PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
MODUL 1 T5-TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
SPM 2004 2003 2000 1998
Pengenalan
1. Tafsiran Penyata Kewangan ialah analisis terhadap maklumat yang terdapat dalam
Akaun Perdagangan Untung rugi (APUR) dan Penyata Kedudukan Kewangan.
2. Melalui Tafsiran Penyata Kewangan, pihak-pihak luar boleh mengetahui kekuatan dan
kelemahan sesebuah perniagaan.
3. Angka-angka yang terdapat dalam Penyata Kewangan hanya akan bermakna jika
dibandingkan atau dikaitkan dengan angka-angka yang lain. Contohnya ialah untung
bersih yang diperolehi dalam sesuatu tahun akan menjadi lebih bermakna jika :
a) dinyatakan sebagai peratus jualan atau dibandingkan dengan jualan
b) dinyatakan sebagai peratus atas modal yang yang dilaburkan
c) dibandingkan dengan untung bersih tahun-tahun lepas
d) dibandingkan dengan firma-firma lain dalam industri yang sama
4. Tujuan tafsiran Penyata Kewangan adalah untuk:
a) membantu pihak pengurusan membuat keputusan
b) membantu pelabur atau bakal pelabur membuat keputusan berkaitan dengan
pelaburan
c) membantu pihak bank atau pemiutang membuat keputusan berkaitan dengan
kemudahan kredit
5. Penyata Kewangan sesebuah perniagaan boleh dianalisis melalui kaedah analisis
nisbah.
6. Nisbah-nisbah boleh dikira dan seterusnya boleh digunakan untuk menilai kecekapan
dan keberkesanan pihak pengurusan sesebuah perniagaan.
7. Nisbah yang boleh dihitung daripada Penyata Kewangan boleh diklasifikasikan kepada
nisbah keuntungan, nisbah kecairan dan nisbah kecekapan.
1
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Jenis-jenis Nisbah
a) Nisbah Keuntungan
- Nisbah keuntungan digunakan untuk mengukur kemampuan sesebuah perniagaan
dalam memperoleh keuntungan dalam tahun kewangan semasa.
- Nisbah-nisbah keuntungan melibatkan :
i) Margin Untung Kasar (Peratus untung kasar atas jualan)
- Menunjukkan perhubungan antara untung kasar dengan jualan bersih
(perolehan) atau menunjukkan peratus untung kasar yang diperoleh daripada jualan
bersih.
- Margin untung kasar mengukur untung kasar bagi setiap RM jualan bersih.
- Rumusnya ialah :
Margin untung kasar : Untung Kasar x 100
Jualan bersih
ii) Margin Untung Bersih (Peratus untung kasar atas jualan)
- Menunjukkan perhubungan antara untung bersih dengan jualan bersih atau
(perolehan) atau menunjukkan peratus untung bersih yang diperoleh daripada
jualan bersih.
- Margin untung bersih mengukur untung bersih bagi setiap RM jualan bersih.
- Rumusnya ialah :
Margin untung bersih: Untung Bersih x 100
Jualan bersih
iii) Tokokan/mark-up (Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan)
- Mengukur peratus penambahan pada kos barang untuk mendapat harga
jualan.
- Tokokan ialah peratus penambahan pada kos barang untuk mendapatkan harga
jualan. Nisbah ini boleh disebut dalam bentuk peratus atau pecahan.
- Rumusnya ialah :
Tokokan : Untung Kasar x 100
Kos Jualan
iv) Pulangan Atas Modal
- Mengukur untung bersih bagi setiap ringit modal yang dilaburkan.
- Pulangan atas modal yang tinggi menunjukkan prestasi firma yang baik.
- Rumusnya ialah :
Pulangan Atas Modal : Untung Bersih x 100
Modal Awal
2
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
b) Nisbah Kecairan
- Digunakan untuk mengukur keupayaan perniagaan dalam membuat pelbagai jenis
pembayaran seperti pemiutang dan pinjaman bank.
- Ini bermakna nisbah ini boleh menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah syarikat.
- Nisbah kecairan melibatkan nisbah semasa.
i) Nisbah Semasa
- Mengukur keupayaan sesebuah firma dalam menjelaskan semua liabiliti semasa
mengikut masa yang ditetapkan.
- Nisbah semasa yang melebihi satu atau positif menunjukkan firma mempunyaia
kecairan yang mencukupi dan mampu mebayar hutang perniagaan
- Rumusnya ialah :
Nisbah Semasa : Aset Semasa
Liabiliti Semasa
c) Nisbah Kecekapan
- Menunjukkan kecekapan pihak pengurusan firma dari segi pengurusan inventori..
- Nisbah yang digunakan ialah kadar pusing ganti inventori.
i) Kadar Pusing Ganti Inventori
- Juga dikenali sebagai kadar peralihan inventori..
- Pusing ganti inventori bermaksud berapa kali berlaku pertukaran inventori lama
kepada inventori baru.
- Pusing ganti inventori yang cepat bermakna sesuatu barang itu cepat dijual.
- Pusing ganti inventori yang perlahan bermakna perniagaan adalah lembap atau
terlalu banyak inventori yang disimpan.
