The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAIDATUL SAADAH BINTI JAMALUDDIN, 2021-08-25 10:04:38

PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS

PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS

SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM HULU
KM 13.6, KG BERTAM HULU, 76450 MELAKA.

TEL. : 06-3123819 FAKS : 06-3123819

PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM HULU, MELAKA.
SUSUNAN PERKARA

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Badan Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi (AMT)

Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan

Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas
Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas
Fasal 3: Peraturan Aset Pengawas
Fasal 4: Kekemasan Pengawas

Bahagian 4: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus
Fasal 2: Tugasan Sampingan
Fasal 3: Tindakan Disiplin

Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas

Fasal 1: Tatatertib Pengawas
Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan
Fasal 2: Perbicaraan
Fasal 3: Hukuman

Bahagian 7: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah Disiplin
Fasal 3: Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

1

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas

Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baharu

1.1 Dilantik dalam kalangan murid Tahun 3 dan 4 sahaja.
1.2 Murid Tahun 5 boleh dilantik menjadi pengawas sekolah sekiranya bilangan

pengawas tidak mencukupi.
1.3 Wajib melalui 2 sesi temuduga atau saringan.
1.4 Saringan pertama dikendalikan oleh guru-guru kelas / guru pengawas sekolah / guru

disiplin untuk memilih calon pengawas percubaan.
1.5 Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang atau lebih guru pengawas / guru disiplin

untuk memilih calon pengawas percubaan yang layak dilantik sebagai pengawas
sekolah.
1.6 Kriteria pelantikan pengawas berubah setiap tahun.
1.7 Penyelaras Badan Pengawas Sekolah / guru pengawas berkuasa mengubah kriteria
pelantikan pengawas.

Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas

2.1 Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan iaitu
perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran, tetapi bergantung kepada
keperluan sekolah.

2.2 Pengawas baharu yang tidak menyertai kedua-dua perkhemahan ini perlu
menyertakan surat tunjuk sebab dengan alasan yang munasabah.

2.3 Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya
sebulan.

2.4 Guru Penasihat Badan Pengawas berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan
yang sesuai.

2.5 Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan
fizikal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama
lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.

Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

3.1 Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan murid.
3.2 Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.
3.3 Pengawas tidak boleh menyentuh fizikal rakan sekiranya rakan murid itu melakukan

kesalahan.
3.4 Pengawas dibenarkan mencatat nama murid-murid yang melakukan kesalahan

disiplin.

Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Badan Pengawas

Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi

1.1 Diketuai oleh enam orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas Lelaki dan
Perempuan, Penolong Ketua Pengawas Lelaki dan Perempuan, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari dan Exco setiap tahun.

1.2 Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun,
melalui temuduga dan pemilihan melalui persidangan atau mesyuarat Badan
Pengawas dan Disiplin. Calon-calon ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang
tempoh khidmat.

1.3 Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Exco
dilantik setiap tahun melalui perbincangan antara guru penasihat Badan Pengawas
dan Disiplin.

2

Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan

Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas

1.1 Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah.
1.2 Berpakaian lengkap pada ‘vest’ dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana

pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi.
1.3 Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru

gelap dan lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas.
1.4 Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk

dipakai.
1.5 Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang

dengan pusat.
1.6 Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan.
1.7 Pengecualian bagi (digalakkan):

1.7.1 Hari Selasa (hari Kokurikulum): pakaian uniform;
1.7.2 Hari yang mana ada Pendidikan Jasmani, (hari 1 Murid 1 Sukan): t-shirt PJ

atau t-shirt Sukan Rumah.
1.8 Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi

masih berada di kawasan sekolah.

Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas

2.1 Baju kemeja biru lengan panjang
2.2 Bertali leher
2.3 Seluar panjang biru gelap (lelaki) dan berkain biru gelap (perempuan)
2.4 Bertudung biru gelap dan anak tudung berwarna hitam (perempuan)
2.5 Vest biru gelap
2.6 Kasut dan stoking hitam
2.7 Segala aset pengawas

Fasal 3: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)

3.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas.
3.2 Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen, sebuah buku nota

bersaiz kecil dan jam yang tepat mengikut jam loceng sekolah.
3.3 Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan

pelajar sahaja dan maklumat mengenai Badan Pengawas.

Fasal 4: Kekemasan Pengawas

4.1 Rambut:
4.1.1 Perlulah sentiasa bersih dan kemas.
4.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting atau mewarna pada rambut.
4.1.3 Panjang rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4.1.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa.
4.1.5 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung dan dimasukkan dalam
kemeja dengan kemas.

4.2 Kuku:
4.2.1 Pengawas perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat
dan inai.

3

Bahagian 4: Tugasan Pengawas

Fasal 1: Tugasan Khusus

1.1 Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang
ditetapkan seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.

