The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
NURUL NAJIHAH BINTI SAFARUL HAZMANI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL NAJIHAH BINTI SAFARUL HAZMANI IPG-Pelajar, 2026-03-05 15:17:32

E-PORTFOLIO SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

E-PORTFOLIO SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
NURUL NAJIHAH BINTI SAFARUL HAZMANI

Keywords: E-PORTFOLIO SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

SosiologiPENGENALANSTRATIFIKASISOSIALKESAN-KESANSTRATIFIKASISOSIALTERHADAPPENDIDIKANFAKTOR-FAKTORYANGMEMPENGARUHIKEPELBAGAIANSOSIOBUDAYA DISEKOLAHEDUP 314307 MAC 2026DALAM PENDIDIKANE-PORTFOLIO


NURUL NAJIHAH BINTI SAFARUL HAZMANINAMAAMBILANSEMESTERPENSYARAHpismp ogos 2023/2028semester 2 tahun 2PUAN MARDHIYAH BINTI SAFWANKELASpendidikan islam


Saya mengaku bahawa ini adalah hasil kerja sayasendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunyatelah saya jelaskan sumbernya.Tandatangan :Nama Pelajar : Nurul Najihah binti Safarul HazmaniNo. KP : 040827-11-0248 Tarikh : 5 Mac 2026PENGAKUAN


Bismillahirahmanirahim, bersyukur ke atas Ilahi dengan izin dan limpah kurnianNya kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi ini.Saya bersyukur kerana atas nikmat, masa, nyawa tenaga yang dianugerahkankepada saya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek EDUP 3143Sosiologi dalam Pendidikan dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan.Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan dan jutaan terimakasihi kepada pensyarah yang saya hormati Puan Mardhiyah Binti Safwan keranadengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk sayamenyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcarauntuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan moral bantuan dari segikemudahan kewangan daripada mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkantugasan ini dengan jayanya. Jutaan ucapan terima kasih juga kepada kawan-kawansaya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakankepada mereka. Mereka juga banyak berkongsi maklumat dan memberikanpenerangan dengan terperinci supaya saya dapat membuat tugasan denganmudah. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalammenjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segalabantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuandan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakandengan baik.Nurul Najihah binti Safarul Hazmani,Jabatan Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,11700 Persiaran Tunku Kudin, Gelugor Pulau Pinang.PENGHARGAAN


BIL PERKARA1.0 PENGENALAN2.0 KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN3.0 FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH4.0 IMPLIKASI TERHADAP GURU DAN KAITAN DENGAN 6C5.0 RUJUKANISI KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN


SSttrraattiiffiikkaassii SSoossiiaallIstilah stratifikasi sosial berasal dari perkataanstrata atau stratum yang membawa maksud“lapisan”. Kewujudan stratifikasi sosial dalam kalanganMasyarakat telah membahagi setiap indidvidu ataukumpulan masarakat ke dalam kelas-kelas sosial yangtertentu menyebabkan berlaku kemahuan untukbergerak dari kelas ke kelas yang lain. Istilahstratifikasi sosial berasal dari perkataan strata ataustratum yang membawa maksud “lapisan”. Kewujudanstratifikasi sosial dalam kalangan Masyarakat telahmembahagi setiap indidvidu atau kumpulan masarakatke dalam kelas-kelas sosial yang tertentu menyebabkanberlaku kemahuan untuk bergerak dari kelas ke kelasyang lain. Ia juga membentuk dua gologan yangberkuasa dan tidak berkuasa yang manamenggambarkan perbezaan yang wujud dalamkalangan masyarakat serta adanya peranan atau fungsiyang harus dimainkan bagi setiap ahli.Di samping itu, sosiobudaya pula adalah pengamalan dan peradansesuatu masyarakat untuk meningkatkan kehidupan sosial mereka.Kepelbagaian budaya di sekolah merujuk kepada ketidaksamaandalam aspek bangsa, bahasa, struktur sosial, agama, adat resam danbudaya yang membentuk tingkah laku, norma, inilai dan interaksisuatu kelompok.


