PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
MODUL 4.1 T5-PERKONGSIAN
10.1 Perniagaan Perkongsian
1. Perkongsian adalah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 2
orang pekongsi dan maksima 20 orang pekongsi.
2. Bagi perniagaan yang memberikan perkhidmatan professional seperti akauntan,
peguam dan doktor, bilangan maksima pekongsi yang dibenarkan ialah 50 orang.
3. Perkongsian berbeza dengan perniagaan milikan tunggal.
4. Terdapat 2 jenis rakan kongsi :
a) Rakan kongsi aktif : mengambil bahagian dengan cergas dalam pngurusan dan
pentadbiran perniagaan.
b) Rakan kongsi lelap : hanya menyumbangkan modal tetapi tidak mengambil
bahagian dalam pengurusan perniagaan.
5. Dalam perniagaan perkongsian, ekuiti pemilik atau modal disumbangkan oleh setiap
pekongsi.
6. Perniagaan perkongsian mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut :
i) Pekongsi dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
ii) Risiko ditanggung bersama antara pekongsi.
iii) Persaingan antara peniaga dapat dikurangkan.
10.1.1 Perbandingan ciri-ciri perniagan perkongsian dengan perniagaan milikan
tunggal.
Perkongsian Ciri-ciri Milikan Tunggal
2 hingga 20 pekongsi kecuali Bilangan pemilik Seorang pemilik
bagi badan profesional
Disumbangkan oleh setiap Modal Disumbangkan sepenuhnya
pekongsi Untung atau rugi oleh pemilik
Dibahagikan antara pekongsi Untung rugi dimiliki atau
mengikut kaedah tertentu Liabiliti ditanggung sendiri
Terhad Hayat entiti Tidak terhad
Perkongsian akan dibubarkan Perniagaan tamat jika
jika salah seorang pekongsi Cukai dikenakan pemilik meninggal dunia
bankrap, meninggal dunia atau atau perniagaan ditutup
atas persetujuan bersama
Cukai pendapatan Cukai pendapatan
perseorangan perseorangan
10.1.2 Ikatan Perkongsian
1. Sebelum perniagaan perkongsian dimulakan, pekongsi-perkongsi perlu membuat satu
ikatan perkongsian.
2. Tujuan Ikatan Perkongsian ialah :
a) Untuk mengelakkan salah faham yang mungkin timbul antara pekongsi-pekongsi
pada masa hadapan.
b) Untuk memastikan setiap pekongsi memainkan peranan seperti yang dinyatakan
dalam perjanjian.
3. Syarat-syarat dalam Ikatan Perkongsian adalah seperti berikut :
a) Nama firma perkongsian, jumlah pekongsi dan tempoh perkongsian akan
1
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
dijalankan.
b) Jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi.
c) Cara untung atau rugi dibahagikan.
d) Gaji, elaun atau bonus yang dibayar kepada mana-mana pekongsi yang aktif.
e) Jumlah tunai atau barang-barang yang boleh dikeluarkan oleh setiap pekongsi
untuk kegunaan peribadi/ambilan.
f) Kadar faedah atas modal, ambilan dan pinjaman yang perlu dikenakan atau diberi
kepada pekongsi.
g) Bidang kuasa pekongsi.
10.1.3 Akta Perkongsian 1961
1. Jika pekongsi tidak membuat ikatan perkongsian, mereka mesti mematuhi
peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkongsian 1961.
2. Berikut adalah sebahagian peruntukan yang terdapat dalam Akta Perkongsian 1961.
a) Segala untung atau rugi haruslah dibahagikan sama rata antara pekongsi
mengambil kira jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi.
b) Tiada faedah yang dibayar atas modal.
c) Tiada faedah dikenakan atas ambilan.
d) Pekongsi tidak berhak menerima gaji, elaun atau bonus.
e) Faedah 8% perlu dibayar ke atas pinjaman daripada pekongsi.
f) Setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan.
g) Sesiapapun tidak boleh diterima masuk sebagai rakan kongsi tanpa persetujuan
setiap pekongsi yang lain.
10.2 Ekuiti Pemilik
1. Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi tanpa had atau sekatan.
2. Setiap pekongsi disediakan satu Akaun Modal dan satu Akaun Semasa.
3. Tambahan modal yang dibawa masuk oleh setiap pekongsi perlu direkodkan.
4. Biasanya Akaun Modal disediakan melalui kaedah modal tetap iaitu jumlah modal
awal akan tetap sama dan kongsi untung atau rugi dipindahkan ke akaun Semasa.
Akaun Modal
Format Akaun Modal Pekongsi RM
RM xx
Baki b/b xx
Tunai/Bank xx
10.2.1 Akaun Semasa Pekongsi
1. Akaun Semasa ialah satu tambahan kepada Akaun Modal.
2. Akaun Semasa mesti disediakan untuk setiap pekongsi.
3. Akaun Semasa merekodkan butiran yang akan menambahkan dan mengurangkan
modal.
