PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
TAJUK 3.2 T5 : PENYATA PENYESUAIAN BANK
1. Biasanya sesorang peniaga memiliki Akaun Semasa di bank sebab ia memudahkan
penerimaan dan pembayaran yang dibuat melalui cek.
2. Setiap urus niaga antara bank dan pemegang akaun/peniaga akan direkodkan oleh
peniaga dalam Buku Tunai (ruangan bank). Pihak bank akan merekod urus niaga
tersebut dalam Penyata Bank.
3. Apabila pelanggan memasukkan tunai atau cek ke dalam Akaun Semasa, pihak bank
akan mengkreditkan ke dalam akaunnya.
4. Begitu juga apabila pelanggan mengeluarkan tunai atau cek dari Akaun Semasanya,
pihak bank akan mendebitkan akaunya.
5. Buku Tunai (Akaun Bank) yang disediakan oleh pemegang akaun atau seseorang
peniaga merekodkan penerimaan dan pembayaran melalui cek dan tunai. Ringkasan
Buku Tunai adalah seperti berikut :
a) Bahagian debit : cek atau tunai diterima.
b) Bahagian kredit :cek atau tunai dibayar.
Contoh Buku Tunai :
Berikut adalah Buku Tunai (ruangan bank) Peniaga Harun bagi bulan Mei 2020.
2020 Baki b/b Buku Tunai (ruangan bank) No. Cek RM
Mei 1 Jualan RM 2020 308 410
Peniaga Sue 1 750 Mei 6 Kedai Ali Café 309 280
2 Perabot 660 13 Belian 310 360
12 Jualan 580 22 Sewa 311 450
19 Kedai Suraya 320 29 Gaji
26 790 31 Baki h/b 3 070
30 470
4 570 4 570
3 070
Jun 1 Baki b/b
6. Manakala penyata bank yang disediakan oleh bank merekodkan :
a) Ruangan debit : pembayaran oleh bank bagi pihak pemegang akaun dan
caj yang dikenakan.
b) Ruangan kredit : penerimaan oleh bank dalam bentuk tunai, cek dan
pindahan kredit bagi pihak pemegang akaunnya.
7. Tujuan pihak bank mengeluarkan penyata bank kepada pemegang akaun adalah
untuk memberitahu jumlah yang dibayar oleh bank bagi pihaknya serta caj-caj
yang dikenakan oleh bank setiap bulan.
8. Penyata bank membolehkan pemegang akaun atau peniaga :
i) Mengetahui baki wangnya pada setiap akhir bulan.
ii) Mengetahui jumlah yang sudah dibayar dan jumlah yang sudah diterima
oleh bank bagi pihaknnya.
iii) Membandingkan catatan dalam Buku Tunai dan catatan dalam Penyata
Bank.
Contoh Penyata Bank yang dihantar oleh Bank of Asia kepada Peniaga Harun bagi
bulan Mei 2004.
1
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
Bank of Asia
Penyata Bank bagi bulan Mei 2020
Tarikh Butiran No. cek Kredit Debit Baki
(RM) (RM)
2020 (RM)
Mei 1 660 1 980
Baki b/b (kt) 307 230 580 1 750
3 Cek 308 410 320 2 410
5 Deposit 309 280 790 2 000
7 Cek 310 360 110 2 580
12 Deposit 2 300
15 Cek 30 2 620
20 Deposit 2 260
24 Cek 3 050
27 Deposit 3 020
29 Caj bank 3 130
31 Dividen
9. Biasanya baki akhir Buku Tunai dan Penyata Bank dalam sesuatu bulan adalah
berbeza walaupun sepatutnya sama.
10. Contohnya ialah baki akhir Buku Tunai Syarikat Spider pada bulan Mei 2020
ialah RM3 070 manakala baki akhir Penyata Bank of Asia pula ialah RM3 130.
