The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatislamusim18, 2022-08-28 21:19:50

BULETIN PUSAT ISLAM 2021

Buletin pertama Pusat Islam

ISI KANDUNGAN

JAWATAN KUASA I IMARAH……………..................................................................................... I
DIREKTORI STAF……………...................................................................................................…II
SEKRETARIAT DI BAWAH KELOLAAN PUSAT ISLAM……..............................…………………III
SELAMAT DATANG PENGARAH & TIMBALAN PENGARAH ….............................……………..1
MESYUARAT PENTADBIRAN PUSAT ISLAM ………………………............................................2
SISTEM E-MIMAS PATUH SYARIAH………………................................................................…..3
PROGRAM PEMBACAAN KITAB 40 HADIS…….....................................................................…4
USIM BERZIKIR……….................................................................................................................5
PROGRAM KAIFAHALUKUM?.....................................................................................................6
PENGUMUMAN BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS............................................……….7
PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN PEMBACAAN KITAB SAFINATUN NAJA…....……..8-9
PROGRAM SAHABAT AL-QURAN PUSAT ISLAM……..........................................................…10
SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ PEMBACAAN KITAB……................................................................11
PROGRAM SIRAMAN ROHANI DARI RISALAH CAHAYA…............................................……..12
MELALUI PROGRAM KAPSUL MOTIVASI & INTROSPEKSI…...........................................…..13
PROGRAM MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN…..............................................…….14
HUKUM BERPUASA SYA’BAN…………....................................................................................15
IHYA RAMADAN……...........................................................................................................….16-17
KARNIVAL WARM-UP RAMADAN……......................................................................................18
PENGARAH PUSAT ISLAM MEYAMPAIKAN KHUTBAH …...............................................…...19
BACAAN AL-QURAN (1 RUBU’) SETIAP KALI SELEPAS SOLAT SUBUH & MAGHRIB DAN
PROGRAM PEMBACAAN SATU HADIS SELEPAS SOLAT ZOHOR…............................…….20
PROGRAM MUTIARA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH & MAJLIS TA’LIM MENGGAPAI
IHSAN…...................................................................................................................................21-22
PENGURUSAN JENAZAH DI KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ, USIM SEPANJANG TAHUN
2021….........................................................................................................................................23
PUSAT ISLAM BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN BUDI IHSAN MALAYSIA…………….….24
PROGRAM MAAL HIJRAH………..............................................................................................25
PROGRAM TAZKIRAH SAINS ISLAM……................................................................................26
MENGANJURKAN WARASHAH TAQWIYAH………..................................................................27
JAMUAN BERBUKA PUASA SETIAP HARI KHAMIS….......................................................…..28
ABPI LEADERSHIFT: 3 SEKRETARIAT DI MELAKA……….................................................…..29
JUMAA’H WITH LADIES…......................................................................................................…30
JILSAH NISA’………....................................................................................................................31
PROGRAM TAHSINUL QURAN MUSLIMAT………....................................................................32
USIM BERSOLIDARITI UNTUK AL-AQSA: PALESTIN ISU UMMAH…….............................….33
SIJIL KURSUS TAHSIN 1.0 QURAN- MELAHIRKAN MAHASISWA PROSUMERISM…….......34
LAPORAN KEWANGAN TABUNG KEBAJIKAN PUSAT ISLAM 2021………...........................35-39

SEKALUNG
PENGHARGAAN

I

PENGARAH PUSAT ISLAM 2013-2014

PROF. DR WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL

PENGARAH PUSAT ISLAM 2015-2018

PROF. MADYA DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

PENGARAH PUSAT ISLAM 2019-2020

MOHAMMAD AIZUDDIN ABDUL AZIZ

JAWATAN KUASA
IMARAH

PENAUNG

PROF. DR. ADNAN MOHAMED YUSOFF

KETUA EDITOR

DR. ASHARAF MOHD RAMLI

SIDANG EDITOR

DR. SITI FATIMAH MOHD TAWIL
MUHAMMMAD FITRI ABDUL RAZAK

KONSEP & REKA BENTUK

NIK NUR AEIN BINTI NIK HUD
MUHAMMAD NUR FATHI MOHD @ MOHAMAD

FOTOGRAFI

MUHD RIDAUDDIN AMIN MUHD NORDIN
MUHAMMAD FARHAN BIN BUJANG
LUQMAN HAKIM MOHD HASHIM

MUHAMMAD AMIROLRIDZUAN BIN ARIPIN

II

DR. ASHARAF MOHD RAMLI

PENGARAH
[email protected]
+06-7980252 ext:80250

DR. SITI FATIMAH MOHDTAWIL

TIMBALAN PENGARAH
[email protected]

+06-7980252 ext:80250

PENTADBIRAN PENERBITAN
& &

PENGIMARAHAN SYIAR ISLAM

MUHAMMADFITRI ABDUL RAZAK NIK NUR AEIN BINTI NIK HUD

PENOLONG PENDAFTAR N41 PENOLONG PENDAFTAR
[email protected] [email protected]
+06-798 0253 ext:80253
+06-798 0253 ext:80253

MUSNORAZLAN MUSTAFA MUHAMMAD NUR FATHI MOHD KHAIRUL ANUAR MD ZIAN MUHD RIDAUDDIN AMIN MUHD NORDIN
@ MOHAMAD @ ABD RAHMAN
PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN N32 PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
[email protected] PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29 PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
+06-798 0254 ext:80254 [email protected] [email protected] [email protected]

+06-798 0256 ext:80256 +06-798 0255 ext:80255 +06-798 0257 ext:80257

SEKRETARIAT DI BAWAH KELOLAAN
PUSAT ISLAM

III SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)

SEKRETARIAT PUSAT ISLAM (SPI)

SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM (RSY)

SELAMAT DATANG 1

PENGARAH & TIMBALAN PENGARAH BARU PUSAT ISLAM

1 Januari 2021 – Salam perkenalan dan

ucapan selamat datang kepada Dr. Asharaf
Mohd. Ramli selaku Pengarah dan Dr. Siti
Fatimah Mohd Tawil selaku Timbalan Pengarah
Pusat Islam yang baru. Mereka berdua
menggantikan Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul
Aziz dan Dr. Norzulaili Mohd Ghazali yang telah
menjalankan tugas dengan cemerlang
sepanjang tahun 2019 dan 2020.

