KANDUNGAN MUKASURAT
6
LUKISAN DAN REKA BENTUK (TAHUN 6)
6
Pendahuluan
7
Matlamat
7
Objektif
8
Organisasi Kandungan
9
Strategi Pengajaran
10
Hasil pembelajaran Keseluruhan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6
12
Hasil pembelajaran Setiap bidang bagi Tahun 1 hingga Tahun 6
13
Objektif Pengajaran Tahun 6
18
Kandungan Sukatan pelajaran Lukisan Tahun 6
22
Penilaian
34
Panduan Guru
Contoh -contoh Persediaan mengajar Tahun 6
PENDAHULUAN
Sukatan Pelajaran Lukisan dan Reka bentuk Sekolah Rendah ini menyediakan
garispandu dan sukat-sukat pembelajaran yang membantu guru merancang pengajaran
berdasarkan kepada persekitaran dan kebolehan murid.
Pembahagian kepada tiga komponen utama Lukisan dan Reka bentuk termasuk
pengenalan Asas-asas teknologi adalah untuk memudahkan guru-guru merangka
strategi pengajaran dengan menentukan bidang-bidang dan aktiviti yang akan
dilakukan di dalam bilik darjah.
Tajuk-tajuk aktiviti yang disediakan di peringkat sekolah rendah (Tahun 1-6) adalah
disamakan. Guru-guru disarankan supaya membuat pilihan dan mengolah tajuk-tajuk
tersebut bagi menyesuaikan peringkat tahun, tema, umur dan persekitaran.
Pemilihan tema yang berlatar belakang kehidupan murid-murid dan persekitarannya,
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Diperingkat awal, pelajaran Lukisan dan Reka bentuk akan menumpukan pengajaran
asas kepada murid di Tahun Tiga dan Tahun Enam yang akan dimulakan pada tahun
2011.
MATLAMAT
Pendidikan Lukisan dan Reka bentuk adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
mengembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh untuk menghasilkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal serta
bertanggungjawab dan berakhlak tinggi. Selari dengan wawasan negara, ia juga turut
untuk menyumbangkan ke arah perkembangan potensi setiap individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu supaya individu itu dapat memenuhi
keperluan-keperluan kehidupan seharian serta mampu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang tinggi dalam era teknologi dan maklumat
Pendidikan Lukisan dan Reka bentuk bagi sekolah rendah adalah bertujuan
untuk:
Menyemai dan mengasuh kebolehan berfikir secara kreatif, imaginatif dan
inovatif.
Mendedahkan pelbagai pengalaman estetika yang dapat diadaptasikan kepada
pelbagai guna kemahiran hidup.
Membentuk perkembangan minda seni yang celik ilmu tanpa mengira aliran dan
jurusan pendidikannya.
Membantu meningkatkan pencapaian akademik melalui integrasi mata pelajaran
yang bersesuaian.
6
Menerokai pelbagai cabang pendidikan seni dengan berasaskan kepada
latarbelakang dan asas yang kukuh sejajar dengan keperluan dan kecanggihan
teknologi masa kini dan masa depan.
Menyalurkan kemahiran seni sebagai pewaris masa depan serta mempertahankan
seni warisan bangsa dan negara.
Mengasuh dan menanamkan semangat bersosial, bermasyarakat, berugama dan
bernegara yang tinggi berlandaskan falsafah negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Pendidikan Lukisan dan reka bentuk murid-murid di sekolah
Rendah akan dapat:
Mengenal unsur seni, prinsip seni dan istilah-istilah yang terdapat dalam
pendidikan Lukisan dan Rekabentuk.
Menggunakan media tradisi, kontemporari dan elektronik untuk menghasilkan
karya seni.
Menghasilkan produk seni melalui proses membuat gambar, mereka, mencorak dan
kraf tangan.
Mengamalkan pengetahuan dan pengalaman aktiviti seni dalam kehidupan harian.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dalam sukatan pelajaran ini memuatkan tiga tajuk besar seperti berikut;
Membuat gambar
Mereka dan mencorak
Kerja Tangan (Asas-asas Reka bentuk dan Teknologi)
Dalam ketiga komponen ini, isi kandungan pelajaran akan diperincikan dengan
menekankan kepentingan asas-asas seni dan huraian hasil pembelajaran bagi setiap
tajuk. Murid-murid akan diberikan kerja-kerja lukisan dan reka bentuk mengikut
kemampuan, kemahiran mereka dan tunjuk ajar dari tenaga pengajar.
7
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk memudahkan pelajar mengikuti pengajaran, guru-guru adalah berperanan
memberikan panduan dan sokongan kepada murid-murid dalam menghasilkan aktiviti-
aktiviti lukisan dan reka bentuk mengikut kemampuan mereka. Guru-guru hendaklah
membuat beberapa strategi pengajaran untuk memastikan bahawa murid-murid dapat
mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan.
Aktiviti-aktiviti dan kepelbagaian pembelajaran Lukisan dan Reka Bentuk yang dapat
diadaptasi ke dalam pengajaran guru-guru adalah seperti berikut:
1. Mencipta dan menggambar. (Create and Reflect)
Pendekatan ini membimbing murid-murid mempelajari bagaimana pelukis
mendapatkan idea, latihan melihat, latihan praktik menggunakan media dan belajar
secara positif dalam berbincang dan berinteraksi yang dihubungkaitkan antara karya
sendiri dan produk dari artis lain.
2. Memerhati dan menggambar. (Watch and Reflect)
Pemerhatian dan pengamatan akan menimbulkan kesan menggambar yang perlu
disuburkan secara sihat. Pendekatan ini akan memberikan peluang kepada murid-
murid untuk memerhati persekitaran, menonton television, melihat gambar-gambar
dan sebagainya untuk dihasilkan sebagai karya seni.
3. Mendengar dan tindakbalas. (Listen and Respond)
Penyertaan yang aktif dari penyediaan soalan-soalan yang berhubungkait dengan tajuk
pengajaran dapat membantu murid-murid menghasilkan karya seni yang bermakna.
