The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan & Takwim SKP 2023_2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabhatun.teja.215, 2023-03-17 07:35:42

Pengurusan & Takwim SKP 2023_2024

Buku Pengurusan & Takwim SKP 2023_2024

45600 BESTARI JAYA, SELANGOR [email protected] SEKOLAH KEBANGSAAN PASANGAN


2 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR . Assalamualaikum w.t dan Salam Sejahtera..... Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan Pentadbir SK Pasangan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. Insya-Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip kerja berpasukan (teamwork) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di peringkat panitia, sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan. Moto SKP 3B “ Berusaha, Berilmu, Berjaya” dan Slogan “Sederap Memperkasakan Ilmu dan Sahsiah”yang kita persetujui perlu direalisasikan. Oleh itu kita perlu bergerak serentak dan senada untuk mencapai matlamat tersebut. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak didikan kita berjaya dalam semua aspek. Sukacita ingin saya katakan di sini dengan pemilihan SK Pasangan sebagai salah sebuah sekolah dalam Program Sekolah Transformasi Kohot7 yang mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di daerah ini mampu meningkatkan lagi pengurusan dan pencapaian kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Oleh itu, marilah kita bekerja dengan seikhlas hati, teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya. Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas Dan Dedikasi ”. “ Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul ”. Sekian, terima kasih. NOREZAN BINTI MAHMOOD GURU BESAR SK PASANGAN SECALIT TINTA SEUNTAI KATA


3 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MISI DAN VISI KPM MOTO DAN SLOGAN SEKOLAH MOTO : Berusaha , Berilmu , Berjaya SLOGAN : Sederap Memperkasakan Ilmu dan Sahsiah Visi Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


4 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR Kami warga kerja SK Pasangan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan : 1. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang dinamik dan berkesan serta mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan kondusif. 2. Menyediakan dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang, agama, bangsa dan keturunan. 3. Memberi pendidikan yang cemerlang dan efektif serta membimbing supaya dapat melahirkan insan yang berilmu, beramal, berjasa, berketerampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4. Memastikan prestasi kecemerlangan murid dan kakitangan sentiasa dicapai dan berterusan. 5. Memastikan jalinan dan hubungan mesra dengan ibu bapa, murid-murid dan juga sesiapa yang berurusan dengan pihak sekolah. 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. 2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. 4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. PIAGAM PELANGGAN OBJEKTIF SEKOLAH


5 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR BIL SIMBOL KETERANGAN 1 Obor Melambangkan ilmu sebagai cahaya hidup. 2 Buku Melambangkan ilmu dan pengetahuan. 3 Gear Melambangkan teknologi. 4 Bulan Sabit Melambangkan Agama Islam. 5 Gelung Berangkai Melambangkan Kesukanan. 6 Laut Berombak Melambangkan Kehidupan. 7 Warna Merah Melambangkan Keberanian 8 Warna Biru Melambangkan Perpaduan 9 BERUSAHA BERILMU BERJAYA Cogankata yang mendorong murid- murid ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Apabila ada usaha dalam menuntut ilmu, pasti akan berjaya dalam kehidupan. Insyaallah. LENCANA SEKOLAH DAN MAKSUDNYA


6 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR SILA IMBAS ATAU TAIP ALAMAT URL INI UNTUK MENDENGAR LAGU SEKOLAH https:// LAGU SEKOLAH . LIRIK LAGU SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pasangan Yang amat kami hormati Maju pelajaran dan juga sukan Mencapai cita-cita. Berusaha Berilmu Berjaya Itulah cogan kata kami Berdisiplin berharmoni Menuju kejayaan Bangunlah oh bangsaku Untuk masa hadapan. Ciptaan : Tuan Haji Badaruddin Bin Abdul Hamid Nazir Wilayah Persekutuan Senikata : Encik Hairuddin Bin Md Isa Guru Sekolah Kebangsaan Pasangan 1983 Puan Salmah Binti Osman Guru Sekolah Kebangsaan Pasangan 1983


