The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzinbisri.gurusmkdbs, 2022-11-23 23:42:36

BAB 7 T5 - PENGELUARAN-NOTA.doc

BAB 7 T5 - PENGELUARAN-NOTA.doc

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

MODUL 7-T5-PERAKAUNAN KOS

Konsep Kos

1. Pengeluaran ialah proses menghasilkan barang siap atau produk untuk memenuhi dan
kehendak pengguna.

2. Proses untuk mengeluarkan barang-barang siap melibatkan berbagai-bagai jenis belanja
atau kos. Antaranya ialah belian bahan mentah dan bayaran upah kepada pekerja.

3. Pengiraan semua jenis kos yang terlibat dalam pengeluaran dikenali sebagai atau ‘costing’.
4. Pengekosan meliputi aktiviti mengumpulkan semua jenis belanja atau kos kepada

komponen secara teratur seperti kos bahan mentah, kos buruh dan kos overhed.
5. Kesemua perbelanjaan ini dijumlahkan dan dikenali sebagai kos pengeluaran.

Kos Pengeluaran

1. Kos Pengeluaran ialah belanja atau kos yang dikenakan untuk mengeluarkan sesuatu
barang atau produk.

2. Kos pengeluaran boleh diaplikasikan dalam sektor perkilangan, pertanian, atau pembinaan.
3. Kos pengeluaran disediakan melalui Akaun Pengeluaran atau Penyata Kos Pengeluaran.
4. Terdapat dua jenis kos yang utama dalam pengeluaran iaitu :

a) Kos Tetap

1. Kos tetap ialah kos yang tidak berubah walaupun jumlah pengeluaran bertambah
berkurang.

2. Contoh kos tetap ialah sewa kilang, insurans atas loji dan mesin kilang, cukai tanah, nilai
aset bukan semasa, gaji pengurus dan penyelia kilang.

3. Dalam jangka panjang, kos tetap mungkin akan turut meningkat apabila pengeluaarn terus
bertambah.

b) Kos Berubah

1. Kos berubah ialah kos yang berubah apabila pengeluaran berubah.
2. Kos berubah akan bertambah apabila pengeluaran bertambah dan akan berkurang apabila

pengeluaran berkurangan.
3. Contoh kos berubah ialah kos bahan mentah, kos buruh dan lain-lain belanja.

Elemen Kos Pengeluaran

1. Dalam pengeluaran sesuatu barangan, kos pengeluaran dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu kos bahan mentah, kos buruh dan kos overhed.

a) Kos Bahan Mentah

1. Kos bahan mentah ialah kos untuk membeli bahan mentah dalam pengeluaran produk.
Contohnya dalam pengeluaran roti bahan mentah yang diperlukan ialah tepung,
mentega dan gula.

2. Kos bahan yang digunakan dikira melalui rumus berikut :
< Inventori awal bahan mentah + belian bahan mentah + kos-kos belian lain – inventori
akhir bahan mentah >

3. Kos bahan mentah ialah kos berubah.

1

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

b) Kos Buruh Langsung

1. Kos buruh langsung ialah upah atau gaji yang dibayar kepada pekerja yang terlibat
secara langsung dalam pengeluaran.

2. Kos buruh langsung juga dipanggil sebagai upah langsung atau upah kilang.
3. Kos buruh langsung adalah kos berubah. Contohnya ialah gaji pekerja kilang.

c) Belanja Langsung

1. Belanja langsung adalah seperti bayaran royalti, hak cipta atau kos reka bentuk kepada
pihak-pihak lain.

2. Kos ini akan berubah apabila volum atau jumlah pengeluaran bertambah.

d) Kos Overhed

1. Kos overhed adalah kos yang tidak berkaitan secara langsung dengan proses tetapi
berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian kilang.

2. Kos overhed termasuklah gaji tak langsung (gaji yang dibayar kepada pengurus kilang
jurutera kilang, penyelia dan kakitangan pejabat), sewa kilang, insuran kilang, kadar
bayaran kilang, penyelenggaraan kilang, susut nilai loji dan mesin dan cukai tanah
kilang.

