Kajian Tindakan PSS
PENILAIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM
MENINGKATKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN TAHAP
PEMBACAAN PELAJAR DI SK PAYA RUMPUT SKK 2021
SELIZA BINTI SHAFIE, ZAHARAH BINTI ZAIMY, FAIRUZ BINTI KAMARUZAMAN(SKPR SKK)
Abstrak
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat rujukan guru dan pelajar di sekolah.
Pengurusan dan penggunaan PSS yang berkesan dipercayai mampu meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru justeru meningkatkan mencapaian pelajar di
samping meningkatkan tahap pembacaan pelajar. Pelajar yang pandai membaca dan
memahami isi kandungan bacaannya tidak akan menghadapi banyak masalah dalam ujian.
Namun banyak kekangan yang sekolah atau GPM PSS hadapi untuk menggurus PSS yang
berkesan di samping turut mengajar selain daripada tugas-tugas yang lain yang perlu
dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca PSS tidak
digunakan sepenuhnya oleh guru dan pelajar, mengenalpasti bahan-bahan rujukan dan
bacaan, adakah perlu bahan-bahan di PSS dipromosikan kepada guru dan pelajar termasuk
mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru
dan pelajar. Borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian mengikut responden
pentadbir dan guru, staf sokongan dan pelajar digunakan untuk menggumpul maklumat.
1. PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Pada umumnya, kebanyakkan Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam
membantu guru untuk meningkatkan pencapaian akademik semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Ada juga Pusat Sumber Sekolah tidak diurus dengan
sempurna sehingga gagal menarik minat guru dan pelajar ke Pusat Sumber Sekolah untuk
mendapatkan maklumat dan bahan rujukan. Keadaan fizikal bilik dan bangunan Pusat
Sumber Sekolah yang telah uzur juga membuat guru dan pelajar kurang berminat untuk
mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Di tambah pula, bahan rujukan yang ada merupakan
bahan yang telah lama serta bilangan yang ada dalam jumlah yang sedikit. Lantaran itu,
langkah awal pihak sekolah adalah dengan menggalakkan guru Pusat Sumber Sekolah
menceriakan suasana serta mengemaskini PSS agar keadaannya lebih selesa dan menarik
1.2 Persoalan Masalah
Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak digunakan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan tahap pembacaan pelajar. Hasil
daripada pemerhatian pemantauan ke sekolah-sekolah, sebilangan PSS tidak diurus dan
digunakan dengan dengan baik. Antara masalahnya ialah:
a. Rekod penggunaan tidak kemaskini
b. Buku dan bahan lain tidak tersusun
c. Buku dan bahan yang sudah lama
d. Rekod peminjaman dan pemulangan buku tidak kemaskini
e. Bahan-bahan lain yang tidak berkaitan dengan PSS disimpan di PSS
f. Guru mempunyai bilangan waktu mengajar yang banyak dan perlu mengurus PSS
g. Bilan guru di sekolah yang sedikit
h. Sekolah tidak dipertanggungjawabkan untuk mengurus PCG PSS sendiri
Kementerian Pelajaran selain daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian Teknologi
Pendidikan, telah banyak membekalkan bahan –bahan rujukan ke sekolah seperti buku
rujukan, buku bacaan pelajar dan bahan-bahan bantu mengajar. Namun sebilangan bahan-
bahan tersebut hanya tersandar dan berhabuk di PSS disamping PSS juga digunakan
sebagai tempat menyimpan bahan-bahan atau alat-alat lain yang tidak berkaitan dengan
PSS seperti peralatan sukan.
Daripada permahatian pemantauan dan maklumat Program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) juga dapati pelajar yang banyak membaca dan memahami kandungan
pembacaannya lebih matang dari segi pembelajarannya dan pemahamannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Sebilangan guru juga kurang sedar bahan-bahan baru yang ada di PSS kerana kurang
promosi atau makluman daripada GPM PSS. Bahan-bahan baru yang diterima hanya di
simpan di PSS tanpa makluman atau kadang-kadang di simpan di tempat yang lain tanpa
direkod. Ini secara langsung akan menyebabkan guru dan pelajar tidak berminat
menggunakan PSS kerana tidak tahu bahawa adanya bahan-bahan baru di PSS.
2. OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif Am
Objektif kajian ini adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan
PSS dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajar guru dan pelajar termasuk
tahap pembacaan pelajar.
2.2 Objektif Kursus
i. Mengenalpasti punca utama Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh
pihak guru dan pelajar
ii. Mengenalpasti kaedah yng sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah di kalangan guru dan pelajar.
iii. Mengenalpasti bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah untuk rujukan pihak guru
dan pelajar.
iv. Mengenalipasti bahan-bahan rujukan yang ada dan cara promosi bahan-bahan rujukan di
Pusat Sumber Sekolah digunakan sepenuhnya oleh para
guru dan pelajar.
3. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan keberkesanan PSS di
sekolah. Mengenal pasti kekangan-kekangan atau masalah-masalah yang di hadapi oleh
pengurusan PSS di sekolah. Berdasarkan dapatan kajian ini, aspek-aspek yang lemah dan
menjadi kekangan dapat dikenal pasti. Dengan itu, tindakan susulan sewajarnya dapat
diambil untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan penggunaan PSS dalam
meningkatkan proses P&P dan tahap membacaan pelajar.
4. METODOLOGI
4.1 Populasi / Kumpulan Sasaran Kajian
Kajian ini dilakukan kepada 4 buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak. Populasi
kajian ini terdiri daripada 5 orang pentadbir sekolah, 20 orang guru yang terdiri daripada
GPM PSS dan guru akademik, 10 orang staf sokongan dan 40 orang pelajar sekolah rendah
yang terdiri daripada kelas Tahun 3 dan Tahun 5.
Pecahan setiap sebuah sekolah adalah seperti berikut:
Seorang Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah
(Penolon Kanan Kurikulum/HEM atau Kokurikulum).
Lima (5) orang guru terdiri daripada Penyelaras PSS dan Guru Akademik
Sepuluh orang pelajar terdiri daripada lima (5) orang pelajar Tahun 3 dan lima (5) orang
pelajar Tahun 5.
Staf sokongan seramai dua (2) orang juga dilibatkan bersama untuk melihat bagaimana
mereka dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber
Sekolah.
5. INSTRUMEN KAJIAN
5.1 Borang Soal-Selidik
5.1.1 Skala Likert : 1, 2, 3, 4, ( 1 sangat tidak setuju…….4 sangat setuju).
5.1.2 Jenis Thurston : Ya/Tidak
Tujuan borang selidik digunakan untuk mendapat maklumat dan maklum balas daripada
pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan pelajar berkaitan dengan tahap dan persepsi
mereka terhadap penggunaan PSS.
5.2 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan terhadap penggunaan PSS semasa lawatan dan pemantauan PSS ke
sekolah-sekolah sepanjan tahun.
6. DAPATAN KAJIAN
6.1 Rumusan Kajian
Daripada data dan kajian ini, beberapa rumusan dapat dikenalpasti.
a) Kebanyakan responden menggunakan PSS sebagai pusat rujukan di sekolah namun
sumber rujukan dianggap tidak mencukupi dan sudah lama. Bahan-bahan rujukan serta
buku-buku bacaan pelajar perlu dibebarui dan ditambah sejajar dengan perubahan dan
keperluan semasa. Pihak sekolah harus diberi peluang dan tanggungjawab untuk mengurus
peruntukan PSS mengikut keperluan sekolah.
b) Disamping itu, keadaan fizikal PSS seperti bilik dan bangunan PSS juga perlu dinaiktaraf
bukan sahaja unuk keselesaan penggunanya tetapi juga untuk keselamatan pengguna.
Kelengkapan peralatan ICT dan elektronik juga perlu untuk kemudahan guru dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
c) Pengurusan PSS yang baik dan berkesan juga mampu meningkatkan prestasi akademik
dan tahap pembacaan pelajar. PSS bukan sahaja digunakan untuk tujuan rujukan dan
bacaan tetapi turut juga boleh digunakan sebagai pusat perbincangan dan bengkel oleh
guru-guru kearah peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah perlu
peka dan memberi perhatian kepada pengurusan PSS yang berkesan dan menyumbang
kepada peningkatan prestasi akademik pelajar.
d) Sesetengah PSS digunakan untuk menyimpan bahan-bahan lain yang bukan berkaitan
dengan PSS. Perkara seperti ini harus dielakkan dan satu daripada penyebab yang PSS
tidak dapat diceriakan dan diurus dengan baik.
e) Guru atau Penyelaras PSS juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengurus
PSS dengan baik dan berkesan. Selain daripada mengajar dan sesetengah perlu mengajar
dengan waktu yang banyak diantara 30 hingga 35 waktu, perlu juga menyelesaikan tugas-
tugas lain seperti kokurikulum, SBT, Program Kementerian dan banyak lagi. Walaupun ini
kearah membantu meningkatkan prestasi pelajar namun guru tidak mempunyai banyak
masa untuk merancang kerana setiap hari dipenuhi dengan aktiviti.
6.3 Komen Responden
Dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan PSS, responden turut memberi komen-
komen yang boleh dianggap kearah peningkatan penggunaan PSS.
