NAMA : MUHAMMAD ANAS JABIR BIN RASLI
TINGKATAN: 2 WIRA
GURU : PUAN ASNIDA BINTI AHMAD
1
2
Dalam aspek seni bina ,masyarakat serawak dan sabah
mempunyai sejarah pembinaan rumah yang unik.Setiap seni
bina iniwalaupun kelihatan mempunyai persamaan tetapi ciri-
ciri tersendiri dan unik
3
Saya menjalankan kajian kes sejarah adalah untuk mengkaji
tentang seni bina mesyarakat Sarawak dan Sabah.Melalui kajian
ini saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian kes ini dilakukan secara…………………………adalah
untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Hal
ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
tentang tatacara yang betul,jelas dan tepat.
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang
sinibina masyarakat Sabah dan Sarawak serta dapat
memupuk perasaan bangga terhadap pentingnya
memelihara dan memulihara seni bina sebagai warisan
bangsa dan Negara kita.
4
Semasa saya menjalankan kes sejarah yang telah
diberikan oleh guru mata pelajaran sejarah saya Puan
Asmida Binti Ahmad.Saya telah menggunakan 2 kaedah
untuk mengumpul maklumat dan sejarah tentang seni bina
masyarakat Sabah dan Sarawak.Antara kaedah yang saya
gunakan ialah penyelidikan perpustakaan.
Kaedah pertama yang saya gunakan ialah penyelidikan
perpustakaan.Saya telah menggunakan kaedah
penyelidikan perpustakaan untuk menyiapkan dan
menyempurnakan kerja kursus sejarah saya.Saya telah
melayari internet untuk mendapatkan maklumat seperti
maksud seni bina dan setiap fungsi seni bina di Sarawak
dan Sabah.Segala maklumat yang terpapar pada laman
web sangat berguna dan relevan dengan tajik saya.
Selain itu,saya telah membuat rujukan di
perpustakaan awam Sungai Petani yang terletak
berdekatan dengan sekolah saya.Saya pergi ke sana
dengan beberapa orang rakan saya kami menghabiskan
masa seharian untuk mencari maklumat berkaitan kes
sejarah saya
5
Di Sarawak,terdapat tiga bentuk seni bina yang unik iaitu
rumah panjang ,rumah tinggi dan rumah Baruk.
RUMAH PANJANG
Rumah panjang merupakan seni bina kaum Iban,Bidayuh dan
Orang Ulu.Rumah panjang dibina unyuk tujuan keselamatan dan
pertahanan serta mewujudkan kerjasa sama dalam kalangan
penduduk di rumah panjang
FUNGSI
Selain menjadi tempat tinggal ,rumah panjang ini merupakan
tempat berinteraksi dan mengadakan acara-acara perayaan
BAHAN PEMBUATAN
Kayu keras digunakan terutama kayu belian.Atapnya diperbuat
daripada daun tebal seperti daun rumbia.
6
RUMAH TINGGI
Rumah Tinggi merupakan hasil bina nunik kaum Melanau
FUNGSI
Rumah ini dibina tinggi ,iaitu 10 meter dari aras tanah untuk
mengelak serangan musuh
BAHAN PEMBUATAN
Kayu keras dan bulat seperti belianmenjadi bahan utama dalam
pembuatan rumah ini
7
SENI BINA DI SABAH
Di Sabah terdapat juga rumah panjang.Namun begitu,rumah
panjang ini direka dengan beberapa ciri tersendiri dan
unik.Keunikan seni bina masyarakat Sabah ini terserlah lagi
dengan menjadikan perahu sebagai kediaman di kawasan pantai
timur Sabah.
RUMAH PANJANG RUNGUS
KAUM Runggus juga membina rumah panjang yang dikenali
sebagai vinatang.Keistimewaan rumah panjang Runggus ini ialah
bilik tidurnya dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah
Gunung Kinabalu.
8
FUNGSI
Rumah panjang ini menjadi kediaman dan kubu pertahanan dan
daripada serangan musuh.Kaum Rungus membina rumah ini
untuk mewujudkan semangat kerjasama dan melindungi ahli-
ahlinya.
BAHAN PEMBUATAN:
Kayu bulat,kulit kayu,buluh dan daun nipah
9
RUMAH PANJANG MURUT
Kaum Murut juga membina rumah panjang .Terdapat pelbagai
nama yang merujuk rumah panjang Murut seperti Tulus dan
Pahun.