4. Butiran yang akan menambahkan modal adalah apa yang dibayar oleh perkongsian
kepada pekongsi. Contohnya ialah faedah atas modal, faedah atas pinjaman, gaji,
2
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
bonus dan kongsi untung.
5. Semua butiran ini akan dikreditkan dalam Akaun Semasa dan didebitkan dalam
Akaun Pengasingan Untung Rugi.
6. Butiran yang akan mengurangkan modal adalah apa yang dibayar oleh pekongsi
kepada perkongsian. Contohnya ialah ambilan, faedah atas ambilan dan kongsi rugi
(jika ada)
7. Semua butiran ini akan didebitkan dalam Akaun Semasa dan dikreditkan dalam
Akaun Pengasingan Untung Rugi.
8. Akaun Semasa yang mempunyai baki debit menunjukkan pekongsi berhutang dengan
perkongsian.
9. Akaun Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang
dengan pekongsi.
Format Akaun Semasa Pekongsi
RM RM
Ambilan xx Baki b/b xx
Faedah atas ambilan xx Gaji (belum bayar) xx
Bahagian rugi** xx Faedah atas pinjaman (belum xx
bayar)
Baki h/b xx Faedah atas modal xx
Bonus (belum bayar) xx
Bahagian untung xx
(Baki h/b)** xx
xx xx
**jika perkongsian mengalami kerugian
3
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.3 Akaun Penamat
10.3.1 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Perkongsian.
1. Disediakan untuk mengetahui untung atau rugi bersih perkongsian bagi sesuatu
tempoh perakaunan.
2. Formatnya adalah hampir sama seperti Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
milikan tunggal
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir…………………
RM RM
Jualan xx
- Pulangan jualan (xx)
Jualan bersih xx
- Kos jualan :
Inventori Awal xx
+ Belian xx
Angkutan masuk xx
xx
- Inventori akhir (xx)
Kos jualan xx
Untung kasar xx
+ Sewa diterima xx
Komisen diterima xx
xx
- Belanja :
Gaji pekerja xx
Bonus xx
Faedah atas pinjaman xx
Pelbagai belanja xx (xx)
Untung/rugi bersih xx
+ Faedah atas ambilan :
xx
Pekongsi A xx xx
Pekongsi B
xx
Gaji tahunan :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Bonus/Elaun :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Faedah atas modal :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Pembahagian untung :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
xx
4
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.3.2 Akaun Pengasingan Untung Rugi
1. Akaun Pengasingan Untung Rugi disediakan selepas Akaun Perdagangan dan
Untung Rugi
2. Tujuannya ialah untuk menunjukkan pembahagian untung atau rugi perniagaan di
antara semua pekongsi.
3. Disebelah kredit ialah hasil bagi perkongsian atau belanja bagi pekongsi.
4. Disebelah debit ialah belanja bagi perkongsian atau hasil bagi pekongsi.
5. Akaun Pengasingan Untung Rugi juga boleh disediakan dalam bentuk penyata.
Format
Akaun Pengasingan Untung Rugi
bagi tahun berakhir ……………….
*Faedah atas modal : RM RM RM RM
Pekongsi A Untung bersih xx
Pekongsi B xx
xx xx xx
xx xx
*Gaji : *Faedah atas xx
Pekongsi A xx xx
Pekongsi B xx ambilan :
xx
xx xx Pekongsi A
Pekongsi B
*Bonus : *Bahagian rugi : **
Pekongsi A xx Pekongsi A
Pekongsi B xx xx Pekongsi B
*Elaun : xx
Pekongsi A xx xx
Pekongsi B
*Bahagian untung :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
xx
**jika perkongsian mengalami kerugian
5
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Format Penyata Pengasingan Untung Rugi
Penyata Pengasingan Untung Rugi
bagi tahun berakhir ……………….
Untung bersih perkongsian RM RM RM
+ Faedah atas ambilan : xx
xx xx
Pekongsi A xx xx
Pekongsi B
(xx)
- Faedah atas modal : xx xx
Pekongsi A xx xx
Pekongsi B
xx
Gaji : xx xx
Pekongsi A
Pekongsi B xx
xx xx
Bonus :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
Elaun : xx
Pekongsi A xx
Pekongsi B
*Bahagian untung/rugi:
Pekongsi A
Pekongsi B
*Bahagian untung = (Untung bersih + Faedah atas ambilan) > (Faedah atas
modal + Gaji + Bonus + Elaun)
*Bahagian rugi = (Untung bersih + Faedah atas ambilan) < (Faedah atas modal
+ Gaji + Bonus + Elaun)
6
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.3.4 Keterangan butiran dalam Akaun/Penyata Pengasingan Untung Rugi
a) Faedah atas ambilan
i) Dikenakan keatas pekongsi yang membuat ambilan tunai atau barang niaga.
ii) Kadar faedah atas ambilan dikira berdasarkan peratus atas jumlah ambilan dari
tarikh ambilan dibuat.