7 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR Sekolah Kebangsaan Pasangan telah dibuka pada 15 Disember 1892. Pada waktu itu ianya dikenali sebagai Sekolah Melayu Pasangan.Guru Besar pertamanya ialah Encik Muhammad Ali (1892 – 1905) dengan jumlah murid seramai 61 orang. Pada tahun 1964 nama sekolah ini telah ditukar menjadi Sekolah Umum Pasangan. Nama ini hanya dapat bertahan selama tiga tahun sahaja dan akhirnya ditukar namanya sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan Pasangan.Nama ini terus kekal sehingga ke hari ini. Nama `Pasangan’ diambil bersempena dengan air sungai yang sentiasa pasang dan surut berhampiran kawasan tersebut yang berhampiran dengan Sungai Selangor.Sungai ini menjadi nadi utama bagi kegiatan ekonomi penduduk kampung seperti menjaring udang, ikan dan mengambil batang pokok sagu.Sungai ini juga adalah merupakan sistem pengangkutan utama penduduk kampung pada masa itu. Pengasas Sekolah Kebangsaan Pasangan ini ialah Dato’ Penggawa Pasangan. Beliau adalah seorang yang menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan pada masa itu dan telah menawarkan kawasan rumahnya untuk dibina sebuah sekolah dengan nama Sekolah Melayu Pasangan. Sekolah ini dibina dengan tiang kayu 4” x 4” setinggi 7 kaki berbumbung atap rumbia sepanjang 60’ x 20’ dijadikan tiga kelas dan dibelah menjadikan enam buah kelas seramai 61 orang.Bangunannya pula berdindingkan papan setinggi 3 kaki dan berjaring dawai BRC setinggi 4 kaki.Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara bergotong-royong dengan orang kampong dengan modal kutipan derma daripada ahli Qariah kampong ini.Kemudahan asas yang disediakan pada masa itu adalah dua buah bilik air dan dua buah tandas manakala tenaga pengajarnya adalah seramai empat orang termasuk seorang Guru Besar. Sejak ditubuhkan, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh cendikiawan, politik dan korporat yang dikenali ramai oleh rakyat tempatan di daerah Kuala Selangor ini. Antaranya ialah YB Tn Daud b. Hj Tarihep, YB Dato’ Mesrah bt Selamat, Tn Hj Jahaya bin Ibrahin, Tn Baijuru bin Kadmin, Tn Hj mohd Nor bin Hj Ismail dan En Mohd Yusof bin Mohd Diah. Sekolah ini kini mempunyai dua buah bangunan dua tingkat iaitu bangunan blok A dibina pada tahun 1974 dan bangunan blok B dibina pada tahun 1983, kantin, surau, makmal komputer, garaj kereta dan basikal manakala bangunan tiga buah rumah gurunya dirobohkan pada tahun 2013 kerana telah terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami lagi. Kini SK Pasangan di bawah pimpinan Guru Besar Pn. Norezan binti Mahmood terus mengorak langkah dengan mencapai banyak kecemerlangan dan meletakkan sekolah sebaris sekolah-sekolah hebat dalam daerah Kuala Selangor. SEJARAH SEKOLAH