FUNGSI
Rumah panjang ini dibina atas factor keselamatan dan
pertahanan.Keunikan rumah panjang ini boleh dilihat dengan
pintu rumahnya yang dibina dipintu rumah dan terdapat ruang
memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga .Di bahagian
tengah pula terdapat tempat pertemuan dan lantai untuk tarian
atau lansaran.
BAHAN BUATAN
Kayu bulat,kulit kayu dan daun tolidus.
10
KEPENTINGAN RUMAH PANJANG
Rumah panjang mencerminkan kepakaran masyarakat Iban dalam
membuat binaan rumah panjang. Berdasarkan struktur rumah
yang telah dibina seperti bilek, sadau, dapur, tempuan, ruai dan
tanju telah melambangkan betapa pentingnya kepakaran mereka
dalam membina bahagian ini. Setiap bahagian rumah panjang ini
perlulah ada fungsi kepada mereka. Oleh itu, kepakaran dalam
membina rumah panjang ini perlulah tinggi. Tambahan pula,
rumah panjang sukar untuk dibina kerana memerlukan kekuatan
fizikal kaum Iban untuk menjadikan sebuah rumah itu menjadi
rumah tradisi kaum Iban.
Antara peranan rumah panjang ini adalah sebagai tempat untuk
mewujudkan kemesraan keluarga dalam rumah panjang.
Sumbangannya adalah kaum Iban dapat makan dan
membincangkan masalah mereka bersama-sama anggota keluarga
di situ.
Peranan yang seterusnya adalah memberikan perlindungan
kepada penghuninya. Rumah panjang ini sebenarnya melindungi
penghuninya daripada hujan dan panas dan memainkan
peranannya dengan melindungi barang dan keperluan dan harta
benda kaum Iban. Selain itu, rumah ini juga melindungi
penghuninya daripada ancaman bahaya supaya penghuninya
11
hidup dengan selesa di dalamnya. Ini kerana terdapat pelbagai
ruang dalam rumah berfungsi untuk penghuninya beristirehat dan
berinterasi sesama anggota keluargaKepentingan kajian ini adalah
untuk mengekalkan seni bina rumah panjang dahulu untuk dilihat
oleh generasi akan datang. Sekiranya seni bina ini tidak
dikekalkan pada masa akan datang ia hanya akan menjadi
kenangan sahaja. Oleh itu, seni bina rumah panjang ini perlu
dikekalkan supaya generasi akan datang akan terus membina
rumah mereka mengikut asal seni bina kaum mereka sendiri.
Kajian ini juga penting untuk mengekalkan ciri-ciri seni bina
rumah panjang supaya seni bina terdahulu tidak ditinggalkan.
Hal ini kerana seni bina dahulu boleh digunakan untuk menarik
perhatian pelancong melihat ciri-ciri rumah panjang lama.
Tambahan pula, seni bina rumah panjang Iban jarang sekali dapat
dilihat oleh pelancong di luar negara.
Selain itu, kajian ini turut penting untuk mengekalkan kaum
Iban terus tinggal di rumah tinggalan nenek moyang terdahulu
iaitu rumah panjang. Tujuannya adalah supaya kaum Iban nanti
mahu terus tinggal di rumah panjang walaupun terdapat pelbagai
corak seni bina rumah lain yang cuba untuk menggantikan seni
bina rumah panjang.Rumah panjang ini sebenarnya
melambangkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan kaum
Iban.Bila orang Iban ini mendirikan rumah panjang, bererti
12
mereka sedang mewujudkan sebuah perkampungan ataupun
lebih tepat lagi sebuah negeri. Walaupun banyak kaum Iban yang
bekerja di bandar tetapi semasa waktu perayaan Hari Gawai
Dayak atau berlaku kematian saudara mara di rumah panjang,
mereka pasti akan datang untuk pulang bertemu keluarga mereka
di kampung.
13
RUMAH BARUK
Rumah Baruk merupakan seni bina tersendiri yang dihasilkan
oleh kaum bidayuh.Seni bina Baruk ialah bulat dan berbentuk kon
dengan puncaknya dan dihias dengan burung kenyalang.