2.0 KESANSTRATIFIKASISOSIAL DALAMPENDIDIKAN


INSTITUSI PENDIDIKANInstitusi pendidikan merupakan lambangasas dalam sesebuah masyarakat kerana iamerujuk kepada suatu sistem yangmemainkan dan menggabungkan peranansosial serta norma sosial sebagai mekanismeyang mengawal, mengatur, menyusun danmembimbing tingkah laku ahli masyarakat bagimemenuhi keperluan hidup dan mengekalkankeharmonian sosial Md Khalid, Noor Fatin Alia'and Mohd Hanafiah, Halis Azhan (2019).Dalam konteks ini, institusi pendidikanberperanan memastikan setiap individumendapat peluang pembelajaran yang adil dansistematik demi pembangunan diri danmasyarakat. Ia ditubuhkan utuk tujuanpembelajaran dan perkembangan individudalam memelihara budaya dan ilmu.Sebagai contoh, golongan yang tidakberkemampuan dari segi ekonomi atauberpendapatan rendah akan mmengalamikesukaran dalam mengakses pendidikandengan baik (Nur Faiqah Nasuha MuhdZafrullah & Zamri Mahamod, 2025)..Kekangan kewangan boleh menyebabkanmereka tidak mampu menyediakankeperluan asas persekolahan sepertiperalatan pembelajaran, pengangkutan,atau akses kepada sumber digital.Menurut kenyataan Dr Mohd AzamAhmad (2025), kira-kira 652 orang muridtercicir dari sekolah disebabkan faktorkemiskinan dan terdapat segelintir pelajaryang terpaksa bekerja bagi membantukeluarga menampung perbelanjaanharian (Harian Metro. 2024).Oleh itu, kerajaan perlu lebih peka dan cakna dalam mengenal pasti murid yang kurangberkemampuan agar sumbangan atau bantuan dapat disalurkan secara menyeluruh danberkesan seperti bantuan (KWAPM) yang diperuntukkan setiap tahun supaya peluangpendidikan dinikmati secara adil oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang sosioekonomi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2026).


Menurut Kamus Dewan Bahasadan Pustaka Edisi Keempat,sekolah ialah tempat untuk belajar,mengajar, menerima dan memberipelajaran. Sekolah memainkanperanan utama dalam mewujudkanstatus sosial selain menyediakanpendidikan yang terbaik. (SheilaMichael, Abdul Said Ambotang,Mohamad Nizam Nazarudin &Christina Andin, 2021). Sekolahmempunyai unit organisasi yangmembantu kumpulan manusiamencapai objektif dan matlamat.Mereka terdiri daripada pelajar, guru,pentadbir dam kakitangan bukanguru yang mempunyai set perananbagi mencapai satu visi di bawahkepimpinan seorang pentadbir yangsama. Oleh yang demikian,hubungan antara kumpulan iniperlulah dikendalikan dengan baikdengan mewujudkan kefahamanyang sama dan mengiktiraf carakumpulan yang lain untuk mencapaimatlamat yang satu. Sebagaicontoh, pengamalan dan peraturanlama pada gaya pentadbiran dankepimpinan dalam melaksanakantugasan mencetus konflik keranatidak sesuai dengan ekspektasi yangdikehendaki oleh guru yang lain.Maka, semua hali kumpulan perlumenerima secara terbuka terhadapperbezaan pendapat bagi mencapaitujuan yang sama (Rosly Kayar &Mohd Hanapiah bin Khamis, 2026).SEKOLAH


