The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohanjb99, 2020-04-14 23:57:21

BAB 2. PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

Bab 2-Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Bab 2. Pentadbiran Negeri-negeri
Selat

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka

Pengenalan
1. Pada abad ke 18, British menggalakan ekspedisi ke

Timur untuk meningkat kekayaan negara melalui
perdagangan.
2. Persaingan dengan Belanda dan Perancis
menyebabkan British berusaha mendapat
petempatan baru di Timur.

Latar Belakang Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka Sebelum

Peluasan Kuasa British

1. Pulau Pinang
a. Merupakan wilayah Kesultanan Kedah dan

menjadi tempat persinggahan pedagang dari
Lingga.
b. Pulau Pinang menjadi pelabuhan dagang dengan
Acheh.
c. Batu Uban pelabuhan paling awal yang dikunjungi
oleh pedagang Arab.
d. Petempatan Batu Uban dibuka pada 1759 yang
dianugerahkan oleh Sultan Kedah.

Peta menunjukkan lokasi Batu Uban, pelabuhan paling awal di Pulau Pinang

2. Singapura

a. Ialah wilayah Kesultanan Johor Riau.

b. Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir
oleh Temenggung Abdul Rahman.

c. Ladang-ladang gambir diusahakan oleh orang
Melayu dan Cina di Singapura.

d. Pemerintah Kesultanan Johor Riau ialah Sultan
Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga.



3. Melaka

a. Pada 1511, Kesultanan Melayu Melaka ditawan
oleh Portugis.

b. Pada 1641-1824, Melaka menjadi tanah jajahan
Belanda.

c. Belanda menjadi Melaka sebagai pusat
pengumpulan hasil bijih timah.

Gambaran kota Melaka semasa zaman penjajahan Belanda

Peluasan Kuasa British di Pulau
Pinang

1. Pada awal abad ke 18, British yang bertapak di
India berusaha mendapatkan petempatan baru di
Alam Melayu berikutan perdagangan dengan
China.

2. Pulau Pinang yang terletak di utara Selat Melaka
mempunyai keistimewaan untuk British.

3. Kedudukan strategik Pulau Pinang memenuhi
keperluan British.

Kedudukan Strategik Pulau
Pinang

Pusat Pelabuhan Pengkalan
Pengumpulan Persinggahan Tentera

Barang

1. Pusat Pengumpulan Barang

1. British memerlukan teh dari China.
2. China memerlukan emas, perak, bijih timah dan

rempah-ratus.
3. British memerlukan pusat mengumpulkan

barangan tersebut di Alam Melayu dan ditukarkan
dengan teh dari China.

2. Pelabuhan Persinggahan

a. British memerlukan pelabuhan persinggahan di
antara India dan China.

b. Tempat membaiki kapal, mendapat bekalan
makanan dan minuman serta pelindungan angin
monsun.

3. Pengkalan Tentera.

a. British memerlukan pengkalan tentera untuk
mempertahankan petempatan di India daripada
ancaman tentera Perancis dan saingan Belanda.

Peta menunjukkan laluan perdagangan British (SHTI) dengan China pada awal abad
ke 19.

Kronologi Pendudukan British di Pulau
Pinang

• Perebutan Takhta Kesultanan
1 Kedah

2 • Ancaman Siam
• Tipu Helah Francis Light

3 Menduduki Pulau Pinang

1. Perebutan Takhta Kesultanan Kedah

a. Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik
Tengku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.
Kerabat Diraja Kedah tidak setuju dengan
pelantikan tersebut, berpakat dengan Bugis di
Selangor untuk menentang sultan.

b. Sultan Muhammad Jiwa mohon bantuan tentera
dari SHTI untuk mempertahankan dari ancaman
Bugis.

c. SHTI menghantar Edward Monckton berunding
dengan sultan tetapi rundingan gagal.

2. Ancaman Siam

a. Siam menuntut penghantaran bunga emas dari
Sultan Abdullah (1778-1798)

b. Sultan Kedah memohon bantuan dari SHTI.
Baginda menawarkan Pulau Pinang untuk dapat
bantuan tentera daripada ancaman Siam.

3. Tipu Helah Francis Light

a. Sultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang
kepada Francis Light sementara menunggu
jawapan dari SHTI.

Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang

1. Pada tahun 1786, Siam mengancam Kesultanan
Kedah.

2. Sultan Abdullah meminta bantuan tentera SHTI
tetapi SHTI enggan memberi bantuan kerana
tiada perjanjian ditandatangani.

3. Sultan Abdullah menyerang Pulau Pinang tetapi
ditewaskan oleh SHTI.

4. Sultan Abdullah dipaksa menandatangani
perjanjian dengan British mengiktirafkan
pendudukan British di Pulau Pinang.

5. Pada 1800, George Leith, Gabenor Pulau
Pinang mendesak Sultan Kedah, Sultan
Dhiauddin menandatangani perjanjian dengan
British.

