KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
Alhamdulillah, pertamanya marilah kita mengucapkan tahniah kerana diberi peluang untuk hadir di majlis
yang sangat bermakna ini, khusus untuk merai dan memberikan pengiktirafan kepada 46 orang pelajar Tingkatan
6 SMK Tun Haji Abdul Malek tahun 2020 yang telah menamatkan pengajian dan menunjukkan kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang baru-baru ini
membuktikan bahawa pendidikan secara norma baharu tidak menjadi kekangan dalam suasana pandemik kini.
Anda telah membuktikan bahawa kejayaan yang ada menjadi milik anda.
Saya amat berharap agar pelajar yang diraikan hari ini mampu mencapai pengisian masyarakat
berbudaya tinggi yang utuh dan memperkasa integriti. Pelajarilah kemahiran baharu dan tingkatkan pengetahuan
kerana ia akan membantu para pelajar maju dalam pelbagai bidang.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa yang memberi sokongan moral kepada anak-anak
yang diraikan. Semoga segala khidmat bakti, pengorbanan dan sokongan yang diberikan tuan-tuan dan
puan-puan akan mendapat restu daripada yang Maha Esa.
Sesungguhnya, penganjuran majlis ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memotivasikan pelajar
dalam melonjakkan kecemerlangan. Syabas dan tahniah.
YBhg Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi
Yang Dipertua PIBG
SMK Tun Haji Abdul Malek
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurnia-Nya kita dapat mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan
6 STPM 2020 yang pertama kalinya diadakan secara norma baharu.
Walaupun diadakan secara maya tidak bermaksud tidak meriah tetapi kesudian kalian meluangkan masa
benar-benar kami hargai. Suasana sahaja berbeza tetapi perasaan tetap sama. Permuafakatan inilah yang
menjadikan majlis ini suasananya lebih manis dan tetap gah di hati kita.
Oleh hal yang demikian, bertepatanlah matlamat majlis ini diadakan bagi mengiktiraf 46 orang pelajar yang
mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 yang cemerlang baru-baru ini.
Mereka telah membuktikan bahawa kekangan tidak dapat hadir kelas secara bersemuka bukanlah penghalang
tetapi menjadikan kita lebih kreatif dengan kekurangan yang ada. Saya yakin kejayaan mereka ini juga akan
menjadi pendorong untuk calon STPM 2021 mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.
Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan yang menjadi tulang
belakang kejayaan. Kepada guru-guru, terima kasih atas khidmat dan bakti, kepada ibu bapa anda adalah
pejuang memberi rasa percaya buat anak-anak. Buat para pelajar STPM 2020, terima kasih kerana membalas
kepercayaan dan semangat juang dengan kejayaan gemilang yang mengharumkan nama sekolah.
Sekian, wabillahhitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Razali bin Kudap
Pengetua
SMK Tun Haji Abdul Malek
KATA ALU-ALUAN GPK T6
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana walau dalam
keadaan yang agak sukar serta penuh dengan cabaran dan dugaan, kita masih mampu bersama-sama dalam
Majlis Apresiasi Pelajar Tingkatan 6 SMK Tun Haji Abdul Malek Kali ke-6 Tahun 2020 secara atas talian.
Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah, tenaga akademik Tingkatan Enam, staf, ibu bapa
dan pelajar yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini dalam menelusuri genapnya 16 tahun
Tingkatan Enam di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, bertepatanlah majlis ini diadakan bagi meraikan dan
menghargai sumbangan guru serta pelajar yang banyak memberikan komitmen untuk merealisasikan budaya
kecemerlangan di sekolah ini.
Semangat bersedia untuk bersaing secara sihat dengan keazaman yang tinggi, ikhlas, bersedia
berkhidmat, kebersamaan dan kebertanggungjawaban menjadi rencah kejayaan. Majlis yang penuh bermakna
ini, tentunya akan menjadi kenangan manis kepada warga sekolah khususnya anak didik di sini.
Akhir kata, saya memetik kata ahli bijak pandai Albert Einstein, ‘Belajarlah dari semalam, hidup untuk hari
ini, mengharap untuk esok’. Selamat Hari Apresiasi dan terima kasih kerana berusaha menjadi yang terbaik.
Semoga kejayaan menanti kalian di puncak. Be strong!
Sekian, wassalam.
