TEKS PENGACARA PROGRAM PELANCARAN HARI USAHAWAN
Mengumumkan ketibaan Encik Iman Ghafur Bin Jaafar, Pengetua SMK Seri
Baharu diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan para guru.
Bismillahhir Rahmannir Rahim...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Yang Berusaha, Encik Iman Ghafur Bin Jaafar, Pengetua SMK Seri Baharu
En Muhammad Soaid Bin Hamdan,Timbalan Pengetua Kecemerlangan
Akademik,
En Muhd Ismail Bin Abdullah, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
Pn Farhana Amar Binti Helmi, Timbalan Pengetua Pembangunan Kokurikulum
Ketua-Ketua Jabatan, Guru Cemerlang
Guru-guru,
dan rakan-rakan usahawan muda yang dimuliakan.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang teramat indah ini sempena
mengadakan PROGRAM PELANCARAN HARI USAHAWAN
Hadirin yang dihormati,
Demi memberkati program pada hari ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang akan dipimpin oleh Saudara
Muhammad Aiman Solihin . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
- DOA
Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Majlis mengucapka terima kasih, kepada Saudara Muhammad Aiman Solihin
atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Bagi acara yang berikutnya, majlis mempersilakan, Encik Iman Ghafur Bin Jaafar,
Pengetua MRSM Transkrian untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
- UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Iman Ghafur Bin Jaafar atas
ucapan yang telah diberikan.
Warga dewan yang dikasihi,
Seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan Tayangan Montaj yang telah
disediakan sempena PROGRAM PELANCARAN HARI USAHAWAN.
Hadirin yang dihormati,
Agenda majlis pada malam ini akan diteruskan lagi dengan Sesi Gimi Program
Pelancaran Hari Usahawan.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berusaha, Encik Iman Ghafur Bin Jaafar diiringi oleh En Muhd Ismail Bin
Abdullah untuk memotong riben sekaligus melancarkan program ini.
Acara diteruskan pula ialah penyampaian ucapan oleh En Muhammad Soaid Bin
Hamdan demi menjelaskan lagi aktiviti-aktiviti sepanjang Program Hari Usahawan
ini dijalankan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
- UCAPAN -
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Muhammad Soaid Bin Hamdan atas
penjelasan itu sebentar tadi. Diharapkan bahawa semua pelajar dapat memberi
komitmen sepenuhnya semasa Program Hari Usahawan ini berlangsung.
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian ucapan itu tadi, maka majlis pada pagi ini
telah sampai ke penghujungnya.
Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbt. Sekian, terima kasih.
ANEKDOT
Tahun 2020 merupakan tahun yang ditunggu tunggu oleh masyarakat Malaysia kerana dijangka
bahawa teknologi-teknologi yang moden akan dicipta sempena wawasan 2020 dan terlahirnya
negara yang maju sehingga tidak dijangka akal seperti ‘Myvi Terbang’. Namun semuanya
berubah seperti kilat memetir bumi. Suatu hari, bumi terasa seperti berhenti berputar tanpa
petanda kerana virus berbahaya telah menjangkiti rakyat. Setelah berminggu-minggu PKP
dilaksanakan kesan tapak kaki di atas tanah negara ini tidak lagi kelihatan. Pesakit akibat virus
ini merasakan sakit seperti terikat ketat dengan dawai besi yang tajam. Dunia bersatu untuk
menghasilkan vaksin agar wabak dapat dihentikan malah ada segelintir masyarakat yang
terkesan kerana kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Akhirnya, tahun 2020 berakhir
begitu sahaja tanpa kenangan indah. Tetapi setiap perkara yang berlaku mesti ada kebaikannya
dan meti ada jalan penyelesaiannya.
ANEKDOT
Tahun 2020 merupakan tahun yang ditunggu tunggu oleh masyarakat Malaysia kerana dijangka
bahawa teknologi-teknologi yang moden akan dicipta sempena wawasan 2020 dan terlahirnya
negara yang maju sehingga tidak dijangka akal seperti ‘Myvi Terbang’. Namun semuanya
berubah seperti kilat memetir bumi. Suatu hari, bumi terasa seperti berhenti berputar tanpa
petanda kerana virus berbahaya telah menjangkiti rakyat. Setelah berminggu-minggu PKP
dilaksanakan kesan tapak kaki di atas tanah negara ini tidak lagi kelihatan. Pesakit akibat virus
ini merasakan sakit seperti terikat ketat dengan dawai besi yang tajam. Dunia bersatu untuk
menghasilkan vaksin agar wabak dapat dihentikan malah ada segelintir masyarakat yang
terkesan kerana kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Akhirnya, tahun 2020 berakhir
begitu sahaja tanpa kenangan indah. Tetapi setiap perkara yang berlaku mesti ada kebaikannya
dan meti ada jalan penyelesaiannya.
