The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzinbisri.gurusmkdbs, 2021-09-16 23:51:08

BAB 2 T4-NOTA- PERSAMAAN PERAKAUNAN.doc

BAB 2 T4-NOTA- PERSAMAAN PERAKAUNAN.doc

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

Persamaan Perakaunan

- Persamaan perakaunan menunjukkan hubungan antara aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.
- Dalam sesebuah perniagaan, jumlah aset harus sama dengan jumlah liabiliti campur dengan

ekuiti pemilik.
- Persamaan perakaunan boleh diringkaskan seperti berikut : Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja

- Menurut persamaan perakaunan, jumlah asset mesti sama dengan jumlah liability campur dengan
ekuiti pemilik.
- Keseimbangan ini akan sentiasa dikekalkan walaupun urus niaga perniagaan yang berlaku akan
mengubah kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

- Kedudukan akhir aset, liabiliti dan ekuiti pemilik akan ditunjukkan dengan menyediakan Kunci Kira-
Kira.
- Setiap perubahan yang berlaku ditunjukkan dalam Jadual Persamaan Perakaunan.
- Perubahan-perubahan yang berlaku adalah melibatkan :

i. Aset bertambah, ekuiti pemilik bertambah

Contoh : Berikut adalah urus niaga peniaga Daniel sepanjang bulan Disember 2021.
Urus niaga 1 : Peniaga Daniel memulakan perniagaan Kedai Runcit Daniel dengan pelaburan

tunai RM30 000 sebagai modal.
Kesannya : Aset (tunai) bertambah RM30 000, E. Pemilik (modal) bertambah RM30 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) E. Pemilik (RM)
Niaga Modal
Tunai +30 000
(1)
+30 000 -

ii. Aset bertambah, aset berkurangan, liabiliti bertambah

Urus niaga 2 : Peniaga Daniel membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan
berharga RM25 000. beliau membayar tunai RM5 000 sebagai pendahuluan
dan bakinya akan dijelaskan dengan pinjaman daripada syarikat kewangan.

Kesannya : Aset (kenderaan) bertambah RM25 000, Aset (tunai) berkurangan RM5 000,
Liabiliti (bertambah) RM25 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) E. Pemilik (RM)
Niaga Modal
Tunai Kenderaan Pinjaman +30 000
(1)
(2) +30 000 30 000
Jumlah
-5 000 +25 000 +20 000

25 000 25 000 20 000

1

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

iii. Aset bertambah, liabiliti bertambah

Urus niaga 3 : Peniaga Daniel membeli perabot bernilai RM2 000 daripada Syarikat Ska
secara kredit.

Kesannya : Aset (perabot) bertambah RM2 000, Liabiliti (akaun belum bayar) bertambah RM2 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +2 000 +20 000 + 2 000
Jumlah 25 000 2 000 20 000 2 000
25 000

iv. Aset berkurangan, aset bertambah

Urus niaga 4 : Peniaga Daniel membuka satu Akaun Semasa dan memasukkan tunai
sebanyak RM20 000 ke dalam akaunnya.

Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM20 000, Aset (bank) bertambah RM20 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Kenderaan Perabot Pinjaman Pemiutang +30 000
(1) +30 000
(2) -5 000 +20 000 +25 000 +2 000 +20 000 + 2 000 30 000
(3) 20 000 25 000 2 000 20 000 2 000
(4) -20 000
Jumlah 5 000

Urus niaga 5 : Peniaga Daniel membeli barang niaga bernilai RM3 000 secara tunai.
Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM3 000, Aset (inventori) bertambah RM3 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1)
(2) +30 000 belum bayar 30 000
(3) -5 000
(4) +25 000 +20 000
(5) -20 000 25 000
Jumlah -3 000 +2 000 + 2 000
2 000 2 000
+20 000 +3 000 2 000 20 000
20 000 3 000

2

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

v. Aset berkurangan, liabiliti berkurangan

Urus niaga 6 : Peniaga Daniel menjelaskan semua hutang akaun belum bayarnya dengan cek.
Kesannya : Aset (bank) berkurang RM2 000, Liabiliti (akaun belum bayar) berkurang RM2 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +20 000
(4) 25 000
(5) -20 000 +2 000 + 2 000
(6) -3 000
Jumlah +20 000 +3 000 2 000 20 000 -2 000
2 000 3 000 0
-2 000
18 000