Keluarga dikategorikan sebagai Institusi sosialpaling asas dalam masyarakat yang menjadipenyambung kepada generasi seterusnya danmerupakan faktor kepada kecemerlangan akademikanak-anak. Sebagai contoh, tanggungjawab utamabagi ibu bapa adalah memastikan anak merekadiberi keperluan dan perhatian yang seharusnyaseperti menyediakan keperluan asas sertaperlindungan kepada ahlinya dalam bentuk wangatau sokongan sosial yang baik untukkecemerlangan akademik. (Nur Amal Zaimah, AzlinaAbdullah & Mohamed Fauzi Sukimi, 2021).Seterusnya, pendorong keyajaan anak-anakdipengaruhi oleh latar belakang ibu bapa sepertijenis pekerjaan dan pendapatan untuk membelikeperluan dan kelengkapan persekolahan yangmencukupi. Dengan adanya kelengkapanpersekolahan, anak-anak dapat belajar dengan lebihbersemangat untuk memajukan diri. Ibu bapa yangmempunyai tahap pendidikan rendah atau yangfokus bekerja sebagai petani, penoreh getah danpekebun sawit kecil-kecilan ini tidak mampumemberikan tenaga dan masa untuk pelajarananak-anak demi menyara keluarga. Pengabaiantanpa pemantauan perkembangan memberi kesanterhadap pelajaran anak-anak. Manakala ibu bapayang merupaan ahli akademik atau professionallebih menjamin kecemerlangan akademik anakanak. (Mairin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin,Zakiah Noordin, Azmain Saharin & Siti Rozana Saili,2020).Umpama selembarbenang, dikait, ditenundan dijalin akhirnyamenjadi kain yangsempurna indahnya.Sebagai KeluargaMalaysia yang besar,kita harus bertoleransidalam semua perkara,hormat-menghormatiserta mengekalkanperpaduan rakyat yangberbilang kaum, agamadan bangsa sertaintegrasi nasional silangbudaya, adalah tunjangkekuatan kita sebagaisebuah negara bangsayang berjaya.KELUARGA


MASYARAKATDalam konteks stratifikasi sosial, ilmupengetahuan menjadi ukuran status dankedudukan seseorang dalam masyarakat.Individu yang memiliki tahap pendidikantinggi seperti ijazah sarjana, doktor falsafahatau gelaran profesional lazimnyaditempatkan pada lapisan sosial yang lebihtinggi. Kebiasaanya, individu yangmempunyai tahap pendidikan danmenamatkan pengajian ijazah secara lebihkerap akan menyokong aktiviti yangdilakukan oleh pihak sekolah kepadaanaknya. Hal ini menunjukkan bahawapendidikan berfungsi sebagai mekanismepenentu kedudukan sosial dalam institusimasyarakat.Selain itu, sesetengah masyarakat yangselesa seperti kehidupan masyarakat orangAsli yang tidak mementingkan pendidikandan kemampuan penguasaan ilmu yangcetek juga menyebabkan keinginan untukbelajar berkurang dan mereka akan terushidup tanpa adanya pendidikan yang formal(Siti Nurleha, Sakinah, Mohd Fuad & MohdHafiy, 2024). Oleh itu, penglibatanmasyarakat dalam membantu merekadalam menyediakan pendidikan yangterbaik melalui pelaksanaan programseperti Transformasi Pendidikan Orang Aslidan Peribumi telah ditambah baik supayakehadiran mereka ke sekolah meningkatdan mengurangkan masalah keciciran dariberterusan (Nordiana Daud & MohdSyaubari Othman, 2025).


