The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA TAHUN_7Dis2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-12-22 02:10:11

LAPORAN KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA TAHUN_7Dis2017

LAPORAN KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA TAHUN_7Dis2017

NUKLEARMALAYSIA/L/2017/136

LAPORAN KAJIAN KEPUASAN BEKERJA
WARGA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

TAHUN 2017

Disediakan oleh:

Mohd Hafizal Yusof (BST)
Norzehan Ngadiron (BPM)

Nasaai Masngut (BPM)
Radhiah Jamaludin (BST)
Habibah Adnan (BPM)
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI)

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

1.0 PENGENALAN
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berfungsi untuk memenuhi wawasan kerajaan untuk
memperkenal dan mempromosi bidang penyelidikan dan penggunaan sains dan teknologi
nuklear dalam pembangunan negara.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Kepuasan Bekerja Warga Agensi Nuklear Malaysia ini dilaksanakan bagi tujuan
mendapatkan maklum balas dan persepsi semua warga terhadap aspek kerja semasa dan untuk
menentukan faktor yang menyumbang kepada tahap kepuasan kerja mereka. Sehubungan itu,
Kajian Kepuasan Bekerja telah dijalankan sejak tahun 2009 bagi mengenal pasti faktor yang perlu
diberi perhatian dalam memberikan suasana bekerja yang kondusif sekaligus membantu agensi
dalam usaha meningkatkan kualiti kerja dan motivasi dalam kalangan warga kerjanya. Kajian ini
juga akan dapat membantu Nuklear Malaysia mewujudkan suasana persekitaran kerja yang
harmoni di samping meningkatkan daya produktiviti ke satu tahap yang lebih memuaskan.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara atas talian (on-line) dengan menggunakan tools Pengurusan
Pengetahuan iaitu SPKMS-Sharepoint dan terbuka kepada 810 warga Nuklear Malaysia. E-mel
rasmi agensi digunakan juga sebagai medium penyampaian makluman kajian kepada warga
Nuklear Malaysia. Pada permulaan, kajian juga dibuat secara manual dengan menggunakan
borang soal selidik ketika MBJ Roadshow pada 30 Oktober 2017.

Kajian secara atas talian telah dilaksanakan bermula pada tarikh 2 November sehingga 10
November 2017. Pada borang kajian, responden diminta untuk mengisi 5 bahagian merangkumi;

1

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
a) Bahagian 1: Maklumat Asas Responden
b) Bahagian 2: Iklim Organisasi
c) Bahagian 3: Kepuasan Kerja
d) Bahagian 4: Kemudahan Fizikal
e) Bahagian 5: Pilihan Cadangan
Bagi Bahagian 1, responden diminta mengisi maklumat asas mereka seperti bahagian sedang
berkhidmat, jantina, jawatan dan gred, tempoh perkhidmatan mereka di dalam perkhidmatan
awam dan juga Nuklear Malaysia.
Bagi Bahagian 2 sehingga 4, responden diminta mengisi borang berdasarkan Likert Scale seperti
di bawah;
1 = Sangat Tidak Berpuas Hati
2 = Tidak Berpuas Hati
3 = Kurang Berpuas Hati
4 = Agak Berpuas Hati
5 = Berpuas Hati
6 = Sangat Berpuas Hati
Bagi Bahagian 5, responden diminta untuk memilih cadangan daripada pernyataan yang
disediakan dan ulasan jika ada cadangan yang tidak terdapat dalam pilihan-pilihan yang diberi.

2

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.0 DAPATAN KAJIAN

Daripada 810 kakitangan Nuklear Malaysia (data sehingga 31 Oktober 2017), hanya 298
(36.79 %) orang responden yang telah menjawab soal selidik ini.

4.1 BAHAGIAN 1: MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

4.1.1 BAHAGIAN SEDANG BERKHIDMAT

Jadual 1. Bilangan responden mengikut bahagian masing-masing

BIL. BAHAGIAN BILANGAN RESPONDEN

1. Pengurusan Atasan 6

2. Bahagian Sumber Manusia (BSM) 4

3. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) 24

4. Bahagian Hubungan Antarabangsa (BPA) 5

5. Bahagian Sokongan Teknikal (BST) 60

6. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) 30

7. Bahagian Kejuruteraan (BKJ) 8

8. Bahagian Alam Sekitar dan Sisa (BAS) 13

9. Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB) 37

10. Bahagian Teknologi Industri (BTI) 40

11. Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran (BKS) 13

12. Bahagian Teknologi Pemprosesan Sinaran (BTS) 20

13. Bahagian Teknologi Pengkomersialan (BKT) 13

14. Tidak menjawab 25

JUMLAH 298

3

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.1.2 JANTINA

Perempuan, 141

Lelaki, 157

Rajah 1. Bilangan responden yang menjawab soal selidik berdasarkan jantina.
4.1.3 JAWATAN

PengAtasan, 1

Pelaksana, 147 P&P, 150

Rajah 2. Bilangan responden yang menjawab soal selidik berdasarkan jawatan.
4

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.1.4 GRED

49-54, 17 JUSA, 2 tidak jawab, 22

1-21, 54

22-39, 73

40-48, 130

Rajah 3. Bilangan responden yang menjawab soal selidik berdasarkan gred.