1.2 Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan
menjaga laluan masuk murid juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.

Fasal 2: Tugasan Sampingan

2.1 Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.
2.2 Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.
2.3 Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang

berlangsung.

Fasal 3: Tindakan Disiplin

3.1 Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan
tugas.

3.2 Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran
pertama. Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis
Tertinggi berhak mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan
pengawas tersebut.

3.3 Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai
pengawas.

Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas

Fasal 1: Tatatertib Pengawas

1.1 Pengawas merupakan wakil guru dan murid sekolah ini serta perlu menjalankan
1.2 tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
1.3 Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing murid ke arah yang betul.
Pengawas harus menjaga imej Badan Pengawas dan sekolah dari semasa ke
1.4 semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama
dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian.
1.5 Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua
1.6 keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas
sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua
1.7 Pengawas atau Ahli Majlis Tertinggi yang lain.
1.8 Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan murid lain kerana
1.9 dia harus sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas
1.10 sekolah.
1.11 Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua
Kelas mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Kelas mengawal
keadaan kelas.
Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas,
pengawas haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.
Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap
ringan tulang membantu guru apabila diperlukan.
Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Badan Pengawas Sekolah.

4

Fasal 2: Kualiti seorang pengawas

2.1 Akauntibiliti
2.2 Ketepatan masa
2.3 Tegas dan Berani
2.4 Pantas dan Bijak
2.5 Peka dan Inisiatif
2.6 Adil
2.7 Boleh dipercayai

Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

Fasal 1: Jenis Kesalahan.

1.1 Tingkah laku jenayah
1.2 Tingkah laku lucah
1.3 Tingkah laku kekemasan diri
1.4 Tingkah laku tidak mementingkan masa
1.5 Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab
1.6 Tingkah laku musnah
1.7 Tingkah laku tidak jujur
1.8 Ponteng

Fasal 2: Perbicaraan

2.1 Pengawas yang melakukan kesalahan akan diberi surat amaran pertama sehingga
surat amaran ketiga sekiranya masih melakukan kesalahan.

2.2 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius berhak dilucutkan jawatan oleh
pihak pentadbir Sekolah, Badan Pengawas dan Disiplin.

2.3 Pengawas yang sudah menerima surat amaran daripada Badan Pengawas akan
digantung tugasnya.

2.4 Pengawas yang digantung jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang
berkaitan dengan pengawas seperti spot check, bertugas dan sebagainya dalam
tempoh pergantungan.

2.5 Pengawas yang melakukan kesalahan berulang atau kesalahan lain dalam tempoh
pergantungan akan dilucutkan jawatan.

Fasal 3: Hukuman

3.1 Pengawas akan dikenakan hukuman melakukan kerja kebajikan atau kerja-kerja
amal di dalam kawasan sekolah bergantung kepada keputusan Badan Pengawas
dan pentadbir.

3.2 Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang
setimpal bergantung kepada keputusan lembaga pengawas dan pentadbir selepas
persidangan atau perbicaraan dibuat.

3.3 Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan
disiplin akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid – murid
tersebut.

5

Bahagian 7: Persaraan Pengawas

Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas

1.1 Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring
dengan tamatnya tempoh persekolahan mereka di sekolah.

1.2 Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan
mereka sepanjang menjadi seorang pengawas.

1.3 Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli
Majlis Tertinggi Badan Pengawas sahaja.

Fasal 2: Masalah Disiplin.

2.1 Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan
dilucutkan jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Badan
Pengawas.

2.2 Pengawas Percubaan yang melakukan kesalahan, tidak layak untuk menjadi
seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang
pengawas.

2.3 Guru Penasihat Badan Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan
kepada pengawas, sekiranya berlaku ketidak puas hatian terhadap mutu kerja dan
tahap disiplin pengawas.

Fasal 3: Perletakan Jawatan

3.1 Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik
akan diminta untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas
tersebut mempunyai masalah peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab
supaya tidak diberi tanggungjawab yang membebankan.

3.2 Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat
maklum balas surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Penyelaras
Badan Pengawas.

3.3 Guru Penyelaras Badan Pengawas berhak menangguh perletakan jawatan
pengawas mengikut keperluan semasa.

Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

4.1 Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.
4.2 Pengawas boleh membuat rayuan kepada Gurur Besar, Guru Penolong Kanan HEM,

Guru Penyelaras Badan Pengawas dan guru disiplin sekiranya mereka didapati
terlibat dengan sesuatu kesalahan berat.
4.3 Sesuatu keputusan Badan Pengawas Sekolah dan Ahli Majlis Tertinggi yang
melibatkan disiplin pengawas hendaklah dibincangkan bersama pihak pentadbir
sekolah.
4.4 Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi.

6


Click to View FlipBook Version