3.0 FAKTOR YANGMEMPENGARUHIKEPELBAGAIANSOSIOBUDAYA DISEKOLAH


Sebagai contoh, kajian tentang interaksi murid mendapati bahawakebanyakan pelajar cenderung bergaul dengan rakan daripada etnik yangsama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Keadaan inimenunjukkan bahawa faktor bangsa bukan sahaja mewujudkankepelbagaian, malah mempengaruhi corak hubungan sosial dalam bilikdarjah. Guru juga mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada beberapaetnik pelajar dan tidak mengambil peduli tentang perasaan kumpulan muridminoriti. Ini dapat memberi kesan kepada pembinaan pemikiran etnosentrikdalam kalangan murid (Yong Hie Hie & Ku Hasnita Ku Samsu. 2019).BANGSAPersekitaran etnik yang heterogen diwujudkan melalui pilihanpersekolahan. Di sekolah, murid sekolah di Malaysia dapat sama-samabelajar bersama murid lain dari setiap kumpulan yang berbeza etnik, agamadan budaya. Kepelbagaian etnik ini secara langsung membentuk komposisimurid di sekolah. Tambahan pula, kewujudan sekolah aliran kebangsaan danjenis kebangsaan menyebabkan penempatan pelajar yang lebih homogendari segi kaum. Kadar peningkatan stratifikasi etnik di sekolah jeniskebangsaan menunjukkan lebih ramai murid India dan Cina yang mendaftardi sana (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2015). Situasi ini memberikesan terhadap tahap interaksi rentas etnik dalam kalangan murid sejak usiaawal. Kepelbagaian latar belakang etnik dan budaya dalam kalangan wargasekolah membolehkan sesuatu kerja menjadi lebih efektif, hormatmenghormati dan beretika. Namun begitu, sikap perkauman yang wujudboleh membentuk hubungan etnik yang tidak harmoni.


faktor kepelbagaian sosiobudayaBahasa merupakan antara faktor penting yangmempengaruhi sosiobudaya di sekolah keranabahasa berkait rapat dengan latar belakangmasyarakat majmuk di Malaysia.Hal ini menunjukkan bahawa dasarpendidikan bahasa bukan sahajamembentuk sistem pembelajaran,malah mempengaruhi pembinaanidentiti dan hubungan antarakelompok dalam sekolah.Pendekatan ini mengiktiraf bahawakepelbagaian bahasa dan budayaperlu diraikan agar murid dapatmembina sikap toleransi serta salingmemahami antara satu sama lain.Sekiranya bahasa dan budaya tidakdifahami dengan baik, ia bolehmenimbulkan salah faham dan jurangsosial dalam kalangan murid SureshKumar N Vellymalay 2014).EDUP 3143BahasaMenurut Samsudin Suhaili. (2023), bahasamemainkan peranan dalam masyarakat yangmempunyai jaringan sosial yang luas danmenjadikan interaksi antara individu lebih aktif. Disekolah, murid yang datang dari pelbagai kaumdan budaya membawa sistem bahasa, nilai dancara komunikasi yang berbeza sekaligusmewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalambilik darjah. Selain itu, bahasa menjadi mediumutama untuk menyampaikan dan mengekalkanunsur-unsur budaya tersebut. Oleh itu, perbezaanbahasa dalam kalangan murid sebenarnyamencerminkan perbezaan budaya yangmempengaruhi cara berfikir, berinteraksi danbertindak dalam persekitaran sekolah.Seterusnya, perkembangan sistem pendidikannegara seperti pelaksanaan Dasar BahasaKebangsaan dan kedudukan Bahasa Melayusebagai bahasa pengantar utama turutmempengaruhi corak kepelbagaian sosiobudayadi sekolah. Bahasa Melayu berfungsi sebagaibahasa rasmi dan bahasa perpaduan, namunpada masa yang sama kewujudan bahasa ibundapelbagai kaum tetap memberi warna kepadadinamika sosial murid.


Struktur SosialDalam konteks sekolah, guru memainkan peranan penting dalam membimbingdan mempengaruhi perkembangan pelajar. Guru bukan sahaja berfungsi sebagaipenyampai ilmu tetapi juga sebagai individu yang memberi sokongan, nasihatserta dorongan kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, rakansebaya turut menjadi elemen penting dalam struktur sosial sekolah kerana pelajarbanyak berinteraksi dan berkongsi pengalaman bersama kumpulan yangmempunyai umur dan latar belakang yang hampir sama (Samsudin Suhaili. 2023).Hubungan ini secara tidak langsung membentuk cara berfikir, nilai serta tingkahlaku murid dalam persekitaran sekolah. Di samping itu, sokongan daripadakeluarga khususnya ibu bapa juga memberi kesan terhadap perkembangan sosialdan akademik pelajar. Hal ini selari dengan pandangan bahawa pemerkasaanbudaya sekolah dan struktur sosial menekankan peranan pentadbir, guru dan ibubapa dalam membentuk persekitaran sekolah yang mampu mengeratkanhubungan antara sekolah dengan masyarakat (Irwan FarIza Sidik, Mohd MahzanAwang & Abdul Razaq AhMad, 2018). Oleh itu, hubungan antara guru, rakansebaya dan keluarga membentuk satu struktur sosial yang mempengaruhi corakinteraksi serta kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid di sekolah.Struktur sosial juga merupakansalah satu faktor yangmempengaruhi kepelbagaiansosiobudaya di sekolah. Struktursosial merujuk kepada hubungandan peranan individu dalamsesuatu sistem sosial sepertihubungan antara guru, rakansebaya serta keluarga yangmembentuk pengalaman sosialmurid (Irwan FarIza SIdIk, MohdMahzan Awang, & Abdul AazaqAhmad. 2018).


