TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota:
1. Arahkan murid semua duduk di tempat masing-masing di dalam kelas.
2. Arahkan murid senyap dan bersedia untuk menjalani perhimpunan pagi ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohd Najib bin Mohamed Sanny,
Yang Dihormati Barisan Pentadbir,
1) Pn. Izamidah binti Ismail – Penolong Kanan Pentadbiran
2) En. Abdul Mutalib bin Awang – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Pn. Roilleyana binti Keling – Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah
NYA, maka dapat kita menjalani perhimpuan pada pagi yang indah ini.
DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, dipersilakan saudara ______________ untuk
melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ______________ di atas bacaan doa itu.
NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu sekolah. Semua guru
dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik.
IKRAR
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh _______________.
Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi.
Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.
LAPORAN DARI GURU BERTUGAS MINGGU INI
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu ______________ selaku guru bertugas minggu ini untuk
memberikan laporan sepanjang minggu lalu dan menyampaikan maklumat untuk minggu ini.
Dipersilakan.
Terima kasih Cikgu _______________ atas laporan dan maklumat yang disampaikan tadi.
UCAPAN GURU LAIN (JIKA ADA)
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Cikgu ______________ untuk menyampaikan ucapannya.
Terima kasih Cikgu _______________ atas ucapan yang disampaikan tadi.
UCAPAN GURU BESAR/ PENTADBIR
Seterusnya, saya mempersilakan ________________ untuk menyampaikan ucapan.
1) En. Mohd Najib bin Mohamed Sanny – Guru Besar
2) Pn. Izamidah binti Ismail – Penolong Kanan Pentadbiran
3) En. Abdul Mutalib bin Awang – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Pn. Roilleyana binti Keling – Penolong Kanan Kokurikulum
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Bonda
Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita
jadikan panduan untuk ke arah kecemerlangan.
PERHIMPUNAN TAMAT
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada pagi. Sekian, terima kasih.
BACAAN DOA DI WAKTU PAGI
الَفاتـِ َحة
بِٱ ۡۡۡسلَِمۡمٱَُدّهلِلَِّهللِٱلهَررۡح َٰمَِبِنٱۡلٱَٰلَعهلَرِِمحييَِمن
.
.
. َوال هصَلةُ َوال هسلَُم َعلَى أَ ْشَر ِف اْلَنْبِيَاِء َوالْ ُمْر َسلِين
. َوَعلَى آلِِه َو َص ْحبِِه اَ ْجَعِين
. اَللهُه هم ا ْغِفْرلَنَا ذُنـُْوبـَنَا َولَِوالِ ِديْـنَا َواْرحَمُْه ْم َك َما َربـهْوََن ِصغَاًرا
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-dosa kami, Engkau rahmatilah diri kami,
keluarga kami dan negara kami, Engkau lindungilah hamba-hambaMu yang kerdil ini dari segala
musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa.
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk
menghadapi dugaanMu yang berat ini. Engkau tiuplah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya
setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan
ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi, Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang
dijangkiti wabak Coronavirus, walau dimana sahaja mereka berada. Sesungguhnya tiada penyakit yang
tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah. Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari
kami Ya Allah. Kami bermohon kepadaMu Ya Allah, lindungilah kami, selamatkanlah kami dan
sejahterakanlah hidup kami.
. َوِف اْلَ ِخَرةِ َح َسنَةً َوقِنَا َع َذا َب النها ِر، ًَربـهنَا آَتِنَا ِف ال ُّدنْـيَا َح َسنَة
. َص ْحبَِه أَ ْجَعِين.َو َص هل اللهُ َعلَى َوٱهسْيۡۡلَِدَۡمَنُدَُُِمَّهلِلهم ٍدَر َِوبَعلَٱۡل َٰىَعلَآِملَيِهَنَو
BACAAN DOA DI WAKTU PAGI
الَفاتـِ َحة
بِٱ ۡۡۡسلَِمۡمٱَُدّهلِلَِّهللِٱلهَررۡح َٰمَِبِنٱۡلٱَٰلَعهلَرِِمحييَِمن
.
.
. َوال هصَلةُ َوال هسلَُم َعلَى أَ ْشَر ِف اْلَنْبِيَاِء َوالْ ُمْر َسلِين
. َوَعلَى آلِِه َو َص ْحبِِه اَ ْجَعِين
. اَللهُه هم ا ْغِفْرلَنَا ذُنـُْوبـَنَا َولَِوالِ ِديْـنَا َواْرحَمُْه ْم َك َما َربـهْوََن ِصغَاًرا
We gather today to express gratitude upon your greatest gift towards us.
Ya Allah, kindly give us strength and courage to face the struggle to find and gain knowledge.
Kindly, bestow blessings and physical and spiritual health, fitness of mind, peace of mind,
strength of spirit.
Ya Allah give strength to, our teachers and our leaders to continue to serve for people, society,
nation and religion.
Ya Allah, make our country a country that got the blessing and favour and everlasting peace
and prosperity of all time.
. َوِف اْلَ ِخَرةِ َح َسنَةً َوقِنَا َع َذا َب النها ِر، ًَربـهنَا آَتِنَا ِف ال ُّدنْـيَا َح َسنَة
. َص ْحبَِه أَ ْجَعِين.َو َص هل اللهُ َعلَى َوٱهسْيۡۡلَِدَۡمَنُدَُُِمَّهللِهم ٍدَر َِوبَعلَٱۡل َٰىَعلَآِملَيِهَنَو