Urus niaga 7 : Peniaga Daniel menjual sebahagian daripada perabotnya bernilai RM500 dan

menerima sekeping cek.dengan cek.
Kesannya : Aset (perabot) berkurang RM500, Aset (bank) bertambah) RM500

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +20 000
(4) 25 000
(5) -20 000 +2 000 + 2 000
(6) -3 000
(7) +20 000 +3 000 -500 20 000 -2 000
Jumlah 2 000 3 000 1 500 0
-2 000
+500
18 500

Rumusan : Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk menunjukkan baki akhir aset, liabiliti dan
ekuiti pemilik.

Kedai Runcit Daniel

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021

Aset Bukan Semasa RM RM Ekuiti Pemilik RM

Kenderaan 25 000 Modal 30 000

Perabot 1 500 26 500

Liabiliti Bukan Semasa

Aset Semasa Pinjaman 20 000

Inventori 300

Tunai 18 500

Bank 2 000 23 500

50 000 50 000

3

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja

- Sekiranya hasil dan belanja diambil kira dalam persamaan perakaunan, maka persamaan yang
wujud ialah : Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja.

- Jika hasil perniagaan melebihi belanja, maka untung bersih akan diperolehi.

- Jika hasil perniagaan kurang daripada belanja, maka rugi bersih akan diperolehi.
- Contoh adalah berdasarkan urus niaga Peniaga Daniel.

Urus niaga 8 : Peniaga Daniel membayar belanja runcit sebanyak RM120 secara tunai.
Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM120, Belanja (Ekuiti pemilik) berkurang RM120

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1)
(2) +30 000 belum bayar -120
(3) -5 000 30 000
(4) +25 000 +20 000
(5) -20 000
(6) -3 000 +2 000 + 2 000
(7) -2 000
(8) -120 +20 000 +3 000
Jumlah 2 000
-2 000 -500
+500

18 500 3 000 25 000 1 500 20 000 0

Urus niaga 9 : Peniaga Daniel menerima komisen berjumlah RM300 dalam bentuk cek.
Kesannya : Aset (bank) bertambah RM300, Hasil (Ekuiti pemilik) bertambah RM300

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) +30 000 belum bayar
(2) -5 000 -120
(3) -20 000 +25 000 +20 000 +300
(4) -3 000 30 000
(5) +2 000 + 2 000
(6) -120 -2 000
(7) +20 000 +3 000
(8) 2 000
(9) -2 000 -500
Jumlah +500

+300 3 000 25 000 1 500 20 000 0
18 500

4

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

Urus niaga 10 : Peniaga Daniel menjual inventori bernilai RM800 dengan harga RM1 200 dan

menerima sekeping cek Bernilai RM1 200 daripada pembeli.dalam bentuk cek.

Kesannya : Aset (bank) bertambah RM1 200, Aset (inventori) berkurang RM800, Untung (Ekuiti

pemilik) bertambah RM400

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Tunai Modal
Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
belum bayar
-120
(1) +30 000 +300
+400
(2) -5 000 +25 000 +20 000 30 580

(3) +2 000 + 2 000

(4) -20 000 +20 000

(5) -3 000 +3 000

(6) -2 000 -2 000

(7) +500 -500

(8) -120

(9) +300

(10) +1 200 -800

Jumlah 1 880 20 000 2 200 25 000 1 500 20 000 0

Penyata Kedudukan Kewangan yang baru perlu disediakan untuk menunjukkan kesan hasil dan belanja
kepada persamaan perakaunan.