Dr. Asharaf Mohd Ramli merupakan salah
seorang pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi
dan Muamalat yang berkepakaran di dalam
bidang Wakaf dan Kewangan Masjid. Manakala
Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil pula merupakan
salah seorang pensyarah di Fakulti Pengajian
Quran dan Sunnah yang berkepakaran dalam
bidang Sains dan Pengurusan Maklumat.

Sekalung penghargaan juga dirakamkan buat
Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz dan Dr.
Norzulaili Mohd Ghazali kerana telah memimpin
Pusat Islam dengan baik. Jasa kalian akan
diingati selalu dan moga diganjarkan dengan
sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

2

MESYUARAT PENTADBIRAN

2

PUSAT ISLAM BIL.1/2021

6 Januari 2021 – Mesyuarat Pentadbiran Pusat Islam Bil.1/2021 ialah

mesyuarat kali pertama yang dipengerusikan oleh Dr. Asharaf Mohd. Ramli
sebagai Pengarah Pusat Islam. Mesyuarat tersebut juga mempertemukan
Pengurusan baru Pusat Islam dengan kesemua barisan kakitangan Pusat
Islam yang sedang bertugas di Pusat Islam pada waktu tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, Pengarah menekankan tiga aspek utama yang
akan ditonjolkan oleh Pusat Islam ialah sebagai Pusat Ibadah, Pusat
Pengajian & Pusat Kebajikan. Para kakitangan Pusat Islam menyambut baik
gagasan dan idea yang diutarakan dan akan memberikan kerjasama yang
jitu kepada pihak Pengurusan Pusat Islam.

2

3

SISTEM E-MIMAS

MEMASTIKAN KEWANGAN
MASJID PATUH SYARIAH

7 Januari 2021 – Majlis Penyerahan Penggunaan Sistem Pelaporan

Kewangan Masjid Patuh Syariah (E-MIMAS) telah diadakan di antara pihak

Kumpulan Penyelidik Imarah dan Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM),

USIM. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan

Bin Mohd Jailani selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni

yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM),

USIM.

E-MIMAS telah diserahkan secara percuma oleh pihak Kumpulan Penyelidik

Imarah untuk digunakan oleh KITM. E-MIMAS ialah sistem pelaporan

kewangan berasaskan dana secara online untuk institusi masjid, surau,

persatuan dan juga organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO).

E-MIMAS telah diserahkan

secara percuma oleh pihak

Kumpulan Penyelidik Imarah

untuk digunakan oleh KITM.

E-MIMAS ialah sistem

pelaporan kewangan

berasaskan dana secara

online untuk institusi masjid,

surau, persatuan dan juga

organisasi bukan

berasaskan keuntungan

(NPO).

Rujukan lanjut berkenaan E-MIMAS boleh didapati di imarah.org

2

4

PROGRAM PEMBACAAN KITAB
40 HADIS KEMULIAAN MASJID

SEBAGAI PROGRAM PERTAMA TAHUN 2021

22 Januari 2021 – Satu program baru telah diperkenalkan oleh Dr. Asharaf

Mohd Ramli yang diberi nama Merenung Kalam Nabawi. Program tersebut
bertujuan menghidupkan amalan pembacaan hadis-hadis Nabi SAW sebagai
salah satu aktiviti pengajian bulanan di Pusat Islam. Justeru, kitab 40 Hadis
Kemuliaan Masjid telah dipilih sebagai permulaan untuk membudayakan
semangat mengimarahkan masjid di kalangan warga USIM dan juga
masyarakat setempat. Program tersebut dijadualkan berlangsung setiap hari
Jumaat bermula jam 12 tengahari dan berakhir apabila masuk waktu azan
Solat Jumaat. Mereka yang berminat untuk mendapatkan kitab tersebut boleh
menghubungi penulis iaitu Dr. Abdullaah Bin Jalil melalui emel
[email protected]

USIM BERZIKIR 5

29 Januari 2021 – Selain daripada

menganjurkan aktiviti-aktiviti

pengajian, Pengarah Pusat Islam

juga sering menekankan aspek

ibadah dan penyucian jiwa melalui

zikir. Justeru, satu program baru

diperkenalkan kepada warga USIM

yang diberi nama USIM Berzikir

diharapkan mampu menyediakan

platform kepada warga USIM untuk

menjinakkan diri mengamalkan

zikir-zikir yang masyhur karangan

para ulama silam. Program tersebut

diketuai oleh Pengarah Pusat Islam

sendiri dan akan bergilir bersama

dengan asatizah-asatizah jemputan

yang lain. Program tersebut

dijadualkan pada setiap hari

Jumaat sebagai penghulu segala

hari bermula jam 8.30 pagi dan

berakhir jam 9 pagi.

6 PENGURUSAN PUSAT ISLAM BERAMAH

MESRA BERSAMA PIMPINAN

SEKRETARIAT PELAJAR

DI BAWAH SELIAAN PUSAT ISLAM MELALUI PROGRAM

KAIFAHALUKUM?

1 – 3 Februari 2021 – Selain daripada kakitangan Pusat Islam,

terdapat tiga sekretariat pelajar yang bernaung di bawah Pusat Islam.
Sekretariat tersebut ialah Sekretariat Pusat Islam (SPI), Sekretariat
Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), & Rakan Siswa YADIM (RSY).
Justeru, demi mengeratkan lagi hubungan baik antara Pengurusan Pusat
Islam dengan ahli tiga sekretariat tersebut, tiga siri pertemuan telah
diaturkan di bawah program “KAIFA HALUKUM”. Program tersebut
mengumpulkan kesemua ahli sekretariat dan membentangkan peranan
dan fungsi masing-masing kepada Pengurusan Pusat Islam. Pengarah
juga mengambil kesempatan memberikan nasihat kepada ahli sekretariat
supaya memberi keutamaan untuk menghadiri program-program
pengajian dan pengimarahan di Pusat Islam. Sesi soal jawab juga
diadakan di akhir program dan mendapat sambutan yang baik di kalangan
ahli sekretariat.

