The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadiffrayyan9, 2023-07-09 05:04:41

SEJARAH TINGKATAN 2

SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Keywords: SEJARAH,BAB 2

SEJARAH TINGKATAN 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU MUHAMMAD HADIFF RAYYAN BIN MOHD ADLAN 2 OPT MUHAMMAD RAYYAN DANISH BIN MOHD NOOR 2 OPT


SISTEM PEMERINTAHAN PENGENALAN • Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu yang masyhur ialah sistem beraja. Sistem beraja terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah.


KERAJAAN FUNAN RAJA • Raja-raja funan menggunakan gelaran Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang bermaksud raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYA • Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. • Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah. • Ketua wilayah terdiri daripada putera-putera raja, mereka digelar sebagai Raja kecil.


KERAJAAN CHAMPA RAJA • Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. • Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva. PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH • Raja Champa dibantu oleh para pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. • Champa dibahagikan kepada lima wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan panduranga.


KERAJAAN SRIVIJAYA RAJA • Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Budhha di bumi. • Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH • Raja dibantu Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. • Pentadbiran wilayah terbahagi kepada dua, iaitu Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja.


KERAJAAN ANGKOR RAJA • Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebagai dewa. PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH • Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman, keselamatan, perbendaharaan. • Peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung.


KERAJAAN MAJAPAHIT RAJA • Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara. PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH • Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar. • Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja. • Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah. Setiap wilayah dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung.


KERAJAAN GANGGA NAGARA • Struktur pemerintahan kerajaan Gangga Nagara tidak jelas. • Kerajaan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. • Raja berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan tanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan.


KERAJAAN KEDAH TUA • Kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. • Ketua menguruskan hal perdagangan dan keagamaan. • Corak pemerintahanya berubah apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan srivijaya dan Pradatuan kerajaan Srivijaya.


KEGIATAN EKONOMI PADI • Padi dapat ditanam di kerajaan Funan, Champa, Angkor, Majapahit dan Srivijaya kerana tanahnya yang subur dan menjadi tanaman utama di kerajaan Srivijaya. REMPAS RATUS • Rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah Bunga Cengkih, Buah Pala dan Lada Hitam. Bunga Cengkih ditanam di Kepulauan Maluku, Buah Pala pula ditanam di Pulau Banda, manakala Lada Hitam ditanam di Sumatera dan Jawa.


KEGIATAN PERTANIAN YANG LAIN • Selain daripada padi dan rempah-ratus, Masyarakat Alam Melayu juga mengusahakan tanaman lain seperti pisang, kacang dan sayuran. Mereka turut terlibat dalam kegiatan menangkap ikan di sawah dan sungai. Malahan ada yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.


PERDAGANGAN • Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi Masyarakat Alam Melayu kerana barangan kerajaan Alam Melayu menarik minat pedagang luar. Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat dapat mengembangkan hasil kegiatan perdagangan dengan pedagang luar.


PEDAGANG LUAR • Pedagang luar yang sering berdagang dengan Alam Melayu ialah China, India, Arab dan Parsi. Mereka membawa pelbagai barang dagangan untuk dijual dan ditukar barangan daripada kerajaan Alam Melayu • Pedagang-pedagang China - Mereka membawa pelbagai barang seperti pinggan dan mangkuk, sutera, gula dan gendang. • Pedagang India - Mereka membawa kain kapas, tembikar dan pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian. Mereka membeli rempah, gaharu dan kapur barus daripada Alam Melayu • Pedagang Arab dan Parsi - mereka membawa minyak wangi, barangan kaca dan tembikar. Mereka membeli rempah dan kayu manis daripada Alam Melayu untuk didagang semula ke Tanah Arab da Rom.


HASIL HUTAN DAN LAUT HASIL HUTAN • Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. • Sarang burung layang-layang digunakan untuk kesihatan dan perubatan. • Rotan digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan. • Kapur barus digunakan sebagai bahan pewangi. HASIL LAUT • Gamat dijadikan bahan makanan dan perubatan. • Rumpai laut dijadikan makanan. • Mutiara dijadikan barang perhiasan.


PERLOMBONGAN • Emas - Di Champa, emas dilombong di kawasan pergunungan Hue. • Perak - Di Champa, perak dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya. • Bijih besi - Di Angkor, bijih besi dilombong di pergunungan Phnom Dek.


PEMBUATAN • Barang perhiasan emas - Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor menghasilkan barang perhiasan daripada bijih besi dan emas • Cuka kelapa - Masyarakat kerajaan Champa mengusahakan pembuatan cuka kelapa • Tembikar - Masyarakat kerajaan Champa mahir dalam pembuatan barangan tembikar • Garam - Masyarakat kerajaan Majapahit mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. Mereka mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada beras.


SEKIAN TERIMA KASIH MUHAMMAD HADIFF RAYYAN BIN MOHD ADLAN 2 OPT MUHAMMAD RAYYAN DANISH BIN MOHD NOOR 2 OPT


Click to View FlipBook Version