3. Secara umumnya kos overhed adalah kos tetap kecuali kadar bayaran.

e) Kerja dalam Proses (KDP)

1. Pengeluaran adalah satu proses yang berperingkat-peringkat dan berterusan.
2. Oleh itu, pada akhir tahun perakaunan pasti terdapat barang-barang yang belum siap

masih dalam proses pengeluaran.
3. Barang-barang yang belum siap dipanggil sebagai kerja dalam proses, kerja sedang

dijalankan atau barang separuh siap.
4. Pada akhir tahun perakuanan, KDP dinilai mengikut :

i) kos bahan mentah
ii) kos buruh
iii) kos overhed
5. Terdapat dua nilai bagi KDP iaitu :
i) KDP awal yang dibawa dari tahun perakaunan yang lepas
ii) KDP akhir iaitu yang dinilaikan pada akhir tahun perakaunan semasa
6. KDP awal dicampurkan dan KDP akhir ditolakkan dalam Akaun Pengeluaran

Akaun Pengeluaran

1. Akaun Pengeluaran disediakan untuk mencari kos pengeluaran atau mengira semua kos
yang terlibat dalam proses penukaran bahan mentah kepada barang siap.

2. Akaun pengeluaran boleh diaplikasikan dalam sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan
atau pembinaan.

3. Akaun Pengeluaran disediakan dalam bentuk T atau bentuk penyata.
4. Bentuk penyata dipanggil Penyata Kos Pengeluaran.

2

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Format Akaun Pengeluaran (bentuk T) untuk sektor perkilangan

(Nama perniagaan)
Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir (tarikh)

RM RM RM
xx
Kos Bahan Mentah : Akaun Perdagangan / Kos
xx
Inventori awal xx Pengeluaran

+ Belian bahan mentah Xx

- Pulangan belian (xx)

+Angkutan belian bahan Xx

mentah

Insurans bahan mentah Xx xx

xx

- Inventori akhir (xx)

Kos bahan mentah digunakan xx

+ Kos Buruh Langsung : xx
Gaji pekerja kilang xx
Belanja langsung xx

Kos Prima

+ Kos Overhed : Xx
Upah tak langsung Xx
Gaji penyelia kilang Xx
Sewa kilang Xx
Insuran kilang Xx
Kadar bayaran kilang Xx
Susut nilai loji dan mesin Xx xx
Susut nilai alat-alat kecil
xx
+ Kerja dalam proses awal xx

- Kerja dalam proses akhir xx
Kos Pengeluaran (xx)
xx

3

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Format Penyata Kos Pengeluaran

(Nama perniagaan)

Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir (tarikh)

RM RM RM
xx
Kos Bahan Mentah :

Inventori awal xx

+ Belian bahan mentah xx

- Pulangan belian xx

+Angkutan belian bahan mentah xx

Insurans bahan mentah xx xx

xx

- Inventori akhir xx

Kos bahan mentah digunakan

+ Kos Buruh Langsung : xx
Gaji pekerja kilang xx
Belanja langsung xx

Kos Prima

+ Kos Overhed : xx
Upah tak langsung xx
Gaji penyelia kilang xx
Sewa kilang xx
Insuran kilang xx
Kadar bayaran kilang xx
Susut nilai loji dan mesin xx xx
Susut nilai alat-alat kecil
xx
+ Kerja dalam proses awal xx

- Kerja dalam proses akhir xx
Kos Pengeluaran xx
xx

* Kos Prima = Kos bahan mentah + Kos buruh langsung + Belanja langsung

4

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Akaun Pengeluaran dalam Sektor Perkilangan

Contoh Soalan :

Kilang Warisan Kertas ialah sebuah kilang yang mengeluarkan kertas. Butiran berikut diambil
daripada buku kilang tersebut pada 30 Jun 2022.

Butiran RM RM
Inventori bahan mentah pada 1 Julai 2021 5 400
Inventori bahan mentah pada 30 Jun 2022 3 200 5 100
Belian bahan mentah 1 480
Pulangan keluar bahan mentah 1 170 19 900
Belanja belian bahan mentah 3 320 500
Bayaran royalti 1 670
Upah buruh langsung 1 250 4 380
Elektrik kilang 15 000
Gaji tak langsung 18 500
Belanja susutnilai mesin
Pelbagai belanja kilang 8 250
Kerja dalam proses pada 1 Julai 2021: 20 950

Bahan mentah 2 400
Buruh 8 800
Overhed
5 850
Kerja dalam proses pada 30 Jun 2022:
Bahan mentah 6 240
Buruh
Overhed

Sediakan Akaun Pengeluaran dan Penyata Kos Pengeluaran Syarikat Warisan Kertas bagi
tahun berakhir 30 Jun 2022.

