KANDUNGAN MUKASURAT
LUKISAN DAN REKA BENTUK (TAHUN 1) 1
Pendahuluan 1
Matlamat 2
Objektif 2
Organisasi Kandungan 3
Strategi Pengajaran 4
Hasil Pembelajaran Keseluruhan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 5-6
Hasil Pembelajaran setiap bidang bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 7
Standard Pencapaian Pembelajaran Tahun 1 8
Rang Struktur Sukatan Pelajaran LRB Tahun 1-6 9 -12
Kandungan Sukatan Pelajaran Tahun 1 13-16
Penilaian 17 - 19
Huraian Pembelajaran Setiap Bidang 20 - 23
Panduan Guru Lukisan dan Reka Bentuk Bagi Tahun 1 24 - 34
Contoh-contoh Persediaan Mengajar Tahun 1
PENDAHULUAN
Sukatan Pelajaran Lukisan dan Rekabentuk Sekolah Rendah ini menyediakan
garispandu dan sukat-sukat pembelajaran yang membantu guru merancang
pengajaran berdasarkan kepada persekitaran dan kebolehan murid.
Pembahagian kepada tiga komponen utama Lukisan dan Rekabentuk termasuk
pengenalan Asas-asas teknologi adalah untuk memudahkan guru-guru merangka
strategi pengajaran dengan menentukan bidang-bidang dan aktiviti yang akan
dilakukan di dalam bilik darjah.
Tajuk-tajuk aktiviti yang disediakan di peringkat sekolah rendah (Tahun 1-6)
adalah disamakan. Guru-guru disarankan supaya membuat pilihan dan mengolah
tajuk-tajuk tersebut bagi menyesuaikan peringkat tahun, tema, umur dan
persekitaran.
Pemilihan tema yang berlatar belakang kehidupan murid-murid dan
persekitarannya, akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan menyeronokkan. Diperingkat awal, pelajaran Lukisan dan Rekabentuk akan
menumpukan pengajaran asas kepada murid di Tahun Satu dan Tahun Empat yang
akan dimulakan pada tahun 2009.
MATLAMAT
Pendidikan Lukisan dan Rekabentuk adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
mengembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh untuk menghasilkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal serta
bertanggungjawab dan berakhlak tinggi. Selari dengan wawasan negara, ia juga
turut untuk menyumbangkan ke arah perkembangan potensi setiap individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu supaya individu itu dapat memenuhi
keperluan-keperluan kehidupan seharian serta mampu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang tinggi dalam era teknologi dan maklumat
Pendidikan Lukisan dan Rekabentuk bagi sekolah rendah adalah bertujuan
untuk:
• Menyemai dan mengasuh kebolehan berfikir secara kreatif, imaginatif dan
inovatif.
• Mendedahkan pelbagai pengalaman estetika yang dapat diadaptasikan kepada
pelbagai guna kemahiran hidup.
• Membentuk perkembangan minda seni yang celik ilmu tanpa mengira aliran dan
jurusan pendidikannya.
• Membantu meningkatkan pencapaian akademik melalui integrasi mata
pelajaran yang bersesuaian.
1
• Menerokai pelbagai cabang pendidikan seni dengan berasaskan kepada
latarbelakang dan asas yang kukuh sejajar dengan keperluan dan kecanggihan
teknologi masa kini dan masa depan.
• Menyalurkan kemahiran seni sebagai pewaris masa depan serta
mempertahankan seni warisan bangsa dan negara.
• Mengasuh dan menanamkan semangat bersosial, bermasyarakat, berugama dan
bernegara yang tinggi berlandaskan falsafah negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Pendidikan Lukisan dan rekabentuk murid-murid di sekolah
Rendah akan dapat:
• Mengenal unsur seni, prinsip seni dan istilah-istilah yang terdapat dalam
pendidikan Lukisan dan Rekabentuk.
• Menggunakan media tradisi, kontemporari dan elektronik untuk menghasilkan
karya seni.
• Menghasilkan produk seni melalui proses membuat gambar, mereka, mencorak
dan kraf tangan.
• Mengamalkan pengetahuan dan pengalaman aktiviti seni dalam kehidupan
harian.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dalam sukatan pelajaran ini memuatkan tiga tajuk besar seperti berikut;
• Membuat gambar
• Mereka dan mencorak
• Kerja Tangan (Asas-asas Rekabentuk dan Teknologi)
Dalam ketiga komponen ini, isi kandungan pelajaran akan diperincikan dengan
menekankan kepentingan asas-asas seni dan huraian hasil pembelajaran bagi
setiap tajuk. Murid-murid akan diberikan kerja-kerja lukisan dan rekabentuk
mengikut kemampuan, kemahiran mereka dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar.
2
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk memudahkan pelajar mengikuti pengajaran, guru-guru adalah berperanan
memberikan panduan dan sokongan kepada murid-murid dalam menghasilkan
aktiviti-aktiviti lukisan dan rekabentuk mengikut kemampuan mereka. Guru-guru
hendaklah membuat beberapa strategi pengajaran untuk memastikan bahawa
murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan.
Aktiviti-aktiviti dan kepelbagaian pembelajaran Lukisan dan Reka Bentuk yang
dapat diadaptasi ke dalam pengajaran guru-guru adalah seperti berikut:
1. Mencipta dan menggambar. (Create and Reflect)
Pendekatan ini membimbing murid-murid mempelajari bagaimana pelukis
mendapatkan idea, latihan melihat, latihan praktik menggunakan media dan
belajar secara positif dalam berbincang dan berinteraksi yang dihubungkaitkan
antara karya sendiri dan produk dari artis lain.
2. Memerhati dan menggambar. (Watch and Reflect)
Pemerhatian dan pengamatan akan menimbulkan kesan menggambar yang perlu
disuburkan secara sihat. Pendekatan ini akan memberikan peluang kepada murid-
murid untuk memerhati persekitaran, menonton television, melihat gambar-
gambar dan sebagainya untuk dihasilkan sebagai karya seni.