Kedai Runcit Daniel
Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2021

Aset Bukan Semasa RM RM Ekuiti Pemilik RM
30 000
Kenderaan 25 000 Modal 580
Perabot
1 500 26 500 + Untung bersih 30 580

Aset Semasa 2 200 Liabiliti Bukan Semasa 20 000
Inventori 1 800 Pinjaman 50 580
Tunai
Bank 20 000 24 080
50 580

5

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

Contoh Soalan 1 : SPM 2004

Nurul Ain Enterprise ialah sebuah perniagaan milikan tunggal. Berikut ialah baki aset dan liabiliti perniagaan

tersebut pada 31 Julai 2004. RM

Alatan Pejabat 3 000

Inventori 16 500
Akaun belum terima 4 400
Bank 6 700
Modal 25 000
Akaun belum bayar 5 600

Urus niaga dalam bulan Ogos 2004 adalah seperti berikut :
i) Membeli sebuah mesin pencetak secara tunai RM150.

ii) Menerima dua cek berjumlah RM1 200 daripada akaun belum terima.
iii) Membeli barang niaga secara kredit RM1 800.
iv) Sekeping cek bernilai RM250 yang diterima daripada akaun belum terima tidak dilayan oleh bank.
v) Inventori pada harga kos RM4 575 dijual secara kredit pada harga RM7 675.

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada
31 Ogos 2005.
(Tunjukkan jalan kerja )

Contoh Soalan 2 : SPM 1997

Perniagaan Sabar
Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 1997

Aset : RM Ekuiti Pemilik : RM

Premis 64 000 Modal 80 000

Alatan pejabat 5 670 + Untung bersih 12 703

Akaun belum terima 4 200 92 703

Inventori akhir 16 400

Bank 10 660 Liabiliti :

Pemiutang 8 220

100 930 100 930

Perkara berikut belum diambilkira semasa menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan di atas.

i) Membeli satu set computer dengan cek RM4 200.
ii) Mengeluarkan cek RM4 750 kepada akaun belum bayar dan terima diskaun RM250.
iii) Pemilik membawa masuk kenderaan kepunyaan sendiri bernilai RM22 000 ke dalam perniagaan.
iv) Menjual 10% daripada inventori kepada Encik Nagarajah dengan harga RM2 050.
v) Wujudkan peruntukan hutang ragu 2% atas akaun belum terima .

Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan yang baru pada 30 April 1997 selepas mengambilkira semua urus
niaga di atas.
(Semua pengiraan hendaklah ditunjukkan)

6

PA Ting. 4: BAB 2 T4-PERSAMAAN PERAKAUNAN

Jawapan 1 : Nurul Ain Enterprise

Aset Bukan Semasa Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2004
Alatan pejabat
RM RM Ekuiti Pemilik RM
Aset Semasa 25 000
Inventori akhir 3 150 Modal 3 100
Akaun belum terima 28 100
Bank + Untung bersih
7 400
13 725 Liabiliti Semasa 35 500
11 125 32 350 Akaun belum bayar
7 500 RM
35 500 80 000
22 000
Pengiraan : : RM3 000 + 150 = RM3 150 13 238
i) Alatan pejabat 115 238
: RM16 500 + 1 800 – 4 575 = RM13 725
ii) Inventori 3 227
iii) Akaun belum terima : RM4 400 – 1 200 + 250 + 7 675 = RM11 125
iv) Bank 118 465
v) Akaun belum bayar : RM6 700 + 1 200 – 150 – 250 = RM7 500
vi) Untung
: RM5 600 + 1 800 = RM7 400

: RM7 675 – 4 575 = RM3 100

Jawapan 2 : Perniagaan Sabar

Aset Bukan Semasa Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 1997
Premis
Alatan pejabat RM RM Ekuiti Pemilik
Kenderaan
64 000 Modal

9 870 + Modal Tambahan

22 000 95 870 Untung bersih

Aset Semasa 6 250 14 760 Liabiliti Semasa
(125) Akaun belum bayar
Inventori akhir 6 125
Akaun belum terima 1 710
- Peruntukan Hutang Ragu 118 465
Bank

Pengiraan :

j) Alatan pejabat : RM5 670 + 4 200 = RM9 870

ii) Inventori : RM16 400 – 1 640 = RM14 760

iii) Akaun belum terima : RM4 200 + 2 050 = RM6 250

iv) Peruntukan Hutang Ragu : RM6 250 x 5% = RM125

iv) Bank : RM10 660 – 4 200 – 4750 = RM1 710

v) Akaun belum bayar : RM8 227 - 5 000 = RM3 227

vi) Untung : RM12 703 + 250 + 410 - 125 = RM13 238

7


Click to View FlipBook Version