Program Temu Anwar @ Negeri Sembilan dijalankan pada 24 Jun 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang pelajar universiti, politeknik dan sekolah menengah di N9. Program TEMUANWAR negeri sembilan Dalam program ini, beberapa isu utama sosial dan ekonomi telah dikupas oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau turut meluangkan masa dengan menjawab pelbagai soalan yang diutarakan oleh hadirin. Antaranya termasuklah isu semasa berkaitan peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan ekonomi. Semasa program ini, pelajar juga dapat menyatakan masalah yang mereka menghadapi dengan harapan permasalahan tersebut dapat didengari dan diambil serius oleh pihak kerajaan. Sekira-kiranya 3,000 orang pelajar sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi terlibat dalam program ini termasuk lima orang staf dan 10 orang pelajar IPGM KPT telah menyertai program ini di USIM. 43
TEMUDUGA&UKF CALONPISMPAMBILAN JUN2023KELUARAN MEI 2028 TEMUDUGA&UKF CALONPISMPAMBILAN JUN2023KELUARAN MEI 2028 TEMUDUGA&UKF CALONPISMPAMBILAN JUN2023KELUARAN MEI 2028 TEMUDUGA&UKF CALONPISMPAMBILAN JUN2023KELUARAN MEI 2028 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK (IPGM KPT), KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, 1760 BANDAR BARU ENSTEK, NEGERI SEMBILAN. Kerjasama JPP bersama 147 orang sukarelawan pelajar PISMP JUN 2020/2024 9 KESUKARELAWAN/KEPENGELOLAAN44
TEMU DUGA DAN uKF CALON PISMP AMBILAN JUN 2023 KELUARAN MEI 2028 Program Temu Duga dan UKF PISMP Ambilan Jun 2023 Keluaran Mei 2028 dijalankan pada 3 hingga 6 dan 10 hingga 12 Julai 2023. Program ini merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum, JPP 23/24, Pelajar Elektif Teras Pendidikan Jasmani, Persatuan Bulan Sabit Malaysia serta sukarelawan daripada pelajar Ambilan Jun 2020 Keluaran Mei 2024. Calon yang hadir di IPGM KPT ialah calon bagi pengkhususan Pendidikan Islam. Mereka dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pagi dan slot petang. Semasa calon sampai di IPGM KPT, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di Lobi Ciast. Selain itu, JPP akan memberi taklimat Berkaitan proses temu duga dan UKF. Pelajar akan ikut masa yang diagihkan untuk menjalankan temu duga di Bilik Tutorial Aras 1 dan UKF di Dewan Serbaguna. 45
U M K E H M U O W R A I H TERBINA, TERCIPTA U M K E H M U O W R A I H TERBINA, TERCIPTA SAMBUTAN TAUTAN KASIH -Arif KEPENGELOLAAN, KESUKARELAWAN46
TAUTAN KASIH Sambutan Tautan Kasih merupakan satu program di mana warga IPGM Kampus Pendidikan Teknik meraikan kepelbagaian budaya melalui pengenalan Hari Raya Aidiladha kepada semua. Program anjuran Biro Kesenian & Kebudayaan ini melibatkan seluruh warga IPGM KPT yang dirasmikan oleh Dr Hanani binti Harun Rasit, Pengarah IPGKPT di Kafe Sri Kantan APA ITU? Tema ‘’ukhuwah terbina memori tercipta’’ dipilih ekoran daripada muafakat serta kerjasama seluruh warga IPGKPT membuat persiapan yang menerapkan konsep rewang. Program ini menerapkan konsep hari raya serta pemakaian baju raya sambil menjamu selera hidangan yang disiapkan sendiri oleh para pelajar. Secara tidak langsung, memori indah antara warga IPGKPT akan tercipta dan mengeratkan hubungan silaturahim. PERINCIAN UKHUWAH TERBINA, MEMORI TERCIPTA ANTARIKSA 23/24 || TEKNIK TERBANG TINGGI 11:3 0 A M - 3:0 0 P M | K A F E S RI K A N T A N JILID 10 | ISU 21 8 JULAI 2023 REWANG | GOTONG-ROYONG | HIDANGAN RAYA | PERSEMBAHAN | CABUTAN BERTUAH | FOTOGRAFI MENGGAMIT MEMORI -Arif 47
IIPPTTEEKK MMLLBBBB TTOOUURRNNAAMMEENNTT KEPENGELOLAAN/KEMAHIRAN ASAS48
IPTEK MLBB TOURNAMENT Program Anjuran Biro Sukan dan Rekreasi JPP24/24 yang dilaksanakan pada 1 hingga 3 Ogos 2023 secara dalam talian ini adalah melibatkan 12 pasukan yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang bagi setiap pasukan. Program ini berlangsung dari petang hingga malam pada waktu yang ditetapkan bertempat di kediaman masing-masing Pasukan Warga Pendidik muncul Juara IPTEK MLBB Tournament. Pasukan ini terdiri daripada 6 orang pelajar Semester 5 Ambilan Jun 2021/2025. Tahniah diucapkan kepada para pemenang Program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukanan para pelajar bukan sahaja dalam bidang sukan, bahkan dalam bidang e-Sukan kerana bidang ini sedang melonjak naik hingga ke persada antarabangsa -Arif 49
