The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 2 T4-NOTA- A, L,EP, H & B dan persamaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzinbisri.gurusmkdbs, 2022-04-13 03:28:20

BAB 2 T4-NOTA- A, L,EP, H & B dan persamaan

BAB 2 T4-NOTA- A, L,EP, H & B dan persamaan

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

BAB 2 T4- ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA
1) Aset
- Aset ialah sesuatu sumber milikan atau harta milik perniagaan yang mendatangkan faedah -
ekonomi kepada perniagaan.
- Aset terbahagi kepada :

a) Aset bukan semasa
b) Aset semasa
a) Aset Bukan Semasa (fixed asset)
- Aset bukan semasa adalah asset nyata yang dibeli untuk digunakan dalam perniagaan.
- Aset bukan semasa biasanya bernilai nilai, bersifat tidak mudah cair dan akan digunakan
dalam jangka hayat yang panjang.
- Contoh aset bukan semasa ialah mesin, perabot, kenderaan, alatan pejabat, bangunan,
lengkapan dan kelengkapan.
b) Aset Semasa (current asset)
- Aset semasa adalah aset yang mudah ditukarkan kepada wang tunai dalam jangka pendek
atau satu tahun perakaunan.
- Aset semasa termasuklah wang tunai, wang di bank, inventori perniagaan, akaun belum terima
peniagaan, belanja prabayar dan hasil terakru belum terima.
2) Liabiliti
- Liabiliti merupakan hutang atau tanggungan perniagaan kepada pemilik perniagaan dan juga
pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
- liabiliti perniagaan wujud kerana belian aset atau inventori barang niaga yang belum dibayar,
perkhidmatan yang belum dijelaskan belanjanya dan pinjaman wang yang belum dibayar
balik.
- liabiliti terdiri daripada :
a) liabiliti bukan semasa
b) liabiliti semasa
a) Liabiliti Bukan Semasa (Long term liability)
- Liabiliti bukan semasa merupakan hutang yang boleh dijelaskan dalam satu jangkamasa
yang lebih daripada setahun.
- Contohnya ialah pinjaman jangka panjang dan gadai janji.
b) Liabiliti Semasa (current liability)
- Liabiliti semasa ialah hutang yang perlu dijelaskan dalam satu jangkamasa pendek iaitu
kurang daripada setahun.
- Contohnya ialah overdraf bank, akaun belum bayar, belanja belum bayar dan hasil
Belum terperoleh.

1

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

3) Ekuiti Pemilik (Owner’s equity)
- Ekuiti Pemilik ialah modal atau pelaburan yang dilakukan oleh pemilik dalam sesebuah
perniagaan.
- Ia juga termasuk untung yang diperolehi daripada perniagaan yang digunakan dalam
perniagaan dan modal tambahan yang dibawa masuk oleh pemilik.
- Ekuiti Pemilik diperolehi dengan menolak jumlah liabiliti daripada jumlah aset sebab aset
dibekalkan oleh pemilik dan pihak luar.
- formula ekuiti pemilik : Ekuit Pemilik = Aset – Liabiliti
- Sumber ekuiti pemilik adalah berbeza mengikut bentuk perniagaan seperti berikut :

a) Milikan Tunggal
- sumber modal dari pemilik sendiri

b) Perniagaan perkongsian
- sumber modal daripada sumbangan pekongsi-pekongsi perniagaan

c) Syarikat Berhad
- sumber modal daripada pembelian saham oleh pemegang saham

4) Hasil (Revenue)
- Hasil ialah wang yang diterima daripada urus niaga perniagaan seperti menjual barang-
barang atau perkhidmatan.
- Perniagaan seperti pasaraya dan kedai runcit menerima hasil daripada jualan barang-barang.
- Perniagaan perkhidmatan pula seperti syarikat pengangkutan dan kedai gunting rambut

menerima hasil daripada perkhidmatan yang diberi.
- terdapat dua jenis hasil iaitu :

a) Hasil kendalian perniagaan
- hasil yang diterima daripada urus niaga utama perniagaan.
- Contohnya ialah hasil utama sebuah kedai runcit ialah jualan barang-barang runcit.

b) Hasil bukan kendalian
- hasil yang diterima bukan daripada urus niaga yang tidak berkaitan dengan
perniagaan.
- contohnya ialah dividen pelaburan, penerimaan sewa bangunan, faedah simpanan
bank.