11. Perbezaan ini akan diselaraskan oleh peniaga melalui Penyata Penyesuaian Bank.
Sebab-Sebab Perbezaan Baki Buku Tunai dan Penyata Bank
a) Catatan telah direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum direkodkan dalan
Penyata Bank :
i. Cek belum dikemukakan atau cek belum ditunaikan
- cek yang dikeluarkan oleh peniaga untuk pembayaran.
- penerima cek menyimpan cek tersebut dan belum ditunaikan pada bulan
tersebut.
- urus niaga ini telah dikreditkan dalam Buku Tunai tetapi tidak ada catatan di
bahagian debit Penyata Bank.
- kesannya ialah baki Buku Tunai telah terkurang tetapi baki dalam Penyata bank
adalah terlebih.
ii. Deposit belum dikreditkan atau cek belum dikreditkan
- cek yang diterima oleh peniaga daripada penghutang telah didebitkan dalam
Buku Tunai tetapi masih belum dikreditkan dalam Penyata Bank.
- keadaan ini berlaku mungkin kerana cek tersebut dibankkan pada akhir bulan
atau cek dari luar yang memerlukan masa untuk dijelaskan.
- kesannya ialah baki Buku Tunai adalah lebih daripada baki Penyata bank
2
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
iii.Kesilapan catatan dalam Buku Tunai
- Contohnya cek RM123 dicatatkan sebagai RM132. Kesilapan pengiraan
mempunyai kesan terhadap baki Buku Tunai
- setiap kesilapan yang berlaku mempunyai kesan kepada Buku Tunai iaitu :
Kesilapan Pembetulan dalam
Buku Tunai
Cek yang dikeluarkan terlebih catat Debitkan
Cek yang dikeluarkan terkurang catat Kreditkan
Cek yang diterima terlebih catat Kreditkan
Cek yang diterima terkurang catat Debitkan
b) Catatan telah direkodkan dalam Penyata Bank tetapi belum direkodkan dalan
Buku Tunai :
i. Pembayaran langsung oleh bank.
- pembayaran tetap yang dilakukan oleh bank bagi pihak pelanggan yang telah
didebitkan dalam Penyata Bank. Contohnya ialah caj bank, caj buku cek,
faedah atas overdraf.
- bayaran ini telah didebitkan dalam Penyata Bank tetapi belum ada catatan
dalam bahagian kredit Buku Tunai kerana pelanggan belum mengetahuinya.
ii. Penerimaan langsung oleh bank.
- penerimaan oleh bank bagi pihak pelanggan dan telah dikreditkan dalam
Penyata Bank. Contohnya ialah dividen, faedah simpanan tetap dan pindahan
kredit.
- penerimaan wang ini telah dikreditkan terus ke dalam akaun Bank pelanggan
tanpa diberitahu terlebih dahulu.
- urus niaga ini telah dikreditkan dalam Penyata Bank tetapi belum ada catatan
dalam bahagian debit Buku Tunai kerana pelanggan belum mengetahuinya.
c) Cek tak laku/cek tak layan
- cek tak laku atau cek tak layan ialah cek yang dipulangkan oleh bank kepada
pelanggan atas sebab-sebab tertentu seperti wang yang tidak mencukupi dalam
akaun pembayar.
- cek tersebut telah didebitkan dalam Buku Tunai apabila pelanggan membuat
pembayaran dengan cek tetapi pihak bank tidak akan mengkreditkannya dalam
Penyata Bank
- cek tak laku biasanya akan ditandakan dengan perkataan ‘rujuk pesuruhbayar’
Cara Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
1. Penyata Penyesuaian Bank disediakan untuk menyelaraskan baki dalam Buku
Tunai dan Penyata Bank.
2. Penyata ini disediakan dengan mengambil kira cek belum ditunaikan dan
penerimaan langsung ditolakkan dengan cek/deposit belum dikreditkan dan
bayaran langsung.
3. Penyata Penyesuaian Bank juga boleh disediakan dengan mengemaskinikan
buku tunai terlebih dahulu.