4.1.5 TEMPOH PERKHIDMATAN DALAM AWAM

tidak jawab, 32

1-5, 44

21-25, 11 >26, 38 6-10, 74
16-20, 28

11-15, 71

Rajah 4. Bilangan responden yang menjawab soal selidik berdasarkan tempoh perkhidmatan
dalam awam.

5

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.1.6 TEMPOH PERKHIDMATAN DALAM NUKLEAR MALAYSIA

>26, 38 tidak jawab, 6 1-5, 70

21-25, 9
16-20, 30

6-10, 67

11-15, 78

Rajah 5. Bilangan responden yang menjawab soal selidik berdasarkan tempoh perkhidmatan
dalam Nuklear Malaysia.

6

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.2 BAHAGIAN 2: IKLIM ORGANISASI

Sangat Tidak Tidak Berpuas Kurang Berpuas Sangat
Berpuas Hati Hati Berpuas Hati Hati Berpuas Hati

4.2.1 KOMUNIKASI

Komunikasi 209

204 196 210

65 68 24 45 28 40 38
36 5 10 47
20
37

abcd

Rajah 6. Bilangan responden yang menjawab soal selidik komunikasi

a= Pemantauan kepada peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa di organisasi
b= Keberkesanan penyampaian maklumat oleh Pengurusan Atasan matlamat dan

strategi Agensi Nuklear Malaysia.
c= Arahan kerja yang jelas di pejabat
d= Arahan penyelia/ ketua adalah jelas dan mudah difahami

7

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
4.2.2 PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN

Penghargaan & Pengiktirafan

213
198 195 186

169

83 62 56 68
22 25 7 12
34 40 28 8 8 27
6 5 9 14 49

abcde

Rajah 7. Bilangan responden yang menjawab soal selidik penghargaan & pengiktirafan.

a= Gaji yang diterima adalah setimpal dengan kerja yang dilakukan
b= Peluang untuk mendapat penghargaan bagi menjalankan sesuatu tugas dengan
cemerlang.
c= Cara maklum balas yang diberikan oleh penyelia mengenai prestasi kerja.
d= Keadilan yang diamalkan oleh penyelia/ketua dalam melakukan penilaian
prestasi kerja.
e= Maklum balas oleh penyelia/ketua tentang kekuatan dan kelemahan diri agar
potensi diri dapat dipertingkatkan.

8

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
4.2.3 KERJASAMA BERPASUKAN

Kerjasama Pasukan 188

183 175 185

72 76 63
8 14 60
33
23 5 11 31
8 12
20 17
6

abcd

Rajah 8. Bilangan responden yang menjawab soal selidik kerjasama pasukan.

a= Kerjasama di antara bahagian-bahagian/Unit di Agensi Nuklear Malaysia.
b= Semangat kekitaan kalangan warga kerja Agensi Nuklear Malaysia.
c= Amalan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira

pangkat.
d= Semangat kerja berpasukan dan keakraban di kalangan warga Agensi Nuklear

Malaysia.

9

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
4.2.4 KEMAHIRAN MENGURUS

Kemahiran Mengurus

205 193
177

54 52 73 22
47 28
35
6 13 10 15

abc

Rajah 9. Bilangan responden yang menjawab soal selidik kemahiran mengurus.

a= Peluang menggunakan sepenuhnya potensi diri
b= Kemahiran penyelia/ ketua dalam membuat keputusan.
c= Keprihatinan pengurusan atasan terhadap kebajikan warga Agensi Nuklear

Malaysia.

10

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.3 BAHAGIAN 3: KEPUASAN KERJA

Sangat Tidak Tidak Berpuas Kurang Berpuas Sangat
Berpuas Hati Hati Berpuas Hati Hati Berpuas Hati

4.3.1 LATIHAN

Latihan 199

205

170

56 69 36 32 53
43 31 95

13 10

abc

Rajah 10. Bilangan responden yang menjawab soal selidik latihan.

a= Peluang mengaplikasikan apa yang dipelajari selepas latihan.
b= Peluang mengikuti program latihan untuk peningkatan prestasi diri dan kerjaya
c= Pelepasan/kebenaran untuk mengikuti latihan / kursus/ bengkel.

11

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.3.2 PENEMPATAN

Penempatan 191

198 198 194

69 69 66 53
25 38
22 24
54 34 48 6 10

abcd

Rajah 11. Bilangan responden yang menjawab soal selidik penempatan.

a= Penempatan kerja/bidang tugas sekarang.
b= Kesesuaian tugas dengan kelayakan.
c= Kesesuaian tugas dengan pengalaman kerja/minat.
d= Suasana di tempat kerja yang harmoni.

4.3.3 PENYELIAAN

214 Penyeliaan 210 206
206
194
187 181

66 66 37 48 64 67 57
59 27
32 42 36 27 26
1216 22 76 1 5 15 63

23

abcde f g

Rajah 12. Bilangan responden yang menjawab soal selidik penyeliaan.