5

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan : Bentuk T

Syarikat Warisan Kertas
Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2022

RM RM RM
97 590
Kos Bahan Mentah :
97 590
Inventori awal 5 450 Kos Pengeluaran

Belian bahan mentah 19 900

- Pulangan keluar (500)

19 400

+ Belanja belian bhn. mentah 4 380

23 780

29 180

- Inventori akhir bahan mentah (5 100)

Kos bahan mentah 24 080

digunakan

+ Kos Buruh Langsung : 18 500 33 500
Upah buruh langsung 15 000 57 580
Belanja langsung

Kos prima

+ Kos Overhed : 8 250 40 400
Elektrik kilang 20 950 97 980
Gaji tak langsung
Susut nilai mesin 2 400 5 850
Pelbagai belanja kilang 8 800 103 830
(6 240)
+ Kerja dalam proses awal
97 590
- Kerja dalam proses akhir

6

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan : Bentuk Penyata

Syarikat Warisan Kertas

Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2022

RM RM RM
24 080
Kos Bahan Mentah :

Inventori awal 5 450

Belian bahan mentah 19 900

- Pulangan keluar (500)

19 400

+ Belanja belian bhn. mentah 4 380

23 780

29 180

- Inventori akhir bahan mentah (5 100)

Kos bahan mentah digunakan

+ Kos Buruh Langsung : 18 500 33 500
Upah buruh langsung 15 000 57 580

Belanja langsung

Kos prima

+ Kos Overhed : 8 250 40 400
Elektrik kilang 20 950 97 980
Gaji tak langsung
Susut nilai mesin 2 400 5 850
Pelbagai belanja kilang 8 800 103 830
(6 240)
+ Kerja dalam proses awal
97 590
- Kerja dalam proses akhir

7

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Akaun Pengeluaran dalam Sektor Pertanian

1. Usahawan yang terlibat dalam bidang pertanian juga boleh mengetahui kos pengeluaran
hasilnya bagi sesuatu tempoh tertentu seperti semua kos bahan mentah yang digunakan,
kos buruh dan kos-kos overhed yang lain.

2. Maklumat kos penting untuk membantunya mengawal perbelanjaan, menetapkan harga
jualan dan mentafsirkan margin keuntungan hasil keluarannya.

Contoh Soalan :

Saripudin Mahmood ialah pemilik Syarikat SM Plantation yang menyewa sebidang tanah
untuk menjalankan projek penanaman bunga ros. Maklumat berikut dipetik daripada bukunya
pada 30 Jun 2022.

Butir Inventori Inventori 1 Jun
1 Julai 2021 (RM) 2022 (RM)
Pokok bunga ros 6 870
Racun serangga 12 600 1320
Racun rumput 960 1 100
Baja 840 960
760

Belian anak pokok bunga ros RM
Upah pekerja ladang 34 800
Sewa ladang
Kadar bayaran 6 600
Belian baja 8 600
Angkutan masuk
Kelengkapan ladang 540
Belian racun serangga 1 760
Belian racun rumput
Belanja am ladang 668
10 800

830
790
490

Maklumat tambahan :

i) Kelengkapan ladang disusutnilaikan pada kadar 10% setahun..
ii) Kadar bayaran bagi bulan Jun 2022 sebanyak RM78 masih belum dijelaskan.
iii) Angkutan masuk diagihkan sama rata untuk keempat-empat bahan.

Sediakan Penyata Kos Pengeluaran Syarikat SM Plantation bagi tahun berakhir 30 Jun 2022.

8

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan :

Syarikat SM Plantation
Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2022

Butiran Pokok Racun Racun Baja Jumlah

bunga ros serangga rumput RM
15 160
RM RM RM RM 38 180

Inventori pada 1 Julai 2021 12 600 960 840 760 167
54 008
Belian 34 800 830 790 1 760 (10 250)
43 758
Angkutan masuk 167 167 167 167
6 600
47 567 1 957 1 797 2 687 50 358

- Inventori akhir (6 870) (1 320) (1 100) (960) 10 788
61 146
Kos bahan mentah 40 697 637 697 1 727

Upah pekerja ladang

+ Belanja lain : 8 600
Sewa ladang 618
Kadar bayaran
S. nilai kelengkapan ladang 1 080
Belanja am ladang 490

Kos Pengeluaran

9

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Kos Pengeluaran dalam Sektor Perkhidmatan

1. Usahawan yang terlibat dalam bidang perkhidmatan pertanian juga boleh mengetahui kos-
kos yang dibelanjakan dalam sesuatu tempoh seperti belian bekalan, upah pekerja, kadar
bayaran, susut nilai aset bukan semasa , lesen perniagaan, sewa kedai dan sebagainya.

