The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Lukisan & Reka Bentuk
Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Seni Kreatif & Teknologi, 2021-08-28 21:17:21

Lukisan & Reka Bentuk

Lukisan & Reka Bentuk
Tahun 5

KANDUNGAN MUKASURAT

LUKISAN DAN REKA BENTUK (TAHUN 5) 1
Pendahuluan 1
Matlamat 2
Objektif 2
Organisasi Kandungan 3
Strategi Pengajaran 4
Hasil Pembelajaran Keseluruhan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 5-6
Hasil Pembelajaran setiap bidang bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 7
Sukatan Pelajaran Lukisan dan Reka Bentuk Tahun 5 8 -11
Kandungan Sukatan Pelajaran Tahun 5 12-15
Penilaian 16 - 19
Panduan Guru Lukisan dan Reka Bentuk Bagi Tahun 5 20 - 25
Contoh-contoh Persediaan Mengajar Tahun 2

PENDAHULUAN
Sukatan Pelajaran Lukisan dan Reka Bentuk Sekolah Rendah ini menyediakan
garispandu dan sukat-sukat pembelajaran yang membantu guru merancang
pengajaran berdasarkan kepada persekitaran dan kebolehan murid.
Pembahagian kepada tiga komponen utama Lukisan dan Reka Bentuk termasuk
pengenalan Asas-asas teknologi adalah untuk memudahkan guru-guru merangka
strategi pengajaran dengan menentukan bidang-bidang dan aktiviti yang akan
dilakukan di dalam bilik darjah.
Tajuk-tajuk aktiviti yang disediakan di peringkat sekolah rendah (Tahun 1-6)
adalah disamakan. Guru-guru disarankan supaya membuat pilihan dan mengolah
tajuk-tajuk tersebut bagi menyesuaikan peringkat tahun, tema, umur dan
persekitaran.
Pemilihan tema yang berlatar belakang kehidupan murid-murid dan
persekitarannya, akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan menyeronokkan. Pengajaran akan diteruskan dengan mengikut jadual waktu
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bagi Tahun Dua dan Tahun
Lima sebanyak 2 waktu dalam seminggu.

MATLAMAT
Pendidikan Lukisan dan Reka Bentuk adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
mengembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh untuk menghasilkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal serta
bertanggungjawab dan berakhlak tinggi. Selari dengan wawasan negara, ia juga
turut untuk menyumbangkan ke arah perkembangan potensi setiap individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu supaya individu itu dapat memenuhi
keperluan-keperluan kehidupan seharian serta mampu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang tinggi dalam era teknologi dan maklumat
Pendidikan Lukisan dan Reka Bentuk bagi sekolah rendah adalah bertujuan
untuk:
• Menyemai dan mengasuh kebolehan berfikir secara kreatif, imaginatif dan

inovatif.
• Mendedahkan pelbagai pengalaman estetika yang dapat diadaptasikan kepada

pelbagai guna kemahiran hidup.
• Membentuk perkembangan minda seni yang celik ilmu tanpa mengira aliran dan

jurusan pendidikannya.
• Membantu meningkatkan pencapaian akademik melalui integrasi mata

pelajaran yang bersesuaian.

1

• Menerokai pelbagai cabang pendidikan seni dengan berasaskan kepada
latarbelakang dan asas yang kukuh sejajar dengan keperluan dan kecanggihan
teknologi masa kini dan masa depan.

• Menyalurkan kemahiran seni sebagai pewaris masa depan serta
mempertahankan seni warisan bangsa dan negara.

• Mengasuh dan menanamkan semangat bersosial, bermasyarakat, berugama dan
bernegara yang tinggi berlandaskan falsafah negara.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Pendidikan Lukisan dan Reka Bentuk murid-murid di sekolah
Rendah akan dapat:
• Mengenal unsur seni, prinsip seni dan istilah-istilah yang terdapat dalam

pendidikan Lukisan dan Reka Bentuk.
• Menggunakan media tradisi, kontemporari dan elektronik untuk menghasilkan

karya seni.
• Menghasilkan produk seni melalui proses membuat gambar, mereka, mencorak

dan kraf tangan.
• Mengamalkan pengetahuan dan pengalaman aktiviti seni dalam kehidupan

harian.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dalam sukatan pelajaran ini memuatkan tiga tajuk besar seperti berikut;

• Membuat gambar
• Mereka dan mencorak
• Kerja Tangan (Asas-asas Reka Bentuk dan Teknologi)
Dalam ketiga komponen ini, isi kandungan pelajaran akan diperincikan dengan
menekankan kepentingan asas-asas seni dan huraian hasil pembelajaran bagi setiap
tajuk. Murid-murid akan diberikan kerja-kerja lukisan dan reka bentuk mengikut
kemampuan, kemahiran mereka dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar.

