PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
BAB 5 T4 -LEJAR (NOTA)
(Sistem Catatan Bergu)
5.1 Pengenalan Kepada Lejar
1. Catatan urus niaga akan direkodkan ke dalam lejar mengikut sistem catatan bergu.
2. Lejar ialah buku akaun yang mengandungi berbagai-bagai jenis akaun untuk merekod urus niaga
perniagaan.
3. Akaun ialah satu ringkasan rekod urus niaga perniagaan.
4. Sistem catatan bergu ialah satu sistem merekod urus niaga yang melibatkan dua akaun, satu akaun
didebitkan dan satu lagi dikreditkan dengan jumlah yang sama.
5. Dengan itu, jumlah catatan debit mesti sama dengan catatan kredit pada setiap masa.
6. Peraturan catatan bergu pelbagai jenis akaun adalah seperti berikut :
Jenis Akaun Debit Kredit
Aset Bertambah Berkurang
Liabiliti Berkurang Bertambah
Berkurang Bertambah
Ekuiti Pemilik Berkurang Bertambah
Hasil Bertambah Berkurang
Belanja
7. Bentuk lejar adalah seperti berikut :
Dt Nama Akaun Kt
Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
7. Keterangan tentang bentuk lejar.
a) Setiap akaun mesti ada nama.
b) Setiap akaun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian debit dan bahagian kredit.
c) Ruangan tarikh merekodkan tarikh urus niaga dibuat.
d) Ruangan butir merekodkan nama akaun yang mempunyai catatan bergu yang berkenaan.
e) Ruangan jumlah merekodkan nilai urus niaga dalam RM.
5.2 Jenis-jenis Lejar
1. Lejar-lejar dibahagikan kepada :
i) Lejar Am yang merekodkan akaun-akaun lain selain akaun belum terima dan akaun belum bayar..
Lejar am terdiri daripada Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja), Akaun Nyata (akaun aset) dan
Akaun Kawalan.
ii) Lejar Subsidiari yang terdiri daripada Lejar Belum terima (merekodkan semua akaun-akaun
belum terima) dan Lejar Belum bayar (merekodkan semua akaun-akaun belum bayar)
2. Tujuan pembahagian lejar adalah untuk memudahkan pengagihan kerja dan rujukan serta untuk kawalan
perniagaan.
1
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
5.3 Merekod ke Dalam Lejar
1. Mengenalpasti akaun-akaun yang terlibat bagi sesuatu urus niaga.
2. Menentukan akaun yang patut didebitkan dan akaun yang patut dikreditkan.
3. Merekodkan urus niaga mengikut urutan tarikh.
4. Semua catatan urus niaga dibuat mengikut system catatan bergu.
5. Setiap catatan mesti ada tarikh, butir dan jumlah urus niaga.
6. Untuk merekod urus niaga dengan tepat, akaun-akaun dikelaskan kepada :
i) Akaun Perorangan yang terdiri daripada Akaun Belum Terima , Akaun Belum Bayar, Akaun Modal dan
Akaun Ambilan.
ii) Akaun Aset
iii) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
a) Merekodkan ke Dalam Akaun Aset
1. Aset ialah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang terdiri daripada aset semasa dan aset
bukan semasa. Contohnya ialah tunai, bank, akaun belum terima , premis, kenderaan, alatan pejabat dan
kelengkapan.
2. Aset boleh ditambah atau dikurangkan dalam satu urus niaga perniagaan.
3. Aset bertambah sekiranya dibeli dan akan berkurangan sekiranya dijual.
4. Prinsip catatan bergu bagi akaun-akaun aset ialah :
Debit apabila bertambah
Kredit apabila berkurangan
5. Contoh : Membeli perabot pejabat bernilai RM2 500 secara tunai.
Akaun yang terlibat : Akaun Perabot (aset) didebitkan sebab bertambah dan Akaun Tunai (aset)
dikreditkan sebab tunai dikeluarkan.
Catatan bergu : Akaun Perabot RM
Tunai
RM
2 500
Akaun Tunai RM
2 500
RM
Perabot
b) Merekodkan ke Dalam Akaun Liabiliti
1. Liabiliti ialah tanggungan yang ditanggung oleh perniagaan kepada pihak lain. Ia meliputi liabiliti semasa
dan liabiliti bukan semasa. Contohnya ialah overdraf bank dan akaun belum bayar.
