The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by modjos, 2021-07-25 05:25:38

ALAT MUZIK DUNIA

MUZIK-AZHAR ZIKRI

ALAT MUZIK DUNIA

Disediakan oleh
AZHAR ZIKRI BIN AZAHARI

6 ARIF
SK AMPANGAN

PENDIDIKAN MUZIK

GURU: NORLIZAH BINTI DOLAH

ISI KANDUNGAN 2
2
PENDAHULUAN 7
ALAT MUZIK DUNIA 10
ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA
KESIMPULAN

1

Pendahuluan

Apakah itu alat muzik? Berdasarkan laman sesawang Wikipedia, alat muzik merujuk kepada alat yang
digunakan khas bagi menghasilkan muzik.
Terdapat 4 jenis alatan muxik iaitu:

1. Alat bertali
2. Alat tiup (termasuk alat tiup kayu dan alat bras)
3. Alat perkusi (Alat genderang, juga termasuk alat papan nada)
4. Suara
Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan
penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri.
Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan untuk golongan-
golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan
menikmati alunan muzik tradisional ini.

Alat Muzik Dunia

1, Gitar Flamenco – Sepanyol

Gitar khas negara ini memang cukup terkenal di dunia. Sekilas pandang, gitar yang memiliki nama
Flamenco ini hampir sama saja dengan gitar akustik klasik pada umumnya. Yang membuat gitar ini
berbeza adalah dari segi bahan yang digunakan dalam pembuatannya yang menjadikan bunyi yang
dihasilkan lebih lembut. Ukurannya dan bentuknya juga lebih kecil. Ramai yang berpendapat bahawa
Gitar Flamenco lebih sesuai dimainkan dengan cara dipetik dengan jari untuk menghasilkan bunyi yang
sempurna berbanding menggunakan bantuan pick / pemetik gitar. Gitar ini sering digunakan oleh
masyarakat Sepanyol dalam banyak acara persembahan muzik..

2

2. Orgel – Belanda

Salah satu alat muzik tradisional milik Negara Kincir Angin iaitu Belanda adalah orgel. Sekilas orgel
terlihat seperti piano kerana memang bentuknya hampir sama.Tetapi pada alat muzik orgel terdapat
banyak paip-paip yang menjadi sumber suara. Seiring jalannya waktu alat muzik asal Belanda ini terus
berkembang dan dikenal oleh banyak negara lain dan biasanya ada di dalam gereja-gereja yang masih
memakai konsep klasik.
3. Bagpipe – Scotland

Seterusnya, bagpipe yang berasal dari Scotland. Alat muzik tradisional yang ini berbentuk kantung
yang diberi nama pipa-pia sebaga sumber suara. Cara memainkannya adalah dengan ditiup. Terdapat
lima paip, empat paip di atas dan satu paip di hujung beg. Untuk menyesuaikan dengan pakaian tradisi
negara Scotland, biasanya bahagian beg dibuat menggunakan kain bermotif tartan.

3

1. Mbira – Afrika

Alat muzik tradisional antarabangsa seterusnya ialah Mbira. Mbira berasal dari negara Zimbabwe yang
terletak di benua Afrika. Mbira adalah sebuah kotak kayu dengan ruang serta kepingan logam yang
akan berbunyi apabila ia ditekan. Alat muzik yang serupa dengan Mbira adalah kalimba.
2. Shamisen – Jepun

Negara Jepun juga memiliki banyak alat muzik tradisional dan salah satunya ialah Shamisen. Shamisen
dimainkan dengan cara dipetik. Alat muzik ini mempunyai tiga tali yang dipetik menggunakan alat yang
disebut ‘Bachi’. Sumber bunyi shamisen juga berasal dari ruang yang dilapis kulit. Ada tiga jenis
shamisen iaitu hosozao, chuzao, dan futozao.

4

6. Janggu – Korea

Seterusnya, Korea mempunyai satu alat muzik tradisional khas yang bernama Janggu. Janggu berupa
seperti gendang. Janggu berbentuk seperti jam pasir yang dimainkan dengan memukulnya
menggunakan dua tongkat khas. Janggu sering digunakan dalam banyak acara budaya di Korea
termasuk dalam pertunjukan atau upacara.
7. Qanun – Arab

Selain itu, di negara Arab juga terdapat beberapa alat muzik tradisional. Salah satu alat muzik
tradisional ialah Qanun. Qanun sering disebut sebagai kecapi Arab. Alat muzik ini berbentuk seperti
trapezoid dengan 81 tali dawai. Cara memainkannya dengan menggunakan empat jari. Kemahiran
yang cukup diperlukan untuk memainkan alat muzik yang ini kerana ia digolongkan sebagai alat musik
tradisional yang tidak mudah untuk dimainkan.

5

8. Grajabpi – Thailand

Alat muzik seterusnya adalah Grajabpi yang berasal dari Thailand. Alat muzik ini sering disebut seperti
kecapi tetapi memainkannya lebih mudah kerana hanya tiga tali dawai sahaja yang terdapat pada alat
muzik ini. Grajabpi sering digunakan dalam acara tradisional dan budaya di Thailand. Selalunya pemain
akan memangku alat muzik ini apabila memainkannya.
9. Tumpong – Filipina

Negara Filipina juga memiliki banyak alat muzik tradisional dan salah satunya ialah Tumpong. Alat
muzik ini kelihatan seperti Seruling. Tumpong diperbuat dari batang buluh yang memiliki lima lubang,
satu lubang berada di atas dan empat lubang berada di bawah.

6

10. Yueqin – China

Yueqin merupakan alat muzik tradisional yang berasal dari China yang juga sering disebut dengat gitar
bulan. Alat muzik in dinamakan sebagai ‘Yueqin’ kerana menurut warga China, gitar ini sudah ada sejak
zaman pemerintahan dinasti Qin. Terdapat empat tali dawai sebagai sumber bunyi. Alat muzik ini sering
digunakan pada acara pertunjukan opera dan acara ritual.

Alat Muzik Tradisional Malaysia

1. Gambus

Merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang

dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur

Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang

mempunyai 12 tali.

7

2. Gendang

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu.
Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu
dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai
saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang
digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan
Diraja.
3. Gong

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong terdiri
daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan
bersama-sama mengikut rentak lagu. Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu,
gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong- kampong bagi
menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan
dibacakan oleh pesuruh raja.

8

4. Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Alat
muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika
zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden
ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun
bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik.
5. Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu- lagu tradisional
seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga
rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana Ubi.

9

6. Seruling

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu.
Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi
mengeluarkan bunyi yang baik.
7. Alat Muzik Diraja (Nobat)

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Nobat adalah
muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri
Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu. Muzik
Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula
terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya, pemain Nobat akan diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai alat muzik di dunia ini mahupun yang tradisional atau yang moden, Kita haruslah
menghargai alat muzik tradisional kerana ia suatu tinggalan dan warisan. Ia membantu kita untuk lebih
mengenali adat dan budaya bangsa kita. Melalui alat muzik tradisional jugalah datangnya idea mencipta
alat muzik moden, Itulah yang dikatakan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,

10


Click to View FlipBook Version