iii) Pada akhir tahun perakaunan, faedah atas ambilan perlu dipindahkan ke bahagian
kredit Akaun Pengasingan Untung Rugi dan debit Akaun Semasa Pekongsi.
iv) Bagi perkongsian, faedah atas ambilan adalah hasil.
v) Catatan perakaunan:
Debit Akaun Semasa pekongsi
Kredit Akaun Pengasingan Untung Rugi
Contoh : Aini dan Aiman ialah pekongsi dalam perkongsian 2A. Perkongsian
mereka mengenakan faedah atas ambilan sebanyak 5% setahun
kepada pekongsi. Aini membuat ambilan sebanyak RM2 000 pada 1
April 04 dan RM4 000 pada 1 Julai 04.
Pengiraan:
Faedah atas ambilan Aini : 1 April. 04 : (RM2 000 x 5% x 9/12= RM75)
+ 1 Julai 04 : (RM4 000 x 5% x 6/12 = RM100) = RM175
b) Faedah atas modal
i) Dibayar kepada pekongsi untuk menggalakkan mereka melabur dengan lebih
banyak dalam perniagaan.
ii) Kadar faedah atas modal dikira secara peratus atas jumlah yang disumbangkan dari
tarikh sumbangan dibuat.
iii) Bagi perkongsian, faedah atas modal adalah belanja.
iv) Catatan perakaunan:
Debit Akaun Pengasingan Untung Rugi
Kredit Akaun Semasa pekongsi
Contoh : Aini dan Aiman ialah pekongsi dalam perkongsian 2A. Modal Aini pada
1 Januari 2004 ialah RM16 000 dan modal Aiman ialah RM12 000.
Pada 1 Julai 2004 Aini membawa masuk modal tambahan RM4 000
dan Aiman RM8 000. Perkongsian mereka bersetuju memberikan
faedah atas modal sebanyak 4% setahun.
Pengiraan:
Faedah atas modal Aini : 1 Jan. 04 : (RM16 000 x 4% = RM640) + 1 Julai 04 :
(RM4 000 x 4% x 6/12 = RM80) = RM720
Faedah atas modal Aiman : 1 Jan. 04 : (RM12 000 x 4% = RM480) + 1 Julai 04 :
(RM8 000 x 4% x 6/12 = RM160) = RM640
7
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
c) Gaji pekongsi, elaun atau bonus.
i) Pekongsi yang menjalankan tugas-tugas tertentu dalam perkongsian biasanya akan
diberikan gaji, elaun atau bonus.
ii) Ganjaran ini akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa Pekongsi.
iii) Gaji pekongsi juga perlu didebitkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi.
iv) Catatan perakaunan:
Debit Akaun Gaji
Kredit Akaun Semasa pekongsi
d) Faedah atas pinjaman
i) Kadang kala perniagaan memerlukan tunai tambahan dan membuat pinjaman
daripada pekongsi.
ii) Pekongsi yang memberikan pinjaman kepada perkongsian akan diberikan faedah
atas pinjaman tersebut.
iii) Kadar faedah atas pinjaman oleh pekongsi dikira secara peratus atas jumlah yang
dipinjamkan dari tarikh pinjaman dibuat.
iv) Bagi pekongsi, faedah atas pinjaman adalah hasil.
v) Catatan perakaunan:
Debit Akaun Faedah Atas Pinjaman
Kredit Akaun Semasa pekongsi
Contoh : Aini dan Aiman ialah pekongsi dalam perkongsian 2A. Pada 1 Januari
2004 Aini telah meminjamkan RM8 000 kepada perkongsian mereka.
Perkongsian mereka bersetuju memberikan faedah atas modal
sebanyak 8% setahun.
Pengiraan:
Faedah atas pinjaman Aini : 1 Jan. 04 : RM8 000 x 8% = RM640
e) Kongsi Untung atau Rugi
i) Keuntungan atau kerugian perkongsian perlu dibahagikan antara pekongsi selepas
mengambil kira faedah atas ambilan, gaji pekongsi dan faedah atas modal.
ii) Pembahagian yang dibuat adalah berdasarkan persetujuan samada :
a) Mengambil kira nisbah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi
b) Sama rata iaitu keuntungan atau kerugian atau ditanggung dibahagi sama
banyak.
iii) Catatan perakaunan bagi kongsi untung:
Debit Akaun Pengasingan Untung Rugi
Kredit Akaun Semasa pekongsi
v) Catatan perakaunan bagi kongsi rugi:
Debit Akaun Semasa pekongsi
Kredit Akaun Pengasingan Untung Rugi
Contoh : Aini dan Aiman ialah pekongsi dalam perkongsian 2A. Mereke bersetuju
untuk membahagikan untung atau rugi perkongsian mereka mengikut
nisbah modal tetap masing-masing. Modal Aini pada 1 Januari 2004
ialah RM16 000 dan modal Aiman ialah RM12 000. Untung bersih
perkongsian mereka pada tahun kewangan tersebut ialah RM7 5000.