IPTEK SPORTS DAY -Arif KEPEGAWAIAN/KEMAHIRAN ASAS50
13 IPTEK DAY SPORTS Biro Sukan dan Rekreasi JPP 23/24 IPTEK Sport Day merupakan program anjuran kursus KJSS 3013 Kejurulatihan Sukan Ambilan Jun 2020 dengan kerjasama JPP 23/24 Terdapat beberapa sukan yang dipertandingkan antaranya ialah bola baling, sepak takraw dan bola jaring. Pertandingan ini telah diadakan pada 14 dan 15 Julai 2023 Sukan Sepak Takraw ini telah dijalankan di Dewan Serbaguna. Sukan Bola Paling pula dilaksanakan Gelanggang Bola Baling IPGKPT manakala sukan Bola Jaring dilaksanakan di Gelanggang Bola Jaring Blok FA IPGKPT. Semua aktiviti yang dijalankan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan siswa dan siswi pendidik -Arif 51
KONTINJEN MSIPGM LLAATTIIHHAANN PPUUSSAATTFFAASSAA22 SSIIPPMMAA22002233 ISU 24 -Arif KEPENGELOLAAN/KESUKARELAWAN52
LLAATTIIHHAANN PPUUSSAATT FFAASSAA 22 PERINCIAN PROGRAM Latihan Pusat Fasa 2 SIPMA 2023 telah diadakan di IPGM Kampus Pendidikan Teknik melibatkan kontinjen-kontinjen MSIPGM dari setiap IPG seluruh Malaysia. Latihan Pusat ini dijalankan selama 1 minggu iaitu dari 5 hingga 11 Ogos 2023 melibatkan pelbagai sukan dan cabang olahraga yang dipertandingkan dalam SIPMA 2023 yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023. Kawasan latihan pusat berlokasi di IPGM Kampus Pendidikan Teknik serta lokasi tertentu di luar IPGM KPT yang berhampiran seperti Kolej Tunku Kursiah, USIM, dan sebagainya yang mempunyai fasiliti bagi sukan tertentu yang dipertandingkan. -Arif GAMBAR LATIHAN PUSAT 53
Lari dalam guni Anak berlian Tarik tali 17 AUGUST 2023 HARI SUKANEKA WANITA (SUWANITA) Suwanita HARI KEPENGELOLAAN/KEMAHIRAN ASAS54
Program Hari Suwanita telah dijalankan pada 10 Jun 2023 di bawah anjuran Biro Hal Ehwal Wanita, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 23/24 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program ini merupakan program yang dikhususkan untuk para siswi IPGKPT sahaja. Program Hari Suwanita ini merupakan program yang menekankan perihal kepentingan amalan gaya hidup sihat khususnya dalam diri seorang siswi guru yang kompeten. Program ini banyak memberi kebaikan dan kelebihan kepada pelajar kerana mereka dapat menikmati keseronokan dan keterujaan menjalankan aktiviti seterusnya mengeratkan persaudaraan sesama siswi guru pelatih selaras dengan matlamat MPU 3212 Bina Insan Guru yang memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kerja berpasukan dan kemahiran sosial. OBJEKTIF PROGRAM: Melahirkan komuniti pendidik yang mengamalkan gaya hidup sihat dan mempunyai kestabilan dari segi JERIS selari dengan kursus GKKO 1062 Kokurikulum dan Kesihatan diri. Memupuk pembentukan komuniti yang sentiasa cakna dan mengambil tahu tentang kepentingan kesihatan. Mengeratkan persaudaraan sesama siswi guru melalui nilai kerjasama dalam aktiviti berpasukan yang dilaksanakan semasa sukaneka selaras dengan kursus MPU 3212 Bina Insan Guru. Melahirkan generasi guru yang sentiasa yakin untuk melakukan aktiviti kesihatan sebagai amalan harian. HARI SUWANITA 55
G O T O N G R O Y O N G P E R D A N A IPGKPT 20 OGOS 2023 BLOK KEDIAMAN LELAKI DAN PEREMPUAN 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI KESUKARELAWAN56