2. Dalam mengira kos operasi, margin keuntungan dapat ditafsirkan daripada operasi
perniagaannya.

Contoh Soalan:

Dr. Sam Rasputin mengusahakan sebuah klinik iaitu Klinik Sure Okay. Berikut adalah
maklumat tentang klinik beliau bagi tahun berakhir 30 Jun 2022.

Baki pada 1 Julai 2021: RM
Inventori ubat 2 200
Kelengkapan klinik 18 700

Urus niaga bagi tahun berakhir 30 Jun 2022: 16 720
Gaji jururawat 2 360
Kadar bayaran 6 660
Belian ubat 50
Lesen perniagaan 870
Belian kelengkapan klinik 450
Belanja penyelenggaraan klinik 810
Pelbagai insurans 1 050
Belanja am 960
Angkutan masuk
1460
Baki pada 30 Jun 2022 :
Inventori ubat

Maklumat tambahan :

i) Insuran sebanyak RM180 belum tamat tempohnya.
ii) Kadar bayaran sebanyak RM160 untuk bulan Jun 2022 masih belum dijelaskan.
iii) Kelengkapan klinik hendaklah disusutnilaikan 10% setahun..

Sediakan Penyata Kos Pengeluaran bagi Klinik Sure Okay bagi tahun berakhir 30 Jun
2022.

10

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan :

Klinik Sure Okay

Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2022

RM RM

Inventori ubat pada 1 Julai 2021 2 220

+ Belian ubat 6 660

Angkutan masuk 960

9 840

- Inventori ubat pada 30 Jun 2022 (1 460)

8 380

Gaji jururawat 16 720

25 100

+ Belanja lain :

Kadar bayaran 2 250

Lessen perniagaan 50

Belanja penyelenggaraan klinik 450

Pelbagai insurans 630

Belanja am 1 0 50

Susut nilai kelangkapan klinik 1 870 (6 570)

Kos Pengeluaran 31 670

11

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Contoh Soalan 1 : (SPM 2002)

Maklumat berikut diambil daripada buku Syarikat Reena Sofee Bhd, pengeluar barang-barang
kulit pada 30 Jun 2002.

Inventori pada 1 Julai 2001 RM RM
Bahan mentah 10 240
Kerja dalam proses (KDP) :
Bahan mentah 2 200 3 111
Buruh kilang 610 8 200
Overhed 301

Barang siap 86 856
2 415
Belian bahan mentah
Angkutan masuk bahan mentah 41 430
Upah buruh langsung 7 100
Gaji tak langsung 5 800
Gaji pekerja pejabat
Loji dan mesin 100 000
Peruntukan susut nilai loji dan mesin 19 000
Sewa 18 600
Insuran kilang 2 240
Kadar bayaran kilang 6 850
Minyak pelincir kilang 820
Inventori pada 30 Jun 2002
9 150
Bahan mentah
Kerja dalam proses (KDP) : 3 341 4 672
900 7 875
Bahan mentah 431
Buruh kilang
Overhed
Barang siap

Maklumat tambahan :

i) Insuran terdahulu RM320.
ii) Sewa dibahagikan antara kilang dan pejabat mengikut nisbah 3 : 1.
iii) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

Sediakan Penyata Kos Pengeluaran Syarikat Reena Sofee Bhd bagi tahun berakhir 30 Jun
2002.

12

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Contoh Soalan 2 : (SPM 1997)

Berikut ialah maklumat yang diambil daripada buku Syarikat Teguh, sebuah kilang kasut bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 1996.

Inventori pada 1 Januari 1996 RM RM
Bahan mentah 1 600
Kerja dalam proses (KDP) : 8 130
Bahan mentah 457
Buruh kilang 228 2 285
Overhed 6 700
Barang siap 2 550 71 890
730 2 412
Belian bahan mentah 365 5 615
Pulangan bahan mentah 1 740
Duti import bahan mentah 33 520
Angkutan masuk bahan mentah 4 775
Upah buruh kilang 3 600
Gaji tak langsung 80 000
Gaji pekerja pejabat 14 400
Loji dan mesin 1 320
Sewa bangunan 2 400
Insuran kilang 1 325
Kadar bayaran kilang
Belanja am kilang 7 650
Inventori pada 30 Disember 1996
3 645
Bahan mentah 5 100
Kerja dalam proses (KDP) :

Bahan mentah
Buruh kilang
Overhed
Barang siap

Maklumat tambahan :

i) Insuran terdahulu RM200.
ii) Sewa dan kadar bayaran dibahagikan antara kilang dan pejabat mengikut nisbah 3 : 1.
iii) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

Sediakan Akaun Pengeluaran Syarikat Teguh bagi tahun berakhir 31 Disember 1996.

