The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 6 T5 -AKAUN KELAB & PERSATUAN-NOTA.doc

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzinbisri.gurusmkdbs, 2022-10-26 00:52:40

BAB 6 T5 -AKAUN KELAB & PERSATUAN-NOTA.doc

BAB 6 T5 -AKAUN KELAB & PERSATUAN-NOTA.doc

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

MODUL 6 T5- AKAUN KELAB DAN PERSATUAN

12.1 Kelab dan Persatuan

1. Kelab dan persatuan ialah organisasi bukan perniagaan yang didaftarkan dengan
Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Mengikut akta ini, organisasi
bukan perniagaan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 7 orang ahli yang
ditubuhkan dengan sesuatu tujuan tertentu. Akta ini juga memperuntukkan perkara
seperti berikut :
i) Menyimpan rekod kewangan.
ii) Melaporkan penyata kewangan kepada semua ahli dalam Mesyuarat Agong
Tahunan.
iii) Memilih ahli jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti kelab dan persatuan.
iv) Menghantar lapuran kewangan dan senarai nama ahli kepada
Pendaftar Pertubuhan.

2. Contoh kelab dan persatuan ialah PIBG, Kelab Kembara, Persatuan Badminton
Malaysia, Kelab Golf Saujana dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

12.1.1 Sumber Hasil (Pendapatan)

1. Pendapatan hasil iaitu pendapatan atau wang yang diterima daripada aktiviti biasa
kelab dan persatuan berkenaan. Contohnya ialah :
i) Yuran bulanan atau yuran tahunan yang dibayar oleh ahli.
ii) Yuran pertandingan yang dibayar oleh peserta-peserta.
iii) Sewa yang diterima kerana pengunaan kemudahan kelab.
iv) Sewa kantin jika kemudahan ini diusahakan oleh pihak lain.
v) Keuntungan daripada kantin jika diusahakan sendiri.
vi) Lebihan daripada kutipan dalam majlis tertentu atau lebihan daripada
pertandingan yang dianjurkan.
vii) Faedah atas simpanan tetap atau dividen yang diterima daripada pelaburan.

2. Pendapatan modal iaitu pendapatan atau wang yang diterima bukan daripada aktiviti
biasa kelab dan persatuan berkenaan. Contohnya ialah :
i) Penerimaan tunai daripada jualan aset bukan semasa terpakai.
ii) Derma khas yang diterima untuk membiayai sesuatu projek tertentu seperti
pembinaan tambahan rumah kelab atau membeli sesuatu asset bukan
semasa.
iii) Kutipan yuran masuk daripada ahli baru jika dinyatakan da;lam
perlembagaannnya.

12.1.2 Jenis Belanja

1. Perbelanjaan hasil iaitu bayaran untuk pentadbiran dan pengurusan kelab. Contohnya
ialah :
i) Pembelian alat tulis, stem, majallah dan surat khabar.
ii) Pembelian barang untuk dijual semula seperti cenderamata kelab.
iii) Bayaran sewa, gaji, pengangkutan , insuran dan kadar bayaran .
iv) Belanja membaiki bangunan dan penyelenggaraan asset bukan semasa.
v) Pembelian hadiah untuk sesuatu pertandingan yang dianjurkan.

1

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

2. Perbelanjaan modal iaitu perbelanjaan untuk membeli aset bukan semasa yang
digunakan oleh ahli-ahli kelab. Contohnya ialah :
i) Pembelian aset bukan semasa seperti tanah dan bangunan, kenderaan,
mesin, perabot, kelengkapan dan alatan pejabat.
ii) Belanja untuk pengubahsuaian kelab.
iii) Bayaran untuk perkhidmatan peguam.
iv) Belanja pembinaan gelanggang permainan.
v) Pembelian alatan sukan seperti meja ping pong dan sebagainya.