3. Mendengar dan tindakbalas. (Listen and Respond)
Penyertaan yang aktif dari penyediaan soalan-soalan yang berhubungkait dengan
tajuk pengajaran dapat membantu murid-murid menghasilkan karya seni yang
bermakna. Setiap murid diharapkan akan dapat
4. Membaca dan Menggambar. (Read and Reflect)
Dengan memilih bahan-bahan bacaan yang bersesuaian, murid-murid akan
menghasilkan karya seni berdasarkan bahan bacaan tersebut. Keupayaan
menggambar melalui bacaan perlu dalam pembelajaran Pendidikan Seni.
5. Mengajar dan Menggambar. (Teach and Reflect)
Dengan memperlihatkan kemahiran individu, secara langsung atau tidak akan dapat
mempengaruhi dan seterusnya memindah kemahiran tersebut kepada murid-murid
melalui demonstrasi yang betul. Kebebasan adalah diberikan kepada murid-murid
mendapatkan kemahiran tersebut bagi mengelakkan dari terlalu terpengaruh
aliran yang akan ditunju
3
HASIL PEMBELAJARAN KESELURUHAN BAGI TAHUN 1 HINGGA 6
· Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan lukisan secara
bebas.
· Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej
sebenar secara bebas dari kreativiti sendiri.
· Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan
Teknik menggunakannya.
· Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang dihasilkan.
· Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa
secara terancang
· Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan lukisan secara bebas.
· Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej
sebenar secara bebas dari kreativiti sendiri.
· Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan Teknik
menggunakannya.
· Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan menggunakan
bahan lukisan secara gabungan.
4
HASIL PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG BAGI TAHUN 1 HINGGA 6
BIDANG HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT
GAMBAR • Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan
lukisan secara bebas.
MEREKA DAN
MENCOARAK • Memberikan peluang murid-murid menggambar
berdasarkan imej sebenar secara bebas dari kreativiti
KERJA TANGAN sendiri.
(Asas-asas
• Memberikan pengenalan bahantara lukisan dan
Rekabentuk dan memberikan kebebasan teknik menggunakannya.
Teknologi)
• Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan
imej melalui garisan dan rupa secara terancang.
• Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan
menggunakan bahan lukisan secara gabungan.
• Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan dan teknik
dalam asas menggunakan.
• Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai
bahan serta teknik.
• Dapat menggunakan berbagai corak samada yang
bercorak organic atau geometri dalam menghasilkan
kolaj.
• Memahami konsep motif.
• Menghasilkan motif secara gurisan dan garisan dengan
spontan.
• Menghasilkan corak dengan pelbagai cara seperti:
memotong, melipat, menggunting, menampal,
menekap, mencarik atau mengoyak dan menyusun.
• Menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh
didapati dipersekitaran.
• Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif
yang dihasilkan.
• Mengumpul hasil kerja murid untuk member imbalbalik
tentang hasil kerja mereka.
• Dapat membentuk dan membuat binaan dengan
menggunakan pelbagai bahan.
• Menggunakan bahan kutipan dan objek alam yang
sesuai untuk membentuk dan membuat corak dan
cetakan yang berdasarkan kepada: memotong,
mencantum, menempal, menghias dan menyusun.
• Menghasilkan binaan yang berfungsi berdasarkan kemahiran:
Memotong, Mencantum, Menempal, Menghias, Menyusun.
5
BIDANG HASIL PEMBELAJARAN
• Membuat pameran dan persembahan hasil kerja murid.
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam
membentuk dan membuat binaan.
• Menghasilkan binaan dengan taknik lipatan,guntingan,
cantuman koyakan.
• Menghasilkan kraf tradisional secara mudah dengan
menggunakan bahan asas.
• Meneroka motif, bentuk dan corak yang mudah dalam
penghasilan kraf tradisional.
•
6
STANDARD PENCAPAIAN PEMBELAJARAN TAHUN 1
Pada akhir pembelajaran di Tahun 1, murid akan dapat:
• Merasa dan mengenalpasi kesan benda, alat dan bahan dengan meneroka
dan mencuba secara spontan,
• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan
aspek yang disukai dan yang tidak disukai,
• Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif,
• Menyatakan perasaan, idea dan imagainsi diri melalui kegiatan
menggambar,mencorak, membuat binaan dan kraf,
• Mengambil bahagian dalam kegiatan aktiviti dengan perasaan gembira,
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri,
kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan; dan
• Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.
7
RANGKA STRUKTUR SUKATAN PELAJARAN LUKISAN DAN REKA BENTUK
TAHUN 1 - 6
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Membuat Membuat Membuat Membuat Membuat Membuat Gambar
Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar • Lukisan
• Lukisan • Lukisan • Lukisan • Lukisan • Lukisan • Catan
• Catan • Catan • Catan • Catan • Catan • Kolaj
• Kolaj • Kolaj • Kolaj • Kolaj • Kolaj
Mereka dan Mereka dan Mereka dan Mereka dan Mereka dan Mereka dan
Mencorak Mencorak Mencorak Mencorak Mencorak Mencorak
• Corak • Corak • Corak • Corak • Mengecap • Corak
• Cetakan • Cetakan • Cetakan • Mencetak • Mengecap/
• Cetakan/
• Rekaan kad • Rekaan kad • Rekaan Cap/ • Seni huruf/ Membatik
Kad Membatik Rekaan
• Seni Reka
huruf
Kerja Tangan Kerja Tangan Kerja Tangan Kerja Tangan Kerja Tangan Kerja Tangan
• Model • Model • Model
• Seni • Seni • Model • Model • Seni Arca • Model
• Pertukangan • Seni Arca
Bentuk Bentuk • Seni • Seni Arca • Pertukangan
• Origami • Origami Bentuk Buku
• Anyaman • Anyaman • Pertukang • Anyaman/ Buku
• Origami an buku
(menjilid) Sulaman • Anyaman/Tenu
• Kraf • Lipatan nan/
Tangan • Kraf Sulaman
Tradisi Tradisi
i.Anyaman i.Anyaman
ii.Kikik /Sulaman
ii. Lipatan
8
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN TAHUN 1
1. MEMBUAT GAMBAR
1.1. LUKISAN
Lukisan menggunakan alatan yang mudah seperti pensel, pensel warna, warna
krayon, pastel dan lain-lain. Tajuk adalah mengenai diri kanak-kanak .