2. Liabiliti boleh ditambah atau dikurangkan dalam satu urus niaga perniagaan.
3. Liabiliti bertambah sekiranya barang niaga dibeli secara kredit atau secara hutang dan akan berkurangan
sekiranya hutang tersebut dijelaskan.
4. Prinsip catatan bergu bagi akaun-akaun liabiliti ialah :
Debit apabila berkurangan
Kredit apabila bertambah
5. Contoh : Membeli barang niaga secara kredit bernilai RM500 daripada Pembekal Sarip.
Akaun yang terlibat : Akaun Pembekal Sarip (pembekal) dikreditkan sebab bertambah dan Akaun Belian
(belanja) didebitkan sebab belian barang niaga bertambah.
2
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
Catatan bergu : Akaun Tunai RM
Pembekal Sarip
RM
500
Akaun Pembekal Sarip RM
500
RM
Belian
c) Merekodkan ke Dalam Akaun Ekuiti Pemilik (Modal)
1.Ekuiti pemilik ialah modal dan merupakan hutang perniagaan kepada pemilik.
2. Modal akan bertambah sekiranya perniagaan mendapat keuntungan dan akan berkurangan apabila
perniagaan mengalami kerugian pada sesuatu tempoh perakaunan.
3. Prinsip catatan bergu bagi akaun-akaun modal ialah :
Debit apabila berkurangan
Kredit apabila bertambah
4. Contoh : Amir memulakan perniagaan dengan tunai RM10 000 sebagai modal.
Akaun yang terlibat : Akaun Tunai (aset) didebitkan sebab tunai perniagaan bertambah dan Akaun Modal
(ekuiti pemilik) dikreditkan sebab modal perniagaan juga bertambah
Catatan bergu :
Akaun Tunai RM
Modal RM
10 000
Akaun Modal RM
10 000
RM
Modal
d) Merekodkan ke Dalam Akaun Hasil
1. Hasil ialah pendapatan yang diterima oleh sesebuah perniagaan. Contohnya ialah komisen diterima,
sewa diterima, jualan barang niaga dan diskaun diterima.
2. Hasil menambahkan modal perniagaan.
3. Prinsip catatan bergu bagi akaun-akaun hasil ialah :
Debit Tunai/Bank
Kredit apabila bertambah
4. Contoh : Jualan barang niaga RM600 secara tunai.
Akaun yang terlibat : Akaun Tunai (aset) didebitkan sebab tunai perniagaan bertambah dan Akaun Jualan
(hasil) dikreditkan sebab hasil perniagaan bertambah.
Catatan bergu :
Akaun Tunai
RM RM
Jualan 600
Akaun Jualan RM
600
RM
Tunai
3
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
e) Merekodkan ke Dalam Akaun Belanja
1. Belanja ialah bayaran yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan. Contohnya ialah membayar gaji
pekerja, belian barang niaga, belanja iklan dan diskaun diberi.
2. Belanja mengurangkan modal perniagaan. Aset boleh ditambah atau dikurangkan dalam satu urus niaga
perniagaan.
3. Prinsip catatan bergu bagi akaun-akaun belanja ialah :
Debit apabila bertambah
Kredit Tunai/Bank
4. Contoh : Membayar gaji pekerja RM1 500 dengan cek..
Akaun yang terlibat : Akaun Gaji (belanja) didebitkan sebab belanja gaji bertambah dan Akaun Bank
(aset) dikreditkan sebab tunai di bank dikeluarkan.
Catatan bergu :
Akaun Gaji
RM RM
Bank 1 500
Akaun Bank RM
1 500
RM
Gaji
f) Merekodkan ke Dalam Akaun Pulangan Jualan
1. Pulangan jualan atau pulangan masuk ialah barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan
(akaun belum terima) kerana rosak atau salah jenama.
2. Pulangan jualan akan mengurangkan hasil jualan dan juga akan mengurangkan hutang pelanggan.
3. Prinsip catatan bergu bagi pulangan jualan ialah :
Debit Akaun Pulangan Jualan
Kredit Akaun Belum Terima
4. Contoh : Kedai Ratna memulangkan barang niaga bernilai RM80 kerana rosak..
Akaun yang terlibat : Akaun Pulangan Jualan didebitkan dan Akaun Ratna (pelanggan) dikreditkan.
