The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-07-25 05:04:09

BAB 9. Pembuatan Keputusan

BAB 9. Pembuatan Keputusan

PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2

by: Abiaali

BAB 9
PEMBUATAN KEPUTUSAN

9.1 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN
9.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

9.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN

SUKATAN PELAJARAN

9.1 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

9.1.1 Jenis keputusan (a) mentakrifkan maksud pembuatan keputusan;
(b) menjelaskan jenis keputusan merangkumi keputusan

rutin dan tak rutin;

9.1.2 Proses pembuatan (c) menjelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan
keputusan keputusan rasional iaitu mengenal pasti masalah, mengutip
data, menganalisis data, menjana alternatif, menilai
alternatif, dan memilih alternatif.

9.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

9.2.1 Alat membuat keputusan kuantitatif (a) mengaplikasikan alat membuat keputusan secara
kuantitatif seperti statistik deskriptif dan pokok
keputusan;

9.2.2 Alat membuat keputusan kualitatif (b) mengaplikasikan alat membuat keputusan
kualitatif seperti analisis tulang ikan, sumbang saran,
kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan
nominal.

9.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBUATAN KEPUTUSAN

9.3.1 Faktor kedapatan maklumat (a) membincangkan pengaruh faktor kedapatan
maklumat terhadap pembuatan keputusan;
9.3.2 Faktor kecekapan pembuat
keputusan (b) membincangkan pengaruh faktor kecekapan
pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan;

9.3.3 Faktor situasi pembuatan (c) membincangkan pengaruh faktor situasi terhadap
keputusan pembuatan keputusan termasuklah kepastian, risiko,
ketidakpastian, dan kesamaran.

9.1 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

MAKSUD PEMBUATAN • proses mengenalpasti masalah, membentuk alternatif-alternatif
KEPUTUSAN penyelesaian, memilih alternatif dan melaksanakan alternatif
terbaik mengikut nilai dan keutamaan pembuatan keputusan

JENIS KEPUTUSAN

1. Keputusan • Keputusan yang dibuat terhadap masalah yang biasa berlaku, kerap berlaku dan boleh dijangka.
Rutin • Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah yang telah distrukturkan.
• Contohnya: Keputusan pengambilan pekerja baru, tindakan disiplin terhadap pekerja yang datang

lewat, penyelarasan kerja.

2. Keputusan • Keputusan yang dibuat terhadap sesuatu masalah yang tidak dapat dijangkakan, keputusan
Tak Rutin berisiko dan jarang berlaku.

• Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah baru yang tidak di strukturkan dan tidak di
programkan.

• Contohnya: Keputusan pemberhentian pekerja beramai-ramai, pengenalan produk baru oleh
pesaing, membuka cawangan di luar negara.

Dua Jenis Keputusan Tak Rutin:

i. Keputusan Bersifat Adaptif ii. Keputusan Bersifat Inovatif

▪ Keputusan yang diubahsuai daripada ▪ Keputusan berdasarkan suatu pendekatan
keputusan bersifat rutin mengikut keunikan baru hasil daripada daya tumpuan yang
situasi. tinggi dan penghasilan idea yang kreatif.

▪ Contohnya, membuat keputusan mengenai ▪ Contohnya, membuat keputusan berkaitan
seorang pekerja yang rajin dan langkah-langkah untuk menangani
bertanggungjawab melanggar peraturan kegawatan ekonomi yang melanda secara
syarikat kali pertama. Maka pekerja tiba-tiba.
tersebut tidak harus diberi hukuman berat
seperti seorang pekerja yang malas dan
kurang bertanggungjawab.