2

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk memudahkan pelajar mengikuti pengajaran, guru-guru adalah berperanan
memberikan panduan dan sokongan kepada murid-murid dalam menghasilkan
aktiviti-aktiviti lukisan dan reka bentuk mengikut kemampuan mereka. Guru-guru
hendaklah membuat beberapa strategi pengajaran untuk memastikan bahawa
murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan.
Aktiviti-aktiviti dan kepelbagaian pembelajaran Lukisan dan Reka Bentuk yang
dapat diadaptasi ke dalam pengajaran guru-guru adalah seperti berikut:
1. Mencipta dan menggambar. (Create and Reflect)
Pendekatan ini membimbing murid-murid mempelajari bagaimana pelukis
mendapatkan idea, latihan melihat, latihan praktik menggunakan media dan
belajar secara positif dalam berbincang dan berinteraksi yang dihubungkaitkan
antara karya sendiri dan produk dari artis lain.
2. Memerhati dan menggambar. (Watch and Reflect)
Pemerhatian dan pengamatan akan menimbulkan kesan menggambar yang perlu
disuburkan secara sihat. Pendekatan ini akan memberikan peluang kepada murid-
murid untuk memerhati persekitaran, menonton television, melihat gambar-
gambar dan sebagainya untuk dihasilkan sebagai karya seni.
3. Mendengar dan tindakbalas. (Listen and Respond)
Penyertaan yang aktif dari penyediaan soalan-soalan yang berhubungkait dengan
tajuk pengajaran dapat membantu murid-murid menghasilkan karya seni yang
bermakna. Setiap murid diharapkan akan dapat memberikan tindakbalas yang
sehat dan terarah sesuai dengan kehendak pengajaran.
4. Membaca dan Menggambar. (Read and Reflect)
Dengan memilih bahan-bahan bacaan yang bersesuaian, murid-murid akan
menghasilkan karya seni berdasarkan bahan bacaan tersebut. Keupayaan
menggambar melalui bacaan perlu dalam pembelajaran Pendidikan Seni.
5. Mengajar dan Menggambar. (Teach and Reflect)
Dengan memperlihatkan kemahiran individu, secara langsung atau tidak akan dapat
mempengaruhi dan seterusnya memindah kemahiran tersebut kepada murid-murid
melalui demonstrasi yang betul. Kebebasan adalah diberikan kepada murid-murid
mendapatkan kemahiran tersebut bagi mengelakkan dari terlalu terpengaruh
aliran yang akan ditunjukkan.

3

HASIL PEMBELAJARAN KESELURUHAN BAGI TAHUN 1 HINGGA 6
• Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan lukisan secara bebas.
• Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej sebenar

secara bebas dari kreativiti sendiri.
• Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan

teknik menggunakannya.
• Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang dihasilkan.
• Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan

rupa secara terancang.
• Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan lukisan secara bebas.
• Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej sebenar

secara bebas dari kreativiti sendiri.
• Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan

teknik menggunakannya.
• Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan menggunakan bahan

lukisan secara gabungan.

4

HASIL PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG BAGI TAHUN 1 HINGGA 6

BIDANG HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT
GAMBAR • Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan
MEREKA DAN lukisan secara bebas.
MENCORAK
KERJA TANGAN • Memberikan peluang murid-murid menggambar
(Asas-asas Reka berdasarkan imej sebenar secara bebas dari kreativiti
Bentuk dan sendiri.
Teknologi)
• Memberikan pengenalan bahantara lukisan dan
memberikan kebebasan teknik menggunakannya.

• Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan
imej melalui garisan dan rupa secara terancang.

• Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan
menggunakan bahan lukisan secara gabungan.

• Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan dan teknik
dalam asas menggunakan.

• Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai
bahan serta teknik.

• Dapat menggunakan berbagai corak samada yang
bercorak organic atau geometri dalam menghasilkan
kolaj.

