The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadtarmizibukhari, 2024-05-31 02:01:35

E-Book Hoki

E-Book Hoki

••


PEMAIN


PENJAGA GAWANG


Kemahiran menghantar bola mempunyai beberapa jenis iaitu menolak, memukul dan mencedok. Kemahiran menolak bertujuan untuk menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang dekat. Kemahiran memukul dan mencedok untuk menghantar bola kepada rakan pada jarak jauh


Kemahiran menerima bola mempunyai beberapa jenis iaitu menerima secara pepat dan kilas. Kemahiran ini bertujuan untuk menerima bola yang dihantar oleh rakan pasukan. Kayu hoki perlu menyerap daya semasa bersentuhan dengan bola agar bola berada dalam kawalan pemain.


Kemahiran menggelecek merupakan kemahiran mengawal bola semasa bola bergerak agar bola berada dekat dengan kayu hoki. Terdapat tiga kemahiran menggelecek iaitu kelecek longgar, kelecek India dan kelecek rapat Kelecek India digunakan dengan bola ditolak ke kiri dan kanan dengan kayu hoki di hadapan pemain secara pantas dan cekap Kelecek longgar dilakukan dengan menolak bola yang berada disebelah kanan ke hadapan sambil belari dengan pantas Kelecek rapat dilakukan apabila pihak lawan berada lebih hampir dengan pemain yang mana bola akan berada rapat dengan kayu hoki.


Kemahiran menjaring adalah kemahiran untuk menjaringkan gol oleh pemain apabila berada di dalam kawasan separa bulatan yang dikenali sebagai kawasan D. Jaringan boleh dilakukan dengan kemahiran menolak, mencedok, memukul dan menguis bola ke dalam gawang.


Kemahiran menjaga gawang adalah kemahiran yang sangat penting bagi penjaga gawang bagi memastikan pasukan lawan tidak dapat menjaringkan gol ke dalam gawang. Penjaga gawang boleh menepis atau menahan bola dengan menggunakan kayu hoki, tangan, pelindung kaki dan kickers


Click to View FlipBook Version