8 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR Bil Nama Guru Besar Tahun Perkhidmatan 1. En Muhamad Ali 15.12.1892 – 09.12.1905 2. En Akob bin Saad 10.12.1905 – 31.12.1905 3. En Abdul Rahman 01.01.1906 – 31.03.1906 4. En Mohd Kasim 01.04.1906 – 08.12.1906 5. En Ismail 09.12.1906 – 04.05.1907 6. En Omar 05.05.1907 – 13.09.1907 7. En Muhamad Ali 14.09.1907 – 24.03.1908 8. En Ismail 25.03.1908 – 09.06.1908 9. En Mohd Amin 10.06.1908 – 27.07.1908 10. En Ripit 28.07.1908 – 21.10.1909 11. En Othman 22.10.1909 – 29.10.1910 12. En Abd. Ghani 30.10.1910 – 19.03.1911 13. En Mohd Din 20.03.1911 – 01.04.1911 14. En Othman 02.04.1911 – 31.08.1915 15. En Abd. Rahman 01.09.1915 – 04.09.1916 16. En Othman 05.09.1916 – 04.04.1922 17. En Johari bin Jalal 05.04.1922 – 31.08.1925 18. En Abdul Karim 01.09.1925 – 31.11.1929 19. En Hasan bin Binok 01.12.1929 – 31.01.1935 20. En Mohd Rawi 01.02.1935 – 07.12.1939 21. En Montel bin Mohamad 08.12.1939 – 26.08.1949 22. En Zainudin bin Adam 27.08.1949 – 30.06.1954 23. En Mohd Ali bin Hashim 01.07.1954 – 31.12.1962 24. En Hassan bin Umbut 01.01.1963 – 30.11.1964 25. En Ibarahim bin Ali Sakim 01.12.1964 – 15.02.1977 26. En Ibrahim bin Abd. Rahman 16.02.1977 – 31.12.1979 27. En Hamzah bin Jantan 01.01.1980 – 31.12.1984 28. En Abdul Rahid bin Badarudin 01.01.1985 – 08.11.1985 29. Tn Hj. Muhd Sharif bin Sulaiman 09.11.1985 – 15.06.1986 30. En Hamdan bin Muhamad 16.02.1986 – 30.09.1987 31. En Mohd Sunar bin Suradi 01.10.1987 – 31.08.1993 32. En Mohd Hairan bin Hassan 01.07.1993 – 16.06.1995 33. En Mohamad bin Rashid 17.06.1995 – 15.02.1998 34. En Norhadi bin Karim 01.04.1998 – 31.03.2001 35. Tn Hj. Miskon bin Mojni 01.04.2001 – 30.03.2003 36. Pn Hjh. Saliha bt Ahmad 01.04.2003 – 31.12.2004 37. Pn Hjh. Fatimah bt Husain 01.01.2005 – 16.07.2013 38. Pn Zazaluma binti Harun 16.07.2013 – 16.11.2014 39. En Misnan bin Maswan 17.11.2014 – 09.04.2017 40. En. Mohd Rozaini Bin Surif 10.04.2017 – 19.11,2020 41. Pn Norezan Bt Mahmood 20.11.2020 – sekarang SENARAI NAMA GURU-GURU BESAR


9 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR Panduan Tugas kepada semua guru. 1. Setiap guru mempunyai tugas tersendiri yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan. 2. Kejayaan atau kegagalannya bergantung kepada hasil kerja kita semua. 3. Untuk mengelakkan konflik perlunya sifat berkhidmat secara ikhlas dengan niat ibadah perlu ditanam dalam jiwa masing – masing. 4. Memahami cara melaksanakan sesuatu menjadi punca kejayaan sebaliknya kekurangan pengetahuan akan membuatkan kerja menuju kegagalan. 5. Bagi maksud tersebut setiap guru sepatutnya melibatkan diri dalam semua bahagian tugas yang wujud dalam Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum juga pentadbiran agar tidak menjadi insan yang ketinggalan. 6. Jadi rakan sebagai pembantu, jangan jadi orang yang tidak mahu kerja ditambah dengan menggalakkan orang menjadi sepertinya. Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami: Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama. IKRAR PERKHIDMATAN AWAM PANDUAN STAF SEKOLAH


10 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 Guru dan AKP hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai Teras Sekolah Rendah. 1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. 1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif sekolah. 1.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah. 1.5 Dalam menjalankan tugas meletakkan kepentingan murid dan sekolah melebihi kepentingan peribadi. 1.6 Semua guru adalah Guru Disiplin. 1.7 Semua guru adalah Guru Kaunseling. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu persekolahan atau waktu bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam sendiri* waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat. 2.3 Guru/ AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 2.4 Semua urusan peribadi guru/ AKP hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 2.5 Waktu bekerja semua AKP mengikut waktu bekerja fleksibel* perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa. 3. KELUAR WAKTU BERTUGAS 3.1 Pada waktu persekolahan atau kerja guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan/JPN dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ Penolong Kanan. 3.2 Guru/ AKP dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan. 3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk murid sebelum guru meninggalkan sekolah. 3.5 Guru dan AKP hendaklah mencatatkan waktu keluar dan masuk semula pada Borang Kebenaran Keluar. 4. MELAKUKAN KERJA LUAR 4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut: 4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 4.1.2 Dibenarkan dengan syarat: 4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat 4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam 4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 5. CUTI 5.1 Cuti Penggal Mengikut surat pekeliling Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua/guru besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.