Perbezaan Keputusan Rutin Dan Keputusan Tak Rutin

ASPEK KEPUTUSAN RUTIN KEPUTUSAN TAK RUTIN
TUJUAN Menyelesaikan masalah yang Menyelesai masalah yang tidak
CARA
sering berlaku dapat dijangka
SIFAT
Mengikut prosedur Mengikut kreativti

Keputusan dapat dijangka Keputusan dibuat mengikut
situasi masalah

PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

1. Mengenalpasti Masalah 1. Mengenalpasti Masalah
2. Mengutip Data
3. Menganalisis Data • Mengenalpasti masalah sebenar atau punca masalah yang menyebabkan masalah
4. Menjana Alternatif timbul
5. Menilai Alternatif
6. Memilih Alternatif • Memerlukan kemahiran memerhati, mentafsir dan menghubungkaitkan sesuatu
masalah dengan masalah lain.

• Contoh: Syarikat cuba mencari sebab dan punca penurunan prestasi pekerja.

2. Mengutip Data

• Usaha mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah yang timbul melalui
sumber dalaman atau luaran organisasi.

• Semakin banyak maklumat yang dapat dikutip, maka pembuatan keputusan jadi
lebih tepat.

• Contohnya: Syarikat boleh mengggunakan pendekatan temubual pekerja dan
membuat pemerhatian terhadap cara hidup pekerja yang berprestasi rendah.

• Kaedah mengutip data: Temubual, Soalselidik, Pemerhatian, Bahan bukti

3. Menganalisis Data

• Data dianalisis dan dibuat penilaian.
• Analisis dibuat dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif.
• Data yang diperolehi mempunyai kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi serta dapat

menyelesaikan masalah
• Biasanya menganalisis kekuatanmkelemahan,peluang,ancaman
• Contoh: Maklumat punca penurunan prestasi dianalisis dan membuat tafsiran yang berasas.

4. Menjana Alternatif

• Pihak pengurusan menyenaraikan pelbagai alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Kepelbagaian alternatif dibuat berdasarkan analisis data dan dijana melalui kaedah sumbangsaran,

kumpulan fokus dan lain-lain.
• Contoh: Pihak pengurusan perlu menjana beberapa langkah penyelesaian dan alternatif bagi

mengatasi masalah penurunan prestasi pekerja

5. Menilai Alternatif

• Membuat analisis secara kritikal terhadap setiap alternatif.
• Menilai alternatif dari sudut kekuatan, kelemahan organisasi serta peluang dan ancaman luaran
• Kriteria penilaian alternatif :
i. Menilai dari aspek keupayaan kewangan syarikat
ii. Menilai dari aspek anggaran keuntungan yang akan diperoleh syarikat
iii. Menilai samada realistik atau sebaliknya
• Contoh: Setiap alternatif yang disenaraikan perlu dinilai dari pelbagai sudut bagi menjamin keberkesanan

tindakan.

6. Memilih Alternatif

• Memilih alternatif terbaik / jalan penyelesaian terbaik.
• Alternatif yang dipilih seharusnya memberi impak yang terbaik dalam jangka masa panjang kepada sesebuah

organisasi.
• Contoh: Alternatif yang terbaik adalah alternatif yang menyumbang kepada situasi menang-menang antara

pekerja dan majikan.

9.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

1. ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF 2. ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUALITATIF

i. Statistik Deskriptif i. Analisis Tulang Ikan
ii. Sumbangsaran
i. Min iii. Kumpulan Fokus
ii. Mod iv. Teknik Delphi
iii. Median v. Teknik Kumpulan Nominal
iv. Julat
v. Sisihan piawai

ii. Pokok Keputusan

1. ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF

• Merujuk kepada proses membuat keputusan menggunakan nilai nombor, angka, analisis
matematik atau statistik.

• Contoh alat membuat keputusan kuantitatif ialah statistik deskriptif dan pokok keputusan

i. Statistik Deskriptif

• Merujuk kepada pengumpulan dan penyusunan dalam bentuk angka dan dianalisis sebelum
membuat kesimpulan dan keputusan.