Perbandingan perakaunan antara kelab dan persatuan dan entiti perniagaan lain

Entiti Perniagaan Perbezaan Kelab dan Persatuan
Buku Tunai Rekod tunai masuk Akaun Penerimaan dan
Pembayaran
Akaun Perdagangan dan dan keluar Akaun Pendapatan dan
Untung Rugi Pengiraan untung rugi Perbelanjaan
Modal Dana terkumpul
Ekuiti Pemilik

12.2 Akaun Yuran

1. Yuran adalah hasil utama bagi sesebuah kelab dan persatuan.
2. Terdapat 2 jenis yuran iaitu :

i) Yuran masuk iaitu yuran yang dibayar oleh ahli baru semasa pendaftaran.
ii) Yuran ahli iaitu yuran yang dibayar oleh ahli secara bulanan atau tahunan.
3. Yuran yang sepatutnya dibayar oleh setiap ahli dalam tahun kewangan semasa
dikenali sebagai yuran sebenar dan akan dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan
Perbelanjaan.
4. Yuran tahun kewangan semasa yang masih belum dibayar oleh ahli dikenali sebagai
yuran belum terima.
5. Terdapat 2 jenis yuran belum terima iaitu :

i) Yuran belum terima awal (Baki b/b) iaitu yuran tahun sebelumnya yang
masih belum diterima pada tahun semasa

ii) Yuran belum terima akhir (Baki h/b) iaitu yuran tahun semasa yang masih
belum diterima. Yuran belum terima akhir adalah aset semasa kelab.

6. Yuran tahun kewangan semasa yang telah dibayar oleh ahli dalam tahun kewangan
sebelumnya dikenali sebagai yuran belum terperoleh.

7. Terdapat 2 jenis yuran belum terperoleh iaitu :
i) Yuran belum terperoleh awal (Baki b/b) iaitu yuran tahun semasa yang telah
diterima pada tahun sebelumnya.
ii) Yuran belum terperoleh akhir (Baki h/b) iaitu yuran tahun hadapan yang
diterima pada tahun perakaunan semasa. Yuran belum terperoleh akhir
adalah liabiliti semasa kelab.

2

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

8. Format Akaun Yuran ialah : Akaun Yuran RM
xx
Yuran belum terima ( baki b/b) RM
xx Yuran belum terperoleh xx
Pendapatan dan Perbelanjaan xx
Yuran belum terperoleh (baki b/b)
( Baki h/b) xx Bank xx
xx Yuran belum terima

( Baki h/b)

xx

Contoh : Daripada maklumat berikut, sediakan Akaun Yuran bagi Kelab Kalabul RM
Malami bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. 200

1 Januari 2022 : Yuran tahun 2021 yang masih belum diterima 70
Yuran tahun 2022 yang diterima tahun 2021 300
120
31 Disember 2022 : Yuran tahun 2022 yang masih belum diterima 4 875
Yuran tahun 2023 yang diterima tahun semasa

Jumlah yuran yang diterima sepanjang tahun 2022

Penyelesaian :

2022 Baki b/b Akaun Yuran Baki b/b RM
Jan 1 Pendapatan Tunai/Bank 70
Dis 31 dan perbelanjaan RM 2022
Baki h/b 200 Jan 1 4 875

4 925 Dis 31 300
5 240
2023 120 2023 Baki h/b
Jan 1 Baki b/b 5 240 Jan 1 Baki b/b 120

300

3

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

12.3 Akaun Penerimaan dan Pembayaran

1. Akaun Penerimaan dan Pembayaran berfungsi sama seperti Buku Tunai dalam
perniagaan Milikan Tunggal iaitu merekodkan penerimaan tunai dan cek serta
pembayaran melalui tunai dan cek.

2. Akaun ini merupakan sumber maklumat untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan
Perbelanjaan serta Penyata Kedudukan Kewangan.