Setiap murid diharapkan akan dapat
4. Membaca dan Menggambar. (Read and Reflect)
Dengan memilih bahan-bahan bacaan yang bersesuaian, murid-murid akan
menghasilkan karya seni berdasarkan bahan bacaan tersebut. Keupayaan menggambar
melalui bacaan perlu dalam pembelajaran Pendidikan Seni.
5. Mengajar dan Menggambar. (Teach and Reflect)
Dengan memperlihatkan kemahiran individu, secara langsung atau tidak akan dapat
mempengaruhi dan seterusnya memindah kemahiran tersebut kepada murid-murid
melalui demonstrasi yang betul. Kebebasan adalah diberikan kepada murid-murid
mendapatkan kemahiran tersebut bagi mengelakkan dari terlalu terpengaruh aliran
yang akan dituju.
8
HASIL PEMBELAJARAN KESELURUHAN BAGI TAHUN 1 HINGGA 6
· Memberikan peluang menggunakan bahan-bahan lukisan secara
bebas.
· Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej
sebenar secara bebas dari kreativiti sendiri.
· Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan
Teknik menggunakannya.
· Menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang dihasilkan.
· Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa
secara terancang
· Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan lukisan secara bebas.
· Memberikan peluang murid-murid menggambar berdasarkan imej
sebenar secara bebas dari kreativiti sendiri.
· Memberikan pengenalan bahantara Lukisan dan memberikan kebebasan Teknik
menggunakannya.
· Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan menggunakan
bahan lukisan secara gabungan.
9
HASIL PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG BAGI TAHUN 1 HINGGA 6
BIDANG HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT GAMBAR
Memberikan kebebasan menggunakan bahan-bahan
MEREKA DAN lukisan secara bebas.
MENCORAK
Memberikan peluang murid-murid menggambar
berdasarkan imej sebenar secara bebas dari kreativiti
sendiri.
Memberikan pengenalan bahantara lukisan dan
memberikan kebebasan teknik menggunakannya.
Dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej
melalui garisan dan rupa secara terancang.
Dapat menggunakan bahan lukisan secara bebas dan
menggunakan bahan lukisan secara gabungan.
Mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan dan teknik
dalam asas menggunakan.
Menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai
bahan serta teknik.
Dapat menggunakan berbagai corak samada yang
bercorak organic atau geometri dalam menghasilkan
kolaj.
Memahami konsep motif.
Menghasilkan motif secara gurisan dan garisan dengan
spontan.
Menghasilkan corak dengan pelbagai cara seperti:
memotong, melipat, menggunting, menampal, menekap,
mencarik atau mengoyak dan menyusun.
Menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh
didapati dipersekitaran.
Menghasilkan gubahan corak mudah daripada motif yang
dihasilkan.
Mengumpul hasil kerja murid untuk member imbalbalik
tentang hasil kerja mereka.
Dapat membentuk dan membuat binaan dengan
menggunakan pelbagai bahan.
Menggunakan bahan kutipan dan objek alam yang sesuai
untuk membentuk dan membuat corak dan cetakan yang
berdasarkan kepada: memotong, mencantum,
menempal, menghias dan menyusun.
10
BIDANG HASIL PEMBELAJARAN
KERJA TANGAN Menghasilkan binaan yang berfungsi berdasarkan kemahiran:
Memotong, Mencantum, Menempal, Menghias, Menyusun.
(Asas-asas Reka
Membuat pameran dan persembahan hasil kerja murid
bentuk dan
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam
Teknologi) membentuk dan membuat binaan.
Menghasilkan binaan dengan taknik lipatan,guntingan,
cantuman koyakan.
Menghasilkan kraf tradisional secara mudah dengan
menggunakan bahan asas.
Meneroka motif, bentuk dan corak yang mudah dalam
penghasilan kraf tradisional.
11
Objektif Pengajaran Tahun 6
Pada akhir pembelajaran di Tahun Enam murid akan dapat:
Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari,
Mengenal dan menggunakan elemen asas lukisan dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya secara kreatif,
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan
teknik untuk menghasilkan sesuatu kerja seni,
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni,
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri,
kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan,
Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan,
Menggabungkan pelbagai alat dan bahan dan teknik dalam penghasilan seni
secara kreatif dan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha
mewujudkan idea yang kreatif.
12
SUKATAN PELAJARAN LUKISAN DAN REKA BENTUK TAHUN 6
6. MEMBUAT GAMBAR
6.1. LUKISAN
a. Membuat gambar pemandangan dengan memasukkan bangunan, kenderaan,
tumbuhan, binatang dan orang dengan menekankan bentuk, warna dan
gubahan.
Menggunakan warna-warna yang menarik dan sesuai seperti pensel, pensel
warna pastel dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Kampong Ayer .
Bangunan-bangunan.
Mimpi yang dialami oleh murid.
Lumba Perahu.
Hari Kebesaran Islam.
Khayalan.
b. Melukis benda, tumbuhan dan hidupan.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Pasu.
Teko atau cawan.
Buah-buahan tempatan.
Bunga.
Ikan.
6.2. CATAN
a. Membuat catan menggunakan bahan-bahan warna seperti warna poster, warna
cat, warna kapur dan cat minyak.
Lukisan catan untuk penggunaan warna dan alatan yang bebas seperti berus,
kayu, sisir, berus kasar, semburan dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Pesta sukan.
Perayaan hari kebangsaan.
Sukan di Stadium
Bermain bolasepak.
13
Waktu senja.
Waktu malam.
Berkelah di pantai.
6.1.3. KOLAJ
a. Membuat gambar kolaj daripada bahan-bahan dan alatan yang bersesuaian
seperti potongan kain, kertas, suratkhabar, plastik warna, pembungkus hadiah,
pembungkus makanan ringan/keropok, bulu ayam, ranting kayu, daun-daun
kering, batu-batu kecil, rumput-rumput kering dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Lukisan landskap.
Abstrak.
Lukisan berkumpulan.
Buah-buahan.