KepercayaanTidak asing lagi Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyaimasyarakat majmuk, di mana terdiri daripada satu sistem sosial dan politik dalammenjalani kehidupan bersama. Penduduknya daripada pelbagai kumpulan etnikseperti Melayu, Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Setiap etnik ini mempunyai bahasa sendiri,amalan budaya dan bebas mengamalkanajaran agama yang menjadi asas kepadapembentukan identiti mereka. Perpaduandalam kalangan masyarakat khususnyadalan institusi pendidikan da[at dibinadengan adanya penghormatan terhadappengenalan dan penghormatan kepadakepercayaan masing-masing.Menurut Ayu Nor Azilah Mohamad & WayuNor Asikin Mohamad (2025), interaksiantara komuniti Hindu dan Islam dimalaysia meyumbang kepadapembentukan suatu budaya yang tersendiri.Hubungan antara keduanya menunjukkanciri yang penting dalam pembinaan identitimasyarkat Malaysia. Namun begitu, sistempendidikan di Malaysia masih menghadapicabaran dalam menyatukan murid daripadapelbagai latar belakang kaum keranakewujudan sekolah kebangsaan, vernakulardan swasta yang mempunyai komposisipelajar yang berbeza.Murid yang datang daripada keluarga dengan pegangan agama dan amalan budaya yangberbeza akan membawa nilai, tradisi serta cara hidup masing-masing ke dalam persekitaransekolah. Hal ini mewujudkan variasi dalam cara berinteraksi, cara berfikir dan juga dalamsambutan perayaan atau aktiviti tertentu. Oleh itu, pihak guru khususnya perlumenggunakan pendekatan pedagogi yang menekankan nilai sejagat seperti toleransi,empati dan sikap hormat-menghormati secara menyeluruh dalam proses pendidikanMuhammad Daniel Mohd Sahid, Anas Zahideen Mohammad Ghazali, Maisarah YasminIshak, Mohamad Dhiya Zulkarnain Edy, Muhammad Danial Hakimi Mohd Yazid, NurSyakilla Asyiqin Hasan, Nur Elliya Maslina Mazli & Asma' Wardah Surtahman (2025).


d a n B u d a y aAdat resam dan budaya juga merupakanantara faktor penting yang mempengaruhikepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Hal inikerana setiap murid datang daripada latarbelakang budaya yang berbeza dan membawabersama nilai, amalan serta tradisi yangdiamalkan dalam keluarga dan masyarakatmasing-masing. Perbezaan ini dapat dilihatmelalui cara berinteraksi, sambutan perayaan,cara berpakaian serta amalan harian yangdipraktikkan oleh setiap kaum.Menurut kajian, pemahaman terhadap unsurbudaya seperti festival, tradisi, sejarah,legenda, lagu, muzik dan tarian sesuatu kaumdapat membantu membina hubungan yanglebih baik antara individu daripada latarbelakang yang berbeza.Hal ini menunjukkan bahawa pendedahan kepada kepelbagaian adat dan budaya dapatmeningkatkan sikap saling menghormati serta mengurangkan salah faham antara murid.Dalam konteks sekolah, guru juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkankepelbagaian budaya melalui aktiviti pembelajaran, sambutan perayaan atau programkebudayaan di sekolah. Pelaksanaan pendidikan multibudaya di sekolah dapat memupuksikap toleransi dan semangat kebersamaan dalam kalangan murid yang datang daripada latarbelakang kepercayaan, etnik dan budaya yang berbeza (Suzana Muhamad Pilus, NorwalizaAbdul Wahab, Abdul Talib Mohamed Hashim & Mohd Nazir Mohd Zabit, 2023). Oleh itu,pemahaman terhadap adat resam dan budaya yang berbeza mampu mewujudkan suasanapembelajaran yang lebih harmoni serta mengukuhkan hubungan sosial antara murid daripadapelbagai latar belakang.