Catatan bergu :
Akaun Pulangan Jualan RM
Ratna RM
80
Kedai Ratna RM
80
RM
Pulangan Jualan
g) Merekodkan ke Dalam Akaun Pulangan Belian
1. Pulangan belian atau pulangan keluar ialah barang niaga yang dipulangkan oleh peniaga kepada
pembekal (akaun belum bayar) kerana rosak atau salah jenama.
2. Pulangan belian akan mengurangkan belanja belian barang niaga dan juga akan mengurangkan hutang
kepada pembekal.
3. Prinsip catatan bergu bagi pulangan belian ialah :
Debit Akaun Belum Bayar
Kredit Akaun Pulangan Belian
4
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
4. Contoh : Peniaga memulangkan barang niaga bernilai RM120 kepada Pembekal Kadeer kerana salah
jenama.
Akaun yang terlibat : Akaun Pembekal Kadeer (akaun belum bayar) didebitkan dan Akaun Pulangan
Belian dikreditkan.
Catatan bergu :
Pembekal Kadeer
RM RM
Pulangan Belian 120
Akaun Pulangan Belian RM
120
RM
Pembekal Kadeer
h) Merekodkan ke Dalam Akaun Ambilan
1. Ambilan ialah pengeluaran barang niaga atau wang perniagaan atau aset bukan semasa perniagaan
untuk kegunaan sendiri.
2. Ambilan barang niaga akan mengurangkan nilai belian barang barang niaga.
3. Ambilan tunai akan mengurangkan tunai perniagaan.
4. Ambilan aset bukan semasa akan mengurangkan jumlah aset bukan semasa perniagaan.
5. Prinsip catatan bergu bagi :
i) Ambilan barang niaga :
Debit Akaun Ambilan
Kredit Akaun Belian
ii) Ambilan tunai perniagaan:
Debit Akaun Ambilan
Kredit Akaun Tunai/bank
iii) Ambilan aset bukan semasa :
Debit Akaun Ambilan
Kredit Akaun Aset Bukan Semasa
6. Contoh : Peniaga mengambil barang niaga bernilai RM200 dan tunai perniagaan berjumlah RM150 untuk
kegunaan sendiri.
Akaun yang terlibat : Akaun Ambilan didebitkan sebab ambilan bertambah dan Akaun Belian serta Akaun
Tunai dikreditkan sebab belian barang niaga dan tunai perniagaan berkurangan.
Catatan bergu : Akaun Ambilan
RM RM
Belian 200
Tunai 150
350
Akaun Belian RM
200
RM
Ambilan
Akaun Tunai RM
150
RM
Ambilan
5
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
5.4 Mengimbang dan Menutup Akaun
1. Akaun aset , liabiliti dan ekuiti pemilik akan diimbangkan pada akhir suatu tempoh perakaunan untuk
mengetahui jumlah tunai di tangan, jumlah akaun belum terima, jumlah akaun belum bayar dan nilai aset
bukan semasa perniagaan.
2. Mengimbangkan akaun bermaksud mencari perbezaan jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.
3. Langkah-langkah untuk mengimbangkan akaun adalah seperti berikut :
i) Jumlahkan ruangan debit dan ruangan kredit untuk melihat mana yang lebih besar. Tuliskan jumlah
yang lebih besar dikedua-dua belah pada barisan yang sama di bawah semua catatan.
ii) Cari perbezaan antara jumlah yang besar dengan jumlah yang kecil dan masukkan perbezaan itu ke
sebelah ruangan yang jumlahnya lebih kecil. Perbezaan ini disebut sebagai baki dan ditulis di ruangan
butir sebagai baki hantar ke bawah atau baki h/b iaitu baki yang akan di hantar ke bulan hadapan.
iii) Seterusnya baki h/b ini akan dibawa ke bawah dan dicatat di bawah jumlah yang bertentangan di
ruangan butir sebagai baki bawa ke bawah atau baki b/b.
iv) Dengan itu, baki h/b akan menjadi baki b/b untuk permulaan suatu tempoh perakaunan akan datang.
5.4.1 Menutup Akaun Hasil dan Akaun Belanja
1. Akaun Hasil dan Akaun Belanja akan ditutup pada akhir suatu tempoh perakaunan dengan memindahkan
bakinya ke Akaun Perdagangan dan Untung Rugi untuk mengira untung atau rugi bersih.
2. Akaun Hasil dan Akaun Belanja merupakan akaun sementara atau akaun nominal dan ia ditutup supaya
pada tempoh perakaunan yang baru, akaun-akaun ini akan bermula dengan baki sifar.