Binatang ternakan.
b. Membuat mozek daripada bahan-bahan terbuang seperti kertas, batu-bata,
pecahan jubin, potongan papan, kulit kerang kecil dan besar, dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangankan adalah seperti berikut:
Ikan dan kerang.
Burung-burung.
Bunga-bungaan.
Bangunan dan lain-lain.
c. Membuat lukisan besar (mural).
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Alatan muzik tradisional.
Kegiatan di Bandar.
Tarian asli Brunei.
14
6.2. MEREKA DAN MENCORAK
6.2.1. CORAK
Membuat corak dengan menggunakan alatan berus kecil, berus besar, span, alat
semburan dan lain-lain.
Tajuk-tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Corak yang bermotifkan rekaan kanak-kanak.
Corak yang bermotifkan bentuk-bentuk geometri.
Corak daripada alam semulajadi.
6.2.2. CORAK/MENGECAP/MEMBATIK
Mengecap daripada bahan-bahan khas seperti papan lino atas kain untuk alas meja
dan lain-lain.
Ikatan dan celup untuk hiasan alas meja, baju, saputangan, tudung kepala dan
plain-lain.
Asas membatik dengan lilin dan pewarna.
6.2.3. SENI REKA HURUF
Mempelajari berkenaan pembentukan huruf Roman dan tulisan jawi. Melukis poster,
kulit buku, kad jemputan dan lain-lain. Melukis poster papan tanda, alamat rumah
dan lain-lain menggunakan tulisan jawi dan rumi.
6.3. KERJA TANGAN
6.3.1. MEMBUAT MODEL
Membuat model sekolah.
Membuat model masjid.
Membuat model gerbang.
Membuat bentuk tanglung.
6.3.2. SENI ARCA
Arca daripada potongan kayu, papan, kotak-kotak kosong, tin,botol plastik dan lain-
lain.
Mobail daripada daun, kertas palstik dan lain-lain. (motifnya ialah
haiwan/kenderaan).
15
6.3.3. PERTUKANGAN BUKU
Menjilid buku berkult lembut.
Membuat jilid album.
Membuat folio untuk menyimpan bahan lukisan.
Menjilid buku-buku rosak.
6.3.4. ANYAMAN TENUNAN/SULAMAN
Mengajar tenunan menggunakan pemidangan mudah untuk membuat ambal, alas kaki
dan lain-lain daripada bahan-bahan terbuang seperti tali, perca kain dan lain-lain.
Menganyam berjenis-jenis ketupat yang mudah daripada daun, reben dan lain-lain.
6.3.4. LIPATAN
Mengenalkan lipatan origami yang mudah untuk membuat burung, katak, itik dan lain-
lain. Lipatan yang mudah untuk kegunaan harian seperti lipatan membuat kotak,
lipatan membuat beg kertas.
Lipatan dan guntingan untuk membentuk tiga dimensi.
Tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Kad.
Corak tiga dimensi.
Burung.
Bunga-bungaan dan lain-lain.
6.4. PEMAHAMAN DAN PENGHARGAAN.
6.4.1. BUATAN MANUSIA.
(A). LUKISAN.
(i) Mengumpulkan hasil kerja murid yang telah siap.
Penghargaan seni:
(a) Membingkai/ menyimpan di dalam folio.
(b) Mempamerkan pada sudut tertentu/ papan pamer yang
sesuai.
(c) Membubuh nama pelukis (murid) dan biodata ringkas.
(d) Bercerita tentang gambar yang telah dilukis.
16
(ii) Mengumpulkan hasil-hasil kerja orang lain.
Penghargaan seni:
(a) Membingkai/ menyimpan di dalam folio.
(b) Mempamerkan pada sudut tertentu/ papan pamer yang
sesuai.
(c) Membubuh nama pelukis (murid) dan biodata ringkas.
(d) Bercerita tentang gambar yang telah dilukis.
(B) KRAF TANGAN.
Mengumpulkan hasil kerja pilihan.
- Meletakkan dan menyusun kraf tersebut sebagai bahan
pameran.
- Bercerita tentang kraf yang dipamerkan.
6.4.2. ALAM SEMULA JADI (NATURAL ENVIRONMENT)
Objek mudah yang terdapat di persekitaran murid.
Misalnya:
(i) Daun, bunga, buah dan lain-lain.
(ii) Kulit-kulit siput.
(iii) Rama-rama, kumbang, burung dan lain-lain.
Penghargaan seni:
- Objek/ bahan yang dikumpulkan akan diawet/ dipamer/
dibingkai dan disimpan sebagai koleksi individu/ bilik darjah.
- Menggubah menjadi gubahan yang menarik.
- Setiap koleksi akan dilebal dan dituliskan diskripsi yang
bersesuian.
- Dilukis/ dijadikan photo sebagai bahan simpanan dan
rujukan.
- Membina taman mini di kawasan sekolah.
6.4.3. LAWATAN.
Mengadakan lawatan ke tempat yang sesuai.
Misalnya:
- Bangunan menarik.
- Taman rekreasi.
Dan lain-lain.
17
PENILAIAN
Penilaian adalah perlu disetiap akhir pengajaran Lukisan dan Reka bentuk kerana
ianya adalah sebagai panduan yang dapat menyatakan dengan jelas tahap dan
kriteria yang bersesuaian dengan umur akal dan pertumbuhan kanak-kanak.
Penilaian juga dapat menjelaskan kesahihan, ukuran menyeluruh dan kesaksamaan
yang berhubungkait dengan pembelajaran kanak-kanak.
Sebagai langkah mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, penilaian
perlu dilaksanakan untuk menaksir pencapaian hasil kerja guru dan murid berdasarkan
kepada ketentuan objektif pengajaran yang perlu dicapai pada setiap akhir
pengajaran.
Dalam melaksanakan penilaian yang terancang sejajar dengan objektif pengajaran,
guru-guru akan memperolehi pelbagai maklumat yang dapat membantu mereka untuk:
Mengesan pemerolehan yang diharapkan.
Merancang dan menentukan kemahiran seterusnya yang perlu ditingkatkan.