• Kepala.
• Tapak tangan.
• Tapak kaki.
Lukisan yang menggunakan pensel, pensel warna, pen warna, krayon dan
• Bola saya.
• Baju saya.
• Hari jadi saya.
• Peniaga dan pembeli
Tajuk adalah mengenai alam haiwan dan tumbuhan misalnya:
• Kucing saya.
• Ikan.
• Buah pisang.
1.2. CATAN
Mengenal bahan dan alatan catan melalui latihan praktis bermain dan menyapu
warna menggunakan bahantara yang sesuai. Mencatan dengan menggunakan
bahan-bahan seperti warna air, poster dan tempera.
Tajuk mengenai diri kanak-kanak:
• Saya pergi ke sekolah.
• Kami bermain bola.
• Sembahyang di masjid.
• Pergi ke pasar.
9
1.3. KOLAJ
Membuat gambar dengan teknik menyusun dan menampal bahan-bahan kutipan
seperti kertas, perca kain, daun kering, kapas, kulit kayu dengan menggunakan
gam untuk menghasilkan sebuah gubahan. Tajuk-tajuk nya ialah:
• Flora.
• Haiwan.
• Kenderaan di darat/ di laut/ di udara.
• Bangunan kedai.
• Aktiviti kanak-kanak seharian di rumah/ di sekolah.
2. MEREKA DAN MENCORAK
2.1. CORAK
Mereka corak daripada pelbagai teknik susunan dan ulangan motif- motif
berikut.
• Rupa bentuk alam semulajadi.
• Rupa bentuk bahan buatan manusia.
• Rupa bentuk geometri.
• Rupa bentuk huruf.
• Rupa bentuk angka.
2.2. CETAKAN
Mencetak dengan menggunakan teknik mengecap pelbagai bahan yang mudah
untuk menghasilkan rupa bentuk/motif yang sama.
• Bahan-bahan semulajadi;
Jari, tapak tangan,daun,kulit kayu,pelepdaun pisang, ubi kentang, kacang
bendi dan buah-buahan yang sesuai.
• Bahan terbuang seperti;
Kertas tebal,tali, kain, polistirena dan Lain-lain.
10
2.3. REKAAN
Membuat rekaan pelbagai jenis dan bentuk kad dengan hiasan bebas.Jenis kad
ialah:
• Kad hari jadi.
• Kad ucap selamat.
• Kad tanda buku *.
• Kad hari jadi.
(* boleh untuk dijual )
a) Membuat rekaan kad dari jenis-jenis kad yang dengan menghias
menggunakan teknik cetakan atau kolaj yang telah dipelajari.
3. KERJA TANGAN
3.1. MODEL
Membentuk dan membina model mudah dengan menggunakan bahan-bahan
seperti kertas tebal, kotak, plastisin, botol plastik, blok kayu, polistirena dan
lain- lain. Tajuk-tajuk nya ialah:
• Bangunan.
• Kenderaan.
• Buah-buahan.
• Perkakas keperluan di rumah dan di sekolah.
• Alat-alat permainan.
• Membuat tabung **
(** boleh untuk dijual )
3.2. SENI BENTUK
Membentuk pelbagai jenis kraf dari kertas, daun dan plastik Tajuk-tajuk nya
ialah:
• Topeng muka yang bermotifkan haiwan/manusia/watak kartun.
• Mobail yang bermotifkan haiwan, buah-buahan, alam benda atau kenderaan.
11
3.3. ORIGAMI
Seni lipatan kertas yang mudah dengan menghasilkan benda-benda berikut:
• Haiwan.
• Kenderaan.
• Kipas.
• Sapu tangan.
• Sampul surat.
3.4. ANYAMAN
Menjalin daun, kertas atau plastik secara berselang seli, turun naik atau ke atas ke
bawah untuk menghasilkan corak tertentu.
• Anyaman yang mudah menggunakan jalur-jalur kertas***.
• Anyaman corak yang mudah menggunakan kertas warna.
• Anyaman mudah menggunakan benang, raffia, tali dan lain-lain.
(*** Hasil kerja murid boleh dijual)
12
PENILAIAN
penilaian adalah perlu disetiap akhir pengajaran Lukisan dan Reka bentuk kerana
ianya adalah sebagai panduan yang dapat menyatakan dengan jelas tahap dan
kriteria yang bersesuaian dengan umur akal dan pertumbuhan kanak-kanak.
Penilaian juga dapat menjelaskan kesahihan, ukuran menyeluruh dan kesaksamaan
yang berhubungkait dengan pembelajaran kanak-kanak.
Sebagai langkah mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
pengukuran perlu dilaksanakan untuk menaksir pencapaian hasil kerja guru dan
murid berdasarkan kepada ketentuan objektif pengajaran yang perlu dicapai pada
setiap akhir pengajaran.
Dalam melaksanakan penilaian yang terancang sejajar dengan objektif pengajaran,
guru-guru akan memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu mereka
untuk:
• Mengesan pemerolehan yang diharapkan.
• Merancang dan menentukan kemahiran seterusnya yang perlu ditingkatkan.
• Memantau kelemahan-kelemahan yang ada sama ada dari segi penyampaian
guru sendiri atau kefahaman murid.
• Mengenalpasti perbezaan pencapaian dan kebolehan murid-murid.
• Mempersiapkan kaedah-kaedah yang bersesuaian dalam merancang
pengajaran.
Dengan memperolehi beberapa maklumat tertentu dari dapatan pengukuran dan
penilaian tersebut, adalah lebih mudah bagi guru Lukisan dan Rekabentuk untuk
menentukan halatuju objektif pengajarannya.
Terdapat berbagai kaedah menaksir dan menilai dalam pembelajaran Lukisan dan
Rekabentuk di sekolah rendah. Diantaranya ialah:
• Penilaian Portfolio.