11 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 5.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.2.1 CRK tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Guru di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977. Terbaharu bagi guru yang berkhidmat lebih 10 tahun memperoleh CRK 15 hari. 5.2.2 CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. 5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk guru sandaran terlatih dan guru kontrak. 5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua/guru besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Maksima 2 orang sehari dibenarkan memohon CRK (Tidak termasuk Bulan Januari dan semasa keberadaan guru di sekolah amat diperlukan) 5.2.6 Cuti Rehat bagi AKP adalah 20 hari, selepas 10 tahun perkhidmatan layak mendapat 25 hari. Bagi AKP gred N22 layak mendapat cuti rehat 30 hari. 5.3 Cuti Sakit 5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun. 5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pendidikan. 5.4 Cuti Keluar Negara 5.4.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti. 5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin 5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.6 Cuti Tanpa Rekod 5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 6. PAKAIAN 6.1 Guru/ AKP hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur. 6.2 Pakaian berbentuk seluar, jubah, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru/ AKP perempuan. 6.3 Guru/ AKP lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang


12 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR sesuai. 6.4 Semua guru/ AKP lelaki dikehendaki memakai kasut/ sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/ bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian uniform lengkap pada setiap hari Rabu minggu ketiga, dan pakaian batik pada setiap hari khamis. 6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.6.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 7. TANDA NAMA Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukan ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru. 8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman guru lain 8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. 8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru. 8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu dipadamkan dan semua pintu dikunci. 9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Sekiranya guru/ AKP menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua dan PKP. 9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula boleh berurusan dengan Ketua panitia, Guru Penolong Kanan. 10. TUGAS 10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang pengurusan pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi, bertanggungjawab dan berintegriti. 10.2 Sekiranya guru/ AKP dikehendaki menghadiri mesyuarat di JPN/ PPD/ sekolah hendaklah dipatuhi. Guru/ AKP yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru/ AKP lain melaksanakan tanpa pengetahuan/ kebenaran guru besar/ PKP. 10.3 Guru/ AKP yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada guru besar dalam masa tiga hari. 10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ‘In-House Training’/ PLC kepada guru dan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/ guru besar tarikh, nama dan masa pelaksanaannya. 10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk murid dan memaklumkan kepada Ketua Panitia.


13 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 11. FAIL REKOD MENGAJAR (FRM) 11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FRM. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Fail ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. 11.2 Guru yang bercuti fail rekodnya hendaklah diserahkan kepada PKP untuk urusan guru pengganti. 11.3 Setiap akhir tahun persekolahan FRM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah. 12. JADUAL WAKTU MENGAJAR 12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. 12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran guru besar. 12.3 Guru kelas (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu kelas untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Kerjasama semua guru/ AKP amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada PKHEM. 13.2 Ketua Panitia/hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alatalat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta ditampal. 14. KEBERSIHAN 14.1 Semua guru/ AKP bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh Guru kelas untuk kelas masing-masing. Alat-alat kebershan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 14.2 Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, dan lain-lain) bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 14.3 Semua guru, AKP dan murid sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah. 15. SURAT MENYURAT 15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. 15.2 Surat-surat keluar yang ditulis oleh guru kepada Kementerian, Jabatan dan sekolah lain hendaklah melalui guru besar. 16. SURAT YANG DITERIMA 16.1 Surat yang diterima oleh sekolah mesti diedar kepada guru untuk tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut. 16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada guru besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru besar serta mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: 16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail pejabat. 16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/ iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah


14 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan. 17. URUSAN DENGAN JPN Guru dan AKP tidak digalakkan terus pergi JPN untuk urusan peribadi atau perkhidmatan kecuali diarah berbuat demikian/ dengan arahan guru besar. 18. PELAWAT / JURUJUAL Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan guru besar/ Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran guru besar/ wakilnya. 19. PEMBELIAN BARANG 19.1 Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan nota minta. 19.2 Nota Minta tersebut hendaklah diluluskan oleh guru besar. 19.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO) 19.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan serah dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 20. KEGIATAN KOKURIKULUM 20.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan mengikut jadual yang ditetapkan. 20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum tanpa penggiliran dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan. 21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 21.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher merah*. Guru Wanita hendaklah memakai tudung merah*. Semua guru dikehendaki memakai Blazer*. 21.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. 22. MESYUARAT GURU 22.1 Guru Besar akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat/ taklimat/ townhall yang dipanggil oleh semua Guru Penolong Kanan/ Ketua Panitia. 22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan. 23. ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN. 23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/ majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.


15 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 24.1 Guru dan staf AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi dan mengelakkan ketegangan hubungan antara satu sama lain. 24.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan sesama rakan ataupun murid sekolah ini. 24.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 25. KEAHLIAN KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) 25.1 Semua guru dan kakitangan sokongan secara automatik menjadi ahli Kelab Guru. 25.2 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG. 26. ARAHAN DAN PEKELILING 26.1 Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus melalui group whatsapp rasmi sekolah, guru hendaklah menyimpannya mengikut cara tersendiri di dalam fail khas pekeliling Peribadi. 27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT 27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan mesti mendapat kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan dengan segera dalam keadaan baik. 27.2 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya. 28. TELEFON/ FAKS 28.1 Penggunan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. 28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat. 29. KUNCI Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru/ AKP yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 30. PENJIMATAN Semua guru dan AKP mesti mengutamakan penjimatan dalam melaksanakan tugas harian. 30.1 Mengurangkan penggunaan elektrik dengan menutup suis lampu dan kipas apabila meninggalkan bilik. Memastikan suis lampu koridor/ lorong blok ditutup selepas pukul 7.15 pagi* 30.2 Memastikan suhu penghawa dingin melebihi 24C*. 30.3 Menggunakan kertas dengan berhemat, simpan kertas yang bercetak yang “rosak” tetapi muka surat sebelah belum digunakan untuk kerja-kerja awal merancang atau mencetak bahan bukan rasmi. 30.4 Merancang program secara profesional yang membawa impak kepada murid secara keseluruhan sesuai dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. 30.5 Tuntutan perjalanan guru/AKP. Mesti berkongsi kenderaan sekiranya destinasi kursus adalah sama. Rujuk makluman yang diserta bersama surat panggilan.


16 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 31. Tanggungjawab Guru Berkenaan Mengawasi kebersihan / keselamatan / keceriaan / kemudahan / perabot / stok inventori bilik – bilik: Bilik Pegawai Bertanggungjawab Makmal Komputer A.Saiful Azly Kelas Pemulihan Hatiza Hat Stor P.Jasmani / Koku Zamri dan Milate Bilik Kaunseling Zamri Bilik P. Seni dan Muzik Nor Aznina Bilik SPBT Mohd Hanis Bilik RBT Hafizah Bilik Jqaf Nor Hasliza Bilik Badan Pengawas Firdaos Surau Nor Hasliza PSS dan Bilik Tayang Nor Aslina Bilik Kesihatan Nurrafidah Kedai Buku Firdaos Bilik Pergigian/ Rawatan Nor Hasliza Bilik Gerakan Zuraidah Bilik Guru Semua Guru Prasekolah Rokiah dan Amylia Sudut HIP Nahid Kawsar dan Nor Azninawati Sudut Cafe / Bilik Fail Mohd Hanis SEMUA AKTIVITI SEKOLAH SEPERTI MESYUARAT, BENGKEL, PERKEMBANGAN STAFF, LAWATAN DAN LAIN-LAIN YANG DI ANJURKAN OLEH UNIT KURIKULUM, HAL EHWAL MURID, KO-KURIKULUM, KELAB GURU DAN KAKITANGAN, PIBG, KEWANGAN DAN LAIN-LAIN MESTI DALAM PENGETAHUAN DAN KEBENARAN GURU BESAR.


