PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA
TAHUN 2018
Tarikh : 29 Disember 2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Makmal Sains
Hadir :
1. Pn. Norazlina bt Kamarazan - Ketua Panitia Sains
2. Pn. Nurul Haninah bt Abdul Majid - Setiausaha Pantia Sains
3. En. Alfaizal Jahaya
4. En. Hadi Danny Valentino
5. En. Abdul Mutalib Awang
Tidak hadir:
1. Pn. Nor Shakirin bt Ramli (Urusan Pertukaran Guru)
2. Pn. Nur Hazwani bt Azmi (Urusan Pertukaran Guru)
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan
kehadiran ahli-ahli jawatankuasa Panitia Sains ke Mesyuarat Panitia Sains Kali
Pertama 2018.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Pengerusi meminta semua guru menyemak Minit Mesyuarat Panitia Sains
Kali Ketiga yang telah diadakan pada 9 November 2017 untuk pengesahan.
2.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh En. Hadi Danny Valentino dan disokong
oleh Pn. Norfadilah Hasim.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Aktiviti 2017
3.1.1 KO-AKADEMIK
a. Minggu Sains dan Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya dan aktiviti
ini akan ditambahbaik pada tahun ini dengan mengadakan Karnival
Kokurikulum dengan usahasama Unit Kokurikulum SK Paya Rumput SKK.
e. Program Pasca UPSR yang dikendalikan bersama oleh Unit Kluster Sains
juga berjalan dengan baik terutamanya pada program pelancaran roket air
bagi murid-murid Tahun 6. Program ini telah mendapat sambutan yang baik
dan menggalakkan dari murid tahun 6 dan akan dikekalkan sebagai salah
satu aktiviti selepas UPSR.
4. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
4.1 Pengerusi membincangkan penyelarasan RPT dan RPH matapelajaran Sains
bagi tahun 2018. Pengerusi meminta semua guru menyiapkan RPT selewat-
lewatnya pada akhir bulan Januari. RPH boleh ditulis ataupun ditaip mengikut
format penulisan RPH yang telah diselaraskan.
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa PLC akan diadakan untuk membincangkan
maklumat akademik murid atau headcount bagi menentukan sasaran panitia bagi
tahun 2018.
4.3 Pengerusi menggalakkan guru menambahbaik kaedah PdPc masing-masing
dengan mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dan penggunaan
peta pemikiran i-Think.
4.4 Pengerusi membincangkan penyelarasan penggunaan buku nota, buku latihan
dan buku kerja. Semua guru bersetuju menggunakan 1 buku tulis (nota panjang)
untuk Tahap 2 bagi tujuan latihan dan membuat pembetulan manakala 1 buku
tulis biasa untuk Tahap 1. Buku kerja yang digunakan adalah mengikut senarai
buku kerja yang telah dibeli murid. Tahun ini akan ada penambahan dari segi
nota murid iaitu Modul Sains Tahap 2 yang akan digunakan sepenuhnya bagi
menggantikan nota bertulis.
4.5 Pada tahun ini, kelas Tahap 1 hanya akan menggunakan buku latihan (BLA)
yang datang bersama buku teks sebagai buku kerja kerana pada tahun lepas,
ramai guru yang mencadangkan agar penggunaan buku kerja diberhentikan
dan fokus kepada penggunaan buku latihan (BLA) kerana peruntukan waktu
mengajar yang sangat sedikit iaitu hanya 2 atau 3 waktu seminggu.
4.6 Pengerusi menyelaraskan jumlah latihan yang perlu diberi murid adalah
minima 1 latihan untuk 1 minggu bergantung kepada topik yang diajar.
4.7 Pengerusi menetapkan agar guru-guru dapat menamatkan sukatan kelas
masing-masing pada akhir bulan September supaya dapat fokus kepada
ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Beliau juga menyarankan
agar guru-guru Tahun 6 dapat menamatkan sukatan matapelajaran selewat-
lewatnya pada akhir bulan Julai, iaitu sebelum bermulanya Ujian Intensif UPSR.