- Hasil juga boleh dikelaskan kepada :
a) Hasil Pendapatan
- Penerimaan daripada aktiviti biasa perniagaan dan ia berlaku berulang kali dalam satu
jangka masa.
- Hasil pendapatan perlu diambil kira semasa menyediakan Penyata Pendapatan.
- Contohnya ialah jualan barang niaga, sewa diterima, diskaun diterima dan komisen
diterima.
b) Hasil Modal
- wang yang diperolehi daripada jualan aset lama.
- Biasanya urus niaga ini berlaku sekali sekala sahaja.

2

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

- Hasil modal perlu diambil kira semasa menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan.
5) Belanja (Expenses)
- Belanja ialah wang yang dibayar untuk menguruskan segala urus niaga dalam sesebuah
perniagaan.
- Terdapat dua jenis belanja iaitu :

a) Belanja kendalian perniagaan
- Pembayaran yang dibuat untuk mengendalikan perniagaan.
- Contohnya ialah kos belian, bil elektrik, air dan telefon, sewa kedai, insurans kedai,
iklan dan belanja runcit.

b) Belanja bukan kendalian
- Belanja lain yang tidak berkaitan pengendalian perniagaan.
- contohnya ialah derma,kerugian julan aset lama dan belanja mengubahsuaikan
perniagaan.
- Belanja juga boleh dikelaskan kepada :

a) Belanja Hasil
- Kos yang dibayar dalam biasa perniagaan untuk memperoleh hasil perniagaan.
- Perbelanjaan hasil perlu diambil kira semasa menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung
rugi.

b) Belanja Modal
- Perbelanjaan lain yang tidak boleh dikelaskan sebagai perbelanjaan hasil.
- Ia hanya berlaku sekali sekala sahaja dalam satu jangka masa perniagaan.
- Contohnya ialah belian aset bukan semasa dan membesarkan bangunan periagaan.
-Perbelanjaan modal perlu diambilkira semasa menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan..

Pengenalan Kepada Penyata Kewangan
- Penyata kewangan biasanya disediakan selepas tamat satu tempoh perakaunan dan selepas
Imbangan Duga.
- Penyata kewangan terdiri daripada ;
a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi (Penyata Pendapatan)
b) Penyata Kedudukan Kewangan.
- Tujuan penyediaan penyata kewangan adalah untuk mendapatkan maklumat berikut :
i) jumlah keuntungan perniagaan
ii) kedudukan kewangan perniagaan
a) Akaun perdagangan dan Untung Rugi (Penyata Pendapatan)
- Satu penyata yang menunjukkan butir-butir yang berkaitan dengan hasil dan belanja
perniagaan.
- Tujuan penyediaannya ialah untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan bagi satu

3

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

tempoh perakaunan.
- Sekiranya jumlah hasil sesebuah perniagaan melebihi belanja dalam tempoh yang sama,
perniagaan tersebut mendapat keuntungan.
- Sekiranya jumlah hasil sesebuah perniagaan kurang daripada belanja dalam tempoh yang
sama, perniagaan tersebut mengalami kerugian.
- Semua hasil dan perbelanjaan merupakan hasil dan perbelanjaan bagi tempoh perakaunan
tersebut sahaja.
- Hasil dan perbelanjaan yang bukan untuk tempoh perakaunan semasa tidak akan diambil
kira. Ini mematuhi prinsip pemadanan hasil dan belanja.
- Hasil dan perbelanjaan tersebut adalah hasil pendapatan dan perbelanjaan hasil dan
bukannya hasil modal dan belanja modal.
- Untung bersih atau rugi bersih yang diperolehi akan dibawa ke Penyata Kedudukan Kewangan.
- Format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ialah :