• Melibatkan penggunaan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (Min, Mod, Median) dan
ukuran serakan (Julat, Varians Dan Sisihan Piawai).

a) Min c) Median

• Purata semua nombor dalam sampel • Nilai data yang berada ditengah-tengah data yang telah
• Diperolehi dengan cara menjumlahkan semua nilai disusun secara menaik.

data dan di bahagikan dengan bilangan data. • Jika bilangan nombor genap, dua nombor di tengah-tengah
• Min = Jumlah Nilai Data perlu ditambah dan dibahagikan dengan 2.

Bilangan Data • Bilangan Ganjil; 2,5,4,7,8,4,6
• Contoh set data: 2.5,4,7,8,4,6 Langkah 1: Susun ikut turutan nombor
Langkah 2: Nombor yang berada di tengah itu ialah median.
2 +5+4 + 7 +8 +4 +6
7 2,4,4,5,6,7,8
Median = 5
Min = 5.14 • Bilangan Genap: 2,5,4,7,8,4,6,9
Langkah 1: Susun nombor mengikut turutan
b) Mod Langkah 2: Kenalpasti nombor yang berada di tengah-tengah
Langkah 3: Oleh kerana terdapat dua nombor berada di
• Nombor yang kerap berulang dalam set data. tengah maka ia perlu dibahagi dua
• Contoh set data: 2,5,4,7,8,4,6
• Mod = 4 (nombor yang kerap berulang). 2,4,4,5,6,7,8,9
5+6
2
Median = 5.5

d) Julat e) Sisihan piawai

• Perbezaan nilai terbesar dengan nilai • Perbezaaan setiap nombor daripada min, iaitu purata jarak
terkecil dalam satu set data. setiap nombor dari min.
Formula asas bagi pengiraan sisihan piawai ialah :
• Contoh set data : 2, 5, 4, 7, 8, 4, 6
Nilai paling besar = 8
Nilai paling kecil = 2
Julat = 8 -2= 6

• Hasil maklumat dalam bentuk angka
membolehkan pembentangan dibuat
dalam bentuk:

i. Carta Bar
ii. Histogram
iii. Graf Garis
iv. Carta Pai
v. Jadual

KEBAIKAN PENGGUNAAN ALAT PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM BENTUK DATA DAN GRAF

• lebih cepat kerana dapat menjelaskan banyak perkara melalui graf atau jadual.
• lebih objektif atau tepat kerana keputusan dapat dibuat dengan lebih tepat dan ada bukti.
• menjimatkan atau meminimumkan kos.
• mudah difahami kerana persembahan dalam bentuk grafik lebih jelas.

ii. POKOK KEPUTUSAN

• Satu gambarajah yang menunjukkan pembentukan alternatif yang dapat membantu pembuat keputusan
memilih keputusan terbaik.

• Keputusan dibuat melalui pemilihan alternatif yang dapat memberikan jangkaan pulangan kewangan paling
tinggi.

• Merupakan model grafik yang mengandungi titik keputusan, kebarangkalian, dan hasil yang mungkin
diperolehi.

• Pokok keputusan selalunya digunakan apabila terdapat dua atau lebih keputusan tersebut bergantung kepada
peristiwa kebarangkalian

Gambarajah Pokok Keputusan KELEBIHAN ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF

i. Berbentuk objektif - Penggunaan data berangka lebih tepat dan
memudahkan proses menganalisis dan membuat perbandingan.

ii. Keputusan cepat dibuat - Proses membuat keputusan lebih
cepat kerana menggunakan alat-alat teknologi moden dan
boleh diprogramkan

iii. Menjimatkan kos - Menjimatkan kos pemprosesan kerana
proses membuat keputusan dibantu melalui penggunaan
komputer dan boleh dibuat secara berulang.

KELEMAHAN ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF

i. Tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan baharu.Jika ia
bukan masalah berulang ia melibatkan kaedah baru.

ii.Tiada program tersedia untuk mengatasi masalah
baru. Penyedianya memerlukan kos yang tinggi dan tempoh
yang lama.

iii. Hanya sesuai untuk penyelesaian jangka pendek.

1. ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUALITATIF
• Merujuk kepada proses membuat keputusan berdasarkan penggunaan pertimbangan yang

subjektif berdasarkan idea, kreativiti, gerak hati, pengalaman dan pendapat

i. ANALISIS TULANG IKAN
ii. SUMBANGSARAN

iii. KUMPULAN FOKUS
iv. TEKNIK DELPHI
v. TEKNIK KUMPULAN NOMINAL

i. ANALISIS TULANG IKAN

• Menggunakan model grafik seperti tulang ikan untuk mengenal pasti masalah sebenar melalui percambahan
fikiran dan sumber masalah seperti manusia, mesin, kaedah, bahan dan kesan yang wujud

• Bahagian kepala melambangkan masalah dihadapi. Struktur tulang menunjukkan sebab utama masalah dan
tulang kecil melambangkan sub sebab yang spesifik dan pecahan kepada masalah utama

Langkah-langkah Membentuk Model Tulang Ikan:

1. Mengenal pasti isu, akibat atau kesan daripada masalah yang berlaku.
2. Mengenal pasti punca-punca utama yang menyebabkan masalah itu berlaku.
3. Mengenal pasti punca-punca kecil bagi setiap punca utama yang menyebabkan masalah itu berlaku
4. Mengenal pasti punca kecil sebenar yang menyebabkan masalah itu berlaku (melalui

perbincangan atau sumbang saran) berserta data sokongan.
5. Merancang dan melaksanakan tindakan pembetulan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku

Gambarajah Analisis Tulang Ikan Contohnya, berdasarkan Rajah Tulang Ikan di sebelah:
1. Masalah utama yang berlaku - produk tidak berkualiti
Produ 2. Punca-punca utama yang menyebabkan masalah itu
k tidak berlaku adalah disebabkan beberapa faktor antaranya
berkua Mesin, Bahan, Kaedah dan Manusia.
liti 3. Punca-punca kecil adalah disebabkan faktor manusia
seperti pekerja kurang mahir, pekerja

kurang berdisiplin dan kadar lantik henti yang
meningkat.
4. Mengenal pasti punca sebenar sebagai contoh masalah
pekerja kurang mahir dalam mengendalikan mesin
5. Tindakan susulan atau pembetulan adalah sama ada
mengadakan bengkel atau kursus

pengendalian mesin jangka pendek, mendapatkan
pekerja yang berkemahiran dari luar organisasi, atau
mewujudkan penyelia bagi menunjuk ajar pekerja kurang
berkemahiran dan sebagainya.

ii. SUMBANGSARAN

• Merujuk kepada percambahan fikiran yang mana semua ahli dalam kumpulan dibenarkan memberi pendapat
terhadap topik yang dibincangkan

• Tujuan kaedah ini adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak idea sehingga tiada lagi idea baru dapat
dijana.

Beberapa prinsip asas sumbangsaran harus di patuhi iaitu:

▪ Tajuk perbincangan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.
▪ Ahli kumpulan terdiri daripada pekerja dari pelbagai bidang.
▪ Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan dengan memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.
▪ Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
▪ Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
▪ Cadangan yang kurang baik atau tidak praktikal tidak boleh dikritik.

iii. KUMPULAN FOKUS

• Merujuk kepada sekumpulan individu daripada pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran dikumpulkan
untuk mengembangkan idea dan buah fikiran dalam format berstruktur.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesi perbincangan berlangsung ialah:

▪ Seorang fasilitator dilantik untuk membentuk kumpulan dalam perbincangan.
▪ Penyertaan setiap ahli kumpulan amat diperlukan untuk memberi idea dan pendapat baru.
▪ Setiap kumpulan akan memberikan pendapat dan kumpulan lain dikehendaki memberi komen masing-

masing supaya idea menjadi lebih kreatif.
▪ Setiap idea akan disaring dan akhirnya satu keputusan akan dicapai atas persetujuan setiap ahli

kumpulan fokus.