7

PENGUMUMAN SOLAT JUMAAT DI KOMPLEKS
ISLAM TUANKU MUHRIZ, USIM DALAM DUA
BAHASA : BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

5 Februari 2021 - Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) giat

menginovasikan aktiviti-aktiviti pengimarahan yang dianjurkan di bangunan
Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM (KITM). Antara Langkah pertama yang
dilaksanakan untuk inisiatif tersebut ialah dengan menyampaikan pengumuman
sebelum Solat Jumaat dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

Sekalung penghargaan buat En. Akhdiat Bin Abd Malek daripada Pusat
Pengajian Teras kerana bersetuju menjadi pakar rujuk bagi kandungan hebahan
dalam Bahasa Inggeris.

8 PUSAT ISLAM MELAKUKAN PERSEDIAAN UNTUK
MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1442H DENGAN

PEMBACAAN KITAB SAFINATUN NAJA

8 Februari 2021 – Dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba,
sebagai umat Islam, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu bagi
menghadapi bulan yang mulia ini dengan baik. Justeru, Pusat Islam telah
menganjurkan program-program persediaan bagi menghadapi Bulan
Ramadan seperti butiran berikut :

01 Nama Program
Pedoman Bershariat

Kitab 02 Nama Kitab
Sa natun Safinatun Naja
Naja 03 Penulis Kitab
Sheikh Salim Bin Sumair Al Hadrami
04 Tarikh Pengajian
8 Februari – 5 April 2021

05 Masa Pengajian
Setiap Isnin 9 – 10 malam

06 Tenaga Pengajar

Sheikh Abd. Raof bin Nurin
Mudir Pondok Tampin

Ajk Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

Nama Program 9

01 Merenung Kalam Nabawi

Kitab 02 Nama Kitab
40 Hadis 03
Puasa & 40 Hadis Puasa & Ranmadan
Ramadan
Penulis Kitab

Dr. Abdullah Jalil

04 Tarikh Pengajian
19 Februari – 9 April 2021

05 Masa Pengajian
Setiap Jumaat 12.30 Tengahari - 1.30 petang

06 Tenaga Pengajar

Dr. Abdullah Jalil
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Muamalat

Rakaman program ada dimuatnaik di
Facebook Page Pusat Islam USIM bagi
menjadi rujukan kepada mereka yang
tertinggal untuk mengikuti program
tersebut.

10 PUSAT ISLAM MELANCARKAN PROGRAM

SAHABAT AL-QURAN PUSAT ISLAM

16 Februari 2021 – Al-Quran merupakan
panduan utama kepada orang-orang Islam.
Setiap Muslim digalakkan untuk sentiasa
membasahi lidah dengan bacaan Al-Quran.

Al-Quran pula mestilah dibaca dengan
bertajwid bagi menjaga kesucian ia diturunkan.
Justeru, Pusat Islam telah mengambil inisiatif
menganjurkan program Sahabat Al-Quran Pusat
Islam khusus untuk mendengar dan menyemak
bacaan setiap peserta.

Program tersebut terbuka kepada semua
kakitangan dan juga pelajar USIM. Halaqah
Muslimin dibimbing oleh Ustaz Muhamad Fitri
bin Abdul Razak, manakala Halaqah Muslimat
dibimbing oleh Ustazah Manal.

HARI KEBESARAN ISLAM 1 11

SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ DENGAN
MENGHIDUPKAN AMALAN PEMBACAAN
KITAB

17 Februari 2021 – Isra’ Mikraj merupakan salah satu peristiwa besar dalam
sejarah Islam. Pusat Islam mengambil inisiatif mengadakan program seperti
butiran berikut :

Nama Program Nama Kitab Tarikh Pengajian

Pengajian Talaqqi Kifayatul Muhtaj (Perihal Isra’ Mikraj) 17 Februari – 17 Mac 2021
Kitab Turath

Penulis Kitab Tenaga Pengajar Masa Pengajian

Syeikh Wan Daud Ibn Syaikh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun Setiap Rabu 9 – 10 malam
Wan ‘Abdullah Ibn Syeikh
Wan Idris Al-Fatoni

Program tersebut dijalankan sepenuhnya dalam
talian. Rakaman program ada dimuatnaik di
Facebook Page Pusat Islam USIM bagi menjadi
rujukan kepada mereka yang tertinggal untuk
mengikuti program tersebut.

12 PEMIKIRAN TOKOH RASAIL AL-NUR : SHEIKH BADIUZZAMAN
AN-NURSI MELALUI PROGRAM SIRAMAN ROHANI DARI
RISALAH CAHAYA

1 Mac 2021 – Sheikh Badiuzzaman An-Nursi merupakan seorang tokoh
pejuang Islam yang amat terkenal dan disegani di Turki. Melalui kerjasama
dengan Hayrat Foundation, Pusat Islam menganjurkan sebuah program
bersiri berbentuk kajian tajuk-tajuk menarik yang bersumberkan rujukan
daripada pemikiran Sheikh Badiuzzaman An-Nursi.

Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut :

Nama Program Jumlah Siri Kajian Tarikh Pengajian

Siraman Rohani 28 siri Bermula 1 Mac 2021 (Isnin)
Dari Risalah
Cahaya

Tenaga Pengajar Masa Pengajian

Ustaz Celal Akar (Wakil Hayrat Setiap Isnin jam 9 – 10 pagi
Foundation Turki di Malaysia)

Program ini dijalankan sepenuhnya dalam talian. Rakaman program ada dimuatnaik di
Facebook Page Pusat Islam USIM bagi menjadi rujukan kepada mereka yang tidak
berkesempatanuntuk mengikuti program tersebut.