3. Contoh format Akaun Penerimaan dan Pembayaran ialah :

Baki b/b Akaun Penerimaan dan Pembayaran RM
Yuran bagi tahun berakhir …………… xx
Yuran masuk xx
Penerimaan lain RM xx
Xx Gaji xx
Xx Alat tulis xx
Xx Kadar bayaran xx
Xx Belanja pos xx

Belanja am xx
Lain-lain belanja
Baki h/b

Xx

Akaun Perdagangan

1. Akaun Perdagangan perlu disediakan sekiranya sesebuah kelab atau persatuan itu
terlibat dalam perniagaan seperti mengendalikan kantin atau restoran, kedai alatan
sukan atau jualan minuman.

2. Untung atau rugi kasar daripada operasi akan dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan
Perbelanjaan pada akhir tahun kewangan.

3. Maklumat yang perlu ada untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
ialah : a) Inventori awal dan inventori akhir
b) Belian dan jualan barang niaga (secara tunai dan kredit)
c) Belanja yang terlibat dalam kendalian urus niaga.

4. Contoh format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ialah :

Akaun Perdagangan
bagi tahun berakhir ……………

RM RM
xx
Inventori awal Xx Jualan**
xx
+ Belian* Xx

Kos barang untuk dijual Xx

- Inventori akhir Xx

Kos jualan xx

Belanja xx

Untung kasar xx

xx

4

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

*Akaun Belum Bayar **Akaun Belum Terima

R R R R
M M
M xx M xx
xx xx
Bank xx Baki b/b Baki b/b xx Bank
xx xx
Baki h/b xx Belian xx Jualan xx Baki h/b

xx xx

Baki b/b Baki b/b xx

Jumlah belian = Belian + Belian Jumlah jualan = Jualan + Jualan
tunai kredit tunai kredit

12.4 Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

1. Cara penyediaan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan adalah sama seperti Akaun
Untung Rugi dalam perniagaan Milikan Tunggal.

2. Semua item pendapatan hasil dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
manakala item perbelanjaan hasil didebitkan.

3. Penyediaan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan perlu mengambil kira pelarasan
hasil, belanja, susut nilai aset bukan semasa dan sebagainya.

4. Jika pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil, akaun tersebut mendapat lebihan.
5. Jika pendapatan hasil kurang daripada perbelanjaan hasil, akaun tersebut mendapat

kurangan.
6. Lebihan atau kurangan ini akan dipindahkan ke Dana Terkumpul dalam Penyata

Kedudukan Kewangan.

7. Contoh format Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan ialah :

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
bagi tahun berakhir ……………

RM RM

Perbelanjaan hasil : Pendapatan hasil : xx
xx
Akhbar dan majallah Xx Untung kasar xx
xx
Piala dan hadiah Xx Yuran ahli
xx
Gaji Xx Yuran pertandingan
Susut nilai aset bukan Xx Derma am xx

semasa Xx (Kurangan)
Lain-lain belanja

Lebihan Xx

Xx

*(Lebihan = pendapatan hasil > perbelanjaan hasil,
Kurangan = pendapatan hasil < perbelanjaan hasil)

5

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

12.5 Penyata Kedudukan Kewangan (Pengiraan Dana Terkumpul)

1. Penyata Kedudukan Kewangan bagi Kelab dan Persatuan adalah sama dengan
Penyata Kedudukan Kewangan bagi perniagaan Milikan Tunggal. Yang berbeza ialah
istilah ekuiti pemilik atau modal digantikan dengan Dana Terkumpul.
2. Istilah ekuiti pemilik tidak boleh digunakan kerana Kelab dan Persatuan tidak

mempunyai pemilik.
3. Yuran masuk yang dibayar oleh ahli-ahlinya tidak boleh dituntut balik apabila tempoh

keahliannya tamat.
4. Cara pengiraan dana terkumpul ialah :

Dana Terkumpul = Aset – Liabiliti
5. Contoh format Penyata Kedudukan Kewangan Kelab dan Persatuan ialah :

Penyata Kedudukan Kewangan pada ……………………..