FUNGSI
Rumah ini menjadi tempat menyimpan tengkorak, senjata pusat
ritual,mesyuarat dan majlis social yang lain.
BAHAN BUATAN
Kayu keras iaitu berlian digunakan untuk membina Baruk
.Atapnya akan ditutup dengan daun rumbia dan dinding pula
dibuat daripada buluh.
14
LEPA
Lepa merupakan perahu yang dibuat oleh kaum Bajau/sama di
Pantai Timur Sabah yang bukan sahaja untuk mengangkut barang
tetapi dijadikan tempat kediaman.
BAHAN BUATAN
Lepa diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti
kayu,obasuluk,seraya,mata-mata dan gagir.Bahagian atapnya pula
dibuat daripada daun nipah.Apabila Lepa hendak dibuat
beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti hari dan bulan
untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya.
15
Langkah Memelihara danMemulihara Warisan Seni Bina
Masyarakat di Sarawak Dan Sabah
Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang.
Walaupun sejarah agak membosankan bagi sesetengah orang,
adalah amat penting untuk kita mengekalkan warisan sejarah
tersebut. Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan
dengan memelihara dan memulihara bahan-bahan atau perkara-
perkara yang berkaitan dengan sejarah. Pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana melalui
kaedah ini, warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan dijadikan
bahan pengajaran untuk generasi akan datang sekiranya mereka
berusaha untuk memahami dan mendalami sejarah.
Sesungguhnya, kita tahu pemeliharaan dan pemuliharaan warisan
sejarah DI Sarawak dan Sabah adalah amat penting tetapi, apakah
langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara dan memulihara
warisan sejarah tersebut.
Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan
seni bina sejarah di Sarawak dan Sabah adalah dengan menjadikan
mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi
setiap pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan dapat belajar
serta lebih memahami apa yang telah berlaku pada negara kita,
Malaysia. Selain itu, kaedah ini juga mampu menyedarkan
16
masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang
kepentingan seni bina sejarah di Sarawak dan Sabah untuk terus
diingati oleh semua lapisan masyarakat. Beberapa pengajaran
boleh didapati melalui mata pelajaran sejarah. Antara pengajaran-
pengajaran tersebut adalah seperti berhati-hati dengan kuasa asing
sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu
yang telah berjaya dikuasai oleh kuasa asing kerana pihak negara
kita yang kurang berwaspada dengan kuasa asing pada ketika itu.
Selain itu, seni bina warisan sejarah di Sarawak dan Sabah juga
mengajar masyarakat Malaysia untuk tidak bersikap
individualistik sebaliknya lebih bersikap bagai aur dengan tebing.
Hal yang demikian membuktikan betapa pentingnya sejarah
untuk dipelajari dan dikekalkan untuk generasi akan datang.
Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui
kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan yang
bersejarah rumah panjang di Sarawak dan Sabah seperti rumah
panjang,rumah tinggi,rumah Baruk,rumah panjang Rungus rumah
panjang Murut ,Lepa dan sebagainya. Seni bina warisan di Sabah
dan Sarawak tersebut juga boleh membezakan negara kita dengan
negara lain kerana seni bina tersebut boleh membekalkan ciri-ciri
fizikal yang berbeza daripada negara-negara lain. Pemeliharaan
dan pemuliharaan bangunan-bangunan seni bina warisan
bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan pelancong
17
yang datang ke negara kita. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa
sejarah bukan sahaja penting untuk generasi akan datang malah
seni bina warisan sejarah juga penting untuk membangunkan dan
memajukan negara dari pelbagai bidang seperti bidang
pelancongan.
Dengan mengadakan peruntukkan khas, pastinya banyak
khazanah dan harta bersejarah negara dapat dipulihara dan
dipelihara. Kaedah ini tidak memungkin kerugian negara kerana
melalui kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga
dan dipulihara.
Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan hari
„Sejarah Sedunia‟ bagi setiap beberpapa tahun. Hari Sejarah
Sedunia perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati sejarah.