PUSAT ISLAM MEMBUDAYAKAN CERAMAH DALAM 13

BENTUK INTEGRASI ILMU NAQLI & AQLI MELALUI

PROGRAM KAPSUL MOTIVASI & INTROSPEKSI

10 Mac 2021 – Pusat Islam

melancarkan sebuah program yang

diberi nama Kapsul Motivasi &

Introspeksi yang berkonsepkan

ceramah dalam bentuk Integrasi Ilmu

Naqli & Aqli. Program tersebut berjaya

dijanlankan sebanyak 3 kali sepanjang

tahun 2021. Program tersebut

sangatlah menarik kerana

menggabungkan seorang ahli panel

yang pakar dalam bidang Naqli

manakala ahli panel yang lain pula

merupakan pakar dalam bidang Aqli.

Gabungan kedua-dua bidang
tersebut berjaya membawa penonton
memahami sesuatu isu yang
dikupaskan dalam dimensi dan fakta
yang pelbagai. Antara tokoh yang
pernah dibawakan di dalam program ini
ialah:
-Dr. Haji Jahid Sidek, Ust. Syaari Ab.
Rahman (Tadabbur Centre)
-Dr. Ahmad Rostam Md. Zin
-Prof. Dr. Norita Md Norwawi,
-Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan
Abdullah
-Ustaz Hazrizal Abd Jamil.

14
HARI KEBESARAN ISLAM 2

PROGRAM MENGHIDUPKAN MALAM
NISFU SYA’BAN

28 Mac 2021 – Menjadi amalan tradisi di Negeri Sembilan apabila tiba
malam Nisfu Sya’ban, maka seluruh Masjid & Surau di Negeri
Sembilan akan menghidupkan malam tersebut dengan amalan
membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dan diselangi dengan doa.
Seperti mana yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Negeri Sembilan Bil.5/2016 yang dipetik seperti berikut :
“…Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh
sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima
dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu..”



16

17

18

KARNIVAL
WARM-UP RAMADAN

PENGARAH PUSAT ISLAM MEYAMPAIKAN 19

KHUTBAH BERTAJUK SATU AQIDAH SATU

KIBLAT

7 Mei 2021 – Aqidah merupakan suatu asas yang penting yang perlu
tersemat di dalam diri setiap orang Islam. Aqidah tersebut mestilah
berpandukan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tanpa terpesong. Justeru,
menjunjung tinggi kepentingan beraqidah yang benar, Pengarah Pusat
Islam telah mengambil inisiatif dengan menyampaikan khutbah khas
berkenaan Aqidah.

Antara perkara penting yang digariskan dalam teks khutbah tersebut
ialah :
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada
25 Februari 2016M bersamaan 16 Jamadil Awal 1437H telah bersetuju
menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam
konteks Negeri Sembilan, iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat
Islam yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan
Al-Quran dan Panduan Nabi Muhamad SAW, para Sahabat dan para
Ulama Islam Muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan :

Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam

01 Abu Hasan Al-Asyaari dan Imam Abu Mansor

Al-Maturidi

Feqah dan Syariat, berdasarkan mazhab Sya e di
samping meraikan mazhab Hana , Maliki &
02 Hanbali.

Tasauf, berdasarkan manhaj Ulama’ Su
berwibawa seperti Imam Junaid Al-Baghdadi
03 dan Imam Al-Ghazali.

Di akhir khutbah, Pengarah berpesan agar kita semua berdoa supaya Allah melapangkan hati dan fikiran kita
untuk sentiasa istiqamah dan bersatu di atas Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

20 PUSAT ISLAM MEMPERKASAKAN AKTIVITI
PENGIMARAHAN DENGAN MENGHIDUPKAN BACAAN
AL-QURAN (1 RUBU’) SETIAP KALI SELEPAS SOLAT SUBUH
& MAGHRIB DAN PROGRAM PEMBACAAN SATU HADIS
SELEPAS SOLAT ZOHOR

Pusat Islam mengambil inisiatif memperkasakan aktiviti pengimarahan di
Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM dengan memperkenalkan 2
program harian yang terbaru iaitu Program Tadarus Al-Quran Setiap
Selepas Solat Subuh & Maghrib, dan Program Bacaan Satu Hari Satu
Hadis Setiap Selepas Solat Zohor. Program tersebut akan diketuai oleh
imam yang bertugas mengikut giliran dan hanya diadakan pada hari
bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti.

Tadarus Al-Quran dibaca bermula permulaan
Al-Quran dengan kadar 1 Rubu’ (1/8 per juzuk) setiap
sesi dan disambung-sambung bacaan tersebut
sehingga khatam. Berkat disiplin yang ditonjolkan oleh
para imam bertugas, bacaan tersebut berjaya
dikhatamkan sekali sepanjang tahun 2021.

Bagi pembacaan hadis pula, Kitab Riyadus Solihin
terbitan JAKIM dipilih sebagai kitab panduan kerana
terbitan tersebut dilengkapi dengan bahasa melayu
yang baik dan juga pengajaran-pengajaran bagi setiap
hadis yang dibaca.

PROGRAM MUTIARA AQIDAH AHLI SUNNAH 21
WAL JAMAAH & MAJLIS TA’LIM MENGGAPAI
IHSAN

9 Jun 2021 – Di dalam memperkasakan Pusat Islam sebagai Pusat
Pengajian, kuliah-kuliah pengajian di Pusat Islam mesti mencakupi 3 teras
utama ilmu iaitu pengajian aqidah, pengajian fiqh & pengajian tasawuf.

