PA Ting. 5 : MODUL 3-Belanjawan Tunai
MODUL 3:T5-
3.2 BELANJAWAN TUNAI
1. Belanjawan Tunai ialah satu anggaran pendapatan atau aliran tunai yang
masuk/diterima dan perbelanjaan atau aliran tunai yang keluar/dibayar
sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh.
2. Belanjawan Tunai biasanya disediakan oleh sesebuah badan perniagaan untuk
tempoh tiga bulan, enam bulan atau satu tahun.
3. Belanjawan Tunai tidak melibatkan urusniaga secara kredit atau hutang.
Kegunaan Belanjawan Tunai
1. Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan untuk
mengendalikan perniagaan pada masa depan dan tindakan yang boleh diambil
untuk memastikan tunai yang mencukupi apabila diperlukan.
2. Melalui Belanjawan Tunai juga, perniagaan dapat mengenal pasti kekurangan
tunai. Oleh yang demikian, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk
mengatasi kekurangan tersebut seperti memohon pinjaman.
3. Belanjawan Tunai juga membolehkan pihak pengurusan membuat rancangan
terhadap perbelanjaan modal seperti membeli aset bukan semasa.
4. Melalui Belanjawan Tunai juga dapat mengukur unjuran prestasi kewangan
sesebuah syarikat bagi sesuatu tempoh.
5. Sesebuah syarikat boleh menggunakan Belanjawan Tunai untuk membuat
perancangan membeli aset bukan semasa pada masa hadapan.
6. Belanjawan Tunai juga diperlukankan oleh pihak bank atau peminjam yang lain
sekiranya seseorang peniaga ingin memohon pinjaman kewangan.
Langkah-Langkah penyediaan Belanjawan Tunai
1. Mulakan dengan baki awal wang tunai bulan terdahulu atau melalui modal yang
ada (bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan)
2. Mencampurkan semua anggaran pendapatan atau penerimaan tunai pada bulan
semasa.
3. Contoh penerimaan tunai atau tunai masuk ialah :
- modal awal
- jualan barang niaga
- jualan aset lama secara tunai
- yuran masuk
- yuran pendaftaran
- pembayaran oleh akaun belum terima
- pinjaman wang
- dividen diterima
- hasil daripada aktiviti perniagaan.
1
PA Ting. 5 : MODUL 3-Belanjawan Tunai
4. Menolak semua anggaran perbelanjaan atau tunai yang dibayar pada bulan
semasa/pembayaran tunai.
5. Contoh pembayaran tunai atau tunai keluar ialah :
- belian barang niaga
- pembayaran kepada akaun belum bayar atau pembekal
- belanja Am,
- lain-lain belanja seperti gaji, insuran, kadar bayaran
- belian aset bukan semasa
- ambilan tunai
- bayaran balik pinjaman
6. Baki yang diperolehi adalah baki akhir wang tunai pada akhir bulan semasa.
7. Baki akhir bulan pertama akan menjadi baki awal bulan kedua dan seterusnya.
Format Belanjawan Tunai :
Format A
Nama Perniagaan
Belanjawan Tunai bagi ……………………………………
Butiran Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3
(RM) (RM) (RM)
A) Baki Awal xx xx xx
B) Penerimaan : xx xx xx
xx xx xx
C) Pembayaran : xx xx xx
xx xx xx
D) Lebihan/Kurangan (B-C) xx xx xx
E) Baki Akhir (A+D) xx xx xx
*Baki akhir bulan 1 akan dibawa ke bulan 2 dan baki akhir bulan 2 akan
dibawa ke bulan 3
*Belanjawan Tunai bagi sesebuah syarikat yang akan memulakan perniagaan
tidak mempunyai baki awal tetapi yang wujud adalah modal.
2
PA Ting. 5 : MODUL 3-Belanjawan Tunai
Format B
Nama Perniagaan
Belanjawan Tunai bagi ……………………………………
Butiran Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3
(RM) (RM) (RM)
Baki Awal xx xx xx
A) Penerimaan : xx xx xx
xx xx xx
B) Pembayaran : xx xx xx
xx xx xx
C) Baki Akhir (A-B) xx xx xx
*Baki akhir bulan 1 akan dibawa ke bulan 2 dan baki akhir bulan 2 akan
dibawa ke bulan 3
*Belanjawan Tunai bagi sesebuah syarikat yang akan memulakan perniagaan
tidak mempunyai baki awal tetapi yang wujud adalah modal.