3
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
Langkah-langkah menyediakan Penyata Penyesuaian Bank :
1. Membandingkan baki akhir Buku Tunai dan Penyata Bank.
2. Membandingkan butiran-butiran yang sama disebelah debit Buku Tunai dengan lajur
kredit dalam Penyata Bank.
3. Membandingkan butiran-butiran yang sama disebelah kredit Buku Tunai dengan lajur
debit dalam Penyata Bank.
4. Membandingkan butiran-butiran yang tidak sama dalam Buku Tunai dengan Penyata
Bank.
5. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
Kaedah Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
1) Penyata Penyesuaian Bank yang bermula dengan baki debit Buku Tunai tanpa
mengemaskinikan Buku Tunai.
Format
Penyata Penyesuaian Bank pada ……………….
RM RM
xx
Baki debit seperti dalam Buku Tunai
xx
+ Cek belum ditunaikan xx
Penerimaan langsung xx
Kesilapan cek keluar terlebih catat xx
Kesilapan cek masuk terkurang xx
- Cek/deposit belum dikreditkan xx
Bayaran langsung xx
Kesilapan cek keluar terkurang catat xx
Kesilapan cek masuk terlebih catat xx
Cek tak layan xx xx
Baki kredit seperti dalam Penyata Bank xx
2) Penyata Penyesuaian bank yang bermula dengan baki kredit Penyata Bank tanpa
mengemaskinikan Buku Tunai.
Penyata Penyesuaian Bank pada ……………….
RM RM
xx
Baki kredit seperti dalam Penyata Bank
xx
+ Cek/deposit belum dikreditkan xx
Bayaran langsung xx
Kesilapan cek keluar terkurang catat xx
Kesilapan cek masuk terlebih catat xx
Cek tak layan xx
- Cek belum ditunaikan xx
Penerimaan langsung xx
Kesilapan cek keluar terlebih catat xx
Kesilapan cek masuk terkurang xx xx
Baki debit seperti dalam Buku Tunai xx
4
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
3) Penyata Penyesuaian Bank yang bermula dengan baki Buku Tunai yang telah
dikemaskinikan :
- Buku Tunai dikemaskinikan untuk merekodkan penerimaan langsung oleh bank, bayaran
langsung melalui bank, cek tak layan serta kesilapan pengiraan dalam Buku Tunai yang asal.
- baki akhir yang baru akan diperolehi tetapi baki tersebut masih berbeza dengan baki Penyata
Bank.
- ini berlaku kerana butiran seperti cek belum dikemukakan dan deposit belum dikreditkan
masih belum dicatat dalam Penyata Bank.
- oleh itu Penyata Penyesuaian Bank perlu disediakan untuk melaraskan baki akhir Buku Tunai
yang dikemaskinikan dengan baki akhir Penyata Bank.
Buku Tunai (dikemaskinikan)
RM RM
xx
Baki b/b xx Bayaran langsung xx
Penerimaan langsung xx Cek tak layan xx
Kesilapan cek keluar terlebih Kesilapan cek keluar terkurang catat xx
xx
catat xx xx
Kesilapan cek masuk terkurang Kesilapan cek masuk terlebih catat
catat xx
Baki h/b
xx
Baki b/b xx
Penyata Penyesuaian Bank pada ………………. RM
(selepas kemaskinikan Buku Tunai) xx
RM xx
xx
Baki debit seperti dalam Buku Tunai (xx)
+ Cek belum dikemukakan/ditunaikan xx
- Deposit/cek belum dikreditkan
Baki kredit seperti dalam Penyata Bank
Overdraf bank
- Maksud overdraf bank ialah pemegang Akaun Semasa mengeluarkan atau menggunakan wang
melebihi baki akaun banknya..
- Overdraf bank ditunjukkan sebagai baki debit dalam Penyata Bank dan baki kredit dalam buku
Tunai
- Sekiranya berlaku overdraf bank, penyediaan Penyata Penyesuaian Bank mesti bermula dengan
angka negatif
- Berikut adalah format Penyata Penyesuaian Bank sekiranya berlaku overdraf.