4.0 IMPLIKASI


ImplikasiKepelbagaian sosiobudaya serta kewujudan stratifikasi sosialdalam kalangan murid memberi implikasi penting terhadapsistem sekolah dan pembangunan kerjaya guru padaperingkat global bagi mewujudkan peluang pembelajaran yanglebih inklusif dan adil kepada semua murid tanpa mengiralatar belakang sosial atau ekonomi. Guru perlu mempunyaikeupayaan untuk mengurus kepelbagaian latar belakang muridseperti perbezaan budaya, bahasa, agama dan status sosialmelalui pendekatan pengajaran yang inklusif serta responsifterhadap budaya. Dalam konteks ini, pembangunan kerjaya gurupada peringkat global perlu menekankan penguasaan kemahiran6C iaitu critical thinking, creativity, collaboration, communication,character dan citizenship. Guru perlu menggunakan pemikirankritis (critical thinking) untuk mengenal pasti jurang pendidikanyang berpunca daripada stratifikasi sosial seperti kekanganekonomi atau akses kepada sumber pembelajaran, seterusnyamerancang strategi pengajaran yang lebih sesuai.Selain itu, kreativiti (creativity) dan kolaborasi (collaboration) penting bagi membolehkan gurumembina aktiviti pembelajaran yang inklusif serta bekerjasama dengan pihak sekolah dankomuniti bagi membantu murid yang kurang berkemampuan. Kemahiran komunikasi(communication) pula membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada muriddaripada latar belakang sosiobudaya yang pelbagai, manakala character dan citizenship dapatmembentuk nilai empati, tanggungjawab sosial serta kesedaran terhadap kepelbagaianmasyarakat. Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Muhammad Zakwan Abdul Rahim,Nurfaradilla Mohamad Nasri dan Mohamad Asyraf Abd Talib (2020) yang menekankan bahawaguru perlu mempunyai kesedaran, pengetahuan dan kesediaan dalam melaksanakan pedagogiresponsif budaya bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih efektif dalammasyarakat yang majmuk. Oleh itu, penguasaan kemahiran 6C bukan sahaja membantu gurumenangani kesan stratifikasi sosial dalam pendidikan, malah menyokong pembangunanprofesional guru yang mampu berfungsi secara kompeten dalam konteks pendidikan global.