GOTONGROYONG PERDANA Gotong-royong merupakan satu aktiviti secara kolektif yang bertujuan memastikan kebersihan, keceriaan serta mencapai satu tujuan suatu kesepakatan program atau perancangan dalam satu komuniti. Gotongroyong Perdana adalah pendekatan yang dilakukan dalam memastikan siswa dan siswi IPG Kampus Pendidikan Teknik membuat persiapan rapi menjelang pertandingan Keceriaan Blok pada bulan kemerdekaan. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tanpa terkecuali di setiap blok dengan kerjasama pihak pengurusan asrama serta warden bertugas di Kolej Kediaman Lelaki dan Perempuan di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. TAKLIMAT OLEH WARDEN BLOK HB OBJEKTIF: Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan tanpa pengecualian penglibatan setiap pelajar melalui perbincangan dan perancangan setiap ahli jawatankuasa blok. Memupuk sikap prihatin terhadap keadaan sekeliling sekali gus melahirkan guru yang peka akan kebersihan persekitaran Blok Kediaman Lelaki dan Perempuan menjadi fokus utama aktiviti gotong-royong perdana ini rentetan daripada keadaan kediaman siswa dan siswi IPG Kampus Pendidikan Teknik yang tidak memuaskan disebabkan kadar kebersihan dan keceriaan blok yang rendah di ketujuh-tujuh blok kediaman iaitu Blok HB, HC, FA, FB, FC, FD dan FE. Tanggal 20 Ogos bersamaan hari Sabtu dipilih secara rasmi untuk dijadikan hari gotong-royong tersebut. Pihak pengurusan asrama telah menyediakan cecair pencuci khas di setiap foyer blok sehari sebelum aktiviti berlangsung bagi memudahkan tugasan pembersihan oleh penghuni blok. Aktiviti Gotong-royong Blok Kediaman Perempuan IMPAK PROGRAM TERHADAP PESERTA KURSUS: Siswa dan siswi menjadi lebih bersemangat dan termotivasi untuk menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran Siswa dan siswi mampu menunjukkan identiti seorang guru yang rajin dan mementingkan kebersihan 57
Pertandingan Video Sinematik Pendek Merdeka merupakan satu satu pertandingan terbuka kepada para siswa guru di seluruh IPG bagi menyerlahkan kreativiti dan bakat dalam membuat video pendek serta berpeluang untuk merebut hadiah yang ditawarkan kepada pemenang. Pertandingan Video Sinematik Pendek Merdeka Pertandingan Video Sinematik Pendek Merdeka Tujuan utama pertandingan ini diadakan untuk menyemat semangat cinta akan negara dalam jiwa siswa siswi sekali gus dapat mencungkil bakat dalam menghasilkan video yang kreatif serta melatih siswa siswi menggunakan alatan ict. KEPENGELOLAAN/KENEGARAAN58
MAJLIS AMANAT PERDANA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA PM MAJLIS AMANAT PERDANA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA PM KENEGARAAN59
YOUR PARAGRAPH T EXT 60
Majlis Amanat Perdana Sambutan Hari Kebangsaan PM telah berlangsung pada 30 Ogos 2023 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis tersebut dihadiri oleh barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, penjawat awam serta pelbagai lapisan masyarakat. 61
PERSEMBAHAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2023 PERSEMBAHAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2023 KEPENGELOLAAN/KENEGARAAN62
Jabatan Sains Sosial IPGM KPT dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 23/24 telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke- 66 peringkat IPGKPT pada 25-31 Ogos 2023 yang bertempat di Dataran Hijau dan Dewan Kuliah IPGM KPT Antara Objektif Sambutan Hari Kebangsaan Ke- 66 : Memupuk, membina dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa para siswa guru dan pensyarah sehingga terus kekal sepanjang hayat. 63
LAWATAN PENANDA ARAS LAWATAN PENANDA ARAS IPGM KTI ke KEPIMPINAN64
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 23/24 IPGM KPT bersama-sama JHEP telah ke IPGM Kampus Temenggong Ibrahim pada 6-7 November 2023 sebagai Lawatan Penanda Aras JPP IPGM KPT bagi tujuan perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di antara JPP IPGM KTI dengan JPP IPGM KPT 23/24 65
PROGRAM3PIPG(SKKF, SKSP) KEPENGELOLAAN/KEMAHIRAN ASAS66