3. Apabila ditutup, Akaun Hasil akan mempunyai baki kredit . Catatan perakaunannya ialah :
Debit Akaun Hasil
Kredit Akaun Untung Rugi
3. Manakala Akaun Belanja pula akan mempunyai baki debit apabila ditutup. Catatan perakaunannya ialah :
Debit Akaun Untung Rugi
Kredit Akaun Belanja
Contoh merekod dan mengimbangkan Lejar :
En. Lim Tat memulakan perniagaan Kedai Alat Tulis Limtat pada 1 Mac 2021 dengan memasukkan tunai
berjumlah RM20 000 ke dalam perniagaan sebagai modal..
RM
Mac 2 : Beli kelengkapan secara tunai 5 000
5 : Belian tunai 1 200
7 : Jualan tunai 700
9 : Beli barang niaga secara kredit daripada Syarikat Best 1 500
10 : Memulangkan barang rosak kepada Syarikat Best 100
12 : Jualan secara kredit kepada Peniaga Chombie 1 300
15 : Mengeluarkan barang niaga untuk kegunaan sendiri 200
17 : Bayar tunai kepada Syarikat Best untuk menjelaskan hutang 800
21 : Bayar belanja iklan secara tunai 150
24 : Mengeluarkan wang tunai dari kedai untuk kegunaan sendiri 300
27 : Membayar sewa kedai secara tunai 650
30 : Terima komisen dalam tunai 220
Berdasarkan maklumat-maklumat di atas, rekodkan urus niaga-urus niaga ke dalam lejar mengikut sistem
catatan bergu dan imbangkan semua akaun.
6
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
Penyelesaian : Akaun Modal RM
20 000
2021 RM 2021
Mac Mac 1 Tunai RM
5 000
2021 Modal Akaun Tunai Kelengkapan 1 200
Mac 1 Belian
Jualan RM 2021 Syarikat Best 800
7 Komisen 20 000 Mac 2 Belanja Iklan 150
30 Ambilan 300
700 5 Sewa 650
220 17 Baki h/b 12 820
20 920
21
24 RM
27
31 RM
200
20 920
2 500
Apr 1 Baki b/b Akaun Kelengkapan 2 700
2021 RM 2021 RM
Mac 2 Tunai 5 000 700
2021 Akaun Belian 1 300
Mac 5 Tunai 2 000
RM 2021
9 Syarikat Best RM
Apr 1 Baki b/b 1 200 Mac 15 Ambilan 1 500
Baki h/b
2021 1 500 31 1 500
Mac 600
2 700
2 500
Akaun Jualan Tunai
Peniaga Chombie
RM 2021
Mac 7
12
2021 Pulangan Belian Syarikat Best Belian
Mac 10 Tunai Baki b/b
Baki h/b RM 2021
17 100 Mac 9
31 800
600
1 500
Apr 1
7
PA Ting. 4 : BAB 5 T4-Lejar
2021 Akaun Pulangan Belian RM
Mac 100
RM 2021
Mac 10 Syarikat Best
2021 Peniaga Chombie RM
Mac 12 Jualan
RM 2021
1 300 Mac
2021 Akaun Ambilan RM
Mac 15 Belian
RM 2021
24 Tunai 100 Mac
300
400
2021 Akaun Belanja Iklan RM
Mac 21 Tunai
RM 2021
150 Mac
2021 Akaun Sewa Kedai RM
Mac 27 Tunai
RM 2021
650 Mac
2021 Akaun Komisen RM
Mac 220
RM 2021
Mac 30 Tunai
5.5 Folio
1. Lajur folio ialah satu lajur dalam lejar atau buku catatan pertama yang diisi dengan nombor rujukan
semasa proses pengeposan untuk mengeposkan catatan daripada buku catatan pertama ke lejar.
2. Lajur folio dalam lejar diisi dengan nombor rujukan buku catatan pertama dan sumber perolehan
manakala lajur folio dalam buku catatan pertama diisi dengan nombor rujukan lejar untuk menunjuk ke
mana ia telah diposkan.
3. Nombor rujukan terdiri aripada huruf nama buku dan muka surat. Sebagai contoh, Lejar MS1 ditulis
sebagai L1, Jurnal Belian ditulis sebagai JB2, buku tunai ditulis sebagai BT3 dan sebagainya.
4. Dengan itu, folio dapat mengurangkan kesilapan terlupa diposkan selain daripada digunakan untuk
mengesab sumber catatannya.
8