• Penilaian Berterusan berasaskan sekolah.
• Peperiksaan Sekolah.
• Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.
13
a. Penilaian Portfolio.
Keperluan memiliki sebuah folio adalah diwajibkan bagi setiap murid-murid di
sekolah rendah. Folio tersebut hendaklah merupakan sebuah folio yang tahan lasak
dan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang iaitu dari peringkat
darjah 1 - 3 dan darjah 4 - 6.
Semua kerja-kerja murid yang telah dihasilkan sepanjang tahun persekolahan
mengikut peringkat darjah masing-masing.
Kaedah penilaian dan penyimpanan folio ini perlu difahami guru kerana ianya adalah
sebahagian dari Kurikulum Lukisan dan Rekabentuk. Folio ini akan dibawa bersama
ke mana sahaja murid tersebut bersekolah untuk memudahkan guru berkenaan
mengetahui pembelajaran murid tersebut dan pencapaian yang diperolehinya.
Untuk memudahkan mengumpul markah yang diperolehi, markah-markah yang
diperolehi direkodkan dan dilampirkan bersama folio tersebut.
b. Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)
Merujuk Buku Panduan Penilaian Berterusan Sekolah Rendah, Jabatan Perkembangan
Kurikulum, Tahun 1999 bahawa mata pelajaran Lukisan dan Rekabentuk juga akan
melaksanakan bersama-sama dengan mata pelajaran yang lain seiring dengan mata
pelajaran Lukisan dan Kerja Tangan sebelumnya.
Untuk lebih mudah memahami pelaksanaan penilaian ini dikendalikan oleh guru-
guru, berikut disediakan cadangan borang pemarkahan yang akan digunakan dalam
menilai pencapaian murid-murid mengikut kekerapan dan bidang aktiviti yang
dilaksanakan pada tempoh tertentu.
Kekerapan Nilai Markah Markah diperolehi
Penilaian 1 (Membuat Gambar)
Penilaian 2 (Mereka dan Mencorak)
Penilaian 3 (Kraftangan)
Penilaian 4 (Projek)
Jumlah Penuh
Penilaian yang dilaksanakan berdasarkan kepada kerja-kerja mingguan atau bulanan.
Markah yang diperolehi akan dikumpul diakhir bulan untuk direkodkan kedalam buku
persediaan mengajar guru.
14
BORANG MARKAH INDIVIDU
PERKARA MARKAH PENUH MARKAH DAPAT
Fahaman Tajuk pelajaran 10
Isi Kandungan
Kemahiran Teknik 30
Bahan
Unsur Seni Bentuk, rupa, garisan, 20
jalinan, ruang, warna,
ton.
Prinsip Rekaan Harmoni, Kontra,
Penegasan, Imbangan, 20
Irama dan Pergerakan,
Kepelbagaian, Kesatuan.
Gubahan dan Keaslian, Kualiti, 20
Komposisi
Gubahan, Kebersihan,
Kekemasan.
JUMLAH 100
Dari format pemarkahan di atas, penekanan penilaian banyak ditumpukan kepada
kemahiran (teknik dan bahan). Penekanan pada bidang ini sebenarnya banyak
memberi peluang kepada murid-murid menumpukan kepada kreativiti individu dan
penguasaan bahan yang sebenarnya. Dari penguasaan bahan, seseorang murid akan
dapat mempamerkan pelbagai teknik yang menghasilkan kemahiran-kemahiran dan
karya yang berkualiti.
Untuk lebih memudahkan format pemarkahan di atas difahami oleh guru-guru,
cadangan untuk mengadakan bengkel khusus dalam pemarkahan akan diadakan
setelah sukatan pelajaran Lukisan dan Rekabentuk ini diterbitkan bagi membantu
mereka menjayakan pelaksanaannya.
c. Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.
Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi menggunakan istilah atau bahasa seni
adalah diperlukan pada setiap murid-murid yang mempelajari Lukisan dan
Rekabentuk. Kemahiran ini perlu diterokai untuk membantu setiap individu
mendapat faedah daripadanya terutama dalam memahami makna seni dan estetika.
15
Untuk mengetahui pencapaian dan kemahiran dalam bidang ini interaksi lisan yang
berbentuk temuduga, soaljawab lisan dan bercerita adalah diperlukan.
Bagi memastikan setiap penilaian dapat disemak dan diteliti semula, adalah
disarankan supaya setiap aktiviti temuduga, soaljawab dan bercerita perlu dicatat
sama ada melalui catatan ringkas atau menggunakan senarai semak bagi memastikan
setiap pemerolehan direkodkan. Untuk memudahkan, guru disarankan supaya
mengolah sendiri bentuk borang semakan masing-masing sesuai dengan keperluan
dan dapatan yang akan diperolehi.
Selain dari interaksi lisan, analisa terhadap “scrap book” juga boleh membantu
murid-murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Keadaan ini berlaku kerana di
dalam “scrap book” banyak menceritakan beberapa idea spontan, masaalah-
masaalah yang tersembunyi dan imaginasi yang tidak disampaikan kepada orang lain.
16
HURAIAN PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG
MEMBUAT GAMBAR / MEREKA DAN MENCORAK.
Di akhir pengajaran, murid-murid akan dapat memahami istilah, menguasai
kemahiran, menggunakan peralatan dan mempraktikkan teknik-teknik yang
diperlukan pada setiap aktiviti pembelajaran.
Dengan menentukan tema yang bersesuaian pada setiap aktiviti, murid-murid akan
berkeupayaan untuk:
i. Membuat tanggapan yang betul tehadap makna membuat gambar, mereka dan
mencorak.
ii. Berimaginasi secara sehat, terancang dan terarah.
iii. Mempunyai daya ingatan yang kukuh dan berfikiran kreatif.
iv. Menggarap nilai-nilai murni dengan menggunakan bahasa seni menerusi karya
masing-masing.
v. Menghargai persekitaran dan alam sekeliling mereka.
vi. Menggunakan media tradisi, kotemporari dan elektronik dalam berkarya.
vii. Mengaplikasi pelbagai teknik yang dipelajari dalam menghasilkan karya.