• Memahami konsep motif.
• Menghasilkan motif secara gurisan dan garisan dengan

spontan.
• Menghasilkan corak dengan pelbagai cara seperti:

memotong, melipat, menggunting, menampal,
menekap, mencarik atau mengoyak dan menyusun.
• Menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh
didapati dipersekitaran.
• Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif
yang dihasilkan.
• Mengumpul hasil kerja murid untuk member imbalbalik
tentang hasil kerja mereka.
• Dapat membentuk dan membuat binaan dengan
menggunakan pelbagai bahan.
• Menggunakan bahan kutipan dan objek alam yang
sesuai untuk membentuk dan membuat corak dan
cetakan yang berdasarkan kepada: memotong,
mencantum, menempal, menghias dan menyusun.

• Menghasilkan binaan yang berfungsi berdasarkan kemahiran:
Memotong, Mencantum, Menempal, Menghias, Menyusun.

5

BIDANG HASIL PEMBELAJARAN

• Membuat pameran dan persembahan hasil kerja murid.
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam

membentuk dan membuat binaan.
• Menghasilkan binaan dengan teknik lipatan, guntingan,

cantuman koyakan.
• Menghasilkan kraf tradisional secara mudah dengan

menggunakan bahan asas.
• Meneroka motif, bentuk dan corak yang mudah dalam

penghasilan kraf tradisional.

6

SUKATAN PELAJARAN LUKISAN DAN REKA BENTUK
TAHUN 5

Objektif:
Pada akhir pembelajaran di Tahun Lima murid akan dapat:
1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.
2. Mengenal dan menggunakan elemen asas lukisan dan reka bentuk dalam

penghasilan karya secara kreatif.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan

teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja.
4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni.
5. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, ketelitian,

kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.
6. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.
7. Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara

kreatif.
8. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha

mewujudkan idea yang kreatif.

7

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN LUKISAN DAN REKA BENTUK TAHUN 5

PENGENALAN
Unsur Seni seperti garisan,rupa, warna, bentuk, jalinan, ruang dan Prinsip Seni
seperti harmoni, penegasan, irama dan pergerakan, kesatuan, kontra, imbangan dan
kepelbagaian adalah perlu diajarkan untuk pengetahuan pelajar.
1. MEMBUAT GAMBAR
1.1. LUKISAN
Membuat gambar pemandangan dan pergerakan orang dengan teknik lukisan.
Penekanan ditumpukan kepada penggunaan warna sepenuhnya seperti pensel
warna, kapur warna, warna pastel, krayon dan lain-lain pada kertas lukisan.

Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

a. Membuat gambar tumbuhan, bunga-bungaan dan buah-buah tempatan
• Pokok nenas.
• Bunga simpur.
• Buah durian.
• Pokok kelapa.
• Buah manggis

b. Membuat binatang yang terbang dan merayap.
• Rama-rama.
• Burung pipit.
• Lebah.
• Buaya.
• Burung bangau.

8

c. Pemandangan dan pergerakan orang
• Menaiki bas / kereta.
• Pergi ke sekolah.
• Membersihkan halaman rumah.
• Memancing ikan.
• Membaca buku.
• Bermain basikal.
• Bermain dengan adik.

1.2. CATAN
Membuat gambar dengan teknik catan menggunakan berbagai bahan warna seperti
warna poster, warna air dan lain-lain.

Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti:
• Taman bunga / haiwan.
• Perayaan hari kebangsaan.
• Bermain layang-layang
• Lumba kereta / perahu
• Majlis perkahwinan.
• Musim buah-buahan.
• Membersihkan halaman rumah.
• Menolong emak / ayah.

1.3. KOLAJ
Membuat gambar dengan terknik kolaj daripada bahan yang mudah didapati dan
bersesuaian seperti, kertas warna, potongan-potongan kain, kertas surat khabar,
dan lain-lain.

Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti:
• Gambar bangunan.
• Gambar lukisan binatang-binatang peliharaan.
• Taman haiwan.
• Bunga-bungaan.

9

2. MEREKA DAN MENCORAK
2.1 CORAK
Membuat corak dengan menggunakan alatan yang mudah diperolehi seperti pensel,
blok, stensil dan lain-lain.

a. Corak bermotifkan hidupan dan tumbuhan seperti, bunga-bungaan, buah-
buahan, serangga, ikan, geometri dan lain-lain.

b. Menggunakan kaedah dan teknik seperti semburan, garisan, catan, kolaj,
resis, dan lain-lain.