17 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR JUMLAH GURU BIL. GURU LELAKI 5 BIL. GURU PEREMPUAN 14 JUMLAH 19 JUMLAH AKP BIL. AKP LELAKI 1 BIL. AKP PEREMPUAN 2 JUMLAH 3 ANALISIS GURU BIL. GURU PGB 1 BIL. GURU PENOLONG KANAN 3 BIL. GURU AKADEMIK 14 BIL. GURU KHAS - BIL. GURU LUAR NORMA - BIL. GURU PRA 1 JUMLAH 19 JUMLAH MURID BIL. MURID LELAKI BIL. MURID PEREMPUAN JUMLAH JUMLAH MURID PRA SEKOLAH BIL. MURID LELAKI 12 BIL. MURID PEREMPUAN 13 JUMLAH 25 JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS KELAS MURID LELAKI MURID PEREMPUAN JUMLAH PRA SEKOLAH 11 14 25 TAHUN 1 17 10 27 TAHUN 2 11 15 26 TAHUN 3 15 14 29 TAHUN 4 19 7 26 TAHUN 5 15 17 32 TAHUN 6 19 16 35 JUMLAH 200 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH DATA PADA : 1 MAC 2023


18 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR PELAN SEKOLAH SEKOLAH IPD Kuala Selangor Masjid Daerah Sultan Ibrahim Shell Klang Tanjong Karang Jalan Bukit Rotan Sekolah Kebangsaan Pasangan, Kg. Kuantan, Jalan Rawang, 45600 Bestari Jaya, Selangor. Taman Anggerik Rumah Taman Melur Kelip-kelip Kampung Kuantan Masjid JamekMuhammadiah Taman KSJ SK Sultan Abdul Aziz Klinik Kedai Ladang Sawit SMK Kuala Selangor Kedai Kedai Perabut Bestari Jaya


19 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR KALENDER SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024


20 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024


21 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024


22 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR ANALISIS TAKWIM JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 42 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 194 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 20/03/2023 - 26/05/2023 05/06/2023 - 25/08/2023 04/09/2023 - 08/02/2024 JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 9 12 21 CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 CUTI PENGGAL 2 CUTI PENGGAL 3 22.04.2023 - 30.04.2023 26.08.2023 - 03.09.2023 16.12.2023 - 01.01.2024 CUTI PENGGAL 1 27.05.2023 - 04.06.2023 PEPERIKSAAN/ PENTAKSIRAN TARIKH PELAKSANAAN CATATAN PERINGKAT SEKOLAH UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL SESI AKADEMIK OGOS 2023 Rujuk Takwim UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK JANUARI 2024 Rujuk Takwim JADUAL PEPERIKSAAN SEKOLAH ANALISIS TAKWIM PERSEKOLAHAN TAKWIM INDUK SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024