6. Perjanjian ini membolehkan British
menduduki Seberang Perai.

Peluasan Kuasa British di Singapura

1. British berusaha meluaskan kuasa ke wilayah lain
di Alam Melayu setelah menguasai Pulau Pinang.

2. Berikutan Perang Napoleon, British menduduki
Melaka dan Betawi, iaitu jajahan Belanda.

3. British terpaksa mengembalikan petempatan
tersebut kepada Belanda setelahnya tamat Perang
Napoleon.

4. Stamford Raffles dan William Farquhar ditugaskan
oleh British untuk mencari pelabuhan baharu di
Alam Melayu.

Kepentingan Singapura kepada British

1. British memerlukan pelabuhan yang lebih
stategik untuk bersaing dengan Belanda.

2. Kedudukan Singapura dapat mengawal kegiatan
perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda.

3. Singapura boleh main peranan sebagai pusat
pengumpulan hasil-hasil Alam Melayu.

Peta menunjukkan kedudukan Singapura dan pelabuhan lain di Alam Melay

Pertapakan British di Singapura
1. Stamford Raffles dan Willam Farquhar

mengadakan perjanjian dengan pentadbir
Singapura iaitu Temenggung Abdul Rahman
untuk mendirikan petempatan British di
Singapura.
2. Stamford Raffles memanipulasikan isu takhta
Kesultanan Johor Riau bagi mendapatkan
pengesahan Sultan Abdul Rahman.
3. Stamford Raffles memujuk Temenggung Abdul
Rahman menjemput Tengku Hussien ke
Singapura dan baginda diisytiharkan sebagai
Sultan Johor Riau dengan gelaran Sultan
Hussein Muhammad Shah.



Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di
Singapura
1. Perjanjian 6 Feb 1819
a. Perjanjian antara Sultan Hussein dan

Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford
Raffles.
b. Petempatan British di Singapura diiktiraf.
William Farquhar dilantik sebagai Residen
pertama Singapura.

William Farquhar

2. Perjanjian 2 Ogos 1824
a. Perjanjian antara Sultan Hussein dan

Temenggung Abdul Rahman dengan Residen
Singapura John Crawfurd.
b. Singapura diserahkan kepada British.
c. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke
atas Singapura.
d. Sebagai ganti, Sultan dan Temenggung
diberikan bayaran pampasan dan pencen.

Peluasan Kuasa British di Melaka

British dapat menguasai Melaka melalui strategi
pakatan dengan Belanda.

Faktor Pakatan British -
Belanda

Menamatkan Pertikaian di Mengukuhkan Penyelesaian Untuk
Alam Melayu Persahabatan di Perdamaian

Eropah

1. Menamatkan Pertikaian British dan Belanda
Berkaitan Singapura

a. Pendudukan British di Singapura menyebabkan
hubungan British dan Belanda semakin tegang.

2. Persahabatan British dan Belanda di Eropah

a. Persahabatan ini penting kerana Belanda
berdekatan dengan Britain.

b. Belanda perlu berbaik dengan British untuk
menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang
Napoleon.

Eropah semasa Perang Napoleon Perang Napoleon

3. Penyelesaian untuk Perdamaian

a. Belanda dan British mahu mengelakkan
peperangan.

b. Belanda terbeban dengan masalah kewangan
akibat Perang Napoleon.

Kesan Pakatan British dan Belanda

1. Terjadi Perjanjian London 1824.

2. Bertujuan menamatkan pertikaian demi menjaga
kepentingan di Alam Melayu.

3. Melalui perjanjian ini, British menguasai Melaka
apabila berlaku pertukaran wilayah antara
British dengan Belanda.

Perjanjian London 1824 dan Kesanya
Terhadap Alam Melayu

Pengenalan
1. Persaingan kuasa barat di Alam Melayu membawa

kepada perancangan British dan Belanda membuat
pembahagian kawasan pengaruh masing-masing.
2. Perancangan ini terhasil Perjanjian London 1824
yang ditandatangani oleh British dan Belanda.

Syarat Perjanjian London

British: Belanda:
• Berundur dari Sumatera. • Mengiktirafkan
• Menyerahkan Bangkahulu
petempatan British di
kepada Belanda. Singapura.
• Tidak membuka • Menyerahkan Melaka
kepada British.
petempatan baru di • Tidak membuka
Kepulauan Riau Lingga dan petempatan baru di Tanah
Kepulauan lain diselatan Melayu.
Singapura.

Perjanjian London 1824 dan Kesanya
Terhadap Alam Melayu

Pembahagian Alam Perpecahan
Melayu Empayar

Kesultanan
Johor Riau

Kesan
Perjanjian
London 1824

Selat Melaka di
bawah British

1. Pembahagian Alam Melayu

1. Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi
sempadan wilayah British dan Belanda.