LUKISAN
Kefahaman istilah lukisan adalah berdasarkan kepada huraian asas-asas pengetahuan
berikut iaitu:
i. Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan.
ii. Karya Lukisan biasanya dihasilkan dengan menggunakan media jenis kering dan
tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensel warna,
krayon, pen dan lain-lain.
iii. Unsur garisan amat penting dalam karya-karya lukisan.
iv. Lukisan pada biasanya dihasilkan secara spontan.
v. Lukisan dapat menunjukkan keaslian dan identiti seorang pelukis.
CATAN.
Kefahaman istilah catan adalah berdasarkan kepada huraian asas-asas pengetahuan
berikut iaitu:
a. Catan merupakan hasil seni bahantara pigmen warna kemudian dicatkan pada
permukaan
rata seperti kertas atau kanvas untuk dijadikan sebuah gambar/ corak.
b. Kebiasaannya gambar/ corak yang terhasil dari catan adalah dalam bentuk dua
dimensi.
17
KOLAJ
Kefahaman istilah kolaj adalah berdasarkan kepada huraian asas-asas pengetahuan
berikut iaitu:
a. Kolaj bermaksud menyusun dan melekatkan bahan-bahan seperti kertas, tali,
perca
kain dan bahan-bahan kutipan dengan menggunakan pelekat untuk
menghasilkan
sebuah gubahan gambar/ corak.
b. Perkataan kolaj adalah berasal dari bahasa ‘France’ iaitu ‘coller’ yang
bermaksud
mengglukan (gam).
KERJA TANGAN
ARCA
Arca ialah karya seni halus yang dihasilkan melalui aktiviti binaan.
Perkataan arca berasal daripada perkataan ‘sculpture’ yang bermaksud menebuk,
memotong, melarik dan sebagainya.
Bentuk arca berbeza jika dipandang dari pelbagai sudut yang berlainan.
Arca boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk utama berdasarkan teknik dan
bahan yang digunakan. Diantaranya ialah:
Arca Tambah - arca yang dihasilkan dengan menambah bahagian-bahagian
tertentu melalui cara pencantuman.
Arca Luakan - arca yang dihasilkan dengan membuang atau mengeluarkan
bahagian-bahagian tertentu dengan cara mengukir
.
Arca Asemblaj - arca yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan
buang seperti kayu, logam, kertas dan lain-lain. Bahan-bahan
tersebut akan dicantum dan ditampal
.
Arca Binaan - arca jenis ini dihasilkan sama seperti cara arca tambah.
Arca Acuan - arca yang dihasilkan melalui teknik acuan dimana sebelum arca
dihasilkan perlu disediakan cetakan terlebih dahulu untuk
menghasilkan arca yang dikehendaki.
ORIGAMI
Origami ialah seni lipat kertas. Kemahiran melipat kertas ini memerlukan teknik
yang betul dengan langkah-langkah tertentu melalui pengolahan dan susunan yang
teratur.
Objek-objek yang dapat dihasilkan terdiri daripada flora, fauna, haiwan dan
manusia.
18
ANYAMAN
Anyaman ialah proses menganyam dengan menjalinkan daun, kertas atau plastik
secara berselang-seli, turun naik atau atas ke bawah.
Sekiranya anyaman ini menggunakan dua atau lebih warna, timbullah corak yang
berbagai bentuk.
Anyaman yang diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah adalah untuk
memahami proses anyaman, bahan dan barangan yang dapat dihasilkan
Alat dan Medium Anyaman
Kertas surat khabar, majalah, kertas warna, daun kelapa, daun pandan, daun
mengkuang, rotan dan lain-lain
Teknik
Menyediakan bahan-bahan anyaman seperti daun, kertas atau plastik.
Memastikan saiz bahan sama dan sesuai.
Menentukan barangan yang akan dihasilkan sama ada tikar, bakul dan sebagainya.
Proses menganyam iaitu dengan menjalin daun, kertas dan sebagainya secara
berselang seli, turun naik atau atas ke bawah.
MOBIL
Mobil ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sebagai
perhiasan.
Imbangan dipentingkan semasa menggantung bentuk-bentuk tersebut.
Teknologi pembuatan didasarkan kepada beberapa perkara utama sebelum
menghasilkan reka bentuk.
Perkara-perkara utama adalah seperti ; jenis bahan, ukuran, saiz, bentuk dan
teknik penggantungan
Alat dan Medium Mobil
Kertas tebal, kotak, bola ping pong, bongkah kayu, polistirena, tin minuman, botol
plastik, lidi kelapa/ buluh, benang, tali, pengokot, gam, cat air/ poster dan lain-
lain.
Teknik
Menentukan tema mobil untuk membentuk arca-arca yang akan dihasilkan.
Memilih bahan yang akan digunakan dan menyediakannya.
Membentuk arca-arca yang dimaksudkan dengan teknik potongan, tampalan,
cantuman dan lain-lain.
Menggantungkan arca-arca berkenaan dengan menitik beratkan imbangannya.