13

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan 1 :

Syarikat Reena Sofee Bhd
Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2002

RM RM RM

Kos Bahan Mentah :

Inventori awal 10 240

Belian bahan mentah 86 856

Angkutan masuk b. mentah 2 415 89 271

99 511

- Inventori akhir bahan mentah (9 150)

Kos bahan mentah digunakan 90 361

+ Kos Buruh Langsung : 41 430
Upah buruh langsung 131 791

Kos prima

+ Kos Overhed : 7 100 38 740
Gaji tak langsung 13 950 170 531
Sewa kilang
Insuran kilang 1 920 3 111
Kadar bayaran kilang 6 850 173 642
Minyak pelincir kilang
Susut nilai loji dan mesin 820 (4 672
8 100 168 970
+ Kerja dalam proses awal

- Kerja dalam proses akhir
Kos Pengeluaran

14

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan 2

Syarikat Teguh
Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember 1996

RM RM RM
141 143
Kos Bahan Mentah :
141 143
Inventori awal 8 130 Kos Pengeluaran

Belian bahan mentah 72 890

Angkutan masuk b. mentah 1 740

Duti import bahan mentah 5 615

80 245

- Pulangan bahan mentah (2 412)

77 833

85 963

- Inventori akhir bahan mentah (7 650)

Kos bahan mentah 78 313

digunakan

+ Kos Buruh Langsung : 33 520
Upah buruh langsung 111 833
Kos prima

+ Kos Overhed : 4 775 30 670
Gaji tak langsung 10 800 142 503
Sewa kilang
Insuran kilang 2 200 2 285
Kadar bayaran kilang 3 570 144 788
Belanja am kilang 1 352 (3 645)
Susut nilai loji dan mesin 8 000 141 143

+ Kerja dalam proses awal

- Kerja dalam proses akhir

15

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Analisis Kos Volum Untung (Analisis Titik Pulang Modal)

1. Analisis kos volum untung atau analisis titik pulang modal (TPM) adalah kajian yang
menunjukkan perhubungan antara kos, volum (jumlah pengeluaran) dan untung pada
setiap tingkat atau aktiviti pengeluaran.

2. Analisis ini membolehkan kita menghitung jumlah unit jualan atau jumlah RM jualan di
mana jumlah hasil adalah sama dengan jumlah kos, iaitu pada titik pulang modal.

3. TPM ialah volum pengeluaran atau jualan dimana hasil jualan daripada kuantiti yang
dikeluarkan adalah sama dengan kos untuk mengeluarkan dan menjual kuantiti
tersebut.

4. Maksudnya pada peringkat pengeluaran ini, pengeluar atau firma tidak memperolehi
sebarang keuntungan atau tidak mengalami kerugian (balik modal).

5. Di bawah analisis ini, kos dan hasil pada pelbagai peringkat pengeluaran dikira supaya
TPM dapat ditentukan.

6. Sekiranya jumlah hasil yang diperoleh melebihi jumlah kos, perniagaan akan mendapat
untung.

7. Sebaliknya, jika jumlah hasil yang diperoleh adalah kurang daripada jumlah kos,
Perniagaan akan mengalami kerugian..

8. Firma menggunakan analisis TPM untuk menilai sesuatu projek perniagaan sama ada akan
menghasilkan keuntungan atau tidak.