5
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
i) Penyata Penyesuaian Bank pada ………………. RM
(selepas kemaskinikan Buku Tunai) -xx
RM xx
xx
Baki kredit seperti dalam Buku Tunai (xx)
+ Cek belum ditunaikan xx
- Cek/deposit belum dikreditkan
Baki kredit/debit seperti dalam Penyata Bank
ii) Penyata Penyesuaian Bank pada ………………. RM
(selepas kemaskinikan Buku Tunai) (xx)
RM xx
xx
Baki debit seperti dalam Penyata bank (xx)
+ Cek/deposit belum dikreditkan xx
- Cek belum ditunaikan
Baki debit/kredit seperti dalam Buku Tunai
Contoh soalan 1: Penyata Penyesuaian Bank (tanpa mengemaskini Buku Tunai).
Berikut adalah Buku Tunai (ruangan bank) Syarikat Spider bagi bulan September 2020 dan
Penyata Bank bagi bulan yang sama yang menunjukkan baki yang berbeza antara kedua-duanya.
Buku Tunai (ruangan bank)
2020 RM 2020 No. Cek RM
Sep 1 Baki b/b 2 750 Sep 5 Sykt. Toh 6001 460
8 Azam Dungun 420 12 Sykt. Say 6002 250
10 Sykt. Chee 1 020 16 Insurans 6003 400
21 Sykt. Chong 340 23 Kedai Amin 6004 560
30 Sykt. Farn 960 28 Kedai Mansor 6005 780
30 Baki h/b 3 040
5 490 5 490
Okt 1 Baki b/b 3 040
Bank of Asia
Penyata Bank bagi bulan September 2020
Tarikh Butiran Debit Kredit RM
2020
Sep 1 Baki b/b (kt) 3 100
1 Cek 6000 350 2 750
5 Sykt. Toh (Cek 6001) 460 2 290
8 Deposit : Azam Dungun 420 2 710
10 Deposit : Sykt. Chee 1 020 3 730
12 Cek : Sykt. Say (Cek 6002) 250 3 480
17 Cek 6003 400 3 080
21 Deposit : Sykt. Chong 340 3 420
23 Insuran (OAG) 520 2 900
24 Cek tak layan (Sykt. Chong) 340 2 560
28 Dividen (Sykt. Gaban) 280 2 840
30 Faedah simpanan 490 3 330(kt)
6
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank untuk melaraskan baki Buku Tunai
dan Penyata Bank tersebut.
Contoh soalan 2: Penyata Penyesuaian Bank (selepas mengemaskini Buku Tunai).
Berikut adalah Buku Tunai (ruangan bank) Syarikat Spider bagi bulan September 2002 dan
Penyata Bank bagi bulan yang sama yang menunjukkan baki yang berbeza antara kedua-duanya.
Buku Tunai (ruangan bank)
2020 RM 2020 No. Cek RM
Sep 1 6001 460
Baki b/b 2 750 Sep 5 Sykt. Toh 6002 250
8 Azam Dungun 6003 400
10 Sykt. Chee 420 12 Sykt. Say 6004 560
21 Sykt. Chong 6005 780
30 Sykt. Farn 1 020 16 Insurans
3 040
340 23 Kedai Amin
5 490
960 28 Kedai Mansor
30 Baki h/b
5 490
Okt 1 Baki b/b 3 040
Bank of Asia
Penyata Bank bagi bulan September 2020
Tarikh Butiran Debit Kredit RM
2020
Sep 1 Baki b/b (kt) 350 420 3 100
Cek 6000 460 1 020 2 750
1 Sykt. Toh (Cek 6001) 2 290
5 Deposit : Azam Dungun 250 340 2 710
8 Deposit : Sykt. Chee 400 3 730
10 Cek : Sykt. Say (Cek 6002) 280 3 480
12 Cek 6003 520 490 3 080
17 Deposit : Sykt. Chong 340 3 420
21 Insuran (OAG) 2 900
23 Cek tak layan (Sykt. Chong) 2 560
24 Dividen (Sykt. Gaban) 2 840
28 Faedah simpanan 3 330(kt)
30
Anda dikehendaki :
a) Mengemaskinikan Buku Tunai
b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2020 dengan baki Buku
Tunai yang telah dikemaskinikan.