4.8 Penentuan penyedia soalan peperiksaan tahun 2018 adalah seperti berikut:
TAHUN UJIAN SUMATIF 1 UJIAN SUMATIF 2 UJIAN SUMATIF 3
(PPT) (PAT)
1 Pn. Norfadilah
2 Pn. Nur Shakirin Pn. Norfadilah Pn. Nur Shakirin
3 En. Hadi Danny
4 En. Alfaizal Pn. Nur Hazwani En. Hadi Danny
5 Pn. Norazlina
6 Pn. Nurul Haninah Pn. Nur Shakirin Pn. Nur Hazwani
UJIAN INTENSIF 1 – 4
En. Alfaizal Pn. Norazlina
Pn. Nurul Haninah -
En. Abdul Mutalib -
SET SOALAN NEGERI-NEGERI
5. POST MORTEM KEPUTUSAN UPSR / PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerjasama guru-guru
Panitia Sains dalam menyiapkan dan menghantar post mortem peperiksaan
akhir tahun 2017.
5.2 Pengerusi merujuk analisis peperiksaan akhir tahun 2017 dan membincangkan
pencapaian murid bersama guru-guru.
5.3 Beliau menyatakan post mortem telah dibuat semasa mesyuarat panitia kali
ketiga pada tahun 2017.
5.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru Tahun 2 dan 3 kerana
semua murid mendapat lulus bagi matapelajaran Sains pada kali ini dan tiada
murid yang gagal.
5.5 Pengerusi menjelaskan bahawa terdapat 1 orang murid Tahun 1 yang gagal
dalam matapelajaran Sains kali ini sebenarnya adalah murid yang mengalami
masalah pembelajaran dan sedang menunggu keputusan untuk ditempatkan di
kelas Pendidikan Khas menurut pemberitahuan yang dibuat oleh bekas guru
SKPR, En. Azaharudin pada tahun lepas.
5.6 Pengerusi menunjukkan terdapat penurunan peratus lulus di kalangan murid
Tahun 4 dan 5. Walau bagaimanapun, beliau memahami bahawa soalan yang
dikeluarkan pada kali ini adalah lebih susah dan menitikberatkan soalan KBAT.
5.7 En. Alfaizal turut bersetuju dengan menyatakan soalan Tahun 5 yang dikeluarkan
oleh pihak MGB juga mengandungi banyak soalan-soalan aras tinggi dan KBAT.
5.8 Pn. Norfadilah Hasim menyampaikan ucapan tahniah sekali lagi kepada guru-
guru Tahun 6 atas pencapaian peratus lulus UPSR yang meningkat dari 97.7%
pada tahun 2016 kepoada 98.8% pada tahun 2017.
5.9 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat meningkatkan lagi pencapaian
matapelajaran Sains pada tahun ini.
6. PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2018
6.1 Pengerusi menunjukkan senarai aktiviti sepanjang tahun 2018 yang telah
dirancang.
6.2 Berikut merupakan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2018 beserta tarikh
yang telah ditetapkan:
AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
Bengkel Menjawab Soalan Sains UPSR FEBRUARI
JANUARI -
Program Kelas Tambahan / Bimbingan Tahun 6
SEPTEMBER
Menyediakan soalan Gerak Gempur KBAT JANUARI
Melaksanakan Ujian Gerak Gempur KBAT
Bengkel KBAT untuk guru JUN - SEPTEMBER
Program ‘Coaching and Mentoring’ peringkat JANUARI
sekolah
Pengintegrasian ICT & VLE dalam PdP JANUARI - OKTOBER
Karnival Sains & Matematik
JANUARI - OKTOBER
31 MAC 2018
6.3 Pengerusi mengharapkan semua aktiviti yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar dan memohon agar semua guru memberikan
komitmen dan kerjasama yang baik semasa program-program ini dijalankan.
7. PERUNTUKAN KEWANGAN 2018
7.1 Pengerusi memberitahu peruntukan untuk semua Panitia akan dikeluarkan
pada bulan Mac.
7.2 Pengerusi meminta guru-guru memberikan pendapat mengenai bagaimanakah
cara untuk mendapatkan modal bagi mengadakan Karnival Sains & Matematik
yang akan diadakan pada 31 Mac 2018 nanti.
7.3 En. Alfaizal mencadangkan supaya keuntungan daripada penjualan Modul Sains
kepada murid-murid pada tahun ini boleh digunakan sebahagiannya sebagai
modal.