2.2 MENCAPAN / MENCETAK
a. Mengcapan dari bahan-bahan seperti potongan papan, kertas tebal, daun
kering, ranting-ranting kayu, tali dan lain-lain untuk menghasilkan berjenis
corak.
b. Mengcapan atau mencetak lapis pembungkus hadiah, lapis buku, hiasan
dinding dan lain-lain. Bahan-bahan yang dicap terdiri dari kertas, kain dan
sebagainya.

2.3 SENI ATUR HURUF
Latihan tulisan tangan dengan menggunakan jenis huruf italik, tulisan khat (jawi
nasah) untuk pantun, sajak, kata-kata hikmah dan menyusun seni huruf untuk poster
dan lain-lain.

10

3. KERJA TANGAN
3.1 ORIGAMI
Membuat dan membentuk corak rekaan dengan cara lipatan: Jenis lipatan
permainan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

• Lipatan katak,
• Lipatan burung / ikan
• Lipatan kapal dan seumpamanya.

3.2 ANYAMAN / SULAMAN
Membuat anyaman atau sulaman menggunakan jalur-jalur kertas atau daun dan
sebagainya.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

• Anyaman mudah untuk membuat tikar.
• Sulaman mudah untuk membuat alas kaki, alas meja dan lain-lain.

3.3 MEMBUAT MODEL
Membuat model dengan bahan-bahan yang terbuang atau mudah diperolehi seperti:
Tajuk-tajuk model yang dicadangkan adalah seperti berikut:

• Membuat model rumah.
• Membuat model kampong.
• Membuat tanglung mudah.

3.4. SENI ARCA
Membuat arca daripada kertas, kotak kertas tisu, dawai dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

• Membuat topeng muka yang bermotifkan rupa manusia atau binatang.
• Mobil daripada kertas, daun, plastik dan lain-lain.

3.5 PERTUKANGAN BUKU
Menyusun, mengam dan menjilid kertas untuk kegunaan menghasilkan buku seperti:

• Menjilid buku atau buku lukisan.
• Menjilid kalendar.
• Membuat folio untuk menyimpan bahan-bahan lukisan dan koleksi.

11

PENILAIAN

Penilaian adalah perlu disetiap akhir pengajaran Lukisan dan Reka Bentuk kerana
ianya adalah sebagai panduan yang dapat menyatakan dengan jelas tahap dan
kriteria yang bersesuaian dengan umur akal dan pertumbuhan kanak-kanak.
Penilaian juga dapat menjelaskan kesahihan, ukuran menyeluruh dan kesaksamaan
yang berhubungkait dengan pembelajaran kanak-kanak.
Sebagai langkah mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
penilaian perlu dilaksanakan untuk menaksir pencapaian hasil kerja guru dan murid
berdasarkan kepada ketentuan objektif pengajaran yang perlu dicapai pada setiap
akhir pengajaran.
Dalam melaksanakan penilaian yang terancang sejajar dengan objektif pengajaran,
guru-guru akan memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu mereka
untuk:

• Mengesan pemerolehan yang diharapkan.
• Merancang dan menentukan kemahiran seterusnya yang perlu ditingkatkan.
• Memantau kelemahan-kelemahan yang ada sama ada dari segi penyampaian

guru sendiri atau kefahaman murid.
• Mengenalpasti perbezaan pencapaian dan kebolehan murid-murid.
• Mempersiapkan kaedah-kaedah yang bersesuaian dalam merancang

pengajaran.
Dengan memperolehi beberapa maklumat tertentu dari dapatan penilaian
tersebut, adalah lebih mudah bagi guru Lukisan dan Reka Bentuk untuk
menentukan halatuju objektif pengajarannya.
Terdapat berbagai kaedah menilai dalam pembelajaran Lukisan dan Reka Bentuk di
sekolah rendah. Diantaranya ialah:

• Penilaian Portfolio.
• Penilaian Berterusan berasaskan sekolah.
• Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.

a. Penilaian Portfolio.
Keperluan memiliki sebuah folio adalah diwajibkan bagi setiap murid-murid di
sekolah rendah. Folio tersebut hendaklah merupakan sebuah folio yang tahan lasak
dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang iaitu dari peringkat Tahun 1
hingga Tahun 6.
Semua kerja-kerja murid yang telah dihasilkan sepanjang tahun persekolahan
dikumpulkan mengikut peringkat kelas masing-masing.