5.0 RUJUKAN


Ayu Nor Azilah Mohamad & WaRyu NUor AJsikUin MKohaAmadN(2025). Kepelbagaian Agama danBudaya di Malaysia: Antara Cabaran dan Kekuatan Sosial dalam Pembinaan BangsaJournal of Suktan Alauddin Sulaiman Shah ISSN: 2462 1692 e-ISSN: 2289 804 Vol.12, No. 2, (Nov, 2025)Irwan FarIza Sidik, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq AhMad (2018). SokonganPersekitaran Sosial di Pelbagai Jenis Sekolah Menengah dalam MeningkatkanKemahiran Insaniah Pelajar (Social Environmental Support in Various Types ofSecondary Schools in Improving Soft Skills Among Students). Jurnal PendidikanMalaysia SI 1(1)(2018): 67-76 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-08Kementerian Pendidikan Malaysia. (2026). Bantuan Kumpulan Wang Amanah PelajarMiskin (KWAPM). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.Md Khalid, Noor Fatin Alia' and Mohd Hanafiah & Halis Azhan (2019) Institusi sosialMelayu dalam novel Luka Nering. In: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa danBudaya Nusantara (SUTERA 2019), 1-2 Ogos 2019, Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM.(pp. 789-802).Nor Fazlina Abdul Rahim. September 4, 2025. Miskin, pengaruh rakan punca keciciranpelajar di Kelantan. pengaruh-rakan-punca-keciciran-pelajar-di-kelantanRosly Kayar & Mohd Hanpiah bin Khamis, (2026). Sosisologi dalam Pendidikan. LocalPublications (M) Sdn BhdSamsudin Suhaili. (2023). Kepelbagaian Budaya dalam Pengajaran Bahasa Melayu. DianBahasaSuzana Muhamad Pilus, Norwaliza Abdul Wahab, Abdul Talib Mohamed Hashim & MohdNazir Mohd Zabit (2023). Pendidikan Multibudaya Dalam Kalangan Guru SekolahRendah di Negeri Sembilan. Jurnal Pendidikan Bitara Upsi Vol. 16 No.2 (2023) / Eiss2821-3173 (42-58)Sheila Michael, Abdul Said Ambotang, Mohamad Nizam Nazarudin & Christina Andin.(2021). Status Sosioekonomi: Satu Cabaran Penglibatan Pelajar dalam AktivitiKokurikulum Sekolah Menengah. https://www.researchgate.net/journal/MalaysianJournal-of- Social-Sciences-and-Humanities-MJSSH-2504Yasmin Ahmad & Najeemah mohd Yusof. (2015). Kompetensi Kepelbagaian BudayaDalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik Di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia.Jurnal Kepimpinan Pendidikan. April2015, Bil. 2, Isu 2


RUJUKANYong Hie Hie & Ku Hasnita Ku Samsu (2019). Sikap Negatif Guru Sebagai Penghalangkepada Pembentukan Perpaduan Etnik di Sekolah. 89(1), April 2019: 149-159https://doi.org/10.17576/akad-2019-8901-12Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah (2014). Kepelbagaian ElemenBudaya Dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu Dan Kepentingan. The Online JournalOf Islamic EducationNur Amal Zaimah, Azlina Abdullah & Mohamed Fauzi Sukimi. (2021). Isu dan CabaranKeluarga Sebagai Agen Kawalan Sosial dalam kalangan Remaja. Malaysian Journal ofSocial Sciences and Humanities (MJSSH) 6(8):207-214DOI:10.47405/mjssh.v6i8.906Mairin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Azmain Saharin & SitiRozana Saili. (2020). Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dan Peranan Guru DenganPencapaian Akademik Pelajar Sekolah eISSN 2550-2158 Vol. 4 Special Issue 1, 2020eISSN 2550-2158Muhammad Daniel Mohd Sahid, Anas Zahideen Mohammad Ghazali, Maisarah YasminIshak, Mohamad Dhiya Zulkarnain Edy, Muhammad Danial Hakimi Mohd Yazid, NurSyakilla Asyiqin Hasan, Nur Elliya Maslina Mazli & Asma' Wardah Surtahman (2025).Cabaran Toleransi Sosial Menerusi Kepelbagaian Agama Dalam Masyarakat Majmuk diMalaysia. E-Journal of Islamic Thought and Understanding Academy ofContemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Cawangan Melaka, Malaysia Volume 8No 1 (2025)Siti Nurleha, Sakinah, Mohd Fuad & Mohd Hafiy. (2024). Isu-Isu Pendidikan PelajarMasyarakat Orang Asli di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah,Kg. Kenang Sungai Siput, Perak. Conference: 7th World Conference On IslamicThought & Civilization | WCIT2024 Together We Stand: Muslims And Global HumanityAt: Ipoh PerakNordiana Daud & Mohd Sayubari Othman. (2025). Faktor Keciciran Murid Orang AsliTemiar Dalam Pendidikan Di Sekolah Menengah Daerah Kecil Sungai Siput (U), Perak.International Journal of Education, Psychology and Counseling Volume 10 Issu 57(March 2025) PP. 624-643


Click to View FlipBook Version