Justeru, 2 program baru diperkenalkan seperti butiran berikut :

01 Nama Program

Mutiara Aqidah Ahli Sunnah

Wal Jamaah

Mutiara Aqidah 02 Nama Kitab
Ahli Sunnah Wal Mutiara Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah Jamaah

03 Penulis Kitab
Sheikh Abd. Raof bin Nurin
Mudir Pondok Tampin
Ajk Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

04 Tarikh Pengajian
Bermula 9 Jun 2021
sehingga kini

05 Masa Pengajian
Setiap Rabu 9 – 10 pagi

06 Tenaga Pengajar
Sheikh Abd. Raof bin Nurin
Mudir Pondok Tampin
Ajk Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

22 Nama Program

01 Majlis Ta’lim Menggapai

Ihsan

02 Nama Kitab
Mutiara Minhajul Abidin

Mutiara Minhajul 03 Penulis Kitab
Abidin Sheikh Sidi Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin Al-Azhari
Pengetua Akademi Al-Ihya'

04 Tarikh Pengajian
Bermula 10 Jun 2021 sehingga sekarang

05 Masa Pengajian
Setiap Khamis 9 – 10 pagi

06 Tenaga Pengajar
Sheikh Sidi Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin Al-Azhari
Pengetua Akademi Al-Ihya'

Antara perkara yang menarik diperkenalkan melalui program ini ialah pemberian 50
buah kitab secara percuma kepada 50 orang peserta terawal. Tujuan utama inisiatif ini
bagi memudahkan proses pembelajaran berlaku dengan lebih baik.
Rakaman program ada dimuatnaik di Facebook Page Pusat Islam USIM bagi menjadi
rujukan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program tersebut.

PENGURUSAN JENAZAH DI 23

KOMPLEKS ISLAM TUANKU MUHRIZ, USIM
SEPANJANG TAHUN 2021

Pusat Islam sentiasa menambahbaik penyediaan perkhidmatan yang boleh
ditawarkan kepada warga USIM khususnya dalam memimpin aktiviti-aktiviti
ibadah dan pengurusan Islam. Justeru, antara perkara yang berjaya
ditawarkan bermula tahun 2021 ialah manfaat kematian kepada seluruh
warga USIM dan juga ahli keluarga mereka yang terdekat.

Pusat Islam menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma iaitu
khidmat mandi, kafan, solat dan pengkembumian jenazah. Mudah-mudahan,
inisiatif ini memanjangkan lagi pahala jariah buat para penyumbang dana
kebajikan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM.

24 PUSAT ISLAM BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN
BUDI IHSAN MALAYSIA

31 Julai 2021 – Wabak pandemik covid-19 telah memberikan kesan yang amat
besar kepada pengurusan masjid. Di antara perkara yang ditarik kebenaran
sementara ialah ibadah korban di Masjid dan Surau. Ibadah korban ketika itu
hanya dibenarkan dibuat di Rumah Sembelihan sahaja.

Justeru, Pusat Islam dengan penuh rasa berbesar hati telah bersetuju untuk
bekerjasama dengan pihak Yayasan Budi Ihsan Malaysia yang merupakan di
antara pihak pengendali ibadah korban terbesar di Malaysia.

Sebanyak 1,000 kilogram daging berjaya diagihkan di seluruh kawasan Nilai
melalui Masjid dan surau-surau berhampiran. Semoga program seperti ini
akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

25 HARI KEBESARAN ISLAM 4

PROGRAM MAAL HIJRAH

9 Ogos 2021 – Sempena kehadiran Awal Muharam 1443H, Pusat Islam
dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan USIM menganjurkan
beberapa program menarik seperti berikut :

Tazkirah Maal Hijrah

Pemberian Bubur Asyura

Kedua-dua program tersebut telah memberikan manfaat sekurang-kurangnya kepada 200 orang warga USIM.

26 PUSAT ISLAM BEKERJASAMA DENGAN

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI) MENJAYAKAN

PROGRAM TAZKIRAH SAINS ISLAM
.
26 November 2021 – Cadangan untuk mengadakan
Tazkirah Sains Islam ialah merupakan cetusan idea Kesimpulan Topik:
daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin,
Naib Canselor USIM. Tazkirah Sains Islam dianjurkan Panel membincangkan
bertujuan membawa para audien untuk memahami berkenaan
persoalan berkaitan topik-topik terpilih dalam pelbagai penemuan-penemuan
bidang ilmu dari perspektif Islam secara mudah dan ciptaan Allah SAW yang
santai. Ia menggandingkan seorang panel daripada latar suatu masa dahulu
belakang pengajian Islam (Ilmu Naqli) bersama seorang dikatakan ghaib atau tidak
lagi panel daripada latar belakang pengajian ilmu sains dapat dilihat melalui mata
(Ilmu Aqli) yang akan bersama-sama mengupas topik kasar. Namun, melalui
yang diberikan. kurniaan Allah SAW
dengan perkembangan
Bagi menyatakan kesungguhan, Naib Canselor sendiri sains dan teknologi;
telah memulakan siri yang pertama bergandingan terdapat banyak ciptaan
bersama Ust. Shamsul Hakim Abd Samad daripada Allah SAW yang dapat
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah. Tajuk yang dipilih dilihat oleh manusia
ialah : Sinar Cahaya Dalam Kegelapan Dari Perspektif zaman kini.
Saintifik.
Rakaman program ada
dimuatnaik di Facebook
Page Pusat Islam USIM
bagi menjadi rujukan
kepada mereka yang
tertinggal untuk mengikuti
program tersebut.

27

PUSAT ISLAM BEKERJASAMA
MENGANJURKAN WARASHAH
TAQWIYAH

3 Disember 2021 – Fakulti Ekonomi & Muamalat telah bekerjasama dengan
Pusat Islam dalam menganjurkan sebuah program bertujuan untuk memberi
ruang dan peluang kepada kakitangan FEM khususnya dan kepada warga
USIM umumnya untuk meningkatkan pengetahuan dan menimba ilmu
berkenaan teori Ekonomi Islam dan Muamalat berpandukan kitab-kitab
muktabar.

28

PUSAT ISLAM KOMITED
MEMBERI JAMUAN BERBUKA
PUASA SETIAP HARI KHAMIS

Pusat Islam menyediakan 200 pek makanan berbuka puasa kepada semua
pelajar dan kakitangan USIM. Program ini telah bermula sejak tahun pertama
penubuhan Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM iaitu pada tahun 2017 dan
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah.
Justeru, Pusat Islam menjemput para dermawan yang berhajat untuk menaja
program ini boleh berhubung dengan pihak pengurusan Pusat Islam melalui
talian 06-7980256.