12

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

a= Kebebasan mengemukakan pandangan untuk pertimbangan pihak pengurusan.
b= Keadilan dalam pembahagian kerja.
c= Peluang untuk mencuba kaedah sendiri dalam menjalankan tugas.
d= Kebebasan untuk menggunakan pertimbangan sendiri.
e= Kesediaan pihak pengurusan untuk menerima cadangan/pendapat warga kerja.
f= Hubungan dengan rakan sejawat.
g= Hubungan dengan Penyelia/Ketua.

4.3.4 KEPUASAN PERIBADI

Kepuasan Peribadi 209

169

81 33 39
11 13 10 7
23
a b

Rajah 13. Bilangan responden yang menjawab soal selidik kepuasan peribadi.

a= Peluang untuk mendapat pengiktirafan dalam perkhidmatan awam.
b= Perasaan pencapaian (sense of achievement) hasil daripada penyempurnaan

sesuatu tugas.

13

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.4 BAHAGIAN 4: KEMUDAHAN FIZIKAL

Sangat Tidak Tidak Berpuas Kurang Berpuas Sangat
Berpuas Hati Hati Berpuas Hati Hati Berpuas Hati

4.4.1 KEMUDAHAN PEJABAT

Kemudahan Pejabat

208

182 177 186 188 181 181

85 63 66 60 77 67 48
45 33 37 11 6 22 45
28 21
11 94 66 66 11 1113

abcde f g

Rajah 14. Bilangan responden yang menjawab soal selidik kemudahan pejabat.

a= Kemudahan telefon pejabat.
b= Kemudahan Internet dan emel rasmi.
c= Kemudahan komputer kerja.
d= Kemudahan mesin pencetak (printer) dan mesin penyalin (fotostat).
e= Kemudahan alat penghawa dingin pejabat.
f= Langkah penjimatan elektrik pada waktu makan tengahari.
g= Kemudahan pantri.

14

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
4.4.2 KEMUDAHAN PERSEKITARAN

Kemudahan Persekitaran 219

199 211

187 186 195

170 172

89 76 90 85

54 32 48 13 11 42 53 56
36 1019 38 11 18 17

37 25 9 129 11 44 51

abcde f gh

Rajah 15. Bilangan responden yang menjawab soal selidik kemudahan persekitaran.

a= Kemudahan tandas.
b= Kebersihan persekitaran pejabat.
c= Kebersihan kafe Agensi Nuklear Malaysia.
d= Harga makanan di kafe Agensi Nuklear Malaysia.
e= Kemudahan untuk rekreasi/ sukan.
f= Kemudahan penggunaan kenderaan jabatan.
g= Kemudahan parking kereta/ motosikal.
h= Perkhidmatan perpustakaan secara menyeluruh.

15

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
4.5 BAHAGIAN 5: PILIHAN CADANGAN

4.5.1 CADANGAN

Pilihan Cadangan

221 210 204
196

181
165

127

1234567

Rajah 16. Bilangan responden yang menjawab soal selidik bagi pilihan cadangan.

1= Penyediaan lebih banyak kemudahan fizikal seperti kemudahan parkir dan
rekreasi dan lebih banyak aktiviti riadah dan bersukan.

2= Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara adil kepada warga kerja.
3= Penempatan pegawai mengikut kesesuaian tugas, kompetensi dan kelayakan.
4= Memupuk semangat berkerjasama di antara bahagian serta pegawai dan

wargakerja sokongan dalam menjalankan sesuatu tugasan.
5= Meningkatkan mutu penyampaian arahan dan perancangan pihak Pengurusan

Atasan supaya lebih sistematik dan teratur.
6= Membuat pertukaran kerja secara dalaman bagi pegawai yang telah berkhidmat

lama di suatu bahagian.
7= Mengadakan aktiviti yang interaktif untuk warga Nuklear Malaysia seperti

mengadakan aktiviti Team Building.

16

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

4.5.2 LAIN-LAIN CADANGAN
Berbagai cadangan telah diterima melalui kajian ini. Di bawah dinyatakan cadangan
serta komen daripada responden yang telah dikategorikan mengikut
kecenderungan isu:

A IKLIM ORGANISASI - KOMUNIKASI
A1) Keberkesanan penyampaian maklumat oleh Pengurusan Atasan
matlamat dan strategi Agensi Nuklear Malaysia.

1. Hala tuju jabatan yang jelas.
2. Pengurusan Atasan perlu ada visi yang jelas. Perkukuhkan kepakaran

dalam nuclear & radiation (S,T & Eng.!) do not mingle with others (which
are functions of other agencies under MOSTI or universities).
3. Pihak pengurusan membuat keputusan untuk penyelidik mengkaji
sesuatu bidang baru termaju tetapi tidak sedar tiada pakar dalam
bidang tersebut dan lebih sedih tiada usaha untuk membangunkan
kepakaran samaada menghantar sambung belajar atau sebagainya
supaya Nuklear Malaysia sekurang-kurangnya tidak mendapat malu jika
benar serius ingin menceburi bidang baru termaju tersebut.
4. Kepimpinan agensi perlu mempunyai hala tuju yang jelas bersesuaian
dengan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Perlu berani
mempertahankan kepentingan agensi dan kakitangannya.
5. Menyampaikan fokus serta matlamat agensi kepada staff.
6. Matlamat dan hala tuju perlu diterapkan lebih dalam. Matlamat dari
pihak Pengurusan Atasan hingga bawahan perlu memiliki teras yang
sama, jelas, selari, koheren dan komplemen antara satu sama lain.