Memantau kelemahan-kelemahan yang ada sama ada dari segi penyampaian
guru sendiri atau kefahaman murid.
Mengenalpasti perbezaan pencapaian dan kebolehan murid-murid.
Mempersiapkan kaedah-kaedah yang bersesuaian dalam merancang pengajaran.
Dengan memperolehi beberapa maklumat tertentu dari dapatan penilaian tersebut,
adalah lebih mudah bagi guru Lukisan dan Reka bentuk untuk menentukan halatuju
objektif pengajarannya.
Terdapat berbagai kaedah menaksir dan menilai dalam pembelajaran Lukisan dan
Reka bentuk di sekolah rendah. Diantaranya ialah:
Penilaian Portfolio.
Penilaian Berterusan berasaskan sekolah.
Peperiksaan Sekolah.
Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.
a. Penilaian Portfolio.
Keperluan memiliki sebuah folio adalah diwajibkan bagi setiap murid-murid di sekolah
rendah. Folio tersebut hendaklah merupakan sebuah folio yang tahan lasak dan boleh
18
digunakan dalam jangka masa yang panjang iaitu dari peringkat Tahun 1 hingga
Tahun 6.
Semua kerja-kerja murid yang telah dihasilkan sepanjang tahun persekolahan
mengikut peringkat darjah masing-masing.
Kaedah penilaian dan penyimpanan folio ini perlu difahami guru kerana ianya adalah
sebahagian dari Kurikulum Lukisan dan Reka bentuk. Folio ini akan dibawa bersama ke
mana sahaja murid tersebut bersekolah untuk memudahkan guru berkenaan
mengetahui pembelajaran murid tersebut dan pencapaian yang diperolehinya.
Untuk memudahkan mengumpul markah yang diperolehi, markah-markah yang
diperolehi direkodkan dan dilampirkan bersama folio tersebut.
b. Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)
Merujuk Buku Panduan Penilaian Berterusan Sekolah Rendah, Jabatan Perkembangan
Kurikulum, Tahun 1999 bahawa mata pelajaran Lukisan dan Reka bentuk juga akan
melaksanakan bersama-sama dengan mata pelajaran yang lain seiring dengan mata
pelajaran Lukisan dan Kerja Tangan sebelumnya.
Untuk lebih mudah memahami pelaksanaan penilaian ini dikendalikan oleh guru-guru,
berikut disediakan cadangan borang pemarkahan yang akan digunakan dalam menilai
pencapaian murid-murid mengikut kekerapan dan bidang aktiviti yang dilaksanakan
pada tempoh tertentu.
Kekerapan Nilai Markah Markah diperolehi
Penilaian 1 (Membuat Gambar)
Penilaian 2 (Mereka dan Mencorak)
Penilaian 3 (Kraftangan)
Penilaian 4 (Projek)
Jumlah Penuh
Penilaian yang dilaksanakan berdasarkan kepada kerja-kerja mingguan atau bulanan. Markah
yang diperolehi akan dikumpul diakhir bulan untuk direkodkan kedalam buku persediaan
mengajar guru.
Perlu diingat bahawa kaedah memarkah dalam Lukisan dan Reka bentuk tidak serupa
dengan penilaian mata pelajaran yang lain. Sebagai langkah awal, guru-guru Lukisan
dan Rekabentuk seharusnya perlu mengetahui beberapa perkara utama dalam
membuat penilaian hasil karya seni terutama di peringkat sekolah rendah.
19
Dengan memahami setiap perincian perkara-perkara yang akan dinilai, seorang guru
Lukisan dan Reka bentuk akan lebih mudah untuk membantu meningkatkan hasil kerja
murid-murid dan memperbaiki kelemahan mereka.
Berikut dinyatakan kaedah penilaian dan pengagihan markah yang diberikan
berdasarkan beberapa perkara utama dalam membuat penilaian sebuah karya seni
sama ada untuk keperluan peperiksaan atau penghakiman.
PERKARA MARKAH PENUH MARKAH DAPAT
Fahaman Tajuk pelajaran 10
(Understanding) Isi Kandungan (Contents) 30
Kemahiran Teknik (Technique)
(Skills) Bahan (Tools)
Unsur Seni (Art Garisan (line), Rupa 20
20
Elements) (shape), Warna (colour),
Bentuk (form), Jalinan
(texture), ton (tone) dan
Ruang (space)
Prinsip Rekaan Harmoni (harmony), Kontra
(Principles of (contrast), Penegasan
Design) (emphasis), Imbangan
(balance), Irama (rhythm)
dan Pergerakan
(movement), Kepelbagaian
(variety), Kesatuan (unity).
Gubahan dan Keaslian (originality),
Komposisi (designs Kualiti (quality), Gubahan 20
& composition) (Designs), Kebersihan
(cleanliness), Kekemasan
(tidyness).
JUMLAH 100
Dari format pemarkahan di atas, penekanan penilaian banyak ditumpukan kepada
kemahiran (teknik dan bahan). Penekanan pada bidang ini sebenarnya banyak
memberi peluang kepada murid-murid menumpukan kepada kreativiti individu dan
penguasaan bahan yang sebenarnya. Dari penguasaan bahan, seseorang murid akan
20
dapat mempamerkan pelbagai teknik yang menghasilkan kemahiran-kemahiran dan
karya yang berkualiti.
Untuk lebih memudahkan format pemarkahan di atas difahami oleh guru-guru,
cadangan untuk mengadakan bengkel khusus dalam pemarkahan akan diadakan.
c. Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi.
Kemahiran mengkritik dan berkomunikasi menggunakan istilah atau bahasa seni
adalah diperlukan pada setiap murid-murid yang mempelajari Lukisan dan Reka
bentuk. Kemahiran ini perlu diterokai untuk membantu setiap individu mendapat
faedah daripadanya terutama dalam memahami makna seni dan estetika.
Untuk mengetahui pencapaian dan kemahiran dalam bidang ini interaksi lisan yang
berbentuk temuduga, soaljawab lisan dan bercerita adalah diperlukan.