29

Durian Tunggal, 29 November–
Satu bengkel bagi membentuk
Semangat Berpasukan dan
Pembentukan Sahsiah Majlis
Tertinggi bagi Badan Sekretariat
Pelajar naungan Pusat Islam,
Universiti Sains Islam Malaysia
telah dilaksanakan pada akhir
November 2021. Bengkel
semangat berpasukan dan
pembentukan Sahsiah ini
diadakan bagi individu dalam
kalangan pelajar terpilih yang
dilantik mengisi kekosongan
jawatan dalam Majlis Tertinggi
dan Ahli Jawatankuasa/ Exco/
Lajnah bagi Badan-Badan Pelajar di bawah kawal selia Pusat Islam. Ia
dilaksanakan khusus bagi kepimpinan lantikan baharu sesi 2021/2022. Sejumlah
30 orang peserta mewakili 3 Badan Pelajar naungan oleh Pusat Islam, iaitu
Sekretariat Pusat Islam (SPI), Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)
dan Rakan Siswa YADIM (RSY) telah terlibat bagi bengkel yang diberi nama ABPI
Leadershift bertempat di Agrofarmstay, Durian Tunggal, Melaka. Bengkel dengan
variasi aktiviti ini telah sukses dilaksanakan dengan komitmen mantap urusetia.
Program ini bermatlamatkan untuk mengasah bakat kepimpinan, menyerlah
keterampilan dan mengumpulkan ketiga Sekretariat dalam satu kekuatan jemaah
untuk merancang, berwacana dan bertukar-tukar pandangan supaya lebih
memahami teras halatuju Pusat Islam sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab
utama di USIM.

ABPI LEADERSHIFT: 3 SEKRETARIAT

BARISAN KEPIMPINAN BAHARU 2021/2022

NAUNGAN PUSAT ISLAM BERBENGKEL DI

MELAKA

30

JUMAA’H WITH LADIES: MEDAN PERKONGSIAN
ILMU TOKOH PENDAKWAH MUSLIMAT SEANTERO
MALAYSIA

Nilai, 26 Mac - 12 November 2021 – Sebanyak 12 siri program Juma’ah with Ladies
telah berhasil dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Di Pusat Islam USIM, ia
menjadi program ‘signature’ khusus buat para wanita yang tidak hanya terbuka
kepada warga USIM bahkan juga kepada komuniti orang awam. Sepanjang
perintah kawalan pergerakan (PKP), siri dalam program ini telah berlangsung di
dalam talian dengan membawakan pelbagai tokoh figura Muslimat dari seluruh
Malaysia sebagai penceramah. Antaranya adalah Ustazah Isfadiah, Ustazah Prof.
Madya Dr. Sharifah Hayati, Ustazah Muzayyanah, Ustazah Laila Aniza, Dr. Zilal
dan ramai lagi figura muslimat dalam kalangan agamawan mahupun ahli akademik
berkredibiliti. Siri Juma’ah with Ladies ini telah menempa nama dalam kalangan
warga USIM kerana berhasil membawa diskusi yang semasa, segar dan
bermanfaat berkaitan ehwal muslimat yang pelbagai. Pada masa yang sama,
program ini dilihat berjaya hasil kolaborasi badan-badan penting seperti Kelab
Wardah USIM, Biro BALQIS Masjid Dato’ Klana Petra Nilai serta siswi Adik Beradik
Pusat Islam USIM. Kolaborasi ini melibatkan gerak kerja bersama dari aspek
hebahan serta penglibatan sebagai moderator yang mengendalikan sesi tersebut.
Program yang berlangsung setiap dua minggu sekali pada malam jumaat selepas
selesai waktu Isyak ini bukan sahaja berjaya memperkasa keilmuan para muslimah
bahkan berupaya mewujudkan komuniti muslimah yang cakna seiring era semasa.

JILSAH NISA’: MEMPERKASA KEFAHAMAN 31
MUSLIMAH MELALUI TUJAHAN TAFSIR,
HADITH & FIQH

Nilai, Mac 2021 - 15 Disember 2021 – Program Jilsah Nisa’ merupakan majlis ilmu yang
dilaksanakan bagi warga muslimat USIM dalam kalangan staf dan juga mahasiswi. Ia
bermatlamat untuk menjadi medium menambah kefahaman para wanita dalam tujahan topik
berkenaan Tafsir, Hadith dan Fiqh. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam USIM dengan
kerjasama mantap Exco Helwi Sekretariat Pusat Islam ini berlangsung saban minggu pada hari
Rabu jam 3 petang secara dalam talian. Ia menampilkan tiga jemputan asatizah khas yang
mahir dan berkepakaran dalam bidang masing-masing. Untuk tujahan tafsir, sebanyak 10 siri
telah berjaya dilaksanakan oleh Ustazah Dr. Robiatul Adawiyah Amat, dan 6 siri bagi diskusi
Hadith dibawakan oleh Ustazah Dr. Fitriah Wardi telah dapat dilaksanakan. Bagi siri tafsir
perbincangannya berfokus kepada Tafsir Juzu’ Amma berpandukan Kitab Tafsir Al-Muneer oleh
Sheikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, bagi siri hadith berfokus kepada topik-topik dalam hadith
terpilih dan Kitab Fiqh Manhaji pula digunapakai bagi siri Fiqh. Setiap diskusi menjadi
keistimewaan kerana sentiasa dikupas dan digarap berdasarkan aspek-aspek yang dekat
dengan para muslimat. Program ini berhasrat untuk mengukuh kefahaman muslimat agar setiap
ilmu dalam bidang-bidang tujahan tersebut dapat terus diaplikasi dapat kehidupan seharian.