12

Kaedah penilaian dan penyimpanan folio ini perlu difahami oleh guru kerana ianya
adalah sebahagian dari Kurikulum Lukisan dan Reka Bentuk. Folio ini akan dibawa
bersama ke mana sahaja murid tersebut bersekolah untuk memudahkan guru
berkenaan mengetahui pembelajaran murid tersebut dan pencapaian yang
diperolehinya.
Untuk memudahkan mengumpul markah yang diperolehi, markah-markah yang
diperolehi direkodkan dan dilampirkan bersama folio tersebut.
b. Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)
Merujuk Buku Panduan Penilaian Berterusan Sekolah Rendah, Jabatan
Perkembangan Kurikulum, Tahun 1999 bahawa mata pelajaran Lukisan dan Reka
Bentuk juga akan melaksanakan bersama-sama dengan mata pelajaran yang lain
seiring dengan mata pelajaran Lukisan dan Kerja Tangan sebelumnya.
Untuk lebih mudah memahami pelaksanaan penilaian ini dikendalikan oleh guru-
guru, berikut disediakan cadangan borang pemarkahan yang akan digunakan dalam
menilai pencapaian murid-murid mengikut kekerapan dan bidang aktiviti yang
dilaksanakan pada tempoh tertentu.

Kekerapan Nilai Markah Markah diperolehi

Penilaian 1 (Membuat Gambar)
Penilaian 2 (Mereka dan Mencorak)
Penilaian 3 (Kraftangan)
Penilaian 4 (Projek)

Jumlah Penuh

Penilaian yang dilaksanakan berdasarkan kepada kerja-kerja mingguan atau bulanan.
Markah yang diperolehi akan dikumpul diakhir bulan untuk direkodkan kedalam buku
persediaan mengajar guru.
Perlu diingat bahawa kaedah memarkah dalam Lukisan dan Reka Bentuk tidak
serupa dengan penilaian mata pelajaran yang lain. Sebagai langkah awal, guru-guru
Lukisan dan Reka Bentuk seharusnya perlu mengetahui beberapa perkara utama
dalam membuat penilaian hasil karya seni terutama di peringkat sekolah rendah.
Dengan memahami setiap perincian perkara-perkara yang akan dinilai, seorang
guru Lukisan dan Reka Bentuk akan lebih mudah untuk membantu meningkatkan
hasil kerja murid-murid dan memperbaiki kelemahan mereka.
Berikut dinyatakan kaedah penilaian dan pengagihan markah yang diberikan
berdasarkan beberapa perkara utama dalam membuat penilaian sebuah karya seni
sama ada untuk keperluan peperiksaan atau penghakiman.

13

PERKARA MARKAH PENUH MARKAH DAPAT

Fahaman Tajuk pelajaran 10
(Understanding) Isi Kandungan (Contents)

Kemahiran Teknik (Technique) 30
(Skills) Bahan (Tools)

Unsur Seni (Art Garisan (line), Rupa 20
Elements) (shape), Warna (colour),
Bentuk (form), Jalinan
(texture), ton (tone) dan
Ruang (space)

Prinsip Rekaan Harmoni (harmony), Kontra
(Principles of (contrast), Penegasan 20
Design) (emphasis), Imbangan
(balance), Irama (rhythm)
dan Pergerakan
(movement), Kepelbagaian
(variety), Kesatuan (unity).

Gubahan dan Keaslian (originality),
Komposisi (designs Kualiti (quality), Gubahan 20
& composition) (Designs), Kebersihan
(cleanliness), Kekemasan
(tidyness).

JUMLAH 100

Dari format pemarkahan di atas, penekanan penilaian banyak ditumpukan kepada
kemahiran (teknik dan bahan). Penekanan pada bidang ini sebenarnya banyak
memberi peluang kepada murid-murid menumpukan kepada kreativiti individu dan
penguasaan bahan yang sebenarnya. Dari penguasaan bahan, seseorang murid akan
dapat mempamerkan pelbagai teknik yang menghasilkan kemahiran-kemahiran dan
karya yang berkualiti.
Untuk lebih memudahkan format pemarkahan di atas difahami oleh guru-guru,
cadangan untuk mengadakan bengkel khusus dalam pemarkahan akan diadakan.