- Kecepatan kadar pusing ganti inventori bergantung kepada jenis perniagaan.
- Contohnya ialah bagi perniagaan runcit, kadar pusing ganti inventori adalah cepat
berbanding dengan perniagaan menjual kasut.
- Rumusnya ialah :
Kadar Pusing Ganti Inventori = Kos Jualan
Inventori Purata
Inventori purata = Inventori awal + Inventori akhir
2
3
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Contoh : Berikut adalah Akaun Penamat Perniagaan Y2K bagi tahun berakhir 31
Disember 2022.
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022
RM RM
Jualan bersih 50 000
- Kos Jualan :
Inventori awal 3 000
Belian 34 000
37 000
- Inventori akhir (5 000)
32 000
Untung kasar 18 000
- Pelbagai Belanja (6 000)
Untung bersih 12 000
Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2022
Aset Bukan Semasa : RM RM Ekuiti Pemilik : RM
30 000
Kenderaan 51 000 Modal awal 12 000
42 000
+ Untung bersih (1 000)
41 000
Aset Semasa :
8 000
Inventori akhir 5 000 - Ambilan
Akaun belum terima 9 000
Tunai 1 800
Insuran prabayar 200 16 000 Liabiliti Semasa :
Akaun belum bayar
Liabiliti Bukan Semasa : 18 000
Pinjaman bank 67 000
67 000
Tunjukkan nisbah keuntungan, nisbah kecairan dan nisbah kecekapan.
4
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Penyelesaian :
i) Margin Untung Kasar ii) Margin Untung Bersih
= Untung Kasar x 100 = Untung Bersih x 100
Jualan bersih Jualan bersih
= RM18 000 x 100 = RM12 000 x 100
RM50 00 RM50 000
= 36% = 24%
Tafsiran : Bagi setiap RM1 jualan, untung Tafsiran : Bagi setiap RM1 jualan, untung
kasar ialah 36 sen. bersih yang diperolehi ialah 24 sen.
iii) Tokokan/mark-up iv) Pulangan Atas Modal
= Untung Kasar x 100 = Untung Bersih x 100
Kos Jualan Modal Awal
= RM18 000 x 100 = RM12 000 x 100
RM32 000 RM30 000
= 56.25% = 40%
Tafsiran : Harga jualan barang diperolehi Tafsiran : Bagi setiap RM100 yang dilabur ke
dengan menambah sebanyak 56.25% dalam perniagaan, pulangan yang
diperolehi ialah 40%.
kepada kosnya.
v) Nisbah Semasa vi) Kadar Pusing Ganti Inventori
= Aset Semasa = Kos Jualan
Liabiliti Semasa Inventori Purata
= RM16 000 = RM32 000
RM8 000 (RM3 000 + RM5 000)
=2:1 2
= RM32 000
Tafsiran : Perniagaan mempunyai RM2 untuk RM4 000
menjelaskan RM1 liabiliti perniagaan = 8 kali
Tafsiran : Inventori purata perniagaan
ditukar sebanyak 8 kali dalam satu tempoh
perakaunan.
5
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Mentafsir Nisbah
- Nisbah keuntungan, nisbah kecairan dan nisbah kecekapan boleh digunakan untuk
perbandingan seperti berikut :
a) Membandingkan 2 tempoh perakaunan yang berlainan
- prestasi kewangan sesebuah firma bagi tahun semasa boleh dinilai dengan
membandingkan nisbah perakaunan penyata kewangan tahun semasa dengan
penyata kewangan tahun sebelumnya.
b) Membandingkan sebuah firma dengan firma yang lain dalam industri yang sama.
- nisbah perakaunan tahun semasa sesebuah firma boleh dibandingkan dengan
nisbah perakaunan firma yang lain dalam industri yang sama.
Contoh : Syarikat Sentiasa Berjaya dan Syarikat Selalu Untung ialah dua buah syarikat
yang menjalankan perniagaan dalam industri pakaian. Berikut adalah Akaun
Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun akhir 31 Disember 2022 dan Penyata
Kedudukan Kewangan pada tarikh yang sama bagi kedua-dua syarikat berkenaan.
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022
Sykt. Sentiasa Sykt. Selalu Untung
Berjaya
RM RM RM RM
Jualan 76 000 89 000
- Kos Jualan :
Inventori awal 5 550 7 600
Belian 56 000 68 000
61 550 75 600
- Inventori akhir (4 050) (5 600)
(57 500) (70 000)
Untung kasar 18 500 19 000
- Pelbagai belanja (10 500) (10 300)
Untung bersih 8 000 8 700
6
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2022
Sykt. Sentiasa Berjaya Sykt. Selalu Untung
Aset Bukan Semasa : RM RM RM RM
Lengkapan 3 500 4 800
Kenderaan 35 000 40 000
Alatan pejabat 5 500 44 000 4 200 49 000
Aset Semasa : 4 050 5 600
Inventori 8 800 8 100
Akaun Belum Terima 6 700 5 800
Bank 19 550 19 500
Liabiliti Semasa : (16 000) (12 000)
Akaun Belum Bayar
Modal kerja 39 550 3 550 7 500
8 000 47 550 56 500
Ekuiti Pemilik :
Modal awal 47 800 56 500
8 700
+ Untung bersih
47 550
Anda dikehendaki :
a) menghitung nisbah-nisbah berikut bagi kedua-dua syarikat :
i) Tokokan
ii) Margin untung kasar
iii) Margin untung bersih
iv) Kadar pusing ganti inventori
v) Nisbah semasa
vi) Pulangan atas modal
b) berdasarkan nisbah-nisbah tersebut, bandingkan prestasi kedua-dua firma dan memilih
firma yang paling cekap.