SINERGI BERSAMA BIRO BALQIS MDKP

MEMBERI RUANG & PELUANG MEMPERBAIKI
32 BACAAN AL-QURAN DALAM PROGRAM

TAHSINUL QURAN MUSLIMAT

Nilai, 24 Oktober - 26 Disember 2021 –
Al-Quran merupakan petunjuk dan
panduan bagi Muslim termasuk golongan
wanita. Pelaksanaan kelas Tahsinul Quran
Muslimat telah berlangsung dengan
jayanya dengan Kerjasama Biro BALQIS,
Masjid Dato’ Klana Petra Nilai (MDKP)
bersama Pusat Islam USIM selama 3 bulan
dalam 10 sesi kelas berkala. Program
dalam talian melalui medium Zoom atau
Google Meet ini telah memberi peluang
bagi para muslimat di sekitar kariah Nilai untuk menyemak bacaan al-Quran agar
sesuai dengan bacaan yang betul dan tepat. Selain itu, ia juga berhasrat untuk
membetulkan seni bacaan al-Quran para muslimat di dalam kelas berkala serta
pada masa yang sama meningkatkan minat membaca al-Quran. Dengan itu, ia
juga memberi keyakinan kepada para muslimat untuk membaca al-Quran dengan
cara yang betul dan akhirnya berhasil memelihara pembaca dari
kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran. Program ini bukan sahaja berjaya
menaja 20 orang muslimat dalam kalangan wanita berkerjaya, suri rumah juga
mahasiwa B40 bagi menjalani kelas Tahsinul Quran tersebut dengan dibimbing
oleh 2 orang ustazah terpilih dan berkelayakan. Melalui kelas Tahsinul Quran ini,
diharapkan akan terlahirlah kumpulan khususnya dalam kalangan muslimat yang
minat, istiqamah untuk mempelajari al-Quran dan mahir dalam pembacaannya
serta kelak dapat mengamalkan setiap isi kandungan al-Quran dengan rasa penuh
amanah. Sinergi kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan jangka panjang
antara MDKP dan USIM serta memenuhi agenda USIM bagi program-program
libatsama masyarakat: ‘University for Society’.

USIM BERSOLIDARITI UNTUK AL-AQSA:
PALESTIN ISU UMMAH

33

Nilai, 21 Mei 2021 – Isu palestin adalah ujian untuk umat Islam seluruhnya. Ia
adalah isu Ummah dan akidah yang sentiasa perlu diambil cakna. Atas semangat
ini, Pusat Islam USIM telah melaksanakan satu program dinamakan ‘USIM
Bersolidariti untuk Al-Aqsa’ dengan tagline “Palestin Isu Ummah” yang
membuktikan tanda cakna dan sokongan tidak berbelah bahagi USIM untuk Bumi
Palestin. Anjuran program ini berikutan serangan Zionis Israel bertubi-tubi dan
tanpa peri kemanusiaan ke atas bumi Gaza pada bulan April 2021. Anjuran
program virtual ini menjadi inisiatif untuk melemahkan Zionis Israel dengan
menyebarkan wajah kezaliman mereka di media sosial, pada masa yang sama
memberi kesedaran kepada orang sekeliling serta seluruh umat Islam. Ia pastinya
bukan sahaja merupakan isu global tetapi isu kemanusiaan yang sentiasa perlu
untuk terus diangkat & diperjuangkan. Melalui penganjuran ini, Pusat Islam dengan
kerjasama Pejabat Naib Canselor USIM, Sekretariat Adik Beradik Pusat Islam
(ABPI), Majlis Perwakilan Pelajar USIM serta seluruh warga USIM menyokong
setiap usaha untuk membantu rakyat Palestin dan mengutuk tindakan tentera
zionis Israel yang zalim. Program ini dianjurkan tanda solidariti, kebersamaan dan
tanda peduli seluruh warga Universiti dan seluruh umat Islam terhadap isu palestin
yang merupakan isu ummah, bahkan ia merupakan usaha mempertahankan Islam
dan keimanan yang ada dalam diri umat Islam. Program yang turut disertai oleh
duta Cinta Gaza Malaysia di Gaza Palestin; Ustaz Nadir Al-Nuri serta wakil warga
Palestin dalam kalangan pensyarah dan pelajar USIM ini telah mendapat sambutan
luar biasa dengan mencapai lebih 20 ribu tontonan bagi program yang berlangsung
di Facebook Pusat Islam USIM. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya
dengan sokongan Pengurusan tertinggi universiti iaitu Naib Canselor serta
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang juga terlibat memberi
ucapan solidariti.

SIJIL KURSUS TAHSIN 1.0
34 QURAN FPQS – PUSAT ISLAM:

MELAHIRKAN MAHASISWA
PROSUMERISME

NILAI, Oktober 2021 – Program
Tahsin Quran 1.0 telah dianjurkan
oleh Fakulti Pengajian Quran
Sunnah (FPQS), USIM dengan
kerjasama Pusat Islam USIM. Ia
adalah salah satu projek yang
termaktub di dalam Buku Iltizam
USIM tahun 2021. Program ini
melibatkan sukarelawan pelajar
yang membimbing masyarakat
awam dalam pembacaan ayat suci
Quran dengan betul dan diberi
ijazatul sanad bacaan Quran (bagi
surah terpilih). Melengkapi inisiatif
ini, Sijil Kursus Tahsin Quran 2021
untuk melahirkan para asatizah
dari kalangan pelajar-pelajar untuk
turun berkhidmat ke komuniti

setempat mahupun orang awam telah dianjurkan. Melalui kursus ini, kumpulan
pengajar B40 dalam kalangan pelajar USIM ini dilatih untuk mahir penguasaan ilmu
al-Quran dari aspek pembacaan serta kelak dapat menjalankan sesi Tahsin Quran
bersama kumpulan komuniti setempat dengan efisien dan amanah. Program ini
juga bertitik tolak dari keprihatinan Pusat Islam USIM dan FPQS dalam menyokong
kebajikan kumpulan pelajar B40 melalui peluang mendapatkan ilmu dan kemahiran
berkaitan Al-Quran serta kemahiran pengendalian kelas-kelas secara maya. Ia
bukan saja menyiapkan mereka dengan kemahiran tetapi memberikan mereka
dana sokongan untuk mereka memulakan usaha turun berkhidmat kepada
komuniti setelah selesai mengikuti Sijil Kursus Tahsin Quran ini. Perkara ini
sekaligus merupakan usaha program libatsama masyarakat khususnya di
peringkat Pusat Islam USIM dan FPQS serta USIM amnya. Inisiatif ini juga akan
menyemai sikap kesukarelawan dalam kalangan mahasiawa USIM bahkan dilihat
berupaya menyumbang ke arah kebolehpasaran pelajar selepas mereka
bergraduasi kelak.