14

c. Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.
Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi menggunakan istilah atau bahasa seni
adalah diperlukan pada setiap murid-murid yang mempelajari Lukisan dan Reka
Bentuk. Kemahiran ini perlu diterokai untuk membantu setiap individu mendapat
faedah daripadanya terutama dalam memahami makna seni dan estetika.
Untuk mengetahui pencapaian dan kemahiran dalam bidang ini interaksi lisan yang
berbentuk temuduga, soaljawab lisan dan bercerita adalah diperlukan.
Bagi memastikan setiap penilaian dapat disemak dan diteliti semula, adalah
disarankan supaya setiap aktiviti temuduga, soaljawab dan bercerita perlu dicatat
sama ada melalui catatan ringkas atau menggunakan senarai semak bagi
memastikan setiap pemerolehan direkodkan. Untuk memudahkan, guru disarankan
supaya mengolah sendiri bentuk borang semakan masing-masing sesuai dengan
keperluan dan dapatan yang akan diperolehi.
Selain dari interaksi lisan, analisa terhadap “scrap book” juga boleh membantu
murid-murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Keadaan ini berlaku kerana di
dalam “scrap book” banyak menceritakan beberapa idea spontan, masaalah-
masaalah yang tersembunyi dan imaginasi yang tidak disampaikan kepada orang
lain.

15

PANDUAN GURU LUKISAN DAN REKA BENTUK BAGI TAHUN 5

BIDANG TAJUK BAHAN / ALAT / OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL
CATATAN PEMBELAJARAN
1. MEMBUAT Binatang terbang / Di akhir pelajaran • Melukis sejenis
GAMBAR merayap Kertas lukisan, murid akan dapat: binatang • Mengenal asas
pensel HB, pensil • Membuat teknik- berdasarkan dari seni seperti warna,
warna, oil pastel. pemerhatian dan garisan, bentuk,
teknik melakaran pengalaman imbangan dan ton
1.1. LUKISAN Contoh: Rama- gambar binatang. murid. warna dalam
rama, burung Pipit, • Membuat lakaran aktiviti membuat
berdasarkan • Melukis gambar gambar.
Lebah, Buaya imaginasi murid. binatang
• Mencampur warna berpandukan • Memberikan
1.2. CATAN Taman haiwan Kertas lukisan, cat yang sesuai dan gambar sebenar. pengenalan
air, berus warna menggunakan ton bahantara lukisan
yang sesuai. warna. • Murid-murid dan memberikan
Diakhir pengajaran melakar raibebasan teknik
murid akan dapat: pengalaman atau menggunakannya.
• Menghasilkan lawatan ketika
gambar suasana berada di taman • Menyatakan
atau keadaan haiwan di atas secara lisan
pengalaman ke kertas lukisan. pengalaman yang
taman haiwan dihasilkan.
dengan • Mewarna dengan
menggunakan menggunakan
peralatan lukisan cat air dengan
serta teknik diperhati dan
lukisan. bimbingan
daripada guru.

16

BIDANG TAJUK BAHAN/ ALAT/ OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
CATATAN
1. MEMBUAT Bunga-bungaan Di akhir pelajaran, murid • Melakar bunga- Memberikan kemahiran:
GAMBAR Kertas lukisan, gam dapat:
air, kertas warna, bungaan yang
1.3. KOLAJ surat khabar atau • Menyedari wujudnya
majalah lama dan pelbagai bahan di mereka pilih dan • memotong,
lain-lain. persekitaran yang
boleh digunakan membuat kolaj • menggunting,
untuk membuat
kolaj. dengan • mencantum,

menggunakan • menampal,
bahan-bahan • menghias dan
disediakan. • menyusun.

• Memperkembangkan
daya kreativiti dalam
membuat hasil kerja.

17

BIDANG TAJUK BAHAN/ ALAT/ OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL
CATATAN PEMBELAJARAN
2. MEREKA DAN Rupa Bentuk Pada akhir pelajaran • Membuat
MENCORAK Geometri Berus gigi, span, murid-murid dapat: pembalut hadiah • Menghasilkan
wama, kertas dengan membuat corak capan
2.1. CAPAN lukisan, kertas • Menghasilkan capan di atasnya berdasarkan
templet (segi empat satu capan untuk mengikut daya penerokaan objek
2.2.SENI ATUR Tulisan Jawi tepat), gunting, membuat berjenis kreativiti murid alam dan objek
HURUF kertas surat khabar. corak yang sendiri. buatan manusia
bermotifkan
Kertas warna A4, geometri • Hasil kerja murid • Mengenai pelbagai
kertas tebal, pen itu nanti bolehlah jenis bentuk untuk
khat, bahan kolaj, • Murid-murid boleh dibuatkan bingkai membuat corak.
gam air, gunting, air mengembangkan gambar dan
bancuhan kopi, lilin, kemahiran dalam dimanafaatkan • Menghasilkan
glitter, reben tulisan cantik untuk dipamirkan corak dengan
dengan cara yang di dalam tujuan membuat
lebih kreatif. kawasan sekolah lapis pembalut
atau di dalam hadiah, lapis
bilik darjah. buku, hiasan
dinding dan lain-
lain.