• Teknik ini akan memberikan hasil yang terbaik sekiranya ahli kumpulan saling bekerjasama dan
menghormati antara satu sama lain dan lebih bersifat demokrasi.

iv. TEKNIK DELPHI

• Merujuk kepada pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli-ahli panel atau
kumpulan pakar dalam bidang berkaitan bagi mendapatkan keputusan terbaik

• Ahli-ahli kumpulan tidak bersemuka dan identiti dirahsiakan.
• Teknik yang lebih kompleks dan sesuai digunakan untuk isu-isu sensitif atau berisiko tinggi.
• Setiap ahli akan memberi idea bertulis, kemudian idea tersebut dikumpulkan dan dinilai oleh ketua kumpulan

pakar. Analisis dibuat menerusi beberapa pusingan sehingga persetujuan bersama dicapai.

Kelebihan Kelemahan
• Banyak idea diperolehi dari pelbagai • Ahli kumpulan mungkin bukan pakar

pihak. dalam bidang yang dibincangkan
• Amat sesuai untuk percambahan idea • Sukar untuk menilai akauntabiliti

untuk isu sensitif. kerana masing-masing tidak
• Pemberi idea diberi beberapa peluang mengenali.
• Mengambil masa yang lama
dan pusingan untuk mengemukakan mengumpul data dan maklumat.
idea.

v. TEKNIK KUMPULAN NOMINAL

• Merujuk kepada satu kumpulan panel yang dibentuk mengikut struktur supaya ahli diberi peluang untuk
memberikan idea dan menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud

• Ahli kumpulan akan bertukar idea dan membincangkan setiap idea yang diberikan dan proses
penambahbaikan idea dilakukan.

• Proses pengundian awal dibuat untuk memilih idea yang bernas.
• Proses pengundian akhir dibuat untuk memilih satu alternatif terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Kelebihan Kelemahan

• Setiap ahli diberi peluang • Mengambil masa yang lama

untuk memberi cadangan untuk dapat persetujuan.

masing-masing • Terdapat sebilangan ahli yang

• Ahli-ahli kumpulan sama-sama akan menguasai sesi

terlibat dalam pembuatan perbincangan

keputusan • Akan timbul rasa tidak puas

• Idea lebih bernas dan lebih hati di kalangan ahli

banyak pengetahuan

diperolehi.

9.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN

1. Faktor Kedapatan Maklumat
2. Faktor Kecekapan Pembuat Keputusan
3. Faktor Situasi Pembuatan Keputusan

1. FAKTOR KEDAPATAN MAKLUMAT

• Merujuk kepada maklumat yang diperolehi adalah tepat sah dan boleh dipercayai.
• Maklumat yang tepat, sah dan boleh dipercayai boleh dilihat dalam aspek berikut

i. Cara Mendapatkan Maklumat

ii. Kuantiti/Jumlah Maklumat
iii. Jangkamasa Mendapatkan Maklumat

iv. Kualiti Maklumat

i. Cara Mendapatkan Maklumat

• Cara mendapatkan maklumat jelas, sumber yang sahih maka keputusan yang dibuat adalah lebih tepat dan
diyakini

• contohnya: Cara untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya pelajar ialah melalui ujian kerjaya, soal selidik,
pemerhatian dan temubual

ii. Kuantiti / Jumlah Maklumat

• Maklumat yang diperolehi banyak dan lengkap dari pelbagai sumber, maka pembuatan keputusan lebih baik
• contohnya: Tempahan pakaian berfesyen unik dan terkini memerlukan maklumat lengkap oleh tukang jahit

seperti reka bentuk yang di kehendaki, saiz dan ukuran, aksesori tambahan dan kos.

iii. Jangkamasa Mendapatkan Maklumat

• Tempoh yang diberikan mencukupi maka banyak maklumat akan diperolehi, maka pembuatan keputusan
lebih tepat

