan kursus yang telah dilaksanakan kepada
5
Mengapa Bagaimana
❖ Untuk mengenal pasti tahap kepuasan hati ➢ Soal selidik
terhadap kandungan kursus. ➢ Skala Likert
❖ Untuk mengenal pasti tahap kepuasan hati terhadap
penceramah dan fasilitator.
❖ Untuk mengenal pasti keupayaan peserta kursus ➢ Soal selidik
dalam penggunaan autofill & auto calender,
penghasilan buku AnyFlip, pembinaan Google Form
/ Kuiz dan penjanaan Kod QR dalam pengurusan
fail dengan efektif. ➢ Borang penilaian
❖ Untuk mengukur keupayaan peserta kursus bagi
melaksanakan tugasan pengurusan fail di tempat prestasi peserta
kerja berdasarkan kemahiran dan pengetahuan
yang telah dipelajari menerusi kursus.
uruhan kriteria dan aspek penting seperti jadual perancangan penilaian
alah berdasarkan aspek (5W + 1H) iaitu diuruskan oleh siapa, mengukur
dan kaedah perlaksanaan penilaian tersebut. Aspek ini akan memberi
a guru SJKTLM Tahun 2020.
1
5.5 SATU SET ALAT PENGUKURAN
Berdasarkan kriteria penilaian sumatif dalam jadual 5.4.1 maka tiga set instrumen telah
dibangunkan. Setiap set penilaian sumatif yang dibangunkan adalah bertujuan untuk
mengukur objektif kursus berdasarkan kepada tiga peringkat penilaian iaitu persepsi peserta
kursus terhadap kursus yang dijalankan, penilaian kefahaman kandungan kursus terhadap
peserta dan penilaian prestasi peserta oleh majikan. Set instrumen pengukuran ini dapat
menyelesaikan jurang prestasi guru SJKTLM dalam pengurusan fail menggunakan kemahiran
dan pengetahuan ICT.
5.5.1 INSTRUMEN PERINGKAT 1
Penilaian peringkat pertama adalah bertujuan untuk mengukur pandangan dan persepsi
peserta kursus terhadap segala aspek perlaksanaan kursus yang telah dijalankan seperti
aspek layanan, fasiliti, kandungan kursus, kaedah penyampaian kursus, kemahiran
penceramah, kemahiran yang diperolehi oleh peserta, kepuasan mereka terhadap kursus,
sikap peserta terhadap tugas pengurusan fail. Selain itu, instrumen ini juga mentaksirkan
perubahan seseorang peserta dari segi kemahiran dan pengetahuan ICT. Ilmu yang
bermanfaat akan memberi faedah kepada guru - guru pada masa akan datang. Penilaian ini
dilaksanakan pada akhir sesi kursus sebagai refleksi pembelajaran.
5.5.2 INSTRUMEN PERINGKAT 2
Penilaian peringkat kedua iaitu kandungan pembelajaran. Tujuan mengadakan instrumen ini
adalah untuk mengukur tahap kefahaman peserta berkaitan kesemua sub modul pengurusan
fail yang telah dipelajari selama 2 hari. Penilain peringkat kedua ini adalah bersifat penilaian
sumatif kandungan. Lima soalan disediakan berdasarkan sub modul yang dipelajari dan
memenuhi 100 markah bagi setiap sub modul. Ujian penilaian sumatif ini perlu dilaksanakan
oleh peserta secara dalam talian menerusi Google Form yang diberikan menerusi kumpulan
Telegram. Peserta perlu melengkapkan penilaian tersebut dalam tempoh 24 jam selepas
kursus tamat.
52
5.5.3 INSTRUMEN PERINGKAT 3
Penilaian ketiga merupakan penilaian prestasi yang akan dipantau oleh barisan pentadbiran
SJKTLM terhadap tugas profesional guru. Dalam peringkat ini, pihak sekolah akan memberi
pendapat serta penambahbaikan tentang kursus latihan yang dijalankan. Setelah penilaian
dilaksanakan oleh majikan atau penyelia, borang penilaian prestasi peserta / guru perlu
dikembalikan kepada pihak pengurusan kursus menerusi email untuk penilaian akhir
seterusnya.
53
6.0 RUJUKAN
Azrilah A. A., Mohd S. M. & Azami Z. 2013. Asas Model Pengukuran Rasch:
Permbentukan Skala & Struktur Pengukuran (Pertama). Bangi, Selangor: Penerbit
UKM.
Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
International Society For Educational Technology.
Leslie Owen Wilson. Madeline Hunter Lesson Plan Model. Retrieved from
https://thesecondprinciple.com/essential-teaching-skills/models-of-teaching/madeline-hunter-
lesson-plan-model/
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Pertubuhan Rumahkod (2017). Pembelajaran Dalam Talian menggunakan aplikasi
Google. Retrieved from https://sites.google.com/view/rumahkod.
Serhat Kurt (2018). ADDIE Model: Instructional Design. Retrieved from
https://educationaltechnology.net/the-addie-model-instructional-design/
Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Bin Abd Gani dan Nazipah Binti Mat
Shaid @ Md Shaid (2015). Model Addie Dalam Proses Reka Bentuk Modul
Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas Di Universiti Sains Islam Malaysia
Sebagai Contoh. Universiti Sains Islam Malaysia, Bangi, Malaysia.
54
Unit Pengurusan Prestasi, Bahagian Sumber Manusia. Panduan Pelaksanaan Sistem
Penilaian Prestasi (Guru). Retrieved from https://www.ums.edu.my/v5/files/PANDUAN-
PELAKSANAAN-PENILAIAN-PRESTASI-AKADEMIK-E-lnpt-2015.pdf
7.0 BAHAN – BAHAN SOKONGAN
UJIAN PRA https://forms.gle/QUSL3Xk9paLVrBkP9
UJIAN PASCA https://forms.gle/n5ap5mo7oZsiFC919
BORANG KEHADIRAN https://rb.gy/vn7mg0
YOUTUBE https://rb.gy/0gjlrd
GOOGLE SITES https://sites.google.com/view/senangsaje/home
PADLET https://padlet.com/g_48160492/jat5m2s0vcr38pyw
TELEGRAM https://t.me/joinchat/B5jXtxzBOUATK25oEpmkNw
GOOGLE DRIVE https://rb.gy/vn7mg0
55
BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
KURSUS KOMPETENSI GURU DAN PENGGUNAAN ICT
DALAM PENGURUSAN FAIL DALAM KALANGAN GURU
SJKT LADANG MENTERI
Tandakan (/) bagi pelatih yang berjaya melaksanakan kemahiran yang disenaraikan.
Nama :_________________________________________________
No ID :___________
Arahan: Tandakan (/) pada ruangan “MENGUASAI” atau “BELUM MENGUASAI” bersama
aktiviti peserta bersama rakan sekerja.
BIL. ASPEK PEMERHATIAN MENGUASAI BELUM CATATAN
MENGUASAI
1. Pengetahuan Asas
Mengetahui cara penggunaan Ms Word
dan Ms Excel.
Mengetahui cara penggunaan Google
Classroom.
Mengetahui fungsi penggunaan aplikasi
Google Classroom.
2. Penghasilan Autofill Cells / Auto Calender
Mengetahui asas penggunaan Ms
Excel.
Menggunakan formula asas Ms Excel
berdasarkan panduan.
Mengetahui cara memasukkan data
pada lajur Ms Excel.
Memadam dan menyunting data
dengan baik.
Menambahkan lebih daripada dua data
dalam autofill.
Membina autofill/auto kalender dengan
baik.
3. Pembinaan Buku AnyFlip
56
Mengetahui fungsi penggunaan buku Tandatangan :
Anyflip.
Menukarkan MsWord ke format PDF.
Memuat naik dokumen PDF/lain-lain
dalam aplikasi AnyFlip.
Memasukkan, memadam dan
menyunting data dalam buku AnyFlip
Mengetahui cara berkongsi buku
AnyFlip dalam beberapa media
pembelajaran.
4. Pembinaan Google Form / Kuiz
Mengetahui fungsi penggunaan google
form/kuiz.
Memasukkan, memadam dan
menyunting data dalam google
form/kuiz.
Mengetahui cara menukarkan jenis dan
saiz tulisan dengan kreatif.
Memuat naik gambar/video dalam
google form/kuiz.
Memberi markah bagi soalan yang
dibina dalam google form/kuiz.
Mengetahui cara berkongsi google
form/kuiz dalam beberapa media
pembelajaran.
5.Penjanaan Kod QR
Mengetahui fungsi penggunaan Kod
QR.
Memuat turun aplikasi Kod QR dengan
baik.
Menjana Kod QR dengan baik.
Berkongsi Kod QR dengan betul.
Nota :
Nama Penilai :
57
58