19
TAHUN 1 PANDUAN GURU
BIDANG TAJUK BAHAN/ALAT/CATATAN OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT Kepala
GAMBAR Kertas Lukisan, Pensil Di akhir pengajaran • Murid-murid melukis • Memberikan kebebasan
Pergi ke pasar Hb, Pensil Warna, murid dapat wajah kawan sebaya menggunakan bahan-
• Lukisan mereka secara bahan lukisan secara
Haiwan Krayon, Pastel menghasilkan gambar bergilir-gilir bebas
• Catan mereka sendiri atau
pun kawan se darjah • Murid-murid melakar • Memberikan peluang
• Kolaj pengalaman mereka murid-murid
mereka dengan pergi ke pasar di atas menggambar
menggunakan kertas lukisan. berdasarkan imej
sebenar secara bebas
peralatan lukisan • Mewarna dengan dari kreativiti sendiri
serta teknik lukisan menggunakkan cat air
dengan di perhati dan • Memberikan
Kertas Lukisan, cat air Di akhir pengajaran bimbingan daripada pengenalan bahantara
(water colour), berus murid dapat guru Lukisan dan
warna yang sesuai, menghasilkan gambar memberikan kebebasan
suasana di • Membuat lakaran Teknik
kertas surat khabar binatang liar atau menggunakannya
lama, baju t-shirt lama dalam pasar dengan jinak sama ada dari
atau pun apron. menggunakan gambar atau pun dari • Menyatakan secara
peralatan lukisan kemahiran murid dan lisan pengalaman
serta teknik lukisan seterusnya membuat pembelajaran yang
koyakan dan dihasilkan
Kertas Lukisan, kertas Di akhir pengajaran tampalan pada
lakaran tersebut • Memberikan
suratkhabar lama, murid dapat pengalaman dengan
majalah lama, kertas menghasilkan kolaj menggunakan bahan
Warna, gam air dan haiwan yang kutipan untuk
menggambar sedara
gunting. mereka pilih mudah
• Menggunakan bahan
kutipan untuk
menggambar secara:
menekap, memotong,
menampal,
mencantum, menyusun
20
BIDANG TAJUK BAHAN/ALAT/CATATAN OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEREKA
Rupa bentuk Kertas Lukisan, cat air Diakhir pengajaran Membuat corak yang • Memahai konsep motif.
DAN geometri (water colour), berus murid dapat bermotifkan alam • Menghasilkan motif
MENCORAK warna yang sesuai, menghasilkan bentuk semula jadi atau pun
• Corak Bahan-bahan kertas surat khabar atau corak- buatan manusia, secara gurisan dan
daripada lama, baju t-shirt lama corak yang member kan kebebasan garisan dengan spontan.
• Cetakan semulajadi: jari, atau pun apron, bermotifkan mencorak asalkan corak • Menghasilkan corak
tapak tangan, pensil, pembaris lain- geometri. yang di hasilkan baik. dengan pelbagai cara
• Rekaan caun, kulit kayu, lain. seperti: memotong,
ubi kentang, Murid-murid dapat Membuat cetakan yang melipat, menggunting,
kacang bendi Kertas lukisan, cat menghasilkan satu bermotifkan alam menampal, menekap,
dan lain-lain. air,berus warna, kertas cetakan yang semulajadi atau atau mengoyak,
Bahan terbuang: suratkhabar lama, baju bermotifkan alam daripada bahan-bahan menyusun
kertas tebal, t-shirt lama atau pun semulajadi ataupun terbuang mengikut daya • Dapat menghasilkan motif
tali, kain, apron, gunting, daripada bahan- kreativiti murid sendiri. berdasarkan sumber yang
polistirena dan bahan terbuang boleh didapati
lain-lain Kertas lukisan, cat air, berdasarkan Membuat rekaan kad dipersekitaran.
Kad Hari Jadi berus warna, pensil kreativiti murid- dari jenis-jenis kad yang • Menghasilkan ciptaan
warna, bahan-bahan murid itu sendiri. dihias menggunakan cetakan dengan corak
untuk kolaj, gunting, teknik cetakan atau yang berlainan.
gam air, marker pen Dapat menghasilkan kolaj yang telah
dan lain-lain satu gubahan kad dipelajari. • Menghasilkan gubahan
hari jadi yang kad yang bermotifkan
bermotifkan daripada berdasarkan sumber yang
semulajadi dan boleh didapati
bahan-bahan dipersekitaran.
terbuang
21
BIDANG TAJUK BAHAN/ALAT/CATATAN OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
Membuat satu model
KERJA TANGAN Membentuk dan Kertas tebal, kotak, Memilih, memadan, menggunakan kreativiti • Menghasilkan bentuk
• Model mebina model plastisin, botol plasitk, menyusun dan murid-murid yang mudah dengan melipat,
mudah blok kayu, polistirena memanipulasi bahan berupa arca menggunting,
dan lain-lain secara kreatif. mencantum.
Melukis atau
• Seni Bentuk Membentuk Tali, manila kad, Menggalakkan kanak- menggunting gambar • Menggunakan bahan
daripada majalah untuk kutipan yang sesuai untuk
pelbagai jenis gunting, staple, dawai, kanak membuat dijadikan mobail dan menghasilkan binaan
kraf dari kertas, gam silotep, ranting sesuatu benda untuk melekatkan nya diatas mudah yang kreatif
daun dan plastic. kayu dan mana-mana dijadikan mobail manila kad, digunting
untuk digatung dengan • Menggunakan bahan
Membuat mobail alat atau bahan yang tali diikat pada ranting kutipan dan objek yang
yang bermotifkan sesuai. kayu. sesuai untuk membentuk
dan membuat binaan
haiwan. berdasarkan kemahiran;
memotong, mencantum,
menampal, menghias dan
menyusun
• Origami Haiwan Kertas bersaiz A4 yang • Memahami konsep Membuat lipatan mudah • Memilih bahan yang
origami. sesuai untuk
berbagai warna, diatas bimbingan menghasilkan binaan
gunting, gum dan lain- • Membuat rekaan guru,menggalakan mudah.
lain secara lipatan dan murid menghias
guntingan. • Menggunakan bahan
mengikut kreativiti sesuai untuk membentuk
• Menghias rekaan murid-murid. dan membuat binaan
dengan teknik berdasarkan kemahiran:
tampalan supaya memotong,mencantum,
ciptaan lebih menampal, menghias,
menarik menyusun.
22
BIDANG TAJUK BAHAN/ALAT/CATATA OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
• Anyaman N
Anyaman mudah • Memahami konsep Membuat anyaman • Mengenal motif kraf
menggunakan Kertas daripada asas membuat tradisional yang sesuai.
jalur-jalur kertas majalah yang tidak anyaman. mudah dengan
digunakan lagi, menggunakan jalur-jalur • Mengenal dan meneroka
gunting, gum, garisan • Menghasilkan bahan asas dan bahan
dan lain-lain. anyaman mudah kertas dengan bimbingan gantian serta sifatnya
berdasarkan bahan dan tunjukajar daripada untuk menghasilkan kraf
asas dan bahan
gantian. guru.