A2) Arahan penyelia/ ketua adalah jelas dan mudah difahami
1. Program Mentor dan Mentee perlu diwujudkan semula bagi

memastikan transfer knowledge di kalangan senior dan junior
berterusan.
2. Tiada arahan last minit bagi program yang dirancang awal, program plan
awal tetapi arahan last minit pada staf sokongan.

17

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

A3) Pemantauan kepada peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa di
organisasi
1. Menyediakan guideline/flowchart yang jelas, bersistematik dan terkini

mengenai tatacara perolehan kerajaan. Berlaku banyak pembaziran
masa dlm memahami cara menguruskan perolehan bagi mereka yang
tidak biasa menguruskannya.
2. Memberi latihan prosedur perolehan serta prosedur aset kepada
pegawai baru.
3. Sentiasa mengemaskini dan penambahbaik SOP/TOR semua proses
kerja semua peringkat agar mudah untuk mencapai kecemerlangan.

A4) Lain-Lain
1. Menggunakan khidmat RAKAN AKRAB untuk meningkatkan suasana

keharmonian di kalangan kakitangan di peringkat bahagian dan agensi.
2. Adakan sharefolder MBJ untuk kongsi 1)isu yang berbangkit, 2) isu

berjaya selesai, 3)isu yang ditolak.

B PENGHARGAAN/PENGIKTIRAFAN
1. Double standard kriteria daripada pihak atasan semasa pemilihan APC
perlu dikaji semula. Ada segelintir Pegawai yang berkhidmat kurang
daripada 5 tahun telah berjaya menerima APC jika dibandingkan dengan
Pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun yang tidak
pernah menerima APC.
2. Perlu diberi peluang kenaikkan pangkat kepada pegawai yang berjaya
lulus PhD dan yang menaikkan nama NM di pentas antarabangsa.
3. Penyelia lebih cenderung kepada individu atau projek yang berkaitan
atau dengan bidang kepakarannya sahaja. Peluang penghargaan tidak
telus dan dipilih berdasarkan perhubungan yang kerap dan tidak
semestinya disebabkan projek atau pengalaman dan kejayaan
penyelidikan.
4. KGT untuk pegawai N41 yang telah memperoleh Master, seperti skim Q.

18

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

C KERJASAMA BERPASUKAN
C1) Semangat kekitaan/kerjasama antara bahagian/ semangat kerja
berpasukan dan keakraban di kalangan warga agensi Nuklear Malaysia
1. Menekankan kepentingan nilai perbincangan dan permuafakatan
dalam pengagihanan dan perlaksanaan tugasan mahupun semasa
memutuskan keputusan agar adil kepada warga kerja.
2. Nilai accountability perlu lebih ditekankan secara serius oleh semua
warga. Hukuman keras perlu dilaksanakan kepada pesalah manakala
ganjaran perlu diberikan hanya kepada yang layak.
3. Memupuk dan sentiasa memastikan sikap dan pemikiran positif di
semua peringkat.
4. Membentuk satu identiti positif kakitangan Nuklear Malaysia untuk
berfikiran jauh dan berani membangun serta meneroka peluang baru.
5. Menggalakkan kerjasama unit sokongan teknikal dengan unit
penyelidikan.
6. Mengenalpasti wargakerja bermasalah dan membimbing ke arah yang
lebih positif.
7. Adakan sukan antara bahagian
8. Perlu mengadakan sukan antara bahagian yang telah lama dilupakan
supaya dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli bahagian masing-
masing.
9. Adakan game online utk erat silaturrahim sesama warga.
10. Perlu mengadakan program-program interaktif bersama warga nuklear
agar dapat get together.
11. Aktiviti yang merapatkan hubungan sesama pekerja berlainan bahagian,
penekanan 'fun at work’.
12. Menggalakkan penyertaan pegawai/pelaksana dalam projek tanpa
mengira jabatan, secara matrix. Ini boleh menjimatkan tenaga kerja dan
juga sumber peralatan etc

C2) Amalan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa
mengira pangkat.
1. Membuang budaya kerja melayan seseorang berdasarkan gred.
2. Keadaan persekitaran kerja sekarang menampakkan ada budaya

'favoritism' yang sangat jelas sehingga menghalang wujudnya
persekitaran kerja yang harmoni.

19

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

3. Berlaku adil, tegas dan mengambil tindakan sewajarnya kepada
pegawai yang ingkar pada arahan/tidak memberikan kerjasama tanpa
mengira pangkat atau status.

4. Pegawai atasan dan pengurusan bahagian serta pengurus kumpulan
perlu mengambil inisiatif untuk dekatkan diri dengan ahli kumpulan
masing-masing supaya gap tidak terlalu jauh.

5. Pengurusan atasan lebih mengenali kakitangan bawahan secara
langsung (mesyuarat tertentu seperti kumpulan) atau tidak langsung
(seperti aktiviti sukan atau gotong royong).