Responden berpendapat bahawa penggunaan sistem fail di PSS kurang memuaskan.
Perlunya ada satu sistem fail yang standard dan kemaskini. Kod labeling yang digunakan
kebanyakan PSS tidak standard. Penggunaan PSS perlu lebih kerap terutama dengan
aktiviti p&p dan luar bilik darjah untuk memaksimumkan penggunaannya.
Kebanyakan bilik PSS sempit dan tidak selesa selain dipenuhi oleh buku-buku dan bahan
rujukan lain. PSS amat penting dan jika digunakan dengan betul ia dapat meningkatkan
prestasi akademik pelajar. Namun selain daripada mengurus PSS, guru atau penyelaras PSS
juga perlu mengajar dan melaksanakan tugas-tugas lain sehingga menyebabkan mereka
tidak mampu mengendalikan PSS dengan baik dan bersistematik seperti yang disarankan.
Adalah baik jika Pembantu PSS ditempatkan di semua sekolah tidak kira sekolah gred A
atau Sekolah Kurang Murid (SKM).
Keadaan fizikal PSS di sekolah-sekolah luar bandar terutama sekali Sekolah Kurang Murid
(SKM) memerlukan naiktaraf yang drastik. Bukan sahaja keadaan bilik yang sempit dan
uzur ia juga perlu di tambah dengan bahan-bahan, perabot dan peralatan yang baru dan
bersesuaian. Walaupun pelajar suka membaca buku di PSS tetapi dengan keadaan bilik
yang kurang selesa dan kekurangan buku baru akan membosankan pelajar untuk terus
membaca. Keadaan ini akan akhirnya menggurangkan minat pelajar untuk pergi ke PSS.
6.4 Cadangan Responden
Cadangan-cadangan responden kebanyakkannya adalah positif untuk meningkatkan
keberkesanan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam meningkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran dan tahap pembacaan pelajar di samping menaiktarafkan keadaan fizikal
PSS di sekolah.
Pusat Sumber Sekolah perlu dilengkapi dengan lebih banyak buku rujukan untuk guru dan
buku bacaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang terbaru.
Bilik khas yang berasingan dan lebih luas untuk menampung bilangan pelajar yang ramai
agar dapat mewujudkan Susana yang sangat konditif.
Dilengkapi dengan penghawa dingin atau kipas agar lebih selesa digunakan.
Mewujudkan jawatan pembantu PSS disetiap sekolah untuk mengurus PSS sama ada
sekolah gred A atau Sekolah Kurang Murid (SKM).
Guru tidak sesuai sebagai Penyelaras PSS kerana terlalu banyak kerja lain selain daripada
mengajar di sekolah.
Menggurangkan waktu mengajar untuk Penyelaras PSS.
Menambah peruntukan PCG untuk membeli bahan dan menggurus PSS.
Bilik PSS yang sudah uzur perlu diselenggara atau dinaiktaraf.
Menyediakan peralatan ICT seperti Komputer, scanner, pencetak dan alat elektronik yang
berkaitan bagi kemudahan guru dan murid.
Membekalkan rak-rak buku yang bersesuaian ke sekolah.
Menyediakan Pembaca Kod (code bar)
7. KESIMPULAN DAN PENUTUP
Sememangnya Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan pusat rujukan pentadbir, guru,
staf sokongan dan pelajar di sekolah. Ke mana lagi warga sekolah pergi untuk membuat
rujukan selain daripada PSS. Kalau hendak menggunakan internet bukan semua sekolah
ada kemudahan internet terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar. Purata 90%
responden setujua bahawa PSS memberi banyak manafaat jika diurus dan digunakan
dengan berkesan. Namun guru yang ditugaskan untuk mengendali dan mengurus PSS
bukan hanya mengurus PSS tetapi turut mengajar dan diamanahkan dengan tugas-tugas
lain. Secara tidak langsungnya akan menggurangkan keberkesanan pengurusan PSS ke
tahap yang berkesan. Di samping itu keadaan fizikal PSS yang kurang kondisif, uzur dan
sempit mendorong kepada mencacatkan minat guru atau pelajar untuk menggunakan PSS.
Bahan-bahan terbaru dan terkini juga turut memainkan peranan untuk meningkatkan
keberkasanan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar.
Namun GPM PSS yang ditugaskan harus memberi komitmen yang tinggi agar PSS dapat
menyumbang keberkesannya dalam membantu meningkatkan proses pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar disamping dapat meningkatkan tahap pembacaan pelajar. Pelajar juga
perlu dilibatkan dalam pengurusan PSS disamping belajar mengurus PSS juga dapat
menanamkan minat pelajar terhadap PSS dan penggunaannya.