23
TAHUN 1
Persediaan Mengajar Harian.
Contoh cadangan: Catatan Persedian Mengajar Harian.
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : : Membuat Gambar
Tajuk Aktiviti : Lukisan
Tema : Kepala
Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat menghasilkan gambar mereka
sendiri atau pun kawan sedarjah mereka dengan menggunakan
peralatan lukisan serta teknik lukisan.
Alatan/Media : Kertas Lukisan, Pensil, Pensil warna, warna krayon, warna pastel
dan lain-lain.
Perbendaharaan kata:
Mata, hidung, mulut, telinga, rambut, kepala, alis mata, dagu, pipi, kening, bulu mata,
bibir dan lidah.
Pendahuluan:
Di awal pengajaran guru akan berinteraksi dengan mengimbas pengetahuan lalu murid
berkenaan dengan anggota tubuh badan yang mereka tahu.
Penyampaian (isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan gambar/ melakar
• Murid-murid dikehendaki mengamati unsur-unsur seni yang terdapat pada objek
yang akan dilukis dan teknik menghasilkan akan ditunjukkan secara spontan oleh
guru iaitu teknik melakar (garisan), teknik mewarna ( pensil warna ).
Langkah 2.
• Murid melakukan ujikaji melakar di kertas (scrap paper)
Langkah 3.
• Menghasilkan lakaran sebenar di kertas lukisan dan seterusnya mewarnakannya
menggunakan pensil warna.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
24
Tahun : 1
Masa : 1 jam
Bidang : Membuat Gambar
Tajuk Aktiviti : Catan
Tema : Pergi ke pasar
Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat menghasilkan gambar suasana di
dalam pasar dengan menggunakan peralatan lukisan serta teknik
lukisan.
Alatan/Media : Kertas Lukisan, cat air (water colour), berus warna yang sesuai,
kertas surat khabar lama, baju t-shirt lama atau pun apron.
Perbendaharaan kata:
Nama-nama ikan contohnya: Ikan kembong, Ikan Merah, Ikan tamban, Ikan pari, Ikan
Kerapu, udang, ketam dan lain-lain lagi.
Pendahuluan:
Guru dan murid berbincang dan digalakkan bercerita tentang pengalaman lalu jika mereka
pernah pergi ke pasar. Berbincang apa yang mereka nampak didalam pasar dan apa yang di
jual.
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan gambar pasar yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.
• Berbincang nama dan jenis ikan yang terdapat di pasar.
• Berbincang apa kah aktiviti yang berlaku di dalam pasar.
Langkah 2.
• Murid-murid melakar pengalaman mereka pergi ke pasar di atas kertas lukisan.
• Mewarna dengan menggunakkan cat air yang di perhatikan dan bimbingan daripada
guru.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
25
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : Membuat Gambar
Tajuk Aktiviti : Kolaj
Tema : Haiwan
Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat menghasilkan kolaj haiwan yang
mereka pilih.
Alatan/Media : Kertas Lukisan, kertas suratkhabar lama, majalah lama, kertas
Warna, gam air dan gunting.
Perbendaharaan kata:
Binatang Liar, Binatang peliharan, Kuda, Kucing, Tikus, Harimau, Helang, Kerbau, Arnab
dan lain-lain lagi
Pendahuluan:
Guru dan murid berbincang tentang jenis-jenis binatang yang mereka tahu, binatang yang
tinggal di darat, di laut, binatang liar dan binatang peliharan dan jenis-jenis makanan yang
binatang makan.
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan gambar binatang dan berbincang.
• Berbincang tentang habitat binatang.
• Melakar haiwan yang di pilih diatas kertas lukisan
Langkah 2.
• Murid-murid ditunjukcara bagaimana memotong kertas sama ada mengunakan
koyakan atau guntingan.
• Merakat dan menampal potongan kertas diatas kertas lukisan.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
26
Tahun : 1
1 jam
Masa : Mereka dan Mencorak
Corak
Bidang : : Bentuk-bentuk geometri
Di akhir pengajaran murid dapat menghasilkan bentuk atau corak-
Tajuk Aktiviti : corak yang bermotifkan geometri.
Tema :
Objektif :
Alatan/Media : Kertas Lukisan, cat air (water colour), berus warna yang sesuai,
kertas suratkhabar lama, baju t-shirt lama atau pun apron,
pensil, pemberis lain-lain.
Perbendaharaan kata:
Bulat, Segi tiga, Segi Empat tepat, Segi Empat Sama, Bujur, Bintang, Lalayang, hati
Pendahuluan:
Guru dan murid berbincang tentang bentuk-bentuk geometri yang ada di sekitar mereka
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Guru menunjukkan beberapa contoh daripada pembungkus-pembungkus hadiah
atau yang lain mengandungi corak garisan yang berulang-ulang.
• Guru boleh menunjukkan contoh-contoh supaya murid-murid memahami maksud
corak daripada garisan yang bermacam-macam jenis.
Langkah 2.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan bebas asalkan corak mereka itu
baik dan tidak bercanggah dengan konsep MIB.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
27
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : Mereka dan Mencorak
Tajuk Aktiviti : Cetakan
Tema : Membuat cetakan yang bermotifkan alam semulajadi
Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat menghasilkan bentuk atau corak-
corak yang bermotifkan geometri.
Alatan/Media : Kertas Lukisan, cat air (water colour), berus warna yang sesuai,
kertas surat khabar lama, baju t-shirt lama atau pun apron,
pensil, pemberis dan lain-lain.
Perbendaharaan kata:
Kulit kayu, ubi kentang, kacang bend jari, tapak tangan, dan lain-lain.
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid tentang benda-benda atau sumber dari alam semulajadi
yang boleh dibuat sebagai bahan cetakan.
Penyampaian (isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh daripada pembungkus-pembungkus hadiah atau yang
lain mengandungi corak garisan yang berulang-ulang.
• Guru boleh menunjukkan contoh-contoh supaya murid-murid memahami maksud
cetakan daripada garisan yang bermacam-macam jenis.