PROGRAM 3PIPG (SKKF, SKSP) Program 3PIPG adalah anjuran Unit Pembangunan Insaniah, JHEP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum (PJK), dan Biro Sukan & Rekreasi JPP 23/24. Program ini terbahagi kepada dua bahagian. Saringan Kendiri Sahsiah Personaliti (SKSP) dilaksanakan secara dalam talian menerusi laman rasmi MySMP Saringan Kendiri Kecergasan Fizikal (SKKF) pula dilaksanakan secara bersemuka di Dewan Serbaguna IPGKPT pada tarikh 11 & 18 September 2023 dan 24, 25, 27 November 2023 melibatkan penggiliran Kohort masingmasing Pelajar perlu menjalani ujian Burpee, mengukur BMI serta kadar nadi rehat dengan pemantauan pensyarah Jabatan PJK bersama kerjasama JPP 23/24. Segala data baharu yang diperoleh akan direkodkan dalam MYSMP dan dinilai serta ditentukan sama ada lulus atau gagal 67
PROGRAM WORLD CLEAN UP DAY 2023 PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT SEMPENA HARI OZON SEDUNIA (SUKARELAWAN SMW ENVIRONMENT) HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN KESUKARELAWAN/KENEGARAAN68
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT SEMPENA HARI OZON SEDUNIA (SUKARELAWAN SMW ENVIRONMENT) Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan diadakan pada 30 September 2023 di Pantai Saujana, Port Dickson. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd telah mengadakan Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2023. Tema Sambutan Hari Ozon pada tahun ini ialah ‘‘Montreal Protocol: Fixing the ozone layer and reducing climate change’’ Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. Sambutan ini juga diadakan bersempena sambutan World Clean Up Day. Seramai 361 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan institusi seperti agensi kerajaan, syarikat swasta, IPTA dan NGO. 69
PROGRAM CELIK KEWANGAN BERSAMA BANK ISLAM KEMAHIRAN ASAS70
PROGRAM CELIK KEWANGAN BERSAMA BANK ISLAM PROGRAM CELIK KEWANGAN ialah program anjuran Kelab As-Syakirin bersama dengan Bank Islam yang dijalankan pada 17 Oktober 2023 di Bilik Kulinari, TVET. 71
F R OM T H E R I V E R T O T H E SE A , P A LESTI N E WILL B E F R EE. MINGGU SOLIDARITI 2 0 2 3 KENEGARAAN72
F R OM T H E R I V E R T O T H E SE A , P A LESTI N E WILL B E F R EE. MINGGU SOLIDARITI 2 0 2 3 Program Minggu Solidariti dijalankan dari 1 hingga 3 November 2023. Program anjuran JHEP dengan kerjasama Biro Kebajikan dan Sosial JPP 23/34. Program ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan, simpati, perasaan hormat dan nilai-nilai kemanusiaan. Sepanjang Program ini, kita telah menjalankan Program Solat Hajat, Ceramah dan Tayangan Video, Perhimpunan Penutupan Minggu Solidariti Palestine dan Tabung Pengutipan Derma untuk Palestine. 73
PROGRAM TAHU PERSONALITI SAYA KEROHANIAN74
Program tahu personaliti saya dijalankan pada 3 November 2023 bertempat di Dewan Kuliah IPGKPT. Program ini menyasarkan seramai 161 orang siswa guru. Program ini memberi peluang kepada siswa guru untuk mengenali sifat dan personaliti diri masing-masing. Melalui program ini, siswa guru dapat meningkatkan imej dan memperbaiki personaliti diri ke arah yang lebih baik. Program ini dikendalikan oleh Unit Pembangunan Insaniah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPGM KPT. Pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh kaunselor sepanjang program ini berlangsung. “Good teachers are made, not born” 75
PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN JHEP KEPIMPINAN/KEMAHIRAN ASAS76
Perjumpaan Kelab dan Persatuan bersama Ketua Unit Pembangunan Insaniah, JHEP diadakan pada 2 hingga 4 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat JHEP dan di Dewan Kuliah IPGM KPT. Sasaran bagi program ini ialah pengerusi dan setiausaha bagi setiap kelab dan persatuan yang telah didaftar. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal penting iaitu perancangan aktiviti dan penyediaan dokumen-dokumen seperti carta organisasi, laporan tahunan, perlembagaan kelab, senarai aktiviti, minit mesyuarat dan sebagainya untuk didokumentasikan secara lebih sistematik dan teratur. 77
PROGRAM DISKUSI PERPADUAN : CHIT CHAT BELIA 2023 KENEGARAAN/KEROHANIAN78