Contoh Soalan 1 : Belanjawan Tunai untuk sektor Dagangan
Lim Tat adalah pemilik Kedai Runcit Lim Tat membekalkan maklumat yang berikut pada
1 Januari 2020.
i) Beliau mempunyai baki tunai di bank RM15 000 pada 1 Januari 2020.
ii) Anggaran jualan bagi 3 bulan pertama tahun 2020 adalah seperti berikut:
Januari RM22 000
Februari RM20 000
Mac RM24 000
Semua jualan diberikan satu bulan kredit. Penghutang pada 31 Disember
2019 ialah RM18 000.
iii) Anggaran belian bagi 3 bulan pertama tahun 2020 adalah seperti berikut:
Januari RM18 000
Februari RM19 000
Mac RM21 000
Semua belian mendapat satu bulan kredit. Pemiutang pada 31 Disember 2019
ialah RM20 000.
iv) Pembayaran tunai setiap bulan termasuk :
RM
Upah 1 200
Sewa kedai 400
Pengangkutan 300
Kadar bayaran 250
Belanja am 120
v) Pada bulan Mac pemilik merancang untuk membeli sebuah mesin bernilai
RM5 000.
vi) Ambilan tunai setiap bulan dianggarkan RM200.
Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai untuk Kedai Runcit Lim Tat bagi
bulan Januari hingga Mac tahun 2020.
3
PA Ting. 5 : MODUL 3-Belanjawan Tunai
Contoh Soalan 2 : Belanjawan Tunai untuk sektor Perkhidmatan.
Encik Supayya, ingin membuka sebuah pusat tuisyen yang diberi nama Pusat Tuisyen
Pasti Lulus. Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperolehi daripada beliau.
i) Modal pada 1 Julai 2020 ialah RM10 000.
ii) Anggaran bilangan pelajar :
Julai 500 pelajar
Ogos 650 pelajar
September 800 pelajar
iii) Yuran bulanan pelajar ialah dikenakan RM30 sebulan. Yuran dibayar pada
setiap awal bulan.
iv) Yuran pendaftaran ialah RM15 bagi setiap pelajar baru. Tambahan dalam
bilangan pelajar dianggap sebagai pelajar baru.
v) Gaji guru tuisyen adalah 70% daripada yuran pelajar yang dibayar pada
akhir setiap bulan.
vi) Pemilik pusat tuisyen ini merancang untuk membeli alat pendingin hawa
bernilai RM3 500 pada bulan Ogos. RM2 000 dibayar sebagi wang
pendahuluan dan bakinya akan dijelaskan pada bulan berikutnya.
vii) Anggaran belanja bulanan :
RM
Kadar bayaran 500
Gaji kerani 360
Alat tulis 100
Percetakan 150
Sewa 600
Belanja Am 250
Semua belanja akan dibayar pada setiap hujung bulan.
Anda dikehendaki membantu Encik Supayya untuk menyediakan Belanjawan
Tunai bagi Pusat Tuisyen Pasti Lulus bagi 3 bulan berakhir September 2020.
4
PA Ting. 5 : MODUL 3-Belanjawan Tunai
Jawapan 1
Kedai Runcit Lim Tat
Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31Mac 2020
Butiran Januari Februari Mac
RM RM RM
A) Baki awal 15 000 10 530 12 060
Penerimaan:
Akaun belum terima 18 000 22 000 20 000
33 000 32 530 32 060
B) Pembayaran :
Akaun belum bayar 20 000 18 000 19 000
Upah 1 200 1 200 1 200
Sewa kedai 400 400 400
Pengangkutan 300 300 300
Kadar bayaran 250 250 250
Belanja am 120 120 120
Belian mesin - - 5 000
Ambilan 200 200 200
22 470 20 470 26 470
C) Baki akhir (A-B) 10 530 12 060 5 590
Jawapan 2
Pusat Tuisyen Pasti Lulus
Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 September 2020
Butiran Julai Ogos September
RM RM RM
A) Baki awal - 20 040 23 180
Penerimaan:
Modal 10 000 - -
Yuran tuisyen 15 000 19 500 24 000
Yuran pendaftaran 7 500 2 250 2 250
32 500 40 790 49 430
B) Pembayaran :
Gaji guru 10 500 13 650 16 800
Kadar bayaran 500 500 500
Gaji kerani 360 360 360
Alat tulis 100 100 100
Percetakan 150 150 150
Sewa 600 600 600
Belanja Am 250 250 250
Alat pendingin hawa - 2 000 1 500
12 460 17 610 20 260
C) Baki akhir (A-B) 20 040 23 180 29 170
5