7
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Penyelesaian :
a) Sykt. Sentiasa Berjaya Sykt. Selalu Untung
Butiran RM18 500 x 100 RM19 000 x 100
RM57 500 RM70 000
i) Tokokan = 32.17% = 27.14%
RM18 500 x 100 RM19 000 x 100
ii) Margin untung kasar RM76 000 RM98 000
= 24.34% = 21.35%
iii) Margin untung bersih RM8 000 x 100 RM8 700 x 100
RM76 00 RM89 000
iv) Kadar pusing ganti = 10.53% = 9.78%
inventori RM57 500 RM70 000
v) Nisbah semasa RM4 800 RM6 600
= 11.98 kali = 10.61 kali
vi) Pulangan atas modal RM19 550 RM19 500
RM16 000 RM12 000
= 1.22 : 1 = 1.63 : 1
RM8 000 x 100 RM8 700 x 100
RM39 550 RM47 800
= 22.23% = 18.2%
b) Daripada nisbah-nisbah tersebut, Sykt. Sentiasa Berjaya adalah lebih cekap berbanding
dengan Sykt. Selalu Untung kerana :
i) tokokan, margin untung kasar, margin untung bersih dan pulangan atas modal
yang lebih tinggi menunjukkan kos kendalian syarikat yang lebih rendah.
ii) Kadar pusing ganti inventori yang lebih tinggi dan nisbah semasa yang lebih
rendah menunjukkan kecekapan syarikat dalam mengendalikan tunainya.
Kesimpulan : Prestasi Sykt. Sentiasa Berjaya adalah lebig baik daripada Sykt. Selalu
Untung.
8
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Contoh Soalan 1 : SPM 1998
Maklumat Perniagaan Takmaurugi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 1998 adalah seperti
berikut :
Butiran RM
Inventori 1 Julai 1997 8 600
Inventori 30 Jun 1998 9 300
Modal 1 Julai 1997 50 000
Untung bersih 8 500
Belian 71 940
Jualan 93 080
Perabot 5 200
Iklan prabayar 120
Komisen belum terima 350
Sewa belum bayar 500
Akaun Belum Terima 4 258
Angkutan masuk 360
Hitungkan :
i) Kos jualan
ii) Untung kasar
iii) Peratus tokokan
iv) Kadar pusing ganti inventori
9
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Contoh Soalan 2 : SPM 2003
Kamarudin Mape ialah pemilik Perniagaan Kamaru yang menjual gas memasak. Modal awal
perniagaannya ialah RM50 000. Maklumat kewangan perniagaannya bagi tahun berakhir 31
Julai 2003 adalah seperti berikut :
Butiran RM
Inventori 1 Ogos 2002 7 920
Inventori 31 Julai 2003 8 640
Akaun Belum Bayar 10 900
Bank 29 350
Belian
Pulangan belian 265 180
Sewa kedai 220
Gaji pekerja
2 400
7 200
Perniagaan ini menetapkan tokokan sebanyak 20% atas barang yang dijual.
Hitungkan :
i) Kos jualan
ii) Untung kasar
iii) Margin untung kasar
iv) Kadar pusing ganti Inventori
10
PA Ting. 5 MODUL 1 T5-Tafsiran Penyata Kewangan
Jawapan 1(SPM 1998) :
i) Kos jualan = Inventori awal + Belian + Angkutan masuk – Inventori akhir
= RM(8 600 + 71 940 + 360 – 9 300)
= RM71 600
ii) Untung kasar = Jualan – Kos jualan
= RM(93 080 – 71 600)
= RM21 480
iii) Peratus tokokan = Untung kasar x 100
Kos jualan
= RM21 480 x 100
RM71 600
= 30%
iv) Kadar pusing ganti inventori = Kos jualan
Inventori purata
= RM71 600
RM8950
= 8 kali
Jawapan 2 (SPM 2003):
i) Kos jualan = Inventori awal + (Belian – Pulangan belian) – Inventori akhir
= RM7 920 + (265 180 – 220) – 8 640
= RM264 240
ii) Untung kasar = Kos jualan x tokokan
= RM264 240 x 20%
= RM52 848
iii) Margin untung kasar = Untung kasar x 100
Jualan bersih
= RM52 848 x 100
RM317 088
= 16.7%
*Jualan = Kos jualan + Untung kasar
= RM264 240 + RM52 848= RM317 088
iv) Kadar pusing ganti inventori = Kos jualan
Inventori purata
= RM264 240
RM8 280
= 31.9 kali
11