Program Diskusi Perpaduan: Chit Chat Belia Tahun 2023 telah diadakan pada 15 November 2023. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan dengan kerjasama Politeknik Nilai. Program diskusi ini bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai. Seramai 20 orang siswa guru IPGM KPT dan seorang pensyarah telah melibatkan diri dalam program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman, penghayatan serta pengalaman rukun negara dalam diri mahasiswa di mana ia menjadi satu medium saluran ilmu mengenai perpaduan negara serta memupuk etika dan nilai mahasiswa sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi. Selain itu juga untuk menerapkan nilai masyarakat Madani dalam memperkasakan identiti nasional. 79
MALAM RESEPSI GEMILANG KEPENGELOLAAN80
Malam Resepsi Gemilang diadakan pada 17 November 2023. Majlis ini merupakan medan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan pihak pengurusan IPGM KPT untuk menghargai sumbangan para pelajar yang aktif dalam aktiviti di luar bilik darjah. Majlis yang berbentuk makan malam ini diadakan bagi meraikan dan memberi penghargaan dan pujian kepada semua pelajar yang telah memperoleh pencapaian dalam program atau pertandingan yang disertai sama ada di peringkat dalaman atau pun luaran. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pelajar dan sesama pelajar dengan pelajar. 81
Pada 24 November 2023, Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor yang membawa seramai 90 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru telah mengadakan satu program Lawatan Ilmu dan Kerjaya di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Menerusi Lawatan Ilmu dan Kerjaya ini, pihak SK Bandar Pontian didedahkan serba sedikit tentang maklumat serta laluan profesian yang ada di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. LAWATAN ILMU DAN KERJAYA Sk Bandar Pontian, Johor. KEPENGELOLAAN82
SK BP IPGKPT 83
KESUKARELAWAN/KEPIMPINANPDPP AMBILAN OKTOBER 2022 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 84
Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi pelajar PDPP Ambilan Oktober 2022 diadakan pada 25 November 2023 menerusi platform Google Meet. Majlis ini merupakan medan bagi Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) untuk meraikan pencapaian serta memberi penghargaan kepada pelajar PDPP Ambilan Oktober 2022 sepanjang tempoh penglibatan akademik mereka di IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Majlis ini dikendalikan dengan kerjasama JPP 23/24 85
20 23 SAMBUTAN MINGGU NEGERI SEMBILAN PERPADUAN KENEGARAAN86
27-28 Mei 2023 di UITM Seremban Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran, Pertandingan busana pelbagai kaum, senam harmoni & Unity Fun Walk dan pertandingan Eksplorasi Rukun Negara. Objektifnya adalah untuk menyemarakkan semangat patriotism dan kenegaraan dalam kalangan siswa, meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa melalui penekanan kemahiran komunikasi dan kerjasama berpasukan. 87
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN untuk GURU PELATIH KENEGARAAN88
01 02 03 Program ini merupakan program usaha sama di antara Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektifnya adalah untuk memperkasakan guru‐guru dalam memberi sumbangan yang berkesan terhadap peningkatan taraf kesihatan pergigian murid‐murid sekolah. 89
Seramai 447 orang siswa pendidik IPGM KPT telah terlibat dalam program dua hari ini yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan gigi, ceramah umum, penyediaan RPH, pembentangan dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. 90
PASCABANJIRSEGAMAT KESUKARELAWAN/KEROHANIAN91
Program Sukarelawan Bantuan kepada Mangsa Banjir di Segamat, Johor ini telah dijalankan pada 6 Mac 2023. Sebanyak 5 IPG terlibat dalam program ini dan seramai 5 pelajar telah mewakili IPGM KPT dalam misi sukarelawanan ini. Program ini ditaja oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Gotong-royong ini telah dijalankan di SK Kampung Tengah, Segamat. 92