D KEMAHIRAN MENGURUS
D1) Kemahiran penyelia/ ketua dalam membuat keputusan

1. Memerlukan penyelia/ketua yang 'competent' serta memberikan
tunjuk ajar dan mempunyai halatuju yang jelas.

2. Memastikan pegawai baru menjalankan tugas hakiki mereka. Sebagai
contoh RO di program penyelidikan mestilah melaksanakan (hands-on)
tugas di makmal dan bukan menyerah sepenuhnya tugas mereka
kepada Kumpulan Pelaksana.

3. Pengurusan Pengetahuan perlu fokus kepada knowledge preservation.
Memerlukan strategi untuk menarik kumpulan expert berkongsi
pengetahuan dan kemahiran, menggalakan proses pengkodan tacit to
explicit knowledge yang boleh menyumbang kepada pembangunan
agensi dan inovasi. Dicadangkan kumpulan expert or CoP membuat case
study dan sekretariat serta JK KM dapat mengumpulkan maklumat dan
pengetahuan berdasarkan kumpulan critical knowledge yang boleh di
preserve.

D2) Peluang menggunakan sepenuhnya potensi diri

1. Pegawai Penyelidik terutama senior RO perlu menerajui satu projek
penyelidikan yang bersesuaian dengan bidang masing-masing di dalam
menuju budaya penyelidikan yang cemerlang dan dinamik di NM.

2. Diharap penyelia boleh menerima pendapat dari kakitangan
bawahannya dan kompeten dalam membimbing dan memberikan
tunjuk ajar terutamanya menyediakan halatuju kumpulan yang jelas
sejajar dengan misi Nuklear Malaysia.

3. Pegawai penyelidik yang telah dan akan memiliki PhD perlu dinaiktaraf
terus ke gred Q52 bukannya seperti sekarang ini.

20

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

E KEPUASAN KERJA
E1) Perjawatan dan Penempatan
1. Kelemahan dalam perancangan perjawatan, terutama sekali dalam
mengujudkan kakitangan pelapis. Nuklear Malaysia adalah unik,
kakitangan sokongan/Perlaksana memerlukan kemahiran yang tinggi,
terutama sekali yang terlibat dalam projek projek R&D. Kebiasaaanya
memerlukan pengalaman sekurang kurangnya lima (5) tahun untuk
menjadi lebih kompiten dan berkeyakinan diri yang tinggi.
2. Kaji semula fungsi & keperluan Bhg/Jab/Pusat & penempatan staffs.
3. Pembahagian kakitangan perlu dibuat secara adil dan jelas. Terdapat
unit yang mempunyai tugas berat dan banyak tetapi kakitangan terlalu
sedikit. Perlu pula berhadapan dengan pelanggan, perundangan,
standard dan sebagainya setiap masa, kakitangan bekerja dengan
tertekan bagi memenuhi kehendak tersebut.
4. Tempoh kenaikan pangkat bagi skim guna sama time base selama 13
tahun dipendekkan dan diberi sama adil dengan skim yang lain.
5. Teliti balik elaun kritikal, ada yang terima ada yang tidak.
6. Kenaikan pangkat tunggu kekosongan.

E2) Pemutihan
1. Program pemutihan menyebabkan penjawat awam agensi menjadi

mangsa markah rendah oleh pegawai pelulus pentadbiran. Langkah
proaktif dan cepat patut dilaksanakan.
2. Masalah pemutihan jawatan.

E3) Pembangunan Sumber Manusia & Latihan
1. Pelan perancangan sumber manusia untuk jangka panjang perlu

dihidupkan semula.
2. Setiap staf perlu ada roadmap kerjaya masing-masing. Ini meliputi

latihan dalam perkhidmatan yang bersesuaian serta pelan untuk
menyambuung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
3. Peluang untuk mengikuti kursus luar negara bagi skim guna sama
sekurang-kurangnya setahun sekali atas sama adil seperti pegawai tetap
yang lain.
4. Tiada bajet untuk latihan untuk kumpulan pelaksana.
5. Tiada pertukaran dalaman untuk jadi expert.
6. Peluang latihan kemahiran dan pengurusan mahupun teknikal bolehlah
dipermudahkan dan diberi peruntukkan.

21

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

7. Mendapat peluang pendedahan luar negara sama adil dengan pegawai
yang lain dan proses kenaikan pangkat yang adil ikut time-based.

8. Mengadakan aktiviti yang boleh mempertingkatkan motivasi diri/ kerja
bagi wargakerja sokongan.

9. Mengadakan team building bagi menghasilkan generasi yang
mempunyai sifat saling tolong menolong yang tinggi.

10. Mengadakan Team Building atau latihan seumpamanya untuk
meningkatkan motivasi warga kerja Pusat IT dan penghargaan kepada
kakitangan sokongan di Pusat IT.

11. Perbanyakkan ceramah/ aktiviti agama bersifat mendidik hati/tasawuf
supaya dapat menghindar sifat kurang baik seperti tamak, sombong dan
hasad dengki.

12. Meningkatkan kemahiran staff sokongan teknikal terhadap
penyenggaraan aset utama dan tidak terlalu bergantung kepada
khidmat luar.