Anekdot
Bloop...Bloop.....Bloop....Aku mengambil telefon pintar kentangku ini kerana aku
terdengar bunyi
notifikasi dari aplikasi telegram bertalu-talu tanpa henti. Aku membuka kata laluan
telefon
menggunakan jari lalu melihat mesej-mesej yang telah dihantar. Rupa-rupanya baru
aku sedar kerana
sesi persekolahan online telah bermula. Raut wajahku betukar seperti beruang yang
malas sambil
memakan madu. Tetapi aku hanya mampu meredahi sesi persekolahan di atas talian
walaupun
cabarannya agak besar untuk dihadapi. Keesokan harinya program KIKS bermula...Aku
memasuki kelas
atas talian yang pertama pada tahun 2021 di hadapan telefon pintarku. Kata-kata
guruku sungguh
bermakna sehinggakan membuat diriku berubah fikiran agar meneruskan perjuangan
sepanjang PKP 2.0
ini sentiasa bersedia dan berdisiplin. Aku mula terfikir bahawa masih ramai lagi
yang tidak mempunyai
alat kemudahan untuk belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat. Aku berasa
bersyukur kerana
dilahirkan dalam keluarga yang senang dan aku tekad untuk belajar sehingga ke
menara gading
walaupun banyak dinding penghalang agar aku dapat membanggakan ibu bapaku.
KERTAS KERJA:
PROGRAM PENERIMAAN ANUGERAH DAN
PENGHORMATAN PENGETUA
TARIKH & MASA:
15 MEI 2021 (ISNIN)
3.00 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT:
DEWAN IBNU SINA
ANJURAN:
MRSM TRANSKRIAN
SENARAI ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Latar Belakang Program 3
2 Objektif Program 3
3 Kos Program 4
4 Pelaksana Program 4&5
5 Tarikh Pelaksanaan 5
6 Impak Pelaksanaan 5
2
1.0 Latar Belakang Program
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan dan peruntukan
kewangan untuk Program Penerimaan Anugerah Dan Penghormatan Pengetua anjuran Maktab
Rendah Sains Mara Transkrian dengan kerjasama MARA.
Sepanjang sehari program ini berlangsung, para pelajar akan diberi anugerah penghormatan
sempena melepasi pointer PNG 3.5 dan keatas semasa Peperiksaan Akhir Semester 2 pada
tahun 2020.
a. Sijil
b. Fererro Roche
c. Chicken Chop
d. Air Oren
e. Aiskrim
2.0 Objektif Program
2.1 Memberi tanda penghormatan dan ucapan tahniah kepada pelajar yang terlibat dalam
program ini.
2.2 Memberi kata-kata semangat agar terus belajar bersungguh-sungguh.
2.3 Sebagai pembakar semangat kepada pelajar yang tidak terlibat.
3
3.0 Kos Program KOS (RM)
BIL PERKARA 1,200
1. MAKAN MINUM PELAJAR & GURU 500
SIJIL 2,300
2. 400.00
3. KATERING
4. SAGUHATI TENAGA PENGAJAR 4,400.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
** Kos peralatan & bahan yang lain di tanggung oleh MARA
4.0 Pelaksana Program
Program ini akan dilaksanakan oleh MRSM Transkrian MARA.
Ahli Jawatankuasa Pelaksana adalah seperti berikut:
Pengetua : Tuan Hj. Kamar bin Osman
Pengarah Program : Pn. Siti binti Ayub
Timbalan Pengetua : Cik Fatimah Amin binti Ahmad
Setiausaha : Pn. Umariah binti Abdul Karim
Bendahari : Pn. Isma binti Abu Bakar
AJK Program : Muhammad Faiz bin Faris (PELAJAR)
4
: Nur Rabiatul binti Kassim (PELAJAR)
: Ahmad Hazim bin Ahmad (PELAJAR)
5.0 Tarikh Pelaksanaan
Program ini akan dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 15 Mei 2021, Isnin,
Masa: 3.00 petang sehingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Ibnu Sina
6.0 Impak Pelaksanaan
Melalui pelaksanaan program ini, ianya diharapkan dapat:
a. Mendidik pelajar agar tidak berputus asa semasa belajar.
b. Mengcungkil kebolehan diri pelajar dalam bidang akedemik.
c. Memberi nasihat supaya tidak leka semasa belajar
7.0 Penerima Manfaat
Program ini kelak mampu memberi manfaat kepada lebih kurang 300 orang pelajar MRSM
Transkrian.
5