35

LAPORAN KEWANGAN
TABUNG KEBAJIKAN

PUSAT ISLAM
BERAKHIR

31 DECEMBER 2021

TABUNG KEBAJIKAN PUSAT ISLAM USIM

36 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021

Pendapatan Jumlah
BAKI TAHUN 2020 RM 217,901.03
HIBAH BANK
SUMBANGAN ORANG AWAM RM 278.34
SUMBANGAN PEJABAT MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN RM 43,093.06
TABUNG FIZIKAL KITM
IHYA RAMADHAN RM 500.00
RM 83,372.75
JUMLAH KESELURUHAN RM 51,419.00
RM 396,564.18

Perbelanjaan Jumlah
IDARI (PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN)
SAGUHATI RM 18,385.00
SAGUHATI IMAM & BILAL RAWATIB RM 6,750.00
PEMBANTU PENGIMARAHAN (OPERASI) RM 1,500.00
SOLAT JUMAAT RM 100.00
PENTERJEMAH BAHASA INGGERIS RM 300.00
PAKAR RUJUK SOP DAPUR USIM RM 1,200.00
DAIE PEKAK RM 800.00
PEREKA GRAFIK ISI KANDUNGAN BUKU LIQA UNIVERSITI
RM 29,035.00
JUMLAH

Perbelanjaan Jumlah 37
Perbelanjaan
HAND SANITIZER RM 1,126.00
DOBI MASJID RM 889.00
PEMBELIAN JAM AZAM DIGITAL (3 UNIT) RM 555.00
RENEW LESEN MR ACCOUNTING MASJID RM 180.00
CENDERAMATA KEPADA PELAJAR TAMAT LI PUSAT ISLAM RM 190.00

JUMLAH RM 2,940.00

Perbelanjaan Jumlah

Perolehan RM 7,490.00
BUILT IN CABINET BILIK MESYUARAT KITM RM 4,905.00
PENAMBAHBAIKAN PAPAN TANDA KITM RM 3,024.00
PEROLEHAN RETRACTABLE BELT Q-UP STAND
TREMOMETER STAND 4 SET RM 720.00
PEMBELIAN KAIN KAFAN 10 SET RM 1,750.00
SET KEPERLUAN BILIK TRANSIT PPO RM 3,895.00
2 SET WATER JET HEAVY DUTY RM 1,900.00

JUMLAH RM 23,684.00

Perbelanjaan Jumlah

IJTIMA'IE (KEMASYARAKATAN)
438

PENGIMARAHAN

JAMUAN MESYUARAT RM 480.00
JAMUAN PETUGAS SOLAT JUMAAT RM 5,939.00

PENGURUSAN JENAZAH RM 2,000.00
IHYA' RAMADAN RM 107,820.00
KARNIVAL WARM-UP RAMADAN
JUMAAH WITH LADIES RM 20,276.00
JILSAH NISA RM 2,800.00
SINARAN ROHANI DARI RISALAH CAHAYA RM 2,700.00
SAHABAT AL-QURAN PUSAT ISLAM
ISRAK MIKRAJ RM 3,450.00
MERENUNG KALAM NABAWI RM 1,907.00
PEDOMAN BERSHARIAT
KAPSUL MOTIVASI & INTROSPEKSI RM 900.00
USIM BERZIKIR RM 2,250.00
PEMBELIAN KITAB-KITAB PENGAJIAN RM 1,200.00
MENGGAPAI IHSAN RM 1,900.00
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAL HIJRAH RM 550.00
MUTIARA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH RM 3,904.50
PROGRAM SANITASI DAN PEMBERSIHAN MASJID K.NILAI
IFTAR PERCUMA SETIAP KHAMIS RM 1,350.00
MAULID RASUL RM 750.00
KELAS TAHSINUL QURAN MUSLIMAT RM 200.00
CERAMAH LAIN-LAIN
RM 1,500.00
JUMLAH RM 925.00

RM 12,422.00
RM 1,600.00
RM 2,000.00

RM 600.00
RM 179,423.50

Perbelanjaan Jumlah 4398

Sumbangan Kebajikan RM 5000.00
PROGRAM BANTUAN BAUCAR MAKANAN PELAJAR USIM RM 1,200.00
SUKARELAWAN PPV IPT MEGA USIM DIJANGKITI COVID-19 RM 1,000.00
CLEANER KITM DIJANGKITI COVID-19
BANTUAN ONE OFF PERUBATAN KEPADA ANAK STAFF USIM RM 300.00
BANTUAN BANJIR ABPI USIM RM 800.00

JUMLAH RM 8,300.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 243,382.95

BAKI KESELURUHAN (BAWA KE TAHUN 2022) RM 153,181.23

AKAUN AMANAH PUSAT ISLAM

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember
2021

PENDAPATAN Jumlah
Baki Bersih Tahun 2020 RM 351,351.90
Pendapatan Tahun 2021 RM 43,272.40
JUMLAH KESELURUHAN RM 394,624.30

PERBELANJAAN

2021
Ubahsuai Tempat Mandian Jenazah Dan Kafan Jenazah RM 12,000.00
Di Kitm
Memasang & Mengubahsuai Dapur Tambahan Dan Ruang RM 19,450.00
Wudhu' Bilik Imam Kitm

JUMLAH PERBELANJAAN TAHUN 2021 : RM 31,450.00

BAKI KESELURUHAN (BAWA KE TAHUN 2022) : RM 363,174.30


Click to View FlipBook Version