23 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR BIL JAWATAN NAMA STAF GRED HAKIKI GRED JAWATAN SEMASA TARIKH MULA BERKHIDM AT DI SEKOLAH OPSYEN STAF AKADEMIK 1 Guru Besar NOREZAN BINTI MAHMOOD DG34 DG44 (KUP) 20/11/2020 PENGAJIAN MELAYU 2 Pen.Kanan Pentadbiran (PKP) MAZLAN BIN IMAM DG32 DG42 (KUP) 5/12/2022 PENGAJIAN MELAYU 3 Pen. Kanan Hem (PKHEM) SHAHARATUL ‘AQIDAH BINTI OMAR DG32 DG44 (KUP) 2/11/2020 PENDIDIKAN MUZIK 4 Pen.Kanan Kokurikulum (PKKOKUM) RABHATUN BINTI HASHIM DG32 DG42 (KUP) 20/09/2021 MATEMATIK /SAINS 5 Guru Perpustakaan & Media (GPM) NOR ASLINA BINTI ADENAN DG41 DG44 (KUP) 26/12/2006 MATEMATIK /SAINS 6 Guru Pra Sekolah ROKIAH BINTI MD YUSOF DG29 DG44 (KUP) 01/01/2001 PRASEKOLAH 7 Guru Pemulihan HATIZA BINTI HAT DG41 DG44 (KUP) 01/02/2016 PEMULIHAN 8 Guru Agama A.SAIFUL AZLY BIN MAN DG41 DG44 (KUP) 01/01/2000 PENGAJIAN ISLAM 9 Guru Agama NURRAFIDAH BINTI JAMALUDDIN DG41 DG48 (KUP) 01/06/2011 PENGAJIAN ISLAM 10 Guru Agama NOR HASLIZA BINTI MAT RONI DG41 DG44 (KUP) 16/06/2014 PENGAJIAN ISLAM / B.ARAB 11 Guru Akademik FIRDAOS BIN MOHD RAWI DG41 DG44 (KUP) 29/01/2008 B. ARAB / PENDIDIKAN ISLAM 12 Guru Akademik HAFIZAH BINTI SUNARIO DG41 DG44 (KUP) 19/04/2021 RBT / B.MELAYU 13 Guru Akademik MILATE BINTI MOHD TAHIL DG41 DG44 (KUP) 06/10/2019 PENGAJIAN B.INGGERIS 14 Guru Akademik MOHD HANIS BIN OSMAN DG41 DG44 (KUP) 27/08/2018 MATEMATIK SENARAI STAF AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN


24 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR 15 Guru Akademik NAHID KAWSAR BINTI ABD HANAN DG29 DG34 (KUP) 14/07/2000 BAHASA INGGERIS 16 Guru Akademik NOR AZNINAWATI BINTI ISAHAK DG29 DG44 (KUP) 15/06/2015 B.MELAYU / PEND.SENI 17 Guru Akademik ROSNIYATI BINTI NASIR DG41 DG44 (KUP) 04/01/2010 SAINS / B. INGGERIS 18 Guru Akademik ZAMRI BIN MOHAMAD DG29 DG38 (KUP) 01/06/2012 PENGAJIAN MELAYU 19 Guru Akademik ZURAIDAH BINTI OTHMAN DG29 DG44 (KUP) 03/08/2020 PENGAJIAN MELAYU STAF ANGGOTA KHIDMAT SOKONGAN (AKP) 19 Pembantu Tadbir N22 JAMALIAH BINTI MISWAN N19 N22 (KUP) 03/03/2021 20 Pembantu Pengurusan Murid N22 AMYLIA BINTI ISMAIL N19 N22 (KUP) 27/02/2007 21 Pembantu Operasi N11 MOHD IZWAN BIN SULAIMAN N11 N11 2012


25 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR BIL BAHAGIAN NAMA STAF TARIKH MULA KONTRAK TARIKH TAMAT KONTRAK CATATAN 01 PEMBERSIHAN NORLI BINTI MAT YUSOP 02 PEMBERSIHAN NORLIZA BINTI MAHMOOD 03 PEMBERSIHAN KATHIRAVAN A/L M.SITHAMPARAM 04 PEMBERSIHAN RAVI A/L N.BATHUMALAY 05 PENGAWAL KESELAMATAN EN. ZAILANI BIN AMBIAH 06 PENGAWAL KESELAMATAN EN. SAMAT BIN MAT KARON 07 PENGAWAL KESELAMATAN EN. AZMI BIN ABD AZIZ 08 PENGAWAL KESELAMATAN EN. ABD GHANI BIN JUSOH STAF KONTRAK PEMBERSIHAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN


26 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


27 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


28 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


29 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


30 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


31 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


32 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


33 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


34 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


35 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


36 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


37 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


38 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


41 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


42 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


43 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


44 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


45 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


46 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


47 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


48 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


49 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


50 Buku Pengurusan Sekolah sesi 2023/2024 SK PASANGAN, BESTARI JAYA, SELANGOR


Click to View FlipBook Version