7.4 Pn. Nurul Haninah meminta pengerusi menyediakan sebuah mesin pencetak
bagi kegunaan panitia dan guru-guru yang ingin mencetak kertas soalan
peperiksaan nanti.
7.5 Pengerusi memberitahu akan bertanya kepada P.n Azalnena tentang pembelian
mesin pencetak menggunakan peruntukan PCG 2018.
8. INOVASI PANITIA / PROGRAM KHAS KECEMERLANGAN
8.1 Pada tahun 2018 Panitia Sains menyediakan Modul Sains bagi murid tahun 4, 5
dan 6. Ini bagi memudahkan murid untuk menguasai topik yang diajar kerana
kekangan masa. Modul Sains ini adalah modul yang menggantikan buku tulis.
Pada tahun seterusnya panitia berusaha untuk membuat modul bagi tahun 1, 2
dan 3.
8.2 Pada tahun 2018 akan diadakan pair teaching bagi kelas 6 Arif bagi menaikkan
peratus lulus matapelajaran Sains UPSR.
9. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
9.1 Pengerusi meminta guru menyediakan bahan yang sesuai bagi memudahkan
guru relief menggantikan guru semasa PdP Sains sekiranya guru keluar
berkursus atau bercuti.
9.2 Pn. Nurul Haninah mencadangkan agar satu salinan lembaran kerja yang
disediakan dikumpul dalam satu fail supaya mudah dicari dan digunakan untuk
guru-guru lain di masa akan datang.
10. PELAKSANAAN i-THINK
10.1 Pengerusi meminta setiausaha menyenaraikan nama guru yang telah mengikuti
kursus i-Think dalam talian (KiDT) atau luar talian (KiLT).
10.2 Berikut adalah maklumat yang diperolehi:
BIL NAMA GURU STATUS
1 Pn. Norazlina bt Kamarazan (KiLT) SELESAI
2 Pn. Nurul Haninah bt Abdul Majid (KiLT) SELESAI
3 En. Alfaizal Jahaya (KiLT) SELESAI
4 En. Hadi Danny Valentino (KiLT) SELESAI
5 En. Abdul Mutalib Awang (KiLT) SELESAI
6 Pn. Norfadilah bt Hasim (KiLT) SELESAI
7 Pn. Nur Shakirin bt Ramli BELUM SELESAI
8 Pn. Nur Hazwani bt Azmi (KiDT) SELESAI
10.3 Pengerusi meminta guru memasukkan kursus dan 18 jam ke dalam laman
SPLKPM (Modul Individu) bagi kursus 2017 selewat-lewatnya pada 31
Disember 2017.
10.4 Pengerusi memberitahu yang penyelaras i-Think telah memaklumkan bahawa
satu LADAP KBAT dan i-Think akan diadakan untuk semua guru SK Paya
Rumput pada 27 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di SK Tun Syed Ahmad
Shahbudin, Ayer Keroh.
10.5 Pengerusi menegaskan bahawa pada tahun ini, penggunaan 8 peta pemikiran
i-Think akan digunakan secara menyeluruh pada tahun 2018. Sebenarnya
semua murid Tahun 2-6 2018 telah jelas dan didedahkan dengan 8 peta
pemikiran sebelum ini. Pengerusi memberitahu bahawa penggunaan peta
pemikiran ini diharapkan dapat membantu PdPc guru dalam menjana
kemahiran berfikir murid seterusnya menjayakan pelaksanaan KBAT dalam
PdPc.
11. HAL-HAL LAIN
11.1 Pengerusi meminta guru-guru mengisi borang maklumat diri dan hantar semula
kepada Setiausaha Panitia selewat-lewatnya pada 10 Januari 2018.
11.2 Pengerusi mengingatkan semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah di
hantar kepada Ketua Panitia selewat-lewatnya pada minggu akhir bulan Januari
untuk pengesahan.
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya akan diberitahu kelak.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
...................................................................... .....................................................
( PN. NURUL HANINAH BT ABDUL MAJID ) ( PN. NORAZLINA BT KAMARAZAN )
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains,
SK Paya Rumput, SK Paya Rumput,
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan
Melaka Melaka