8
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Pengiraan:
Nisbah pembahagian untung rugi :
Aini RM16 000 : Aiman RM12 000
4: 3
Bahagian untung Aini : RM7 500 x 4/7 = RM4 286
Bahagian untung Aiman: RM7 500 x 3/7 = RM3 214
10.4 Penyata Kedudukan Kewangan Perkongsian
1. Hampir sama dengan Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan milikan tunggal
2. Biasanya jumlah modal tetap dan baki akhir akaun Semasa sahaja yang ditunjukkan.
3. Akaun Modal dan Akaun Semasa diletakkan di bawah ekuiti pemilik.
Format
Penyata Kedudukan Kewangan pada ………………………………
Aset Bukan RM Ekuiti Pemilik : RM RM
xx
Semasa : xx
Lengkapan xx Modal : xx
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx
Perabot xx Akaun Semasa :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx
Kenderaan xx xx
- Liabiliti Semasa :
Aset Semasa : Akaun belum bayar xx
Inventori akhir xx Gaji pekerja belum xx
bayar
Akaun belum xx Faedah pinjaman
terima bank belum bayar xx
Tunai/Bank xx Bank (Overdraf ) xx
Belanja prabayar xx Belanja belum bayar xx
Hasil belum terima xx xx Hasil belum xx
terperoleh
Liabiliti Bukan xx
Semasa : xxx
Pinjaman dari
pekongsi
xxx
9
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Contoh Soalan 1:
Mahadir, Muthu dan Moon Tan adalah pekongsi-pekongsi bagi Perkongsian 3M.
Modal yang disumbangkan oleh mereka pada 1 Julai 2002 ialah:
RM
Mahadir 30 000
Muthu 40 000
Moon Tan 20 000
Pada tarikh yang sama, terdapat baki-baki dalam Akaun Semasa mereka:
RM
Mahadir 1 500(kt)
Muthu 30(dt)
Moon Tan 1 000(dt)
Sepanjang tahun, ambilan mereka adalah seperti berikut:
1 Okt. 02 1 Jan. 03 1 Apr. 03
RM RM RM
Mahadir 2 000 1 500 1 000
Muthu 4 000 4 000 2 000
Moon Tan 800 1 000 -
Ikatan perkongsian mereka menetapkan syarat-syarat berikut:
(i) Pekongsi akan menerima 5% faedah atas modal masing-masing.
(ii) Elaun tahunan pekongsi ialah Muthu RM200 dan Moon Tan RM200.
(iii) Gaji tahunan pekongsi RM2 400 diberikan kepada Mahadir kerana
menguruskan perniagaan.
(iv) Faedah atas ambilan ialah 10% setahun.
(v)) Untung dan rugi akan dibahagikan mengikut nisbah modal yang
disumbangkan oleh pekongsi. Untung bersih bagi tahun itu ialah RM26 640.
Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2003.
(b) Akaun Semasa setiap pekongsi.
(c Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2003.
10
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Contoh Soalan 2 : SPM 2002
Berikut adalah maklumat yang diambil daripada buku Perkongsian Budiman yang
dimiliki oleh Amin dan Bedah pada 31 Disember 2001.
RM
Modal pada 1 Januari 2001 :
Amin 30 000
Bedah 60 000
Akaun Semasa pada 1 Januari 2001 :
Amin 600(dt)
Bedahl 2 350
Untung bersih perkongsian 22 049
Ambilan oleh Badul 3 200
Premis 80 000
Akaun belum bayar 6 200
bank (overdraf) 4 900
Inventori pada 31 Disember 2001 40 200
Akaun belum terima 8 200
Ikatan Perjanjian Perkongsian Budiman menyatakan :
(i) Faedah atas modal tetap dibayar 5% setahun.
(ii) Gaji Amran ialah RM4 800 setahun.
(iii) Ambilan oleh pekongsi dikenakana faedah 8% setahun.
(iv) Pembahagian untung atau rugi antara Amran dan Badul mengikut nisbah
1:2
Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Akaun Modal pada 1 Januari 2001.
(b) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2001.
(c) Akaun Semasa Amran dan Badul.