13. Ada lawatan kerja ke jabatan-jabatan bawah MOSTI.
14. Membentuk komuniti tekno-preneur untuk menyokong keusahawanan

dikalangan warga nuklear yang masih berkhidmat dan yang telah
bersara.
15. Terapkan prinsip bahawa ilmu harus berada paling atas sebagai pegawai
penyelidik. Kaedah saintifik perlu sentiasa tampak dalam peribadi
saintis. Ilmu sains sentiasa di atas ilmu birokrasi/pentadbiran tanpa
menafikan bahawa keduanya perlu dan wajib ada bagi pegawai
penyelidik.

E4) Penyeliaan
1. Kebajikan yang saksama kepada semua pekerja.
2. Kerja overload, yang tidak buat kerja dapat cemerlang, clearkan tugas

pelaksana, pegawai atasan tidak dapat menerima pendapat staff
sokongan.
3. Selalu turun lab untuk nilai pegawai yang dinilai, pantau sistem
punchcard, bagi peluang pada staff yang berminat nak kerja
4. Sikap profesionalisme in a spirit sense perlu ada dan dilebih-lebihkan
dan kurangkan aktiviti yang sibuk untuk menampakkan sikap
profesionalisme tetapi isinya kosong atau cetek dan dangkal.
5. Meningkatkan pemantauan dan penyeliaan agar mutu kerja dan
prestasi di tahap yang paling optima.

22

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

6. Memupuk budaya kerja tidak 'lepas tangan' apabila diamanahkan
dengan suatu tugasan.

7. Pegawai Professional perlu di beri kaunseling/bengkel/ kursus
berkenaan memperbaiki atitude diri. Walaupun berkedudukan pegawai
(terutama yang baru beberapa tahun dilantik), mereka tetap perlu ada
rasa hormat terhadap pekerja bawahan. Contohnya menggunakan
kata-kata yang baik ketika memberi arahan dan jangan mudah
memandang rendah kemampuan pekerja bawahan. Dengan adanya
pegawai bersikap baik, pekerja bawahan akan lebih mudah
melaksanakan arahan kerja. Kesannya suasana kerja yang harmoni
dapat diwujudkan.

8. Pegawai harus menghormati antara satu sama lain tidak kira perbezaan
jawatan.

9. Keperihatinan kepada pekerja pelaksana perlu diberi keutamaan.
Kurang hormat pegawai terhadap orang lain.

F KEMUDAHAN FIZIKAL
F1) Kemudahan Pejabat
1. Pembaikian kebocoran bumbung blok 42 dan tandas perlu diambil
perhatian.
2. Masalah kemudahan dan bangunan agak menyedihkan. Rosak, bocor
dan lain-lain tiada tindakan lanjut dengan sepatutnya. Contoh, apabila
pegawai lama minta ubah pembahagi jalan, ianya cepat dilakukan tetapi
apabila pegawai muda minta baiki bumbung bocor yang dah bertahun-
tahun, tidak diuruskan, kenapa bajet tiada?
3. Memberikan lebih banyak kuota (mailbox size) bagi emel.
4. Wujud team/skuad untuk ambil komputer yang rosak bukan pegawai
sendiri yang hantar ke IT.

F2) Kemudahan Persekitaran
1. Tandas - flush problem, tak dibaiki sampai ke hujung tahun. Kenapa?

Sistem Helpdesk ada, tapi tindakan lanjut tiada.
2. Dicadangkan untuk menyediakan kemudahan parkir yang berbumbung.
3. Kemudahan parking perlu dipantau kerana terdapat segelintir yang

sengaja meninggalkan kenderaan di pejabat dalam tempoh yang lama.
4. Melanggan journal saintifik & engineering, seperti 'Applied Radiation &

Isotopes", "Nuclear Engineering & Design", "Progress in Nuclear
Energy". Akses online patut ada untuk researcher, dan bukannya isi

23

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

borang library, dapatkan kelulusan ketua dahulu, dan tunggu lama untuk
dapatkan rujukan.
5. Dicadangkan untuk melanggan servis carian jurnal yang berkaitan.
6. Masalah kafeteria perlu diselesaikan. Harus sebelum tender tamat dah
ada pengganti bukan dibiarkan kosong berbulan-bulan.
7. Kemudahan kafeteria perlu ditambah baik seperti peralihan kafeteria
perlu ada pengganti baru diambil alih.
8. Menyediakan perkhidmatan kafeteria dan memastikan Kafeteria
Nuklear Malaysia sentiasa kekal beroperasi.
9. Tiada kafe untuk makan.
10. Menghidupkan kembali kafe komplek Dengkil yang telah sediaada
tetapi tidak dimanfaatkan.
11. Sediakan kafe di dengkil
12. Kemudahan air minum yang bersih. Water dispenser sedia ada tidak
praktikal (mudah rosak, air tak bersih). Mohon sekiranya diwujudkan
stand dispenser seperti Coway, Cuckoo, dll.

F3) Lain-Lain

1. Menyediakan taska/tadika untuk anak-anak kakitangan.
2. Sediakan nurseri untuk anak-anak staff nuklear.
3. Taska untuk staff nuklear.
4. Mengatasi kesesakan lalulintas di depan pintu pagar utama khususnya

masa balik...agak sukar dan bahaya utk menyusur keluar kerana
kenderaan yang lalu laju dan selalu menghalang jalan (walaupun ada
petak kuning).
5. Kasut dan pakaian rasmi pejabat tiada, hanya tertentu sahaja dapat
tidak seperti pekeliling kerajaan, skim C tiada pembelaan.

