The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan maklumat novel Darah Titik Semantan untuk Bab 1 dan Bab 2.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by feeche13, 2021-03-11 17:35:33

Darah Titik Semantan: Bab 1 dan Bab 2

Berikut merupakan maklumat novel Darah Titik Semantan untuk Bab 1 dan Bab 2.

KUMPULAN 1
DARAH TITIK DI SEMANTAN

__________________________________________________
NAMA AHLI:
1) NURIN IFFAH
2) SERI SURIANA
3) NUR FARISHA AIN
4) REISHA ILHANI LEE

SINOPSIS BAB 1

Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku (Zahid), Samad, Rahman dan Awang Muhamad
telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman sejak pulang dari pulau tawar.
Sikapnya suka memencilkan diri dan sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari
oleh ‘aku’. Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap perubahan
sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami perubahan sikap Datuk Bahaman ialah
Rahman kerana pernah bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.

Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang ramai di masjid. Turut hadir
ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah
memberi amanat penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga meminta penduduk
bersedia sebelum melawan Inggeris.

Setelah selesai mereka berkumpul di masjid ‘aku’, Samad, Rahman, dan Awang Muhamad
telah sepakat untuk membuat kubu di pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat.
Semasa mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam ketakutan.
Mak Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua dan meminta supaya
disampaikan berita itu kepada Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.

SINOPSIS BAB 2

‘Aku’ menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan
dengan melihat mereka membina kubu panjang ditepi
tebing sungai. Datuk Panglima Raja sangat marah
dengan tindakan Inggeris itu. Pak Long Abas meminta
izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan
melawan Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk
Bahaman juga memuji tindakan ‘aku’ dan rakan-rakan
membina kubu di tebing Lubuk Sengarat kerana cukup
sesuai.

PERSOALAN

1)Semangat kerjasama dalam menghadapi musuh.
= Zahid berkerja sama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris
CONTOH:
“ Dalam perjuangan kita mesti berpadu.Kita mesti sama-sama kuat.Kalau kita sahaja menentang musuh,sedangkan yang lain
tidak,tentu kita akan kalah juga.”

2)Keberanian rakyat tempatan menentang penjajah Inggeris.
=Lajis yang berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris
CONTOH:
“ Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan menentang Inggeris hingga ke akhir hayat saya!”

3)Kesetiaan kepada negara.
=Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajahan Inggeris
CONTOH:
“ Nasihat awak dulu termasuk kedalam hati kami.Kalau tidak kita mempertahankan tanah tumpah darah kita,siapa lagi?
Ayah-ayah kami pun menggalakkan kami.Kata mereka, kita mesti tahu bermain senjata.”

4)Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
=Zahid dan rakan-rakannya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
CONTOH:
Tengah hari itu giliran Awang Muhammad dan Rahman berkawal di kubu.Aku dan Samad meronda di hujung kampung melihat
persiapan barisan kami di Semantan.Sampai di hadapan rumah Pak Uda Ismail,kami membelok ke bengkel senapang yang
terletak di belakang rumahnya.

5)Berkerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.
Zahid,Samad dan Awang Muhammad melakukan kerja menjaga kubu bersama-sama.
CONTOH:
“Kalau kita meronda,eloklah kita keluar bertiga,”jelasku pula. “Kalau tinggal di dalam kubu,kita sama-sama tinggal.Berat
sama dipikul,ringan sama dijinjing.”

LATAR TEMPAT

1.LUBUK TERUA
=Zahid dan kawan-kawannya berjalan ke masjid yang terletak di lubuk terua
Contoh :
Walaupun angina dari sungai semantan tidak berhembus,tetapi aku,Samad,Rahman dan awang Muhammad
tidak berasa panas matahari berjalan ke majlis lubuk terua.
____________________________________________________________________________________________
2.Lubuk sengarat
A)Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di lubuk sengarat.
Contoh:
Kami akan berunding dahulu sebelum meneruskan kerja menggali kubu di lubuk sengarat itu.
b)Samad terus berlari ke rumah lajis setelah mendengar ada orang meminta tolong.
Contoh:

Samad melompat dan terus berlari ke rumah lajis diikuti oleh awang Muhammad dan aku.sampai di
halaman,kulihat pintu serambi rumah lajis terbuka luas.
_____________________________________________________________________________________________
3.Di Johor
=Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan
Johor.
Contoh:
“saya pergi ke Johor.Engkau pun tahu saya pergi ke Johor dulu bagi mewakili raja dan orang-orang
besar Pahang menghadap Sultan Johor.
Sultan Johor telah menemukan saya dengan gabenor singapura.tapi hasilnya tidak ada,” jelas Datuk
Bahaman

LATAR MASA

1)PADA WAKTU PAGI
=Zahid memikirkan bahawa dia dan kawan-kawanya akan mendalamkan kubu pada pagi itu lagi
Contoh:
‘pagi ini akan kami dalamkan lagi kubu itu:fikirku lalu memandang pula ke sebelah hulu
_________________________________________________________________________________________________________

2)Zaman pemerintahan inggeris
=Rahman menerangkan bahawa dua tahun dulu,negeri mereka telah diambil oleh inggeris.
Contoh:
“dua tahun dulu, negeri kita ini telah diambil oleh inggeris,” Rahman menerangkan kepada kami.
_________________________________________________________________________________________________________

3)Hari jumaat
=samad mengajak kawan-kawannya memulakan kerja-kerja menggali kubu pada hari jumaat
Contoh:
“kalau boleh,petang ini juga kita mulakan,” kata samad. “hari ini hari jumaat.memulakan kerja
hari jumaat ada berkatnya.apa kata kawan-kawan?”

