The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alia nadh, 2021-02-04 07:13:15

TUGASAN KIKS BM

ALIA ALISHA

ANEKDOT 1

Pada suatu malam, Ahmad melawat rakannya yang dimasukkan ke dalam
hospital. Dia dihantar oleh bapanya kerana Ahmad tidak mempunyai
lesen kereta. Sampai sahaja Ahmad di hospital, dia melihat keluarga Rafi
berada di ruang menunggu. Ahmad menyalam bapa dan abang Rafi.
Ahmad sekadar berbasa basi dengan menanyakan khabar keluarga Rafi.

Selepas beberapa minit doktor yang ditugaskan untuk merawat Rafi
keluar dari ruang kecemasan. Beliau memberitahu bahawa keadaan Rafi
tidak teruk cuma sebelah kakinya patah. Ahmad dan keluarga
memanjatkan kesyukuran terhadap ilahi dan mengucapkan terima kasih
kepada doktor tersebut.

ANEKDOT 2

Nani masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang
pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan
buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Nani.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada
perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan
yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan
apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi
Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu
lalu!”

TEKS PENGACARA MAJLIS KOKURIKULUM

Mengumumkan ketibaan Encik Abdul Bin Ahmad, Pengetua
MRSM Transkrian diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan
para guru.

Bismillahhir Rahmannir Rahim….
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera…..

Yang Berusaha, Encik Abdul Bin Ahmad, Pengetua MRSM
Transkrian

En Muhammad Haziq Bin Hassan, Timbalan Pengetua
Kecemerlangan Akademik

Pn Aisyah Binti Ali, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

Pn Siti Qaisara Binti Abdullah, Timbalan Pengetua
Pembangunan Kokurikulum

Ketua-Ketua Jabatan, Guru Cemerlang

Guru-guru,

Dan rakan-rakan yang dimuliakan.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada petang yang
berbahagia ini sempena Majlis Anugerah Kokurikulum 2021.

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati program pada hari ini, marilah kita
bersama-sama mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang
akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Ammar Izzat Bin
Saiful. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

--DOA--

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Majlis mengucapka terima kasih, kepada Saudara Muhammad
Ammar Izzat Bin Saiful atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku, Lagu Pulau Pinang dan Lagu Amanah Rakyat dan
Malaysia Bersih

Hadirin dipersilakan berdiri.

(MENYANYIKAN LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,

Bagi acara yang berikutnya, majlis mempersilakan Encik Abdul
Bin Ahmad , Pengetua MRSM Transkrian untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

--UCAPAN –

Majlis mengucapkan terima kasih kepada , Encik Abdul Bin
Ahmad atas ucapan yang telah diberikan

Bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ,Pn Siti Qaisara Binti Abdullah
Timbalan Pembangunan Kokurikulum untuk menyampaikan
ucapan.

- UCAPAN –

Majlis mengucapkan terima kasih kepadaPn Siti Qaisara Binti
Abdullah atas ucapa yang telah disampaikan.

Bagi acara yang berikutnya, majlis mempersilakan Pn Aisyah
Binti Ali, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

--UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Aisyah Binti Ali
atas ucapan yang telah diberikan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, marilah kita dengarkan pula, ucapan yang akan
disampaikan oleh En Muhammad Haziq Bin Hassan, Timbalan
Pengetua Kecemerlangan Akademik. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

--UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Muhammad Haziq
Bin Hassan, atas ucapan yang telah disampaikan.

Warga dewan yang dikasihi,
Seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan Tayangan
Montaj yang disediakan sempena Hari Kokurikulum

Hadirin yang dihormati,
Agenda majlis pada petang ini akan diteruskan lagi dengan sesi

pemyampain hadiah.

Bagi menyempurnaakan acara ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha, Encik Abdul Bin Ahmad diiringi
oleh En Muhammad Haziq Bin Hassan untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

--PENYAMPAIAN HADIAH –

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Bin
Ahmad atas penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah, diucapkan
kepada semua pemenang.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka
perhimpunan pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.

Bagi mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan
lagu maktab.

Hadirin dipersilakan berdiri .

--NYANYIAN –

Tamat nyanyian – pihak pengurusan dan para guru dibenarkan
bersurai, manakala para pelajar, sila kekal di dalam dewan.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM
COLOUR FESTIVAL

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada
Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains
Mara Transkrian. Program tersebut akan diadakan selama dua
minggu iaitu selepas menerima kelulusan daripada Presiden Badan
Wakil Pelajar MRSM Transkrian dan bertempat di Dewan Zaaba.

