The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-08-18 01:38:28

Pengenalan Kelab Alam Sekitar&Rekreasi T6

SMK TOK SERA

SMK TOK SERA

KELAB ALAM SEKITAR
& REKREASI

PENGENALAN

Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga
pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar merujuk kepada usaha terancang yang dilakukan untuk
mendidik masyarakat sama ada secara formal atau sebaliknya supaya kesejahteraan dan kelangsungan hidup
masyarakat dan alam sekitar terpelihara dan berkekalan.

Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina
masyarakat yang sensitif dan memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar
dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar.

Di Malaysia, usaha memperkasakan pendidikan berkaitan alam sekitar bermula di peringkat sekolah
dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan
menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Satu usaha yang baik ialah kerajaan bakal memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek dalam
sistem pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi menjelang 2019 dalam usaha membentuk amalan
yang baik dalam interaksi ahli masyarakat khususnya generasi muda dengan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara berkaitan yang sewajarnya dikaji dan diteliti terlebih
dahulu agar subjek yang diperkenalkan nanti benar-benar berkesan dan berupaya menerapkan sikap
kelestarian yang tinggi terhadap alam sekitar kalangan pelajar, antaranya kesediaan guru, isi kandungannya
subjek tersebut dan peralatan mengajar yang bersesuaian dan mencukupi.

GURU PENASIHAT

BIL GURU PENASIHAT
1 ENCIK UZIR BIN AWANG BIDIN
2 ENCIK AMIRNUDIN BIN ISMAIL
3 PUAN NORARIZAN BINTI SALLEH
4 PUAN JULEE ROHAYU BINTI MOHD YUSUF
5 PUAN NORHASLINDA BINTI JAMIL
6 PUAN WAN SUHAILLA BINTI WAN ISMAIL
7 PUAN SITI ZALEHA BINTI MAMAT

AJK TERTINGGI 2020/2021

JAWATAN NAMA
PENGERUSI MUHAMMAD ILMAN HAZIM BIN AZRIN
NAIB PENGERUSI GOH QIU YANN
SETIAUSAHA NUR KHAIRUNNISA BINTI HUSSIN
NAIB SETIAUSAHA SITI HAJAR BINTI JUHARI
BENDAHARI ADINNA AERIESHA BINTI ZAIDI
AJK TAN TIEN TIEN

PERANCANGAN TAHUNAN

BIL AKTIVITI BAHAN TARIKH NILAI

1 Mesyuarat Agong.
- Perjumpaan pertama 2020.
- Pemilihan AJK 2020.
- Perbincangan aktiviti tahunan.

2 Gotong-royong Membersihkan
dan Menceriakan Kawasan Sekolah.
- Langkah mengatasi masalah pembakaran terbuka,
bahan
buangan sisa toksik dan isu alam Sekitar.

3 Program Sayangi Alam Sekitar.
- Program ceramah menyayangi dan menghargai alam

sekitar.

- Melukis poster mesra dengan alam.

4 Program 1 Murid 1 Pokok.
- Mengindahkan kawasan sekolah.
- Menanam pokok di sekitar kawasan sekolah.

5 Go Green.
- Setiap kelas ditugaskan untuk menjaga kebersihan
mengikut sudut yang telah ditetapkan.

BIL AKTIVITI BAHAN TARIKH NILAI

6 Being Green ( Kitar Semula ).
- Kepentingan program kitar semula, Penjimatan
penggunaan air.

7 Lawatan ke Pusat Kitar Semula.

8 Program Khidmat Masyarakat.
- Membersihkan kawasan di rumah jagaan orang tua /
rumah anak yatim / kediaman warga emas.

9 Perkhemahan.
- Pendidikan luar di hutan simpan / taman laut.

10 Hari Tanpa Plastik.

- Pelajar tidak digalakkan menggunakan beg plastik

dan disarankan membawa bekas sendiri

dari rumah.
11 Melupuskan / Kompos Sisa Makanan.

- Untuk dijadikan baja.
12 Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun.

- Jamuan Akhir Tahun.

AKTIVITI
MENCIPTA LOGO

SYARAT PERTANDINGAN :

1.Terbuka kepada semua AHLI KELAB ALAM SEKITAR DAN REKREASI T6 SESI
2020/2021 DAN 2021/2022

2. 3 Logo terbaik akan dipilih dan dikira markah
3. Juri pertandingan adalah GURU PENASIHAT KELAB ALAM SEKITAR
4. Keputusan adalah muktamad
5. Tarikh 18/8/2021 – 30 September 2021

HADIAH WANG TUNAI
TEMPAT PERTAMA : RM 50.00
TEMPAT KEDUA : RM 30.00
TEMPAT KETIGA : RM 20.00


Click to View FlipBook Version