2. Tanah jajahan British dikenali sebagai Tanah
Melayu.

3. Tanah jajahan Belanda dikenali sebagai Hindia
Timur Belanda.

Peta menunjukkan pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda
berdasarkan Perjanjian

2. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor
Riau

a. Singapura Menjadi Tanah Jajahan British
1. Pada Ogos 1824, Sultan Hussien dan Temenggung

Abdul Rahman menandatangani perjanjian
menyerahkan Singapura kepada British.
2. Sultan Hussien berpindah dari Singapura ke
Melaka.
3. Pemerintah Johor memindahkan pusat
pemerintahan Johor ke Johor Bahru.

b. Berakhir Kesultanan Riau Lingga.

1. Pada tahun 1911, Kesultanan Riau Lingga
dihapuskan oleh Belanda.

c. Pengisytiharan Kedaulatan Pahang

1. Perpecahan Kesultanan Johor Riau
menyebabkan Bendahara Tun Ali di Pahang cuba
membebaskan Pahang daripada Kesultanan
Johor Riau.

2. Pada 1853, Bendahara mengisytiharkan Pahang
sebagai negeri yang bebas.

Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

3. Selat Melaka di bawah British

1. British memiliki tiga pelabuhan strategik, Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura.

2. Pengunduran Belanda membuka peluang kepada
British menguasai negeri-negeri Melayu.

Pembentukan Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Selat dibentuk oleh British untuk menguasai
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Negeri-negeri Selat
dibentuk pada tahun 1826.
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka Sebelum Negeri-negeri Selat.
1. Pulau Pinang (1786-1824)
a. Ditadbir oleh Francis Light sebagai Persuruhjaya yang

bertanggunjawab kepada Gabenor Jeneral British di
India.
b. Pada 1787 menjadi pelabuhan bebas.
c. Pada 1805 menjadi Presidensi keempat selepas
Benggala, Madras dam Bombay di India.
d. Gabenor menjadi ketua pentadbir.

2. Singapura (1819- 1826)
1. Ditadbir oleh Residen yang bertanggungjawab

kepada Leftenan Gabenor British di Bangkahulu,
Sumatera.
2. Menjadi pelabuhan bebas pada 1823.
3. Pusat pengumpulan hasil Alam Melayu untuk
diperdagangankan dengan China
3. Melaka (1824-1826)
1. Ditadbir oleh Residen Konsular.
2. Sistem Kapitan diteruskan untuk keamanan
komuniti kaum.
3. Ketua kaum sebagai penegak undang-undang.
4. Penghulu menjaga masyarakat luar bandar.

Negeri-negeri Selat 1826

Pada 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat untuk
menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan
pentadbiran.

Peta Negeri-negeri
Selat

Kepentingan Negeri-negeri Selat

1. British dapat menguasai Selat Melaka untuk
perdagangan.

2. Taraf pelabuhan bebas menarik pedagang dari
Alam Melayu dan luar seperti Arab,India,China,
Eropah dan Amerika.

3. Menjadi pusat pengumpulan bijih timah.
4. Menjadi pintu masuk bagi buruh luar.
5. Penanaman modal oleh pelabur luar menyebabkan

perkembangan Negeri-negeri Selat.

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan
Negeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Selat Negeri-negeri Melayu

Memerlukan hasil ekonomi Memerlukan pelabuhan
negeri-negeri Melayu untuk Negeri-negeri Selat untuk
perdagangan. memperdagankan hasil
ekonomi
Melabur modal memajukan
perlombongan bijih timah di
negeri Melayu.

Pentadbiran Negeri-negeri Selat

Pada peringkat awal negeri-negeri Selat ditadbir oleh
kerajaan British di India. Pada 1867, pentadbiran
dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London.

Negeri-negeri Selat di bawah Kerajaan British di India
(1826-1867)

Negeri-negeri Selat di bawah Negeri-negeri Selat di bawah
SHTI (1826-1867) Pejabat India (1858-1867)

1. Diketuai oleh Gabenor. 1. Undang-undang British
2. Gabenor dibantu oleh Residen dikuatkuasakan.

Konsular. 2. Pemberontakan di India
3. Pulau Pinang menjadi pusat menyebabkan Pejabat India
tidak mampu mentadbir Negeri-
pentadbiran pertama. negeri Selat dengan baik.
4. Pada 1832, pusat pentadbiran
3. Pedagang tidak dilindungi.
dipindahkan ke Singapura kerana 4. Pedagang rasa tidak puas hati.
lebih stratejik.

Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat
Tanah Jajahan (1867-1946)

Pedagang dan penduduk tempatan tidak puas hati
dengan pentadbiran Pejabat India, telah mengesak
Pejabat Tanah Jajahan di London mengambil alih
pentadbiran Negeri-negeri Selat.

Faktor Pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri
Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London

1. Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India.
2. Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan kapal dagang dan

pertelingkahan kumpulan Cina.
3. Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang

Negeri-negeri Selat.
4. Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan.
5. Pejabat India menjadikan Negeri-negeri Selat tempat buangan banduan.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah
tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis Perundangan
ditubuhkan di Negeri-negeri Selat untuk meluluskan undang-undang.


Click to View FlipBook Version