• contohnya: Tempoh untuk menilai prestasi pekerja dan mengesahkan jawatan sekurang-kurangnya 6 bulan.
Semakin lama masa yang diberi semakin jelas penilaian yang boleh dibuat.

iv. Kualiti Maklumat

• Maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sahih dan boleh diukur, serta memberi gambaran sebenar
dari sumber yang sah, maka pembuatan keputusan jadi lebih tepat

• contohnya: Maklumat tentang unjuran keperluan guru di Perak perlu diambil dari sumber yang sah iaitu
Jabatan Pendidikan Pahang.

Kegunaan Maklumat Kepada Pembuat Keputusan

i. Sebagai alat pemantauan prestasi organisasi
ii. Sebagai strategi menghadapi pesaing
iii. Meningkatkan kualiti dalam pembuatan keputusan
iv. Membuat ramalan pada masa hadapan

2. FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT KEPUTUSAN

i. Personaliti iv. Kreativiti
ii. Kebijaksanaan v. Intuisi
iii. Nilai-nilai Yang Diamalkan vi. Kemahiran

i. Personaliti

• Terdiri daripada personaliti konservatif dan kesempurnaan.
• Personaliti konservatif lebih berhati-hati membuat keputusan terutama yang berisiko tinggi manakala

kesempurnaan mementingkan sesuatu keputusan yang lengkap

ii. Kebijaksanaan

• Merujuk kepada tahap pendidikan, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang.
• Golongan yang mempunyai tahap pendidikan tinggi membuat keputusan lebih berkesan berbanding

pendidikan rendah.

iii. Nilai-nilai Yang Diamalkan

• Merujuk kepada pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara
• Nilai yang sering digunakan ialah nilai agama, politik dan ekonomi, sosial, teorikal dan nilai estetika.

iv. Kreativiti

• Merujuk kepada proses menghasilkan idea baru untuk digunakan dalam pembuatan keputusan.
• Pembuat keputusan mempelbagaikan kaedah menjana idea baru bagi menghasilkan keputusan yang

berkualiti

v. Intuisi

• Merujuk kepada gerak hati dalam pertimbangan membuat keputusan
• Intuisi disorong oleh pengalaman dan pengetahuan tanpa bergantung kepada teknik dan kaedah.

vi. Kemahiran

• keupayaan atau kepakaran dalam bidang tertentu

3. FAKTOR SITUASI PEMBUATAN SITUASI HASIL KEPUTUSAN
KEPUTUSAN
• Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap dan

cukup tentang sesuatu perkara (punca masalah/alternatif

penyelesaian)

Situasi Kepastian • Kesannya keputusan yang dibuat lebih tepat dan jelas.

• Contohnya : Kementerian Pendidikan mengumumkan bermula

2019 sesi persekolahan di benarkan memakai kasut berwarna

hitam, penguatkuasaan sepenuhnya 2021

• Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang tidak lengkap

Situasi untuk dijadikan panduan dalam pembuatan keputusan.

Ketidakpastian • Tetapi hasil yang dijangkakan tepat dan jelas/boleh dicapai.

• Contohnya: Keputusan untuk memasarkan produk kerepek pisang

ke pasaran antarabangsa.

• Pembuat keputusan mempunyai maklumat lengkap dan cukup

tentang sesuatu perkara

Situasi Risiko • Tetapi hasil keputusan adalah kurang tepat dan tidak jelas

• Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan perubahan dalam

persekitaran yang sukar dijangka.

• Contohnya : Membuka perniagaan di kawasan penempatan baru.

• Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang tidak lengkap dan

tidak jelas.

Situasi • Hasil daripada keputusan yang diperolehi tidak jelas dan kurang

Kesamaran tepat dan tidak mencapai objektif.

• Contohnya: Keputusan meluaskan empayar perniagaan ke negara-

negara kutub selatan.


Click to View FlipBook Version