Nama Perniagaan
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir ………

RM RM
xx
Inventori Awal xx Jualan
xx
+ Belian xx

Kos barang untuk dijual xx

- Inventori Akhir (xx)

Kos jualan xx

Untung kasar h/b xx

xx

Belanja : xx Untung kasar b/b xx
Untung bersih xx + Hasil : xx
xx
xxx
xxx

b) Penyata Kedudukan Kewangan

- Penyata Kedudukan Kewangan ialah satu penyata yang menyenaraikan aset , liabiliti dan ekuiti pemilik
perniagaan pada tarikh tertentu.
- Ini bermaksud, Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan.
- Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan dalam bentuk T, bahagian kiri menunjukkan butiran aset
dan bahagian kanan menunjukkan butiran ekuiti pemilik dan liabiliti.
- Format Penyata Kedudukan Kewangan bentuk T ialah :

4

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Aset Bukan Semasa : Nama Perniagaan RM RM
Premis Penyata Kedudukan Kewangan Pada ……………. xx
Mesin xx xx
Alatan pejabat RM RM Ekuiti Pemilik :
Kenderaan xx Modal awal xx xx
xx + Untung bersih (xx) xxx
Aset Semasa:
Tunai xx RM
Bank xx xx - Ambilan 18 100
Akaun belum terima 4 000
Inventori akhir Modal akhir
520
xx Liabiliti : 3 400
2 000
xx Akaun belum bayar xx 20 000

xx Bank (overdraf) xx 890
800
xx xx Pinjaman xx 3 600

xxx

Contoh :

Berikut adalah butiran yang diambil daripada Kedai Runcit Raju pada 31 Disember 2020.

Inventori 1 Januari 2020 RM Modal
Inventori 31 Disember 2020 670 Simpanan tetap
Jualan 750 Tunai di kedai
Belian Kelengkapan
Komisen diterima 31 420 Alatan pejabat
Sewa Kedai 17 890 Premis
Bil elektrik, air dan telefon Akaun belum terima
Diskaun diberi 220 Akaun belum bayar
Diskaun diterima Pinjaman bank
Belanja am 2 900
1 160

180
200
190

Daripada butiran di atas, sediakan :
a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
b) Penyata Kedudukan Kewangan pada tarikh yang sama.

5

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Penyelesaian :
a)

Kedai Runcit Raju
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2020

RM RM
31 420
Inventori Awal 670 Jualan
31 420
+ Belian 17 890

Kos barang untuk dijual 18 560

- Inventori Akhir (750)

Kos jualan 17 810

Untung kasar h/b 13 610

31 420

Belanja : 2 900 Untung kasar b/b 13 610
Sewa kedai 1 600 + Hasil : 220
Kadar bayaran Komisen diterima 200
Diskaun diberi 180 Diskaun diterima
Belanja am 190 14 030
Untung bersih 9 160

14 030

b) Kedai Runcit Raju

Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2020

Aset Bukan Semasa : RM RM Ekuiti Pemilik : RM RM
18 100 27 260
Premis 20 000 Modal awal 9 160

Alatan pejabat 2 000 + Untung bersih

Alatan pejabat 3 400

Simpanan tetap 4 000 29 400

Liabiliti Semasa :

Aset Semasa: Akaun belum bayar 800

Tunai 520

Akaun belum terima 890 Liabiliti Jangka Panjang :

Inventori akhir 750 2 160 Pinjaman bank 3 500 4 300
31 560
31 560

6

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Persamaan Perakaunan

- Persamaan perakaunan menunjukkan hubungan antara aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.
- Dalam sesebuah perniagaan, jumlah aset harus sama dengan jumlah liabiliti campur dengan
ekuiti pemilik.
- Persamaan perakaunan boleh diringkaskan seperti berikut : Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja

- Menurut persamaan perakaunan, jumlah asset mesti sama dengan jumlah liability campur dengan
ekuiti pemilik.
- Keseimbangan ini akan sentiasa dikekalkan walaupun urus niaga perniagaan yang berlaku akan
mengubah kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.
- Kedudukan akhir aset, liabiliti dan ekuiti pemilik akan ditunjukkan dengan menyediakan Kunci Kira-
Kira.
- Setiap perubahan yang berlaku ditunjukkan dalam Jadual Persamaan Perakaunan.
- Perubahan-perubahan yang berlaku adalah melibatkan :

i. Aset bertambah, ekuiti pemilik bertambah

Contoh : Berikut adalah urus niaga peniaga Daniel sepanjang bulan Disember 2020.
Urus niaga 1 : Peniaga Daniel memulakan perniagaan Kedai Runcit Daniel dengan pelaburan

tunai RM30 000 sebagai modal.
Kesannya : Aset (tunai) bertambah RM30 000, E. Pemilik (modal) bertambah RM30 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) E. Pemilik (RM)
Niaga Modal
Tunai +30 000
(1)
+30 000 -

ii. Aset bertambah, aset berkurangan, liabiliti bertambah

Urus niaga 2 : Peniaga Daniel membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan
berharga RM25 000. beliau membayar tunai RM5 000 sebagai pendahuluan
dan bakinya akan dijelaskan dengan pinjaman daripada syarikat kewangan.

Kesannya : Aset (kenderaan) bertambah RM25 000, Aset (tunai) berkurangan RM5 000,
Liabiliti (bertambah) RM25 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) E. Pemilik (RM)
Niaga Modal
Tunai Kenderaan Pinjaman +30 000
(1)
(2) +30 000 30 000
Jumlah
-5 000 +25 000 +20 000

25 000 25 000 20 000

7

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

iii. Aset bertambah, liabiliti bertambah

Urus niaga 3 : Peniaga Daniel membeli perabot bernilai RM2 000 daripada Syarikat Ska
secara kredit.

Kesannya : Aset (perabot) bertambah RM2 000, Liabiliti (akaun belum bayar) bertambah RM2 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1)
(2) +30 000 belum bayar 30 000
(3) -5 000
Jumlah +25 000 +2 000 +20 000 + 2 000
25 000 25 000 2 000 20 000 2 000

iv. Aset berkurangan, aset bertambah

Urus niaga 4 : Peniaga Daniel membuka satu Akaun Semasa dan memasukkan tunai
sebanyak RM20 000 ke dalam akaunnya.

Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM20 000, Aset (bank) bertambah RM20 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Tunai Modal
Bank Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
belum bayar
30 000
(1) +30 000 +20 000 +25 000 +2 000 +20 000 + 2 000
(2) -5 000 20 000 25 000 2 000 20 000 2 000
(3)
(4) -20 000
5 000
Jumlah

Urus niaga 5 : Peniaga Daniel membeli barang niaga bernilai RM3 000 secara tunai.
Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM3 000, Aset (stok) bertambah RM3 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +20 000
(4) 25 000
(5) -20 000 +2 000 + 2 000
Jumlah -3 000 2 000
2 000 +20 000 +3 000 2 000 20 000
20 000 3 000

8

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

v. Aset berkurangan, liabiliti berkurangan

Urus niaga 6 : Peniaga Daniel menjelaskan semua hutang akaun belum bayarnya dengan cek.
Kesannya : Aset (bank) berkurang RM2 000, Liabiliti (akaun belum bayar) berkurang RM2 000

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +20 000
(4) 25 000
(5) -20 000 +2 000 + 2 000
(6) -3 000
Jumlah +20 000 +3 000 2 000 20 000 -2 000
2 000 3 000 0
-2 000
18 000

Urus niaga 7 : Peniaga Daniel menjual sebahagian daripada perabotnya bernilai RM500 dan
menerima sekeping cek.dengan cek.