Bagi memastikan setiap penilaian dapat disemak dan diteliti semula, adalah
disarankan supaya setiap aktiviti temuduga, soaljawab dan bercerita perlu dicatat
sama ada melalui catatan ringkas atau menggunakan senarai semak bagi memastikan
setiap pemerolehan direkodkan. Untuk memudahkan, guru disarankan supaya
mengolah sendiri bentuk borang semakan masing-masing sesuai dengan keperluan dan
dapatan yang akan diperolehi.
Selain dari interaksi lisan, analisa terhadap “scrap book” juga boleh membantu murid-
murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Keadaan ini berlaku kerana di dalam
“scrap book” banyak menceritakan beberapa idea spontan, masaalah-masaalah yang
tersembunyi dan imaginasi yang tidak disampaikan kepada orang lain.
21
PANDUAN TAHUN 6 BAHAN/ALATAN/CATATAN OBJEKTIF CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
GURU
TAJUK Kertas lukisan, oil pastel, Di akhir pelajaran murid- • Murid melakar • Memberikan kebebasan
BIDANG PELAJARAN krayon, pensil warna, murid akan dapat: gambar ayam dan menggunakan bahan
magic pen anaknya dari lukisan.
MEMBUAT Buah-buahan • Melakar gambar imaginasi murid
GAMBAR tempatan buah-buahan sendiri. • Memberikan peluang
tempatan dengan kepada murid untuk
• Lukisan kreatif. • Murid melakar gambaran imej secara
gambar ayam dan bebas dari kreativiti
• Menggunakan anaknya dari sendiri.
teknik pointilism gambar sebenar.
• Memberikan peluang
dalam mewarna. melukis berpandukan
gambar sebenar.
• Menghasilkan karya
yang kreatif.
22
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PELAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT Suasana waktu Di akhir pelajaran Kertas lukisan, pensil HB, • Murid melukis • Memberikan
GAMBAR malam murid akan dapat: pensil warna, krayon/lilin, suasana ringkas pengalaman
warna air, berus pelbagai suasana diwaktu menggunakan bahan
• menghasilkan saiz, bekas air malam tepi pantai, warna air.
gambar suasana sungai, Bandar raya
• Catan waktu malam atau sebagainya. • Memberi pengalaman
dengan teknik mewarna
menggunakan • Murid melukis dari dengan menggabung
teknik gabungan gambar – gambar/ bahan warna air
catan dan warna poskad/ imaginasi. dengan lilin/krayon
crayon/ lilin (wax (mixed media)
resist). • Mewarna
menggunakan
gabungan media
(warna air dan
lilin/krayon.
23
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEMBUAT ‘Kolaj Abstrak’ Di akhir pengajaran, Kertas bekas bungkus • Membuat aktiviti Selain melatih konsep
GAMBAR murid akan dapat: hadiah yang berwarna • secara berpasangan. kerjasama (berpasangan),
warni, pembaris, gunting, mereka diberi pendedahan
• Kolaj • Menentukan pensil, gam untuk • Murid membawa baru unutk menghasilkan
Tampalan susunan motif, pelekat,kad manila sendiri kertas bekas sejenis kolaj abstrak teknik
memilih ton/tema sebagai latar belakang dan bungkus hadiah & kad tampalan kertas bekas
warna & ukuran lain-lain bahan yang manila. bungkus hadiah yang
kertas sebagai diperlukan semasa aktiviti berwarna-warni.
bahan tampalan tampalan. Mereka diberi
(kertas), melekat kebebasan untuk
gam & memilih susunan
menampalnya di motif, ton warna &
atas permukaan ukuran kertas, teknik
yang disediakan potongan (koyakan
sehingga terhasil atau dipotong dengan
sebuah karya kolaj gunting)
tampalan abstrak
yang kreatif.
24
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PELAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEREKA DAN 1.Teknik Resis Di akhir pelajaran Lilin, krayon, kertas • Murid melukis • Menggunakan bahan
MENCORAK murid akan dapat: lukisan, warna poster corak yang lilin dank rayon untuk
menarik dengan menghasilkan caorak
Corak/ • Menguasi menggunakan lilin batik dengan teknik
mengecap/ kemahiran atau krayon resis.
membatik menghasilkan berwarna di atas
corak batik kertas lukisan. • Menghasilkan corak
dengan teknik Kemudian sapukan batik yang kreatif.
resis yang mudah. warna yang sesuai
dengan
• Menggunakan menggunakan
bahan lilin dan berus yang
krayon dalam lembut.
penghasilan corak
batik • Lilitkan benang
atau tali dan
warnakannya
dengan hitam atau
warna lain yang
sesuai. Kemudian
gelekkan tin di atas
permukaan kertas
untuk menghasilkan
corak jalinan.
25
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
PELAJARAN
• Menguasai asas teknik
MEREKA DAN 2. Ikat dan celup • Menguasai • Kain putih, ‘Dylon Murid menggunakan batu membatik
MENCORAK (tie end dye) kemahiran Cold Dye atau Dylon dan sapit kain untuk
kepelbagaian Hot Dye’, batu, guli, diikat pada kain untuk • Menghasilkan coark
• Alas meja cara mengikat sapit, kain, gelang menghasilkan corak yang dengan pelbagai cara
kain seperti getah, paper clip, berlainan. ikatan
• Corak/ simpul, lipatan,
mengecap/ jahitan dan air, baldi • Menghasilkan
ikatan. campuran warna yang
membatik menarik
• Menggunakan
warna asas untuk
mendapatkan
lebih dari satu
warna.
26
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PELAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEREKA DAN Menghasilkan corak Di akhir pengajaran, • Template huruf • Berbincang dan Menyusun template 5 huruf
MENCORAK rekaan seni huruf murid-murid akan • Kertas lukisan bersoaljawab mengenai yang dipilih menjadi satu
rumi dapat; • Pensel warna dengan jenis-jenis corak yang menarik
• Seni Reka
bentuk • Menggunakan garisan seperti beralun,
template 5 huruf berlingkar dan
yang mereka pilih
dan disusun di atas sebagainya yang boleh
kertas lukisan dan menimbulkan corak.
dilukis outline nya
• Menunjukkan bahan-
• Menghasilkan corak bahan dan teknik-teknik
bersambung dan yang sesuai yang akan
berulang
menggunakan huruf mereka gunakan dalam
yang dipilih tadi menghasilkan rekaan
huruf menggunakan
berbagai corak.