11
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jawapan 1 : (a) Perkongsian 3M RM RM
Akaun Pengasingan Untung Rugi 26 640
Faedah atas modal : Bagi tahun berakhir 30 Jun 2003
Mahadir 250
Muthu RM RM 550
Moon Tan Untung bersih 110 910
Gaji : 1 500 27 550
Mahadir 2 000
1 000 4 500
Elaun :
Muthu Faedah atas ambilan:
Moon Tan 2 400 Mahadir
Bahagian untung : Muthu
Mahadir (3/9) Moon Tan
Muthu (4/9)
Moon Tan (2/9) 200
200 400
6 750 20 250
9 000 27 550
4 500
(b) Akaun Semasa Mahadir
2002 RM 2002 RM
Jun 30 1 500
Ambilan 4 500 Jul 1 Baki b/b
1 500
Faedah atas 2003 2 400
6 750
ambilan 250
12
Baki h/b 7 400 Jun 30 Faedah atas modal 150
7 400
Gaji pekongsi
Bahagian untung
12 150
Jul 1 Baki b/b
2002 Baki b/b Akaun Semasa Muthu Faedah atas modal RM
Jul 1 RM 2003 Elaun 2 000
2003 Ambilan 30 Jun 30 Bahagian untung
Jun 30 Faedah atas 200
ambilan 10 000 9 000
Baki h/b
550 11
620
11 200
12
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jul 1 Baki b/b 200
620
Akaun Semasa Moon Tan
2002 RM 2003 RM
Jul 1 1 000
2003 Baki b/b 1 000 Jun 30 Faedah atas modal
Jun 30 200
Ambilan 2003 Elaun 4 500
Faedah atas
ambilan 1 800 Bahagian untung 5 700
Baki h/b 2 790
110
2 790 Baki b/b
5 700
Jul 1
(c) Perkongsian 3M RM RM
Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2003(petikan)
30 000 90 000
Ekuiti Pemilik : 40 000
Akaun Modal : 20 000
Mahadir 7 400 10 810
Muthu 620
Moon Tan
2 790
Akaun Semasa :
Mahadir
Muthu
Moon Tan
13
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jawapan 2 :
(a) Akaun Modal Amin RM
2001 30 000
Jan 1 Baki b/b
Akaun Modal Bedah RM
2001 60 000
Jan 1 Baki b/b
(b) Perkongsian Budiman RM RM
Akaun Pengasingan Untung Rugi 22 049
Faedah atas modal : Bagi tahun berakhir 31Disember 2001
Amin RM RM 256
Bedah
Untung bersih 22 305
Gaji : 1 500
Amin 3 000 4 500 RM
1 500
Bahagian untung : Faedah atas ambilan: 4 800
Amin (1/3) 4 800 Bedah 4 335
Bedah (2/3)
4 335 10
8 670 13 005 635
22 305 10
035
(c) Akaun Semasa Amin
RM
2001 RM 2001 2 350
Jan 1 Baki b/b 3 000
Dis 31 Baki h/b 600 Dis 31 Faedah atas modal
8 670
10 035 Gaji pekongsi 14
Bahagian untung 020
10 635
2002
Jan 1 Baki b/b
2001 Ambilan Akaun Semasa Bedah Baki b/b
Dis 31 Faedah atas Faedah atas modal
ambilan RM 2001
Baki h/b 3 200 Jan 1 Bahagian untung
Dis 31
256
10 564
14 020
14
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
2002 10
Jan 1 Baki b/b 564
10.5 Pembubaran Perkongsian
1. Pembubaran sesebuah perkongsian atau realisasi bermaksud tamatnya operasi
sesebuah perniagaan tersebut.
2. Sesebuah perkongsian mungkin dibubarkan atas sebab-sebab berikut:
(i) Terdapat perselisihan pendapat antara pekongsi-pekongsi mungkin disebabkan
perniagaan tidak membawa keuntungan.
(ii) Salah seorang pekongsi diisytiharkan muflis, menjadi tidak siuman atau mati.
(iii) Perintah mahkamah yang mengarahkan perkongsian dibubarkan.
(iv) Tempoh masa perkongsian yang dipersetujui sudah tamat.
(v) Semua pekongsi bersetuju perkongsian dibubarkan.
(vi) Perniagaan perkongsian ditukarkan ke bentuk lain seperti milikan tunggal atau
syarikat berhad.
3. Apabila sesebuah perkongsian dibubarkan, semua liabiliti akan dibayar dan semua
aset perkongsian akan dilupuskan, iaitu dijual atau diambil alih oleh salah seorang
pekongsi sebagai sebahagian pembayaran atas haknya dalam perkongsian.
4. Semasa pembubaran perkongsian, Akaun Realisasi akan disediakan untuk
menentukan untung atau rugi atas realisasi asetnya.
5. Untung atau rugi atas realisasi dibahagikan mengikut nisbah pembahagian yang
ditetapkan.