Kegunaan Analisis Kos Volum Untung

1. Firma dapat mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada setiap peringkat
Pengeluaran atau jualan.

2. Menunjukkan jumlah jualan yang diperlukan untuk mendapat keuntungan bagi keluaran
baru atau untung sasaran.

3. Mengesan perubahan kepada keuntungan atau kerugian apabila volum/tingkat
Pengeluaran dan jualan berubah.

4. Mengesan perubahan kepada keuntungan atau kerugian apabila harga jualan atau kos
pengeluaran berubah.

5. Mengetahui jumlah pelaburan yang diperlukan untuk memulakan pengeluaran.
6. Mengkaji cara-cara mengurangkan TPM untuk mendapatkan keuntungan pada peringkat

yang lebih awal. TPM dapat dikurangkan melalui cara-cara berikut :
i) Mengurangkan kos tetap
ii) Mengurangkan kos berubah
iii) Menaikkan harga jualan
7. Untuk meneruskan pengeluaran sesuatu produk atau tidak, sesebuah firma menggunakan
kaedah TPM seperti margin caruman atau margin sumbangan iaitu lebihan harga jualan
seunit daripada kos berubah seunit dan kaedah graf TPM yang menunjukan perhubungan
diantara jumlah hasil dengan jumlah kos

16

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Menghitung TPM

a) Margin Caruman (Margin Sumbangan)

1. TPM dapat dikira dengan menggunakan formula margin caruman atau margin
sumbangan.

2. Margin caruman seunit ialah lebihan harga jualan daripada kos berubah (harga jualan
seunit - kos berubah seunit).

3. Margin caruman boleh membantu firma menampung kos tetap dan menyumbang
kepada pendapatan kendalian.

4. Ini bermakna margin caruman yang diperolehi ialah lebihan hasil jualan yang boleh
digunakan untuk menampung kos tetap selepas kos berubah ditampung.

5. Rumus margin caruman ialah :
(Margin caruman seunit = Harga Jualan seunit – Kos Berubah seunit)

6. Margin caruman juga boleh diungkapkan dalam bentuk peratus melalui rumus
berikut :
Peratus Margin caruman = Margin caruman seunit x 100
Harga jualan seunit

7. Firma boleh mendapat maklumat tentang bilangan unit yang harus dijual untuk
mendapatkan pulangan modal melalui rumus berikut :
i) TPM (unit) = Jumlah Kos Tetap
Margin caruman seunit
@ Jumlah Kos Tetap
Harga jualan seunit – Kos berubah seunit

ii) TPM (RM) = TPM (unit) x Harga jualan seunit

Contoh : Kilang A ingin mengeluarkan produk baru. Berikut adalah maklumat

yang ada iaitu :

Anggaran volum jualan 40 000 unit

Harga jualan seunit RM6.00

Kos tetap RM 40 000.00

Kos berubah seunit RM4.00

Carikan :

a) Margin caruman seunit,
b) TPM dalam unit
c) TPM dalam nilai.

17

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Penyelesaian :

a) Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
= RM6.00 – RM4.00
=RM2.00

b) TPM (unit) = RM40 000
RM2

= 20 000 unit

c) TPM (nilai) = TPM (unit) x Harga jualan seunit
= 20 000 unit x RM6.00
= RM120 000.00

*Ini bermakna jika jualan adalah 20 000 unit, firma tidak mendapat keuntungan
atau mengalami kerugian. Buktinya ialah :
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
= RM40 000 + (20 000 unit x RM4.00)
= RM120 000
Jumlah Hasil = 20 000 unit x RM6.00
= RM120 000
Jumlah Hasil = Jumlah Kos (tidak untung atau rugi)

8. Kegunaan lain kaedah TPM ialah untuk mengetahui kesan ke atas TPM sekiranya
kos tetap, kos berubah atau harga jualan juga berubah.

Contoh : Berikut adalah maklumat tentang jenis-jenis kos pengeluaran dan
harga jualan satu produk yang dikeluarkan oleh Kilang XYZ.

Kos berubah seunit = RM3.00
Harga jualan seunit = RM5.00
Jumlah kos tetap = RM30 000.00

Kirakan :

i) kos tetap berkurang 10%
ii) kos tetap bertambah 20%
iii) kos berubah seunit berkurang RM0.50
iv) kos berubah seunit bertambah RM0.40
v) harga jualan seunit dikurangkan sebanyak RM0.50
vi) harga jualan seunit dinaikkan sebanyak RM0.50