Langkah 2.
• Guru menunjukcara bagaimana membuat cetakan menggunakan bahan-bahan yang
disediakan dengan mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan bebas asalkan cetakan mereka itu
baik dan mengikut konsep MIB.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
28
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : Mereka dan Mencorak
Tajuk Aktiviti : Rekaan
Membuat Kad Hari Jadi
Tema : Di akhir pengajaran murid akan dapat menghasilkan
Objektif :
Satu gubahan kad hari jadi yang bermotifkan daripada alam
semulajadi
dan menggunakan bahan-bahan yang terbuang sebagai hiasan.
Alatan/Media : Kertas Lukisan, cat air (water colour), berus warna yang sesuai,
kertas suratkhabar lama, baju t-shirt lama atau pun apron,
gunting,
bahan-bahan buangan sebagai kolaj, gum air, maker pen, dan lain-
lain
Perbendaharaan kata:
Kek hari jadi, lilin, belon, mee goreng, ayam, hadiah, dan lain-lain.
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid tentang benda-benda atau sumber dari alam semulajadi
yang boleh dibuat sebagai bahan cetakan.
Penyampaian (isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh daripada kad-kad hari jadi sebagai bahan
perbincangan dengan murid.
• Mengimbas kembali pengalaman lalu murid semasa merayakan sembutan hari jadi
sama ada di sekolah atau di rumah dan apa benda-benda yang terdapat semasa hari
jadi di adakan.
Langkah 2.
• Guru menunjukcara bagaimana membuat kad hari jadi menggunakan bahan-bahan
yang disediakan dengan mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan bebas asalkan kad hari jadi yang di
reka tidak bercanggah dengan konsep MIB.
29
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
30
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : Kerja Tangan
Tajuk Aktiviti : Model
Tema : Membentuk dan membina model mudah
Objektif : Di akhir pengajaran murid akan dapat memilih, memadan, menyusun
dan memanipulasi bahan secara kreatif.
Alatan/Media : Kertas tebal, kotak, plastisin, botol plastik, blok kayu, plostirena
dan lain lain
Perbendaharaan kata:
Kertas tebal, kotak, plastik, model dan lain-lain
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid tentang benda-benda atau sumber dari bahan terbuang
yang dapat digunakan untuk membuat model
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh gambar arca atau model yang dibuat daripada
bahan-bahan terbuang.
• Menunjukkan cara-cara menyusun dan mengatur bahan-bahan tadi secara kreatif
dan menunjuk ajar cara mencantumkan.
Langkah 2.
• Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan membuat secara
berkumpulan dan berbincang.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan bebas serta memerhatikan dan
mengutamakan soal keselamatan.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
31
Tahun :1
Masa : 1 jam
Bidang : Kerja Tangan
Tajuk Aktiviti : Seni Bentuk
Membuat mobail yang bermotifkan haiwan.
Tema : Di akhir pengajaran murid akan dapat membuat mobail yang
Objektif :
bermotifkan haiwan.
Alatan/Media : Tali, manila kad, gunting, Staple, dawai, gam silotep, ranting kayu
dan mana-mana alat atau bahan yang sesuai
Perbendaharaan kata:
Kucing, Tikus, Harimau, Beruang, Unta, Ikan Paus,Singa dan lain-lain
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid nama-nama binatang atau haiwan yang mereka tahu serta
berbincang tentang kehidupan dan habitat binatang tersebut.
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh gambar haiwan yang dipilih oleh guru dan
berbincang hiawan tersebut.
• Menunjukkan cara-cara membuat mobail kepada murid.
• Mengutamakan soal keselamatan semasa membuat kerja.
Langkah 2.
• Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan membuat secara
berkumpulan dan berbincang.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan bebas serta memerhatikan dan
mengutamakan soal keselamatan.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
32
Tahun : 1
1 jam
Masa : Kerja Tangan
Origami
Bidang : Haiwan
Di akhir pengajaran murid akan memahami kosep origami, membuat
Tajuk Aktiviti :
Tema :
Objektif :
rekaan secara lipatan, menghias rekaan dengan teknik tampalan
Alatan/Media : Kertas bersaiz A4 berbagai warna, gunting, gum serta bahan-bahan
yang boleh dibuat rekaan.
Perbendaharaan kata:
Katak, Kapal Terbang, Kapal Laut, Perahu dan lain-lain.
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid tentang origami yang mereka pernah buat.
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh model origami yang dibuat oleh guru.
• Menunjukkan cara-cara membuat lipatan dengan betul.
Langkah 2.
• Guru memerhati serta memberikan tunjukajar pada murid.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan cermat dan kemas.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
33
Tahun : 1
1 jam
Masa : Kerja Tangan
Anyaman ( membuat tikar mudah)
Bidang :
Tajuk Aktiviti :
Tema : Membuat anyaman mudah menggunakan jalur-jalur kertas.
Objektif : Memahami konsep asas membuat anyaman. Menghasilkan anyaman
mudah berdasarkan bahan asas dan bahan gentian.
Alatan/Media : Kertas warna, kertas daripada majalah, bahan gentian seperti daun
pandan, mengkuang atau pun rabin, gum, garisan gunting dan lain-
lain.
Perbendaharaan kata:
Memotong, mengaris, mengunting, melipat dan mencantum.
Pendahuluan:
Guru berbincang dengan murid tentang benda-benda atau sumber dari bahan terbuang
yang dapat digunakan untuk membuat anyaman
Penyampaian ( isi pelajaran)
Langkah 1.
• Menunjukkan beberapa contoh gambar anyaman atau tikar tempatan menggunakan
gambar atau objek sebenar.
• Menunjukkan cara-cara membuat anyaman mudah dengan menggunakan kertas
yang berwarna.
Langkah 2.
• Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan membuat secara
berkumpulan dan berbincang.
• Mengarah dan memberi galakan bekerja dengan tekun serta memerhatikan dan
mengutamakan soal keselamatan.
Penutup.
• Mempamerkan kerja-kerja yang telah siap dan melakukan perbincangan tentang
hasil kerja murid-murid.
34