2. LATAR BELAKANG

Program Colour Festival ini akan dijalankan oleh pihak Badan Wakil
Pelajar selama dua minggu. Program ini dilaksanakan dengan
menetapkan ‘Colour Festival’, iaitu tiga (3) orang ahli Badan Wakil
Pelajar di setiap lokasi yang ditetapkan untuk menguruskan serta
memantau keadaan pelajar. Program ini merupakan satu inisiatif
daripada pihak Badan Wakil Pelajar bagi memantapkan

3. OBJEKTIF PROGRAM

a. Memberi pendedahan tentang apa itu Colour Festival kepada
pelajar

b. Mewujudkan semangat kerjasama dan mewujudkan keharmonian
antara semua pelajar

c. Mencungkil bakat pelajar dalam pelbagai bidang selain dari
bidang yang mereka ceburi

4. JUSTIFIKASI PROGRAM

a. Mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara pelajar-pelajar
b. Melahirkan pelajar yang berketrampilan setanding dengan pelajar

lain
c. Mewujudkan semangat kerjasama dan mewujudkan keharmonian
antara semua pelajar

5. PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 10 Februari hingga 24 Februari
5.2 Kawasan/tempat : Dewan Zaaba
5.3 Kaedah/Modus Operandi : Program akan melibatkan semua ahli
Badan Wakil Pelajar
5.4 Kumpulan Sasaran/Peserta : Semua pelajar MRSM Transkrian
5.5 Strategi Program : rujuk lampiran 1
5.6 Tema : “LET THE COLOUR SHINE OVER YOU”

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

NO. BARANG HARGA
1. Cat 5xRM20
2. Kertas kajang 50xRM0.50
3. Berus 50xRM5
JUMLAH= RM375

Disediakan oleh :

….…………………………….
(SOFIA AMANI BINTI AHMAD ZARUL)
EXCO KEBUDAYAAN BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
MRSM Transkrian
Tarikh :

Disemak oleh :

….…………………………….
(MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN ZAHARI)
NAIB PRESIDEN I BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
MRSM Transkrian
Tarikh:

7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG

Kertas cadangan bagi pelaksanaan Colour Festival. Program tersebut
akan diadakan dua minggu di Dewan Zaaba telah disemak dan boleh
dilaksanakan.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

….…………………………….
(HAZWANI BINTI HAZUAN)
Penasihat,
Badan Wakil Pelajar
MRSM Transkrian
Tarikh:

8. KELULUSAN

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:

….……………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………….

….…………………………….
(EN.MUHAMMAD MAZLAN BIN HASSAN)
TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

KERTAS KERJA

KERTAS CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM COLOUR
FESTIVAL

DISEDIAKAN OLEH:
EXCO KEBUDAYAAN BADAN WAKIL PELAJAR (2020/2021)

MRSM TRANSKRIAN

LAMPIRAN 1

URUS SETIA
 Badan Wakil Pelajar
TENTATIF PROGRAM
1. Dewan Zaaba akan menjadi lokasi tumpuan pelaksanaan program ini.
2. Semua ahli Badan Wakil Pelajar (BWP) akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut tingkatan.
3. Membuat jadual bertugas bagi setiap ahli yang telah ditugaskan
mengikut tingkatan.
4. Mengedarkan tatacara pelaksanaan Program Colour Festival kepada
semua ahli BWP.
5. Memberikan peringatan kepada semua ahli BWP untuk menjalankan
tugas yang telah diberikan pada setiap hari.

TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM COLOUR FESTIVAL
1. Tiga (3) orang ahli BWP akan ditugaskan di setiap penjuru mengikut
tingkatan.
2. Ahli-ahli BWP yang bertugas perlu memantau keadaan pelajar yang
ditetapkan pada setiap masa
3. Ahli-ahli BWP yang ditugaskan berhak menegur para pelajar
sekiranya berlaku pelanggarn mana-mana peraturan yang telah
ditetapkan.
4. Ahli-ahli BWP yang ditugaskan perlu menyampaikan
maklumat-maklumat yang penting kepada para pelajar bagi menjamin
keberkesanan penyampaian maklumat.

5. ‘Colour Festival’ juga bertanggungjawab untuk megendalikan

program itu sepenuhnya.

LAMPIRAN 2

SENARAI COLOUR FESTIVAL BAGI SETIAP TINGKATAN

TINGKATAN COLOUR FESTIVAL
TINGKATAN 1 1. NUR DAMIA ALIYAH
2. MUHAMMAD HARRAZ
TINGKATAN 2 MUHAMMAD DANISH
TINGKATAN 3 1. PUTERI DAYANA QAISARA
2. NIK HARITH IZUAN
TINGKATAN 4 1. AHMAD YASIR
2. NUR DAHLIA AMANI
TINGKATAN 5 MUHAMMAD ABDUL MUIZ

LAMPIRAN 3

BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
LAPORAN COLOUR FESTIVL 2021

TINGKATAN : ……………………..
COLOUR FESTIVAL : 1. …………………………………………………………

2. ……………………………………………………….

HURAIAN LAPORAN :
….……………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………..

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

….……………………….. ….………………………….
Nama:
Jawatan: SOFIA AMANI BINTI AHMAD ZARUL
Tarikh:
Exco Kebudayaan BWP
Tarikh:

RESUME


Click to View FlipBook Version