18

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Penyelesaian :

a) TPM (unit) = Jumlah Kos Tetap

Margin caruman seunit

= RM30 000
RM5 – RM3

= 15 000 unit

b) Jadual pengiraan TPM =

Situasi Kos Tetap Harga Kos Margin TPM Kesan
jualan berubah caruman (unit) ke atas
i) Kos tetap berkurang RM27 000 seunit seunit RM
10% RM5 seunit RM27 000 TPM
RM3 RM2 RM2 -
ii) Kos tetap bertambah RM36 000 RM5
20% RM3 RM2 =13 500 unit +
RM36 000
iii) Kos berubah seunit RM30 000 RM5 RM2.50 RM2.50 -
berkurang RM0.50 RM2
RM3.40 RM1.60 =18 000 unit +
iv) Kos berubah seunit RM30 000 RM5 RM30 000
bertambah RM0.40 RM3 RM1.50 +
RM2.50
v) Harga jualan seunit RM30 000 RM4.50 RM3 RM2.50 =12 000 unit -
dikurangkan RM0.50 RM30 000

vi) Harga jualan seunit RM30 000 RM5.50 RM1.60
dinaikkan RM0.50 =18 750 unit
RM30 000

RM1.50
=20 000 unit
RM30 000

RM2.50
=12 000 unit

Rumusan : Sesebuah firma boleh menambahkan keuntungannya dengan mengambil
langkah seperti mengurangkan kos tetap, menambahlan harga jualan atau
mengurangkan kos berubah seunit.

b) Merancang pengeluaran dengan menggunakan TPM

1. Sesebuah firma boleh merancang pengeluaran dan untung yang ingin diperolehi
(untung sasaran) melalui TPM.

2. Dengan menggunakan konsep margin caruman, firma boleh menghitung jumlah
pengeluaran yang ingin diperolehi bagi mencapai untung sasaran.

3. Rumus pengiraan adalah seperti berikut :

i) Jumlah pengeluaran (unit) = Kos tetap + Untung sasaran
Margin caruman seunit

ii) Jumlah pengeluaran (RM) = Kos tetap + Untung sasaran x harga jualan
Margin caruman seunit

19

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Contoh : Berikut adalah maklumat tentang jenis-jenis kos pengeluaran dan
harga jualan satu produk yang dikeluarkan oleh Kilang Alfa.

Kos tetap = RM20 000

Kos berubah seunit = RM5.00

Harga jualan seunit = RM7.50

Kirakan jumlah pengeluaran untuk mendapatkan sasaran keuntungan sebanyak
RM10 000.00

Penyelesaian :

Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit
= RM7.50 – RM5.00

= RM2.50

Jumlah pengeluaran = Kos tetap + Untung sasaran
Margin caruman seunit

= RM20 000 + RM10 000
RM2.50

= 12 000 unit
@ Nilai pengeluaran (RM) = Kos tetap + Untung sasaran x harga jualan

Margin caruman seunit
= RM20 000 + RM10 000 x RM7.50

RM2.50
= 12 000 unit x RM7.50
= RM90 000

4. Jika sesebuah firma mengetahui volum pengeluaran, sasaran untung, kos berubah
dan kos tetap, harga jualan boleh ditentukan.

Contoh : Berikut adalah maklumat tentang jenis-jenis kos pengeluaran dan

harga jualan satu produk yang dikeluarkan oleh Kilang Satira.

Kos tetap = RM48 000

Kos berubah seunit = RM5.00

Jumlah jualan = 20 000 unit

Untung sasaran = RM12 000

Kirakan harga jualan seunit.

Penyelesaian :

Andaikan X ialah harga jualan seunit
Jumlah hasil jualan = Untung sasaran + Jumlah kos berubah + Kos tetap
(20 000 unit x RMX) = RM12 000 + (20 000 unit x RM5) + RM48 000
RM20 000X = RM12 000 + RM100 000 + RM48 000
RM20 000X = RM160 000

X = RM160 00
RM20 000

X = RM8.00 seunit

20

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Rumus Tambahan :

1. Untung = Jualan – Kos berubah – Kos tetap

2. Jualan = Kos berubah + Kos tetap + Untung

3. Kos berubah = Jualan – Kos tetap – Untung

4. Kos Tetap = Jualan- Kos berubah - Untung

21

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Contoh soalan 1 : SPM 1996

Kilang Cergas Jaya telah membuat keputusan untuk mengeluarkan barang makanan. Kos-

kos yang dijangkakan adalah seperti berikut :

RM

Mesin dan alatan 200 000.00

Sewa bangunan 10 000.00

Kos tetap lain 6 000.00

Kos berubah seunit 3.00

Kos tetap diandaikan malar. Harga jualan yang dicadangkan ialah RM 5.00 seunit.