Noraini binti Ibrahim
GPK Tingkatan 6
SMK Tun Haji Abdul Malek
ATUR CARA MAJLIS
9.45 pagi
Pendaftaran masuk ke Google Meet
10.00 pagi
Kata alu-aluan pengacara majlis
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan lagu sekolah
Bacaan doa
Ucapan Pengetua SMKTHAM
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SMKTHAM
Tayangan montaj
Penyampaian sijil dan anugerah
Ucapan wakil pelajar Tingkatan 6 2020
Sesi bergambar
12.00 tengah hari
Majlis tamat
SENARAI GRADUAN
ANUGERAH KEHADIRAN PENUH PELAJAR STPM 2020
NUR ATHIRAH BINTI MAT HISA
AUNI ZAFIRAH BINTI MOHAMAD
NURSYAZANA BINTI HAMZAH
ANUGERAH KEHADIRAN PENUH PELAJAR STPM 2021
NUR AINA ASYIKIN BINTI MD. YUSOFF 6AK1
NUR SYUHADA BINTI ABDOL RAHMAN 6AK1
MOHD AZRI BIN KAMARULZAMAN 6AK2
NUR AINA SAHIRA BINTI ROSLAN 6AK2
NUR SABRINA ALIAH BINTI SHARUDDIN 6AK2
DEWI BALQIS BINTI MD SUPERI 6AK2
MUHAMMAD ROZAIMIE BIN ROSLI 6AK2
ANUGERAH PELAJAR BERPOTENSI STPM 2021
SAIDATUL NATASHA BINTI MOHD SAFRI 3.67 6AK1
MUHAMMAD SHAH RIZKHAN BIN MUSA 3.50 6AK1
NORAMYLIA BINTI ZAMZURI 3.09 6AK1
ZERRYN HAZRINY BINTI ZEME HAZEZE 3.34 6AK2
MUHAMMAD ROZAIMIE BINTI ROSLI 3.33 6AK2
NUR SABRINA ALIAH BINTI SHARUDDIN 3.17 6AK2
ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI
MUHAMMAD AIMAN BIN ABD WAHID
ANUGERAH CEMERLANG MATA PELAJARAN
PENGAJIAN AM GOH XIN YEE
BAHASA MELAYU AFRINA AQILAH BINTI AZMAN
MUET NURUL AIN BINTI KHAIRUDDIN
SEJARAH MAIZATUL NAJWA BINTI AHMAD
SAINS SUKAN AUNI ZAFIRAH BINTI MOHAMAD
SENI VISUAL NURUL AYUNABILA BINTI JALAL
EKONOMI MUHAMMAD FAIZAL BIN MAZLAN
PENGAJIAN PERNIAGAAN NUR MITHALINA BINTI RASIDI
ANUGERAH PENGETUA
NUR MITHALINA BINTI RASIDI
● PNGK 3.92
● Penyelaras Perhimpunan Rasmi dan
Harian Sekolah Unit Ting.6 SMKTHAM
● Bendahari Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) Ting.6 SMKTHAM
ANALISIS PENCAPAIAN CALON
PEPERIKSAAN STPM
PEPERIKSAAN MUET
ANALISIS PENCa APAIAN CALON SEKOLAH DALAM SETIAP KERTAS
JAWATANKUASA MAJLIS
Pengerusi Siaraya/ Teknikal/ Montaj Teks Ucapan Perasmi/ Jemputan
En Razali bin Kudap Puan Siti Khalijah binti Dosah (K) Puan Zarina binti Wagiran (K)
Nur Aina Asyikin binti Md.Yusoff Sabrina binti Thuna Mohd Ismail
Naib Pengerusi Noramylia binti Zamzuri Aina Najihah binti Abd Aziz
Pn Noraini binti Ibrahim Nur Atiqah binti Mahfozan Nur Amirah Waafa binti Nor Azmezan
Penyelaras Nur Azra Afiqah binti Hamidi
En Mouswari bin Mustaffa Siti Aishah binti Mohd Yusof Sijil/ Hadiah/ Cenderamata VIP
Setiausaha Alia Yasmeen binti Mohd Norizam Puan Rozita binti Abu (K)
Pn Zarina binti Wagiran Nurhanis Sofea binti Rosman Puan Nor Sa’adah binti Yahya
Bendahari Iffah Najwa binti Hamran
Pn Rozita binti Abu E-Publisiti/ Dokumentasi Raudhah Nurain binti Rosli
Puan Rozita binti Abu (K) Rahmatul Qurshiyah binti Nor Amir
Floor Manager/ Protokol Puan Zahirah binti Mohamad
Tuan Haji Bahari bin Drus (K) Nur Zulaikha binti Johari E-Banner
Nur Aina Sahira binti Roslan Puteri Nor Akmar binti Yahaya Encik Mohammad Azizul biIn Mohamed Jori (K)
Nur Sabrina Aliah binti Sharuddin Harshini a/p Ravi Chandran Encik Rosli bin Bakar
Nurhafizatul Aisyah binti Mohd Zulkifle Maizatul Ayu Syadira binti Hadi
Bacaan Doa Normala binti Shamsuri
Majlis Istiadat Tuan Haji Bahari bin Drus (K) Nurnatashaeliana binti Safiee
Encik Kamarulzaman bin Abdul Rahman (K) Muhammad Azri bin Kamarulzaman Nur Fatihah binti Khairul
Saidatul Natasha binti Mohd Safri Shaidzul Fakrullah bin Sharif
Muhammad Farihin bin Fahmi E-Buku Program
Rabiatul Adawiah binti Muhammad Sulaiman Pendaftaran/ Akademik Puan Mazlina binti Ramli (K)
Datin S. Santha (K) Encik Kamarulzaman bin Abdul Rahman
Jurucara Puan Mazlina binti Ramli Nur Syuhada binti Abdol Rahman
Encik Mouswari bin Mustaffa (K) Siti Nor Syahira binti Norizan Nabihah Balqis binti Sa’ari
Nurfarahin binti Yahya Nur Zahida Syakira binti Ali Sha Aryan Shanker bin Issaini
Arief Hakimi bin Hamid Zerryn Hazriny binti Zeme Hazeze Nurul Syaffika Azila binti Md Rodi
PENGHARGAAN
Pusat Tingkatan 6 SMK Tun Haji Abdul Malek
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yang DiPertua PIBG
Naib Yang DiPertua PIBG
Pengetua
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Barisan Guru Akademik Tingkatan 6
Kaunselor
Alumni (Bekas Guru dan Pelajar) Tingkatan 6
Pelajar Tingkatan 6 2021
Ibu Bapa/ Penjaga
serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Apresiasi Pelajar Ting.6 SMKTHAM Kali ke-6 Tahun 2021.
Selesai sudah tugas diberi, di lain masa bersua lagi. Terima kasih.
CATATAN