7
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
Contoh Soalan 3 : Penyata Penyesuaian Bank dengan baki overdraf.
Buku Tunai Perniagaan Exit menunjukkan baki debit sebanyak RM400 pada 31 Disember 2020.
Baki dalam Penyata Bank menunjukkan satu jumlah yang berlainan. Setelah menyemak kedua-
dua Buku Tunai dan Penyata Bank bagi bulan Disember tahun tersebut, perbezaan berikut telah
ditemui.
i) Dividen daripada Sykt. Pan Am sebanyak RM150 diterima terus oleh bank bagi
pihak peniaga.
ii) Cek-cek yang diterima dari Sykt. Osman yang bernilai RM350 dan Sykt. Kim
RM270 belum dikreditkan oleh bank.
iii) Cek-cek yang dikeluarkan kepada Siva yang bernilai RM200 dan Kumar RM170
masih belum diserahkan kepada bank.
iv) Satu cek berjumlah RM310 daripada Syky. Tee Moon dipulangkan oleh bank dengan
perkataan ‘Rujuk kepada Penyuruhbayar’. Buku Tunai tidak merekodkan perkara ini.
v) Pada 31 Disember 2002, bank telah membayar premium insuran RM200 bagi pihak
peniaga atas perintah sedia ada dan Buku Tunai tidak mempunyai rekod atas
urusniaga ini.
vi) Bank telah mendebitkan Akaun Semasa peniaga untuk caj buku cek bernilai RM10.
Anda dikehendaki:
a) Mengemaskinikan Buku Tunai
b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2020
Jawapan 1:
Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2020
RM RM
3 040
Baki debit seperti dalam Buku Tunai
2 110
+ Cek-cek belum ditunaikan : 5 150
Kedai Amin 560 (1 820)
3 330
Kedai Mansor 780
Penerimaan langsung :
Dividen 280
Faedah simpanan 490
- Cek/deposit belum dikreditkan: 960
Sykt. Farn
Bayaran langsung: 520
Insuran 340
Cek tak layan
Baki kredit seperti dalam Penyata Bank
8
PA Ting. 5 : 3)Penyata Penyesuaian Bank
Jawapan 2: Buku Tunai (dikemaskinikan)
a)
RM 2020 RM
2020 520
Sept 30 Baki b/b 3 040 Sept 30 Insuran 340
Cek tak layan 2 950
Okt 1 Dividen 280 Baki h/b
3 810
Faedah simpanan 490
3 810
Baki b/b 2 950
b)
Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2020
RM RM
Baki debit seperti dalam Buku Tunai 2 950
+ Cek-cek belum ditunaikan :
Kedai Amin 560
Kedai Mansor 780 1 340
4 290
- Cek/deposit belum dikreditkan:
Sykt. Farn (960)
Baki kredit seperti dalam Penyata Bank 3 330
Jawapan 3: Buku Tunai (dikemaskinikan)
a)
RM 2020 RM
2020 310
Dis 31 Baki b/b 400 Dis 31 Sykt. Tee (Cek tak layan) 200
Insuran 10
2003 Dividen (Sykt. Pan Am) 150 Buku cek 30
Jan 1 Baki h/b
550
550
Baki b/b 30
b)
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2020
RM RM
Baki debit seperti dalam Buku Tunai 30
+ Cek-cek belum ditunaikan :
Siva 200
Kumar 170 370
400
- Cek/deposit belum dikreditkan:
Sykt. Osman 350
Sykt. Kim 270 620
Baki debit seperti dalam Penyata Bank (220)
TAMAT
TN HJ MZ-13052022…KETUA PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN SMKDBS-
9