The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul.haninah, 2019-01-28 23:48:26

MINIT MESY KALI KETIGA 2018

MINIT MESY KALI KETIGA 2018

PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA
TAHUN 2018

Tarikh : 15 November 2018
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Sains

Hadir :

1. Pn. Norazlina bt Kamarazan - Ketua Panitia Sains
2. Pn. Nurul Haninah bt Abdul Majid - Setiausaha Pantia Sains
3. En. Alfaizal Jahaya
4. En. Hadi Danny Valentino
5. En. Abdul Mutalib bin Awang
6. Pn. Norfadilah bt Hasim
7. Pn. Nor Shakirin bt Ramli
8. Pn. Nur Hazwani bt Azmi

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan
kehadiran ahli-ahli jawatankuasa Panitia Sains ke Mesyuarat Panitia Sains Kali
Ketiga 2018.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Pengerusi meminta semua guru menyemak Minit Mesyuarat Panitia Sains
Kali Kedua yang telah diadakan pada 19 April 2018 untuk pengesahan.

2.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Nurfadilah bt Hasim dan disokong
oleh En. Alfaizal bin Jahaya.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Nur Syakirin memaklumkan buku latihan Sains Tahun 2 dalam versi DLP
telah ada dah telah digunakan sepanjang PdPc pada tahun ini.

4. POST MORTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerjasama guru-guru
Panitia Sains dalam menyiapkan dan menghantar post mortem Peperiksaan
Akhir Tahun 2018.

4.2 Pengerusi merujuk analisis Peperiksaan Akhir Tahun dan membincangkan
pencapaian murid bersama guru-guru.

4.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mana kelas mereka
mendapat 100% lulus dalam matapelajaran Sains.

4.4 Pengerusi bertanyakan mengenai 3 orang murid Tahun 1 yang mendapat gred E.
Pn. Norfadilah mengatakan murid-murid berkenaan masih mempunyai masalah
seperti membaca dan menulis.

4.5 Pengerusi bertanyakan mengenai 2 orang murid dari kelas 2 DLP Progresif yang
mendapat gred E. Pn Syakirin menyatakan, murid-murid berkenaan tidak layak
duduk di kelas DLP kerana mengalami masalah pembelajaran. Perbincangan
dengan guru kelas telah dibuat untuk meminta ibu bapa mereka mengeluarkan
murid berkenaan dari kelas DLP.

4.6 Pn. Syakirin juga menyatakan beberapa murid-murid DLP dari kelas 3 Bestari
juga mempunyai masalah memahami pembelajaran Sains di dalam Bahasa
Inggeris. Beliau juga dalam perbincangan dengan guru kelas untuk meminta ibu
bapa murid berkenaan mengeluarkan anak mereka dari kelas DLP.

4.7 Pengerusi melihat kepada pencapaian murid-murid Tahun 4 dan 5 dan
menyatakan keputusan agak merosot berbanding Peperiksaan Pertengahan
Tahun. Beliau meminta cadangan guru untuk memikirkan cara yang lebih baik
dalam meningkatkan prestasi murid terutamanya dari segi menjawab soalan
Kertas 2.

4.7 Pengerusi memohon kerjasama guru-guru dalam meningkatkan prestasi murid
agar dapat memenuhi sasaran panitia sekaligus melonjakkan pencapaian
matapelajaran Sains dalam peperiksaan pertengahan tahun kelak.

5. LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2018

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang
memberikan kerjasama menjayakan beberapa aktiviti panitia yang telah
dijalankan.

5.2 Antara aktiviti panitia yang telah dijalankan ialah:
5.2.1 Karnival Sains dan Matematik pada 24 April 2018
5.2.2 Bengkel Teknik Menjawab Sains Kertas 2 pada 24 Julai 2018
5.2.3 Bengkel Menjawab Kertas 2 Sains Tahun 4 dan Tahun 5 pada 15 dan 22
September 2018
5.2.4 Minggu Sains pada 8-12 Oktober 2018
5.2.5 Program Pasca UPSR (Aktiviti Giant Bubble dan Pelancaran Roket Air)

5.3 Pengerusi meminta guru-guru memberikan cadangan untuk perancangan aktiviti
pada tahun 2019 yang lebih berkesan dan menarik.

6. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2019

6.1 Pengerusi menyenaraikan beberapa cadangan aktiviti yang telah dirancang bagi
tahun 2019. Kebanyakan aktiviti adalah aktiviti yang telah dijalankan pada tahun
ini dan hanya perlu penambahbaikan sahaja.

6.2 En. Alfaizal mencadangkan agar diadakan satu bengkel untuk guru-guru Sains
dengan kerjasama Unit Kluster Sains.

6.3 Pn. Nurul Haninah mencadangkan agar kelas tambahan untuk murid Tahun 4
dan 5 perlu diadakan untuk membantu meningkatkan prestasi murid dalam
matapelajaran Sains terutamanya dalam teknik menjawab Kertas 2.

6.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas cadangan yang diberikan. Beliau
akan memasukkan cadangan aktiviti berkenaan ke dalam perancangan strategik
bagi tahun 2019 nanti.

7. AGIHAN GURU-GURU MENGAJAR SAINS TAHUN 2019

7.1 Pengerusi menyenaraikan guru-guru yang akan mengajar Sains pada Tahun
2019. Beliau meminta guru memberikan maklum balas mengenai agihan yang
telah dibuat.

7.2 Pengerusi menjelaskan Encik Abdul Mutalib tidak lagi akan mengajar subjek
Sains pada tahun depan kerana mengambil kira bebanan tugasnya sebagai Guru

Penolong Kanan Ko-kurikulum. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas
sumbangannya kepada Panitia Sains selama ini.
7.3 Pengerusi menjelaskan kepada En. Hadi Danny Valentino yang beliau akan
mengajar kelas DLP Tahun 2 pada tahun 2019 bagi mengurangkan beban
kepada Pn Nur Shakirin yang memegang sepenuhnya kelas-kelas DLP tahap 1
pada tahun ini.
7.4 Pengerusi menyatakan mengenai ada ura-ura kelas Tahun 6 akan bertambah 1
kelas lagi menjadikannya 6 kelas semuanya. Kemungkinan besar kelas itu akan
diberikan kepada En Alfaizal sekiranya tiada tambahan guru baru
memandangkan Pn Norazlina dan Pn Nurul Haninah akan memegang 2 kelas
Tahun 6 pada tahun 2019 nanti.

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Pengerusi menyatakan Modul Sains tahap 2 akan diberhentikan untuk
sementara waktu dan buku kerja akan digunakan pada tahun 2019.

8.2 Pengerusi juga menyatakan guru-guru Sains Tahun 1 dan 2 boleh menggunakan
modul Sains Tahap 1 yang telah diperolehi daripada pembekal. Guru-guru boleh
memperbanyakkan latihan dari modul berkenaan untuk diberikan kepada murid-
murid semasa PdPc.

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya akan diberitahu kelak.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................................... .....................................................

( PN. NURUL HANINAH BT ABDUL MAJID ) ( PN. NORAZLINA BT KAMARAZAN )
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains,
SK Paya Rumput, SK Paya Rumput,
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan
Melaka Melaka


Click to View FlipBook Version