Kesannya : Aset (perabot) berkurang RM500, Aset (bank) bertambah) RM500

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) belum bayar
(2) +30 000 30 000
(3) -5 000 +25 000 +20 000
(4) 25 000
(5) -20 000 +2 000 + 2 000
(6) -3 000
(7) +20 000 +3 000 -500 20 000 -2 000
Jumlah 2 000 3 000 1 500 0
-2 000
+500
18 500

9

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Rumusan : Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk menunjukkan baki akhir aset, liabiliti dan
ekuiti pemilik.
Kedai Runcit Daniel

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2020

Aset Bukan Semasa RM RM Ekuiti Pemilik RM

Kenderaan 25 000 Modal 30 000

Perabot 1 500 26 500

Liabiliti Bukan Semasa

Aset Semasa Pinjaman 20 000

Inventori 300

Tunai 18 500

Bank 2 000 23 500

50 000 50 000

10

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja

- Sekiranya hasil dan belanja diambil kira dalam persamaan perakaunan, maka persamaan yang
wujud ialah : Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja.

- Jika hasil perniagaan melebihi belanja, maka untung bersih akan diperolehi.
- Jika hasil perniagaan kurang daripada belanja, maka rugi bersih akan diperolehi.
- Contoh adalah berdasarkan urus niaga Peniaga Daniel.

Urus niaga 8 : Peniaga Daniel membayar belanja runcit sebanyak RM120 secara tunai.
Kesannya : Aset (tunai) berkurang RM120, Belanja (Ekuiti pemilik) berkurang RM120

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1)
(2) +30 000 belum bayar -120
(3) -5 000 30 000
(4) +25 000 +20 000
(5) -20 000
(6) -3 000 +2 000 + 2 000
(7) -2 000
(8) -120 +20 000 +3 000
Jumlah 2 000
-2 000 -500
+500

18 500 3 000 25 000 1 500 20 000 0

Urus niaga 9 : Peniaga Daniel menerima komisen berjumlah RM300 dalam bentuk cek.
Kesannya : Aset (bank) bertambah RM300, Hasil (Ekuiti pemilik) bertambah RM300

Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Modal
Tunai Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
(1) +30 000
(2) -5 000 belum bayar -120
(3) -20 000 +300
(4) -3 000 +25 000 +20 000 30 000
(5)
(6) -120 +2 000 + 2 000
(7) -2 000
(8) 2 000 +20 000 +3 000
(9)
Jumlah -2 000 -500
+500

+300 3 000 25 000 1 500 20 000 0
18 500

11

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Urus niaga 10 : Peniaga Daniel menjual sotk bernilai RM800 dengan harga RM1 200 dan
menerima sekeping cek Bernilai RM1 200 daripada pembeli.dalam bentuk cek.
Kesannya : Aset (bank) bertambah RM1 200, Aset (Inventori) berkurang RM800, Untung (Ekuiti
pemilik) bertambah RM400
Jadual Persamaan Perakaunan

Urus Aset (RM) Liabiliti (RM) EP (RM)
Niaga Tunai Modal
Bank Inventori Kenderaan Perabot Pinjaman Akaun +30 000
belum bayar
-120
(1) +30 000 +300
+400
(2) -5 000 +25 000 +20 000 30 580

(3) +2 000 + 2 000

(4) -20 000 +20 000

(5) -3 000 +3 000

(6) -2 000 -2 000

(7) +500 -500

(8) -120

(9) +300

(10) +1 200 -800

Jumlah 1 880 20 000 2 200 25 000 1 500 20 000 0

Penyata Kedudukan Kewangan yang baru perlu disediakan untuk menunjukkan kesan hasil dan belanja
kepada persamaan perakaunan.

Kedai Runcit Daniel
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2020

Aset Bukan Semasa RM RM Ekuiti Pemilik RM
30 000
Kenderaan 25 000 Modal 580

Perabot 1 500 26 500 + Untung bersih 30 580

Aset Semasa 2 200 Liabiliti Bukan Semasa 20 000
Inventori 1 800 Pinjaman 50 580
Tunai 20 000
Bank 24 080
50 580

12

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Contoh Soalan 1 : SPM 2004

Nurul Ain Enterprise ialah sebuah perniagaan milikan tunggal. Berikut ialah baki aset dan liabiliti perniagaan
tersebut pada 31 Julai 2004.
RM
Alatan Pejabat 3 000
Inventori 16 500

Akaun belum terima 4 400
Bank 6 700
Modal 25 000
Akaun belum bayar 5 600

Urus niaga dalam bulan Ogos 2004 adalah seperti berikut :
i) Membeli sebuah mesin pencetak secara tunai RM150.
ii) Menerima dua cek berjumlah RM1 200 daripada akaun belum terima.
iii) Membeli barang niaga secara kredit RM1 800.
iv) Sekeping cek bernilai RM250 yang diterima daripada akaun belum terima tidak dilayan oleh bank.
v) Inventori pada harga kos RM4 575 dijual secara kredit pada harga RM7 675.