• Murid-murid diberi
peluang untuk mencuba
teknik-teknik yang
ditunjukkan
menggunakan bahan dan
media minggu ini.
• Menerangkan semula
kepada murid-murid
jenis aktiviti dan media
yang digunakan.
27
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PELAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
MEREKA DAN Corak ialah susunan Di akhir pembelajaran Kertas lukisan, kertas • Susunan • Memahami konsep
MENCORAK atau gubahan sesuatu murid akan dapat; warna, pensil, gunting, motif
motif. Motif-motif gum, pembaris, warna pen, • Tebukan dan
.Corak boleh didapati daripada • Membuat corak berus, acuan, warna tampalan • Mengenal motif
bentuk sekeliling kita. alam semulajadi poster, warna krayon, daun melalui elemen
Pada akhir seperti bunga, kering, kertas suratkhabar • Petak rekaan unsure seni
pembelajaran murid- daun dan
murid akan dapat: hidupan seperti • Tekanan • Menyusun motif
binatang, untuk menghasilkan
• Menghasilkan serangga, ikan • Lipatan dan corak.
corak-corak dan lain-lain. guntingan
yang cantik dan • Menghasilkan kesan
kreatif dengan • Mereka corak • Komputer corak dengan
menggunakan dengan menggunakan
teknik mudah. bermotifkan pelbagai alat, bahan
rekaan kanak- dan teknik.
• Mengenal motif- kanak sepeti
motif dari permainan,
bentuk-bentuk abstrak, kereta
mudah. ajaib dan lain-
lain.
• Menghargai hasil
kerja sendiri. • Mereka corak
dengan
bermotifkan
bentuk-bentuk
geometri seperti
bulat, bujur,
persegi, segitiga
dan lain-lain.
28
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PENGAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
KERJA TANGAN Membuat Sampul surat Di akhir sesi Kertas berukuran A-4 yang • Membuat aktiviti Selain latihan berdikari
untuk menghasilkan
• Origami pengajaran, murid akan berwarna warni, secara individu. sampul surat sendiri,
(Lipatan Mudah) memberi pendedahan
dapat: pembaris, gunting, pensil, bahawa sampul surat
tidak perlu dibeli di
gam untuk pelekat dan • Murid membawa kedai (boleh dibuat
sendiri).
• Membuat ukuran lain-lain bahan yang sendiri kertas
__ sm x __ sm, diperlukan semasa aktiviti
ini. warna berukuran
memotong,
A-4
melekat gam,
menampal garis • mereka diberi
tepi sampul kebebasan untuk
surat yang memilih warna,
berwarna-warni ukuran & jumlah
selain . sampul surat.
• Menghasilkan
satu atau lebih
sampul surat
mereka sendiri.
29
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK PENGAJARAN OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
KERJA ‘PENANDA BUKU’ Di akhir sesi Kertas berjalur panjang • Membuat aktiviti Selain latihan berdikari
TANGAN (BOOK MARK) pengajaran, murid yang berwarna-warni untuk menghasilkan
akan dapat: secara individu. penanda buku sendiri,
.Anyaman berukuran 2sm x 30sm, mereka diberi pendedahan
• Membuat ukuran bahawa penanda buku
kertas __ sm x __ kertas bekas majalah • Murid diberi peluang buatan tangan sendiri lebih
sm, menggaris, diapresiasi.
memotong, (untuk latihan), pembaris, untuk menentukan
melipat, menjalin
sehingga terhasil gunting, pensil, gam untuk ukuran, saiz penanda
sekeping penanda
buku beranyam pelekat, ribbon dan lain- buku mereka sendiri
yang inovatif.
lain bahan yang dperlukan selain
semasa aktiviti anyaman teknikdekorasinya.
ini.
30
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
KERJA TANGAN Peralatan dapur: Di akhir pengajaran Kertas ‘kikik’/kertas yang • Membuat Dapat mempelajari
• ORIGAMI Alas pinggan/ alas murid akan dapat: bersesuaian
periuk/ dekorasi anyaman untuk kaedah dan teknik
a. Anyaman • Corak kelarai menghasilkan anyaman dalam
mata bilis. satu menghasilkan sesuatu
corak/kelarai corak/kelarai yang
yang dijadikan dikehendaki.
peralatan dapur
sebagai contoh
alas periuk.
b. Kikik Membuat kikik Di akhir pengajaran Batang lidi/rotan yang • Membuat kikik Dapat menghasilkan
mudah seperti: murid-murid akan telah dibelah nipis-nipis yang mudah sebuah kikik dengan
dapat menghasilkan (jika diperolehi) dengan mengunakan kaedah dan
• Kikik lipat sebuah kikik yang menggunakan teknik yang mudah.
mudah batang lidi dan
• Kikik
jangkang • Kertas warna kertas ‘kikik’
• Kikik bilis • Jalur-jalur
kertas warna
• Gambar
bersesuaian
31
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK OBJEKTIF BAHAN/ALATAN/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
PELAJARAN
• Murid – murid boleh
KERJA TANGAN Seni arca bentuk Di akhir pembelajaran Botol plastik, straw, gelas Murid –murid boleh mencipta model mini
• Seni arca abstrak murid-murid akan plastik,’glue gun’, bahan menggabungkan teknik arca abstrak.
dapat; kolaj, poster colour, kolaj dan catan pada
berus, mangkuk air dan bahan binaan arca • Murid-murid
• Membina sebuah lain-lain. menggunakan bahan menggunakan bahan
model arca kitar semula. kitar semula sebagai
abstrak yang kreativiti seni.
kreatif.