G LAIN-LAIN - BORANG KAJI SELIDIK
1. This survey violates the confidentiality and privacy of the respondent.
2. Pangkat & gred should be remain anonymous!
3. Better to do it with open-ended question.
4. Mewujudkan sistem survey yang lebih telus :)
5. Sila ambil tindakan cadangan yang diutarakan.

24

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

5.0 RUMUSAN KAJIAN
Daripada kajian yang dijalankan, boleh dirumuskan bahawa;

Bahagian 1; Maklumat Responden

Hanya 298 daripada 810 (36.79 %) warga Nuklear Malaysia yang menjawab soal selidik.

Daripada 810 orang kakitangan Nuklear Malaysia, kakitangan daripada Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM) yang paling ramai mengisi borang soal selidik (93.75 %) manakala Bahagian
Alam sekitar dan Sisa (BAS) adalaah yang paling sedikit (14.44 %).

Daripada 298 borang soal selidik yang dianalisa, kakitangan Bahagian Sokongan Teknikal (BST)
adalah yang paling ramai menjawab kajian ini (20.13 %) manakala Bahagian Sumber Manusia
(BSM) adalah yang paling sedikit (1.34 %).

Peratusan yang tidak menjawab bahagian ini adalah 8.39 % namun dianggap tidak
menjejaskan dapatan kajian ini jika hanya menumpukan kepada aspek kepuasan kerja
berdasarkan elemen-elemen lain.

Peratusan lelaki yang menjawab kajian ini juga tinggi (52.68 %) berbanding wanita (47.32 %).
Ia juga dianggap tidak menjejaskan dapatan kajian ini jika hanya menumpukan kepada aspek
kepuasan kerja berdasarkan elemen-elemen lain.

Golongan P&P adalah yang tertinggi (50.34 %) menjawab kajian ini berbanding Pelaksana
(49.33 %) dan Pengurusan Atasan (0.34 %).

Gred jawatan 40-48 adalah teramai menjawab kajian ini (43.62 %) berbanding gred jawatan
22-39 (24.50 %), 1-21 (18.12 %), tidak menjawab (7.38 %), 49-54 (5.71 %) dan Jawatan Utama
Sektor Awam (JUSA) (0.67 %).

Bagi tempoh perkhidmatan dalam Awam 6-10 tahun mencatatkan peratusan tertinggi (24.83
%) diikuti 11-15 tahun (23.83 %), 1-5 tahun (14.77 %), > 26 tahun (12.75 %), tidak menjawab
(10.74 %), 16-20 tahun (9.40 %) dan 21-25 tahun (3.70 %).

25

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

Bagi tempoh perkhidmatan dalam Nuklear Malaysia, 11-15 tahun mencatatkan peratusan
tertinggi (26.17 %) diikuti 1-5 tahun (23.49 %), 6-10 tahun (22.48 %), > 26 tahun (12.75 %),
16-20 tahun (10.07 %), 21-25 tahun (3.02 %) dan tidak menjawab (2.01 %).

Bagi soalan ini, ramai yang tidak menjawab tempoh perkhidmatan dalam Awam adalah
disebabkan dua (2) faktor iaitu, mereka berpendapat mereka sudah mengisi tempoh
perkhidmatan dalam Nuklear Malaysia dan tidak perlu mengisi yang satu lagi dan kekeliruan
disebabkan ramai kakitangan, tempoh perkhidmatan mereka bermula dari Nuklear Malaysia
lagi dan tidak perlu menjawab soalan perkhidmatan dalam awam.

Bahagian 2: Iklim Organisasi

Secara keseluruhan, responden berpuas hati dengan pernyataan di bawah bahagian
komunikasi ini iaitu, pemantauan kepada peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa di
organisasi (68.46 %), keberkesanan penyampaian maklumat oleh Pengurusan Atasan
matlamat dan strategi Nuklear Malaysia (65.77 %), arahan kerja yang jelas di pejabat (70.47
%), dan arahan penyelia/ketua adalah jelas dan mudah difahami (70.13 %).

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
penghargaan dan pengiktirafan ini iaitu, gaji yang diterima adalah setimpal dengan kerja yang
dilakukan (71.48 %), peluang untuk mendapat penghargaan bagi menjalankan sesuatu tugas
dengan cemerlang (56.71 %), cara maklum balas yang diberikan oleh penyelia mengenai
prestasi kerja (66.44 %), keadilan yang diamalkan oleh penyelia/ketua dalam melakukan
penilaian prestasi kerja (65.44 %) dan maklum balas oleh penyelia/ketua tentang kekuatan
dan kelemahan diri agar potensi diri dapat dipertingkatkan (62.42 %).

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
kerjasama berpasukan ini iaitu, kerjasama di antara bahagian/unit di Nuklear Malaysia (61.41
%), semangat kekitaan kalangan warga kerja Nuklear Malaysia (58.72 %), amalan saling

26

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat (62.08 %) dan
semangat kerja berpasukan dan keakraban di kalangan warga Nuklear Malaysia (63.09 %)..