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada
31 Ogos 2005.
(Tunjukkan jalan kerja di luar Kunci Kira-Kira)

Contoh Soalan 2 : SPM 1997

Perniagaan Sabar
Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 1997

Aset : RM Ekuiti Pemilik : RM

Premis 64 000 Modal 80 000

Alatan pejabat 5 670 + Untung bersih 12 703

Akaun belum terima 4 200 92 703

Inventori akhir 16 400

Bank 10 660 Liabiliti :

Akaun belum bayar 8 220

100 930 100 930

Perkara berikut belum diambilkira semasa menyediakan Kunci kira-Kira di atas.

i) Membeli satu set komputer dengan cek RM4 200.
ii) Mengeluarkan cek RM4 750 kepada akaun belum bayar dan terima diskaun RM250.
iii) Pemilik membawa masuk kenderaan kepunyaan sendiri bernilai RM22 000 ke dalam perniagaan.
iv) Menjual 10% daripada inventori kepada Encik Nagarajah dengan harga RM2 050.
v) Wujudkan peruntukan hutang ragu 2% atas akaun belum terima.

Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan yang baru pada 30 April 1997 selepas mengambilkira semua
urus niaga di atas.
(Semua pengiraan hendaklah ditunjukkan di luar Penyata Kedudukan Kewangan )

13

PA Ting. 4: BAB 2 T4-Aset,Liabiliti,E.Pemilik,Hasil dan Belanja

Jawapan 1 : Nurul Ain Enterprise
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2004
Aset Bukan Semasa
Alatan pejabat RM RM Ekuiti Pemilik RM
25 000
Aset Semasa 3 150 Modal 3 100
Inventori 28 100
Akaun belum teima + Untung bersih
Bank 7 400
13 725 Liabiliti Semasa 35 500
11 125 32 350 Akaun belum bayar
7 500 RM
35 500 80 000
22 000
Pengiraan : 13 238
115 238
i) Alatan pejabat : RM3 000 + 150 = RM3 150
3 227
ii) Inventori : RM16 500 + 1 800 – 4 575 = RM13 725
iii) Akaun belum terima : RM4 400 – 1 200 + 250 + 7 675 = RM11 125 118 465
iv) Bank : RM6 700 + 1 200 – 150 – 250 = RM7 500
v) Akaun belum bayar : RM5 600 + 1 800 = RM7 400
vi) Untung Bersih : RM7 675 – 4 575 = RM3 100

Jawapan 2 : Perniagaan Sabar
Kunci Kira-Kira pada 30 April 1997
Aset Bukan Semasa
Premis RM RM Ekuiti Pemilik
Alatan pejabat
Kenderaan 64 000 Modal

9 870 + Modal Tambahan

22 000 95 870 Untung bersih

Aset Semasa 6 250 14 760 Liabiliti Semasa
(125) Akaun belum bayar
Inventor9 6 125
Akaun belum terima 1 710
- Per.Hutang Ragu 118 465
Bank

Pengiraan : = RM9 870
j) Alatan pejabat : RM5 670 + 4 200
ii) Inventori : RM16 400 – 1 640 = RM14 760
iii) Akaun belum terima : RM4 200 + 2 050 = RM6 250

iv) P. Hutang Ragu : RM6 250 x 5% = RM125
iv) Bank : RM10 660 – 4 200 – 4750 = RM1 710
v) Akaun belum bayar : RM8 227 - 5 000 = RM3 227
vi) Untung bersih : RM12 703 + 250 + 410 - 125 = RM13 238

14


Click to View FlipBook Version