32
PANDUAN TAHUN 6
GURU
BIDANG TAJUK OBJEKTIF BAHAN/ALAT/CATATAN CADANGAN AKTIVITI HASIL PEMBELAJARAN
PEMAHAMAN DAN 1. Menghargai Di akhir pembelajaraan Kertas Manila, Pensil, • Guru menerangkan Murid akan sentiasa
PENGHARGAAN bahan lukisan murid akan dapat; Gam
dan kerja dan memberikan mengumpul dan menghargai
tangan. • Untuk contoh fail/folio seni.
membiasakan
pelajar yang sudah ada.
mengumpul kerja
2. Membuat sendiri. • Membuat beberapa
Folio/folder
• Membiasakan diri cara untuk melipat
pelajar sentiasa
menghargai kerja dan mengam kertas
sendiri dan orang
lain. Manila mengikut
sukatan yang
dikehendaki.
• Membuat fail
/folio dengan
menggunakan
Kertas Manila yang
dijadikan ‘folder’
dan sebagainya.
33
CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR LUKISAN DAN REKA BENTUK TAHUN 6
TAHUN 6
Bidang: MEMBUAT GAMBAR
Tajuk Aktiviti:
Masa: Catan
Tema:
Objektif: 1 jam
Suasana waktu malam
Di akhir pelajaran murid akan dapat:
Menghasilkan gambar suasana waktu malam dengan menggunakan teknik
gabungan catan dan warna krayon/lilin (wax resist)
Alatan/Media: Kertas lukisan, pensel HB, Krayon/lilin, warna air, berus pelbagai saiz dan
bekas air.
Perbendaharaan kata: Pokok‐pokok, sungai/laut, rumput‐rumput, rumah, bulan, dan lain‐lain.
Pendahuluan: Guru terlebih dahulu berbincang dengan murid‐murid tentang suasana waktu
malam, keadaan gelap, cahaya bulan, bintang, lampu dan sebagainya.
Langkah 1:
Langkah 2:
Tunjukkan cara melakar ringkas kemudian tunjukkan cara melukis
menggunakan lilin dan krayon sebagai pantulan cahaya bulan.
Tunjukkan cara mewarna dan mencampur biru gelap, kelabu, kunung
dan sebagainya.
Arah murid untuk membuat lakaran ringkas dan mewarna. Perhatikan
dan bombing murid jika perlu.
Pamerkan kerja‐kerja yang sudah siap dan lakukan perbincangan tentang hasil
kerja murid.
34
TAHUN 6
Bidang: MEMBUAT GAMBAR
Tajuk Aktiviti:
Masa: Kolaj
Tema:
Objektif: 1 jam
Alatan/Media: Kolaj Abstrak
Di akhir sesi pengajaran, murid secara berpasangan dijangka akan dapat;
Menyediakan sekeping kad manila sebagai latar belakang karya kolaj
tampalan, memilih ton warna kertas bekas bungkus hadiah (wrapping paper),
megestimasi ukuran kertas, menyusun, melekat gam dan menampalnya di
atas permukaan yang disediakan sehingga terhasil sebuah karya kolaj abstrak
yang kreatif.
Kertas bekas bungksu hadiah yang berwarna‐warni, pembaris, gunting,pensil,
gam untuk pelekat, kad manila, sebagai latar belakang, dan lain‐lain bahan
yang diperlukan semasa aktiviti tampalan.
Perbendaharaan kata: Ton, tema warna, estimasi, bekas pembungkus hadiah, kad manila, abstrak
dan lain‐lain lagi.
Pendahuluan: Sambil mempamerkan beberapa jenis lukisn ‘kolaj abstrak’, bersoal‐jawab
Langkah 1: dengan murid bagaimana ianya dihasilkan sambil menjelaskan beberapa
Langkah 2: perkataan/sengkatan kata yang sukar difahami.
Langkah 3:
Penutup: Tunjukkan beberapa gaya susunan abstrak, ukuran tampalan dan pilihan
ton/tema warna: warna‐warni, warna pastel, warna kontra atau warna
harmoni.
Demonstrasi dan terangkan proses menghasilkan satu karya kolaj abstrak dari
peringkat awal hingga akhir di atas permukaan kad manila.
Murid diarah untuk menghasilkan aktiviti secara berpasangan, menyediakan
alat dan bahan serta berbincang menganai teknik susunan, ukuran kertas
yang ditampal, teknik potongan kertas dan ton/tema warna yang dipilih.
Murid secara berpasangan menghasilkan kolaj abstrak sehingga masa
diperuntukkan tamat.
35
TAHUN 6
Bidang: MEREKA DAN MENCORAK
Tajuk Aktiviti:
Masa: Corak
Tema:
Objektif: 1 jam
Alatan/Media: Corak daripada alam semulajadi
Di akhir pengajaran, murid‐murid akan dapat;
Menghasilkan corak‐corak menggunakan teknik mudah yang
bermotifkan alam semulajadi.
Menghargai hasil kerja sendiri.
Kertas lukisan, gambar‐gmbar dari internet, pen marker, warna poster, berus
warna yang sesuai, apron dan lain‐lain.
Perbendaharaan kata: Bunga Mawar, Daun Puding, Kumbang dan lain‐lain.
Pendahuluan: Guru dan murid‐murid berbincang dan bersoal‐jawab mengenai alam
Langkah 1: semulajadi dan bentuk‐bentuknya.
Langkah 2: Guru juga boleh memperlihatkan gambar‐gambar yang berkaitan
Penutup: dengan koleksi persendirian.
Guru memperlihatkan beberapa contoh hasil kerja mengenai tajuk.
Guru menerangkan dan berbincang mengenai contoh hasil kerja
kepada murid‐murid mengenai bahan yang digunakan.
Guru menunjukcara dalam menghasilkan tajuk pembelajaran kepada
murid‐murid.
Lakarandengan susunan pilihan semulajadi yang kreatif dan pelbagai
warna menggunakanmarker pen pada ruang motif semulajadi,
sembur warna poster dengan berus yang sesuai di permukaan kertas
lukisan.
Guru mengarah dan mengalak murid‐murid berkerja dengan bebas
dalam menghasilkan corak yang bermotifkan semulajadi.