6. Akaun-akaun lain yang penting dalam pembubaran perkongsian ialah Akaun Modal
(mengira baki akhir modal pekongsi) dan Akaun Bank (menunjukkan penerimaan
dan pembayaran yang dibuat sewaktu realisasi)
15
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.5.2 Langkah-langkah untuk merekodkan Pembubaran Perkongsian dan catatan
Jurnal
Bil Langkah-langkah Debit Kredit
1 Tutup semua akaun aset dan pindahkan ke Akaun Akaun Akaun
Realisasi Aset
Realisasi kecuali Akaun Tunai dan Bank. Akaun Akaun
2 Penerimaan daripada jualan aset dan pembayaran Bank Realisasi
Akaun Akaun
oleh penghutang. Realisasi Bank
3 Membayar kos pembubaran (belanja realisasi) Akaun Akaun
Pemiutang Bank
4 Menjelaskan liabiliti seperti membayar kepada Akaun Akaun
pemiutang dan membayar pinjaman. Pemiutang Realisasi
Akaun Akaun
5 Menerima diskaun daripada pemiutang. Semasa Modal P
Akaun Akaun
6 Jika terdapat Akaun Semasa berbaki kredit Modal P Semasa
Akaun Akaun
7 Jika terdapat Akaun Semasa berbaki debit Modal P Realisasi
Akaun Akaun
8 Aset diambil alih oleh rakan kongsi Liabiliti Modal P
Akaun Akaun
9 Liabiliti diambil alih oleh rakan kongsi Liabiliti Bank
Akaun Akaun
10 Membayar liabiliti tambahan Realisasi Modal P
Akaun Akaun
11 Keuntungan realisasi (Kredit > Debit) Modal P Realisasi
Akaun Akaun
12 Kerugian realisasi (Debit > Kredit) Modal P Bank
Akaun Akaun
13 Membayar balik modal pekongsi dan menutup akaun Bank Modal P
Bank (Akaun Bank tidak berbaki)
14 Pekongsi membawa masuk tunai tambahan untuk
menampung kurangan modal
16
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.5.3 Perakaunan Untuk Pembubaran Perkongsian
1. Akaun Realisasi
i. Apabila sesebuah perkongsian dibubarkan, semua liabiliti seperti pemiutang dan
pinjaman akan dibayar.
ii. Manakala semua aset perkongsian pula akan dilupuskan, iaitu samada dijual atau
diambil alih oleh salah seorang pekongsi sebagai sebahagian pembayaran atas
haknya dalam perkongsian.
iii.Semasa pembubaran perkongsian, Akaun Realisasi akan disediakan untuk
menentukan untung atau rugi atas realisasi asetnya.
iv.Tujuan Akaun Realisasi disediakan ialah untuk mengira untung atau rugi pembubaran
yang akan diagihkan di antara pekongsi mengikut nisbah yang dipersetujui.
v. Nilai aset semasa iaitu baki bank tidak diambilkira dalam penyediaan Akaun
Realisasi.
vi. Akaun Realisasi akan dibuka untuk merekodkan urusniaga berikut :
a) Bahagian debit : nilai aset (seperti kenderaan, kelengkapan, premis dan stok)
perbelanjaan pembubaran (belanja realisasi) dan untung realisasi.
b) Bahagian kredit : nilai jualan aset, pembayaran oleh penghutang, diskaun diterima
daripada pemiutang dan rugi realisasi (jika realisasi mengalami
kerugian).
Format Akaun Realisasi
200X RM 200X RM
xx
Kenderaan xx Bank (Jualan aset) xx
xx
Kelengkapan xx Bank (Penghutang)
xx
Premis xx Pemiutang
xx
(Diskaun diterima)
Stok xx **Rugi realisasi:
Pekongsi A xx
xx
Pekongsi B
Bank (Belanja realisasi) xx
Untung realisasi :
Pekongsi A xx
Pekongsi B xx xx
xx
** jika realisasi mengalami kerugian.
17
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
10.5.4 Akaun Modal Pekongsi
i. Apabila berlaku pembubaran sesebuah perkongsian, modal pekongsi-pekongsi akan
dibayar balik oleh perkongsian.
ii. Pekongsi akan mendapat balik sumbangan modalnya samada lebih banyak atau
semakin berkurang bergantung kepada untung atau rugi realisasi dan
pengambilalihan aset oleh sesorang pekongsi.
iii. Akaun Modal setiap pekongsi disediakan untuk merekodkan :
a) Bahagian kredit : baki awal, baki akaun semasa pekongsi dan penerimaan
daripada untung realisasi.
b) Bahagian debit : nilai pengambilalihan aset, rugi realisasi dan bayaran balik
modal pekongsi.
iv. Akaun Modal pekongsi mungkin mempunyai baki awal debit kerana aset yang
diambil alih olehnya, ambilan yang berlebihan atau rugi realisasi.
v. Jika perkara tersebut terjadi, pekongsi yang berkenaan perlu membawa masuk wang
tunai untuk menutup Akaun Modalnya.
vi. Pada akhir proses pembubaran, akaun modal setiap pekongsi mesti seimbang.
Format Akaun Modal Pekongsi
200X RM 200X RM
xx
*Realisasi (ambil alih xx Baki b/b
xx
aset) xx
**Rugi realisasi xx Akaun Semasa xx
#Bank (bayaran balik xx Untung realisasi
modal pekongsi)
xx
*Nilai aset yang diambil alih oleh pekongsi. **Jika berlaku rugi dalam realisasi.
#Menunjukkan modal akhir yang diterima oleh pekongsi.
