The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdzinbisri.gurusmkdbs, 2021-10-10 20:52:18

2-BAB 4 T4-NOTA -BTR

2-BAB 4 T4-NOTA -BTR

PA Ting. 4 : BAB 4 T4-Buku Tunai Runcit-HJ MZ-2021
BAB 4 T4-BUKU CATATAN PERTAMA
4.3.4 Buku Tunai Runcit
1. Biasanya sesebuah perniagaan menyimpan semua tunai di dalam bank dan mengeluarkan cek bagi
pembayaran.
2. Namun adalah tidak praktikal untuk mengeluarkan cek bagi membayar bayaran yang kecil sebab
merumitkan.
3. Oleh itu, perniagaan biasanya menyediakan dana tunai runcit untuk mengurangkan catatan dalam Buku
Tunai dan mengawal wang runcit yang digunakan.
4. Buku Tunai Runcit disediakan untuk mencatatkan perbelanjaan kecil seperti membeli setem, teksi, upah,
alat tulis dan sebagainya.
5. Buku Tunai Runcit dibuat mengikut Sistem Panjar iaitu juruwang perniagaan akan memberikan sejumlah
wang untuk belanja runcit bagi sesuatu bulan yang tertentu. Jumlah wang yang dibelanjakan akan
dibayar balik supaya sama dengan jumlah asal.
6. Mengikut Sistem panjar, dana tunai runcit sentiasa bermula dengan jumlah dana yang sama permulaan
setiap tempoh yang ditetapkan.
7. Contohnya ialah pada bulan Mac, juruwang memberikan RM300 untuk belanja runcit. Manakala jumlah
perbelanjaan runcit bagi bulan tersebut ialah RM240, oleh itu pada akhir bulan juruwang akan membayar
balik jumlah RM240 yang dibelanjakan.
8. Semua bayaran runcit mestilah disokong dengan dengan baucar tunai runcit sebagai bukti perbelanjaan
dan rujukan.
9. Catatan bergu apabila wang tunai diterima daripada juruwang ialah:
Debit Buku Tunai Runcit
Kredit Buku Tunai
10. Catatan bergu bagi pengeposan dari buku Tunai runcit ke akaun lejar ialah :
Debit Akaun Perbelanjaan
Kredit Buku Tunai Runcit

1

PA Ting. 4 : BAB 4 T4-Buku Tunai Runcit-HJ MZ-2021

Contoh merekod dalam Buku Tunai Runcit :

Ogos 1 :Terima tunai daripada juruwang RM200
3 : Beli kertas taip RM20
6 : Bayar tambang teksi RM10
8 : Beli setem RM10
10 : Belanja minuman pelanggan RM36
14 : Pinjaman kepada pekerja RM50
17 : Derma am RM5
22 : Beli pen dan pensil RM8
25 : Bil petrol RM40
29 : Beli sampul surat RM8

Penyelesaian :

Buku Tunai Runcit

Tarikh Butir No. Penerimaan Pembayaran A. tulis Analisis Bayaran Pelbagai
Baucar RM RM RM Tambang Pos Bel. Am RM
2021 Bank 200 20
Ogos 1 Kertas taip 20 RM RM RM 50
Tambang teksi 200 10 8 5
3 Setem 200 10 28 10
6 Minuman pelanggan 13 36 10 55
8 Pinjaman 200 50 36
10 Derma 5
14 Pen dan pensel 8 40
17 Bil petrol 40 8
22 Sampul surat 8
25 187 50 18 36
29 Baki h/b 13
200
31

Sept 1 Baki b/b
Bank

2


Click to View FlipBook Version