Aset Bukan Semasa: RM RM Sumber Kewangan: RM RM

Rumah kelab xx Dana terkumpul awal* xx xx

Alatan sukan xx + Lebihan xx xx
xxx
Perabot xx xx (- Kurangan) (xx)

Yuran masuk xx

Aset Semasa:

Akaun belum terima xx Liabiliti Semasa:

Bank xx Akaun belum bayar xx

Yuran belum terima xx xx Yuran belum terperoleh xx

xxx

Contoh Pengiraan *Dana Terkumpul Awal

Aset: RM RM

Rumah kelab xx

Alatan sukan xx

Perabot xx

Bank xx

Akaun belum terima xx

Yuran belum terima xx xx

- Liabiliti:

Akaun belum bayar xx

Yuran belum terperoleh xx (xx)

Dana terkumpul xx

6

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

Contoh Soalan 1

Kelab Sukan Putrajaya adalah sebuah kelab yang menyediakan kemudahan sukan dan

mengendalikan sebuah kantin untuk menjual minuman kepada ahli-ahlinya. Berikut

adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran kelab tersebut bagi tahun berakhir 31

Disember 2022.

RM

Baki tunai di bank 1 215

Yuran ahli 6 375

Derma diterima (Pendapatan hasil) 2 220

Jualan minuman 1 689

Belanja am pejabat 1 028

Sewa pejabat 3 750

Derma kebajikan 570

Belanja seminar sukan 2 199

Bayaran akaun belum bayar minuman 825

Belian alatan sukan baru 1 832

Alat tulis dan cetakan 703

Pada 1 Januari 2022, kelab ini menpunyai alatan sukan bernilai RM3 258 dan pada 31
Disember tahun yang sama alatan sukan ini dinilaikan semula kepada RM4 326.

Maklumat tambahan : 1 Januari 2022 31 Disember 2022
RM RM
Baki inventori minuman 129 162
Hutang kepada pembekal minuman 471 760
Yuran belum terima 360 870
Yuran belum terperoleh 98 158

Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Yuran
b) Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.
c) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.
d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.
e) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2022.

Contoh Soalan 2: SPM 2022

Berikut adalah maklumat kewangan Kelab Rekreasi Kalabul Malami:

Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2022 :

RM RM
80 000
Bangunan 15 960

Kelengkapan pejabat 15 760
300
Mesin rumput 19 700
21 743
-Peruntukan susut nilai (3 940) 850

Yuran ahli belum terperoleh

Tunai di bank

Alat tulis

7

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

Ringkasan penerimaan dan pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2022:

RM

Penerimaan :

Bayaran masuk 500

Yuran ahli 26 010

Sewa kabinet 718

Yuran pertandingan 7 500

Pembayaran : RM
Penyelenggaraan padang 2 400
Mesin rumput 1 300
Belanja mesyuarat
Hadiah pertandingan 480
Elaun kehormat 3 622
Belanja pos 8 400
Kadar bayaran
Akhbar dan majallah 174
Alat tulis 3 850
1 120

130

Maklumat tambahan :

i) Bilangan ahli berdaftar adalah seramai 354 orang. Yuran tahunan setiap ahli
RM75. Yuran ahli tertunggak pada 31 Disember 2022 berjumlah RM240.

ii) Alat tulis belum digunakan RM370.
iii) Belanja mesyuarat terakru RM120.
iv) Semua mesin rumput disusutnilai 20% setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan :
a) Akaun Yuran Ahli
b) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.
c) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2022.