Sejarah juga tidak perlulah dijadikan membosankan. Antara
kaedah untuk menjadikan sejarah lebih menarik adalah dengan
mengadakan lakonan semula seperti mengadakan filem atau lain-
lain lagi. Filem tersebut perlulah dijadikan menarik dan tidak
terlalu mengikut fakta sejarah. Fakta sejarah seni bina memanglah
agak penting, tetapi filem yang terlalu mengikut fakta sejarah
kadang-kadang boleh menjadikan filem tersebut agak
membosankan untuk ditonton. Oleh hal yang demikian, penerbit
filem perlulah lebih peka dengan minat semua lapisan
masyarakat. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang lebih
18
berminat dengan cerita-cerita aksi ganas, mendebarkan, suspen
dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini bukan sahaja sejarah yang
akan diingati semula malah perfileman negara juga mampu
dibaikpulih. Kaedah ini ibarat menyelam sambil minum kerana
dua kerja dapat dilakukan dalam satu perkara.
Intihanya, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan
untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah. Beberapa
pihak juga perlulah berganding bahu dan mengembeling tenaga
dalam usaha mengekalkan peninggalan nenek moyang untuk
ghenerasi akan datang. Sejarah negara amat penting untuk
generasi akan datang memandangkan terdapat beberapa faedah
bagi mereka jika mereka memahami dan mengetahui sejarah
negara. Antara faedah tersebut adalah seperti generasi akan
datang akan mengenali asal usul negara, memahami pengajaran
tentang sejarah negara dan lebih mengetahui kepentingan-
kepentingan sejarah. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha
untuk mengekalkan warisan sejarah negara. Usaha ini bukan
sahaja mendatangkan faedah kepada kita malah kepada generasi
akan datang. Tambahan pula usaha tangga kejayaan, sekiranya
kita sama-sama berusaha pastinya kejayaan akan dicapai dan
matlamat negara untuk mengekalkan sejarah negara kepada
generasi akan datang akan turut dicapai.
19
.
20
Sesungguhnya kajian kes sejarah ini telah memberikan
banyak kesanyang positif kepadasaya.Malahan melalui
kajian kes ini,saya dapat mengetahui bahawa masyarakat
serawak dan sabah mengunakan kebijaksanaan mereka
dalam memanfaatkan sumber alam sekitar untuk
meneruskan kelansaungan hidup mereka juga mererima
pengaruh luar terutama daripada alam melayu untuk
meningkatkan realiti hidup yang lebih baik.Hal ini
menyedarkan saya kita bahawa kerajinan dan sikap
terbuka membantu kemajuan diri dan Negara.
RUJUKAN
21
http://yoonnieavera.blogspot.com/2015/05/kajian-rumah-panjang-
masyarakat-iban-di.html
https://sunsuria.wordpress.com/2014/12/14/langkah-langkah-
pemeliharaan-dan-pemuliharaan-warisan-sejarah/
LAMPIRAN
22
Amran Abdullah dan Hamidah Hussain. Rumah Panjang.
Petaling Jaya, Selangor:Penerbit Prisma
Sendirian Berhad, 1993.
heng S iok Fah@ Sophea Endik, “Struktur
dan Fungsi Rumah Panjang”, dalam Rumah
Panjang:Satu
23
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat saya
dan sebahagian daripada kerja khusus subjek Sejarah Tingkatan
Dua.
Sekalung penghargaan untuk Pn.Asnida binti Ahmad
selaku guru pembimbing kerana telah banyak memberikan
bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya iaitu Rasli
Bin Awang dan Pn.Mazzanazuraini Binti Man kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio
ini disiapkan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-
rakan yang telah banyak membantu dan memberikan tunjukajar
kepada saya.. Bantuan kalian amat saya hargai
..
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
24
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan folio ini.
jaringan pengankutan jalan raya di Bandar puteri jaya
menunjukkan setiap isi rumah mempunyai kereta dan
motosikal kerana tidak ada pengangkutan awam yang
disediakan. Walaubagaimanapun dengan adanya kemudahan
pengangkutan yang terkini seperti Grab Car, taxi dapat
membantu penduduk di Bandar Puteri Jaya jika sekiranya ada
masalah pengangkutan.Pelajar-pelajar sekolah juga tiada
masalah pengangkutan kerana terdapat banyak pengusaha bas
sekolah dalam kawasan Bandar puteri jaya .Akhir kata terima
kasih kepada polis Diraja Malaysia kerana memantau dan
menjaga lalu lintas serta memantau palajar-pelajar sekolah yang
25
menunggang motosikal tanpa lesen.Hati-hati di jalan raya
“pandu cermat jiwa selamat”.
26
27