HOKII PENDIDIKAN JASMANI AHMAD TARMIZI BUKHARI BIN YUSOP TINGKATAN 3 Permainan Kategori Serangan: DT50202
PENGENALAN Hoki merupakan permainan kategori serangan. Permainan ini ialah satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan di atas padang rumput, padang tiruan dan di dalam dewan. Setiap pasukan akan bermain dengan 11 orang pemain termasuk penjaga gawang.
UKURAN GELANGGANG HOKI
PERALATAN HOKI PEMAIN
PENJAGA GAWANG PERALATAN HOKI
KEMAHIRAN HOKI menerima menggelecek Menghantar menjaga gawang menjaring bola
Kemahiran Menghantar Kemahiran menghantar bola mempunyai beberapa jenis iaitu menolak, memukul dan mencedok. Kemahiran menolak bertujuan untuk menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang dekat. Kemahiran memukul dan mencedok untuk menghantar bola kepada rakan pada jarak jauh
Kemahiran Menerima Kemahiran menerima bola mempunyai beberapa jenis iaitu menerima secara pepat dan kilas. Kemahiran ini bertujuan untuk menerima bola yang dihantar oleh rakan pasukan. Kayu hoki perlu menyerap daya semasa bersentuhan dengan bola agar bola berada dalam kawalan pemain.
Kemahiran Menggelecek Kemahiran menggelecek merupakan kemahiran mengawal bola semasa bola bergerak agar bola berada dekat dengan kayu hoki. Terdapat tiga kemahiran menggelecek iaitu kelecek longgar, kelecek India dan kelecek rapat Kelecek India digunakan dengan bola ditolak ke kiri dan kanan dengan kayu hoki di hadapan pemain secara pantas dan cekap Kelecek longgar dilakukan dengan menolak bola yang berada disebelah kanan ke hadapan sambil belari dengan pantas Kelecek rapat dilakukan apabila pihak lawan berada lebih hampir dengan pemain yang mana bola akan berada rapat dengan kayu hoki.
Kemahiran Menjaring Bola Kemahiran menjaring adalah kemahiran untuk menjaringkan gol oleh pemain apabila berada di dalam kawasan separa bulatan yang dikenali sebagai kawasan D. Jaringan boleh dilakukan dengan kemahiran menolak, mencedok, memukul dan menguis bola ke dalam gawang.
Kemahiran Menjaga gawang Kemahiran menjaga gawang adalah kemahiran yang sangat penting bagi penjaga gawang bagi memastikan pasukan lawan tidak dapat menjaringkan gol ke dalam gawang. Penjaga gawang boleh menepis atau menahan bola dengan menggunakan kayu hoki, tangan, pelindung kaki dan kickers