Jawapan 1 :

2022 Baki b/b a)Akaun Yuran Baki b/b RM
Jan 1 Pendapatan dan RM 2022 Bank 98
Dis 31 Perbelanjaan 360 Jan 1
Baki h/b 6 825 Dis 31 6 375

2023 158 2023 Baki h/b 870
Jan 1 Baki b/b 7 343 Jan 1 Baki b/b 7 343

870 158

8

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

Baki b/b b) Kelab Sukan Putrajaya RM
Yuran Akaun Penerimaan dan Pembayaran 3 750
Jualan minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2022
Derma diterima 570
RM 2 199
1 215 Sewa pejabat
6 375 Derma kebajikan 825
1 689 Belanja seminar sukan 1 832
2 220 Akaun belum bayar minuman 1 028

Belian alatan sukan baru 703
Belanja am pejabat 592
Alat tulis dan cetakan
Baki h/b 11 499

11
499

c) Kelab Sukan Putrajaya

Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

RM RM

Inventori awal 129 Jualan minuman 1 689

+ Belian minuman* 1 114

Kos barang untuk dijual 1 243

- Inventori akhir (162)

Kos jualan 1081

Untung kasar 608

1 689 1 689

*Belian minuman = Baki Akaun belum bayar akhir + Bayaran kepada pembekal –

Baki Akaun belum bayar awal
= RM760 + RM825 – RM471

= RM1 114

d) Kelab Sukan Putrajaya
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

RM RM
608
Perbelanjaan hasil : Pendapatan hasil :
6 825
Belanja seminar sukan 2 199 Untung minuman 2 220

Belanja am pejabat 1 028 Yuran 9 653

Alat tulis dan cetakan 703 Derma diterima

Derma kebajikan 570

Susut nilai alatan sukan* 764

Sewa pejabat 3 750

Lebihan 639

9 653

* Susut nilai alatan sukan = RM3 258 + RM1 832 – RM4 326
= RM764

9

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

e) Kelab Sukan Putrajaya

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2022

Aset Bukan RM RM Sumber Kewangan: RM RM
4 393
Semasa:
639
Alatan sukan 4 326 Dana terkumpul awal* 5 032

+ Lebihan 918
5 950
Aset Semasa:

Inventori akhir 162 Liabiliti Semasa:

minuman

Bank 592 Akaun belum bayar 760

Yuran belum terima 870 1 624 Yuran belum terperoleh 158

5 950

*Pengiraan Dana Terkumpul Awal (1 Jan. 2022)

Aset: RM RM

Alatan sukan 3 258

Bank 1 215

Inventori minuman 129

Yuran belum terima 360 4 962

- Liabiliti: 471
Akaun belum bayar 98 569
Yuran belum terperoleh 4 393

Dana terkumpul

Jawapan 2 : a)Akaun Yuran Ahli Baki b/b RM
2022 RM 2022 300
Dis 31 Pendapatan dan Jan 1 Bank
Perbelanjaan 26 550 Baki h/b 26 010
Dis 31 240
2023
Jan 1 Baki b/b 26 550 26 550

240

10

PA Ting. 5 : MODUL 6 T5-Akaun Kelab Dan Persatuan

b) Kelab Rekreasi Kalabul Malami

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

RM RM
26 550
Perbelanjaan hasil : Pendapatan hasil :
718
Penyelenggaraan padang 2 400 Yuran ahli 7 500

Belanja mesyuarat 600 Sewa kabinet 34 768

Hadiah pertandingan 3 622 Yuran pertandingan

Elaun kehormat 8 400

Belanja pos 174

Kadar bayaran 3 850

Akhbar dan majallah 1 120

Alat tulis 610

Susut nilai mesin rumput 4 200

Lebihan 9 792

34 768

Pengiraan:

Susut nilai Mesin rumput = RM19 700 + RM1 300 x 20% =RM4 200

Alat tulis = RM850 + RM130 – RM370 =RM610

Belanja mesyuarat = RM480 + RM120 =RM600

c) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2022

Aset: RM RM RM
134 313
Bangunan 80 000

Kelengkapan pejabat 15 960

Mesin rumput 19 700

- Susut nilai terkumpul (3 940) 15 760

Bank 21 743

Alat tulis 850

- Liabiliti: (300)
Yuran ahli belum terperoleh 134 013

Dana terkumpul

11


Click to View FlipBook Version