• Murid-murid boleh
menghasilkan
tulisan cantik
sendiri.

• Murid-murid
menggunakan
bahan terbuang
sebagai kreativiti
seni.

18

BIDANG TAJUK BAHAN/ ALAT/ OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL
CATATAN PEMBELAJARAN
3. KERJA TANGAN Lipatan mudah- Diakhir siri • Membuat seni
Kertas origami atau pengajaran, murid lipatan mudah Mempelajari kaedah
Jenis binatang yang bersesuaian dijangka akan dapat: untuk dan teknik lipatan
bersaiz A-4 atau A-3, • Mengestimasi menghasilkan untuk digunakan
3.1. ORIGAMI amfbia (katak) kertas bekas majalah sejenis binatang pelbagai jenis
untuk sesi latihan, imbangan., (katak) seperti perhiasan dan
gunting, pensil, memotong, contoh-contoh pembungkusan.
krayon, pewarna melipat secara yang disediakan
pensil, pen penanda, berperingkat- termasuk sesi
pembaris. Contoh peringkat seperti demonstrasi guru
katak beraneka saiz yang guru tunjukkan.
dan jenis kertas. demonstrasi dari
awal hingga
menjadi seekor
katak.
• Menambah mata,
mulut, jalinan
badan, kaki
sehingga berhasil
seekor katak yang
kreatif
menggunakan
alat dan bahan
kertas origami
yang sesuai
dalam pelbagai
saiz dan tekstur
kertas.

19

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR LUKISAN DAN REKA BENTUK
BAGI TAHUN 5

Bidang: MEMBUAT GAMBAR
Tajuk Aktiviti: Lukisan
Masa : 1 jam
Tema: Binatang terbang/merayap
Objektif : Di akhir pelajaran murid akan dapat:
• Membuat teknik- teknik melakar gambar binatang.
Alatan/media: • Membuat lakaran berdasarkan imaginasi murid.
Perbendaharaan • Mencampur warna yang sesuai dan menggunakan ton warna.
Kata: Kertas lukisan, pensel HB, pensel warna, krayon, oil pastel
Pendahuluan dan lain- lain.
Rama- rama, burung Pipit, Lebah, Buaya
Langkah 1
Guru terlebih dahulu berbincang dengan murid- murid berbagai-
Langkah 2 bagai jenis binatang seperti tajuk lukisan. Bincangkan bentuk-bentuk
binatang, warna, bulu, sisik, kaki, sayap atau saiz. Bincangkan
Langkah 3 kawasan persekitaran tempat binatang itu tinggal.
Penyampaian ( Isi pelajaran )
Tunjukkan contoh- contoh teknik melakar gambar binatang di papan
tulis.
Bincang bersama murid persekitaran tempat binatang tinggal dan
tunjukkan contoh- contoh lakaran seperti tepi sungai, pokok- pokok
dan sebagainya.
• Arah murid melukis lakaran di atas kertas lukisan dan seterusnya

mewarna. Bimbing dan bantu murid ketika melakar jika perlu.
• Tunjukkan cara mencampur mewarna dan menggunakan ton

warna.
• Pamerkan kerja- kerja yang sudah siap dan lakukan

perbincangan tentang hasil kerja murid.

20

Bidang: MEMBUAT GAMBAR
Tajuk Aktiviti:
Masa : Catan
Tema:
Objektif : 1 jam

Alatan/media: Taman Haiwan
Perbendaharaan
Kata: Di akhir pengajaran murid akan dapat menghasilkan gambar
Pendahuluan suasana atau keadaan berdasarkan pengalaman ketika ke taman
Langkah 1 haiwan dengan menggunakan peralatan lukisan serta teknik
Langkah 2 mengecat.,
kertas lukisan, cat air, palette, berus warna pelbagai saiz,
Langkah 3
Gajah, Beruang, Harimau, Monyet, Singa Dan Lain-Lain

Guru berbincang dengan murid pengalaman ke taman haiwan yang
pernah mereka lawati.
Menunjukkan beberapa contoh taman haiwan yang ada di negara-
negara luar menggunakan LCD projector.
• Guru memerhati serta memberikan tunjukajar kepada murid.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan cermat dan

kemas.
Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan
perbincangan tentang hasil pembelajaran murid-murid.