LATAR MASYARAKAT

1)MASYARAKAT GOLONGAN PENJAJAH INGGERIS.
MASYARAKAT PENJAJAH INGGERIS YANG BERKUASA DI PAHANG,SEPERTI RODGER,CLIFFORD,DAN SYRES.
CONTOH:
“sEBaliknYamEREka tERGEsa-GESA MENGHANTAR RODGER MENJADI RESIDEN PAHANG DI
PEKAN,MERASMIKAN CLIFFORD MENJADI PENGUASA HULU PAHANG DI KUALA LIPIS DAN MENGHANTAR
sYREs mEnjadi kEtua pOlis untuk mEnanGkap sEsiapa juGa mEREka tidak suka.”
_________________________________________________________________________________________________
2)MASYARAKAT YANG MENGENANG JASA SESEORANG.
DATUK BAHAMAN MENGENANG JASA PAK LONG ABAS.
CONTOH:
“Baiklah! Terima kasih abas! Jasamu akan kukenang selagi hayat masih dikandung badan,”
datuk Bahaman memuji pak long abas.
__________________________________________________________________________________________________
3)Masyarakat yang menentang penjajahan inggeris.
Mat lela menentang penjajahan inggeris
Contoh:
“sebenarnya,inggeris musuh kita yang mesti ditentang,” jelas mat lela penuh semangat.
“mereka dating ke negeri kita,konon membuat perjanjian dengan raja,konon hendak
membangunkan negeri kita,tapi apa yang telah dilakukan?”

WATAK DAN PERWATAKAN

ZAHID
1)ZAHID IALAH WATAK SAMPINGAN DALAM NOVEL INI.
2)EMAK DAN AYAHNYA BEKERJA SEBAGAI PESAWAH.
3)ZAHID DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG PANDAI MENENTANG MUSUH APABILA DIA BERJAYA MEMBALING BAMBU RUNCING YANG BETUL-
BETUL MENGENAI BELAKANG SEORANG MATA-MATA INGGERIS.
4)ZAHID SEORANG YANG BERPEGANG KEPADA AJARAN AGAMA.

DATUK BAHAMAN
1)DATUK BAHAMAN IALAH WATAK UTAMA DALAM NOVEL INI.
2)BERSIKAP SABAR.
3)SEBAGAI PEMBESAR NEGERI,DATUK BAHAMAN SENTIASA BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KERAJAAN DAN BANGSA MELAYU.
4)MEMPUNYAI SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI.

SAMAD
1)RAKAN ZAHID,RAHMAN,DAN AWANG MUHAMMAD
2)SESEORANG YANG BERANI KERANA TIDAK TAKUT UNTUK BERJUANG
3)SAMAD PERNAH HAMPIR DITANGKAP OLEH INGGERIS KETIKA MEMBAWA ROTAN KE BATU HAMPAR
4)MEMPUNYAI SEMANGAT BERKERJASAMA

MAT LELA
1)SEORANG YANG BERFIKIRAN TERBUKA
2)UMURNYA BARU HENDAK MENINGKAT KE-30 TAHUN
3)MAT LELA SEORANG YANG BERTEUS TERANG
4)MAT LELA SANGAT BENCI AKAN INGGERIS

5)LAJIS
1)GURU SILAT KEPADA RAHMAN DAN RAKAN-RAKANNYA
2)BARU BERKAHWIN DENGAN KAK MINAH
3)MENJADI PENGINTIP UNTUK MENGETAHUI RAHSIA GERAKAN INGGERIS DI KUALA SEMANTAN
40SEORANG YANG TAAT PADA PERINTAH AGAMA

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI: 5)KEBERANIAN
1)NILAI KERAJINAN 6)NILAI PATRIOTISME
2)NILAI KERJASAMA
3)NILAI KASIH SAYANG
4)NILAI HORMAT-MENGHORMATI

PENGAJARAN:
1)KITA MESTILAH MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN KETIKA BERJUANG SUPAYA BEROLEH KEJAYAAN.
MAT LELA BERPENDAPAT BAHAWA SEKIRANYA BERJUANG MENGIKUT PERASAAN,PASTI AKAN KECUNDANG SEBALIKNYA
PERLU BERJUANG MENGIKUT AKAL FIKIRAN UNTUK MEMPEROLEH KEJAYAAN.

2)KITA PERLULAH SENTIASA MENJAGA DAN MENGHARGAI POKOK-POKOKDI SEKELILING KITA.
SAMAD MEMINTA RAKAN-RAKANNYA TIDAK MEROSAKKAN POKOK-POKOK DAN ANAK-ANAK KAYU YANG TERDAPAT DI
TEBING SUNGAI KETIKA MEMBINA KUBU.

3)KITA HARUSLAH BERSATU KETIKA MELAKUKAN SESUATU PERKARA.
SAMAD,ZAHID,RAHMAN,DAN AWANG MUHAMMAD BERSATU KETIKA MEMBINA SEBUAH KUBU.

4)KITA HENDAKLAH SENTIASA PATUH AKAN SURUHAN AGAMA.
SELEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB,ZAHID DAN RAKAN-RAKANNYA MEMBACA YASIN DAN MEMOHON DOA RESTU
DARIPADA ILAHI SEMOGA PERJUANGAN MEREKA DIBERIKAN PETUNJUK OLEH TUHAN.

5)KITA PERLULAH SENTIASA MENGIKUT ARAHAN KETUA DAN TIDAK BERTINDAK BERSENDIRIRAN
AWANG MUHAMMAD MENASIHATI SAMAD AGAR TIDAK BERTINDAK SECARA BERSENDIRIAN UNTUK MENYELESAIKAN
SESUATU PERKARA BESAR SEBALIKNYA SENTIASA MENDENGAR ARAHAN KETUA SUPAYA TIDAK KECUNDANG

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version