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
kemahiran mengurus ini iaitu, peluang menggunakan sepenuhnya potensi diri (68.79 %),
kemahiran penyelia/ ketua dalam membuat keputusan (64.77 %) dan keprihatinan
pengurusan atasan terhadap kebajikan warga Nuklear Malaysia (59.40 %).

Namun begitu, aspek kurang berpuas hati, tidak berpuas hati dan sangat tidak berpuas hati
juga perlu diambil kira untuk penambahbaikan Nuklear Malaysia di masa akan datang dengan
mengambil kira komen serta cadangan yang diutarakan oleh responden.

Bahagian 3: Kepuasan Kerja

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
latihan ini iaitu, peluang mengaplikasikan apa yang dipelajari selepas latihan (68.79 %),
peluang mengikuti program latihan untuk peningkatan prestasi diri dan kerjaya (57.05 %) dan
pelepasan/kebenaran untuk mengikuti latihan / kursus/ bengkel (66.78 %).

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
penempatan ini iaitu, penempatan kerja/bidang tugas sekarang (66.44 %), kesesuaian tugas
dengan kelayakan (66.44 %), kesesuaian tugas dengan pengalaman kerja/minat (65.10 %) dan
suasana di tempat kerja yang harmoni (64.09 %).

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
penyeliaan, iaitu, kebebasan mengemukakan pandangan untuk pertimbangan pihak
pengurusan (62.75 %), keadilan dalam pembahagian kerja (60.74 %), peluang untuk mencuba
kaedah sendiri dalam menjalankan tugas (71.81 %), kebebasan untuk menggunakan
pertimbangan sendiri (69.13 %), kesediaan pihak pengurusan untuk menerima
cadangan/pendapat warga kerja (65.10 %), hubungan dengan rakan sejawat (70.47 %) dan
hubungan dengan Penyelia/Ketua (69.13 %).

27

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017

Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
kepuasan peribadi ini iaitu, peluang untuk mendapat pengiktirafan dalam perkhidmatan
awam (56.71 %) dan perasaan pencapaian (sense of achievement) hasil daripada
penyempurnaan sesuatu tugas (70.13 %).
Namun begitu, aspek kurang berpuas hati, tidak berpuas hati dan sangat tidak berpuas hati
juga perlu diambil kira untuk penambahbaikan Nuklear Malaysia di masa akan datang dengan
mengambil kira komen serta cadangan yang diutarakan oleh responden.

Bahagian 4: Kemudahan Fizikal
Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
kemudahan pejabat ini iaitu, kemudahan telefon pejabat (61.07 %), kemudahan Internet dan
emel rasmi (59.40 %), kemudahan komputer kerja, 62.42 %), kemudahan mesin pencetak
(printer) dan mesin penyalin (fotostat) (63.09 %), kemudahan alat penghawa dingin pejabat
(60.74 %), langkah penjimatan elektrik pada waktu makan tengahari (69.80 %) dan
kemudahan pantri (60.74 %).
Secara keseluruhan responden berpuas hati dengan pernyataan-pernyataan dari elemen
kemudahan persekitaran ini iaitu, kemudahan tandas (66.78 %), kebersihan persekitaran
pejabat (70.81 %), kebersihan kafe Nuklear Malaysia (57.05 %), harga makanan di kafe
Nuklear Malaysia (62.75 %), kemudahan untuk rekreasi/ sukan 62.42 %), kemudahan
penggunaan kenderaan jabatan (57.72 %), kemudahan parking kereta/ motosikal (65.44 %)
dan perkhidmatan perpustakaan secara menyeluruh (73.49 %).
Namun begitu, aspek kurang berpuas hati, tidak berpuas hati dan sangat tidak berpuas hati
juga perlu diambil kira untuk penambahbaikan Nuklear Malaysia di masa akan datang dengan
mengambil kira komen serta cadangan yang diutarakan oleh responden.

28

Laporan Kepuasan Kerja Nuklear Malaysia 2017
Bahagian 5: Pilihan cadangan
Daripada tujuh (7) cadangan yang diutarakan, cadangan memberi penghargaan dan
pengiktirafan secara adil kepada warga kerja adalah cadangan yang paling ramai memilih.
Kebanyakkan cadangan atau komen yang diberikan adalah berkisar pada bahagian 2, 3 dan 4
kajian selidik ini.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, statistik responden yang memberi maklumbalas bagi kajian ini adalah kurang
berbanding jumlah keseluruhan warga kerja Nuklear Malaysia. Namun laporan ini sahih dan
benar untuk 36.79 % responden daripada 810 orang secara keseluruhannya.
Secara keseluruhan, responden berpuas hati dengan iklim organisasi ini, kepuasan kerja dan
kemudahan fizikal yang disediakan. Namun begitu, aspek kurang berpuas hati, tidak berpuas hati
dan sangat tidak berpuas hati juga perlu dilihat berdasarkan komen dan cadangan yang
diutarakan oleh responden.
Diharap kajian ini dapat menambah baik Nuklear Malaysia pada masa akan datang sekaligus
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi warga kerja untuk berkhidmat khususnya sebagai
penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam sebagai ‘end
user’.

29


Click to View FlipBook Version