21

Bidang: MEREKA DAN MENCORAK
Tajuk Aktiviti:
Masa : Corak
Tema:
Objektif : 1 jam

Alatan/media: Motif tumbuhan
Perbendaharaan
Kata: Di akhir pengajaran, murid-murid akan dapat:
Pendahuluan :
• Menghasilkan corak-corak dari pelbagai teknik yang
Langkah 1: bermotifkan tumbuhan seperti daun, bunga, buah, urat-
urat kayu dan seumpamanya.
Langkah 2 :
• Melahirikan idea susunan motif yang menarik dan
kreatif.

• Menghargai hasil kerja sendiri.

Kertas Lukisan, Cat Air (Water Colour), Berus Warna yang sesuai,
bahan dari tumbuhan, apron dan Iain-lain.
Sawi, Bawang Merah, Bawang Besar, Bunga Angsana, akar, urat
kayu, dan lain-lain.

• Guru dan murid-murid berbincang dan bersoal jawab
mengenai bahan tumbuhan yang ada di sekitar mereka
untuk digunakan membuat corak.

• Guru juga boleh memperlihatkan gambar-gambar yang
berikaitan dengan tajuk dari Internet atau koleksi
persendirian.

• Guru memperlihatkan beberapa contoh hasil kerja
mengenai tajuk.

• Guru menerangkan dan berbincang mengenai contoh
hasil kerja kepada murid-murid seperti bahan yang
digunakan.

• Guru menunjukcara dalam menghasilkan tajuk corak
dengan menggunakan bahan tumbuhan yang terpilih,
cat air, berus, dan kertas lukisan.

• Guru mengarah dan mengalak murid-murid bekerja
dengan bebas dalam menghasilkan corak yang
bermotifkan tumbuhan.

• Guru memantau dan memerhati semasa murid-murid
membuat kerja.

22

Bidang: MEREKA DAN MENCORAK
Tajuk Aktiviti:
Masa : Tulisan Jawi
Tema:
Objektif : 1 Jam

Alatan/media: Seni Atur Huruf
Perbendaharaan
Kata: 1. Murid-murid boleh menghasilkan tulisan cantik sendiri.
Pendahuluan 2. Murid-murid boleh menulis tulisan jawi dengan

Langkah 1 menggunakan bahan kreativiti.
Langkah 2 3. Murid-murid boleh menyiapkan kerja mereka mengikut
Langkah 3
masa yang diberikan.

kertas warna A4, kertas tebal, bahan kolaj , gum, gunting, pen khat,
berus,air bancuhan kopi,lilin,glitter dan reben.

• Murid memerhatikan contoh tulisan cantik yang telah siap
dihasilkan.

• Murid berbincang mengenai bahan yang diperlihatkan.

Murid memerhatikan cara-cara membuat tulisan cantik dalam
tulian jawi beramai-ramai.

Murid-murid membuat aktiviti yang diberikan secara individu.
Guru memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

• Semua hasil kerja murid-murid yang sudah siap dipamerkan
di dalam bilik lukisan.

• Sesi soaljawab tentang hasil kerja mereka

• Membersihkan bilik darjah.

23

Bidang: KERJA TANGAN
Tajuk Aktiviti:
Masa : Origami
Tema:
Objektif : 1 jam

Alatan/media: Binatang Amfibia (katak)
Perbendaharaan
Kata: • Di akhir pelajaran murid-murid akan dapat:
Pendahuluan • Membuat imbangan, memotong dan melipat kertas mengikut
Langkah 1
Langkah 2 contoh yang ditunjukkan oleh guru.
Langkah 3 • Melipat dengan kemas dan teratur.
• Mengetahui kepentingan lipatan untuk digunakan bagi lain-lain

bidang.
Kertas berwarna, kertas bekas majalah,gunting, pensil, krayon,
pembaris dan lain-lain.
Warna, jalinan, bentuk, imbangan dan lain-lain lagi.

Penerangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘origami’.
Menunjukkan beberapa contoh lipatan.

Murid mula membuat lipatan seperti tajuk yang dicadangkan.
Guru membantu murid cara membuat lipatan dan pembaikkan.
Murid menghasilkan lipatan sendiri.

Hasil kerja lipatan dipamerkan dan dibuat perbincangan.

24


Click to View FlipBook Version