Guru memantau dan memerhati semasa murid‐murid membuat kerja.
Guru mempamerkan hasil kerja murid yang telah siap di papan pameran.
Perbincangan tentang hasil kerja murid dalam proses apresiasi seni.
36
TAHUN 6
Bidang: MEREKA DAN MENCORAK
Tajuk Aktiviti:
Masa: Membatik dengan teknik ikat dan celup
Tema:
Objektif: 1 jam
Alatan/Media: Corak tidak terancang
Mengenali alat dan bahan untuk menghasilkan corak batik dengan teknik
ikatan dan celupan.
Menghasilkan corak batik dengan teknik ikatan dan celupan.
‘Dye’, kain kapas warna putih, baldi, guli, gelang getah, batu, garam, air panas.
Perbendaharaan kata: Celup, ikat, batik, corak.
Pendahuluan: Guru berbincang dengan murid tentang batik yang telah dihasilkan dengan
Langkah 1: teknik ikatan dan celupan.
Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan dalam aktiviti ini
Langkah 2: Guru menunjukkan langkah untuk membuat batik dengan teknik ikat dan
celup:
Langkah 3: Ikat batu/guli pada kain.
Penutup: Celup kain di dalam ‘dye’ yang telah dilarutkan dengan air panas.
Angkat kain dan bairkan kering.
Seterika kain supaya kemas.
Ketua kumpulan mengambil alat dan bahan.
Murid‐murid membuat aktiviti ikat dan celup.
Guru member bantuan kepada semua kumpulan.
Membincangkan dan mempamerkan hasil kerja murid.
Membersihkan bilik darjah.
37
TAHUN 6
Bidang: KERJA TANGAN
Tajuk Aktiviti:
Origami
Masa:
Tema: 1 Jam
Objektif:
Sampul Surat
Alatan/Media:
Di akhir sesi pengajaran, murid secara individu dijangka akan dapat;
Membuat ukuran __sm x __sm, memotong, melekat gam, menampal garis
tepi sampul surat yang berwarna‐warni selain Berjaya menghasilkan satu atau
lebih sampul surat mereka sendiri.
Kertas ukuran A4 yang berwarna‐warni, pembaris, gunting, pensil, gan untuk
pelekat, dan lain‐lain bahan yang diperlukan semasa aktiviti ini.
Perbendaharaan kata: Ukuran/estamasi, sentimeter,garisan tepi, sampul surat dan lain‐lain.
Pendahuluan: Sambil mempamerkan beberapa sampul surat komersial, buka perbincangan
sama ada ianya boleh dihasilkan sendiri atau sebaliknya?
Langkah 1:
Jelaskan secara lisan teknik menghasilkan satu sampul surat dalam ukuran 8
Langkah 2: sm x12 sm sehingga selesai.
Langkah 3: Murid diarah untuk menyediakan alat dan bahan untuk membuat sampul
surat.
Murid secara individu membuat ukuran yang disarankan, menggaris dengan
pensil, memotong dengan gunting, meletak gam dan membentuk satu atau
lebih sampul surat yang sebenar.
38
TAHUN 6
Bidang: KERJA TANGAN
Tajuk Aktiviti:
Masa: Seni Arca
Tema:
Objektif: 1 jam
Alatan/Media: Seni arca bentuk abstrak
Di akhir pengajaran murid akan dapat;
Mencantum bahan kitar semula untuk menjadikan sebuah model mini
arca yang berbentuk abstrak.
Menghasilkan sebuah model mini arca yang kreatif.
Botol plastic, gelas plastic, straw, glue gun, bahan kolaj, berus, poster colour,
mangkuk air dan lain‐lain.
Perbendaharaan kata:
Pendahuluan: Guru menunjukkan gambar‐gambar bentuk arca yang terdapat
Langkah 1: ditempat peranginan Damuan.
Langkah 2:
Penutup: Guru dan murid berbincang mengenai bahan yang digunakan untuk
membina arca‐arca tersebut.
Guru menerangkan bahan‐bahan yang digunakan dan mengingatkan
langkah‐langkah keselamatan yang perlu dijaga semasa membuat
aktiviti tersebut.
Guru menunjuk cara bagaimana untuk memulakan proses membina
sebuah model mini arca berbentuk abstrak.
Murid dibahagikan mengikut kumpulan.
Murid‐murid menggunakan proses menyesuaikan bahan dan
mencantum bahan yang mereka bawa dari rumah.
Guru memberikan panduan bagi murid yang memerlukan.
Hasil kerja murid dipamerkan untuk sesi perbincangan mengenai hasil
kerja setiap kumpulan.
Kritikan dan penghargaan hasil kerja murid‐murid.
39
TAHUN 6
Bidang: PEMAHAMAN DAN PENGHARGAAN
Tajuk Aktiviti:
Masa: Alam Semulajadi
Tema:
Objektif: Tidak terhad
Alatan/Media: Mengumpul benda‐benda semulajadi
Di akhir pengajaran murid akan dapat;
Mengumpul dan menghargai benda‐benda seperti daun, buah‐
buahan, kulit siput, rama‐rama dan lain‐lain.
Bakul (plastik atau sebagainya),warna cat,berus, tali dan sebagainya.
Perbendaharaan kata: Mengawet, bingkai dan lain‐lain.
Pendahuluan: Guru menunjukkan beberapa jenis bahan/benda yang diperolehi dari sumber
Langkah 1: alam semulajadi seperti daun, kulit‐kulit kayu dan lain‐lain.
Langkah 2:
Langkah 3:
Membuat beberapa contoh bagaimana membuat bekas untuk menyimpan
bahan/benda yang dikumpul dengan membubuh nama benda dan tarikh
diperolehi.
Mengawet/mempamerkan/dibingkai bahan/benda sebagai koleksi individu
atau bagi kegunaan dibilik darjah.
Menggubah dan menjadikan benda/bahan yang dikumpul sebagai bahan yang
menarik.
Membina taman mini untuk mencantikkan kawasan sekolah.
40