Anda dikehendaki menghitung :
i) titik pulang modal syarikat tersebut.
ii) keuntungan atau kerugian jika pengeluaran adalah 99 500 unit.

iii) jumlah unit keluran yang diperlukan untuk mencapai keuntungan RM64 800.
iv) titik pulang modal yang baru jika kos berubah seunit bertambah sebanyak

RM0.50 tetapi harga jualan tidak berubah.

Contoh soalan 2 : SPM 1999

Jadual berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Kilang Perabot Wan
Perkasa pada pelbagai tingkat keluaran.

Unit Keluaran Jumlah Kos Jumlah Hasil
RM
0 128 000 0
1 000 208 000 120 000
2 000 288 000 240 000
3 000 368 000 360 000

Kos tetap diandaikan malar.

Anda dikehendaki menghitung :
i) kos berubah seunit.
ii) harga jualan seunit

iii) titik pulang modal pengeluaran tersebut
iv) jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM30 000
v) diandaikan dalam jangka masa panjang, kos tetap menurun 10% tetapi kos berubah

dan harga jualan seunit tidak berubah, hitungkan titik pulang modal yang baru.

22

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Contoh soalan 3 : SPM 2001

Encik Hayyam bercadang untuk menjadi pengeluar makanan ayam bermula 1 Januari 2001.

Berikut adalah maklumat daripada kajian yang beliau telah jalankan:

RM

Sewa premis setahun 3 600.00

Jumlah kos berubah untuk 20 000 kilogram keluaran 24 000.00

Susut nilai mesin dan jentera setahun 1 500.00

Harga jualan sekilogram keluaran 1.70

Kos tetap diandaikan malar sepanjang tahun itu.

Anda dikehendaki menghitung :
i) jumlah kos tetap
ii) kos berubah sekilogram

iii) titik pulang modal
iv) keuntungan atau kerugian jika syarikat mengeluarkan 20 000 kilogram keluaran
v) titik pulang modal yang baru jika kos berubah adalah RM1.30 sekilogram manakala

kos dan hasil lain tidak berubah

23

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan soalan 1:
i) TPM = Jumlah Kos Tetap

Margin caruman seunit
= RM216 000

RM2
= 108 000 unit
ii) Jika pengeluaran ialah 99 500 unit,
Keuntungan yang diperolehi = (Jumlah keluaran x Margin caruman) – Kos tetap

= (99 500 unit x RM2) – RM216 000
= -RM17 000 (rugi)
iii) Jumlah unit keluaran untuk memperolehi untung RM64 800 =
= Kos tetap + Untung sasaran

Margin caruman seunit
= RM216 000 + RM64 800

RM2
= 140 400 unit
iv) TPM baru = Jumlah Kos Tetap
Margin caruman seunit
= RM216 000
(RM5 – RM3.50)
= 144 000 unit

24

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan soalan 2:
i) Kos berubah seunit = RM208 000 –RM108 000

1 000 – 0
= RM80 000

1 000
= RM80
ii) Harga jualan seunit = Jumlah hasil

Unit keluaran
= RM120 000

1 000
= RM120
iii) Titik pulang modal = RM128 000

RM40
= 3 200 unit
@ RM120 x 3 200 unit = RM384 000
iv) Jumlah unit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM30 000
= Kos tetap + Untung sasaran

Margin caruman seunit
= RM128 000 + RM30 000

RM40
= 3 950 unit
v) Kos tetap = RM128 000 – 10%
= RM128 000 – RM12 800
= RM115 200
TPM = RM115 200
RM40
= 2 880 unit
@ RM120 x 2 880 unit = RM345 600

25

PA Ting .5: MODUL 7 T5 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Jawapan soalan 3:

i) Jumlah kos tetap = RM3 600 + RM1 500
= RM5 100

ii) Kos berubah sekilogram = RM24 000
20 000 kg

= RM1.20

iii) Titik pulang modal = RM5 100
RM0.50

= 10 200 unit
@RM1.70 x 10 200 unit = RM12 240

iv) Jika syarikat mengeluarkan 20 000 kilogram keluaran :

RM1.70 x 20 000 = RM34 000

TPM RM1.70 x 10 200 = RM17 340
Untung =(RM34 000 – RM17340) = RM16 660

v) Titik pulang modal yang baru jika kos berubah adalah RM1.30 sekilogram :
TPM (baru) = RM5 100
RM0.40
= 12 750 unit
@ 12 750 unit x RM1.70 = RM21 675

TAMAT

26


Click to View FlipBook Version