##Modal pekongsi akan bertambah jika terdapat untung realisasi dan akan
berkurangan jika berlaku rugi dalam realisasi.
10.5.5 Akaun Bank
i. Akaun bank disediakan oleh perkongsian untuk merekodkan :
a) Bahagian debit : baki awal, penerimaan daripada jualan aset, bayaran oleh
penghutang dan tunai yang dibawa masuk untuk menampung
kurangan modal pekongsi.
b) Bahagian kredit : belanja realisasi, pembayaran kepada pemiutang dan membayar
balik modal pekongsi.
ii. Pada akhir proses pembubaran, akaun bank perkongsian tidak akan mempunyai baki.
18
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Format Akaun Bank
200X RM 200X RM
xx
Baki b/b xx Belanja realisasi xx
xx
Realisasi (jualan aset) xx Gaji xx
xx
Realisasi (penghutang) xx Pemiutang
xx
*Modal Pekongsi C xx **Modal Pekongsi A
**Modal Pekongsi B
xx
*Tunai perlu dibawa masuk untuk menampung kurangan modal pekongsi.
**Bayaran balik modal pekongs.i
19
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Contoh Soalan 1:
Aamir, Saalman dan Shahrooti ialah pekongsi dalam sebuah Perkongsian Khan yang
membahagikan untung atau rugi perniagaan mengikut nisbah modal masing-masing.
Pada 30 Jun 2004 mereka bersetuju untuk membubarkan perkongsian tersebut.
Kedudukan kewangan perkongsian mereka pada tarikh pembubaran adalah seperti
berikut:
Perkongsian Khan
Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2004
Aset Bukan RM RM Ekuiti Pemilik RM RM
Semasa:
Bangunan 35 000 Modal Aamir 20 000
Mesin 6 400 Modal Saalman 20 000
41 400 Modal Shahrooti 10 000 50 000
Aset Semasa : Liabiliti Semasa :
Stok akhir 3 220 Pemiutang 5 200
Penghutang 6 250
Bank 4 330 13 800
55 200 55 200
Perkara-perkara berikut berlaku semasa perkongsian dibubarkan :
(i) Bangunan dijual pada harga RM42 000.
(ii) Mesin dijual pada harga RM4 000.
(iii) Stok dijual pada harga RM2 500.
(iv) Penghutang membayar RM6 000.
(v) Pemiutang dijelaskan sepenuhnya dan mendapat diskaun RM200.
(vi) Belanja pembubaran ialah RM850.
(vii) Semua penerimaan dibankkan dam pembayaran dilakukan dengan cek.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal Aamir, Saalman dan Shahrooti
c) Akaun Bank
20
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Contoh Soalan 2 : SPM 2003
Husin dan Chee Heng adalah pekongsi dalam Perkongsian Sin Heng dimana nisbah
pembahagian untung rugi ialah 1:2. Berikut adalah Kunci Kira-Kira perniagaan mereka
pada 30 September 2003.
Perkongsian Sin Heng
Kunci Kira-Kira pada 30 September 2003
Aset Bukan RM RM Ekuiti Pemilik RM RM
Semasa:
125 000 137 000 Modal Husin 60 000
Bangunan 12 000 Modal Chee Heng 120 000
Lengkapan 55 439
34 150 192 439 Liabiliti Semasa : 180 000
Aset Semasa : 7 936 Pemiutang
Stok akhir Gaji Terakru 11 839
Penghutang 13 353 600
Bank
12 439
192 439
Pada 1 Oktober 2003, mereka membuat keputusan untuk membubarkan perkongsian
mereka. Berikut ialah perkara-perkara yang berlaku semasa proses realisasi:
(i) Bangunan, lengkapan dan stok dijual dengan harga RM168 500.
(ii) Semua penghutang dapat dikutip kecuali baki akaun seorang penghutang
berjumlah RM500 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(iii) Belanja realisasi RM2 500.
(iv) Semua liabiliti telah dibayar penuh.
(v) Semua urusniaga pembayaran dan penerimaan dibuat melalui bank.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal Husin dan Chee Heng
c) Akaun Bank
21
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Contoh Soalan 3:
JS Kevin dan ZN Kevin adalah pekongsi dalam Perkongsian Kevin dimana mereka
berkongsi pembahagian untung rugi dengan nisbah 1:2. Pada 30 Jun 2004 mereka
bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Kunci Kira-Kira perniagaan mereka pada 30 Jun 2004 adalah seperti berikut:
Perkongsian Kevin
Kunci Kira-Kira pada 30 Jun 2004
Aset: RM Ekuiti Pemilik: RM
Kenderaan 20 000
Perabot 22 000 Modal JS Kevin
Stok 3 000
Penghutang 3 380 Modal ZN Kevin
Bank 5 620
4 050 5 000
33 620
2 755 Liabiliti:
1 435 Pemiutang
Pinjaman
33 620
Maklumat tambahan :
i) Kenderaan dan stok dijual dengan harga RM18 000.
ii) Perabot diambil alih oleh ZN Kevin dengan nilai RM2 500.
iii) Penghutang telah membayar RM2 000.
iv) Pemiutang dijelaskan dengan diskaun RM561.
v) Pinjaman dijelaskan sepenuhnya dan belanja realisasi ialah RM125.
vi) Pekongsi yang mengalami kurang modal akan membawa masuk tunai tambahan
untuk menampung kurangan modalnya.
vii) Semua penerimaan dan pembayaran dibuat melalui bank.
Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Realisasi
b) Akaun Modal JS Kevin dan ZN Kevin
c) Akaun Bank
22
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jawapan 1 (a) Akaun Realisasi RM RM
Bank (Bangunan, 48 500
200 RM RM 2004 Mesin & Stok)
Jun Bangunan 35 000 Jun Bank (Penghutang) 6 000
30 Mesin 6 400 30 Pemiutang 200
3 220 (Diskaun Diterima)
Stok 6 250 54 700
Penghutang 850
Bank (Bel. Realisasi)
51 720
Untung Realisasi:
Modal Aamir (2/5) 1 192 2 980
Modal Saalman (2/5) 1 192 54 700
Modal Shahrooti (1/5)
596
200 (b) Akaun Modal Aamir RM
Jun 30 Bank RM 2004 20 000
21 192 Jun 1 Baki b/b
30 Untung Realisasi 1 192
21 192 21 192
2003 Akaun Modal Saalman RM
Jun 30 Bank RM 2004 20 000
21 192 Jun 1 Baki b/b
30 Untung Realisasi 1 192
21 192 21 192
2003 Akaun Modal Shahrooti RM
Jun 30 Bank RM 2004 10 000
10 596 Jun 1 Baki b/b
30 Untung Realisasi 596
10 596 10 596
c) Akaun Bank
2004 RM 2004 RM
Jun 1 5 000
Baki b/b 4 330 Jun 30 Pemiutang
30 (Bangunan, Mesin 850
& Stok) 48 500 Belanja Realisasi
Penghutang 21 192
6 000 Modal Aamir 21 192
58 830 Modal Saalman 10 596
Modal Shahrooti 58 830
23
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jawapan 2
(a) Akaun Realisasi
2003 RM 2003 RM RM
Okt.1 168 500
Bangunan 125 000 Okt.1 Bank (Bangunan, 1 883
Lengkapan 3 767 7 436
Stok 12 000 Lengkapan &Stok) 175 936
Penghutang
Bank 34 150 Bank (Penghutang) 5 650
(Bel. Realisasi) 181 586
7 936
Rugi Realisasi :
2 500 Modal Husin(1/3)
Modal Chee Heng(2/3)
181 586
2003 (b) Akaun Modal Husin RM
Okt 1 Rugi Realisasi 60 000
RM 2003
Bank 1 883 Sep Baki b/b 60 000
30
58 117
60 000
2003 Akaun Modal Chee Heng RM
Okt 1 Rugi Realisasi RM 2003 120 000
3 767 Sep Baki b/b
Bank 30 120 000
116 233
120 000
c) Akaun Bank
2003 RM 2003 RM
Okt 1 600
Baki b/b 13 353 Okt 1 Gaji
Penghutang 11 839
Bangunan, 7 436 Pemiutang 2 500
Lengkapan &
Stok Belanja Realisasi 58 117
116 233
Modal Husin
189 289
168 500 Modal Chee Heng
189 289
24
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
Jawapan 3
(a) Akaun Realisasi
2004 RM 2004 RM RM
Jun30
Kenderaan 22 000 Jun30 Bank (kenderaan &
Perabot
Stok 3 380 stok) 20 000
Penghutang
Bank 4 050 Modal ZN Kevin
(Bel. Realisasi)
2 755 (perabot) 2 500
561
Pemiutang (Diskaun)
23 061
125 Rugi Realisasi :
9 249
Modal JS Kevin (1/3) 3 083 32 310
6 166
Modal ZN Kevin (2/3)
32 310
2004 (b) Akaun Modal JS Kevin RM
Jun 30 Rugi Realisasi RM 2004 20 000
3 083 Jun 30 Baki b/b
Bank 16 917 20 000
20 000
Akaun Modal ZN Kevin
2004 RM 2004 RM
Jun 30 3 000
Rugi Realisasi 6 166 Jun 30 Baki b/b 5 666
8 666
Realisasi (perabot) 2 500 Bank
8 666
c) Akaun Bank
2004 RM 2004 RM
Jun 30 5 059
Baki b/b 1 435 Jun 30 Pemiutang
Penghutang 125
Realisasi (stok & 2 000 Belanja Realisasi 5 000
kenderaan) 16 917
Modal ZN Kevin Pinjaman
27 101
18 000 Modal JS Kevin
5 666
27 101
25
PA Ting. 5 : MODUL 4.1 T5-Perkongsian
26